Sahih Bukhari: Kitabul Iman: Bab Zakat Sebahagian Daripada Islam

بَاب الزَّكَاةُ مِنَ الْإِسْلَام

Bab Zakat Sebahagian Daripada Islam

وَقَوْلُهُ ( وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ(

Membayar Zakat adalah Sebagian dari Islam. Firman Allah, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan salat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus.”

٤٤ – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ عَنْ عَمِّهِ أَبِي سُهَيْلِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ طَلْحَةَ بْنَ عُبَيْدِاللَّهِ يَقُولُ {جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَهْلِ نَجْدٍ ثَائِرَ الرَّأْسِ يُسْمَعُ دَوِيُّ صَوْتِهِ وَلا يُفْقَهُ مَا يَقُولُ حَتَّى دَنَا فَإِذَا هُوَ يَسْأَلُ عَنِ الإِسْلامِ .فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ . فَقَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا؟ قَالَ لا إِلاَّ أَنْ تَطَوَّعَ . قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصِيَامُ رَمَضَانَ. قَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهُ ؟ قَالَ لا إِلاَّ أَنْ تَطَوَّعَ . قَالَ وَذَكَرَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الزَّكَاةَ . قَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا؟ قَالَ لا إِلاَّ أَنْ تَطَوَّعَ. قَالَ فَأَدْبَرَ الرَّجُلُ وَهُوَ يَقُولُ وَاللَّهِ لا أَزِيدُ عَلَى هَذَا وَلا أَنْقُصُ . قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْلَحَ إِنْ صَدَقَ }

44. Thalhah bin Ubaidillah رضي الله عنه berkata, “Seorang laki-laki penduduk Najd datang kepada Rasulullah صلی الله عليه وسلم dengan tidak terurus (rambut) kepalanya. Kami dapat mendengar dengung suaranya tetapi kami tidak memahami apa yang dikatakannya sehingga dekat. Rupa-rupanya ia bertanya tentang Islam (di dalam suatu riwayat disebutkan bahwa ia berkata, ‘Wahai Rasulullah, beri tahukanlah kepadaku, apa sajakah salat yang diwajibkan Allah atas diriku?). Lalu Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda, “Salat lima kali dalam sehari semalam.” Lalu ia bertanya lagi, “Apakah ada kewajiban atasku selainnya?” Beliau bersabda, “Tidak, kecuali kalau engkau melakukan yang sunnah.” Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda, “Dan puasa di bulan Ramadhan (dan di dalam satu riwayat disebutkan: “Beri tahukanlah kepadaku, apa sajakah puasa yang diwajibkan Allah atasku?” Lalu beliau menjawab, “Puasa pada bulan”) Ramadhan.” Ia bertanya lagi, “Apakah ada kewajiban atasku selainnya?” Beliau bersabda, “Tidak, kecuali sunnah.” [Lalu dia berkata, “Beri tahukanlah kepadaku, apakah zakat yang diwajibkan Allah atasku?”]. Thalhah berkata, “Rasulullah صلی الله عليه وسلم menyebutkan kepadanya zakat” (Dan dalam satu riwayat disebutkan bahwa Rasulullah صلی الله عليه وسلم memberitahukan kepadanya tentang syariat-syariat Islam). Lalu dia bertanya, “Apakah ada kewajiban selainnya atas saya?” Beliau menjawab, “Tidak, kecuali jika engkau mahu melakukan yang sunat.” Kemudian laki-laki itu berpaling seraya berkata, “Demi Allah, saya tidak menambah dan tidak pula mengurangi.” Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda, “dia akan berjaya, jika (dia) benar melaksanakan apa yang dikatakan tadi.”

Imam Bukhari meletakkan tajuk zakat selepas tajuk salat kerana dia nak tiru susunan Quran. Kalau dalam Quran, selalu disebutkan zakat selepas solat. Solat adalah perkara hablu minallah. Dan zakat adalah perkara hablu minannas.

Pada Iman Bukhari, iman dan Islam itu perkara yang sama. Tidak boleh ada satu tanpa lagi satu. Katakanlah seseorang itu melakukan kebaikan, tapi tidak beriman. Tentulah dia tidak akan mendapat pahala.

Mengenali perawi: Hadith ini diriwayatkan dari Thalhah. Satu sahabat besar yang antara 10 orang dijanjikan syurga. Antara 8 orang yang paling awal masuk Islam. Dan diislamkan oleh Abu Bakr. Walaupun dia awal masuk Islam tapi dia tidak dapat berperang Badar. Sebab dia ditugaskan untuk kerja khas oleh Nabi. Maka dia pun mendapat pahala mereka yang berperang dan dapat juga ghanimah. Akhir hayatnya dia telah mati syahid. Dan 30 lepas dia mati, anaknya bermimpi yang Thalhah kata kuburnya basah. Dan bila diperiksa, memang air dah mula nak masuk dalam kuburnya. Dan jasadnya masih macam hari dia dikebumikan. Maka mereka telah memindahkan jenazahnya ke tempat lain.

Hadith: siapakah lelaki itu yang menanya itu? Sebab dia adalah seorang sahabat, maka ceritanya boleh dipakai. Ada yang mengatakan namanya adalah Zimam Tsa’labah. Dia adalah wakil dari kaumnya yang datang untuk bertanya agama kepada Nabi.

Dalam Hadith ini disebutkan bahawa rambut kepalanya tidak terurus. Bukan nak cerita rambut sebenarnya tetapi nak cerita pasal lelaki itu. Nak menunjukkan bahawa lelaki ini adalah orang hulu. Dan baru masuk Islam. Kerana biasanya kalau dah lama Islam, penampilannya akan terurus sebab ada cerita Nabi suruh seorang lelaki untuk kemaskan diri dulu untuk berjumpa dengan baginda.
Ini juga menunjukkan bahawa tidak semua sahabat memakai tutup kepala di zaman Nabi. Jadi jangan kita kata orang yang tidak pakai kopiah itu seorang fasiq dan sebagainya. Kita kata macam ni sebab ada yang berpandangan sedemikian.

Dikatakan juga yang mula-mula kedengaran suaranya tapi tak jelas butirnya. Mungkin ini adalah kerana dia orang hulu jadi tidak tahu adab bertanya soalan. Sampai suaranya kedengaran dari jauh. Maknanya, dari jauh lagi dia telah laungkan soalannya, Kalau dia beradab dia akan datang dekat baru dia tanya. Tapi pendapat lain mengatakan bukan begitu. Dia berdebar untuk jumpa Nabi, maka mulutnya terkumat kamit membiasakan perkataan yang dia nak tanya kepada Nabi sebelum bertanya sebenar. Macam budak mengaji hafal Quran dia akan membaca kepada dirinya sebelum berjumpa guru untuk tasmiq di depan gurunya. Sebab dia adalah wakil kaumnya, jadi tentulah siapa yang dipilih itu adalah orang yang paling berhemah dalam kaumnya. Maka tentulah dia beradab lebih sedikit sepatutnya.

Nabi tidak cakap kepada orang itu berkenaan syahadah. Padahal itulah yang paling pertama perlu dilakukan. Ini menunjukkan bahawa orang lelaki itu sudah Islam. Dia nak tanya lebih lanjut lagi tentang Islam.

Hadith ini mengatakan yang solat yang wajib hanyalah yang lima itu. Jadi hadith ini dijadikan asas oleh ulama bagi mengatakan yang solat fardhu itu hanya 5 waktu. Yang lain-lain adalah sunat untuk dilakukan. Kalau sunat yang kuat dinamakan sunat muakkad. Juga menolak solat dhuha dan eid sebagai wajib. Cuma Imam Hanifah mengatakan bahawa solat wajib yang lain seperti witr belum lagi diwajibkan pada waktu Hadith ini. Di dalam mazhab Hanafi, ada solat-solat yang wajib selain lima waktu itu. Lima waktu itu adalah fardhu tetapi ada yang selainnya yang wajib. Kerana padanya, wajib dan fardhu itu lain. Kerana istilahnya lain dari orang lain. Imam Hanifah ni kadang-kadang lain sikit. Jadi kalau nak hukum orang lain, kena faham apa istilah yang mereka gunakan. Mereka jatuhkan hukumnya wajib berdasarkan dalil-dalil yang lain. Kalau fardhu itu, kena dalil yang qat’i iaitu Quran. Dan wajib itu didapati dari dalil zhan, iaitu Hadith. Imam Hanifah memang seorang yang hebat feqahnya. Mungkin pertama kali kita dengar macam tak boleh terima, tapi apabila diberikan penerangan, baru akan faham dan boleh terima. Jadi apabila dia mengatakan yang solat witr itu wajib, maka ada sebab-sebab dan dalil yang ada padanya. Imam Syafie walaupun tidak mengatakan ianya wajib, tapi dia tidak membenarkan sesiapa meninggalkannya. Ianya adalah solat sunat paling tinggi tarafnya.

Selain dari bacaan itu, ada satu lagi pendapat yang mengatakan jikalau kita sudah melakukan ibadat sunat, kena habiskan. Sebab dia tanya ada lagi tak yang wajib atasnya? Nabi kata “tidak, melainkan kalau kamu melakukan sunat”. Macam maknanya, kalau dah buat sunat, jadi wajib kena habiskan. Istisna muttasil. Kalau tak mula, memang sunat.
Macam kalau kita solat sunat, kalau kita berhenti kerana sesuatu sebab, tidak boleh. Kalau berhenti, kena qadha. Tapi Imam Shafie dan Ahmad tidak berpendapat begitu. Ini pada mereka akan istisna munqati’.
Pernah isteri Nabi buka puasa sunat dan Nabi suruh ganti. Tapi ada Hadith lain yang menunjukkan kalau batalkan amalan sunat, tidak perlu diganti. Masing-masing ada dalil. Sebab pernah Nabi batalkan puasa sunatnya. Takkan Nabi nak buat benda yang salah dan berdosa. Sebab Nabi tak boleh buat benda yang salah. Cuma jangan main-main bila dah buat amalan sunat itu. Jangan senang-senang nak batalkan tanpa sebab yang baik. Elok kalau ganti. Tapi perlu diingat tidak wajib ganti.

Puasa. Syarah sama macam tadi juga. Nabi sebut Ramadhan saja, tak sebut bulan. Jadi boleh sebut macam tu sahaja.

Zakat. Jadi macam mana nak batal sedekah itu? Hanifah kata takkan zakat fitrah itu sunat? Syafie jawab zakat fitrah itu termasuklah dalam fardhu itu.
Nabi ada kata dalam harta kita ini ada hak untuk orang lain selain dari zakat yang perlu diberikan. Itu macam mengatakan yang ada lagi sedekah yang wajib yang perlu diberikan. Tapi itu adalah dalam keadaan dan keperluan tertentu. Macam nak membebaskan orang, membantu bila terdesak dan sebagainya. Hadith itu juga digunakan oleh orang untuk membenarkan cukai kerajaan. Tapi yang iktikad dalam hati adalah zakat yang wajib sahaja. Sebab selain dari itu adalah bila keperluan sahaja.

Bab zakat ini banyak lagi kita tak buat. Yang dalam Quran itu pun tak buat lagi. Contohnya kita tak buat sesuatu untuk orang bermusafir. Kalau di India, ada perumahan yang disediakan untuk orang Islam yang datang.

Dalam Hadith ini tidak disebutkan haji. Ada yang kata sebab perawi telah meringkaskan Hadith ini. Tapi ini tidak bagus sebab ini macam kata perawi pandai-pandai pula untuk memilih apa yang hendak disampaikan. Pendapat yang kuat adalah semasa itu haji belum difardhukan. Sebab paling awal haji difardhukan adalah pada 6 Hijrah dan Hadith ini terjadi pada 5 Hijrah kalau kita mengambil kira yang bertanya itu adalah sahabt yang bernama Zaim itu.

Dalam Islam, ulama mengambil kira dan mengikuti apa yang terakhir sekali dilakukan oleh Nabi. Contohnya kalau solat jenazah, ada Hadith mengatakan Nabi takbir lebih dari empat. Tapi yang akhir sekali dilakukan oleh Nabi dan diikuti oleh sahabat adalah takbir yang empat kali itu.

Lelaki itu mengatakan bahawa dia tidak akan tambah sedikit pun atau mengurangkan dari apa yang dikatakan oleh Nabi itu. Dan Nabi kata bagus. Jadi macam mengatakan bahawa elok pula kalau tidak melakukan amalan sunat yang lain.
1. Pendapat ulama mengatakan yang Nabi kata bagus itu adalah apa yang dikatakan yang dia tidak akan ‘mengurangkan’ itu. Bukan keduanya sekali. Maknanya dia akan tambah amalan dia, tapi dia tidak akan mengurangkan.
2. Tapi Imam Nawawi pula kata dia maksudkan kedua-duanya. Memang kalau buat yang fardhu sahaja cukup untuk masuk syurga. Tapi syurga tingkat yang rendah sahaja. Kalau buat amalan yang sunat akan meningkatkan darjat seseorang itu di dalam syurga.
3. Bukan dia nak cakap tentang ibadat khusus itu yang dia nak kurang atau tambah. Tapi dia nak cakap dia faham apa yang Nabi cakap itu sampai dia tidak perlu nak tanya lagi dah.
4. Lelaki itu adalah wakil dari kaumnya. Jadi dia nak cakap bahawa apa yang Nabi sampaikan itu dia tidak akan tokok tambah atau kurangkan bila dia cerita dengan kaumnya nanti.
5. Dia tidak akan tambah apa yang diperintah. Kalau lima solat, lima lah. Tidak dia akan tambah atau kurangkan. Tapi nampak macam dia takkan buat sunat. Dalam riwayat yang lain. Tapi mana riwayat yang lebih kuat? Mungkin riwayat yang lagi satu itu adalah riwayat bilmakna. Macam Hadith yang mengatakan perempuan dijadikan dari tulang rusuk. Hadis itu bukan kata perempuan itu dijadikan dari tulang rusuk, tapi seperti tulang rusuk. Tak sama tu. Itu adalah satu contoh riwayat bilmakna. Padahal Hadith yang benarnya adalah perempuan itu seperti tulang rusuk.
6. Perkara sunat akan menyempurnakan yang fardhu. Maknanya dia tidak akan buat sebagai fardhu tapi sebagai penyempurnaan dia akan buat.
7. Dia tidak buat yang sunat tapi apa dia buat fardhu itu akan sempurna. Khas untuk sahabat itu sahaja. Boleh terjadi kepada sahabat yang dijamin Nabi. Ada kes lain yang Nabi beri pelepasan kepada seseorang sahabat sahaja. Macam kifarat yang dikenakan kepada orang yang jimak bulan Ramadhan dan dia miskin, jadi dia boleh pakai tamar yang diberikan orang sebagai sedekah dan sedekah itu pula kepada keluarganya. Hanya untuk dia sahaja.
Jadi dalam kes ini hanya khas untuk dia sahaja.
Suyuti kata Nabi bolehkan mengecualikan seseorang itu bukan hanya sunat sahaja, tapi fardhu pun boleh. Sebab Nabi pernah suruh sorang sahabat untuk solat dua waktu sahaja. Cuma banyak yang tidak setuju dengan pendapat ini.
8. Dia cuma nak kata dia tak nak tanya benda lain yang dia tidak musykil. Maknanya dia dah faham. Sebab dia dah Islam dah.
9. Dari segi akidah. Sebagai contoh, solat lima waktu sahaja. Kepercayaan yang fardhu dia takkan tambah. Contohnya, dia tidak akan cakap yang solat fardhu itu ada enam waktu.
10. Sebagai memperindahkan bahasa sahaja. Nak cakap yang tak kurang sahaja. Macam kata tak boleh lebih kurangkah bila timbang? Yang hendaknya adalah nak kurangkan. Tapi sebagai bahasa sahaja, kita tambahlah juga, perkataan ‘lebih’ itu.

———— soalan
Kenapa ada 3 sahaja itu orang diterima oleh Syiah.
Salman sebab dia farsi. Tempat asal orang Syiah. Itu sebab mereka suka. Mereka suka farsi naik balik.
Miqdad sebab dia seperti khadam kepada Ali. Banyak perkara-perkara Ali minta dia buat. Rapat dengan Ali, maka sebab itu mereka suka dia.
Abu Dzar sebab menentang kerajaan dari dulu lagi. Mereka suka sifat anti pemerintah itu. Mereka nak tonjolkan.
Padahal mereka itu bukan ada apa dengan Syiah. Secara kebetulan sahaja.

Siapakah Muhamad bin Yakub al-Kulaini? Seorang pengarang kitab paling penting Syiah. Macam kitab Bukhari kepada kita. Memang pekat Syiah. Penting kedudukan dia dalam Syiah. Kononnya kitab dia diiktiraf oleh Imam Mahdi mereka.

Takiyah boleh kepada mereka kecuali dalam tiga perkara. Nabid, khuf dan najis. Syiah benci benar dengan Abu Hanifah. Sebab dia sezaman dengan mereka masa mereka kuat dan banyak membuka pekung mereka. Nabid pada Imam Hanifah boleh. Maka, mereka menjadikan ini sebagai isu mengatatakan ada masalah dengan Imam Hanifah itu. Ikut Hanifah lain apa yang istilah dia. Khuf pula Sunnah kata boleh sapu atas khuf itu sahaja. Syiah tidak terima. Syiah tak boleh basuh kaki. Sapu sahaja. Mereka nak bezakan sangat dengan ahli sunnah. Jadi mereka tidak boleh bertakiyah menggunakan khuf. Salah pada mereka. Sebab dalam perkara lain, boleh sahaja mereka buatwalaupun dalam agama mereka tidak boleh. Mereka anggap kita najis. Lebih najis dari anjing dan babi. Darah kita halal kepada mereka. Kita hanya tahu bila kita belajar pasal agama mereka. Maka tidak boleh langsung nak berbaik dengan mereka. Tidak pernah berjaya untuk berdamai. Mereka selalu menang sebab mereka mengamalkan takiyah. Mereka asyik menipu sahaja. Jadi macam mana nak kita nak berdamai dengan mereka? Banyak dah menyesal mana yang cuba mendamaikan. Yusuf Qardawi contohnya, dulu berlembut sangat dengan Syiah tapi kemudian menyesal dan sekarang kritik Syiah.

Leave a comment