We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Blinkist March 31, 2014

Filed under: Apple,Books — visitor74 @ 1:52 am

I missed the days when I could cuddle and read a good book. These days, that would be a luxury. There’s so much good books out there and not enough time.

Leaders are readers. Luckily I found this app called Blinkist that summarize books and put it in a format that can read in a few minutes. Ok, it’s a bit like cheating because you don’t actually read the whole book, but you get the gist. How many times that you read a book and you don’t remember everything that you read? Wouldn’t it be great if you at least remember the main points?

I’ve checked the summary of the book Outliers. I’ve the actual book and I wanted to know whether this app captured the salient points of the book. I was not disappointed.

So, if you only have a few minutes each day to read, then this app is for you.

You can download the app here: https://itunes.apple.com/my/app/blinkist-essential-insights/id568839295?mt=8

20140331-015208.jpg

Advertisements
 

Isu Tok Moh March 30, 2014

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 1:39 am

Isu tok moh

Kapal terbang MH370 sudah dikesan. Tak tahu sekarang apakah isu lain yang timbul. Aku nak sentuh tentang masa kapal terbang itu hilang. Macam-macam usaha dilakukan oleh berbagai pihak. Termasuklah seorang ‘Raja Bomoh’.

Ramai dah kutuk Bomoh itu. Dia pun membalas dengan hujah-hujah dia. Ada juga pihak yang menyokong dia. Apakah pegangan kita dalam hal ini? Atau kita buat tak tahu sahaja?

Amat malang sekali dengan kehilangan kapal terbang itu. Saya melihat dari sudut bomoh itu yang menarik perhatian saya. Kerana pada saya, ini ada peluang untuk kita menceritakan tentang kesalahan yang dilakukan oleh bomoh-bomoh di Malaysia ini. Harapnya perkara ini dibesarkan lagi supaya masyarakat benar-benar faham dengan isu bomoh-bomoh ini. Semoga ada ramai yang terfikir dan bertanya: “eh, salahkah pakai khidmat bomoh? Selalu jer kita buat selama hari ni, kenapa tak bising pula? Kali ni pula bising!”

Memang isu lebih besar adalah mencari kapal terbang itu. Dan mungkin ada yang kata ini adalah isu serpihan sahaja. Tak payah buang masa. Tok Bomoh tu pun hanya mencari publisiti sahaja. Jangan dilayan. Saya katakan: kita ambil peluang ini untuk mendidik masyarakat. Nak cari kapal terbang kita tak boleh. Boleh berdoa sahaja. Semua itu dalam perancangan Allah. Tapi kita boleh beri ilmu kepada masyarakat. Kot ada yang baca blog saya ini, dapatlah sedikit ilmu. Setidaknya, ada sedikit usaha dari saya yang kerdil ini.

Saya lahir dalam suasana kampung yang pekat dengan amalan-amalan yang sebegini. Dari kecil lagi saya dah biasa dengan bomoh, dukun, tukang urut batin dan macam-macam lagi. Nenek saya pun dikatakan ‘pandai mengubat’. Masa saya nak lahir pun dia dikatakan sampai melompat ke atas perut mak saya kerana emak ada masalah nak lahirkan saya. Tapi dia meninggal semasa saya kecil lagi. Jadi tidak banyak info tentang beliau. Saya percaya, ramai antara kita yang ada ahli keluarga yang ‘pandai mengubat’, ‘pandai tengok’ dan macam-macam lagi.

Saya juga ada kawan yang pandai ‘mencari barang hilang’. Seperti mereka dianugerahkan dengan kelebihan itu. Bila diberitahu ada barang hilang, mereka senyap kejap dan suruh cuba tengok tempat sekian-sekian. Ada yang jumpa.

Di kampung dulu, ayah banyak kenal Wak-Wak dari Indonesia dan dari sini juga yang dikatakan pandai mengubat itu dan ini. Buang saka, buang santau dan macam-macam lagi. Mereka bagi tangkal, bagi wifak untuk dipakai. Mereka bagi makan itu dan ini. Saya dah biasa dah tu. Memang tidak dinafikan waktu itu saya impressed dengan mereka. Pada saya, berkhidmat untuk masyarakat. Pada fikiran saya yang jahil waktu itu, Allah telah letakkan beberapa orang tertentu dalam masyarakat untuk menolong umat. Setiap kampung ada sahaja yang macam ini. Kalau ada masalah, masyarakat akan pergi jumpa mereka. Mereka boleh tenung. Mereka boleh buat air tawar. Boleh beri jalan keluar. Berjaya atau tidak, itu secondary. Kita lega asalkan kita ada buat sesuatu. Kita rasa kita dah ‘usaha’. Ya, itulah alasan kita.

Dan confirm, saya pernah sampai terlibat jumpa bomoh Siam pun sekali. Takpe, saya mengaku kat sijil Itu dah confirm syirik. Semoga Allah ampunkan dosa saya waktu itu. Waktu itu saya ikut sahaja, tapi saya tidak kata apa-apa. Maknanya, saya redhalah masa itu dengan jalan ‘usaha’ yang dilakukan. Masalah pasti timbul sepanjang hidup kita. Mahu tidak mahu, ada yang akan cadangkan kita jumpa orang yang ‘pandai’. Tapi bayangkan, waktu itu sampai saya tidak rasa bersalah pergi jumpa bomoh siam. Kenapa boleh sampai jadi macam itu? Waktu itu, bukan saya tidak berpelajaran tinggi. Mungkin ilmu agama yang tak tinggi.

Sampai sekarang, bomoh, dukun, guru, ‘ustaz’ dan yang seangkatan dengan mereka adalah sebahagian besar dari kehidupan masyarakat kita. Setiap kampung pasti ada. Mereka bercambah kerana masyarakat kita hanya tahu untuk berserah kepada mereka sahaja. Mereka tidak ada jalan lain. Mereka tak mahu duduk-duduk menunggu sahaja. Itu pada mereka adalah usaha mereka. Mereka kata mereka berdoa juga kepada Allah tapi itu juga usaha mereka. Mereka buat begitu kerana mereka tak tahu apakah hukum berjumpa bomoh. Kerana ianya telah lama ada, ustaz yang mengajar pun senyap sahaja. Mufti pun tak buat apa. Pejabat agama diam seribu bahasa. ‘Ustaz’ yang tumpang sekaki jadi tukang tilik pun ada. Ustaz itu juga yang jadi imam masa solat hajat. Ustaz itu juga yang jadi tekong majlis tahlil, takkan salah ustaz itu? Jadi masyarakat berterusan dalam menggunakan khidmat mereka.

Tok Raja Bomoh sedunia (tak tahulah siapa yang lantik dia) yang dimaksudkan adalah Ibrahim Mat Zin. Kita boleh sebut nama dia sebab dah terkenal dah sekarang. Kalau dia tak kenalkan diri dia, kita tak boleh sebut sebab kita tak boleh nak malukan orang lain. Tapi sekarang satu dunia dah kenal dia. Sampaikan kita malu dengan agama dan masyarakat lain. Dalam orang lain cari kapalterbang yang hilang dengan menggunakan cara yang betul, ada pula seorang lelaki yang menggunakan cara yang khurafat dan syirik dan amat bodoh sekali. Sampai cara beliau itu diajukkan oleh orang luar seluruh dunia. Malu memang dah malu dah. Itu bukan sahaja memalukan Malaysia sahaja, tapi agama Islam sekali. Tentu orang kafir kata: macam ini rupanya Islam. Percaya benda karut macam ini. Tentu orang Islam negara lain kata: mana ulama-ulama Malaysia ni sampai jadi macam ini.

Ulama-ulama negara Islam tak tegur sangat. Ada yang tegur, tapi ada juga yang kata tidak ada syikirnga perbuatan Bomoh Dunia itu. Yang kata itu pula ada ustaz yang terkenal satu Malaya. Selalu masuk dalam YouTube. Kata-kata dia memang dipakai. Selalu dijadikan hujah. Selalu orang kata begini: tapi ustaz A* kata boleh? “Kenapa kau kata tak boleh?” Selepas ini aku dah boleh agak dah: “ustaz A* kata tak syirik la… dia kata perbuatan dia memalukan sahaja, tak sampai syirik pun.

Mungkin dia tak berani nak menghukum sesorang itu. Memang sukar untuk kita hukum orang lain. Kalau kita kata orang itu kafir, tapi sebenarnya dia tidak kafir, maka kekafiran itu jatuh kepada kita balik. Mungkin itu sebabnya dia tak kata syirik.

Tapi kalau mereka yang diharapkan memberi kata putus tak berani nak cakap, apa akan jadi akhirnya kepada masyarakat kita? Mereka menunggu kata putus sahaja: boleh buat atau tidak? Perbuatan itu syirik atau tidak? Mereka tidak ada ilmu nak buat keputusan sendiri. Mereka tidak ada masa nak kaji dan baca kitab-kitab muktabar dan pergi kelas pengajian. Mereka nak jawapan simple: boleh atau tidak?

Kenapa saya nak sibukkan diri tentang Mahaguru Ibrahim Mat Zin? Kenapa saya tidak boleh berlapang dada menerima ada kemungkinan apa yang dia buat itu tidak syirik? Apa saya dah pandai sangat ke sampai boleh menegur orang (tak pandai mana, tapi bolehlah sikit-sikit). Kenapa nak buka pekung orang? Kalau pun dia salah, tak payah lah sampai nak bising-bising keliling kampung….

Saya nak jalankan tugas dan tanggungjawab seorang muslim memberi nasihat kepada saudara seislam yang lain. Walaupun sampai terpaksa menceritakan tentang kesilapan orang lain. Sehinggakan pernah dikatakan kepada Ahmad bin Hanbal: “Manakah yang lebih engkau suka, seseorang yang berpuasa, solat, dan melakukan iktikaf atau orang yang berbicara tentang (kesalahan) ahli bid’ah?” Beliau menjawab: “Apabila dia berdiri dan solat serta beriktikaf, maka (kebaikannya) tidak lain adalah untuk dirinya sendiri. Namun apabila dia berbicara tentang (kesalahan) ahli bid’ah maka (kebaikannya) tidak lain adalah untuk kaum muslimin, inilah yang lebih utama.”

Inilah Raja Bomoh yang dimaksudkan:

Lihatlah apa dia buat.

Dia kata dapat arahan dari pihak atasan:

Ingatkan dia dah malu dan tak buat perkara mengarut lagi, tapi tidak ada apa yang menghalangnya pun. Ini dia seru mayat-mayat yang dah mati tu:

Kadang-kadang, mungkin yang kata perbuatan Ibrahim Mat Zin itu syirik pun tak tahu bagaimana perbuatan itu boleh jatuh ke tahap syirik. Maka saya hendak mengambil peluang disini untuk memberikan sedikit hujah. Saya petik hujah ini dari artikel Hafiz Firdaus yang boleh didapati di sini:
http://www.hafizfirdaus.com/ebook/MSBSPR/Pendahuluan.htm

Pencemaran #4:
Berjumpa Dengan Bomoh.

Di antara perbuatan yang mencemari kemurnian tauhid ialah berjumpa dengan bomoh, dukun, pawang, penilik nasib atau sesiapa jua yang mendakwa mengetahui ilmu-ilmu ghaib.

Berjumpa dengan orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dapat mencemari kemurnian tauhid kerana pengetahuan tentang ilmu ghaib hanya milik Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Apa yang dimaksudkan dengan ilmu ghaib ialah pengetahuan yang tidak dapat diperolehi melalui deria manusia, seperti khabar yang akan datang, isi hati manusia dan peristiwa yang tersembunyi. Pengetahuan tentang ilmu-ilmu ini hanya dimiliki oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala sebagaimana firman-Nya:

Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib,
tiada sesiapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja.
[al-An’aam 6:59]

Katakanlah: “Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah!”
[al-Naml 27:65]

Pengetahuan tentang ilmu ghaib juga tidak diketahui oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam. Allah Subhanahu wa Ta‘ala menerangkan hakikat ini:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak berkuasa mendatangkan manfaat bagi diriku dan tidak dapat menolak mudarat kecuali apa yang dikehendaki Allah.

Dan kalau aku mengetahui perkara-perkara yang ghaib, tentulah aku akan mengumpulkan dengan banyaknya benda-benda yang mendatangkan faedah dan (tentulah) aku tidak ditimpa kesusahan.”
[al-A’raaf 7:188]

Apa-apa ilmu ghaib yang diketahui dan dikhabarkan oleh Rasulullah di dalam hadis-hadis baginda yang sahih seperti kejadian pada akhir zaman, kehidupan di alam kubur, suasana Hari Akhirat dan sebagainya, semua itu adalah daripada apa yang dikhabarkan oleh Allah kepada baginda:

Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib,
maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhai-Nya
(untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang
berkaitan dengan tugasnya).
[al-Jin 72:26-27]

Oleh itu sesiapa yang mendakwa dirinya mengetahui ilmu ghaib, dia seorang pendusta. Lebih dari itu dia sebenarnya cuba menjadi sekutu bagi Allah dengan meletakkan dirinya sejajar dengan keilmuan Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Oleh kerana itulah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melarang kita daripada mengunjungi orang-orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib. Seorang sahabat, Muawiyah bin al-Hakam radhiallahu ‘anh pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

يَا رَسُولَ اللَّهِ! أُمُورًا كُنَّا نَصْنَعُهَا فِي الْجَاهِلِيَّةِ كُنَّا نَأْتِي الْكُهَّانَ. قَالَ: فَلاَ تَأْتُوا الْكُهَّانَ.

“Wahai Rasulullah! Ada perkara yang kami lakukan semasa zaman Jahiliyyah (seperti) mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.”
Rasulullah menjawab: “Jangan mengunjungi orang yang mendakwa
mengetahui ilmu ghaib.”[9]

Dalam hadis di atas, orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dikenali sebagai (الْكُهَّانُ). Perkataan (الْكُهَّانُ) atau (كَهَنَةٌ) adalah jamak daripada perkataan (كَاهِنٌ). Al-Allamah Syam al-Haq Abadi menjelaskan:[10]

Disebut di dalam al-Lisan (oleh Ibn Manzur) bahawa ia adalah orang yang memperoleh khabar daripada alam sekelilingnya tentang hal-hal yang akan berlaku dan mendakwa mengetahui perkara-perkara rahsia …… maka di antara mereka ialah orang-orang yang mendakwa memiliki jin yang mengikuti mereka dan menyampaikan khabar kepadanya dan di antara mereka ialah orang-orang yang mendakwa mengetahui sesuatu urusan berdasarkan pendahuluan sebab-sebab yang menunjuk ke arahnya melalui perkataan atau perbuatan atau hal tertentu. Berkata Ibn Atsir, sabda baginda: “Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib” merangkumi bomoh, tukang ramal dan penilik nasib.

Larangan mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib adalah larangan yang besar sebagaimana hadis berikut daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً.

Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan bertanya kepada dia sesuatu maka tidak akan diterima solatnya selama empat puluh malam.[11]

Perkataan (عَرَّافًا) yang disebut di dalam hadis di atas memiliki maksud yang hampir sama dengan (الْكُهَّانَ) yang disebut dalam hadis sebelumnya. Muhammad bin Shalih al-Utsaimin menerangkan:[12]

Dikatakan, (العَرَّاف) adalah (الكَاهِن), iaitu orang yang sering memberitahu tentang khabar yang akan terjadi. Ada yang mengatakan ia adalah nama umum meliputi dukun, ahli nujum dan orang-orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib.

Perhatikan semula hadis di atas, Rasulullah tetap melarang kita mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib atau bertanya sesuatu kepadanya sekalipun kita tidak mempercayai apa yang dikatakan olehnya. Terdapat beberapa sebab di sebalik larangan ini:

1. Pengetahuan tentang ilmu ghaib hanya diketahui oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Apabila seseorang itu mendakwa dirinya mampu mengetahui ilmu ghaib, maka dia meletakkan dirinya sejajar dengan Allah.

2. Apabila seorang muslim mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib, bererti dia mengiktiraf orang tersebut sebagai mampu mengetahui hal ghaib. Sepatutnya seorang muslim menolak orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib dan tidak mengunjunginya kecuali untuk memberi nasihat akan kesalahan tindak tanduknya.

3. Sekalipun pengunjung pada awalnya tidak mempercayai khabar yang diberikan oleh orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib, dia kemudian akan mempercayai orang tersebut jika khabar yang diberikannya menjadi sesuatu yang benar-benar berlaku. Ini akhirnya akan mengakibatkan pengunjung membenarkan apa yang dikhabarkan oleh orang tersebut.

Akhir sekali, jika seseorang itu membenarkan khabar orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib, ia membawa natijah yang amat berat. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memberi amaran yang keras dalam hal ini:

مَنْ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ أَوْ أَتَى امْرَأَتَهُ حَائِضًا أَوْ أَتَى امْرَأَتَهُ فِي دُبُرِهَا فَقَدْ بَرِئَ
مِمَّا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ.

Sesiapa yang mengunjungi orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib lalu membenarkannya atau menyetubuhi isterinya yang sedang haid atau menyetubuhi isterinya dari duburnya, maka dia telah lepas (keluar) daripada apa yang diturunkan ke atas Muhammad (yakni Islam).[13]

Di Malaysia, orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib, atau ringkasnya bomoh[14], terbahagi kepada dua kategori:

Bomoh Kategori Pertama:
Bomoh kategori pertama adalah mereka yang tidak mengetahui apa-apa ilmu ghaib tetapi bijak membuat khabar sehingga dipercayai oleh orang yang mengunjungi mereka. Khabar-khabar yang disampaikan oleh bomoh dalam kategori ini sudah ditentukan sejak awal lagi. Berikut lima contoh yang paling lazim berlaku:

1. Jika orang yang mengunjunginya bertanya tentang barang berharga yang hilang, jawapan yang akan diberikan ialah: “Ia diambil oleh seseorang yang rapat lagi dipercayai.”

2. Jika isteri bertanya tentang sikap suaminya yang akhir-akhir ini berubah, jawapan yang akan diberikan ialah: “Suami kamu sudah ada girlfriend yang baru di hatinya.”

3. Jika suami bertanya tentang sikap isterinya yang akhir-akhir ini berubah, jawapan yang akan diberikan ialah: “Isteri kamu telah kembali dengan boyfriend lamanya.”

4. Jika seseorang ingin mencari pasangan hidup yang sesuai yang masih belum ditemuinya, jawapan yang akan diberikan ialah: “Ada sial yang menghalang diri kamu daripada dilihat oleh orang lain.” Ubatnya ialah mandi bunga.[15]

5. Jika seseorang menghadapi satu penyakit aneh atau mimpi yang bukan-bukan, jawapan yang akan diberikan ialah: “Ia adalah buatan orang yang rapat lagi dengki kepada kamu.”

Ada beberapa cara untuk mengenali bomoh kategori pertama ini selain daripada jawapan-jawapan di atas yang bakal diberikannya:

1. Mereka akan memulakan “upacara” dengan bacaan al-Qur’an dan zikir-zikir tertentu. Ini hanyalah solekan bagi memberi pengaruh palsu kepada pengunjung bahawa mereka sebenarnya membuat “upacara” yang selari dengan Islam.[16]

2. Mereka akan berlakon seolah-olah sedang berfikir dalam penuh kekhusyukan. Dahi dikerut-kerutkan dan mata dipejamkan, sekali lagi untuk memberi pengaruh palsu kepada pengunjung bahawa mereka sedang bersungguh-sungguh untuk membantu.

3. Khabar atau jawapan yang akan diberikan dengan nada yang perlahan tetapi serius untuk memberi pengaruh kepada pengunjung bahawa mereka juga serius dalam khabar atau jawapan tersebut. Ini akan memberi keyakinan kepada pengunjung bahawa apa yang dikhabarkan adalah benar.

4. Di akhir “upacara”, mereka tidak akan meminta apa-apa bayaran. Ini kononnya akan menunjukkan keikhlasan usaha mereka sehingga berjaya mendapat simpati pengunjung. Pengunjung akhirnya akan memberi sedikit bayaran seperti RM50 atau RM100. Akan tetapi jika diberi bayaran yang amat sedikit, seperti RM5, si-bomoh akan menunjukkan air muka yang kurang senang atau mungkin juga akan berkata-kata sesuatu umpama: “Terima kasih nak (anak) atas duit lima ringgit ni. Pak cik memang memerlukannya, lebih-lebih lagi sekarang harga minyak pun dah naik, harga sayur pun dah naik. Pak cik sendiri dah lama tak makan daging. Hari-hari nasi dan ikan masin sahaja.”

Bomoh Kategori Kedua:
Jika bomoh kategori pertama hanya memberi khabar berbentuk umum yang sudah disiapkan sejak awal, bomoh kategori kedua pula mampu memberi khabar secara tepat lagi terperinci. Ini dapat dilakukan dengan bantuan jin kafir atau jin fasiq yang mereka pelihara. Oleh itu jika seorang muslim mengunjungi mereka dengan masalah-masalah yang sama di atas, bomoh dalam kategori ini akan mampu memberi jawapan yang tepat lagi terperinci hasil daripada pemberitahuan jin peliharaannya.
Sebagai contoh, jika bertanya tentang dompet yang hilang, bomoh kategori ini akan menjawab:

“Ia diambil oleh rakan kerja yang duduk dua meja di sebelah kanan pada hari Khamis yang lepas. Dia seorang wanita berumur 24 tahun. Pada hari itu dia memakai baju kebaya merah dengan tudung merah muda yang diikat ke belakang kepala. Dia mencuri dompet kamu kerana dengki terhadap elaun tambahan yang kamu perolehi minggu lepas. Dia ingin melihat kamu berada dalam kesusahan untuk menggantikan semula kad pengenalan, lesen memandu, kad ATM, kad kredit dan sebagainya yang terdapat dalam dompet.”

Demikian khabar yang sebegitu terperinci yang disampaikan oleh jin peliharaan bomoh. Akan tetapi ketahuilah bahawa khabar itu sendiri terbahagi kepada dua bahagian:

1. Khabar tentang ciri-ciri rakan kerja yang duduk dua meja di sebelah. Khabar ini memang tepat dan berjaya memberi keyakinan kepada pengunjung akan khabar yang disampaikan oleh bomoh.

2. Khabar bahawa rakan kerja itulah yang mencuri dompet kerana dengki dan ingin memberi kesusahan kepada pengunjung. Khabar ini adalah dusta.

Bentuk khabar sebegini yang disampaikan oleh jin peliharaan bomoh sudah diberitahu oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sejak lebih 1400 tahun yang lalu. A’isyah radhiallahu ‘anha pernah bertanya kepada Rasulullah:

يَا رَسُولَ اللَّهِ! إِنَّ الْكُهَّانَ كَانُوا يُحَدِّثُونَنَا بِالشَّيْءِ فَنَجِدُهُ حَقًّا! قَالَ: تِلْكَ الْكَلِمَةُ الْحَقُّ
يَخْطَفُهَا الْجِنِّيُّ فَيَقْذِفُهَا فِي أُذُنِ وَلِيِّهِ وَيَزِيدُ فِيهَا مِائَةَ كَذْبَةٍ.

Wahai Rasulullah! Sesungguhnya orang yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib lazimnya mengkhabarkan kami dengan sesuatu, kemudian kami dapati ia adalah benar!”
Rasulullah menjawab: “Ia adalah kalimah (perkara) benar yang diambil oleh seorang jin lalu dibisikkan kepada telinga pengikutnya, kemudian dibuat tambahan padanya dengan seratus kedustaan.”[17]

Terdapat beberapa sebab jin sengaja membuat dusta:

1. Supaya berlaku pertengkaran antara dua orang Muslim. Perpecahan dan persengketaan antara orang Islam memang digemari oleh golongan jin yang kafir atau fasiq.

2. Supaya pengunjung tersebut akan meminta bomoh untuk membalas rakan kerjanya dengan sesuatu gangguan. Bomoh pada gilirannya akan mengupah jin peliharaannya untuk melakukan sesuatu gangguan kepada rakan kerja itu. Upahan yang diberikan lazimnya adalah sembelihan haiwan seperti ayam putih atau kambing putih.

3. Sebenarnya jin tidak memerlukan apa-apa sembelihan haiwan. Mereka hanya menghendaki agar sembelihan dilakukan di atas nama mereka atau kerana mereka. Apabila bomoh dan pengunjung melakukan sembelihan sedemikian, mereka telah melakukan kesalahan yang besar di sisi Allah. Inilah yang dikehendaki oleh jin tersebut, iaitu menyesatkan seorang muslim dan menjerumuskannya ke dalam kesalahan agama.

Menyembelih di atas nama selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala merupakan satu kesalahan yang besar. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

لَعَنَ اللَّهُ مَنْ لَعَنَ وَالِدَهُ وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ ذَبَحَ لِغَيْرِ اللَّهِ وَلَعَنَ اللَّهُ
مَنْ آوَى مُحْدِثًا وَلَعَنَ اللَّهُ مَنْ غَيَّرَ مَنَارَ الأَرْضِ.

Allah melaknat orang yang melaknat ibubapanya, Allah melaknat orang yang menyembelih kerana selain Allah, Allah melaknat orang yang melindungi seorang ahli bid’ah dan Allah melaknat orang yang mengubah sempadan tanah.[18]

Bomoh kategori kedua dapat dikenali dengan ketepatan khabar yang dikemukakan olehnya terhadap sesuatu masalah yang dihadapi oleh pengunjung. Akan tetapi kebenaran hanyalah sedikit demi memperoleh keyakinan pengunjung. Seterusnya adalah dusta. Bomoh kategori kedua lazimnya tidak akan meminta bayaran dalam bentuk wang sahaja tetapi dilengkapi dengan persediaan dalam bentuk kebendaan seperti haiwan, telur dan sebagainya.

Hukum mengunjungi bomoh kategori kedua ini adalah jauh lebih berat daripada bomoh kategori pertama. Ini kerana mereka mendakwa mengetahui hal ghaib dengan khabar-khabar dusta yang akhirnya memfitnah orang yang tidak bersalah. Lebih dari itu pemeliharaan dan penggunaan jin akan menyebabkan bomoh dan pengunjung terpaksa melakukan amalan yang dilarang oleh Islam.

Bagaimana Jika Menggunakan Jin Muslim?
Menyentuh tentang pemeliharaan dan penggunaan jin, sebahagian pihak ada yang berkata ianya dibolehkan jika jin tersebut adalah “jin muslim”. Saya berkata, benar bahawa terdapat jin yang muslim. Hal ini dinyatakan di dalam al-Qur’an:

Katakanlah (wahai Muhammad),
telah diwahyukan kepadaku bahawa sesungguhnya satu rombongan jin
telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka
(menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata:
“Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul lalu kami beriman kepadanya dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu
makhluk dengan Tuhan kami.”
[al-Jin 72:1-2]

Namun persoalannya adalah, bagaimana kita dapat mengetahui jin tersebut adalah muslim yang shalih lagi berada di atas jalan yang benar? Ini kerana masyarakat jin itu sendiri terbahagi kepada beberapa aliran dan mazhab:

Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan (jin) yang shalih dan ada di antara kita yang lain dari itu;
kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.
[al-Jin 72:11]

Terdapat beberapa petunjuk yang dapat digunakan sebagai ukuran membezakan jin muslim yang shalih lagi berada di atas jalan yang benar:

1. Jin tersebut akan mengakui bahawa dia tidak mengetahui perkara ghaib dan apa-apa manfaat atau mudarat yang bakal berlaku. Masyarakat “jin muslim” yang diiktiraf oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala mengakui:

Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit,
lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal
yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman)
api yang menyala.

Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat
(perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar,
akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.

Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah bala bencana akan menimpa penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka.
[al-Jin 72:8-10]

2. Jin tersebut akan menasihatkan agar tidak menggunakan apa-apa khidmatnya kerana ia tidak lain hanya akan menambah dosa dan kesalahan:

Dan bahawasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia
meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin,
maka jin-jin itu menambah bagi mereka (manusia tersebut) dosa dan kesalahan. [al-Jin 72:06][19]

3. Jin tersebut akan menasihatkan bahawa kebanyakan daripada kalangannya lazim berdusta dengan percakapan yang indah susunannya agar dapat memperdayakan para pendengarnya:

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya
[al-An’aam 6:112]

Nah! Jika jin berani berdusta dan memperdayakan para Nabi, sudah tentu mereka akan lebih berani melakukannya terhadap manusia biasa.

4. Jin tersebut akan mengingatkan bahawa menggunakan pertolongan mereka hanya akan menempah tempat di dalam api neraka:

Dan (ingatlah) Hari (Kiamat yang padanya) Allah akan himpunkan mereka semua, (lalu berfirman):
“Wahai sekalian jin! Sesungguhnya kamu telah memiliki banyak pengikut-pengikut dari golongan manusia.”

Dan berkatalah pula pengikut-pengikut mereka dari golongan manusia: “Wahai Tuhan kami, sebahagian kami (manusia) telah bersenang-senang (mendapat kemudahan) dengan sebahagian yang lain (jin-jin), dan kami telah sampai kepada masa kami (Hari Kiamat) yang Engkau telah tentukan bagi kami.”

(Allah berfirman): “Nerakalah tempat kediaman kamu, kekal kamu di dalamnya kecuali apa yang dikehendaki Allah.” Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) Maha Bijaksana, lagi Maha Mengetahui.
[al-An’aam 6:128]

5. Jin tersebut akan menerangkan bahawa menggunakan khidmat mereka hanyalah sesuatu yang dikhususkan keizinannya oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada Nabi Sulaiman ‘alaihi salam, tidak kepada manusia yang lain:

Dan Kami (Allah) kurniakan kepada Nabi Sulaiman kuasa menggunakan angin untuk perjalanannya: sepagi perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan, dan sepetang perjalanannya adalah menyamai perjalanan biasa sebulan;
dan Kami alirkan baginya mata air dari tembaga; dan (Kami mudahkan) sebahagian dari jin untuk bekerja
di hadapannya dengan izin Tuhannya.
Dan sesiapa dari jin itu yang menyeleweng dari perintah Kami,
Kami akan merasakannya (pukulan) dari azab api neraka.

Demikianlah beberapa ciri atau ukuran bagi menentukan “jin muslim” yang shalih lagi berada di atas jalan yang benar. Ringkasnya jin muslim tidak akan menawarkan apa-apa khidmat kepada bomoh atau manusia melainkan menasihatkan mereka, paling kurang, dengan lima ayat al-Qur’an yang telah dikemukakan di atas.

Nota: begitulah telah diterangkan dengan jelas sekali dalam artikel ini apakah bahayanya kalau kita menggunakan khidmat bomoh-bomoh itu. Jangan kita terpedaya dengan kadang-kadang apa yang mereka kata itu benar-benar terjadi. Itu tidak mustahil. Tapi bagaimana mereka dapat maklumat itu? Tentunya dari jin yang mereka bela. Semakin besar jin mereka bela, semakin tepatlah maklumat yang mereka boleh berikan.

Janganlah kerana kita hendak berjaya, hendak menyelesaikan sesuatu kekusutan dalam hidup kita, hendak menyembuhkan penyakit dan apa-apa sahaja keperluan, kita pergi berjumpa dengan dukun, bomoh dan seangkatan dengannya. Saya gunakan perkataan ‘seangkatan’ itu kerana hendak merangkumkan banyak golongan lagi yang tak tertulis oleh saya. Jangan kita tertipu dengan mereka yang menggunakan perawakan orang alim, orang warak dan sebagainya. Walaupun mereka menggunakan gelaran ‘wak’, malah gelaran ustaz juga. Kita tidak kenal mereka. Kita tidak tahu amalan mereka. Mereka sendiri mungkin sangka amalan mereka itu benar. Dan kalau kita tanya mereka, mereka akan kata mereka benar. Takkan mereka nak kata mereka salah. Ibrahim Mat Zin tu, melenting dia sampai nak ‘tampar buaya’ dengan orang yang kata dia syirik. Dan dia sanggup nak duduk berbincang menjelaskan apakah method yang digunakannya. Dalam hal itu, dia gentleman. Tapi tak tahulah ada hasil atau tidak. Semoga Allah memberikan hidayah kepadanya untuk kembali ke pangkal jalan. Umurnya dah 80 tahun, dah berpuluh tahun dia bergelumang dengan amalannya itu. Dengar kata, JAKIM sendiri telah haramkan dia ni. Dan dengar cerita juga, dia pernah menjelaskan dari mana dia dapat ilmu itu. Dari harimau jadian dan dari ikan duyung kalau tak salah saya. Dia dapat tu pula sewaktu dia bertapa dalam gua. Ma sha Allah! Kalau dah belajar dengan benda-benda itu, dengan siapa sebenarnya dia belajar? Dalam dunia ini, hanya ad tiga jenis entiti sahaja: manusia, malaikat dan jin. Harimau jadian itu jenis apa? Tentu bukan manusia. Tentu bukan malaikat.

Nasihat dari ustaz Idris Sulaiman http://youtu.be/-yXbeh7YSIc

Saya berharap sangat supaya perkara ini akan terus dibicancangkan dalam masyarakat kita. Supaya semakin jelas. Dan semoga ustaz-ustaz di luar sana akan berani hendak memberikan teguran yang berani. Jangan simpan-simpan. Jangan pusing-pusing. Terus kata bidaah kalau bidaah. Terus kata syirik kalau syirik.

Apa? Darul Syifa’ bagaimana? Lain kali lah kita sembang. Dah .

 

Dokumentari kuliah March 26, 2014

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 10:35 pm

Credit to Dokumentari Kuliah yang terus merakamkan kuliah-kuliah ustaz Sunnah.

Utusan-utusan kematian:

Banyak peringatan kepada kita tentang kematian. Rambut dah uban. Badan dah lemah. Umur dah lanjut. Lihat orang lain sakit. Orang lain mati. Itu semua peringatan kepada kita. Hendaklah kita ingat selalu kepada kematian. Kerana setiap hari dan setiap langkah kita adalah menuju kepada kematian sebenarnya.

Doa Nabi ajar – gangguan, susah tidur, ada masalah yang mengusutkan fikiran,

Kalau kita terkejut terjaga dari tidur atau tidak boleh tidur, maka bacalah doa ini.
أعوذ بكلمات الله التامة من غَضَبِه وعِقابِه ، ومن شَرِّ عِبادِهِ ومِن شَّر هَمَزاتِ الشَياطين وأن يَحضُرون

‘I take refuge in the perfect words of Allah from His anger and punishment, and from the evil of His servants, and from the madness and appearance of devils.’

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang maha sempurna dari kemurkaanNya, dan dari balasanNya dan dari kejahatan hambaNya dan dari rasukan dan bisikan syaitan dan dari syaitan dekati aku.

Ini pula adalah doa yang diajar kepada Khalid al Walid apabila beliau mengadu tidak boleh tidur.
اللَّهُمَّ ربَّ السمواتِ السَّبعِ وما أظَـلَّت .. وربَّ الأرضِينَ وما أقَـلـَّت وربَّ الشَياطين َوما أضَلـَّت .. كُـنْ لِّى جارًا مِن شَرَّ خَـلقِـكَ أجمعـين أن يَفرُطَ عـليَّ أحَدٌ أو أن يّطغِى عـليَّ.. عَزَّ جارُكَ .. وَجَلَّ ثَنَاؤك، ولا إله غَيرُك‏”.
Wahai Allah Tuhan langit yang tujuh, dan apa yang Dia bayangi, dan Tuhan kepada segala bumi, dan apa yang ditanggungnya, dan Tuhan kepada syaitan dan apa yang disesatkannya, jadikanlah kepada kami pelindung daripada kejahatan makhlukMu semua sekali dari ada yang bertindak ganas kepada kami, atau berbuat jahat terhadapku. Maha gagah perlindungan Engkau dan maha kuat kepujian Engkau. Dan tidak ada tuhan selain Engkau.
– apabila dibacakan doa ini, syaitan tidak boleh memudaratkan orang yang berkata sebegitu. Kenalah percaya sebab Nabi sendiri yang cakapnya begitu.

Ini pula adalah doa untuk dibaca kalau kita ada rasa keluh kesah, macam ada tak kena.

سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ، رَبِّ الْمَلائِكَةِ وَالرُّوحِ ، جَلَلْتَ السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ بِالْعِزَّةِ وَالْجَبَرُوتِ
Maha suci Allah Raja segala raja yang maha suci, Tuhan kepada malaikat dan ruh, Kamu gagahi segala langit dan bumi dengan penuh kekuatan dan kekuatan jabbar – tidak dengar kata orang.

Kalau mimpi yang kita tak suka, contohnya ada gangguan syaitan, atau mimpi benda yg kita tak suka. Maka hendaklah ludah ke sebelah kiri, mohon perlindungan dari syaitan dan ubah pergerakan tidur. Jangan cerita kat orang lain. Tidak ada guna.
Kalau mimpi yang baik, ketahuilah bahawa ianya dari Allah. Maka ucapkan alhamdulillah, dan esoknya ceritakan kat orang lain. Nabi selalu selepas solat subuh dan tanya sahabat apakah mimpi mereka malam tadi.

Banyak orang salah menceritakan mimpi. Contohnya mimpi mak kena seksa. Ada lah yang buat meratib sesat tu. Malam esoknya mimpi mak dia suka. Maka manusia jahil jadikan itu sebagai dalil elok meratib untuk orang mati. Mimpi tidak boleh dijadikan hujah.
Hujah abuya adalah mimpi sahaja. Mimpi jumpa Nabi lah, ceraikan bini sebab mimpi la dan sebagainya.

Memandikan mayat:

Seeloknya memandikan mayat dibuat sebaik sahaja kematian kerana badan masih lagi lembut dan senang nak mengeluarkan apa yang hendak dikeluarkan. contohnya, tahi dari perut. tak payah nak tekan kuat. macam juga ibu nak bersalin, Allah dah mudahkan – bukaan pada faraj dan kepala anak pun lembut.

Yang patut ada masa mandi mayat adalah orang berkenaan sahaja. bukan kena ada ramai nak tengok tengok sahaja.

bogelkan mayat dan lapik dengan kain. bahagian kemaluan, kena pakai pelapik seperti sarung tangan untuk sentuh.

mulakan dengan wuduk untuk mayat. Ramai yang buat, wuduk selepas mandi. Tidak begitu.

Kalau seorang lelaki mati, dan tidak ada orang lain selain seorang Perempuan, maka hendaklah tayamum sahaja. Begitu juga kalau Perempuan yang mati dan tidak ada Perempuan lain hanya ada seorang lelaki sahaja.

Kalau suami mati, isteri boleh mandikan dia. Begitu juga kalau isteri mati, suami boleh mandikan isteri itu.

Mengadakan sutrah di hadapan dalam solat:

Menjaga fokus dalam solat. Supaya orang tak lalu lalang.

Pakai barang. Atau pacak tongkat. Atau garis. Seeloknya pakai barang yang tinggi kerana ada yang mengatakan hadis yang menyebut tentang garis itu adalah dhaif.

Talfiq mazhab:

Mazhab adalah jalan. Tapi bukanlah ianya adalah pandangan mutlak. Rujukan utama adalah Quran dan Sunnah. Tidak ada ijtihad kalau ada dalil nas.

Mazhab fekah bukan memecah belahkan masyarakat. Jgn kita taksub.

Bukan lah kita mengambil pandangan mazhab lain sebab cari yang mana mudah. Tapi yang mana lebih tepat. Kita mencari perbuatan yang paling afdhal. Mencari redha Allah.

Tak boleh pilih-pilih mana pendapat yang senang sampaikan akhirnya jadi ntah apa-apa.

Semua ulama setuju cara yang paling baik adalah yang Nabi buat – basuh keseluruhan kepala. Yang berbeza adalah kadar minima sapu air ke kepala.

Mengenang ulama’ dahulu

Doakan ulama kita lepas solat.

Sahabat bertebaran menyampaikan dakwah. Dari usaha merekalah Islam sampai kepada kita.
Semua Nabi tidak minta upah. Upah mereka hanya mereka harapkan dari Allah sahaja.

Ali telah menukar ibu negara ke Kufah, Iraq. Sahabat banyak pergi ke sana. Seperti Abdullah Ibn Mas’ud.

Quran pasti akan beri petunjuk untuk menyelesaikan masalah. Bukan secara jelas. Kalau semua nak cerita detail, berapa besar Quran itu. Tapi perkara asas sudah ada dalam Quran.

Dari khilaf ulama kita dpt ilmu. Ada masa boleh pakai.

Ilmu sanad memang penting. Kalau tidak semua org boleh cakap apa sahaja. Inilah kebanggaan kita. Jaga ketulenan. Orientalis pun impressed dan kata Islam boleh bangga dengan ilmu sanad.

—–

Nabi suruh kita ikut sunnahnya dan Sunnah khulafa ur rasyidin. Maka perbuatan khalifah yang empat itu tidak dikira bidaah. Walaupun tak sama dengan perbuatan Nabi. Sebab ada huruf و dalam hadis itu menunjukkan ianya benda yang lain.

Tidak sama belajar dgn YouTube dan berdepan. Kita pun tak pasti. Semoga mendapat pahala juga.

Adakah syahid siapa yang terkorban perang Jamal dan Siffin? Mereka dimandikan dan dikafankan. Maka tak boleh nak kata mereka syahid dunia. Paling kuat pun syahid akhirat. Ini menunjukkan kalau peperangan antara muslim tidak syahid dunia. Mereka masih lagi Islam. Contoh syahid akhirat lagi adalah macam mati lemas, bangunan runtuh etc.

Zaman Nabi mmg lah tidak ada peperangan antara Islam. Tapi apabila Islam dah berkembang zaman sahabat, maka ada lah juga. Kerana manusia.

Sahabat sendiri dah pergi ke India menyampaikan Islam. Mereka telah lama dengan Islam. Telah kemas Islam mereka. Sebab itulah banyak keluar ulama dari sana. Ulama Islam bukan di Arab sahaja. Di India, masyarakat memberikan sokongan yang kuat kepada penyebaran dan pengajian agama. Bukan macam kita. Asal guru pondok mengajar sendiri, tidak ada pendapatan. Lama-lama, itulah sampai sekarang ambil upah baca doa, imam solat jenazah dan macam-macam lagi. Kalau dulu, tidak ada.

Tawasul:

Tawasul yang dibenarkan ada tiga:
1. Dengan menggunakan nama Allah.
2. Dengan menggunakan amalan-amalan salih kita.
3. Doa orang yang salih.

Bagaimana bertawasul dengan Nabi. Ada kisah tentang Sahabat yang buta yang memohon semoga Nabi mendoakan dia melihat. Tapi itulah dalil yang mengatakan orang yang kit hendak minta doakan kita itu kena hidup. Selepas Nabi wafat, Saidina Umar pernah bertawasul dengan Abbas. Kalau boleh bertawasul dengan Nabi yang telah wafat, kenapa Nabi bertawasul kepada abbas pula? Kenapa tak terus tawasul dengan Nabi? Memang ada Fuqaha’ yang kata boleh bertawasul dengan Nabi Muhammad yang telah wafat. Tapi mereka menggunakan dalil yang tak boleh dijadikan hujjah.

Kita boleh lihat sekarang bagaimana kalau salah faham tentang tawasul sampai ada yang minta kepada Kubur. Itu dah Syirik. Kita sepatutnya Terus minta doa kepada Allah.
Malangnya, banyak antara kita yang nak buat Benda tak pasti. Yang masuk Tarikat sebab nak dapat ilmu agama cara ekspres. Tapi kena tipu.

Kalau minta diruqyah, tidak dapat masuk syurga tanpa hisab. Kerana dari hadis yang mengatakan demikian. Oleh itu, kenalah ruqyah diri sendiri. Kenalah belajar. Kenalah yakin dengan Allah.

Sebenarnya, Satu Quran itu adalah ruqyah. Bacalah Quran banyak-banyak.

Golongan yang selamat:

Ahlul Sunnah wal jamaah. Apakah maksud jamaah itu? Itulah jamaah sahabat. Kerana terma ini adalah semasa zaman sahabat. Maka ianya merujuk kepada perbuatan para sahabat. Yang pandangan salah kata, kena ikut majoriti. Bukan begitu maksudnya.

Golongan ghuraba’. Iaitu golongan yang asing. Asing dari orang lain. Beza dengan org lain.

Berbagai gelaran mengejek diberikan kepada golongan Sunnah. Dari dulu lagi.

Ada yang kata Ibn Taimiyyah mengatakan Allah berjisim.
Fitnah kepada Ibn Taimiyyah. Ibn Battutah mengatakan beliau nampak Ibn Taimiyyah Tahun 706. Waktu itu beliau dalam penjara.

Cinta Nabi:

Cinta Nabi adalah ibadah. Nabi cintakan kita. Takkan kita tak cintakan baginda. Bagaimana baginda tidak mahu menyusahkan kita dengan perbuatan-perbuatan yang mungkin menyusahkan kita. Seperti bersiwak sebelum solat.

Solat sunat menunggu imam:

Solat hari Jumaat sementara menunggu imam. Imam Syaukani menggelarnya sebagai solat sunat Intidzar. Itu nama sahaja. Sebenarnya ia adalah solat sunat mutlak dari segi hukum.

Eloklah mengadakan tazkirah pada hari Jumaat? Seeloknya tidak ada. Tidak ada Sunnah. Sepatutnya solat sunat. Itulah yang dilakukan oleh sahabat dahulu. Antara sebab orang buat tazkirah itu adalah kerana khutbah tidak menarik langsung.

Kena buat solat tahiyatul masjid. Kerana Nabi pernah suruh sahabat solat itu walaupun sedang khutbah. Selepas Nabi suruh, Nabi meneruskan khutbah. Jadi tidak benar pendapat yang mengatakan Nabi berhentikan khutbah waktu itu.
Kalau khatib sedang baca khutbah, maka solat sunat itu kenalah pendek sahaja.

Khatib boleh bercakap. Macam Nabi bercakap. Makmum memang tidak boleh. Kecuali kalau berkomunikasi dengan khatib. Kerana pernah Nabi tanya kepada makmum dalam khutbah. Dan makmum memang boleh menegur khatib. Kerana pernah umat menegur Umar semasa Umar beri khutbah. Jadi khatib kenalah tegur kalau perlu. Contohnya, kalau tengah khutbah, ada yang makan pisang lagi. Mana boleh macam itu.

Janganlah buat benda tak patut dalam khutbah. Contohnya ada yang jahil sampai bertakbir semasa khatib beri khutbah. Ataupun kalau mic tengah rosak, bolehlah suruh orang betulkan. Jangan buat bodoh sahaja.

Banyak kelebihan pada hari Jumaat. Api neraka tidak di nyalakan. Kerana itulah dibolehkan solat semasa tengahari hari Jumaat boleh solat Jumaat. Kalau hari lain tidak boleh.

Pegang tongkat semasa khutbah bukan sunnah. Yang dimulakan adalah khalifah marwan. Nabi tunjuk dengan jari sahaja. Yang kata Nabi pegang pedang adalah riwayat Syiah.

Tauhid Asma’ wa sifat:

Sifat khaliq. Telah ada sihat itu sebelum ada satu pun yang Allah cipta. Sifat itu telah sedia ada.

Qudrat: Maha Berkuasa. Syura:11 – segala sesuatu perlu kepadaNya. Kita memerlukan Tuhan tapi Allah tidak memerlukan kita. Walaupun kita tidak ada. Penciptaan kita adalah bukti kepada adanya Allah.

Kita memerlukan kepada Allah dalam segala hal. Allah boleh buat apa sahaja. Macam ada orang yang doktor kata tak boleh beranak, tapi kalau Allah nak buat, boleh sahaja Allah. Kerana kuasa di tangan Allah.

Mudah bagiNya.

Hikmah dakwah:

Dakwah dengan hikmah. Hikmah itu pula bermaksud dengan Quran dan Sunnah.
Bukan hanya dengan cara berlembut sahaja. Kita mungkin ingat kalau hikmah itu bermaksud lembut sahaja. Bukan begitu. Kalau orang itu jenis kena dakwah keras, maka kena dakwah keras.
Kadang boleh sampai kita kena boikot. Macam Ibn Sirin buat – ada orang dia tegur tak mahu dengar jadi dia tidak mahu cakap dengan orang itu sampai bila-bila.

Kita tidak boleh senang-senang kata orang Islam yang lain itu kafir. Kerana kalau dia tak kafir, kita pun akan jatuh kafir. Tapi kalau kita kata mereka melakukan perbuatan orang kafir, itu boleh lagi. Tapi kalau dah memang jelas orang itu kafir, kenalah cakap dia kafir.

Yang penting adalah samada kita Islam atau kafir depan Allah. Kalau kita ingat kita Islam tapi ada amalan shirk kita buat, mati tanpa sempat taubat, langsung tidak berguna status Islam kita di mata manusia itu.

Tentang roh:

Tidak banyak yang kita tahu tentang roh. Kerana dalam Quran Allah dah cakap yang roh adalah dalam urusan Allah. Jadi jangan memandai.
Kita akan baik dengan roh yang bersama kita masa di alam roh.
Roh tak balik ke dunia. Hadis kata roh baik akan bersama roh yang baik apabila mati dan roh jahat akan bersama dengan roh jahat. Roh yang dah lama di alam roh akan bertanya kepada roh yang baru sampai. Kalau dia boleh balik, maka tentu dia tidak perlu tanya. Maka yg diajar oleh guru yang kata roh balik ke rumah adalah ajaran tanpa dalil.

Hukum Islam dan jihad dalam Islam.

Hukum
Kafir: tak terima hukum Islam.
Zalim: terima hukum Islam tapi tak amalkan sepenuhnya. Contohnya kalau orang kecil dihukum. Kalau orang besar lepas.
Fasiq: terima hukum Islam wajib tapi tak jalankan sbb takut. Takut orang x faham. Takut ekonomi jatuh. Tapi lihatlah bahawa mereka tak berusaha ke arah itu. Siap mereka takut-takutkan kalau ada yang nak buat.

Jihad wajib. Fardhu Ain kalau musuh dah masuk. Dan pemerintah dah suruh perang. Kalau negara tu mampu, kena jiran tolong. Dengan arahan pemerintah.

Jihad lisan. Ajak ke arah Islam. Menolak ahli bidaah. Imam Ahmad kata lebih suka yang menentang ahli bidaah. Kena cakap. Jangan guna alasan nak menyatukan umat, jangan tegur. Itu faham salah.
Nabi dah declare yang ada umatnya nanti yang akan syirik. Sampai sembah berhala. Bukan berhala macam agama lain tu.

Jihad harta. Beri bantuan. Jangan sampai sekarang muslim jumpa gereja. Jangan pandang serong. Nabi bagi dan bagi. Tak tanya pun. Sampai habis.

Jihad perang. Anak anak kita patut diajar pegang senjata. Negara lain diajar.

Jihad fardhu kifayah kena minta izin mak ayah. Termasuk nak belajar keluar negeri. Termasuk nak umrah pun. Walau dah kerja.

Ayat-ayat Allah ada dua jenis: Ayat maqru’ah – kalam Allah seperti Quran dan Taurat yang dibaca. Dan satu lagi adalah: Ayat manzoo’ah – tanda-tanda kewujudan Allah dalam alam ini. Kewujudan alam yang indah ini adalah sebagai tanda bahawa tentu ada yang menjadikannya. Ianya tentulah Tuhan yang Maha Agong.

Perkataan Hubb diambil dari perkataan habbah iaitu biji benih. Asalnya kecil sahaja.
Kita Kena kasih kepada Allah. Macam mana? Kena taat kepada Nabi. Ittiba rasuli. Semua yang kita buat adalah ikut dia.

 

Sahih Bukhari: Kitab Waktu-Waktu Sembahyang: Sesi 6-7 Bab Firman Allah Ta`ala { Hendaklah Kamu (Wahai Muhammad Dan Pengikut-Pengikutmu) Sentiasa Rujuk Kembali Kepada Allah..

Filed under: Kitab Waktu Solat — visitor74 @ 12:45 am

Sahih Bukhari Kitab Waktu-Waktu Sembahyang Sesi 6-7 Bab Firman Allah Ta`ala { Hendaklah Kamu (Wahai Muhammad Dan Pengikut-Pengikutmu) Sentiasa Rujuk Kembali Kepada Allah.. (dan bab seterusnya)

بَاب قَوْلُ اللَّهِ تَعَالَى { مُنِيبِينَ إِلَيْهِ وَاتَّقُوهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَلَا تَكُونُوا مِنْ الْمُشْرِكِينَ }

Bab 84 Firman Allah Ta`ala { Hendaklah Kamu (Wahai Muhammad Dan Pengikut-Pengikutmu) Sentiasa Rujuk Kembali Kepada Allah (Dengan Mengerjakan Amal-Amal Bakti) Serta Bertaqwalah Kamu Kepadanya; Dan Kerjakanlah Sembahyang Dengan Betul Sempurna; Dan Janganlah Kamu Menjadi Dari Mana-Mana Golongan Orang Musyrik }[1]

Imam Syafie guna ayat Quran sepenuhnya dalam tajuknya kali ini. Kalau kita lihat sekali imbas, tak nampak sangat kaitan ayat itu dengan waktu solat dalam tajuk ini. Imam Syafie hendak menekankan perkataan أَقِيمُوا الصَّلَاةَ dari ayat Quran itu. Dia hendak memberitahu, mendirikan solat dengan sempurna dalam solat adalah kena solat dalam waktu. Itulah pentingnya waktu solat. Itulah kaitan tajuk ayat Quran dengan ‘waktu solat’.

وَلَا تَكُونُوا مِنْ الْمُشْرِكِينَ. Dan Janganlah Kamu Menjadi Dari Mana-Mana Golongan Orang Musyrik. Ini bermakna, yang tak mendirikan solat adalah sebahagian dari musyrikin. Atau sekurang-kurangnya mereka telah melakukan perbuatan musyrik kalau pun kita tak terima mereka jadi musyrik. Sebab ada pendapat yang mengatakan kalau tak solat dah jadi kafir, dan ada yang kata belum kafir lagi. Tapi, ayat ini menunjukkan kepentingan solat itu. Kerana itulah beza kita dan mereka. Maka hendaklah kita solat. Kerana dengan solat, kita telah menafikan sifat musyrik dalam diri kita.

Perkataan yang digunakan adalah ‘dirikan’ solat. Bukan ‘buat’ solat. Maknanya solat dalam waktunya. Itu antara maksud ‘dirikan’. Kerana banyak lagi pemahaman ‘mendirikan’ solat.

Ayat ini dijadikan dalil oleh ulama seperti Imam Ahmad yang mengatakan sesiapa yang meninggalkan solat menjadi kafir. Ada yang kata belum kafir lagi, tapi mereka telah ‘kufr nikmat’ sahaja sebab solat itu adalah untuk menzahirkan syukur kepada Allah. Maka kalau tak solat, maka kita telah kufr nikmat. Yang pastinya, dua-dua itu adalah perkara yang besar. Iaitu samada kufur atau tidak. Maka, hendaklah kita menjaga betul-betul solat kita.

492 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبَّادٌ هُوَ ابْنُ عَبَّادٍ عَنْ أَبِي جَمْرَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَدِمَ وَفْدُ عَبْدِ الْقَيْسِ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا إِنَّا مِنْ هَذَا الْحَيِّ مِنْ رَبِيعَةَ وَلَسْنَا نَصِلُ إِلَيْكَ إِلَّا فِي الشَّهْرِ الْحَرَامِ فَمُرْنَا بِشَيْءٍ نَأْخُذْهُ عَنْكَ وَنَدْعُو إِلَيْهِ مَنْ وَرَاءَنَا فَقَالَ آمُرُكُمْ بِأَرْبَعٍ وَأَنْهَاكُمْ عَنْ أَرْبَعٍ الْإِيمَانِ بِاللَّهِ ثُمَّ فَسَّرَهَا لَهُمْ شَهَادَةُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامُ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءُ الزَّكَاةِ وَأَنْ تُؤَدُّوا إِلَيَّ خُمُسَ مَا غَنِمْتُمْ وَأَنْهَى عَنْ الدُّبَّاءِ وَالْحَنْتَمِ وَالْمُقَيَّرِ وَالنَّقِيرِ

492. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abbad -yaitu Ibnu ‘Abbad- dari Abu Hamzah dari Ibnu ‘Abbas berkata, “rombongan ‘Abdil Qais datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, “Sesungguhnya kami ini dari suku kaum Rabi’ah, dan kami tidak dapat mengunjungi tuan kecuali pada bulan haram. Maka perintahlah kepada kami dengan sesuatu yang boleh kami ambil dari tuan dan dapat kami sampaikan kepada orang-orang yang dibelakang kami. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku perintahkan kalian dengan empat perkara dan aku larang dari empat perkara; Iman kepada Allah. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menafsirkannya kepada mereka; yaitu persaksian bahwa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan sesungguhnya aku adalah pesuruh Allah, kedua, mendirikan shalat, ketiga menunaikan zakat, dan keempat mengeluarkan seperlima dari harta rampasan perang kepadaku. Dan aku larang kalian dari Ad Dubba`(Bekas dari kulit labu yang dikeringkan), Al Hantam (tempayan hijau untuk membuat arak), Al Muqayyar (bekas yang dilumur minyak hitam seperti minyak tar untuk membuat arak) dan An Naqir (pangkal pokok kurma yang ditebuk untuk membuat arak).”

Selepas cakap beriman dengan Allah dan Nabi, terus sebut tentang solat. Jadi rapat sangat iman dan solat. Seperti solat itu sebahagian dari iman.

Umat Islam ada yang susah untuk datang berjumpa untuk belajar dengan Nabi kerana mereka dihalang oleh orang orang kafir. Kerana mereka tahu kalau ada yang datang bertemu Nabi, mereka akan masuk Islam.

Tidak disebut suruhan untuk ibadat haji dalam hadis ini. Hafiz Ibn Hajar kata kedatangan mereka ini datang pada Tahun 5. Kerana ibadat Haji hanya difardhu tahun 6. Kerana ada pendapat yang mengatakan bahawa kejadian kedatangan rombongan ini sampai ada yang kata datang ada tahun ke 9 Hijrah. Tapi pendapat itu tidak kuat kerana mellihat dari kedudukan beberapa perkara. Hadis ini mungkin adalah berkenaan kedatangan rombongan Abdul Qais yang pertama. Sebab mereka datang beberapa kali.

Ada dalam riwayat lain, bagaimana Nabi ada bertanya kepada mereka kenapa rupa mereka telah berubah? Mereka jawap kerana Nabi tidak benarkan mereka minum arak lagi, maka keadaan mereka dah berubah. Dulu nampak segak, tapi sekarang mereka tak dapat minum arak, mereka kelesuan sebab ketagih. Ini bermakna, memang mereka telah datang beberapa kali. Paling kurang dua kali dan ada kemungkinan lebih lagi. Kerana Nabi perasan bahawa muka mereka telah berubah dari kali dulu mereka datang.

Tempat mereka adalah Tempat kedua buat solat Jumaat dilakukan. Ini menunjukkan mereka Awal masuk Islam. Sebelum itu, Jumaat hanya dilakukan di Masjid Nabi di Madinah sahaja. Kalau tidak pergi ke sana, maka muslim waktu itu akan melakukan solat zuhr sahaja. Ini juga menjadi dalil bagi mereka yang mengatakan kalau tidak cukup manusia untuk melakukan solat Jumaat berjemaah, maka muslim hanya melakukan solat zuhur sahaja.

Dari manakah mereka datang? Tempat tinggal mereka sekarang adalah dalam kawasan Bahrain sekarang ini.

Kenapa mereka sebut mereka suku Rabiah? Ini adalah Pecahan kaum. Puak Abdul Qais adalah sebahagian dari puak Rabiah yang besar.

Bulan Haram yang mereka boleh datang dalam hadis ini bulan rejab dan juga digelar Rejab Mudhar. Ini adalah kerana puak Mudhar yang jahat itu tidak mengganggu manusia lain dalam bulan Rejab. Walaupun ada lagi tiga bulan haram yang dilarang manusia berperang padanya, tapi puak. Mudhar itu tak kira. Mereka akan serang juga. Tapi, dalam bulan Rejab, mereka hormati dan mereka tak serang orang lain. Maka, kerana bulan itu selamat, barulah boleh puak Abdul Qais datang melawat dan belajar dengan Nabi.

Bulan Haram adalah bulan yang dilarang berperang di dalamnya. Puak Arab memang kuat berperang. Salah sikit sahaja dah boleh berperang. Kalau ada puak mereka kena bunuh, mereka akan balas. Kalau mereka kena bunuh sorang, mereka nak bunuh dua orang dari puak yang membunuh itu. Apabila dah selalu sangat berperang, mereka pun memikirkan susahnya kalau sentiasa begitu. Maka mereka telah memilih empat bulan dalam setahun dimana mereka tidak berperang langsung. Maka bolehlah mereka hidup dalam aman sepanjang bulan haram itu. Bolehlah mereka buat kerja lain. Antaranya, bolehlah mereka keluar berdagang.

Bulan Haram ini sebenarnya Allah sendiri yang tetapkan. Memang telah ditentukan oleh Allah bahawa ada 12 bulan dalam setahun. Mungkin nampak macam orang Arab yang tetapkan, tapi sebenarnya atas kerja Allah juga. Allah hendak menunjukkan kepada manusia betapa eloknya kalau mereka tidak berperang. Kalau mereka nampak betapa amannya waktu itu, sepatutnya mereka boleh nampak betapa Eloknya kalau mereka jangan perang langsung. Bulan Haram adalah bertujuan untuk menampakkan kepada mereka Nikmat hidup dalam aman. Begitu juga bulan Ramadhan. Bukan nak suruh kita buat baik bulan itu sahaja. Sebenarnya Ramadhan adalah bulan latihan kepada manusia untuk hidup dengan baik dan membanyakkan ibadat, meninggalkan perkara yang tidak elok. Apabila manusia sudah nampak kelebihan hidup dalam suasana ibadat, meninggalkan larangan, maka mereka sepatutnya meneruskan usaha baik itu dalam bulan-bulan yang lain juga. Bukanlah jadi baik dalam bulan Ramadhan sahaja tapi dalam bulan lain jadi setan. Begitu juga ibadat haji itu untuk melatih manusia untuk hidup dengan baik dalam dunia ini. Bukan hanya jadi baik semasa di mekah dalam bulan Haji sahaja, tapi dalam masa-masa lain dan di mana-mana sahaja. Jangan sempitkan ibadat bulan puasa dan ibadat haji pada waktu tertentu sahaja.

Kesot bulan. Nabi isytihar balik bila haji.

Belajar utk mengajar. Yang tak datang dan ank cucu.

Kepadaku: pemerintah. Nabi bercakap sebagai pemerintah. Negara.
Umar ubah.
Sahabat kaya sebab perang.
Syiah khumus dari pendapatan. Sebab itu mereka banyak duit.

Nabi cakap kepada mereka kerana tahu mereka berani dan akan perang.

Mereka suka arak.


بَاب الْبَيْعَةِ عَلَى إِقَامِ الصَّلَاةِ

Bab 85 Bai`ah Untuk Mendirikan Sembahyang

Mendirikan solat termasuk menjaga waktu.

493 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنَا قَيْسٌ عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ بَايَعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى إِقَامِ الصَّلَاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ

493. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami Qais dari Jarir bin ‘Abdullah berkata, “Aku berbai’ah dengan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk mendirikan shalat, menunaikan zakat dan ikhlas kepada setiap Muslim.”

Baiah untuk menguatkan lagi. Kalau tak baiah pun kena buat juga. Nabi baiah atas benda besar.

Solat kemuncak ibadat badaniah.
Zakat kemuncak ibadat maaliah.
Jarir adalah ketua kaum. Jadi kena ikhlas. Kalau tak boleh salah guna kuasa. Baiah ikut keperluan orang itu.

Ada kata menasihati orang lain. Tapi tak kemas lagi. Kerana takkan nasihat kepada Allah dan rasul.
Kejujuran dan mahukan kebaikan dengan ikhlas.

Jujur kepada seseorang. Makna yg luas. Termasuk nasihat juga. Tapi tak lengkap.

Jujur dengan Allah bermaksud sembah Dia. Jujur dengan Nabi antaranya ikut sunnahnya.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

 

Phuket trip

Filed under: Diary,Travelling — visitor74 @ 12:43 am

Salam Husna,

Abba rasa bersalah betul sebab kena keluar negara masa Husna kecil lagi. Masa ini Husna perlukan belaian. Dan ibu perlukan pertolongan untuk jaga Husna. Husna sekarang malam-malam susah tidur. Tapi apakan daya, plan dah dibuat untuk abba dan rakan pengarah abba yang lain untuk ke phuket. Empat hari pulak tu. Lama jugak tu.

Bilalah agaknya boleh bawa Husna jalan-jalan? Teringin nak roadtrip dengan Husna. Last sekali kami roadtrip dengan Kereta adalah ke Haadyai. Best betul waktu tu. Waktu tu abba tak terfikir lagi nak dapat Husna. Sekarang, bila Husna dah ada, teringin nak buat roadtrip sekali lagi.

Roadtrip pertama kita adalah balik kampung abba la nanti. Dah lama abba tak balik. Semenjak tahu ibu mengandung, langsung tak balik. Opah dah rindu sangat dengan Husna. Sekarang kalau nak balik, tengah awal sangat lagi. Takut nanti Husna tak tahan kalau duduk lama-lama dalam Kereta.

Abba sekarang kalau bawa Kereta dengan husna kat dalam memang ada risau sikit.

Anyway, nak citer pasal phuket kat Husna. Ini kali kedua abba sampai ke sini. Kali pertama dulu duduk kat hotel jer. Kali ni kami banyak jalan-jalan dan makan-makan. Jadi abba dapat tengok lebih banyak lagi tempat ini.

Yang banyak ada kat phuket ini, pertama, manusia! Ya Allah, banyaknya. Takde la sebanyak kalau ada kat mekah dan Madinah masa kami pergi umrah dulu. Kali ni banyak orang berkelah jer. Pakai baju pun lebih kurang jer. Banyak yang yang kurang dari lebih. Not good place for you to go. So kita tak pergi ke sini lah nanti. Jadi abba citer kat sini. Phuket ni tempat perkelahan. Maka ramai orang luar datang. Kami duduk di Patong Beach. Lagi ramai orang muda kat sini. Mereka suka main air. Abba sebab memang duduk dekat dengan pantai, jadi tidaklah berahi sangat nak main air. Jadi pergi tengok pantai jer kejap.

Kemudian kat sini banyak tempat urut kaki. Merata-rata ada. Orang siam ni memang la banyak yang kerja urut. Agaknya dari kecil lagi dah diajar mengurut kepada anak-anak mereka. Penat-penat jalan tengok-tengok kedai, memang best urut kaki.

Kedai nak beli barangan nak bawa balik memang tak banyak. Masa kat Haadyai dulu memang best shopping. Kat Bandung pun best jugak. Tapi tak best kat Phuket ni. Jadi tak beli banyak barang kat sini. Ada la juga abba beli. Sebab untuk hal kerja. Jadi beli kasut dan buat suit kat sini.

Kedai Tatto banyak sungguh kat sini. Itu pun heran juga. Tak banyak abba tengok ada tempat tatu sebanyak kat sini. Tatto haram yer Husna. Jangan gatal nak buat Tatto. Tak mengaku anak nanti!

Kedai gambar pun banyak juga. Murah pulak tu. Tapi abba pun peminat hasil seni, jadi tak beli.

Yang abba suka kat sini adalah jalan jalan dengan motor. Sewa motor dan jalan-jalan kat Phuket best juga. Dah lama tak naik motor, kali ni merempit kat sini (Husna tak boleh naik motor, tau!) (ever!). Memang menarik! Boleh pergi ke pantai lain. Dan tengok pekan-pekan mereka.

Itu jer yang abba nak citer kat sini. Nanti kita jalan-jalan sekali yer. Hujung tahun ni patutnya kita nak ke Australia. Tengoklah macam mana.

20140326-004156.jpg

20140326-004214.jpg

20140326-004244.jpg

 

Game changer March 18, 2014

Filed under: Family — visitor74 @ 12:10 am

So, my status has been upgraded a while ago. I am now a father. A person with another huge responsibility. A father. An abba, Abah, walid, daddy, papa. Selepas hampir 12 tahun kahwin, tidak boleh tidak, sudah ada rasa aku tidak akan dapat anak. Aku dah terima mungkin itulah nasib aku. Pada aku, itulah ketetapan Allah. Tidaklah aku tidak redha dengan nasib sebegini. Dari dulu lagi, semasa baca Quran, aku dah jumpa ayat 59 & 59 surah Waaqiah.

أَفَرَأَيْتُم مَّا تُمْنُونَ

(Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)?

أَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُ أَمْ نَحْنُ الْخَالِقُونَ

Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya?

Dari ayat itu, aku faham dan terima bahawa kejadian dapat anak atau tidak, terletak pada tangan Allah. Bukan pada usaha kami suami isteri. Walaupun kami telah melakukan apa yang sepatutnya untuk mendapatkan anak, tapi Allah yang tentukan. Walau orang lain tanya macam-macam, aku buat tak kisah.

Tidak pernah aku salahkan isteri aku dan keadaan kesihatannya yang tidak berapa baik. Aku redha. Dia sakit pun bukan dia yang buat. Buat salah dia. Some people tend to blame her. Like she have a choice. Like she can control it. Padahal sakit, ajal dan maut semuanya di tangan Allah. Alhamdulillah, pemahaman aku tentang perkara ini tidak pernah strain our relationship because of the fact that we don’t have a baby. It is not a deal-breaker. I know she worries about me. But it’s quite unfounded. I’m more concerned about her. Most man would like to have a child. But ALL women would want one. And for a long time, she was not blessed with that. I know that she felt alone. Her innate motherly feeling is not spent on a baby.

We had three miscarriages. Each time, I thought that it’s the one. After the third time, it tend to put down our hope. I’m not lying, it was very hard on me when we had those miscarriages. I’ve already spoken to the baby inside the womb, made this blog to document the events that transpired during those times – so that when I’m old or I’m gone, he/she can refer to it to see what’s been happening during those time that she grew up and I can’t talk to her; I’ve imagined what he/she would look like, things like that.

The fact that my wife can conceives, shows that she is not barren. Just that there’s a bit of a tweak inside the biology of the womb that made it not possible for the baby to grow.

Dalam masa kami tidak dapat anak, kami telah terus berusaha macam-macam cara. Dari segi pemakanan, jumpa doktor pakar, berdoa, exercise dan macam-macam lagi. Cuma aku tak pergi jumpa bomoh, ustaz itu dan ini, Darul Syifa’ atau Darul mana-mana. Sebab aku tidak percaya dengan amalan-amalan mereka. Memang banyak yang percaya dan suruh kami pergi. Tapi kami tak pergi. Tentu mereka hairan kenapa kami tak pergi. Pada mereka, kami memang ada masalah, maka pada mereka kami patut pergi. Mungkin dah ramai dah yang dapat anak dengan jumpa mereka-mereka itu. Mungkin kepada yang nasihat kami untuk pergi, rasa macam kami tak mahu anak pula.

Aku rasa aku kena jelaskan di sini kenapa kami tak pergi. Aku tak kenal orang-orang yang mereka cadangkan itu. Aku bukan tak biasa dengan amalan-amalan perubatan sebegini. Rasanya, memang dari aku muda belia, sudah ada minat untuk belajar ilmu perubatan alternatif. Sebab itu aku ada belajar Hand Acupuncture, Reiki, Ilmu Gerak, Ilmu perubatan sufi, Tibbun Nabawi, amalan itu ini dan mungkin ada beberapa lagi yang aku dah lupa. Aku suka untuk mengubat orang. Entahlah kenapa. Nak jadi doktor, tak pandai sangat. Boleh belajar alternatif Medicine jer. Jadi bukan aku tak tahu amalan-amalan sebegitu. Aku pun suka baca ayat-ayat Quran. Suka nak tahu ayat ini boleh buat apa, ayat itu apa hikmatnya. Tapi itu semua bukanlah yang diajar oleh Nabi dan Islam. Tidak ada dalil yang sahih. Kalau ada pun, ianya dari pengalaman manusia. Ada yang jadi dan ada yang tidak. Tapi selepas aku belajar sekarang, aku tahu bahawa cara-cara itu ada yang salah. Panjang kalau nak cerita di sini. Hatta, yang dipanggil Darul Syifa’. Ini mesti ramai nak marah aku ni bila aku cakap macam ni.

Aku pun sudah lama berkecimpung dalam ilmu agama. Aku suka mendalami ilmu. Dengan ilmu gerak, tarekat, sufi dan bacaan-bacaan lain. Memang aku suka. Dari muda lagi. Kerana aku hendak tahu. Aku lain dengan orang kebiasaan. Ramai suka tengok bola, main game, dengar lagu dan sebagainya, tapi aku luangkan masa dengan membaca. Cari orang untuk belajar macam-macam. Waktu itu, aku pun suka sangat dengan self-improvement thingy. I was quite good at it.

Cuma ada sekali, masa dengan mak mertua, semasa kami Melaka, dia ajak pergi Perigi Hang Tuah. Aku ingat nak lawat sahaja, tapi rupanya dia suruh minum air perigi itu untuk doa dapat anak. Semoga Allah ampunkan kelemahan aku untuk menolak. Itu semua syirik.

Alhamdulillah, Allah telah beri aku kenal seorang ustaz yang mengajar tafsir Quran. Beliau telah pernah dijumpai orang yang tidak dapat anak. Dia telah nasihatkan mereka dan telah berjaya. Pertamanya, dia mengajar mereka dengan ayat dari surah Waqiah di atas. Apabila dibaca ayat diatas, ada doa yang kita boleh bacakan. Selepas kita baca: أَفَرَأَيْتُم مَّا تُمْنُونَ dan kemudian kita baca: أَأَنتُمْ تَخْلُقُونَهُ أَمْ نَحْنُ الْخَالِقُونَ, kita kena faham bahawa itu adalah statement yang memerlukan jawapan dari kita. Kerana Allah bertanya dalam ayat itu. Kau yang buat atau Aku yang buat anak kau itu? Maka hendaklah kita menyatakan bahawa Allah lah yang buat. Maka, kita jawap: bal, Anta ya Rabb! Bahkan! Engkaulah ya Allah!

Selepas kita cakap macam itu, maka kita berdoalah kepada Allah: Ya Allah, apalah kiranya jika kau memberikan kepada aku seorang anak. Tambahlah dengan doa-doa yang sepatutnya. Saya akan memuji Allah dahulu: saya katakan: Ya Allah, Engkaulah yang menjadikan alam ini, Engkaulah yang menjadikan seluruh makhluk, apalah kiranya jika kau memberikan aku seorang anak yang soleh, anak yang pandai, yang bijak, yang sihat yang menggembirakan hati kami. Itulah lebih kurang doa saya. Alhamdulillah, tak lama selepas saya amalkan doa sebegitu, Allah telah kurniakan anak kepada saya.

Maknanya, ustaz itu hanya ajar ‘cara berdoa’ kepada kita dan kita buat sendiri. Sesungguhnya memang lah senjata orang mukmin adalah doa. Cuma kalau kita doa dah lama tapi tak dapat, mungkin ada kurang dengan cara doa kita itu. Jadi kena belajar.

Tapi, bukan itu sahaja doa saya. Ada lagi. Iaitu mengambil sunnah dari doa Nabi Zakaria. Doa Nabi Zakaria itu ada dalam surah Maryam.

إِذْ نَادَىٰ رَبَّهُ نِدَاءً خَفِيًّا
(Ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Zakaria berdoa kepada tuhannya dengan doa permohonan secara perlahan.
– Ini bermakna, dalam berdoa itu kita kenalah bersungguh-sungguh tapi dalam nada yang perlahan. Nada memohon betul-betul dengan Allah. Mengharap pertolongan dari Allah. Kita beritahu kepada Allah bahawa kita tidak ada tempat lain hendak meminta kecuali kepada Allah sahaja.

Jadi, bukanlah saya jadikan ayat Quran sebagai amalan azimat yang dibaca berkali-kali seperti yang dibuat orang. Mereka baca berkali-kali tapi bukan mereka faham apa yang mereka baca.

Husna anak Abba….

Tak tahu bilakah anak abah ni akan dapat baca kata-kata abah ni. Abah tak pandai menulis, jauh sekali memberi nasihat. Tapi Abah buat blog ni bila ibu mula mengandung dulu beberapa tahun yang lepas. Abah nak tinggalkan pesanan buat anak-anak abah. Abah tak tahu bila abah akan pergi …. Takut abah tak sempat nak pesan kepada anak-anak abah. Jadi abah nak pesan dalam blog sahaja. Sebab abah teringat pesan Nabi Yaakub kepada anak-anaknya dalam surah Baqarah:

أَمْ كُنتُمْ شُهَدَاءَ إِذْ حَضَرَ يَعْقُوبَ الْمَوْتُ إِذْ قَالَ لِبَنِيهِ مَا تَعْبُدُونَ مِن بَعْدِي قَالُوا نَعْبُدُ إِلَٰهَكَ وَإِلَٰهَ آبَائِكَ إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِلَٰهًا وَاحِدًا وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

(Demikianlah wasiat Nabi Yaakub) Kamu tiada hadir ketika Nabi Yaakub hampir mati, ketika ia berkata kepada anak-anaknya: “Apakah yang kamu akan sembah sesudah aku mati?” Mereka menjawab: “Kami menyembah Tuhanmu dan Tuhan datuk nenekmu Ibrahim dan Ismail dan Ishak, iaitu Tuhan yang Maha Esa, dan kepadaNyalah sahaja kami berserah diri (dengan penuh iman)”.

Abah harap anak-anak abah ada ilmu agama. Tahu apa yang patut dibuat. Jangan hanya ikut-ikut orang sahaja. Jangan ikut nafsu sahaja. Dunia sekarang amat susah nak menjaga agama. Banyak sangat dugaan. Banyak sangat pendapat. Masyarakat pandang kalau dah mengucap, dah boleh masuk syurga. Kata macam-macam perkara yang bukan diambil dari agama. Abah takut anak-anak abah pun terpesong. Abah takut anak abah tidak ada ilmu.

Abah harap abah boleh beri ilmu pengetahuan agama pada Husna. Tapi bila Husna dah besar, abah pun dah tua – itupun kalau abah ada lagi. Maka abah ambil kesempatan ini untuk bercakap-cakap dengan Husna.

Husna tahu tak? Dulu Abah takut juga untuk dapat anak. Sebab abah rasa abah tak layak nak mendidik anak. Macam juga abah tak suka kalau cikgu Sekolah dan pensyarah universiti tak pandai mengajar. Abah cakap dalam hati, kalau tak pandai mengajar, tak payah lah mengajar…. Tapi apa kan daya, Allah dah tanam dalam diri manusia untuk ada keinginan nak dapat anak. Itulah kelangsungan kehidupan dalam dunia. Kalau semua orang tak usaha nak dapat anak, bagaimana zuriat manusia akan bertambah?

Maka, ketahuilah Husna, bahawa nota-nota dalam blog ini adalah untuk Husna baca dan amalkan. Husna baca yer? Sehingga bertemu kembali. I love you so much.

 

Kuliah on The go March 15, 2014

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 12:32 am

Orang Islam bukan najis:
http://www.youtube.com/watch?v=d5NF2ik92Mg

Abu hurairah malu berada bersama Nabi. Sebab dia dlm junub. Nabi kata orang mukmin tidak najis.
Nak keluar majlis kena beritahu.
Abu Hurairah ditohmah kerana lambat masuk Islam.

Tidaklah haram melihat aurat suami isteri. Mengarut mana yang kata tak boleh.

Nabi membasuh kepalanya sehingga baginda dzan yang kepalanya telah kena air. Bukan sampai tahap yakin.

 

Jangan sebut ‘nasib baik’.

Sebutlah taqdir Allah. Jangan juga kata ‘secara kebetulan’. Sebab tidak ada kebetulan. Semuanya taqdir Allah.

 

Solat cara Nabi:

Nabi pegang lutut semasa solat.
Turun tangan dulu atau lutut dulu? Dua-dua ada hujah. Dua-dua boleh pakai. Tapi ahlul hadis pakai turun tangan dahulu.
Masa sujud, rapatkan kaki. Hadis riwayat Aishah yang cari Nabi malam hari. Sentuh kaki Nabi.

 

Jalan yang selamat:

Kena lawan ahlul bidaah dengan tangan, dengan lisan dan dengan hati. Bukan tengok sahaja.
Jangan kita dengar kata kata orang bidaah. Kerana hati kita lemah. Boleh terpesong. Bukan kita yakin boleh tapis. Allah akan beri azab kepada orang baik dan orang jahat sekali kalau kita tak halang.

 

Solat atas bumbung

Jawap Syiah yang kata kena solat atas tanah. Sesat. Imam Bukhari bawa hadis bagaimana Nabi pun solat bukan sentiasa atas tanah atau batu.

Tentang mimbar Nabi. Nabi khutbah tak pakai tongkat.

 

Hukum belajar sihir adalah haram:

Kecuali kata ulama, dibenarkan kepada orang tertentu contohnya hakim. Supaya dia tahu kalau ada orang yang amalkan sihir.

Ahli perang Badr adalah VVIP pada zaman Nabi dan sahabat. Kerana mereka telah berperang menegakkan Islam awal-awal lagi.

 

Kisah tentang kubur:

Kena selalu mohon selamat dari azab kubur.

 

Musuh-musuh tauhid:

Dari surah al-an’am. Tentang musuh pada rasul.
Maksud syaitan dari syaitana yang bermaksud melampaui batas Allah.
Setiap kebenaran ada musuhnya.
Ibn Jawzi kata kalau ibadat itu salah, syaitan akan mencantikkan baginya dan tidak ada gangguan dan dia akan sedap buat amalan itu.
Ada dua bisikan: malaikat dan jin. Bisikan syaitan dari mula lahir sampai nyawa nak keluar. Dia nak sesatkan kita juga.

 

Orang yang jahil percaya khurafat:

Tidak boleh perasaan tak sedap hari menghalang kita dari melakukan sesuatu.

 

Tafsir Fatihah:

http://www.kalamullah.com/al-fatihah.html
Makna bismillah.
Tidak ada dalam agama lain.
Quran dalam bahasa yang hidup. Bukan macam kitab dulu.
Tak complete. Kena taqdir. Jadi boleh gunakan dalam semua keadaan.
Ba ada 20 kegunaan. Dalam basmalah ini, ulama mengadakan ada dua kemungkinan: ba’ musahabah atau istianah.
Ba’ musahabah bermaksud kita hendak mendekatkan diri dengan Allah. Bermaksud dalam pekerjaan yang kita hendak buat ini, kita mengharapkan keberkatan dari Allah.
Ba’ istianah pula bermaksud kita mengharapkan pertolongan Allah dalam kita nak buat kerja itu.
Aku buat hanya dengan nama Allah. Tidak ada elemen lain. Ada elemen ikhlas disitu. Keluar dari syirik.
Kita sebenarnya berdoa dalam basmalah yang ringkas ini. Kena tahu dengan hati bahawa kita sedang berdoa.
Dalam setiap perkara kita kena mulakan dengan basmalah.
Ianya adalah juga zikr.
Dari awal lagi kita sudah menyatakan Allah lah sumber barakah dan pertolongan. Hanya Allah sumber hidayah kerana kita nak baca Quran kerana mengharapkan hidayah. Kita hanya mengharap kepada Allah sahaja. Kita kena sebut dengan sedar. Kita declare hubungan kita dengan Allah. Kita tidak ada apa tanpa pertolongan Allah. Kena sedar apa yang kita sedang doakan dan sebutkan.
Jangan kita kata ‘dengan rakyat, dengan nama itu dan ini’.
Apabila kita kata basmalah, maka kita akan menilai samada perbuatan yang kita buat itu adalah halal atau tidak.

Mulakan dengan Allah yang general dan kemudian lebih spesifik.
Dengan sebut basmalah, sepatutnya kita tambah sayang kepada all adab ubah diri kita.

Ucapan alhamdulillah yang kita ucapkan itu lebih baik dari apa nikmat yang kita dapatkan. Allah yang gerakkan kita untuk ada rasa syukr itu. Dan ucapan itu akan kekal.
Allah beri nikmat kepada semua orang tapi yang rasa syukr itu tidak semua.

Rabb banyak makna. Semua terpakai untuk Allah.
Memiliki. Segalanya. Maka kena sembah dan harap kepadaNya.
Mu rabbi. Tarbiyah. Yang menjadikan sesuatu lengkap. Macam Allah jsdikan kita berperingkat.
Yang mencipta. Tanpa contoh.

Allah suka kalau kita minta kepada nya. Kalau manusia kita banyak minta dia akan lemas juga. Tapi kalau kita banyak minta dengan Allah, itu menunjukkan kita mengharap kepadanya. Tidak berkurang langsung perbendaharaan Allah kalau Dia beri kepada kita. Lain dengan manusia. Allah beri pun tidak mengharapkan balasan dari kita. Tidak ada motif lain. Dia pun tahu apa yang kita perlukan. Sia akan berikan apa yg kita perlukan. Sebelum kita minta pun Allah dah tahu. Sebelum kita pandai meminta pun. Macam bayi bukan tahu nak minta. Allah sentiasa ada untuk memberi. Manusia ada masa tak boleh nak tolong pun.
Allah terlibat dalam setiap detik hidup kita. Itulah yang Allah hendak ingatkan kita dalam fatihah.

Alam adalah tanda kepada kewujudan Allah.

Aalamiin rujuk kepada manusia dan jin. Sebab ayat Nabi pemberi peringatan kepada aalamiin. Dan itu hanya jin dan manusia.
Ada yg kata seluruh alam. Sebab banyak alam.

Pisahkan antara rabb dan alam. Maka tidak akan bersatu dgn rabb. Distinction.
Tuhan kepada semua. Tidak ada tuhan sesuatu puak. Bukan tuhan muslim sahaja.

Kemanisan iman kpd mereka yang redha dengan Allah, Islam dan Nabi.

 

Perkara yang menghalang khusyuk dalam ibadat.

Pertamanya pergi kepada tukang tilik dan yang mengamalkan sihir. Banyak tok bomoh kat Malaysia buat macam ini. Mereka kononnya baca ayat Quran. Tapi mereka tambah dengan mentera lain. Dan ada yang ubah dan pusing ayat Quran.

Tamimah adalah tangkal azimat. Dinamakan Tamimah kerana dari segi bahasa, bermaksud ‘Menyempurnakan apa yang dimaksudkan’. Banyak yang buat dengan tulang dan sebagainya. Tapi ada juga yang guna ayat Quran. Itu pun tak boleh juga. Sebab hadis larangan dari Nabi dalam bentuk umum. Tidak memberi ruang untuk tangkal walaupun dengan Quran. Maka ini adalah syirik. Antara tangkal adalah letak pisau gunting bawah tilam bayi sebagai pelindung. Sepatutnya bacakan zikir pagi petang kerana boleh kita bacakan kepada orang lain juga.

Ada pula pakai cincin atau tasbih kayu Koka kerana percaya boleh terhindar dari kebaikan. Itu adalah kepercayaan salah.

Lagi satu: meminum air za’faran. Itu pun kepercayaan. Itu termasuklah air yang dimasuk 30 juzuk Quran. Sekarang musim Quran dibacakan untuk melariskan barangan jualan.

 

Kepentingan khusyuk dalam solat:

Amalan yang mula-mula dihitung pada hari kiamat adalah solat. Kesempurnaan bukan pada pergerakan sahaja tapi hadhir hati dalam solat. Kalau solat dah sempurna, barulah dihitung amalan yang lain.

Sahoon: ada tertinggal solat. Melambatkan solat. Lalai rukun dan syarat solat. Juga melalaikan khusyuk dalam solat. Itu termasuk dalam perbuatan golongan munafik. Mereka solat dalam keadaan malas. Dan kerana mereka hendak menunjuk kepada manusia lain. Bukan kerana Allah.

Solat yang khusyuk boleh menghalang manusia dari buat perkara yang mungkar. Kalau seseorang itu solat tapi buat perkara jahat juga, itu adalah kerana solat dia sia-sia sahaja. Tidak menambah kebaikan pun. Asal siap sahaja. Jadi kita kena didik anak kita untuk solat dengan sempurna. Jangan hanya ajar anak solat sahaja tapi tak lengkap. Kalau makanan pun, kita nak makanan yang boleh dimakan.

Tafahhum.
Ta’zim. Membesarkan Allah.
Haibah. Gerun. Di hadapan yang hebat.
Raja’
Malu. Berapa banyak kita dah berjanji dengan Allah tapi kita tak tunaikan.

Syarat Syukur ada tiga. Dengan hati, dengan mulut dan dengan perbuatan. Bukan cakap dengan mulut sahaja.

5 fitrah untuk orang Islam. Islam memeningkan kebersihan dalaman dan luaran. Ini adalah tentang kebersihan luaran.

1 Khitan. Tempat kotoran.
Potong bulu ari-ari. Depan dan belakang. Tempat kotoran dan najis berkumpul. Ramai ulama menggunakan hadis ini dan hadis lain untuk mewajibkan Khitan. Ianya juga adalah syariat Nabi Ibrahim. Yang pasti wajib kepada lelaki tetapi bagaimana dengan perempuan? Ulama berbeza pendapat. Ada ulama yang mewajibkan juga kepada wanita. Aisyah pernah berkata bahawa apabila apabila bertemu dua Khitan, wajib mandi junub. Perempuan di Madinah dulu semua berkhitan. Nabi pun pernah bersabda bahawa ianya wajib bagi perempuan dan mulia untuk wanita. Jadi ianya tidak wajib.
Bila nak Khitan? Ada riwayat yang kata Nabi Khitan kan Hasan dan Hussein pada hari ke7. Tapi riwayat itu ada masalah. Kerana perawinya dhaif. Yang mana ada tambahan mengatakan dikhitan hari ke7 adalah lemah. Wajib sebelum baligh. Masyarakat Arab biasanya akan Khitan semasa kanak-kanak lagi. Riwayat Nabi dilahirkan siap dah Khitan ada masalah. Maka tidak boleh digunakan sebagai hujah.
2. Cukur bulu ari-ari. Tapi tidak ada riwayat yang kata kalau tak cukur 40 hari syaitan bergayut. Yang penting, apabila dah panjang, cukur.
3. Menyimpan janggut dan Memotong misai. Mengganggu ciptaan. Potong supaya jangan Serabut. Ianya adalah perhiasan lelaki. Misai potong, bukan cukur. Dan mengelakkan dari sama dengan agama Yahudi.
4. Potong kuku. Makanan tak lekat. Untuk jaga kesihatan. Apa yang syariat ajar ajar ada kebaikan. Yang ada ajar jangan potong sekian sekian hari adalah merepek. Begitu juga yang ajar susunan jari untuk potong kuku. Tidak ada turutan. Kalau ada pun kalau mulakan dengan kanan kerana Nabi mengajar mulakan dengan kanan dalam perkara baik.
5. Cabut bulu ketiak. Hadis menyebut ‘cabut’, bukan cukur.

Botak memanjang, dah macam agama Buddha pula yang menjadikan botak sebagai sebahagian dari agama mereka. Yang dalam Islam cuma selepas haji dan umrah.

 

Keutamaan hari Jumaat

Hari Jumaat lagi mulia dari hari raya eidul Fitri dan eidul Adha.
Manakah saat yang dikatakan doa akan dimakbulkan? Ada hadis tapi ada yang lemah. Iaitu yang kata apabila khatib naik mimbar. Yang kuatnya adalah selepas asar. Duduk di masjid selepas asar dan tunggu maghrib.