We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Solat jamak dan qasar January 31, 2012

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 9:19 pm

Aku ingat dah banyak dah aku tau pasal solat jamak dan qasar ni, tapi dalam kelas baru-baru ni dan lepas berbincang dengan ustaz lain, adalah lagi rupanya yang aku tak tau. Banyak orang tak tau nak buat solat qasar dan jamak sebenarnya. Itulah sebabnya kekadang aku tengok mereka buat solat tamam (solat penuh macam biasa).

Dan ada juga yang tahu pasal solat jamak qasar ni, tapi mereka kata zaman dulu bolehlah buat, tapi zaman sekarang semua dah senang, apa lagi nak buat solat yang ringkas dan mudah itu? Dalam Islam, kenalah susah sikit, kata mereka. Pendapat yang lebih afdhal adalah lebih baik mengamalkan  solat qasar dan jamak apabila keadaan membenarkan. Sebab ianya adalah hadiah dari Allah dan Allah suka orang yang menerima hadiahNya. Sebenarnya kalau kita faham tentang fiqh solat Jamak dan Qasar ini maka kita akan faham bagaimana belas kasihanNya kepada hambaNya. Allah sebenarnya ingin memudahkan kita.

Definisi:

Solat Jamak: Apabila kita menggabungkan dua solat dalam satu waktu. Iaitu menggabungkan Zuhur dan Asar dan menggabungkan Maghrib Isyak. Maaf, solat Subuh tak boleh nak gabung dengan mana-mana. Kena buat jugak solat Subuh ni.

Jamak Takdim: Jamak yang awal. Maknanya menggabungkan solat Zuhur dan Asar di dalam waktu Zuhur dan menggabungkan solat Maghrib dan Isyak di dalam waktu Maghrib. Jamk Ta’khir: Jamak yang kemudian. Maknanya menggabungkan solat Zuhur dan Asar di dalam waktu Asar dan menggabungkan solat Maghrib dan Isyak di dalam waktu Isyak.

Solat Qasar: Berlaku apabila kita memendekkan solat Zuhur, Asar dan Solat qasar dibolehkan selama empat hari empat malam. Ini adalah pendapat yang terakhir sekali. Ada juga yang kata hanya dibolehkan selama tiga hari tiga malam sahaja.  Jamak tidak ada limit. Cuma Imam Shafie kata limit 19 hari.

Sebab untuk membolehkan qasar:

1. musafir. Boleh qasar dan jamak. Empat hari, empat malam. Boleh buat dua dua qasar dan jamak. Pendapat imam Ahmad. Tetapi apabila masih dalam musafir, tapi dah lebih dari empat hari dia boleh jamak sahaja.

2. apabila dalam ibadah haji. Boleh jamak qasar. Ketika di padang arafah sahaja. Di Mina, boleh buat qasar sahaja.

3. Peperangan. Boleh buat qasar sahaja. Tak boleh jamakkan sekali. Dibolehkan kepada yang jadi tentera sahaja. Dia boleh melakukan qasarkan walaupun waktu perang itu, dia sedang duduk di kampung dia. Kalau kat rumah, tak boleh.

Jadi, itulah sahaja perkara-perkara yang membolehkan kita mengqasarkan solat kita. Semasa zuhur atau maghrib, kena niat jamak dalam waktu seterusnya. Sebelum waktu habis. Contohnya, semasa masih lagi dalam waktu zuhur, kita hendaklah berniat dalam hati bahawa kita nak jamakkan solat zuhur ini semasa waktu asar nanti.

Kalau buat terawal, pun boleh lagi. Maknanya, katakanlah kita dah niat nak jamak semasa solat asar, tapi tengok keadaan, boleh pulak nak buat jamak taqdim dalam waktu zuhur.Mungkin semasa waktu zuhur tadi, kita sangka tak sempat nak sampai ke masjid atau tempat yang boleh kita solat, jadi tengok-tengok, terjumpa pulak tempat solat. Maka itu tidak ada masalah, boleh dibuat.

Afdhalnya adalah untuk mengakhirkan solat. Mengikut sunah Nabi. Kalau jamak takhir, kena tunai ikut turutan. Maknanya, kalau kita jamak takhir zuhur dan asar, kita buat zuhur dulu sebab dalam turutan solat, zuhurlah yang dulu. Walaupun masa itu, kita sedang solat di waktu asar. Ikut hadith Nabi. Semasa peperangan menentang Bani Quraizah. Nabi mengarahkan sahabat untuk terus pergi menyerang Bani Quraizah dan solat Asar di sana sahaja. Sebab Nabi tak nak buang masa dan hendakkan sahabat supaya cepat sampai ke sana. Dalam perjalanan, waktu Asar telah sampai. Jadi sahabat berbelah bagi. Samada nak solat Asar dulu sebab waktu dah masuk, ataupun untuk teruskan perjalanan dan solat di sana seperti arahan Nabi tadi.

Ada dua pendapat sahabat yang berselisih. Ada sebahagian sahabat yang melakukan solat Asar dalam perjalanan. Ada yang tidak melakukan solat asar apabila sampai waktu asar kerana arahan Nabi bahawa mereka kena melakukan solat asar apabila sampai di tempat Bani Quraizah. Tapi apabila mereka sampai, waktu asar telah habis, dan jemaah sedang melakukan solat maghrib. Jadi mereka telah berjemaah dengan mereka yang sedang melakukan solat maghrib itu. Tapi, mereka kena solat asar dulu walaupun imam sedang solat maghrib. Jadi, para sahabat membuat solat mana yang dahulu.

Ini juga menunjukkan hukum bahawa boleh kalau nak bermakmunkan imam yang solat lain walaupun imam niat solat lain. Sebab kaifiat solat itu adalah sama. Perbuatan solat itu sama. Lainlah kalau yang sedang jadi imam tengah buat solat jenazah atau solat gerhana matahari, sebab dua-dua solat itu lain dari solat biasa. Solat jenazah tidak ada rukuk dan sujud. Sementara Solat Gerhana mempunyai dua rukuk di dalam satu rakaat. Afdhal adalah untuk meraikan masyarakat. Kalau waktu tu masyarakat tengah solat jemaah, elok kalau ikut.

Kalau dah kelaziman seseorang itu sentiasa melakukan perjalanan yang jauh, sekali-sekali jer boleh buat. Contohnya kalau driver taxi. Kerana memang kerja dia selalu sahaja bepergian. Tak boleh dia sentiasa melakukan jamak dan qasar.

Berapakah jarak yang membolehkan kita melakukan qasar? 2 marhalah perjalanan adalah pendapat yang paling masyhur. Sebab nabi pernah melakukan qasar apabila baginda bermusafir sejauh 2 marhalah. Tapi baginda juga pernah melakukan solat qasar apabila melakukan musafir sejahuh 12 batu. Paling sikit adalah nabi pernah melakukan qasar apabila baginda bermusafir sejauh 9 batu. Itu pun nabi pernah buat. Ibn Hajar memberi satu penyelesaian: kata beliau, kalau dia rasa diri dia dah musafir, dah boleh qasar dan jamak. Jangan dok main jarak jer. Sebab kalau Imam Hanifah, kena satu hari satu malam perjalanan, baru boleh buat solat qasar. Nabi tak pernah kata pasal jarak. Pendapat yang selalu orang pakai adalah mengikut perbuatan Nabi. Itu yang jadi dua marhalah tu. Maknanya, bukanlah nabi kata kena dua marhalah baru boleh dikira musafir.

Jamak tidak disyaratkan kena bermusafir. Contoh, seorang doktor bedah. Dia boleh buat jamak solat. Sebab tentulah menyusahkan beliau jikalau dia perlu meninggalkan orang yang sedang dibedah kalau dah masuk waktu. Islam tidak seperti itu. Qardarawi kata, untuk polis trafik pun boleh jugak. Sebab dia tidak boleh meninggalkan kerjanya untuk menunaikan solat. Nanti akan kecoh di jalanan kalau dia tinggalkan.

Nabi pernah menjamakkan dua solatnya tapi hujan, uzur atau musafir. Sekali sekala sahaja. Atau kalau kita ada dalam meeting yang tak habis-habis. Atau dalam perjalanan yang tak boleh nak berhenti. Boleh jamak juga. Atau anak kahwin. Islam begitu memudahkan dan memahami perjalanan hidup manusia dan masyarakat. Kalau tak belajar, tak tahu macam mana.

Kalau tak keluar musafir lagi, boleh jamak dulu siap-siap. Cuma tak boleh nak qasar. Sebab tak musafir lagi. Contohnya kita nak keluar, tapi waktu zuhur dah masuk.

Orang musafir diharuskan untuk tinggal Jumaat. Boleh teruskan perjalanan. Kalau dia singgah Jumaat di masjid di dalam perjalanan dia, boleh tak dia jamakkan asar sekali. Ada kata tak boleh. Fuqaha kata boleh. Nabi tidak musafir pada hari Jumaat. Jadi tidak ada contoh yang mengatakan tak boleh.

Boleh jamak qasar kalau balik kampung pun. Kerana ada pendapat yang mengatakan kalau kita balik kampung, tidak boleh jamak dan qasar kerana kita telah sampai di mukim kita. Sebenarnya kita tetapkan satu tempat sahaja nak tinggal. Maka mukim kita adalah di mana rumah kita tinggal di mana kita mencari rezeki di sana. Ada pendapat yang daif mengambil contoh dari Uthman yang tidak melakukan qasar apabila dia berada di Mekah. Ini adalah pendapat yang dhaif, jadi walaupun kita di kampung halaman mak dan ayah kita, kita masih lagi boleh melakukan solat jamak dan qasar.

Tapi berhati-hatilah. Jangan kita buat seperti Syiah yang sentiasa melakukan solat Jamak. Mereka tidak kira, samada sedang bermusafir ataupun tidak. Syiah ambik hadith Nabi kata jadikanlah hidup sebagai musafir. Tapi tanya pasal Nabi ada buat tak sentiasa solat jamak. Tidak, Nabi tidak sentiasa buat solat Jamak walaupun baginda ada mengatakan bahawa jadikanlah hidup kita ini sebagai musafir.

Allahu a’lam.

Advertisements
 

Belasungkawa Pak Lang January 29, 2012

Filed under: Diary,Family,Ilmu,Travelling — visitor74 @ 12:22 pm

Semalam balik ke Melaka kerana seorang lagi pakcik isteri meninggal. Bila majlis kematian, seperti biasa akan menyebabkan aku sedikit keluh kesah. Kematian adalah satu masa yang akan membuatkan umat Islam melakukan banyak perkara tanpa usul periksa sama ada betul ataupun tidak.

Jadi aku akan rasa serba salah. Dalam membuat tuntutan Ilahi tentang menguruskan jenazah dan memberikan penghormatan terakhir, aku akan terpaksa melihat dan berada dalam bidaah yang nyata.

Antaranya adalah:
Membaca yaasin kepada simati. Akan kelilingilah ramai-ramai, masing-masing akan pegang buku yaasin. Itulah yang mereka bacakan. Niatnya adalah baik. Mungkin untuk dihadiahkan pahala bacaan kepada simati. Atau protect simati dar gangguan. Takut masa Itulah nanti ada benda nak masuk. Atau takut kucing hitam langkah ke dan sebagainya.
Yang ada dalam hadith yang sahih adalah kita digalakkan untuk membaca kepada pesakit yang *hampir* mati. Bukan bila dah mati. Bila dah mati, kita hanya boleh tolong dia dengan baca dia sahaja.
Oh, satu lagi, sakit mata aku tengok orang selit buku yaasin kat bantal pesakit atau simati. Aku ingat syaitan iblis kan gelak kecil kalau tengok. Manalah benda tu boleh halang dia? Kita pulak boleh percaya buku yaasin tu hebat sangat sampai boleh halang syaitan?! Nau’zubillahi min zaalik. Subhanallah!

Solat jenazah. Aku tak pernah tengok tapi ada org mentioned pasal solat jenazah bagi duit kat orang. Supaya orang akan tolong mintak doa kepada simati. Puhleezz la.
Cuma bila aku lambat hari tu nak solat kan jenazah, aku solatkan di kubur. Hmm, aku rasa Kalau ada yg tengok aku buat tu mesti heran. Sebab dorang tak tau bahawa Nabi pun pernah buat macam tu kat sahabat dia.

Masa nak angkat jenazah keluar dr masjid, setiap langkah, mereka akan baca fatihah. Datang dari mana ni? Letihnya Kalau aku pun masa tu tengah mengusung jugak. Alahai. Semoga Allah terima bahawa aku tak buat benda bidaah tu.

Bila nak letak mayat kat dalam liang, mereka akan letak bebola tanah yang dibaca doa. Kalau ada bola tu mereka, maka malaikat takkan tanya. Kalau betul, aku nak bola tanah aku nanti sebesar peti ais. Supaya malaikat nampak dr jauh. Wah, takyah mintak ampun la yer?

Talqin. Ni banyak nak citer ni sebenarnya. Tapi malas lah nak tulis banyak banyak. Kalau dorang start baca, aku akan keluar dr kawasan kubur. Tak pernah lagi tak baca lagi nih. Harapnya adalah nanti yg berani tinggalkan amalan bidaah yg besar ni.

Baca doa keliling kubur macam brehlavi.

Buat makan kat rumah si mati. Kesian orang rumah yg terpaksa jamu orang datang untuk makan. Sudahlah saudara meninggal, pening kepala nak bagi orang lain makan pulak. Kalau ada duit, dia akan pening sibuk menguruskan makan tu. Tapi kalau duit pulak takde, yg mati pulak ketua keluarga, alahai… Tak dapat aku bayangkan kesusahan mereka. Sebab aku tak pernah kena lagi. Tapi aku pernah tengok famili yg susah disebabkan oleh nak bagi makan ni. Orang lain akan melahap macam tiada apa-apa. Aku akan makan kat luar siap-siap dan takkan sentuh makanan kenduri ni.

Kenduri tahlil sekali sekala untuk simati. Samada ikut hari hari yang tertentu atau ikut suka bila free. Ringkasnya, perbuatan ini tidak akan menyampaikan pahala kepada simati. Confirm bidaah. Paling kurang tu. Boleh jatuh syirik kalau doa doa atau bacaan dalam tahlil itu akan bercampur dgn perkara syirik.

Sedekah fatihah. Tak sampai la pahala fatihah tu. Siapa kata? Imam Syafie sendiri.

 

Kelas tafsir

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 11:15 am

Nota kelas tafsir 30 juz dgn ustaz Rosman telah dimasukkan ke blog yang lain. tafsirsunnah.wordpress.com

Silalah lawati ke sana. Blog itu dalam proses pengemaskinian. Banyak lagi perlu dilakukan. Posting yang ada kat dalam tu pun subject to change. Sebab aku masukkan tanpa checking dulu teks dengan ustaz. Jadi sekarang kami tengah checking balik.

 

Beberapa soal pernikahan January 28, 2012

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 5:43 pm

Perkahwinan Sighar
Maknanya Kalau wali bertukar tukar kahwin dgn tanggungan seorang lagi wali. Contohnya seorang ayah kata kat seorang lagi ayah: kita dua-dua ada anak. Apa kata Kalau kau kahwin dengan anak aku dan aku kahwin dengan anak kau. Tak bayar bayar mahr. Jarang kita dengar macam ni jadi kat tempat kita. Memang terjadi semasa zaman jahiliyah dulu. Dan Nabi larang. Sebabnya hak untuk mahr dinafikan kepada perempuan. Padahal mereka berhak mendapat mahr tapi si wali pulak yg memandai kensel!
Bukanlah bermakna wali A tak boleh nikahkan anak dia dengan wali B. Selagi ada mahr, tiada masalah. Masalahnya adalah kalau tiada mahr.

Muhallil atau Cina Buta
Yang ni selalu kot terjadi kat negara kita dan memang kita familiar sangat dengan term Cina Buta nih. Tak payah nak explain lagi.
Yang ini memang di laknat oleh Nabi dan Allah. Ada pendapat kata memang di laknat tapi perkahwinan itu masih lagi sah. Tapi Ibnu qayyim menganggap memang tak sah langsung.
Yang menjadikannya tidak sah atau dilaknat adalah kerana semasa Cina buta menikah dgn perempuan itu, dia dah niat nak ceraikan perempuan itu.
Itu adalah dilaknat. Dan kalau dia mencerai sebelum dia bersetubuh dgn perempuan itu maka nikahnya itu adalah tidak sah.

Semasa dalam ihram
Tak boleh menikah semasa berihram. Kalau nikah jugak, kena bayar dam, denda

Jikalau dia seorang penzina
Di dalam surah an Nur ayat 3, Allah berfirman bahawa seorang penzina hanya boleh berkahwin dgn penzina jugak. Tapi pendapat jumhur ulama, ayat ini telah dimansuhkan oleh ayat Quran yang lain.

 

Pembukaan Kota Mekah January 26, 2012

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 7:42 pm

Pembukaan Kota Mekah ini terjadi kerana kaum Musyrikin Mekah telah melanggar perjanjian di antara mereka dan Nabi. Semasa Perjanjian Hudaybiah, mereka telah berjanji bahawa mereka tidak akan masuk campur dalam perkelahian antara penyokong mereka. Nabi telah team up dengan satu kaum Yahudi dan Quraish telah team up dengan satu lagi kaum Yahudi. Nama kaum itu Bakar. Jadi kaum Yahudi yang dua jenis tu telah berperang, dan Musyrikin mekah telah membantu kaum Yahudi Bakar itu. Jadi itu telah melanggar perjanjian. Dan oleh kerana itu, Nabi telah memasuki mekah dengan sepuluh ribu sahabatnya.

Sebelum masuk, Nabi telah declare, siapa yang masuk dalam masjid selamat, siapa masuk rumah Abu Sufyan selamat, siapa duduk dalam rumah dan meninggalkan senjata mereka akan selamat. Jadi tak banyak pertumpahan darah. Cuma ada 6 orang sahaja dibunuh kerana mereka menyerang tentera Muslim. Jadi begitulah bagaimana peperangan yang melibatkan kaum Muslim. Kita kena bagitahu dulu. Bagi peluang kepada mereka untuk menerima islam. Jangan masuk terus. Dan begitu pun, kalau dah masuk, tidak boleh bunuh orang tua, wanita dan budak-budak, kecuali kalau mereka degil dan menyerang jugak tentera kaum muslim.

Pasal harta rampasan. Rupanya ada tiga jenis:

1. Pemberian ganjaran bersebab. Contohnya sapa dapat bunuh Abu Jahal, dia akan dapat semua harta Abu Jahal. Rupanya tentera kafir ni, kalau berperang, mereka akan bawak sebab mereka sangka bahawa ianya akan membantu mereka apabila mereka mati kelak.

2. Ghanimah. Harta rampasan. Seperlima akan diberi kepada Allah, Nabi dan keluarganya, fakir miskin, orang musafir. empat perlima akan diberi kepada mereka yang menyertai peperangan. Itu pun ikut bahagian jugak. kalau naik binatang masa perang, dapat 3 perlima. dan kalau jalan kaki, seperlima akan dibahagikan antara mereka.

3. Harta dapat tanpa peperangan. Seperlima akan diberikan kepada mereka yang menyertai peperangan itu dan empat perlima akan diberikan kepada Allah, Nabi dan keluarganya, fakir miskin, orang musafir.

Bukanlah Allah memerlukan harta itu. Kalau makna Allah tu, maknanya digunakan untuk jalan Allah. Dan untuk bahagian Nabi, selalunya Nabi tak ambik pun.

Berat harta rampasan perang ni. Ada pernah seorang sahabat lambat nak kumpulkan harta rampasan dia bersama dengan yang lain apabila Bilal umumkan untuk kumpulkan semua harta rampasan. Apabila dia nak beri kepada Nabi, Nabi taknak terima. Nabi kata panda-pandailah dia jawap di hadapan Allah nanti. Dan ada seorang yang mati semasa perang. Orang kata dia masuk syurga, tapi Nabi kata dia masuk neraka sebab ada harta rampasan perang dia simpan sendiri. Bukan banyak pun, sehelai kain jer. Jadi jangan buat main kalau harta rampasan nih.

Dan kalau harta kita dirampas oleh pihak musuh dan kalau kita dapat balik dari musuh itu, ianya kenalah dipulangkan kepada tuannya. Pernah sekali kuda Umar dirampas oleh musuh dan apabila tentera islam dapat menawan musuh, kuda beliau telah dipulangkan balik kepadanya. Maknanya, kuda itu tidak dimasukkan ke sebahagian dari harta rampasan.

Rasul tidak boleh menerima sedekah daripada orang lain. Cuma baginda boleh menerima hadiah. Jadi samalah jugak kalau kita nak beri pemberian kepada sesiapa, tengok jugalah siapa dia. Sebab yang boleh menerima sedekah ini, hanya fakir dan miskin. Kalau seseorang itu cukup makan dan pakai dia, dia dah dikira sebagai seorang kaya dah kalau dalam Islam. Orang miskin adalah jikalau keperluan dia tidak cukup. Mungkin boleh dalam 70% sahaja. Kalau fakir tu lagi kurang apa yang dia ada. Mungkin dalam 50% sahaja. Jadi kalau bagi duit kat ustaz ke, cakaplah ini adalah hadiah. Jangan cakap sedekah pulak.

 

Rasul tidak mahu menyusahkan umatnya January 25, 2012

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 6:54 pm

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, katanya: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. itu niscaya meninggalkan – tidak melakukan – suatu amalan, sedangkan beliau amat suka mengerjakan amalan itu dan ditinggalkannya tadi adalah karena takut kalau orang-orang akan mengamalkan itu,  sehingga akan menyebabkan diwajibkannya amalan tersebut atas mereka.” (Muttafaq ‘alaih)

Dari Aisyah radhiallahu ‘anha juga, katanya: “Nabi s.a.w. melarang para sahabat melakukan puasa wishal – tidak berbuka dalam malam hari puasa, sehingga dua hari puasa dijadikan satu dan terus berpuasa saja. Larangan ini adalah karena belas-kasihan kepada mereka. Para sahabat bertanya: “Sesungguhnya Tuan sendiri suka berpuasa wishal.” Beliau s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya aku ini tidaklah seperti keadaanmu semua, karena sesungguhnya aku ini diberi makan serta minum oleh Tuhanku.” (Muttafaq ‘alaih) Artinya ialah: Saya itu diberi kekuatan seperti orang yang makan dan minum.

syarah: puasa wishal ini hanya boleh dibuat oleh nabi sahaja.  Sebabnya ada dua pendapat: satu, nabi diberi makan oleh Allah di dalam tidurnya. Oleh itu, kalau baginda tidur, mulut baginda seperti sedang makan; ataupun pendapat kedua: Allah akan mengenyangkan perut baginda apabila baginda sedang berpuasa.

Hukum tentang amalan ini: mengikut mazhab Syafie, haram untuk dilakukan oleh umat; mengikut pendapat lain, boleh dibuat tapi hanya sehari semalam sahaja.

Ini adalah satu amalan yang tak pernah aku dengar sebelum ini. Kalau tak belajar agama, tak tahupun pasal ada amalan sebegini dalam islam.

Lagi satu amalan yang biasa kita dengar Nabi tinggalkan adalah solat terawikh berjemaah.  Amalan ini pernah baginda Nabi buat, tapi hanya dua malam sahaja (ada pendapat lain kata tiga malam). Tapi baginda tak keluar untuk solat terawikh berjemaah sebab baginda takut kalau baginda terus buatkan, ditakuti amalan itu akan dijadikan sebagai kewajipan kepada umatnya, padahal ianya adalah berat. Lagipun, semasa hayat baginda, wahyu masih lagi diturunkan. Jadi takut kalau Allah akan mewajibkan kepada umat nanti.

Segala amalan kita hendaklah mengikut apa yang telah diberitahu oleh Nabi. Janganlah berselisih dengan apa yang telah disebut oleh Nabi.

Banyak kemudahan telah Allah berikan kepada umat Nabi Muhammad. Contohnya, kita boleh melakukan jamak dan qasar apabila keadaannya. Dan juga Allah memberi kemudahan kepada kita untuk bertayamum kalau tiada air. Kalau umat dahulu, mereka kena berwuduk dengan air jugak. Dan juga telah dimudahkan kepada Nabi untuk melakukan ibadat di mana-mana sahaja bumi Allah ini. Kalau umat dahulu, mereka kena buat amal ibadat hanya di rumah ibadat sahaja. Kan dah mudah dah tu? Tidak ada syariat yang lebih baik daripada syariat Nabi Muhammad kerana ia adalah gabungan semua syariat nabi-nabi dahulu.

Nabi juga pernah berkata: kalaulah tidak menyusahkan umat aku, aku akan suruh mereka supaya bersugi setiap kali mereka hendak solat. Tapi Nabi tak nak suruh sebab takut menyusahkan umatnya.

Satu lagi, baginda juga pernah bersabda: kalaulah tidak menyusahkan umat aku, aku nak suruh mereka melewatkan solat isyak ke akhir waktu. Bilakah akhir waktu itu? Ianya bukanlah sebelum subuh. Tapi sebenarnya lebih kurang pukul 12 tengah malam. Sebab akhir waktu juga telah diberitahu oleh Jibrail. Sebab berkenaan dengan waktu solat ini, Jibrail datang kepada Nabi dua kali. Hari pertama, Jibrail datang di awal waktu untuk memberi tahu kepada Nabi bila masuk waktu. Dia datang lima-lima waktu. Hari esoknya, Jibrail datang lagi, dan kali ini dia memberitahu akhir waktu. Jadi akhir waktu Isyak adalah di akhir sepertiga malam.

Pernah Nabi solat jamak tanpa hujan, tanpa musafir dan tanpa uzur. Nabi sengaja buat jamak. Boleh buat sekali sekala. Dan kalau hujan, Nabi akan jamakkan solatnya.

Berkenaan isu solat menghormati waktu. Sebenarnya ia diambil dari pendapat Imam Nawawi. Dia kata kalau ada yang menyebabkan tidak boleh solat dengan lengkap, maka dia kata solatlah. Tidak ada jalan nak mengatasi lagi dah. Dia tak bagi nama solat hormat mati pun. Contohnya, tidak ada baju untuk menutup aurat, maka solatlah. Dan bila dah ada baju nanti, maka qada solat itu. Kalau ikut Imam Ahmad, tidak ada qada. Kalau kata Imam Malik, tak payah solat langsung, dan tidak ada qada langsung. Tapi itu jauhlah pendapat dia. Jadi ianya boleh dilakukan kalau tidak ada jalan lain lagi dah. Kalau dalam kapal terbang contohnya, bolehlah solat. Kalau sebab tak boleh ambil wuduk dengan air, maka tayammumlah. Carilah jalan. Nak buat tayammum ni bukannya payah pun. Orang jer yang menyusahkan.

 

Ombak rindu The movie. Not The book sebab tak baca lagi

Filed under: Movies — visitor74 @ 2:55 pm

20120117-145542.jpg

Ramailah sudah yang dah tengok movie ni dan aku pun dah tengok jugak. Ramai lah jugak yang menangis masa tengok. Cuma aku tak nangis lah. Tak sampai dalam jiwa. Aku tak tak rasa lakonan cukup memuaskan. Bahasa muka tak cukup deep untuk aku merasakan keseluruhan cerita tu. Ada moment-moment yang aku faham cukup mengesankan kepada semua orang, tapi tidak aku tak dapat nak feel sangat. Adakah sebab lakonan tidak memberansangkan? Atau jalan cerita macam jauh dari realiti kehidupan? Adakah boleh dalam Malaysia ni boleh jadi macam tu? Sedih gak kalau betul. Mungkin lah ada kot.

Cerita Melayu sepatutnya bolehlah memberi kesan pengajaran kepada sesiapa yang menontonnya. Tapi aku tak nampak sangat apa pengajaran yg boleh diambil? Adakah sebab seorang yg jahat boleh menjadi baik? Baik macam mana? Adakah dia dah mula solat? Takde plak aku tengok. Jadilah cerita ini macam biasa biasa sahaja. Tiada pengajaran agama akhirnya.