We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu Bab Orang Yang Berpendapat Tidak Perlu Berwudhu Melainkan Kerana Keluar Sesuatu Daripada Dua Jalan Keluar Iaitu Qubul Dan Dubur November 27, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 6:53 pm

 

بَاب مَنْ لَمْ يَرَ الْوُضُوءَ إِلَّا مِنْ الْمَخْرَجَيْنِ مِنْ الْقُبُلِ وَالدُّبُرِ وَقَوْلُ اللَّهِ تَعَالَى

Bab Orang Yang Berpendapat Tidak Perlu Berwudhu Melainkan Kerana Keluar Sesuatu Daripada Dua Jalan Keluar Iaitu Qubul Dan Dubur

{ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنْ الْغَائِطِ }
Kerana firman Allah swt: “atau seseorang dari kamu datang dari tempat membuang air.” Ayat ini dari 4:43

– Banyak benda boleh keluar dari tubuh. Contohnya air liur, peluh, darah dan sebagainya. Tapi pada Imam Bukhari, yang membatalkan wudu hanyalah jika keluar najis dari dua tempat itu. Dan keluar pula secara normal. Itulah pendapat Imam Bukhari. Cara dia tulis itu seperti dia memberikan pendapat orang tapi sebenarnya itu adalah pendapat dia. Dan dia bawa dalil sambil bawa juga pendapat ulama lain yang sependapat dengannya. Dia tahu pendapat orang lain, bukan tak tahu, tapi ini adalah kitab dia, jadi dia nak beritahu pendapat dia. Terpulang kepada siapa yang nak ikut atau tidak.

Banyak pendapat lain. Imam Syafie berpendapat yang wudu terbatal jika keluar najis dari mana sahaja. Contohnya kalau keluar darah dengan banyak dari perut atau lain-lain. Dan keluar apa saja dari dua saluran itu. seperti keluar ulat dari dubur contohnya. Imam Bukhari tidak bersetuju dengan pendapat ini.
Selain dari itu, ada lagi pendapat dari mazhab-mazhab yang lain tapi terlalu banyak hendak disampaikan disini.

Dia guna ayat Quran. Kerana ayat Quranlah yang paling kuat dijadikan hujah.
Padanya, keseluruhan ayat 4:43 yang diberikan Allah diatas adalah untuk hadas kecil dan besar. Bukan setakat hadas kecil sahaja. Selain dari ayat diatas, ada lagi pasal bersentuhan lelaki dan perempuan. Kerana sambungan kepada ayat Quran diatas ada menyebut: أَوْ لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ yang makna secara literal adalah: atau kamu bersentuh dengan perempuan
Padanya, bersentuhan itu bermaksud ‘bersetubuh’. Kerana kalau bersentuhan sahaja, itu hanya menjawap masalah hadas kecil. Dan ayat diatas adalah berkenaan dengan tayamum dimana tayamum itu adalah untuk hadas besar juga. Kerana kalau tiada air, bagaimana kalau hadas besar terjadi? Pakai tayamum juga. Begitu halus pemerhatian Imam Bukhari.

الْغَائِطِ dari makna asal adalah ‘tempat yang rendah’. Masyarakat zaman itu menggunakan tempat yang rendah sebagai tempat buang air. Supaya orang ramai tak nampak. Tersoroklah sikit kalau dibandingkan kalau duduk di tempat tinggi. Dan perkataan itu kemudiannya digunakan untuk merujuk kepada tahi. Tapi dalam konteks ayat ini, ianya bermaksud ‘tempat buang air’. Kalau kita pergi ke tempat sebegitu, apa yang kita lakukan adalah samada kencing atau berak. Itu sahaja. Tidak ada perbuatan lain. Tidak ada niat lain kan?

Begitu juga Imam Bukhari tidak setuju yang wudu terbatal dengan menyentuh antara lelaki dan perempuan. Kerana kepada yang tahu tentang bahasa Arab akan faham bahawa perkataan لَامَسْتُمُ النِّسَاءَ bermaksud ‘sentuh sama sentuh’. Iaitu bermakna ‘bersetubuh’. Tapi Allah tak letak perkataan itu kerana Allah beradab.

Begitu juga kepada Imam Bukhari, kalau menyentuh kemaluan pun tidak membatalkan wudu. Kerana tidak ada hadis yang mengatakan yang kalau sentuh kemaluan akan batal. Dan pendapat Imam Syafie yang menyatakan kalau sentuh itu batal pun ada yang kritik. Kerana pada syafiiah, kalau sentuh dengan perut tangan, batal, tapi kalau dengan belakang tangan, tidak batal pula. Padahal, itu pun sentuh juga. Dan kalau Imam Malik mengatakan kalau sentuh itu dalam keadaan bernafsu, batal. Kalau tidak bernafsu, tak batal. Tapi bagaimana nak tentukan? Siapakah yang batal kalau salah seorang sahaja yang bernafsu? Jadi, banyak kritik kepada pendapat-pendapat itu.

وَقَالَ عَطَاءٌ فِيمَنْ يَخْرُجُ مِنْ دُبُرِهِ الدُّودُ أَوْ مِنْ ذَكَرِهِ نَحْوُ الْقَمْلَةِ يُعِيدُ الْوُضُوءَ وَقَالَ جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ إِذَا ضَحِكَ فِي الصَّلَاةِ أَعَادَ الصَّلَاةَ وَلَمْ يُعِدْ الْوُضُوءَ وَقَالَ الْحَسَنُ إِنْ أَخَذَ مِنْ شَعَرِهِ وَأَظْفَارِهِ أَوْ خَلَعَ خُفَّيْهِ فَلَا وُضُوءَ عَلَيْهِ وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ لَا وُضُوءَ إِلَّا مِنْ حَدَثٍ وَيُذْكَرُ عَنْ جَابِرٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ فِي غَزْوَةِ ذَاتِ الرِّقَاعِ فَرُمِيَ رَجُلٌ بِسَهْمٍ فَنَزَفَهُ الدَّمُ فَرَكَعَ وَسَجَدَ وَمَضَى فِي صَلَاتِهِ وَقَالَ الْحَسَنُ مَا زَالَ الْمُسْلِمُونَ يُصَلُّونَ فِي جِرَاحَاتِهِمْ وَقَالَ طَاوُسٌ وَمُحَمَّدُ بْنُ عَلِيٍّ وَعَطَاءٌ وَأَهْلُ الْحِجَازِ لَيْسَ فِي الدَّمِ وُضُوءٌ وَعَصَرَ ابْنُ عُمَرَ بَثْرَةً فَخَرَجَ مِنْهَا الدَّمُ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ وَبَزَقَ ابْنُ أَبِي أَوْفَى دَمًا فَمَضَى فِي صَلَاتِهِ وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ وَالْحَسَنُ فِيمَنْ يَحْتَجِمُ لَيْسَ عَلَيْهِ إِلَّا غَسْلُ مَحَاجِمِهِ

Imam Bukhari membawakan pendapat ulama-ulama lain didalam tajuknya lagi. Panjang tajuk Imam Bukhari kali ini.

Berkata Atha, berhubung dengan orang yang keluar dari duburnya ulat atau dari zakarnya seumpama kutu, dia perlu kembali berwudu.
Berkata Jabir bin Abdullah, kalau seseorang itu ketawa ketika bersembahyang, dia hanya perlu mengulangi sembahyangnya, tidak wudunya.
Hasan berkata, jika seseorang mengambil sebahagian dari rambutnya, dengan menggunting atau mencukur, atau memotong kukunya, atau dia mencabut khufnya, dia tidak perlu berwuduk.
Dan berkata Abu Hurairah, tidak perlu berwudu kecuali berhadas.
Diriwayatkan oleh Jabir ketika Nabi didalam peperangan Zaatir Riqa’, pernah seorang lelaki dipanah musuh ketika dia sedang bersembahyang dan anak panah yang mengenainya itu menyebabkan darah yang banyak keluar dari tubuh tapi dia tetap ruku’ dan sujud dan dia tetap meneruskan sembahyangnya.
Hasan menjelaskan yang orang-orang Islam meneruskan sembahyang dalam luka mereka.
Dan berkata Taus dan Muhammad bin Ali, dan Atha dan ahli Hijjaz berpendapat tidak perlu berwudu kerana darah.
Ibn Umar memicit bisulnya lalu keluar darah dari bisulnya itu tetapi dia tidak berwudu kerananya.
Ibn Abi Awfa meludah darah namun dia terus mengerjakan sembahyang.
Ibnu Umar dan Hassan berkata tentang orang yang berbekam: tidak perlu dia melakukan apa-apa melainkan membasuh tempat tempat yang dibekam itu.

Penerangan:
Berkata Atha, berhubung dengan orang yang keluar dari duburnya ulat atau dari zakarnya seumpama kutu, dia perlu kembali berwudu.
– Nampak seperti Imam Bukhari bersetuju pula dengan pendapat Imam Syafie yang mengatakan bahawa kalau keluar apa sahaja dari dua tempat itu akan menyebabkan wudu terbatal. Ini adalah kerana Imam Bukhari membawa pendapat Atha yang sedemikian. Atha adalah seorang tabein. Dan selalunya dia akan bawa pendapat ulama yang sama dengan pendapatnya. Tapi ada yang tidak setuju. Ramai dari pensyarah Sahih Bukhari mengatakan bukan dia setuju. Cuma dia nak menunjukkan ada khilaf ulama dalam perkara ini. Dan pendapatnya masih lagi wudu itu hanya terbatal kalau hanya keluar kencing atau tahi seperti pemahamannya tentang ayat Quran yang dibawanya itu. Padanya, ayat Quran itu lebih kuat lagi.

Berkata Jabir bin Abdullah, kalau seseorang itu ketawa ketika bersembahyang, dia hanya perlu mengulangi sembahyangnya, tidak wudunya.
– Jabir adalah sahabat Nabi. Jadi tentulah dia tahu apa yang benar sebab dia pernah bersama Nabi. Dia mengatakan kalau ketawa, hanya membatalkan solat tapi tidak wuduk. Ada yang kata Imam Bukhari bawa athar ini kerana nak kritik pendapat hanafiah yang mengatakan kalau gelak terbahak-bahak akan membatalkan solat dan wudu sekali. Imam Bukhari nak cakap bahawa bukan hanya kalau ketawa sikit sahaja, kalau terbahak-bahak pun tidak batal. Sebab kalau ketawa diluar solat pun tidak membatalkan wudu, ketawa dalam solat pun tidak membatalkan wudu.

Hasan berkata, jika seseorang mengambil sebahagian dari rambutnya, dengan menggunting atau mencukur, atau memotong kukunya, atau dia mencabut khufnya, dia tidak perlu berwuduk.
– Ini adalah kata-kata Hasan al Basri. Ini untuk kritik pendapat Syafie yang mengatakan kalau gunting rambut, atau potong kuku dan buka khuf akan membatalkan wudu. Pendapat itu kerana kalau orang itu ambil wudu pada anggota wudu dan lepas itu dia potong bahagian yang kena air itu tadi, maka wuduknya batal kerana bahagian yang kena wudu tadi dah tiada dah. Dan kalau semasa dia wudu dia sapu khuf sahaja, maka kalau dia buka khuf itu, maka wudu dia terbatal. Imam Bukhari bawa kata Hasan al Basri ini kerana nak mengatakan bahawa tidak batal. Sebab sebelum itu dia dah ada wudu itu dan wudu itu kekal dengannya.

Dan berkata Abu Hurairah, tidak perlu berwudu kecuali berhadas.
– Kepada Abu Hurairah, hanya batal wudu itu kalau keluar najis dari dua qubul itu. Dan di dalam hadis yang lain, disampaikan olehnya bahawa hadis itu adalah kencing, tahi, dan kentut. Itu sahaja. Itulah yang dinamakan hadas.

Diriwayatkan oleh Jabir ketika Nabi didalam peperangan Zaatir Riqa’, kisahnya begini: selepas peperangan itu yang terjadi dalam tahun ketujuh Hijrah, Nabi telah berehat dengan rombongan perang dalam perjalanan selepas perang itu. Baginda telah meletakkan dua orang sahabat untuk menjaga pintu ke kawasan berhenti mereka itu takut ada musuh mengekori. Seorang Ansar dan seorang dari Muhajirin. Mereka bercadang untuk bergilir menjaga dan tidur. Semasa seorang itu tidur, seorang lagi bersolat sambil berjaga itu. Sementara itu, ada seorang dari pihak musuh yang berdendam sangat kerana kalah didalam peperangan itu, dan bertekad untuk berbuat onar. Dia telah mengikuti rombongan perang Nabi dan nampak bahawa penjaga dua orang ini sedang tidak sedia. Dia telah memanah sahabat yang sedang bersolat itu. Sahabat yang sedang solat itu mencabut anak panah itu semasa sedang solat itu dan dia berdarah. Tapi dia meneruskan solatnya tanpa berhenti. Apabila sahabat dia tanya kenapa dia tak berhenti solat, dia kata sebab dia sedang sedap solat sambil membaca surah al Kahfi. Itulah sebabnya dia tidak berhenti itu. Kalau perbuatan dia itu salah dan solatnya atau wudunya telah batal, tentulah dia tahu, atau kalau dia tidak tahu masa itu, tentulah Nabi telah menegur perbuatan ini kemudiannya. Tapi itu tidak terjadi. Tidak ada dalam riwayat yang mengatakan Nabi ada tegur.
Imam Bukhari tidak memasukkan hadis ini dalam musnadnya kerana hadis ini dibawa oleh Ibn Ishak yang tidak dipercayai sangat. Tapi kerana boleh dikuatkan dengan hadis-hadis yang lain, maka Imam Bukhari bawa juga. Ini kerana Imam Bukhari nak bagitahu bahawa sahabat-sahabat dulu, walaupun badan mereka berdarah, mereka masih lagi meneruskan solat mereka. Maknanya, darah itu bukan najis.
Ada juga yang kata, bila dia cabut itu, darah itu memancut sampai tak kena badan. Tapi ini susah untuk diterima akal. Tentulah kalau pancut laju pun, lepas itu akan slow juga pancutan darah itu dan kena juga kepada badan.

Mungkin ada yang kata itu adalah satu kes sahaja. Untuk dia sahaja. Maka ada lagi yang dibawa oleh Imam Bukhari: Hasan menjelaskan yang orang-orang Islam meneruskan sembahyang dalam luka mereka.
– Hasan al basri menggunakan kata ‘orang-orang Islam’ iaitu bermaksud ramai, bukan seorang dua ni. Seperti dah menjadi kebiasaan.

Dan berkata Taus dan Muhammad bin Ali, dan Atha dan ahli Hijjaz berpendapat tidak perlu berwudu kerana darah.
– Ramai yang berpendapat begitu. Kalau dah ahli Hijaz tu, maknanya lagi ramai.

Ada yang kata itu tabiin sahaja, maka Bukhari bawa kata sahabat pula: Ibn Umar memicit bisulnya lalu keluar darah dari bisulnya itu tetapi dia tidak berwudu kerananya.
– Sahabat amat menjaga ibadat mereka. Takkan dia tak jaga solat dia. Takkan dia nak sia-sia sahaja solatnya itu.

Seorang lagi sahabat. Dialah Sahabat yang paling akhir mati, dan Abu Hanifah sempat jumpa dia: Ibn Abi Awfa meludah darah namun dia terus mengerjakan sembahyang.
– Dia ludah itu, maksudnya banyaklah darah yang keluar. Bukanlah nak kata elok ludah dalam solat ni. Kalau zaman dulu boleh buat macam ni. Sebab masjid mereka lantai tanah. Bila dah ludah, boleh kambus balik. Kalau zaman sekarang, ludah dalam sapu tangan pun boleh.

Ibnu Umar dan Hassan berkata tentang orang yang berbekam: tidak perlu dia melakukan apa-apa melainkan membasuh tempat tempat yang dibekam itu.
– Kalau Bekam tu, tentulah banyak darah yang keluar. Basuh tu kalau nak basuh. Tidak semestinya.

Bukanlah semua ini nak menyuruh manusia tak basuh darah. Sebab dalam Islam amat menjaga kebersihan. Tapi ini adalah masalah fekah. Kalau keluar tahi dari mulut pun, tidak batal sebab bukan keluar ikut saluran dia.

170 – حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ حَدَّثَنَا سَعِيدٌ الْمَقْبُرِيُّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَزَالُ الْعَبْدُ فِي صَلَاةٍ مَا كَانَ فِي الْمَسْجِدِ يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ مَا لَمْ يُحْدِثْ فَقَالَ رَجُلٌ أَعْجَمِيٌّ مَا الْحَدَثُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ الصَّوْتُ يَعْنِي الضَّرْطَةَ

170. Telah menceritakan kepada kami Adam bin Abu Iyas berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu Dzi’b telah menceritakan kepada kami Sa’id Al Maqburi dari Abu Hurairah berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Seorang hamba akan akan dikira didalam shalat selagi ia di dalam masjid menunggu solat dan tidak berhadats.” Lalu ada seorang laki-laki non-Arab berkata, “Apa yang dimaksud dengan hadats wahai Abu Hurairah?” Abu Hurairah menjawab, “adanya bunyi.” Yaitu kentut.

– Menunjukkan kelebihan masjid. Kalau kita ada dalam masjid, menunggu waktu solat yang seterusnya, kita dikira sedang solat. Apa maknanya, adakah kota tidak boleh berkata-kata waktu itu macam kita dalam solat juga? Tidak. Hadis ini nak cerita bahawa kita dapat pahala macam sedang solat. Walaupun kita duduk lama. Walaupun kita buat benda-benda lain. Dengar ceramah, zikir atau makan minum pun boleh. Ini kelebihan kerana kalau nak solat lama, mungkin payah. Maka, tidaklah sia-sia kita berada di masjid itu.

Adakah ini suruh kita asyik duduk di masjid tanpa buat apa-apa? Tidaklah begitu. Islam pun tak suruh begitu. Ikut keadaan. Kalau kita tidak berada dalam masjid pun, hati kita terikat sentiasa dengan masjid. Secara falsafahnya adalah menjadikan dunia ini seperti masjid. Nabi pun pernah kata macam tu. Maksudnya, walaupun diluar masjid, kita bayangkan kita dalam masjid. Dan kita tidak buat perkara yang kita tak buat dalam masjid. Contohnya kita tak makan riba dalam masjid. Barulah kita berterusan berbuat kebaikan.

Dan kita ambil falsafah dalam masjid itu. Masjid ada imam. Maka diluar masjid pun kena ada pemimpin. Kita mengikut imam kita dengan tidak mendahuluinya. Dan kalau imam ada buat salah, ada cara tegur dengan baik. Tidak kurang ajar. Begitu juga menegur pemimpin pun begitu juga. Dan pemimpin itu pun kena terima dengan baik. Fikirkan apa kesalahan dia dah buat dan buat pembetulan.

Abu Hanifah cerita pasal kentut sebab kalau di masjid, itulah kebiasaan terjadi. Kalau kentut pun dah batal, kalau keluar najis pun akan batal juga. Takkan nak kata keluar air mani atau berak. Memang itu akan membatalkan wudu tapi kita tidak keluar mani atau tahi semasa kita dalam masjid. Kecuali di tandas. Yang biasa terjadi, kentut. Kalau terkentut, perbaharuilah wudu itu kembali.

171 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ عَنْ عَمِّهِ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا

171. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan bin ‘Uyainah dari Az Zuhri dari ‘Abbad bin Tamim dari Pamannya dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Janganlah kamu berhenti sembahyang sehinggalah engkau mendengar bunyi atau mencium bau.” yakni dari kentutnya.

172 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ مُنْذِرٍ أَبِي يَعْلَى الْثَّوْرِيِّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْحَنَفِيَّةِ قَالَ قَالَ عَلِيٌّ
كُنْتُ رَجُلًا مَذَّاءً فَاسْتَحْيَيْتُ أَنْ أَسْأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَمَرْتُ الْمِقْدَادَ بْنَ الْأَسْوَدِ فَسَأَلَهُ فَقَالَ فِيهِ الْوُضُوءُ
وَرَوَاهُ شُعْبَةُ عَنْ الْأَعْمَشِ

172. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id berkata, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Al A’masy dari Mundzir Abu Ya’la Ats Tsauri dari Muhammad bin Al Hanafiyah ia berkata, Ali berkata, “Aku adalah seorang laki-laki yang mudah mengeluarkan madzi, karena malu untuk bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, maka aku suruh Miqdad bin Al Aswad untuk bertanya. Lalu ia pun bertanya, beliau kemudian menjawab: “dengan terkeluarnya air mazi, seseorang itu perlu berwudu.” Syu’bah juga meriwayatkan dari Al A’masy.”

173 – حَدَّثَنَا سَعْدُ بْنُ حَفْصٍ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّ عَطَاءَ بْنَ يَسَارٍ أَخْبَرَهُ أَنَّ زَيْدَ بْنَ خَالِدٍ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ سَأَلَ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
قُلْتُ أَرَأَيْتَ إِذَا جَامَعَ فَلَمْ يُمْنِ قَالَ عُثْمَانُ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلَاةِ وَيَغْسِلُ ذَكَرَهُ قَالَ عُثْمَانُ سَمِعْتُهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلْتُ عَنْ ذَلِكَ عَلِيًّا وَالزُّبَيْرَ وَطَلْحَةَ وَأُبَيَّ بْنَ كَعْبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ فَأَمَرُوهُ بِذَلِكَ

173. Telah menceritakan kepada kami Sa’d bin Hafsh telah menceritakan kepada kami Syaiban dari Yahya dari Abu Salamah bahwa ‘Atha bin Yasar mengabarkan kepadanya, bahwa Zaid bin Khalid mengabarkan kepadanya, bahwa ia pernah bertanya ‘Utsman bin ‘Affan radliallahu ‘anhu, Aku bertanya, “Apa pendapatmu jika seorang laki-laki berjimak dengan isterinya namun tidak keluar air mani?” ‘Utsman menjawab, “Hendaknya ia berwudlu seperti wudlunya untuk shalat, dan membasuh zakarnya.” Utsman melanjutkan, “Aku mendengarnya dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, aku menanyakan hal itu kepada ‘Ali, Zubair, Thalhah, dan Ubay bin Ka’b radliallahu ‘anhum. Mereka juga menyuruh begitu.”

174 – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ قَالَ أَخْبَرَنَا النَّضْرُ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ ذَكْوَانَ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْسَلَ إِلَى رَجُلٍ مِنْ الْأَنْصَارِ فَجَاءَ وَرَأْسُهُ يَقْطُرُ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَعَلَّنَا أَعْجَلْنَاكَ فَقَالَ نَعَمْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أُعْجِلْتَ أَوْ قُحِطْتَ فَعَلَيْكَ الْوُضُوءُ
تَابَعَهُ وَهْبٌ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ وَلَمْ يَقُلْ غُنْدَرٌ وَيَحْيَى عَنْ شُعْبَةَ الْوُضُوءُ

174. Telah menceritakan kepada kami Ishaq berkata, telah mengabarkan kepada kami An Nadlr berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu’bah dari Al Hakam dari Dzakwan Abu Shalih dari Abu Sa’id Al Khudri, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengirim seorang utusan kepada seorang laki-laki Anshar. Maka laki-laki Anshar itu pun datang sementara kepalanya basah. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Barangkali kami telah menyebabkan kamu tergopoh gapah?” Laki-laki Anshar itu menjawab, “Benar.” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda: “Jika kamu dibuat tergesa-gesa atau tertahan (tidak mengeluarkan mani), maka engkau hanya perlu berwudlu.” Hadits ini dikuatkan juga oleh Wahhab ia berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah. Abu ‘Abdullah berkata, riwayat Ghundar dan Yahya dari Syu’bah tidak menyebutkan ‘wudlu’.” mereka tidak menyebutkan perkataan wudu.

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Kuliah Maulana Asri

 

Sahih Bukhari Kitab Wudu’ Bab Apabila Anjing Minum Di Dalam Bekas Seseorang November 25, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 5:21 pm
Tags: , , , , ,

باب إِذَا شَرِبَ الْكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعًا

Bab Apabila Anjing Minum Di Dalam Bekas Seseorang Daripada Kamu Maka Hendaklah Dia Membasuhnya Tujuh Kali

167 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا شَرِبَ الْكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْعًا

167. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf dari Malik dari Abu Az Zinad dari Al A’raj dari Abu Hurairah berkata, “Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apabila anjing minum dari bekas seseorang dari kalian, maka hendaklah ia membasuhnya tujuh kali.”

– Banyak pendapat berkenaan hadis ini. Ada yang kata ini menunjukkan bahawa Imam Bukhari nak bagitau bahawa anjing-anjing itu adalah najis sampai kena basuh bekas makanan yang telah diminum oleh anjing itu. Tapi setelah dikaji, bukan inilah yang hendak disampaikan oleh Imam Bukhari. Ada lagi hadis-hadis lain yang perlu dikaji bersama dengan hadis ini.

Abu Hurairah yang membawa hadis ini sendiri tidak mengamalkan seperti hadis ini katakan. Kerana dia hanya membasuh tiga kali sahaja. Jadi sebenarnya apa yang hendak disampaikan oleh hadis ini adalah berkenaan dengan hal yang lain.
Nabi hendak menghilangkan pandangan tinggi umat Islam kepada kaum Yahudi yang menjadi tempat rujukan dan orang yang dipandang tinggi oleh masyarakat Arab waktu itu. Mereka mempunyai kekayaan dan ilmu. Mereka ada kitab taurat. Maka mereka dirujuk oleh orang kebanyakan. Salah satu kesukaan orang Yahudi itu adalah memelihara anjing. Ada yang memelihara anjing kerana nak mengikuti apa yand dibuat oleh bangsa Yahudi. Jadi Nabi nak menghilangkan pandangan tinggi mereka itu dengan memberi arahan membunuh anjing yang berkeliaran pada peringkat permulaan Islam di Madinah. Kerana mereka juga memandang anjing itu sebagai mulia. Selepas itu, Nabi suruh bunuh anjing hitam sahaja. Tapi bila masyarakat dah faham, Nabi tidak suruh buat apa-apa kepada anjing. Nabi kata mereka juga makhluk Allah.

Ini adalah cara Nabi mengubah masyarakat. Perkara yang mereka pandang tinggi oleh mereka akan diserang oleh Nabi. Tapi apabila mereka telah faham, maka mereka tidak disuruh buat lagi.
Jadi kita kena faham apa yang hendak dimaksudkan oleh hadis itu. Kena faham situasi zaman itu. Macam juga isbal, iaitu pakai seluar atau jubah melebihi buku lali. Nabi melarang sampai ada hadis mengatakan yang Allah tidak melihat mereka yang melakukan isbal itu. tapi larangan itu adalah kerana mereka yang memakai baju labuh adalah tanda orang yang sombong tapi kalau zaman sekarang, tidaklah itu menunjukkan sombongnya seseorang itu lagi dah. Zaman sekarang, sombong cara lain pula. Kerana dulu pernah Abu Bakr melakukan isbal juga tapi Nabi kata Abu Bakr tidak dikira sombong. Jadi, itu maknanya, bukanlah perbuatan itu yang dilarang sebenarnya. Yang dilarang adalah perasaan sombong manusia. Kalau sekarang, umat Islam pakai seluar yang melebihi buku lali pun tidak bermakna dia sombong.

168 – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ سَمِعْتُ أَبِي عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا رَأَى كَلْبًا يَأْكُلُ الثَّرَى مِنْ الْعَطَشِ فَأَخَذَ الرَّجُلُ خُفَّهُ فَجَعَلَ يَغْرِفُ لَهُ بِهِ حَتَّى أَرْوَاهُ فَشَكَرَ اللَّهُ لَهُ فَأَدْخَلَهُ الْجَنَّةَ
وَقَالَ أَحْمَدُ بْنُ شَبِيبٍ حَدَّثَنَا أَبِي عَنْ يُونُسَ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ حَدَّثَنِي حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ كَانَتْ الْكِلَابُ تَبُولُ وَتُقْبِلُ وَتُدْبِرُ فِي الْمَسْجِدِ فِي زَمَانِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَكُونُوا يَرُشُّونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ

168. Telah menceritakan kepada kami Ishaq telah mengabarkan kepada kami ‘Abdush Shamad telah menceritakan kepada kami ‘Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Dinar aku mendengar bapaku dari Abu Shalih dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa pernah terjadi seorang laki-laki melihat seekor anjing sedang memakan tanah basah kerana kehausan, lalu orang itu mengambil khufnya lalu mencedok air untuk kemudian diminumkan kepada anjing tersebut hingga kenyang. Allah membalas kebaikan kepadanya dengan memasukkannya ke dalam syurga.”

Ahmad bin Syabib berkata, telah menceritakan kepada kami bapaku dari Yunus dari Ibnu Syihab berkata, telah menceritakan kepadaku Hamzah bin ‘Abdullah dari Bapaknya, bahwa pada zaman Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam anjing-anjing selalu kencing dan keluar masuk di dalam masjid, namun para sahabat tidak merenjis dengan apapun samada tempat pijak atau tempat kencingnya.”

– Imam Bukhari membawa hadis yang menunjukkan bahawa anjing itu tidak najis. Berdasarkan kepada cerita lelaki yang memberi air minum kepada anjing itu. Lelaki itu telah turun masuk ke dalam telaga untuk minum. Telaga itu dalam. Sebab kalau cetek sahaja, tentulah anjing itu telah turun sendiri. Apabila dia naik, dia nampak anjing itu sedang menjilat-jilat tanah yang basah kerana kehausan. Kerana kasihan, dia telah turun semula dan mengambil air dengan memasukkannya air telaga itu kedalam khufnya. Dan beliau telah memberi minum kepada anjing itu dari dalam khufnya. Beberapa kali juga kerana anjing itu tidak puas dengan sekali sahaja. Maka Allah telah membalas kebaikan orang itu dengan memasukkannya ke dalam syurga.

Mulianya memberi anjing minum

Kalau anjing itu najis, takkan Allah suka dengan perbuatannya itu. Kerana bila anjing itu minum dari khufnya, tentulah termasuk air liur anjing itu ke tubuhnya juga nanti dan bagaimana dia solat pula? Cerita ini pula disampaikan oleh Nabi, jadi kalau perbuatan itu tidak molek, tentu Nabi akan tambah kata jangan bagi anjing itu minum atau jangan sentuh anjing itukah atau sebagainya. Salah kalau Nabi tak cakap.

Kalau anjing itu adalah binatang yang hina, tidak sesuai jikalau Allah memuliakan anjing dengan membawa cerita begini. Sampai seorang manusia yang telah membantunya dimasukkan ke dalam syurga pula. Jikalau anjing adalah binatang yang hina, tentulah perbuatan yang sepatutnya dilakukan adalah meninggalkan sahaja anjing itu. Tidak pula diceritakan di dalam hadis ini yang orang itu telah membasuh khufnya selepas memberi minum kepada anjing itu menggunakan khufnya.

Selain dari cerita ini, ada lagi satu cerita bagaimana seorang pelacur pun Allah masukkan ke dalam syurga kerana memberi minum kepada anjing.

– Ada satu lagi hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari secara ‘muzakarah’. Ini adalah hadis yang lain dari hadis musnad Imam Bukhari kerana tidak ada perkataan haddasana dan akhbarana diawal hadis itu. Ini adalah kerana hadis ini tidak cukup kuat. Tapi Imam Bukhari membawanya juga untuk menguatkan hujahnya. Dia nak sampaikan bahawa dalam masjid Nabi pun pernah anjing keluar masuk dan Nabi tak larang pun. Nabi tak suruh halau pun. Dan Nabi tidak suruh pagar masjid selepas itu pun. Dan sahabat tidak disuruh pun basuh tempat kencing anjing-anjing itu. Anjing-anjing itu sampai kencing dalam masjid. Dan tentulah air liur anjing itu pun akan menitik juga ke dalam masjid kerana mereka sentiasa sahaja menjelirkan lidah mereka. Dan tentulah bulu anjing itu akan jatuh ke lantai masjid kerana anjing sentiasa sahaja menggaru-garu badannya, dan tentulah apabila itu terjadi, bulunya akan jatuh. Tapi sahabat tak buat apa-apa dan Nabi pun tak suruh mereka berbuat sesuatu apa pun. Maknanya ini adalah selepas masa Nabi suruh bunuh anjing anjing itu. Kerana kalau di awal Islam, tentu Nabi dah suruh mereka bunuh anjing-anjing itu.

169 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ ابْنِ أَبِي السَّفَرِ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ قَالَ سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِذَا أَرْسَلْتَ كَلْبَكَ الْمُعَلَّمَ فَقَتَلَ فَكُلْ وَإِذَا أَكَلَ فَلَا تَأْكُلْ فَإِنَّمَا أَمْسَكَهُ عَلَى نَفْسِهِ قُلْتُ أُرْسِلُ كَلْبِي فَأَجِدُ مَعَهُ كَلْبًا آخَرَ قَالَ فَلَا تَأْكُلْ فَإِنَّمَا سَمَّيْتَ عَلَى كَلْبِكَ وَلَمْ تُسَمِّ عَلَى كَلْبٍ آخَرَ

169. Telah menceritakan kepada kami Hafsh bin ‘Umar berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Ibnu Abu As Safar dari Asy Sya’bi dari ‘Adi bin Hatim berkata, “Aku bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau lalu menjawab: “Jika kamu melepas anjing buruanmu yang telah diajar lalu ia mendapatkan hasil buruan, maka makanlah hasil buruannya. Jika anjing itu memakan binatang buruan itu, maka kamu jangan memakannya, sebab ia menangkap untuk dirinya sendiri.” Aku lalu bertanya lagi, “Aku melepas anjing buruanku, lalu aku mendapati anjing lain bersama dengan anjingku?” Beliau menjawab: “Jangan kamu makan, karena kamu membaca basmalah untuk anjingmu sahaja dan tidak untuk anjing yang lain.”

– Imam Bukhari membawa lagi satu hadis yang menunjukkan bahawa anjing itu adalah binatang yang suci. Kerana kalau tak suci, kenapa Allah benarkan anjing itu menjadi binatang memburu? Ini seperti yang disebut oleh Allah dalam ayat Maidah:4. Lepas dia buru binatang lain untuk kita, kita makan pula. Kalau nak samak binatang yang telah diburu itu, tak tersamak kita sebab tentu banyak sekali bahagian yang telah digigit oleh anjing itu.
Tetapi kena pastikan bahawa anjing itu tidak memakan sedikit pun dari bahagian binatang buruan itu. Kena pastikan bahawa anjing itu memburu untuk makanan kita sahaja.
Binatang yang boleh dijadikan binatang memburu bukan sahaja anjing sahaja. Burung helang pun ada juga. Tapi Allah meletak nama anjing sahaja dalam Quran. Ini adalah kerana Allah hendak menaikkan nama baik anjing itu. Kerana ianya adalah binatang yang telah disalah tafsirkan oleh banyak manusia. Sampai dikatakan anjing itu adalah binatang yang hina tapi sebenarnya tidak. Seperti juga Zaid anak angkat Nabi. Dalam banyak-banyak sahabat yang besar-besar, nama mereka tidak dimasukkan dalam Quran. Tapi nama Zaid ada. Kerana dia telah banyak disalah tafsir oleh masyarakat. Dia telah melalui banyak dugaan maka Allah hendak memberikan dia rasa gembira dan ketegangan.

Banyak gunanya anjing itu

Ada kelebihan kepada anjing itu. Apabila anjing telah dilatih, mereka boleh berguna banyak kepada manusia. Bukan hanya untuk berburu sahaja. Mereka boleh menjaga rumah. Menghidu bom atau dadah dan digunakan dengan banyak oleh polis. Mereka juga boleh digunakan untuk memandu orang buta. Dan malah banyak lagi. Tapi orang Islam telah kehilangan kelebihan ini kerana memandang anjing sebagai binatang yang hina. Kita telah kerugian kerana telah dilatih dari kecil lagi bahawa anjing itu adalah najis. Oleh kerana itu, kita lihat kalau dalam skuad Anjing Polis contohnya, yang banyak berkhidmat dengan anjing adalah bangsa Sikh sahaja.

Jadi kenapa ada juga hadis yang mengatakan yang kalau rumah yang ada anjing, malaikat tidak masuk dan akan kurang pahala mereka yang menjaga anjing itu? Itu adalah di peringkat awal semasa Nabi diarahkan oleh Allah untuk membunuh anjing. Itu adalah untuk menyalahi kesukaan orang Yahudi yang suka membela anjing. Tapi apabila umat Islam telah faham, maka tidak dihinakan anjing itu lagi dah.

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Kuliah Maulana Asri

 

Sahih Bukhari Kitab Perubatan Bab Penyakit Kusta…(dan bab seterusnya)

Filed under: Hadith,Kitab Perubatan — visitor74 @ 3:17 pm

 

بَاب الْجُذَامِ

Bab Penyakit Kusta

وَقَالَ عَفَّانُ حَدَّثَنَا سَلِيمُ بْنُ حَيَّانَ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ مِينَاءَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا عَدْوَى وَلَا طِيَرَةَ وَلَا هَامَةَ وَلَا صَفَرَ وَفِرَّ مِنْ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الْأَسَدِ

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah: tidak ada jangkitan dan tidak ada sempena burung tentang sesuatu dan tidak ada burung hantu dan tidak ada safar dan larilah dari orang yang terkena penyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa.

– Kenapakah Imam Bukhari letak hadis ini yang berkenaan penyakit di bab perubatan? Patutnya dia letak di bab sebelum ini iaitu bab orang-orang sakit. Ini adalah kerana Imam Bukhari nak beritahu bahawa salah satu cara untuk mengubat itu adalah dengan menjauhkan diri dari penyebab sakit itu.

– Awal hadis mengatakan tidak ada jangkitan tapi akhir hadis mengatakan kena lari dari orang yang berpenyakit kusta seperti lari dari singa? Kenapa begini? Nampak seperti ada pertentangan disitu. Itulah yang dibincangkan ulama sebab seperti ada perbezaan disitu. Kerana pernah dalam hadis yang lain mengatakan bahawa Nabi pernah makan bersama dengan orang penyakit kusta. Jadi ada yang mengatakan lari dari orang berpenyakit kusta telah dimansukhkan.

Huduh rupa orang yang kena kusta ni. Mohon dijauhkan oleh Allah.

Pendapat yang kuat mengatakan bukanlah ada pemansuhan disini. Tapi Nabi nak nasihat sahaja supaya menjauhkan diri dari orang yang sakit kusta. Bukannya wajib. Dan menunjukkan harus untuk makan dengan orang yang sakit kusta. Dan ada pendapat kata Nabi suruh lari tu bukan sebab jangkitan, tapi sebab nak menjaga hati dia. Sebab orang sakit kusta rupanya buruk dan kalau kita dekat, memek muka kita akan mengecilkan hatinya, maka eloklah kita tak dekat dengan dia.

Atau sebenarnya Nabi nak menceritakan sebab dan musabab. Salah satu sebab kita boleh kena kusta atau jangkitan apa penyakit sahaja sebab kita berdekatan dengan orang sakit itu. Maka kita jauhkanlah diri dari penyebabnya. Sebagai langkah berjaga-jaga. Bukanlah kalau kita dekat sahaja akan kena. Sebab kalau macam tu, akan kenalah jangkitan  kepada doktor dan jururawat yang merawat mereka. Kalau macam tu, sudahlah tidak ada orang nak merawat mereka. Allah jualah yang menentukan samada kita kena jangkitan atau tidak. Bukan kuman itu. Sebab ada yang terdedah dengan kuman itu tapi mereka selamat sahaja. Nabi suruh jauhkan diri sejauh dua lembing dari orang yang sakit kusta.

وَلَا طِيَرَةَ tidak percaya kepada baik dan buruk dari burung. Manusia ada yang percaya burung boleh menunjukkan nasib baik atau buruk. Macam ada penilik nasib yang menggunakan burung. Dan orang jahiliyah dulu percaya kalau burung melintas terbang ke kiri menunjukkan akan nasib buruk. Nabi tak bagi percaya benda macam itu. Kita kena percaya berdasarkan sebab dan musabab. Kena ada kajian kenapa boleh jadi sesuatu perkara itu. Katakanlah ada pokok atau tanaman yang boleh menyebabkan sakit atau menyebabkan kita tidak selesa. Kena carilah sebabnya. Mungkin sebab pokok itu mengeluarkan racun yang menyebabkan kita sakit. Bukan percaya benda itu ada kuasa pula. Atau pokok yang kalau kita makan, boleh menyembuhkan kita. Bukanlah pokok itu ada kuasa ajaib pula. Tapi Allah telah berikan khasiat kepada benda itu. Macam magnet, Allah letakkan sifatnya yang boleh menarik besi.

وَلَا هَامَةَ Hammah adalah kepercayaan jahiliyah dahulu yang mengatakan kalau seseorang dibunuh, rohnya akan dimasukkan ke dalam burung dan burung itu tidak akan pergi selagi dia tidak dapat menuntut bela. Ini kepercayaan mengarut. Bukan itu sahaja, hammah ini banyak lagi jenis-jenis dia. Kita pula? Kita pun ada kepercayaan mengarut. Contohnya kalau burung hantu berbunyi, ada orang nak mati. Itu adalah satu contoh, banyak lagi masyarakat kita percaya.

وَلَا صَفَرَ Tidak ada safar. Iaitu kepercayaan bahawa ada bala pada bulan safar. Ini kita dulu pun percaya juga sebab kita ada upacara mandi safar. Sekarang dah takb buat dah. Nabi nak menghilangkan segala kepercayaan mengarut ini. Nabi dan Islam nak mengajar kita untuk mencari sebab sesuatu kejadian itu. Sebab dan musabbab. Bukan hanya percaya tanpa sebab. Dalam Nabi nak menghilangkan kepercayaan ini, Nabi pernah berkahwin dalam bulan safar. Sebab antara kepercayaannya adalah tidak baik untuk kahwin dalam bulan safar.

وَفِرَّ مِنْ الْمَجْذُومِ كَمَا تَفِرُّ مِنْ الْأَسَدِ larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti lari dari singa. Kenapa singa? Kenapa tidak harimau, kerana harimau pun orang takut juga? Nabi dah beri isyarat kat sini. Rupanya kuman kusta itu menyerupai rupa singa. Yang dikenal pasti adalah orang saintis Jerman. Mereka juga yang dapat, padahal kalau kita buat kajian, kita akan dapat dulu.

 

بَاب الْمَنُّ شِفَاءٌ لِلْعَيْنِ

Bab Mann Adalah Penawar Untuk Mata

5272 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ سَمِعْتُ عَمْرُو بْنَ حُرَيْثٍ قَالَ سَمِعْتُ سَعِيدَ بْنَ زَيْدٍ قَالَ
سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْكَمْأَةُ مِنْ الْمَنِّ وَمَاؤُهَا شِفَاءٌ لِلْعَيْنِ
قَالَ شُعْبَةُ وَأَخْبَرَنِي الْحَكَمُ بْنُ عُتَيْبَةَ عَنْ الْحَسَنِ الْعُرَنِيِّ عَنْ عَمْرِو بْنِ حُرَيْثٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ شُعْبَةُ لَمَّا حَدَّثَنِي بِهِ الْحَكَمُ لَمْ أُنْكِرْهُ مِنْ حَدِيثِ عَبْدِ الْمَلِكِ

5272. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami Ghundar telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Abdul Malik saya mendengar ‘Amru bin Huraits berkata; saya mendengar Sa’id bin Zaid berkata; saya mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Kulat itu sebahagian dari al Manna, dan airnya merupakan ubat untuk penyakit mata.” Syu’bah berkata, dan telah mengabarkan kepadaku Al Hakam bin ‘Utbah dari Al Hasan Al ‘Urani dari ‘Amru bin Huraits dari Sa’id bin Zaid dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Syu’bah berkata, tatkala Al Hakam menceritakan hadits kepadaku aku tidak mengingkarinya dari hadits Abdul Malik.

– Manna adalah makanan umat Nabi Musa a.s yang dahulu telah disesatkan oleh Allah di padang pasir selama 40 tahun. Selama mereka di dalam padang pasir itu, Allah telah memberi mereka makanan berupa Manna dan Salwa. Salwa ada berapa burung yang macam burung puyuh. Dan Manna adalah seperti tumbuhan macam salji yang turun dari langit. Melekat kepada batu-batu. Mereka Allah telah beri makan kerana kalau Allah tak beri, mereka tidak ada makanan. Tapi lama-lama, mereka boring juga. Maka mereka telah minta nak makanan lain. Tapi itu cerita lain.

Manna

Manna ini dikatakan ada kelebihan untuk mata. Kerana mereka berjalan sepanjang hari di padang pasir, maka pasir itu boleh merosakkan mata manusia. Tapi dengan makan Manna dari langit itu, maka mereka sembuh dan jadi kuat.

Mann zaman sekarang adalah dalam bentuk cendawan. Kalau bukan 100% sama macam Manna dari langit itu, dikatakan ada kelebihan untuk mata manusia. Telah dipakai oleh Abu Hurairah untuk mengubati mata orang. Dia telah perah dan simpan air perahan itu dalam botol. Kenalah ada kajian jenis cendawan yang macam mana. Kerana ditakuti kalau silap jenis cendawan, akan lebih menyakitkan lagi penyakit mata itu.

Banyak jenis jenis pengubatan di dalam Islam yang diberitahu oleh Nabi itu memerlukan lebih kajian lagi. Kerana kalau kita tidak buat kajian, dan apabila kita pakai saranan dari Nabi itu dan tidak menjadi, ada kemungkinan kita akan menyalahkan hadis pula nanti.

 

Kuliah Maulana Asri

 

Shahih Bukhari Kitab Perubatan Bab Orang Yang Menerima Penggunaan Kai (Selaran Dengan Besi Panas)

Filed under: Hadith,Kitab Perubatan — visitor74 @ 2:22 pm

 

بَاب مَنْ اكْتَوَى أَوْ كَوَى غَيْرَهُ وَفَضْلِ مَنْ لَمْ يَكْتَوِ

Bab Orang Yang Menerima Penggunaan Kai (Selaran Dengan Besi Panas) Ataupun Menggunakan Kai Untuk Orang Lain Dan Kelebihan Orang Yang Tidak Menerima Penggunaan Kai

5269 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ هِشَامُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ سُلَيْمَانَ بْنِ الْغَسِيلِ حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرًا
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنْ كَانَ فِي شَيْءٍ مِنْ أَدْوِيَتِكُمْ شِفَاءٌ فَفِي شَرْطَةِ مِحْجَمٍ أَوْ لَذْعَةٍ بِنَارٍ وَمَا أُحِبُّ أَنْ أَكْتَوِيَ

5269. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid Hisyam bin Abdul Malik telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Sulaiman bin Al Ghasil telah menceritakan kepada kami ‘Ashim bin Umar bin Qatadah dia berkata; saya mendengar Jabir dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: “Sekiranya ada penawar yang baik untuk kalian jadikan sebagai obat, maka itu ada terdapat pada bekam dan sengatan api panas (terapi dengan menempelkan besi panas di daerah yang luka) namun aku tidak menyukai kay (terapi dengan menempelkan besi panas pada daerah yang luka).”

– Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, Nabi menyarankan supaya penggunaan selaran api itu digunakan akhir sekali. Kalau tidak ada cara lain lagi. Kerana tidak mahu menyakitkan. Boleh pakai kalau tidak ada cara lain dan kalau yakin yang cara itu ada menyembuhkan. Kerana kalau pakai tapi tak menyembuhkan juga, kalau nak cuba-cuba sahaja, baik tak payah.

 

5270 – حَدَّثَنَا عِمْرَانُ بْنُ مَيْسَرَةَ حَدَّثَنَا ابْنُ فُضَيْلٍ حَدَّثَنَا حُصَيْنٌ عَنْ عَامِرٍ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ لَا رُقْيَةَ إِلَّا مِنْ عَيْنٍ أَوْ حُمَةٍ فَذَكَرْتُهُ لِسَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ فَقَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عَبَّاسٍ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُرِضَتْ عَلَيَّ الْأُمَمُ فَجَعَلَ النَّبِيُّ وَالنَّبِيَّانِ يَمُرُّونَ مَعَهُمْ الرَّهْطُ وَالنَّبِيُّ لَيْسَ مَعَهُ أَحَدٌ حَتَّى رُفِعَ لِي سَوَادٌ عَظِيمٌ قُلْتُ مَا هَذَا أُمَّتِي هَذِهِ قِيلَ بَلْ هَذَا مُوسَى وَقَوْمُهُ قِيلَ انْظُرْ إِلَى الْأُفُقِ فَإِذَا سَوَادٌ يَمْلَأُ الْأُفُقَ ثُمَّ قِيلَ لِي انْظُرْ هَا هُنَا وَهَا هُنَا فِي آفَاقِ السَّمَاءِ فَإِذَا سَوَادٌ قَدْ مَلَأَ الْأُفُقَ قِيلَ هَذِهِ أُمَّتُكَ وَيَدْخُلُ الْجَنَّةَ مِنْ هَؤُلَاءِ سَبْعُونَ أَلْفًا بِغَيْرِ حِسَابٍ ثُمَّ دَخَلَ وَلَمْ يُبَيِّنْ لَهُمْ فَأَفَاضَ الْقَوْمُ وَقَالُوا نَحْنُ الَّذِينَ آمَنَّا بِاللَّهِ وَاتَّبَعْنَا رَسُولَهُ فَنَحْنُ هُمْ أَوْ أَوْلَادُنَا الَّذِينَ وُلِدُوا فِي الْإِسْلَامِ فَإِنَّا وُلِدْنَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَخَرَجَ فَقَالَ هُمْ الَّذِينَ لَا يَسْتَرْقُونَ وَلَا يَتَطَيَّرُونَ وَلَا يَكْتَوُونَ وَعَلَى رَبِّهِمْ يَتَوَكَّلُونَ فَقَالَ عُكَاشَةُ بْنُ مِحْصَنٍ أَمِنْهُمْ أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ نَعَمْ فَقَامَ آخَرُ فَقَالَ أَمِنْهُمْ أَنَا قَالَ سَبَقَكَ بِهَا عُكَّاشَةُ

5270. Telah menceritakan kepada kami Imran bin Maisarah telah menceritakan kepada kami Ibnu Al Fudlail telah menceritakan kepada kami Hushain dari ‘Amir dari Imran bin Hushain radliallahu ‘anhuma dia berkata; “Tidak ada ruqyah (jampi-jampi serapah dari Qur’an dan Sunnah) yang mujarab semujarab jampi untuk penyakit ‘Ain (gangguan makhluk halus) atau kerana disengat binatang berbisa, lalu hadis itu kusampaikan kepada Sa’id bin Jubair, dia berkata; telah menceritakan kepada kami Ibnu Abbas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Beberapa ummat pernah ditampakkan kepadaku, maka nampaklah seorang nabi dan dua orang nabi yang lalu bersama dengan beberapa orang pengikut saja, dan ada nabi yang tidak bersamanya sesiapa pun, hingga tampak olehku segerombolan manusia yang sangat banyak, aku pun bertanya; “Apakah segerombolan manusia itu adalah ummatku?” di beritahukan; “Ini adalah Musa dan kaumnya.” Lalu diberitahukan pula kepadaku; “Lihatlah ke ufuk.” Ternyata di sana terdapat segerombolan manusia yang memenuhi ufuk, kemudian di beritahukan kepadaku; “Lihatlah di sebelah sini dan di sebelah sana, yaitu di ufuk langit.” Ternyata di sana telah di padati dengan segerombolan manusia yang sangat banyak, ” di beritahukan kepadaku; “Ini adalah ummatmu, dan di antara mereka terdapat tujuh puluh ribu yang masuk surga tanpa hisab.” Setelah itu beliau masuk ke rumah tanpa memberi penjelasan kepada mereka (para sahabat) siapakah yang akan masuk syurga tanpa hisab, maka bercakap-cakaplah sahabat antara mereka. mereka berkata; “Kita adalah orang-orang yang telah beriman kepada Allah dan mengikuti Rasul-Nya, kerana itu, kitalah kelompok tersebut adalah kita ataukah anak-anak kita yang dilahirkan dalam keadaan Islam kerana kita dilahirkan di zaman Jahiliyah.” Maka hal itu sampai kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, lantas beliau keluar dan bersabda: “Mereka adalah orang-orang yang tidak pernah minta untuk di ruqyah, tidak pernah bertathayur (menganggap sial dari sesuatu) dan tidak pula melakukan terapi dengan kay (terapi dengan menempelkan besi panas pada daerah yang sakit), sedangkan kepada Rabb mereka bertawakkal.” Lalu Ukasah bin Mihshan berkata; “Apakah aku termasuk di antara mereka ya Rasulullah?” beliau menjawab; “Ya.” Selanjutnya sahabat yang lain berdiri dan berkata; “Apakah aku termasuk dari mereka?” beliau bersabda: “Ukasah telah mendahuluimu dengan permintaan itu.”

– Hadis sebelum ini mengatakan boleh pakai kay, tapi dalam hadis ini nampak seperti menunjukkan yang tak elok pula. Sebab kalau nak masuk syurga tanpa hisab, antaranya orang yang tidak menggunakan kay. Apakah maksud ini?

Tidak semua Nabi ada pengikut. Kerana ada Nabi itu bukan tugas mereka menyampaikan. Dan kalau ada yang tidak mendengar pengajaran mereka, Nabi itu tidak rugi, tapi manusia yang tidak mendengar pengajarannya yang rugi.

Sahabat ada yang sangka yang dapat masuk itu adalah mereka sebab mereka yang terawal masuk Islam. Dan kalau bukan mereka pun, anak-anak mereka. Kerana anak mereka tidak pernah menyembah berhala, sedangkan mereka pernah menyembah berhala. Tapi Nabi kata bukan itu maksudnya.

Nabi kata mereka adalah yang tidak meminta dibomoh. Jadi apakah yang dimaksudkan disini? Sebab sebelum ini pernah ada hadis mengatakan ada kelebihan di dalam ruqyah? Pendapat pertama mengatakan mereka langsung tidak berbomoh. Mereka tawakal dan yakin dengan Allah sahaja yang akan menyembuhkan mereka. Maknanya, kalau mereka ditimpa sakit, mereka akan bertawakal sahaja tanpa buat apa-apa.

Pendapat kedua adalah mereka berubat juga tapi mereka tidak meletakkan illat kepada cara penyembuhan itu sahaja. Iaitu mereka tidak percaya bahawa ubat itu yang menyembuhkan mereka. Kerana mereka yakin bahawa yang menyembuhkan itu adalah Allah. Cara penyembuhan itu adalah takdir dari Allah juga. Kalau bukan Allah yang menyembuhkan, takkan sembuh juga. Ubat itu adalah salah satu sebab sahaja. Ada beza antara illat dan sebab. Illat itu maknanya satu sebab sahaja. Maknanya ada satu cara sahaja. Tapi kalau kita pakai perkataan ‘sebab’, maknanya ada lagi cara cara lain boleh digunakan. Atau kejadian sesuatu perkara itu bukan disebabkan oleh satu perkara sahaja. Contoh, terang bukan hanya sebab cahaya matahari sahaja. Kalau pakai lampu pun, boleh terang juga.
Jadi, kita kena berhati hati. Jangan kita sangka bahawa ubat itu adalah penyebab/illat kita sembuh.

Memang ada ubat-ubat dalam dunia ini Allah telah berikan khasiat kepada mereka didalam hukum adatNya. Sebab itu adalah untuk memudahkan manusia. Contoh, doktor telah kenal pasti bahawa ubat A boleh mengubati penyakit B. Maka, dalam keadaan lain, perkara yang sama akan berlaku. Sebab kalau berubah, susahlah kehidupan manusia. Macam kalau kita tanam benih durian, takkan keluar buah nenas pula. Khasiat itu diberi oleh Allah dan Allah boleh tukar kalau Dia mahu.

Manusia yang tahu tauhid tahu bahawa Allahlah yang memberi khasiat itu. Tapi manusia yang tak tahu tauhid, akan mengatakan bahawa makhluk itu yang ada kuasa. Macam orang yang beragama hindu, mereka akan memuja apa sahaja yang mempunyai kelebihan. Itulah sebabnya mereka memuja lembu kerana lembu banyak kelebihan. Jadi, banyaklah tuhan mereka. Ada yang sembah batu, sembah itu dah ini. Jangan kita jadi seperti mereka. Kita sebagai umat Islam, mestilah melihat kepada zat yang menjadikan perkara-perkara itu. Iaitu Allah azza wajalla.

 

بَاب الْإِثْمِدِ وَالْكُحْلِ مِنْ الرَّمَدِ فِيهِ عَنْ أُمِّ عَطِيَّةَ

Bab Batu Celak Dan Bercelak Kerana Sakit Mata. Berhubung Dengan Bab Ini Ada Riwayat Daripada Ummi `Itiyyah

5271 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ شُعْبَةَ قَالَ حَدَّثَنِي حُمَيْدُ بْنُ نَافِعٍ عَنْ زَيْنَبَ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ امْرَأَةً تُوُفِّيَ زَوْجُهَا فَاشْتَكَتْ عَيْنَهَا فَذَكَرُوهَا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَكَرُوا لَهُ الْكُحْلَ وَأَنَّهُ يُخَافُ عَلَى عَيْنِهَا فَقَالَ لَقَدْ كَانَتْ إِحْدَاكُنَّ تَمْكُثُ فِي بَيْتِهَا فِي شَرِّ أَحْلَاسِهَا أَوْ فِي أَحْلَاسِهَا فِي شَرِّ بَيْتِهَا فَإِذَا مَرَّ كَلْبٌ رَمَتْ بَعْرَةً فَهَلَّا أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا

5271. Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Yahya dari Syu’bah dia berkata; telah menceritakan kepadaku Humaid bin Nafi’ dari Zainab dari Ummu Salamah radliallahu ‘anha bahwa seorang wanita ditinggal mati oleh suaminya, hingga matanya menjadi bengkak (karena sering menangis), lantas orang-orang mengadukan hal itu kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan mereka juga menyebutkan supaya wanita itu menggunakan celak karena khawatir matanya akan semakin parah, maka beliau bersabda: “Sungguh dahulu perempuan itu duduk di rumah dengan seburuk-buruk pakaian -atau di sejelek-jelek rumah, jika ada seekor anjing yang lalu, maka dia akan melemparnya dengan tahi binatang, kenapa dia tidak boleh bersabar selama empat bulan sepuluh hari?”

– Nabi mengingatkan sahabat yang kalau zaman jahiliyah dulu, wanita yang kematian suami akan kena tinggal lama di dalam rumah yang buruk. Mereka tidak boleh keluar langsung dari tempat mereka itu. Tidak boleh mandi dan sebagainya. Mereka tidak dapat keluar selagi tidak lalu anjing di hadapan rumahnya dan dia kena lempar anjing itu dengan tahi. Maknanya, lamalah mereka kena tinggal disitu. Dalam keadaan yang jelek itu. Maka soalan Nabi, lama sangatkah kalau empat bulan sepuluh hari itu kalau dibandingkan dengan apa yang mereka kena buat semasa zaman jahiliyah itu? Tidak lama.

Serpihan halus batu yang dibuat celak. Tak tahu yang ini betul ke tidak.

Pendapat yang tidak betul yang diberi untuk hadis ini adalah Nabi tak beri perempuan bersolek semasa dalam perkabungan. Tapi hadis ini adalah berkenaan dengan kesihatan. Bukan kecantikan. Takkan Islam nak menyusahkan umatnya? Sebenarnya Nabi tak beri itu adalah kerana celak yang mereka nak pakaikan itu bukanlah ubat. Sebab Nabi diberi wahyu bahawa ianya bukan ubat untuk sakit mata itu. Maknanya, dalam nak memakai ubat itu kenalah pakai ubat yang betul. Sebab kalau salah ubat, akan menyusahkan lagi. Kena pakai batu celak yang asli. Yang didapati dari daerah Isfahan. Ini penting, kerana kalau kita guna sahaja mana-mana sahaja celak, tapi tidak menjadi, ditakuti kita akan menyalahkan hadis kalau perubatan yang kita lakukan itu tidak menjadi.

 

Kuliah Maulana Asri

 

Sahih Bukhari Kitab Perubatan Bab Bilakah Waktu Seseorang Itu Elok Berbekam…(dan bab-bab seterusnya)

Filed under: Hadith,Kitab Perubatan — visitor74 @ 10:53 am

بَاب أَيَّ سَاعَةٍ يَحْتَجِمُ وَاحْتَجَمَ أَبُو مُوسَى لَيْلًا

Bab Bilakah Waktu Seseorang Itu Elok Berbekam. Abu Musa al-Asy`ari Berbekam Pada Waktu Malam

– Imam Bukhari membawakan hadis ini kerana banyak pendapat mengatakan ada masa tertentu untuk berbekam. Ada yang kata tak boleh pada waktu malam, awal bulan dan sebagainya. Imam Bukhari nak mengatakan bahawa bila-bila masa sahaja boleh. Kerana Nabi pernah berbekam pada malam hari dan awal bulan juga iaitu semasa mengerjakan haji dan haji itu adalah diawal bulan.

5261 – حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
احْتَجَمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ صَائِمٌ

5261. Telah menceritakan kepada kami Abu Ma’mar telah menceritakan kepada kami Abdul Warits telah menceritakan kepada kami Ayyub dari Ikrimah dari Ibnu Abbas dia berkata; “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam ketika sedang berpuasa.”

Ada kebaikan dalam berbekam

– Menunjukkan bahawa berbekam boleh dilakukan walaupun semasa berpuasa. Tidak membatalkan puasa. Kerana ini adalah mengeluarkan sesuatu dari badan dan bukan memasukkan mengikut rongga yang tidak dibenarkan. Memang ada hadis yang mengatakan bahawa orang yang kena bekam dan mengbekam batal puasanya. Tapi dikatakan itu adalah kerana semasa berbekam itu, mereka memfitnah.

بَاب الْحَجْمِ فِي السَّفَرِ وَالْإِحْرَامِ قَالَهُ ابْنُ عبيْنَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab Berbekam Dalam Perjalanan Dan Pada Ketika Memakai Ihram. Ibnu Uyaiinah Meriwayatkannya Daripada Nabi s.a.w.

5262 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَمْرٍو عَنْ طَاوُسٍ وَعَطَاءٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
احْتَجَمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مُحْرِمٌ

5262. Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Sufyan dari ‘Amru dari Thawus dan ‘Atha` dari Ibnu Abbas dia berkata; “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam ketika beliau sedang ihram.”

– Maknanya boleh juga berbekam dalam perjalanan, tidak hanya semasa berada di kampung. Kalau ada orang yang pandai melakukan Bekam, boleh juga berbekam dengan orang itu. Tidak semestinya di tempat yang kita biasa buat. Semasa ihram pun boleh juga melakukannya.

بَاب الْحِجَامَةِ مِنْ الدَّاءِ

Bab Berbekam Kerana Penyakit

5263 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُقَاتِلٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ أَخْبَرَنَا حُمَيْدٌ الطَّوِيلُ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّهُ سُئِلَ عَنْ أَجْرِ الْحَجَّامِ فَقَالَ احْتَجَمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَجَمَهُ أَبُو طَيْبَةَ وَأَعْطَاهُ صَاعَيْنِ مِنْ طَعَامٍ وَكَلَّمَ مَوَالِيَهُ فَخَفَّفُوا عَنْهُ وَقَالَ إِنَّ أَمْثَلَ مَا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ الْحِجَامَةُ وَالْقُسْطُ الْبَحْرِيُّ وَقَالَ لَا تُعَذِّبُوا صِبْيَانَكُمْ بِالْغَمْزِ مِنْ الْعُذْرَةِ وَعَلَيْكُمْ بِالْقُسْطِ

5263. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Muqatil telah mengabarkan kepada kami Abdullah telah mengabarkan kepada kami Humaid Ath Thawil dari Anas radliallahu ‘anhu bahwa dia di tanya mengenai upah tukang bekam, dia menjawab; “Abu Thaibah pernah membekam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu beliau memberinya dua sha’ makanan dan menyarankan supaya meringankan beban hamba sahayanya, setelah itu beliau bersabda: “Sebaik-baik sesuatu yang kalian gunakan untuk ubat adalah bekam dan Qustul Bahri”, beliau juga bersabda: “Dan janganlah kalian sakiti anak kalian dengan memasukkan jari ke dalam mulut.”

– Boleh digunakan apa sahaja cara berubat yang dibenarkan. Pada zaman itu, penawar yang mujarab adalah Bekam.

Nabi mengajar manusia membayar upah kepada orang yang berkhidmat kepada kita. Menghargai usaha dan kerja mereka.

Meringankan beban dalam hadis ini: hamba sahaya Abu Thaibah dalam hadis ini telah diberikan pilihan untuk membebaskan dirinya kalau dia boleh membayar dengan harga tertentu. Mungkin dia telah mengadu tentang beratnya bayaran itu untuk dia membayar wang tersebut. Maka, Nabi telah menyarankan kepada Abu Thaibah untuk mengurangkan jumlahnya wang tersebut. Ini adalah supaya tidak menyusahkan orang lain.

Nabi tidak setuju jikalau cara perubatan yang menyakitkan digunakan. Seperti dalam hadis ini, baginda melarang memicit anak tekak kanak-kanak. Anak tekak bengkak kerana ada kotoran atau gangguan virus antaranya kerana makananan yang kotor. Salah satu cara yang digunakan pada zaman baginda adalah dengan memicit anak tekak itu dan ini menyakitkan dan Nabi suruh cari jalan lain.

Hadis ini menunjukkan juga Nabi menerima konsep gangguan bakteria dan virus yang menyebabkan tekak atau anggota badan itu sakit.

Kadang-kadang kalau sesuatu anggota itu meradang, sesuatu perubatan itu akan membuangnya dan ini adalah tidak elok kerana menukar perbuatan Allah. Kerana Allah telah menjadikan sesuatu itu mempunyai gunanya. Maka kalau senang-senang dibuang tanpa mencari jalan lain yang lebih elok, maka itu adalah tidak sesuai.

5264 – حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ تَلِيدٍ قَالَ حَدَّثَنِي ابْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عَمْرٌو وَغَيْرُهُ أَنَّ بُكَيْرًا حَدَّثَهُ أَنَّ عَاصِمَ بْنَ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ حَدَّثَهُ أَنَّ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
عَادَ الْمُقَنَّعَ ثُمَّ قَالَ لَا أَبْرَحُ حَتَّى تَحْتَجِمَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ فِيهِ شِفَاءً

5264. Telah menceritakan kepada kami Sa’id bin Talid dia berkata; telah menceritakan kepadaku Ibnu Wahb dia berkata; telah mengabarkan kepadaku ‘Amru dan yang lainnya, bahwa Bukair telah menceritakan kepadanya bahwa ‘Ashim bin Umar bin Qatadah menceritakan kepadanya bahwa Jabir bin Abdullah radliallahu ‘anhuma pernah menjenguk Muqanna’ kemudian dia berkata; “Kamu tidak akan sembuh hingga berbekam, karena aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya padanya terdapat penawar.”

بَاب الْحِجَامَةِ عَلَى الرَّأْسِ

Bab Berbekam Di Atas Kepala

5265 – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي سُلَيْمَانُ عَنْ عَلْقَمَةَ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ الرَّحْمَنِ الْأَعْرَجَ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ ابْنَ بُحَيْنَةَ يُحَدِّثُ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ بِلَحْيِ جَمَلٍ مِنْ طَرِيقِ مَكَّةَ وَهُوَ مُحْرِمٌ فِي وَسَطِ رَأْسِهِ
وَقَالَ الْأَنْصَارِيُّ أَخْبَرَنَا هِشَامُ بْنُ حَسَّانَ حَدَّثَنَا عِكْرِمَةُ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ فِي رَأْسِهِ

5265. Telah menceritakan kepada kami Isma’il dia berkata; telah menceritakan kepadaku Sulaiman dari ‘Alqamah bahwa dia mendengar Abdurrahman Al A’raj bahwa dia mendengar Abdullah bin Buhainah menceritakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam di tengah-tengah kepalanya ketika di lahyil jamal yaitu ketika hendak menuju Makkah, sementara beliau sedang berihram.” Al Anshari berkata; telah mengabarkan kepada kami Hisyam bin Hasan telah menceritakan kepada kami Ikrimah dari Ibnu Abbas radliallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam di kepalanya.”

Bekam kepala, kena cukur kepala sikit.

بَاب الْحِجَامَةِ مِنْ الشَّقِيقَةِ وَالصُّدَاعِ

Bab Berbekam Kerana Migraine Dan Sakit Kepala

5266 – حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ عَنْ هِشَامٍ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
احْتَجَمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَأْسِهِ وَهُوَ مُحْرِمٌ مِنْ وَجَعٍ كَانَ بِهِ بِمَاءٍ يُقَالُ لَهُ لُحْيُ جَمَلٍ
وَقَالَ مُحَمَّدُ بْنُ سَوَاءٍ أَخْبَرَنَا هِشَامٌ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَهُوَ مُحْرِمٌ فِي رَأْسِهِ مِنْ شَقِيقَةٍ كَانَتْ بِهِ

5266. Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Ibnu Abu ‘Adi dari Hisyam dari Ikrimah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam di kepalanya karena rasa sakit yang di deritanya sementara beliau sedang berihram, ketika itu beliau singgah di dekat mata air yang bernama Lahyil Jamal.” Muhammad bin Sawa’ juga berkata; telah mengabarkan kepada kami Hisyam dari Ikrimah dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berbekam di kepalanya karena rasa sakit yang di deritanya ketika sedang berihram.”

5267 – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَبَانَ حَدَّثَنَا ابْنُ الْغَسِيلِ قَالَ حَدَّثَنِي عَاصِمُ بْنُ عُمَرَ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنْ كَانَ فِي شَيْءٍ مِنْ أَدْوِيَتِكُمْ خَيْرٌ فَفِي شَرْبَةِ عَسَلٍ أَوْ شَرْطَةِ مِحْجَمٍ أَوْ لَذْعَةٍ مِنْ نَارٍ وَمَا أُحِبُّ أَنْ أَكْتَوِيَ

5267. Telah menceritakan kepada kami Isma’il bin Aban telah menceritakan kepada kami Ibnu Al Ghasil dia berkata; telah menceritakan kepadaku ‘Ashim bin Umar dari Jabir bin Abdullah dia berkata; saya mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sekiranya ada sesuatu yang lebih baik untuk kalian pergunakan sebagai obat, maka itu ada terdapat pada minum madu, berbekam dan sengatan api panas (terapi dengan menempelkan besi panas di daerah yang luka) dan saya tidak menyukai kay (terapi dengan menempelkan besi panas pada daerah yang luka).”

– Menunjukkan yang Nabi tidak setuju jikalau perubatan itu menyakitkan. Kenalah cari jalan lain dahulu untuk berubat yang tidak menyakitkan. Cuma pakai jalan itu kalau tidak dijumpai jalan lain lagi.

بَاب الْحَلْقِ مِنْ الْأَذَى

Bab Mencukur Rambut Kerana Gangguan Di Kepala

5268 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَيُّوبَ قَالَ سَمِعْتُ مُجَاهِدًا عَنْ ابْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ كَعْبٍ هُوَ ابْنُ عُجْرَةَ قَالَ
أَتَى عَلَيَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَمَنَ الْحُدَيْبِيَةِ وَأَنَا أُوقِدُ تَحْتَ بُرْمَةٍ وَالْقَمْلُ يَتَنَاثَرُ عَنْ رَأْسِي فَقَالَ أَيُؤْذِيكَ هَوَامُّكَ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ فَاحْلِقْ وَصُمْ ثَلَاثَةَ أَيَّامٍ أَوْ أَطْعِمْ سِتَّةً أَوْ انْسُكْ نَسِيكَةً قَالَ أَيُّوبُ لَا أَدْرِي بِأَيَّتِهِنَّ بَدَأَ

5268. Telah menceritakan kepada kami Musaddad telah menceritakan kepada kami Hammad dari Ayyub dia berkata; saya mendengar Mujahid dari Ibnu Abu Laila dari Ka’b bin ‘Ujrah dia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menemuiku pada peristiwa Hudaibiyah, sementara aku sedang menyalakan api di bawah tungku, karena banyaknya kutu yang ada di rambutku, maka beliau bertanya: “Apakah hal itu sangat mengganggumu?” jawabku; “Ya” beliau bersabda: “Cukurlah lalu berpuasalah tiga hari atau berilah makan kepada enam orang miskin atau berkurbanlah.” Ayyub berkata; “Aku tidak tahu manakah di antara ketiga fidyah tersebut yang lebih dulu di kerjakan.”

– Maknanya dalam keadaan berihram yang memang tak boleh nak gugurkan rambut itu pun, kalau perlu mengubat, boleh dibuat juga. Sebab penting hal mengubat ini. Cuma kalau dah cukur rambut tu, kenalah bayar fidyah.

 

Dapatkan kuliah penuh Maulana Asri disini

 

Sahih Bukhari Kitab Perubatan Bab Talbinah Untuk Orang Sakit ..(dan bab-bab seterusnya) November 24, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Perubatan — visitor74 @ 6:24 pm

بَاب التَّلْبِينَةِ لِلْمَرِيضِ

Bab Talbinah Untuk Orang Sakit

5257 – حَدَّثَنَا حِبَّانُ بْنُ مُوسَى أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ أَخْبَرَنَا يُونُسُ بْنُ يَزِيدَ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّهَا كَانَتْ تَأْمُرُ بِالتَّلْبِينِ لِلْمَرِيضِ وَلِلْمَحْزُونِ عَلَى الْهَالِكِ وَكَانَتْ تَقُولُ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ التَّلْبِينَةَ تُجِمُّ فُؤَادَ الْمَرِيضِ وَتَذْهَبُ بِبَعْضِ الْحُزْنِ

5257. Telah menceritakan kepada kami Hibban bin Musa telah mengabarkan kepada kami Abdullah telah mengabarkan kepada kami Yunus bin Yazid dari ‘Uqail dari Ibnu Syihab dari ‘Urwah dari ‘Aisyah radliallahu ‘anha bahwa dia selalu menyuruh disediakan talbinah (adunan yang terbuat dari gandum dan buah kurma) untuk orang yang sakit dan orang yang sedih karena kerana bimbang akan mati, dia juga selalu berkata; “Sesungguhnya saya mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya talbinah itu dapat menguatkan jantung pesakit dan menghilangkan sedikit sebanyak kesedihan.”

Sekarang dah ada talbinah moden. Senang nak makan.

– Talbinah itu adalah campuran gandum dan susu. Sebab itu namanya Talbinah, diambil dari perkataan ‘laban’, iaitu susu. Kalau di Kelantan, ianya dikenali sebagai koley. Kalau tak campur dengan susu pun, boleh dicampur dengan air. Jadi, rasanya adalah tawar.

Saranan Nabi ini adalah kerana orang yang sakit tak boleh makan benda yang berat. Ianya akan menambah sakitnya lagi kalau makan berat. Sebab badan sedang lemah dan tak dapat nak proses makanan yang berat itu.

Dapat mengurangkan sedikit kesedihan itu sebab orang yang sakit dapat juga makan. Dia nak makan yang sedap-sedap dah tak boleh dah. Tapi adalah juga makanan yang dia boleh makan.

5258 – حَدَّثَنَا فَرْوَةُ بْنُ أَبِي الْمَغْرَاءِ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ
أَنَّهَا كَانَتْ تَأْمُرُ بِالتَّلْبِينَةِ وَتَقُولُ هُوَ الْبَغِيضُ النَّافِعُ

5258. Telah menceritakan kepada kami Farwah bin Abu Al Maghra` telah menceritakan kepada kami Ali bin Mushir telah menceritakan kepada kami Hisyam dari Ayahnya dari ‘Aisyah bahwa dia juga menyuruh supaya disediakan talbinah (adonan yang terbuat dari gandum dan buah kurma) untuk orang sakit, dan dia selalu berkata; “Ia adalah sesuatu yang tidak disenangi oleh pesakit namun sangat berguna baginya.”

– Orang sakit tak suka sangat sebab Talbinah ni tawar. Mereka sudah biasa dengan makanan macam-macam rasanya, jadi tekak susah nak terima. Tapi ianya adalah baik. Dapat memberi tenaga sikit. Dan mudah dihadam boleh badan yang lemah sebab sakit.

بَاب السَّعُوطِ

Bab Ubat Yang Dimasukkan Melalui Hidung

5259 – حَدَّثَنَا مُعَلَّى بْنُ أَسَدٍ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ عَنْ ابْنِ طَاوُسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ احْتَجَمَ وَأَعْطَى الْحَجَّامَ أَجْرَهُ وَاسْتَعَطَ

5259. Telah menceritakan kepada kami Mu’alla bin Asad telah menceritakan kepada kami Wuhaib dari Ibnu Thawus dari Ayahnya dari Ibnu Abbas radliallahu ‘anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bahwa beliau telah berbekam dan baginda telah memberi kepada tukang Bekam upahnya dan Nabi telah menggunakan ubat melalui hidungnya (memasukkan obat ke hidung untuk mengeluarkan kotoran yang ada dalam tenggorokan).”

– Nabi memberi upah sebab nak mengajar kita menghargai usaha dan kerja orang lain. Mereka berkhidmat kepada kita, takkan percuma sahaja. Walaupun mereka tak minta pun bayaran. Seorang pembekam Nabi, sampai tak sanggup nak buang darah Nabi dan dia telah minum. Maknanya, dia sayang sangat kat Nabi. Ini bukan nak kata boleh apa yang dia buat tu. Minum darah Nabi adalah perbuatan melampau tu. Jadi, kalau orang macam tu, takkan dia minta upah kepada Nabi. Tapi Nabi masih juga beri upah kepada dia.

Semasa Nabi dan Abu Bakr Hijrah, Abu Bakr sediakan unta kepada Nabi. Nabi hanya terima kalau dia bayar.

Cara perubatan yang Nabi buat itu adalah cara zaman itu. Kita tidak terikat dengannya. Nabi nak tunjuk macam-macam cara ada. Maknanya, kita sebagai umat zaman sekarang, kenalah cari cara yang boleh menyembuhkan kita.

Adakah Nabi banyak sakit sampai banyak cerita pasal pengubatan yang dia amalkan? Tidak. Nabi seorang yang sihat. Semasa wafat, hanya beberapa helai sahaja rambutnya yang beruban dan rambut baginda lebat tidak gugur. Menunjukkan baginda sihat. Kalau dibandingkan dengan Umar dan Ali, mereka dah jadi hampir botak. Tapi sebagai manusia, adalah jatuh sakit sekali sekala. Dan dengan sakit baginda itu, Nabi dapat mengajar kita.

بَاب السَّعُوطِ بِالْقُسْطِ الْهِنْدِيِّ وَالْبَحْرِيِّ

Bab Ubat Melalui Hidung Menggunakan Qust Hindi Atau Qust Bahri

وَهُوَ الْكُسْتُ مِثْلُ الْكَافُورِ وَالْقَافُورِ مِثْلُ { كُشِطَتْ } وَقُشِطَتْ نُزِعَتْ وَقَرَأَ عَبْدُ اللَّهِ قُشِطَتْ
iaitu qust sama seperti kaafur maksudnya dicabut.

5260 – حَدَّثَنَا صَدَقَةُ بْنُ الْفَضْلِ أَخْبَرَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ قَالَ سَمِعْتُ الزُّهْرِيَّ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ أُمِّ قَيْسٍ بِنْتِ مِحْصَنٍ قَالَتْ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَلَيْكُمْ بِهَذَا الْعُودِ الْهِنْدِيِّ فَإِنَّ فِيهِ سَبْعَةَ أَشْفِيَةٍ يُسْتَعَطُ بِهِ مِنْ الْعُذْرَةِ وَيُلَدُّ بِهِ مِنْ ذَاتِ الْجَنْبِ
وَدَخَلْتُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِابْنٍ لِي لَمْ يَأْكُلْ الطَّعَامَ فَبَالَ عَلَيْهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَرَشَّ عَلَيْهِ

5260. Telah menceritakan kepada kami Shadaqah bin Al Fadl telah mengabarkan kepada kami Ibnu ‘Uyainah dia berkata; saya mendengar Az Zuhri dari ‘Ubaidullah dari Ummu Qais binti Mihshan berkata; saya mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pastikan kamu mengguna kayu Hindi ini, kerana didalamnya terdapat tujuh macam penyembuh, boleh digunakan melalui hidung kerana sakit tonsil dan boleh digunakan dengan dimasukkan ke dalam salah satu bahagian mulut untuk dikemam kepada pesakit yang sakit lambungnya atau bahagian dada.’ Lalu aku masuk menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sambil membawa anakku yang belum makan apa-apa makanan, lalu anakku itu telah mengencingi beliau, maka beliau meminta air dan merenjis kan air itu ke atas air kencing itu.”

Gambar Qustul Bahri. Nak cari mana, tak tahu.

– Dipanggil Qust Hindi kerana dibawa pedagang dari India. Dan dipanggil juga Qust Bahri kerana dibawa melalui jalan laut. Ianya adalah sejenis akar yang hidup di kaki bukit. Bukan berasal dari laut.

Dalam hadis ini dikatakan Nabi yang dalam Qust Bahri itu ada tujuh penawar. Tapi dalam matannya hanya disebut dua. Kerana perawi hanya ingat dua sahaja iaitu apa yang berkenaan dengannya sahaja. Maka selain dari itu, hanya Nabi sahaja yang tahu. Tapi bukanlah hanya tujuh itu sahaja. Ada lagi yang lain. Kena ada pengkajian perlu dijalankan untuk mendapatkan apakah manfaatnya lagi.

 

Kuliah Maulana Asri boleh didapati disini

 

Sahih Bukhari Kitab Perubatan Bab Berubat Dengan Madu…

Filed under: Hadith,Kitab Perubatan — visitor74 @ 5:36 pm

بَاب الدَّوَاءِ بِالْعَسَلِ وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ }

Bab Berubat Dengan Madu Dan Firman Allah Ta`ala {Padanya Ada Penawar Untuk Manusia}

– Dalam hadis lain, Nabi pernah berkata bahawa berubatlah dengan madu dan Quran. Maka tidak salah kalau menggunakan ayat Quran untuk menyembuhkan penyakit. Kadang-kadang ada penyakit yang tidak dapat dikenal pasti oleh doktor. Maka kadang-kadang penyelesaiannya adalah dengan membaca Quran. Ada yang mempunyai pengalaman mereka tahu bagaimana menggabungkan ayat-ayat untuk dijadikan sebagai penawar. Ini tidak dikira sebagai bidaah kerana ianya bukan perkara ibadat tapi adalah sebagai jalan untuk menyembuhkan. Tidak boleh kata ianya adalah dari Nabi. Kerana Nabi tidak mengajar ayat itu dan ayat ini. Ini adalah amalan berdasaran pengalaman mereka yang tahu.

Amalan makan madu yang berkhasiat

Madu itu adalah salah satu contoh utama penawar yang jenis makan. Bukanlah hanya madu sahaja. Ada juga ubat-ubat lain. Dan memang Nabi suka makan madu. Baginda selalunya minum bersama air di waktu pagi. Sepatutnya kajian boleh dilakukan untuk menambahkan lagi khazanah penawar dalam dunia Melayu kita. Nabi telah memberi sedikit ilmu dan kitalah yang patut mengembangnya lagi. Kena ada orang yang melakukan secara khusus perkara ini. Kita memerlukan cara bagaimana kita dapat menggunakan segala khazanah ini.

Ada juga pendapat yang menyatakan yang madu itu memang penawar tapi bukan kepada semua orang. Kerana ada yang tidak sesuai terutama kepada mereka yang memang dah panas. Tapi sebenarnya ianya adalah sesuai kepada semua orang.

5250 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ قَالَ أَخْبَرَنِي هِشَامٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعْجِبُهُ الْحَلْوَاءُ وَالْعَسَلُ

5250. Telah menceritakan kepada kami Ali bin Abdullah telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dia berkata; telah mengabarkan kepadaku Hisyam dari Ayahnya dari Aisyah radliallahu ‘anha dia berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sangat menyukai manisan dan madu.”

5251 – حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْغَسِيلِ عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنْ كَانَ فِي شَيْءٍ مِنْ أَدْوِيَتِكُمْ أَوْ يَكُونُ فِي شَيْءٍ مِنْ أَدْوِيَتِكُمْ خَيْرٌ فَفِي شَرْطَةِ مِحْجَمٍ أَوْ شَرْبَةِ عَسَلٍ أَوْ لَذْعَةٍ بِنَارٍ تُوَافِقُ الدَّاءَ وَمَا أُحِبُّ أَنْ أَكْتَوِيَ

5251. Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Al Ghasil dari ‘Ashim bin Umar bin Qatadah dia berkata; saya mendengar Jabir bin Abdullah radliallahu ‘anhuma berkata; saya mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sekiranya ada ubat yang baik untuk kalian atau ada sesuatu yang baik untuk kalian jadikan ubat, maka itu terdapat pada bekam atau minum madu atau sengatan api panas (terapi dengan menempelkan besi panas di daerah yang sakit) dan saya tidak menyukai kay.”

5252 – حَدَّثَنَا عَيَّاشُ بْنُ الْوَلِيدِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا سَعِيدٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي الْمُتَوَكِّلِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَخِي يَشْتَكِي بَطْنَهُ فَقَالَ اسْقِهِ عَسَلًا ثُمَّ أَتَى الثَّانِيَةَ فَقَالَ اسْقِهِ عَسَلًا ثُمَّ أَتَاهُ الثَّالِثَةَ فَقَالَ اسْقِهِ عَسَلًا ثُمَّ أَتَاهُ فَقَالَ قَدْ فَعَلْتُ فَقَالَ صَدَقَ اللَّهُ وَكَذَبَ بَطْنُ أَخِيكَ اسْقِهِ عَسَلًا فَسَقَاهُ فَبَرَأَ

5252. Telah menceritakan kepada kami Ayyas bin Al Walid telah menceritakan kepada kami Abdul A’la telah menceritakan kepada kami Sa’id dari Qatadah dari Abu Al Mutawakkil dari Abu Sa’id bahwa seorang laki-laki datang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam sambil berkata; “Saudaraku sedang menderita sakit perut.” Beliau bersabda: “Minumilah madu.” Kemudian laki-laki itu datang kedua kalinya, lalu beliau tetap bersabda: “Minumilah madu.” Kemudian laki-laki itu datang yang ketiga kalinya, beliau bersabda: “Minumilah madu.” Kemudian dia datang lagi sambil berkata; “Aku telah melakukannya.” Maka beliau bersabda: “Maha benar Allah, dan perut saudaramulah yang berdusta, berilah minum madu.” Lalu ia pun meminuminya madu dan akhirnya sembuh.

– Salah satu sebab kenapa ubat itu tidak mujarab adalah kerana dos yang digunakan tidak betul. Memang dia dah memang ubat penyakit itu dah, tapi kalau sukatan tidak kena, maka tidak boleh. Atau belum cukup masanya lagi. Bukanlah minum terus sihat. Maka kena mengulang makan sampai sembuh. Dalam hadis ini, Nabi telah diwahyukan yang orang itu kena makan sampai empat kali, maka itulah sebabnya Nabi terus suruh saudara itu makan madu sampai dia sembuh. Akhirnya dia sembuh.

 

بَاب الدَّوَاءِ بِأَلْبَانِ الْإِبِلِ

Bab Berubat Dengan Susu Unta

5253 – حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا سَلَّامُ بْنُ مِسْكِينٍ حَدَّثَنَا ثَابِتٌ عَنْ أَنَسٍ
أَنَّ نَاسًا كَانَ بِهِمْ سَقَمٌ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ آوِنَا وَأَطْعِمْنَا فَلَمَّا صَحُّوا قَالُوا إِنَّ الْمَدِينَةَ وَخِمَةٌ فَأَنْزَلَهُمْ الْحَرَّةَ فِي ذَوْدٍ لَهُ فَقَالَ اشْرَبُوا أَلْبَانَهَا فَلَمَّا صَحُّوا قَتَلُوا رَاعِيَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاسْتَاقُوا ذَوْدَهُ فَبَعَثَ فِي آثَارِهِمْ فَقَطَعَ أَيْدِيَهُمْ وَأَرْجُلَهُمْ وَسَمَرَ أَعْيُنَهُمْ فَرَأَيْتُ الرَّجُلَ مِنْهُمْ يَكْدِمُ الْأَرْضَ بِلِسَانِهِ حَتَّى يَمُوتَ
قَالَ سَلَّامٌ فَبَلَغَنِي أَنَّ الْحَجَّاجَ قَالَ لِأَنَسٍ حَدِّثْنِي بِأَشَدِّ عُقُوبَةٍ عَاقَبَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَحَدَّثَهُ بِهَذَا فَبَلَغَ الْحَسَنَ فَقَالَ وَدِدْتُ أَنَّهُ لَمْ يُحَدِّثْهُ بِهَذَا

That’s how you do it

5253. Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim telah menceritakan kepada kami Sallam bin Miskin telah menceritakan kepada kami Tsabit dari Anas bahwa beberapa orang sedang menderita sakit, lalu mereka berkata; “Wahai Rasulullah, berilah kami perlindungan dan berilah makan kepada kami. Bila mereka sihat, mereka berkata; “Sesungguhnya kota Madinah tidak sesuai untuk kami, ” lantas baginda menempatkan mereka di tempat gembalaan unta-unta milik beliau, lalu beliau bersabda: “minumlah susunya.” Ketika mereka semuanya sihat, mereka membunuh penggembala Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan mengheret unta beliau, maka beliau memerintahkan orang untuk mengesan mereka. Setelah mereka ditangkap maka Nabi SAW memotong tangan-tangan mereka dan kaki-kaki mereka serta mencelak mata mereka dengan besi panas, dan aku melihat salah seorang dari mereka menjulurkan lidahnya ke tanah sampai akhirnya mati.” Sallam berkata; telah sampai kepadaku bahwa Al Hajjaj pernah berkata kepada Anas; “Ceritakanlah kepadaku tentang hukuman yang paling berat yang pernah di lakukan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu Anas menceritakan hadits di atas, hal itu sampai kepada Al Hasan Basri, maka dia berkata; “suka sekali aku kalau dia tidak menceritakan kepadanya”

 

بَاب الدَّوَاءِ بِأَبْوَالِ الْإِبِلِ

Bab Berubat Dengan Air Kencing Unta

5254 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
أَنَّ نَاسًا اجْتَوَوْا فِي الْمَدِينَةِ فَأَمَرَهُمْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ يَلْحَقُوا بِرَاعِيهِ يَعْنِي الْإِبِلَ فَيَشْرَبُوا مِنْ أَلْبَانِهَا وَأَبْوَالِهَا فَلَحِقُوا بِرَاعِيهِ فَشَرِبُوا مِنْ أَلْبَانِهَا وَأَبْوَالِهَا حَتَّى صَلَحَتْ أَبْدَانُهُمْ فَقَتَلُوا الرَّاعِيَ وَسَاقُوا الْإِبِلَ فَبَلَغَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَعَثَ فِي طَلَبِهِمْ فَجِيءَ بِهِمْ فَقَطَعَ أَيْدِيَهُمْ وَأَرْجُلَهُمْ وَسَمَرَ أَعْيُنَهُمْ
قَالَ قَتَادَةُ فَحَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ سِيرِينَ
أَنَّ ذَلِكَ كَانَ قَبْلَ أَنْ تَنْزِلَ الْحُدُودُ

5254. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il telah menceritakan kepada kami Hammam dari Qatadah dari Anas radliallahu ‘anhu bahwa sekelompok orang merasa tidak cocok udara di Madinah dengan mereka atau tidak selesa berada di Madinah, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menyuruh mereka supaya pergi menemui penggembala beliau dan meminum susu dan kencing unta, mereka lalu pergi menemui sang penggembala dan meminum air susu dan kencing unta tersebut sehingga badan-badan mereka kembali sehat, setelah badan mereka sehat mereka membunuh penggembala dan membawa lari unta-untanya, setelah kabar itu sampai ke nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau pun memerintahkan orang untuk mengejar mereka, kemudian mereka di bawa ke hadapan Nabi, lantas Nabi memotong tangan dan kaki mereka serta memcelak mata mereka dengan besi panas.” Qatadah berkata; telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Sirin bahwa peristiwa tersebut terjadi sebelum turunnya ayat tentang hudud (hukuman).”

Sanggup?

 

بَاب الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ

Bab al-Habbatus Sauda`

5255 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ خَالِدِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ خَرَجْنَا وَمَعَنَا غَالِبُ بْنُ أَبْجَرَ فَمَرِضَ فِي الطَّرِيقِ فَقَدِمْنَا الْمَدِينَةَ وَهُوَ مَرِيضٌ فَعَادَهُ ابْنُ أَبِي عَتِيقٍ فَقَالَ
لَنَا عَلَيْكُمْ بِهَذِهِ الْحُبَيْبَةِ السَّوْدَاءِ فَخُذُوا مِنْهَا خَمْسًا أَوْ سَبْعًا فَاسْحَقُوهَا ثُمَّ اقْطُرُوهَا فِي أَنْفِهِ بِقَطَرَاتِ زَيْتٍ فِي هَذَا الْجَانِبِ وَفِي هَذَا الْجَانِبِ فَإِنَّ عَائِشَةَ حَدَّثَتْنِي
أَنَّهَا سَمِعَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ هَذِهِ الْحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلَّا مِنْ السَّامِ قُلْتُ وَمَا السَّامُ قَالَ الْمَوْتُ

5255. Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami ‘Ubaidullah telah menceritakan kepada kami Isra`il dari Manshur dari Khalid bin Sa’d dia berkata; Kami pernah bepergian yang di antaranya terdapat Ghalib bin Abjar, di tengah jalan ia jatuh sakit, ketika sampai di Madinah ia masih menderita sakit, lalu Ibnu Abu ‘Atiq menjenguknya dan berkata kepada kami; “Hendaknya kalian memberinya habbatus sauda’ (jintan hitam), ambillah lima atau tujuh biji, lalu tumbuklah hingga halus, setelah itu teteskanlah di dalam hidungnya di sertai dengan tetesan minyak zaitun sebelah sini dan sebelah sini, karena sesungguhnya Aisyah pernah menceritakan kepadaku bahwa dia mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya habbatus sauda’ ini adalah penawar segala macam penyakit kecuali saam.” Aku bertanya; “Apakah saam itu?” beliau menjawab: “Kematian.”

5256 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ وَسَعِيدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ أَخْبَرَهُمَا أَنَّهُ
سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي الْحَبَّةِ السَّوْدَاءِ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلَّا السَّامَ قَالَ ابْنُ شِهَابٍ وَالسَّامُ الْمَوْتُ وَالْحَبَّةُ السَّوْدَاءُ الشُّونِيزُ

5256. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair telah menceritakan kepada kami Al Laits dari ‘Uqail dari Ibnu Syihab dia berkata; telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah dan Sa’id bin Musayyib bahwa Abu Hurairah telah mengabarkan kepada keduanya, bahwa dia mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pada habbatus sauda’ (jintan hitam) itu terdapat penawar dari segala penyakit kecuali kematian.” Ibnu Syihab berkata; “Maksud dari kematian adalah maut sedangkan habbatus sauda’ adalah pohon syuniz (jintan hitam).”

Kuliah Maulana Asri boleh didapati disini