We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Nota Aqidah al-Wasithiyyah November 26, 2013

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 2:43 pm

Aqidah Wasithiyyah

Tentang syarat la ilaaha illa Allah. 7.

Ilmu kena mengaji. Ilmu syariat. Ilmu dunia. Ilmu taqwini. Allah beri ilham. Tak beri Nabi ajar.

Yakin yang menafikan syak. Datang lepas ada ilmu. Tidak semua ada ilmu ada yakin. Boleh bawa bukti. Tanda yakin bukan boleh dilihat di tubuh badan manusia. Kita percaya dengan sepenuh hati. Ada iman dalam hati.

Ikhlas yang bercanggah dengan syirik. Ertinya dalam Arab adalah ‘tapis’. Yang kita tak mahu kita buang. Orang tahu atau tidak apa yang kita buat, kita buat sama sahaja. Jangan bagitahu kepada orang. Jangan buat ibadat kalau orang nampak sahaja. Tapi kita buat kerana Allah taala. Dalam semua suasana kita sama sahaja. Layan orang kaya dan miskin sama sahaja. Yang jadi pemimpin perangai sama sebelum jadi pemimpin dan selepas. Semua ada perkiraan dalam agama. Itu semua adalah tanda ikhlas. Bukan tentu ikhlas lagi.

Benar

Kasih sayang

Patuh

Terima

Tak boleh setakat cakap sahaja. Burung pun boleh diajar mengucap. Tidak diambil kira melainkan orang yang cakap dengan faham.

Tempat bergantung
Berserah
Minta
Ibadat

Masa sebut kena ingat semua tu.

Juga beramal dengan tuntutan kalimah itu. Antaranya hanya berharap kepada Allah.

Muhammad Rasulullah.
Taat. Dengar kata. Fi’il. Sukarela. Bukan paksa.
Mengiakan apa yg dia sebut. Walau pelik sekalipun. Hal akhirat. Jangan nak guna nama orang lain dalam amalan kita.
Kita nak taat Allah ikut Nabi.
Tidak boleh sembah Allah dengan cara melainkan yang telah diajar oleh Nabi.

Nama Nabi ditinggikan.
Pangkat Nabi adalah ‘hamba’.

Tauhid tiga serangkai. Rububiyyah, uluhiyyah dan asma’ wa sifat.
Jangan nak lebihkan tentang bilangan.

Tauhid adalah perkara yang kena percaya.


Tauhid rububiyyah.


Asma wa sifat.
Percaya Allah punya sifat kesempurnaan.
Yakin Allah sahaja yg sempurna.

Dengan sifat yang Allah sebut.
Tidak takwil.

Uluhiyyah.
Tahu dan iktiraf bahawa Allah empunya penyembahan. Yang selain tidak berhak.

Minta pertolongan adalah kepada Allah.

Tauhid uluhiyyah: tauhid perbuatan. Hati dan anggota. Hati pun ada perbuatan. Raja’ takut mengharap dll.

 

Nota tentang Syiah

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 2:40 pm
Tags:

Syiah

Ada banyak jenis Syiah. Sampaikan 300 puak. Ada yang melampau, ada yang tidak.
Kemuncak kejayaan meraka adalah apabila mereka berjaya membunuh Saidina uthman. Seorang yang amat dikasihi oleh Nabi. Beliau banyak menyumbang kepada Islam. Nabi mengahwinkan dua anak baginda kepada beliau. Apabila mati anaknya iaitu isteri kedua uthman, baginda bersabda: Jikalau aku ada lagi anak perempuan, akan aku kahwinkan dengan uthman.

Jahatnya Syiah ini sampai pernah mereka mencuri Hajarul Aswad dan mereka letakkan di tempat yang hina, iaitu di tandas semasa mereka kuat. Apabila mereka lemah, barulah dikembalikan kepada orang Islam. Itu adalah Syiah Qarabithah.

Ada Syiah yang sederhana. Macam tafziliah. Yang benci sahabat adalah Rofidhah sampai kafirkan sahabat. Menuhankan Ali dan imam-imam mereka. Yang sederhana adalah Zaidiyah tapi telah diresapi.

Quran mereka kata tak benar.
Mempercayai bada’ iaitu Tuhan jahil. Selepas terjadi baru tahu.
Meraka kata hadis kita adalah rekaan sahabat.
Percaya raj’ah. Kebangkitan sebelum kiamat untuk menghukum beberapa golongan dari Imam Mahdi.
Percaya taqiyyah.
Mengamalkan mut’ah.

Abdullah saba’. Yahudi Yaman. Dia kata Ali ada sifat ketuhanan. Kata sahabat jahat. Berontak uthman. Kata Ali itu imam. Raj’ah. Pura Islam. Menafikan kewujudan dia. Ada dalam kitab Syiah. Ali sendiri perintah bunuh lari. Jaafar laknat dia. Takut di kaitkan dengan Yahudi.

12 imam. Allah lantik dari nas. Sahabat buang dari Quran. Wajib taat. Maksum.
Ali. 40 h
Hasan 50

Ibn saba’. Syirik. Nabi sebut pasal Rofidhah. Musyrik. Mengaku tuhan. Menghalalkan yg haram. Tahu perkara ghaib. Nama nama anak mereka nama yang syirik. Abdul hussain. Minta kepada Imam.

Pemahaman mereka mengatakan imam mempunyai sifat ketuhanan. Contoh nya mereka mengatakan bahawa Ali menjadi nakhoda bahtera Nabi Noh. Tidak hairan bagi mereka kerana kepada mereka para imam boleh pergi balik ke masa lalu. Mereka juga mengatakan bahawa Ali lah yang memberitahu di mana Nabi Yusuf semasa dia berada dalam telaga. Kalau tak, tak selamat. Dan Ali lah yang menyelamatkan Nabi Ibrahim semasa dia dilemparkan dalam api.

Nabi-Nabi dulu dihukum dan diuji kerana tak terima imam 12. Pada mereka, Nabi Adam bukan dikeluarkan dari syurga memakan pohon larangan tapi sebab dengki dengan Imam 12. Iaitu selepas Allah menjadikan roh Imam 12, roh-roh itu berlegar mengelilingi Arash. Apabila Nabi Adam nampak, dia dengki. Dia tanya kenapa dia tidak dijadikan begitu kerana dia pun nak jadi macam tu juga.
Nabi Ayyub kena penyakit kulit kerana tidak menerima Imam 12. Nabi yunus kena masuk dalam perut ikan kerana tak terima Imam 12.

Imam 12 tu maksum. Malah lebih lagi. Kerana meraka mengatakan bahawa imam imam mereka itu terselamat dari melakukan kesilapan dan lupa. Maknanya, itu lebih tinggi lagi dari para Nabi. Sebab Nabi sendiri pernah lupa. Dalam solat dan sebagainya. Bukan Nabi Muhammad sahaja. Tapi Nabi Adam sendiri pun. Itu ada dalam Quran kalau mereka tak mahu terima hadis. Kerana kalau kita berikan hadis yang mengatakan Nabi ada sifat lupa, mereka kata itu adalah rekaan pihak Sunnah kerana hendak merendahkan martabat Nabi.

Mereka menggunakan ayat yang mengatakan Allah melantik Nabi Ibrahim sebagai Imam kepada manusia. Mereka kata begitu tingginya taraf Imam itu, sampaikan Nabi Ibrahim hanya dapat capai setelah dia melalui beberapa ujian. Tapi Imam mereka tidak perlu. Terus jadi imam.

Kafirkan sahabat.

Sesat asalnya Islam.

Taqiyah. Dusta. Kata kita pun taqiyah juga. Tapi bukan ada apa yang menyebabkan kita

Syiah memang kuat menyampaikan dakwah mereka. Budget untuk menyebarkan agama mereka sama banyak dengan belanja untuk ketenteraan meraka. Ke merata dunia. Lumayan kalau mereka dalam jalan dakwah Syiah itu. Banyak cara mereka jalankan untuk mendakwah. Dan banyak terpengaruh kerana mereka menggunakan taqiyyah. Mereka akan gunakan apa sahaja yang boleh dipakai.

Sebab syaitan lah yang menghiaskan bagi cantik Syiah itu. Dan kerana kita tidak ada ilmu tentang ASWJ sendiri. Kita sendiri tak nampak kelebihan ASWJ. Tidak ambil berat bahaya kepada masyarakat. Tidak seperti kerajaan jaga berkenaan ubat.

Nabi tak beri makan dengan mereka. Kerana jenis sesat ini akan meletakkan sesuatu dalam makanan. Kotoran semasa setubuh dimasukkan dalam makanan.

Nabi pernah kata bahawa akan timbul dari isfahan 70k Yahudi yang pakai jubah lain dari orang Islam.

Mereka ada kemudahan. Berzina dan bab sembahyang yang senang. Maka sebab itu ramai yang ikut.

 

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 98-99 Bab Bersembahyang Di Antara Tiang-Tiang Dengan Tidak Berjamaah. November 9, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 7:10 am

بَاب الصَّلاةِ بَيْنَ السَّوَارِي فِي غَيْرِ جَمَاعَةٍ

Bab Bersembahyang Di Antara Tiang-Tiang Dengan Tidak Berjamaah.

Tentang solat diantara dua tiang pula. Sebelum ini ada dikatakan apabila seorang solat antara dua tiang, Ibn Umar (atau Saidina Umar) telah tarik orang itu dan letakkan dia di belakang tiang untuk dijadikan sutrah oleh orang itu. Jadi, apakah hukum solat di antara dua tiang? Kenapa pula Ibn Umar tarik orang itu dari solat di antara dua tiang itu?

Tujuan Imam Bukhari membawakan tajuk ini adalah untuk memberitahu ada khilaf tentang solat antara dua tiang. Kesimpulan dari hadis-hadis yang ada, ulama mengatakan bahawa harus untuk imam solat diantara dua tiang. Harus itu kepada orang yang solat sendiri (bukan berjemaah). Makruh untuk makmum. Itu adalah pendapat jumhur ulama. Tapi Imam pula Malik kata makruh untuk semua. Pada Imam Syafie pula, ianya harus untuk semua solat diantara dua tiang. Itulah sebabnya kita tidak ada masalah di negara ini kerana hampir kesemua bermazhab Syafie.

Oleh kerana ada beberapa riwayat tentang solat diantara tiang, maka Imam Bukhari hendak menjamakkan semua riwayat itu. Sebab hadis-hadis itu, kalau kita baca, ada yang seperti membenarkan dan ada yang melarang. Jadi, dia mudahkan untuk kita faham. Supaya kita tidak keliru. Dia menyatakan bahawa ianya adalah makruh untuk imam dan makmum tapi harus kalau solat berseorangan. Dia mengatakan yang ianya adalah makruh kerana yang penting adalah menjaga saf supaya jangan putus. Kalau solat di antara dua tiang, tentulah saf akan terputus. Jadi itu adalah tidak elok.

Yang hadis tentang Ibn Umar menarik seseorang yang solat diantara dua tiang itu adalah kerana dia hendak supaya orang itu solat di belakang tiang. Iaitu menjadikan tiang itu sebagai sutrah. Kerana penting untuk ada sutrah dalam solat.

Daripada satu athar, pernah Anas undur ke belakang bila dia berada dalam saf diantara dua tiang. Waktu itu mereka solat bersama pemerintah waktu itu. Ini lama setelah Nabi wafat. Seperti yang kita tahu, Allah telah memanjangkan usia Anas bin Malik. Jadi dia sempat dengan khalifah yang lain. Dia kata pada zaman Nabi, mereka memang mengelak untuk bersolat di antara tiang. Memang Nabi larang. Itulah sebabnya ramai ulama mengatakan yang ianya adalah Makruh. Tapi tidaklah sampai haram mengikut jumhur ulama’. Cuma kalau mengikut pendapat zahiriah, memang mereka melihat larangan itu sebagai haram. Tapi pada pendapat Imam Bukhari, tidaklah sampai haram. Ini juga menunjukkan bahawa Imam Bukhari bukanlah seorang yang bermazhab zahiriah. Ramai yang kata dia bermazhab zahiriah, tapi kita telah belajar bagaimana banyak pendapat-pendapat Imam Bukhari tidak sama dengan pendapat zahiriah.

Kenapa dilarang untuk solat diantara dua tiang? Beberapa pendapat telah diberikan oleh ulama-ulama. Ini hanyalah sebagai pendapat sahaja kerana kita tidak pasti dengan tepat.
1. Ada yang kata tempat itu khusus untuk jin solat. Tapi pendapat ini tidak kuat. Tidaklah perlu kita nak khususkan tempat itu untuk jin. Memang ada tempat yang digunakan oleh jin. Tapi tidak semua masjid ada tempat yang jin solat di dalamnya. Kita pun tidak tahu kerana kita tidak nampak jin.
2. Kerana antara dua tiang selalunya adalah tempat letak kasut dan selipar. Takut ada kotoran pada tempat itu. Walaupun selipar dan kasut tidak ada waktu itu, tapi ditakuti ada kesan-kesan najis tertinggal di tempat itu. Luar negara memang banyak buat macam tu. Tempat kita pun mungkin nak kena buat macam itu juga nanti. Sebab asyik hilang selipar dan kasut sahaja. Jadi, walaupun tidak ada kasut di tempat itu, tapi ditakuti ada kotoran najis yang ada disitu. Sebab itulah ulama berpendapat larangan untuk solat di antara tiang itu adalah kerana hendak mengelak dari terkena najis.
3. Ada yang kata larangan itu adalah supaya mengelak dari saf putus. Ini adalah kerana kita disuruh untuk merapatkan saf dan tidak memutuskannya. Ini adalah pendapat kebanyakan ulama.
4. Menyusahkan orang untuk lalu. Kerana tempat itu selalunya dijadikan laluan. Sepatutnya kita menggunakan tiang itu sebagai sutrah.
5. Ada yang mengatakan itu adalah tempat syaitan berkumpul di masjid. Tempat mereka berkumpul nak lancarkan serangan. Syaitan ada juga di masjid. Jangan kita ingat mereka tidak masuk dalam masjid. Walaupun malaikat lebih banyak di masjid, tapi syaitan ada juga untuk mengganggu manusia. Kalau benar ianya adalah tempat syaitan, jadi tidak elok kalau kita berada di situ. Pernah satu ketika, Nabi dan sahabat telah berhenti di satu tempat semasa mereka berehat dalam perjalanan dan mereka telah tertidur sampai tertinggal waktu subuh. Nabi telah mengajak sahabat untuk pergi dari situ kerana tempat itu adalah tempat syaitan. Selepas pergi ke tempat lain, barulah Nabi dan sahabat mengqadha solat subuh itu. Oleh itu, kenalah berhati-hati dengan tempat syaitan. Contohnya, di kuil-kuil sembahan orang bukan Islam. Jin syaitan suka duduk di patung itu sebab mereka suka apabila manusia sembah mereka. Syaitan akan ambil peluang untuk duduk disitu apabila manusia kafir menyembah patung-patung itu. Jadi, kalau kita merosakkan tempat itu, jin syaitan itu akan marah, sampai boleh mengakibatkan mudharat kepada kita. Bukanlah ada kebenaran kepada sembahan mereka itu, tapi disebabkan oleh syaitan yang berada di situ. Mereka yang menyembah itu tentu akan kata kita jatuh sakit sebab tuhan mereka yang jatuhkan sakit itu. Tapi sebenarnya bukan. Yang buat sakit itu adalah syaitan yang buat. Itu pun dengan izin Allah. Kalau tidak cukup persediaan, jangan kita main-main dengan tempat sebegitu. Jangan kita cari pasal.
6. Ada yang kata larangan itu adalah khusus untuk tiang yang tidak sejajar sahaja. Seperti tiang yang berada di Masjid Nabi. Maka itu akan menyebabkan saf tidak lurus kalau manusia ikut jujuran tiang itu. Sedangkan kalau ada garisan di saf pun manusia boleh tersilap, apatah lagi kalau tidak ada petanda saf.

Mari kita lihat kepada hadis yang digunakan oleh Imam Bukhari untuk menguatkan hujahnya.

474 حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا جُوَيْرِيَةُ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ دَخَلَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبَيْتَ وَأُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ وَعُثْمَانُ بْنُ طَلْحَةَ وَبِلالٌ فَأَطَالَ ثُمَّ خَرَجَ وَكُنْتُ أَوَّلَ النَّاسِ دَخَلَ عَلَى أَثَرِهِ فَسَأَلْتُ بِلالا أَيْنَ صَلَّى قَالَ بَيْنَ الْعَمُودَيْنِ الْمُقَدَّمَيْنِ

474. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami Juwairiah dari Nafi’ dari Ibnu ‘Umar berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah masuk ke dalam Baitillah bersama Usamah bin Zaid, ‘Utsman bin Thalhah dan Bilal dalam waktu yang lama. Kemudian baginda keluar dan akulah orang yang mula-mula masuk setelah baginda keluar. Aku lantas bertanya kepada Bilal, “Dimana Nabi telah melaksanakan shalat?’ Bilal menjawab, “Di antara dua tiang di sebelah hadapan.”

Perawi yang bernama Juwairiah itu adalah seorang lelaki. Masyarakat kita sahaja yang pakai nama itu untuk perempuan.

Dalam hadis ini telah disebutkan dengan jelas bahawa Nabi bersolat diantara dua tiang. Maka bagaimana kita hendak mengatakan bahawa tidak boleh bersolat diantara dua tiang sedangkan Nabi sendiri ada buat? Kalau ianya adalah makruh, tentu Nabi tidak buat. Jadi sekurang-kurangnya ianya adalah harus untuk solat diantara dua tiang. Yang berpegang tidak boleh itu berpegang dengan hadis-hadis yang kurang kuat. Seperti yang kita tahu, hadis riwayat Imam Bukhari adalah lagi kuat. Dia mengajar kita untuk menggunakan hadis yang lebih sahih.

Oleh itu, Imam Bukhari mengatakan boleh kalau solat diantara dua tiang kalau solat seorang. Yang tidak moleknya adalah kalau solat berjemaah.

475 حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ الْكَعْبَةَ وَأُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ وَبِلالٌ وَعُثْمَانُ بْنُ طَلْحَةَ الْحَجَبِيُّ فَأَغْلَقَهَا عَلَيْهِ وَمَكَثَ فِيهَا فَسَأَلْتُ بِلالا حِينَ خَرَجَ مَا صَنَعَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ جَعَلَ عَمُودًا عَنْ يَسَارِهِ وَعَمُودًا عَنْ يَمِينِهِ وَثَلاثَةَ أَعْمِدَةٍ وَرَاءَهُ وَكَانَ الْبَيْتُ يَوْمَئِذٍ عَلَى سِتَّةِ أَعْمِدَةٍ ثُمَّ صَلَّى وَقَالَ لَنَا إِسْمَاعِيلُ حَدَّثَنِي مَالِكٌ وَقَالَ عَمُودَيْنِ عَنْ يَمِينِهِ

475. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Nafi’ dari ‘Abdullah bin ‘Umar, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah masuk ke dalam Ka’bah bersama Usamah bin Zaid, Bilal dan ‘Utsman bin Thalhah Al Hajabi (pemegang anak kunci pintu Kaabah). Utsman menutup pintu Kaabah setelah baginda berada di dalamnya. Lama juga baginda di dalamnya. Kemudian setelah baginda keluar aku bertanya kepada Bilal apa yang dilakukan oleh baginda di dalamnya. Bilal menjawab, ‘Nabi berdiri dengan tiang berada di sebelah kiri, satu tiang di sebelah kanan dan tiga tiang berada di belakangnya – ketika itu tiang Ka’bah berjumlah enam buah- kemudian baginda salat‘.” Isma’il menyebutkan kepada kami; Malik menceritakan kepadaku, ia sebutkan, “Dua tiang di sebelah kanannya.”

Keturunan ‘Utsman bin Thalhah Al Hajabi sampai sekarang dipertanggungjawabkan dan diberi penghormatan untu memegang kunci Kaabah. Walaupun pemerintah bertukar dari zaman ke zaman, tapi sampai kiamat, keturunan dia yang akan memegangnya. Dari zaman sebelum Nabi lagi keturunan mereka memegang kunci Kaabah. Nabi meneruskan untuk keturunan beliau memegang anak kunci itu.

Memang Nabi bersolat dalam Kaabah itu. Ada juga hadis yang mengatakan Nabi hanya berdoa sahaja di dalamnya. Tapi hadis itu dari sahabat yang tidak ada semasa Nabi bersolat di dalamnya. Kerana dia telah keluar sekejap. Maka, dari hadis ini dengan pasti kita tahu bahawa Nabi telah bersolat di dalamnya.

Nampak ada pertentangan dalam hadis ini tentang bilangan tiang dalam Kaabah itu. Samada ianya lima atau enam tiang. Ini tidak jadi masalah sebab boleh dikompromikan. Semasa zaman Nabi, ianya memang lima tiang. Tapi pada zaman pemerintahan Ibn Zubair, dia telah mengubah Kaabah menjadi seperti zaman Nabi Ibrahim, maka tiang telah menjadi enam. Jangan jadikan contoh hadis-hadis yang nampak bercanggah untuk menolak hadis secara keseluruhan. Golongan anti-hadis mengatakan ada hadis-hadis yang bercanggah satu sama lain – maka mereka kata hadis tidak tidak boleh dipakai sebagai hujah. Itu adalah kerana mereka tidak belajar hadis. Kalau mereka belajar dengan betul, semua hadis-hadis yang nampak pada mulanya bercanggah boleh diperjelaskan dan tidak ada percanggahan antara mereka. 

Keadaan dalam Kaabah zaman sekarang

Pengajaran yang boleh didapati dari hadis ini:

  1. Keprihatinan sahabat dalam melihat perbuatan Nabi. Kita tahu apakah yang Nabi buat dalam Kaabah itu kerana Bilal melihat betul-betul apa yang Nabi buat sampaikan dia boleh cerita balik apakah perbuatan Nabi itu. Begitu juga dengan Ibn Umar yang amat suka mengikut perbuatan Nabi. Walaupun perbuatan itu tidaklah wajib. Maka, dari sini kita boleh lihat bagaimana sahabat begitu bersungguh dengan perbuatan Nabi dan mereka akan ikut dan sampaikan kepada umat kemudian. Maka kita beruntung kerana ada sahabat dan ahli agamawan yang menyampaikan kepada kita apakah yang dilakukan oleh Nabi supaya kita dapat mengamalkan dan mengambil pengajaran darinya. 
  2. Bilangan tiang pada zaman Nabi ada lima. Kemudian pada zaman Ibn Zubair ia telah dijadikan sehingga enam. Perbezaan bilangan itu boleh dijelaskan. Jangan jadi macam golongan anti hadis. Mereka, apabila lihat ada perbezaan sahaja, mereka terus tolak tanpa usul periksa. Dengan adanya perbezaan maklumat itu, kita boleh dapat lebih banyak maklumat lagi. Jadi, ada hikmah disitu. Kita boleh tahu rupanya pada zaman Nabi begitu, dan pada zaman lain, begini pula. 
  3. Kena melihat hadis-hadis lain untuk menjelaskan pemahaman dalam satu-satu hadis. Alhamdulillah ulama telah mengkaji hadis-hadis dan menyampaikan ilmu itu kepada kita. Bayangkan kalau kita kena cari sendiri dan fikirkan sendiri, tentulah susah untuk kita. 
  4. Untuk mengelakkan kesesakan dalam Kaabah, pintu Kaabah boleh ditutup apabila ketua negara telah berada di dalamnya. Uthman tutup pintu selepas Nabi masuk. Kalau tak, nanti ramai pula yang akan masuk. Kalau ramai masuk, tentulah akan sesak dalam Kaabah itu. Lebih baik ditutup. Kalau nak buat ibadat, diluar pun sudah boleh dah. Ulama pun kata lebih afdhal untuk solat diluar Kaabah dari didalam. Kerana kalau diluar, boleh mengadap keseluruhan Kaabah. Nabi solat didalamnya pun adalah solat sunat. Nabi tidak pernah solat fardhu di dalam Kaabah. 
  5. Membenarkan seseorang yang tertentu sahaja masuk sesuatu tempat adalah Sunnah. Kerana mungkin yang selain dari mereka adalah tidak berkenaan dalam majlis itu. Bukanlah itu dikira sebagai menyisihkan orang lain pula. Sebagai contoh, kita ada mesyuarat, maka boleh kalau kita tutup pintu bilik kerana selain dari orang yang ada dalam bilik itu, mereka tidak ada kena mengena. Mungkin mesyuarat itu ada untuk membincangkan masalah yang rahsia. Begitu juga kepada Nabi, ada perkara yang baginda perlu buat dalam Kaabah itu. Kalau ada ramai yang masuk dan meninjau-ninjau, akan menyusahkan kerja baginda pula.

بَاب

Bab (tanpa tajuk)

Ada perbincangan kenapakah bab ini tidak ada tajuk. Ulama mengatakan bahawa bab ini sebagai fasal kepada tajuk bab sebelum ini. Dalam hadis sebelum ini, ia memperkatakan tentang Nabi solat sunat dalam Kaabah diantara dua tiang. Dalam hadis ini tidak disebutkan tentang tiang. Tapi kita faham bahawa Ibn Umar solat diantara dua tiang dari hadis kita lihat sebelum ini. Apabila Ibn Umar berdiri kira-kira tiga hasta dengan tiang itu, dia secara otomatik berdiri diantara dua tiang.

Sheikh Zakaria mengatakan tujuan Imam Bukhari bawa hadis ini adalah kerana dia takut orang ingat hanya boleh solat di tempat itu sahaja dalam Kaabah. Tapi dalam hadis itu, Ibn Umar sendiri mengatakan di hujungnya bahawa boleh untuk solat di posisi lain. Cuma Ibn Umar itu adalah seorang amat suka bertabarruk dengan perbuatan Nabi. Apabila dia tahu Nabi solat disitu, maka dia pun solat disitu juga. Itu dinamakan tabarruk. Tabarruk dengan Nabi.

Ini juga boleh dijadikan sebagai satu ukuran jarak antara tempat berdiri dan sutrah. Iaitu tiga hasta. Ikut keadaan dan tubuh badan orang yang bersolat sebenarnya.

Juga dalil boleh solat di mana-mana bahagian dalam Kaabah.

476 حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو ضَمْرَةَ قَالَ حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عَبْدَاللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ إِذَا دَخَلَ الْكَعْبَةَ مَشَى قِبَلَ وَجْهِهِ حِينَ يَدْخُلُ وَجَعَلَ الْبَابَ قِبَلَ ظَهْرِهِ فَمَشَى حَتَّى يَكُونَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجِدَارِ الَّذِي قِبَلَ وَجْهِهِ قَرِيبًا مِنْ ثَلاثَةِ أَذْرُعٍ صَلَّى يَتَوَخَّى الْمَكَانَ الَّذِي أَخْبَرَهُ بِهِ بِلالٌ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى فِيهِ قَالَ وَلَيْسَ عَلَى أَحَدِنَا بَأْسٌ إِنْ صَلَّى فِي أَيِّ نَوَاحِي الْبَيْتِ شَاءَ

476. Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Al Mundzir berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Dlamrah berkata, telah menceritakan kepada kami Musa bin ‘Uqbah dari Nafi’ bahwa ‘Abdullah bin ‘Umar, apabila ia masuk ke dalam Ka’bah, ia berjalan terus ke arah depan sementara pintu Ka’bah di belakangnya. Ia terus berjalan hingga antara dia dan dinding dihadapannya kira-kira tiga hasta, lalu dia salat di tempat dimana Bilal mengabarkan bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah salat di posisi itu.” ‘Abdullah bin ‘Umar berkata, “Seseorang boleh salat di mana-mana bahagian dalam Ka’bah yang dikehendakinya.”

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Harus untuk solat dalam Kaabah. Nabi telah pernah bersolat sunat dalam Kaabah. Nabi tidak pernah solat fardhu dalam Kaabah. Sesetengah ulama mengatakan tidak sah kalau solat fardhu dalam Kaabah. Bukan semua berpendapat begitu, tapi ada.
  2. Keelokan menggunakan sutrah. Walaupun dalam Kaabah, Nabi masih lagi bersutrah kan dinding.
  3. Jarak antara tempat berdiri dan sutrah adalah lebih kurang tiga hasta atau kurang. Jangan berdiri jauh sangat dari dinding. Nanti menyusahkan orang hendak lalu di hadapan. Orang lain takut nak lalu sebab ada larangan lalu depan orang bersolat. Kalau ini terjadi, kita telah menyusahkan orang dan berdosa kalau kita menyusahkan orang lain. Tapi kalau kita ada hal mustahak dan tidak ada laluan lain, boleh kalau kita lalu depan orang bersolat.
  4. Kalau solat dalam Kaabah, boleh pilih mana-mana posisi.
  5. Kalau boleh, elok kalau dapat solat di tempat solat Nabi dalam Kaabah itu. Peluang ini ada kepada pemimpin negara. Kerana kerajaan Arab Saudi ada membenarkan ketua-ketua negara untuk masuk dalam Kaabah. Orang macam kita, tidak ada peluang nampaknya.  
  6. Walaupun tidak disebutkan dengan jelas dalam hadis ini, tapi kita dapat tahu dari hadis ini secara iltizam bahawa Nabi solat di antara dua tiang.
  7. Kesungguhan Ibn Umar dalam mengamalkan ittiba’ soori. Dia amat kuat mengikut segala perbuatan Nabi. Walaupun perbuatan itu bukanlah Sunnah syar’iyyah. Kalau tak ikut pun tidak mengapa.
  8. Solat di tempat Nabi solat adalah dibenarkan. Ini dinamakan tabarruk. Pernah seorang sahabat nama Itban mengajak Nabi solat di rumahnya untuk merasmikan tempat solat di rumahnya. Itu hanya dengan Nabi sahaja. Kita sekarang tidak boleh mengambil tabarruk dengan orang lain. Walau bagaimana besat pun ulama itu. Hanya kepada Nabi sahaja. 
  9. Seseorang alim seharusnya menyebutkan hukum sebenar sesuatu ibadat. Walaupun dia buat yang lain. Itulah sebabnya Ibn Umar beritahu bahawa boleh solat di mana-mana posisi dalam Kaabah. Walaupun dia sendiri lebih suka memilih tempat yang Nabi sendiri solat. 
  10. Sahabat akan melihat Nabi dengan teliti dan mereka boleh menceritakan balik apa-apa perbuatan baginda itu kepada orang lain. Itulah tanda seorang Nabi. Orang lain ikut segala-galanya. Tidak ada kelebihan begini pada orang lain. Sampaikan ke hal dalam rumah pun kita tahu juga. Kerana dikisahkan balik oleh isteri-isteri baginda dan ahli keluarga baginda yang berpeluang masuk ke dalam rumahnya. Nabi pun tidak kisah kerana tidak ada apa yang hendak disembunyikan oleh Nabi. Itu memberi kita pengajaran tentang apakah perbuatan Nabi dalam rumah supaya kita boleh ikut sekali perbuatan Nabi. 

 

Ketua negara Islam dapat masuk dalam Kaabah.

 

 

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 95, 96, 97 Bab Bersembahyang Dengan Menghadap Kepada Tiang November 4, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 3:10 pm

بَاب الصَّلاةِ إِلَى الاسْطُوَانَةِ وَقَالَ عُمَرُ الْمُصَلُّونَ أَحَقُّ بِالسَّوَارِي مِنَ الْمُتَحَدِّثِينَ إِلَيْهَا وَرَأَى عُمَرُ رَجُلا يُصَلِّي بَيْنَ أُسْطُوَانَتَيْنِ فَأَدْنَاهُ إِلَى سَارِيَةٍ فَقَالَ صَلِّ إِلَيْهَا

Bab Sembahyang Dengan Menghadap Kepada Tiang. Umar Berkata: Orang Yang Mahu Bersembahyang Itu Lebih Berhak Terhadap Tiang-Tiang Berbanding Dengan Orang Mahu Bercakap-Cakap, Untuk Dijadikan Sutrahnya. Ibnu Umar Pernah Nampak Seseorang Sedang Bersembahyang Di Antara Dua Tiang. Lalu Ibnu Umar Mendekatkan Lelaki Itu Kepada Satu Tiang Sambil Berkata Kepadanya: “Sembahyanglah Dengan Bersutrahkan Tiang.”

Imam Bukhari menggunakan kaedah mimbaabil awla. Kalau pakai lembing yang kecil pun boleh, apatah lagi kalau dengan yang lebih besar seperti tiang.

Ada larangan solat diantara dua tiang. Oleh kerana itu Imam Bukhari membawa tajuk ini sebagai mengatakan boleh kalau solat mengadap tiang. Yang tidak boleh adalah diantara tiang. Itu akan dibincangkan dengan lebih detail lagi kenapa larangan itu. Tapi Imam Bukhari hendak menegaskan disini bahawa larangan itu bukan sebab ada apa-apa dengan tiang itu sendiri tapi sebab lain.

Sheikh Zakaria mengatakan tujuan Imam Bukhari membuat tajuk ini adalah untuk mengatakan keelokan bersutrah walaupun berada dalam masjid. Ini kerana ada yang berpendapat bahawa sutrah itu hanya perlu jikalau bersolat di tempat lapang sahaja untuk memberitahu orang yang lalu lalang bahawa dia sedang solat. Itu adalah pendapat yang salah. Kerana kalau berada di masjid pun, sunnah untuk bersolat di belakang sutrah.

Pendapat seterusnya mengatakan tujuan Imam Bukhari membawa tajuk ini adalah untuk memberitahu kalau ada tiang, elok pakai tiang.

Pendapat seterusnya menambah boleh untuk memilih tiang atau sutrah tertentu kalau ada nilai tertentu contohnya ada nilai sejarah. Contohnya Nabi selalu menggunakan tiang al-mushaf sebagai sutrah kerana disitulah terletaknya mushaf Quran sebagai rujukan kepada manusia. Tidak sama tiang itu dengan tiang yang lain. Salamah al Akwa’ boleh sahaja bersolat dibelakang mana-mana tiang, tapi dia memilih tiang itu kerana disitulah tempat yang Nabi selalu bersolat. Ini bermakna, ada tempat-tempat yang ada kelebihan tertentu dan boleh untuk kita memilihnya. Sama juga, kenapa kita pilih untuk berada di Raudhah di Masjid Nabawi? Kerana ianya telah dikatakan sebagai salah satu dari taman-taman syurga.

Umar Berkata: Orang Yang Mahu Bersembahyang Itu Lebih Berhak Terhadap Tiang-Tiang Berbanding Dengan Orang Mahu Bercakap-Cakap, Untuk Dijadikan Sutrahnya. Ini adalah kerana ada orang yang bersandar di tiang untuk bersembang sahaja. Maka, orang yang solat, lebih berhak kepada tiang itu kerana dia hendak beribadat dan yang bersembang tidak beribadat waktu itu.

Ibnu Umar Mendekatkan Lelaki Itu Kepada Satu Tiang: Ibnu Umar menarik dan menggerakkan seseorang supaya solat mengadap sutrah. Bukan solat diantara dua tiang. Ini menunjukkan kepentingan bersolat di belakang sutrah. Juga menunjukkan kita boleh untuk memperbetulkan orang yang sedang solat. Contoh lain: kalau orang itu tersilap kiblat. Kita boleh gerakkan badan dia. Cuma orang yang sedang solat itu janganlah pula melawan.

Lihatlah bagaimana sahabat kalau memperbetulkan sesiapa, mereka terus buat. Tak tunggu esok.
Tujuan diperbetulkan orang itu adalah kerana orang itu tidak bersutrah. Ini menunjukkan kepentingan solat di belakang sutrah.

Sambil Berkata Kepadanya: Ibnu Umar bercakap dengan orang itu. Kita boleh bercakap dengan seseorang yang sedang sembahyang. Bukanlah orang yang bersembahyang itu sampai tidak dengar orang lain dah. Yang tak bolehnya, kalau dia menjawap. Kalau dia jawap, maka batallah solatnya. Maka, boleh kita pakai hadis ini kalau kita nak tinggal pesan kepada seseorang yang sedang solat. Katakanlah kita hendak tinggalkan rumah dan kita berpesan kepada seorang yang sedang solat: “nanti tolong kunci pintu yer”. Itu adalah harus.

472 حَدَّثَنَا الْمَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ أَبِي عُبَيْدٍ قَالَ كُنْتُ آتِي مَعَ سَلَمَةَ بْنِ الاكْوَعِ فَيُصَلِّي عِنْدَ الاسْطُوَانَةِ الَّتِي عِنْدَ الْمُصْحَفِ فَقُلْتُ يَا أَبَا مُسْلِمٍ أَرَاكَ تَتَحَرَّى الصَّلاةَ عِنْدَ هَذِهِ الاسْطُوَانَةِ قَالَ فَإِنِّي رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَحَرَّى الصَّلاةَ عِنْدَهَا

472. Telah menceritakan kepada kami Al Makki bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Abu ‘Ubaid berkata, “Aku dan Salamah bin Al Akwa’ selalu pergi ke Masjid Nabi, dia selalu salat dekat tiang yang dekat dengan tempat al-muhshaf (al-Quran). Lalu aku tanyakan, ‘Wahai Abu Muslim, kenapa aku lihat kamu memilih tempat salat dekat tiang ini? ‘ Dia menjawab, ‘Kerana aku melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memilih untuk salat dekatnya’.”

Hadis ini adalah hadis yang kontroversi sebab ada kisah yang orang tak biasa dengar. Iaitu tentang pengumpulan Mushaf Quran.
Ini salah satu lagi hadis tsulatsiat Imam Bukhari: hanya ada tiga perawi antara Imam Bukhari dan Nabi. Imam Bukhari berbangga dengan hadis sebegini. Lebih tepat lagi kalau dibandingkan dengan hadis-hadis yang lain. Imam Bukhari ada sekitar 20 sahaja hadis sebegini. Perawi-perawi pun yang kuat dan molek belaka. Kita pun sudah tahu bagaimana Imam Bukhari amat ketat dalam memilih perawinya.

Kenapakah ada kelebihan solat di situ? Kenapa Nabi pilih untuk solat berdekatan dengan tiang itu? Adakah kerana mushaf ada disitu? Mushaf apakah yang ada disitu?
Tiang itu berada di tengah raudhah. Ianya juga dipangging ‘Tiang Muhajirin’ kerana puak Muhajirin selalu duduk di situ. Ianya lebih dikenali sebagai Tiang Mushaf. Ada yang kata ianya ada juga peti di situ. Oleh itu, samada mushaf itu diletakkan diatas atau di dalam peti itu. Dikatakan bahawa Aisyah pernah memberitahu Ibn Zubair kedudukan tiang itu secara rahsia.

Dalam hadis ini, Salamah solat berdekatan tiang itu adalah pada zaman kekhalifahan Saidina Uthman. Dari bahasanya bermaksud sudah lama tiang itu dinamakan sebagai Tiang Mushaf. Semenjak zaman Nabi lagi. Bukanlah pada zaman Saidina Uthman baru ia dikenali sebagai Tiang Mushaf.

Kita sudah biasa dengar bahawa Quran itu dikumpul pada zaman Saidina Uthman. Adakah itu yang sebenarnya? Kerana kalau begitu, banyak persoalan yang boleh ditimbulkan. Antaranya: Kenapa mushaf tidak ada pada Uthman? Sampai dia kena pinjam dengan Habsah? Kenapa hanya Zaid bin Thabit sahaja yang disuruh mengumpulkannya. Kenapa hanya ada satu sahaja mushaf itu? Bukankah Quran telah dikumpulkan pada zaman Abu Bakr menjadi khalifah – kenapa tidak disalin dengan banyak pada waktu itu? Hanya pada zaman Uthman sahaja baru ianya disebarkan? Macam mana sahabat baca Quran selama waktu itu? Itu semua adalah soalan-soalan yang bahaya. Sampai boleh menimbulkan keraguan manusia dengan Quran. Sampai ada masuk Syiah. Ada seorang ulama dari Indonesia yang bernama Hussein Habsyi. Persoalan-persoalan itu telah ditimbulkan oleh Syiah dan dia tidak dapat jawap. Jadi, dia telah percaya kepada dakyah Syiah yang mengatakan bahawa Quran itu telah diubah oleh Saidina Uthman. Dia asalnya adalah seorang ulama Sunni, tapi apabila telah diracun fikirannya oleh Syiah, dia tidak dapat jawap. Dan dia tidak mendapat jawapan untuk menolak hujah-hujah mereka itu kerana memang tidak ada jawapan yang boleh menjawap dalam cerita-cerita yang kita biasa dengar.

Dalam pengumpulan Quran itu, ada timbul kisah bagaimana satu ayat Quran hanya ada pada seorang sahabat yang bernama Nadzar bin Anas. Kenapa hanya ada pada dia sahaja? Bukanlah ini adalah satu perkara pelik? Orang kata yang tidak banyak adalah Quran dalam bentuk tulisan, tapi Quran itu dihafal ramai orang. Tapi, tidakkah ini menggugat status Mutawatir itu?

Bagaimana pula dengan satu lagi ayat yang dikatakan hanya ada pada Abu Khuzaimah sahaja? Bagaimana kita hendak menerima bahawa tulisan al-Quran itu hanya ada pada satu orang sahaja? Takkan layak kita merima Quran yang dalam status Ahad – hanya diriwayatkan oleh seorang sahaja? Takkan Quran kurang dari hadis? Layakkah kalau begitu, Quran itu dipanggil la raiba fiih – Tidak ada kekhuatiran padanya? Ulama ada membahaskan perkara ini: Mereka mengatakan bahawa Quran itu sepatutnya ada 13 jenis tawatur. Antaranya adalah:
– dari segi Hafalan.
– dari segi Tadabbur
– Istimbat – ambil hukum.
– dari segi Kitabah – penulisan. Ini yang masalah sekarang. Macam pernah ada dalam sejarah, ianya tidak mutawatir. Sebab hanya dikumpul setelah banyak tahun Nabi wafat. Dan hanya ada pada seorang atau dua orang sahabat sahaja? Boleh terimakah?
– dari segi Tilawah. Baca dengan tengok mushaf.
– dari segi Qiraah. Iaitu Tajwid. Bila kita mula baca macam tu? Adakah dari zaman Nabi atau hanya pada zaman sahabat?

Kita pun pernah dengar hadis yang Nabi melarang supaya dibawa Quran ke negara orang kafir. Apakah maksud arangan membawa mushaf ke negeri musuh kafir? Itu memang larangan Nabi. Adakah Nabi melarang sahabat membawa Quran yang ditulis pada tulang, tembikar dan lain-lain bahan itu? Kerana kalau kita berpegang dengan pendapat yang biasa, Quran waktu itu ditulis pada tulang, kulit dan sebagainya. Tak munasabah kalau Nabi nak larang kalau begitu. Takkan sahabat nak bawa Quran dalam bentuk sebegitu, tentu susah kalau nak bawa macam itu. Atau adakah larangan Nabi itu apabila sudah ada mushaf macam bentuk sekarang ini? Tapi kalau zaman sekarang, banyak sekali mushaf Quran merata-rata ada, termasuklah di negara-negara orang kafir. Atau adakah dengan hadis itu kita boleh simpulkan bahawa zaman Nabi dah ada mushaf Quran seperti yang ada pada zaman ini? Sebenarnya, larangan Nabi itu adalah larangan membawa mushaf Quran kerana takut jatuh ke tangan orang kafir dan mereka boleh ubah pula. Kerana waktu itu, Quran masih lagi baru. Takut manusia boleh keliru kalau ada perubahan. Tapi pada zaman sekarang, tidak ada peluang lagi untuk orang kafir nak ubah pun. Sebab sudah banyak sangat Quran yang boleh dijadikan rujukan. Sampaikan kalau ada yang ubah sedikitpun, sudah boleh dikenalpasti telah ada perubahan pada Quran itu.

Satu lagi dalam sejarah yang biasa kita dengar, Quran pada zaman Abu Bakar itu tidak ada titik. Yang meletakkan titik itu adalah dikatakan Abu Aswad. Beliau adalah seorang Syiah. Adakah patut kita hendak terima orang Syiah pula yang meletakkan titik pada Quran itu? Takkan tiada titik dulu. Tak munasabah. Dan bagaimana pula dengan sejarah yang mengatakan bahawa dulu tidak ada baris pada Quran tapi hanya ditulis pada zaman Hajjaj? Dan kemudian dalam sejarah juga dikatakan bagaimana Hajjaj itu adalah seorang yang amat kejam. Itu semua adalah tidak tepat. Bahasa Arab sudah maju dah pada zaman itu. Ini kita boleh rujuk pada syair-syair yang telah ada sebelum zaman Nabi lagi. Syair pada zaman jahiliyah dah tunjuk bahawa bahasa sudah ada titik dan sudah ada baris padanya.

Ada juga hujjah yang mengatakan bahawa umat Arab waktu itu tidak tahu menulis dan membaca. Kalau mereka tidak tahu menulis dan membaca, kenapa ada pula syair-syair yang ditulis dan ditampal pada Kaabah, seperti yang kita sendiri tahu?

Jadi kalau kita kata mushaf hanya ada pada zaman Uthman sahaja, maka ia menjejaskan status kemutawatiran Quran. Sebenarnya, pada zaman Nabi lagi sudah ada mushaf Quran yang hampir lengkap yang dinamakan Mushaf Umm. Ianya dinamakan sebegitu kerana ianya adalah mushaf induk yang menjadi rujukan semua orang waktu itu.

Ada hadis riwayat Zaid Tsabit yang mengatakan satu kejadian yang berlaku semasa mereka sedang mengumpul Quran. Waktu itu pada zaman Nabi lagi. Dari hadis itu kita dapat tahu bahawa Quran sudah mula dikumpulkan pada zaman Nabi lagi.

Kita juga tahu tentang Hadis yang Nabi melarang hadis ditulis melainkan Quran. Kalaulah waktu itu sudah ada hadis ditulis, takkan Quran sahabat tak tulis? Takkan sahabat teruk sampai begitu sekali?

Ada yang kata Quran ditulis pada pada tembikar, tulang dan sebagainya kerana tidak ada kertas pada zaman itu. Jadi bagaimana ada Ayat Quran yang menyebut kertas? Ini bermakna, kertas sudah ada pada zaman itu. Kalau tidak, bagaimana sahabat-sahabat atau ahli Kitab membaca kitab-kitab mereka? Dan bagaimana syair-syair pada zaman Jahiliah itu ditampal di Kaabah? Kalaupun ianya adalah mahal dan susah didapati, adakah para sahabat sampai tidak boleh hendak usaha mencari kertas dan menulisnya? Adakah para sahabat Nabi tidak bersungguh dengan Quran sampai hendak cari kertas pun tidak boleh? Ini juga menunjukkan bahawa masa itu dah ramai yang boleh menulis.

Mari kita balik kepada hadis yang sedang dibincangkan. Kenapa Salamah solat berdekatan tiang itu? Tentulah sebab kenangan Nabi juga selalu solat disitu. Bukan sebab ada mushaf Uthman. Kalau cari keberkatan, selalunya yang berkenaan dengan Nabi. Kalau hanya mushaf Uthman sahaja, sahabat tidak berkehendak sangat. Maka yang dimaksudkan dengan mushaf itu adalah mushaf umm semasa zaman Nabi. Jawapan dia pun dah jelas dah. Dia jawab sebab dia nampak Nabi solat di situ.

Yazid bin Abu ‘Ubaid adalah hamba bebasan salamah. Sebab itu dia selalu ikut Salamah.

Yang disebut dalam hadis ini adalah ‘tiang mushaf’, bukan mushaf. Sebab mushaf itu tidak ada dah disitu. Ianya hanya ada pada zaman Nabi, dan tidak berterusan ada disitu.

Quran umm itu diletak di tiang itu untuk ditulis dan disalin oleh sahabat. Dan tiang itu juga dinamakan Tiang Muhajirun kerana disitulah sahabat Muhajirun mengajar sahabat Ansar tentang ayat-ayat yang telah diturunkan di Mekah. Kalau tidak, bagaimana sahabat Ansar hendak tahu tentang ayat-ayat itu? Kerana telah banyak ayat-ayat Quran yang diturunkan di Mekah.

Ada keberkatan pada tempat itu. Kerana di situlah tempat diletakkan Quran mushaf Umm.

Sejarah yang mengatakan titik baru ditulis lama selepas Nabi wafat adalah tidak benar. Sebenarnya titik itu sudah ada 500 sebelum Nabi lagi. Takkan Allah nak turunkan Quran dalam bahasa yang mengelirukan? Kerana kalau titik tidak ada, amat mengelirukan bahasa jadinya. Kerana boleh lari makna kalau silap letak titik.

Kesimpulan yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Harus dan elok menjadikan tiang sebagai sutrah. Nabi dan sahabat buat macam tu.
  2. Boleh membaca mushaf semasa solat. Nabi solat di tiang mushaf itu sambil membaca mushaf yang ada di situ. Sebab itu kita boleh lihat bagaimana ada orang yang solat sambil membaca Quran. Kalau di Malaysia, kita hanya boleh lihat semasa solat Terawih sahaja. Tapi di tempat lain, ada yang memegang Quran sambil solat. Kita sahaja tak biasa buat.
  3. Tidak mengapa kalau memilih sesuatu tempat tertentu untuk beribadat jikalau tempat itu ada kelebihan. Yang larangan memilih satu tempat tetap sebagai tempat ibadat itu adalah kalau tempat itu tidak ada kelebihan. Kalau tidak ada kelebihan pun tidak mengapa. Jikalau ada sebab-sebab lain. Contohnya seseorang itu selalu nak kencing, jadi dia pilih duduk solat dekat dengan pintu.
  4. Kelebihan mushaf Umm apabila diletakkan di sesuatu tempat, sampai ada kelebihan tempat itu. Quran itu sendiri pun ada kelebihan. Sampaikan kena bezakan dengan benda yang lain. Kita diajar untuk hormat kepada Quran. Kita kadang-kadang letak majalah sama dengan Quran. Itu tidak beradab namanya. Tidak boleh melunjurkan kaki kita hala ke arah Quran. Kena hormat kepada Quran.
  5. Kesungguhan sahabat mengikut jejak langkah Nabi. Dalam perkara apa pun. Beza dengan generasi lain.
  6. Sebagaimana para sahabat memerhatikan perbuatan Nabi, para tabein pun memerhatikan perbuatan para sahabat. Sebab itulah tabein itu tanya Salamah kenapa dia solat di situ. Begitulah ilmu agama diturunkan secara turun temurun. Sebab itu ada hadis yang walaupun tarafnya Ahad, tapi diwarisi generasi demi generasi. Ini dinamakan tawatur tawaarud. Macam hadis berkenaan Khitan. Itu sebenarnya hadis ahad sahaja. Begitu juga dengan teks Azan yang kita baca sekarang ini pun.
  7. Orang Islam ambil berat tentang sejarah Islam dan menjaganya. Sebab inilah ramai marah kepada Imam Abdul Wahab. Kerana dia telah memusnahkan beberapa tempat yang boleh dikatakan bersejarah dalam Islam. Tapi yang dia buat itu ada atas maslahah umum. Bukan dia hapuskan semua pun. Yang penting dijaga. Bukan semua nak kena simpan dan jaga. Dalam Islam, telah ada perkara-perkara penting dalam sejarah. Contohnya, kita ada Kaabah.

——————————————————————–

473 حَدَّثَنَا قَبِيصَةُ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَمْرِو بْنِ عَامِرٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ كِبَارَ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَبْتَدِرُونَ السَّوَارِيَ عِنْدَ الْمَغْرِبِ وَزَادَ شُعْبَةُ عَنْ عَمْرٍو عَنْ أَنَسٍ حَتَّى يَخْرُجَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

473. Telah menceritakan kepada kami Qabishah berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari ‘Amru bin ‘Amir dari Anas bin Malik berkata, “Sesungguhnya aku telah melihat sahabat-sahabat besar Nabi berebut-rebut untuk pergi kepada tiang-tiang sebelum Maghrib.” Syu’bah menambahkan dalam riwayatnya dari ‘Amru dari Anas, “Sehingga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam keluar (untuk bersembahyang maghrib).”

Ini pun satu lagi hadis tsulatsiat Imam Bukhari.

Mereka berebut untuk solat sunat qabliah Maghrib. Ini sebagai dalil adanya qabliah maghrib. Seperti Imam Syafie yang mengatakan ianya adalah harus. Kepada ulama yang kata tiada solat qabliah Maghrib, mereka mengatakan yang hadis ini telah mansukh. Tak perlu balah tentang perkara ini. Ikutlah nak buat atau tidak. Sebab ulama tak sepakat tentang perkara ini.

Memang ada nasikh mansukh dalam hadis. Sebab berkait dengan hukum. Hukum tidak sama pada mula Islam dan selepasnya. Ada perubahan dalam hukum-hukum dari masa ke samasa. Tapi kalau ayat Quran, lain. Pendapat yang kuat mengatakan tidak ada nasikh mansukh pada ayat Quran. Ulama dulu sampai kata beratus ayat mansukh. Selepas itu ada ulama mengurangkan jumlahnya dengan membahaskan ayat-ayat itu. Apabila mereka bahaskan ayat-ayat itu, mereka menunjukkan bahawa ada gunanya ayat-ayat itu dalam keadaan tertentu. Bermakna ada guna dan pemakaian pada ayat-ayat yang dikatakan mansukh itu. Anwar Shah Khasmiri membahaskan bahawa tidak ada ayat Quran yang mansukh. Ulama dulu takut nak kata tiada ayat mansukh sebab takut dikatakan sebagai muktazilah pula.

Contohnya ayat tentang toleransi agama. Ada yang kata ayat la ikraaha fiddin dah mansukh. Kalau macam itu, ini bermakna Islam memaksa orang masuk Islam. Ini tidak patut.

Satu lagi adalah ayat wasiat. Ada keadaan boleh dipakai.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Bukt tiang masjid selalu dijadikan sutrah oleh sahabat.
  2. Di masjid pun kena ada sutrah. Bukan di tanah lapang sahaja.
  3. Pengambilan istilah ‘sahabat besar’ dan ‘sahabat kecil’. Inilah asasnya ada dalam hadis ini. Yang dikatakan sebagai sahabat besar itu adalah mereka yang memeluk Islam awal. Lama mereka bersama dengan Nabi. Yang kecil adalah mereka yang berjumpa Nabi semasa mereka usia kecil. Atau mereka baru masuk Islam walaupun sudah tua. Istilah yang digunakan berbeza-beza. Sahabat besar menjadi ikutan kepada sahabat-sahabat yang kecil. Kerana mereka telah lama bersama Nabi. Dan telah lama menderita. Pernah seorang sahabat yang baru masuk Islam mengata tak elok tentang Abdul Rahman Auf. Nabi menegur sahabat itu. Baginda kata tidak sama infak yang diberikan oleh orang yang baru Islam dengan yang telah lama. Ini adalah kerana mereka masuk Islam semasa Islam lemah dan ditindas lebih lagi.
  4. Qabliah maghrib adalah tsabit dalam Islam. Yang ulama beza pendapat adalah samada mansukh atau tidak. Akan dibincangkan dalam tajuk lain. Solat awal waktu maghrib semua ulama terima. Solat yang lain, banyak khilaf. Solat Isyak ada yang kata elok lewat. Kalau zuhur panas sangat, elok di lewatkan. Hanafi kata solat subuh afdhal lewatkan.
    Masjid Nabi ketika itu banyak tiang.

Lompat kepada hadis yang seterusnya