We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Notebook lama September 26, 2011

Filed under: Diary — visitor74 @ 11:36 am

baru jer return notebook that i’ve been using all these while. HP notebook. tak sangka rupanya dah 4 tahun aku pakai. ingatkan dalam 3 tahun jer. still in good condition. i have no complaints on it. notebook tu memang boleh pakai lagi. masih laju lagi. masih elok lagi. err, taklah cantik sangat dah. hari hari dok pakai kan. tak lekang dengan aku. memana aku pegi aku akan bawak. tak kira la travelling dalam negeri, luar negara dan sebagainya. mesti bawak. running vista. orang dok kata vista ni tak stabil. tapi aku pakai takde masalah pun, boleh jer pakai. tapi aku dok kena tweak la sket. kasi dia laju. dan sebab nak bagi laju, OS dia jadi tak cantik.

sekarang dapat plak notebook cantik dan comel. tapi bukan notebook pun. netbook. Vaio. so ada kurang power sket. so nak pakai ni nak kena belajar perangai dia. takleh nak pakai semberono jer. yang bestnyer, dia kecik sangat. takde lagi lah aku tengok netbook senipis ni lagi. dan kalau dalam kategori netbook, aku rasa dia ni lah yang paling laju. cuma notebook dia dah setahun dah. so taklah baru sangat. so mungkin lah dalam pasaran ada lagi yang lagi canggih dan power. aku takdelah nak check sangat. bab ni aku tak pandai sangat.

 

Johny English Reborn September 24, 2011

Filed under: Movies — visitor74 @ 11:40 pm

20110924-114029.jpg
Mr Bean ataupun Rowan Atkinson sekali lagi berlakon filem. with his classic stupidity. memang dah macam tu style dia. kali ni menceritakan bagaimana johny keluar daripada tempat dia menghilangkan diri di shaolin temple sebab dia dah buat silap kat satu assignment dia. tapi ada orang cuma nak communicate dengan dia sahaja jadi dia telah dipanggil semula untuk bertugas di MI6. aku tak tau la macam mana dia boleh jadi agent in the first place. memang rosak semua kalau dia ada. ada jer tak kena. tapi sebab dia nasib baik kot, asyik menjadi jer kat akhir akhir apa apa yang dia buat. pulak tu, boleh dapat awek cun pulak tu.

cerita pasal ada orang dalaman yang jadi jahat. buat duit dengan jadi pembunuh upahan la plak. dia ni kawan sekerja johny. jadi johny tak sangka yang dia ni musuh dalam liputan. kita pun kekadang macam tu. tak sangka kawan yang kita ingat akan selamatkan kita, rupanya dialah yang menyebabkan kita jadi pasal. itu bukan kawan namanya. entahlah, ni orang la citer kat aku, bukan aku punya experience ni. takde lagi pengalaman yang manis macam tu. aku masih lagi percaya kat kawan kawan aku. tak taulah kot kot aku tak kena lagi.

 

Wu Xia

Filed under: Movies — visitor74 @ 11:35 pm

dah lama tak tengok movie lawan lawan cina. donnie yen is one the prolific fighther at the moment. banyak movie menarik yang melibatkan dia. kalau dia lawan, memang menarik sangat.

so in this movie, donnie yen berlakon jadi orang yang tak tahu nak kungfu. aku dah mula rasa kenapa plak ni? takkan donnie yen tak tau nak lawan la pulak? tapi rupanya dia berlakon tak tahu lawan sebab dia nak meninggalkan dunia kungfu dia yang penuh dengan kesilapan kesilapan lalu. sebab dia ni dulu gangster tahap gaban punya. bunuh orang tak ingat. macam bunuh lipas jer. tapi dia dah insaf dah dan sekarang dia tinggal dengan famili baru dia yang tak tahu pasal masa lampau dia. dia jadi orang biasa jer, buat kertas for a living.

tapi ada lah pulak orang jahat nak mencuri kedai masa dia ada kat situ dan dia terpaksa jugak lawan. tapi sebab dia memang power habis, dia buat macam dia pandai lawan jugak. jadi orang yang tengah tengok dia kalahkan dorang tu akan rasa macam dia memang tak reti nak lawan. so selamat lah dia.

tapi pegawai penyiasat yang menyiasat kes tu pulak mungkin banyak tengok citer CSI dan dia rasa ada benda tak kena. dia ni pulak memang pandai tahap detektif conan, jadi macam macam benda dia check. maka terbongkarlah rahsia donnie yen. sampai famili lama dia yang ganas macam mafia tu cari dia balik. sebab dorang nak dia kembali jadi gangster. mana boleh senang senang jer nak tinggalkan famili macam tu.

tapi detektif tu cuba juga membantu donnie yen menyelamatkan dirinya. yang sedihnya sampai hero kena potong satu tangan dia sebab dia taknak balik ke famili mafia dia. udahlah kena potong tangan sendiri, pulak tu kena lawan lagi. kesian dia. tapi ini donnie yen lah, memang power punya. dengan tangan satu pun dia boleh lawan lagi.

satu benda yang menyebabkan detektif tu tahu yang donnie adalah pengamal kungfu adalah sebab dia perasan yang chi dia kuat. sampai lalat pun takleh nak hinggap. menarik tul. cemana aku nak naikkan chi aku ha? rasa cam nak belajar chikung jer lepas ni. hehe.

 

The Adjustment Bureau

Filed under: Movies — visitor74 @ 5:10 pm

20110924-051004.jpg

Lama dah tak buat movie review. bukan aku tak tengok wayang atau movie dah, tapi malas la pulak nak buat review. aku akan cuba review balik mana mana movie yang aku tertinggal tu.

ni movie yang baru. tengok kat wayang. tengok sebab dilakonkan oleh Matt Damon, yang setakat ni takde lagi movie dia yang tak suka tengok. menarik konsep movie ni. memanglah tak masuk akal. tapi macam real jer. cerita dia pasal sebenarnya dalam dunia ni, ada biro atau segolongan makluk yang rupa macam manusia, tapi dorang boleh pulak ubah realiti kehidupan kita ni. kalau dia rasa kita akan buat keputusan yang tak berapa betul, dorang akan interfere. mengarut kan? movie ni bayangkan mereka ni seperti malaikat la konon. nak menolong manusia sebab diarahkan oleh ‘orang atas’: konon tuhan la tu. mengarut sungguh.

tapi macam biasa, aku suka tengok movie malas nak pikirkan sangat pasal betul ke tidak jalan cerita tu dulu. masa menontonlah. lepas tu, baru aku pikirkan balik, apa agaknya yang ditonjolkan oleh pembuat filem tu? adakah masuk di akal? adakah ianya akan merosakkan pandangan masyarakat? adakah ianya nak mengutuk islam dan sebagainyalah. takkan nak tengok kosong jer, buang masa kan?

takde pengajaran sangat yang boleh diambil daripada movie ni. sebab dah tak masuk akal. dapat tengok cinematography jer la. yang menarik pulak tu. best jalan cerita movie ni. bayangkan kalau betul, he he he.. makhluk makhluk ni dulu claim kalau dorang tak ambik pendekatan macam tu, iaitu dengan involve dalam keputusan manusia, maka itulah terjadinya benda benda yang tak elok. macam perang dunia dan sebagainya.

Matt Damon ditemani kali ni oleh pelakon wanita bernama Emily Blunt yang aku tak kenal. mungkin filemnya sebelum ni tak box office. tapi lepas ni aku rasa dia akan lebih dikenali lagi dalam dunia perfileman.

 

Against All Enemies’: A Tom Clancy book

Filed under: Books — visitor74 @ 5:01 pm

I don’t remember reading any of his books. probably. he’s a well known author. background of this book:

“Against All Enemies” centers around the world of Moore, a former Navy SEAL and CIA paramilitary operations officer. The book opens with a devastating attack off the coast of Pakistan. A U.S. ship carrying a Taliban prisoner finds itself suddenly under attack in a scene that’s signature of Clancy.

menarik jugak baca buku ni. aku baca pakai Kobo apps dalam iphone. pasal espionage. benda benda macam James Bond la kan. pasal bagaimana planning agent macam mana nak kalahkah musuh. cuma yang bestnya buku ni pasal terrorist pun ada jugak. dan kalau terrorist tu mestilah orang islam kan. sapa lagi. mesti nak kena kutuk jugak orang islam ni. dan dia buat macam orang islam terrorist tu buat sebab ada ajaran dalam islam ada benda tu.

ini perkara biasa. dalam media pun diceritakan benda macam tu. kalau movie tu, banyaklah pasal memburukkan islam ni. mesti nak tunjuk macam islam ni agama yang tak bagus, atau orang arab tu macam bodoh bodoh sikit. jadi kita sebagai orang islam mestilah mempertahankan islam ni, dan memberikan pengajaran yang betul kepada orang bukan islam. biarlah mereka lihat islam dan orang orang islam ini adalah agama dan orang yang bagus bagus belaka. aminnn.

 

Kekadang tu payah jugak nak jawap

Filed under: Ilmu,Monolog — visitor74 @ 4:46 pm

kekadang tu adalah jugak yang bertanyalan soalan soalan agama kat aku. bukanlah aku pandai sangat, tapi entahlah, sebab aku boleh jer jawap. bukanlah maknanya jawapan betul, tapi idaklah garu kepala sangat masa nak jawap tu. selalunya soalan yang senang jer nak jawap. benda yang telah ditetapkan oleh agama. perkara fardhu ain.

tapi dalam agama ni, banyak pendapat berkenaan fiqah dan pegangan. macam macam pendapat. sampai aku kekadang tu terpikir, mereka yang mualaf yang baru masuk agama islam ni, mesti pening sebab macam macam pendapat ada. tak tau mana yang betul. mazhab kita pun banyak, mesti dorang tak tau mana nak ikut. bukan hanya antara mazhad berbeza pendapat, tapi dalam sesama mazhab tu kekadang ada perbezaan pendapat. ini bukanlah perkara yang menghairankan. memang ada yang tanya aku kenapa dalam islam ni banyak pendapat? bukan apa, kita semua ni diberikan oleh Allah otak untuk berfikir, jadi memanglah kita akan berfikir. dan dalam Quran dan hadith, bahasa yang digunakan adalah tidak boleh difahami dengan mudah oleh semua orang. dan ilmu dan pemahaman semua orang tidaklah sama. jadi pemahaman mereka kepada sumber sumber agama yang ada adalah berbeza. maklumat yang mereka terima juga tidaklah sama. contohnya, mungkin mereka tidak mendapat ataupun membaca hadith yang sama. jadi itu akan menyebabkan banyak pendapat yang berbeza.

kekadang tu ada orang bertanya aku pendapat tentang sesuatu dan aku bagi jawapan. berdasarkan apa ilmu yang aku ada. tapi ada yang tak dapat nak terima sebab macam lain sikit. ataupun lepas tu dorang baca kat tempat lain, atau tanya kat orang lain, lain pulak pendapatnya. bukanlah aku nak kata pendapat aku ni betul sangat, tapi sumbernya adalah boleh dipercayai. pendapat lain pun aku tahu jugak, tapi pada aku, tidaklah tepat. sebab kita ni selalunya dah biasa dengan sesuatu pendapat berdasarkan kebiasaan yang dah biasa dibuat, sampai kalau ada pendapat yang lain sikit susah orang nak terima. contohnya kenduri arwah. dalam islam sebenarnya takde. bukan setakat takde, tak elok dibuat sebab menyusahkan orang. bayangkan kalau ada kematian, dan keluarga yang ditinggalkan tidak berkemampuan sangat nak buat kenduri. bukankah susah kalau buat kenduri? tambahan pulak kalau duit buat kenduri itu pulak diambil dari tinggalan anak yatim simati. sudahlah tak banyak, kena ambik untuk jamu orang lain pulak. bagaimana kalau yang mampu, elok buat atau tidak? elok tak buatlah. sebab kalau mereka buat, jadi itulah sebabnya orang lain terpanggil nak kena buat. cuba kalau semua orang tak buat, tak jadilah janggal kalau tak buat kenduri arwah ni kan?

jadi inilah antara benda benda yang baru kita tahu lepas kita belajar lagi banyak. sebab takat belajar biasa jer, bukan semua kampung buat kenduri ke? sikit sikit kenduri itu ini. tapi apabila kita bukakan pandangan kita dan berani untuk menerima pendapat orang lain, maka akan terbukalah ilmu ilmu yang lebih benar. yang pada akulah. terpulang kepada mereka yang mahu mendengar. kalau tak nak susah pikir, tak payahlah tanya.

lagi satu, pasal solat. kita bukannya belajar betul betul solat masa belajar kecik kecik dulu. belajar lebih kurang jer. yang mengajar pun tak tau apa yang benarnya. benarnya adalah bagaimana cara rasul sendiri solat. ada benda benda yang kita tak tahu kalau tak belajar. nak mengajar pun susah jugak. sebab orang dah biasa buat sesuatu perkara sampai kalau citer benda yang tak biasa didengar, mestilah orang akan lain macam.

itulah dia. payah jugak nak citer kat orang lain. aku try to simpan sendiri. tapi kalau nampak orang tak tahu tu, kesian jugak aku. takkan nak simpan ilmu sendiri.

bukanlah aku ni baik sangat. banyak lagi nak kena betulkan. banyak lagi dugaan dunia yang masih mengganggu. tapi pada aku, ilmu mestilah dipelajari. buat tak buat tu, terpulang kepada iman. jangan nanti bila dah tua nanti, nak beramal, tapi semua hapah benda tak tahu. baru nak belajar, mana nak sempat. sempat buat benda yang salah jerlah dulu. lepas tu heran. mengadu “selama ni tak tahu pun….” memanglah tak tahu, kau taknak belajar. jadi luangkanlah masa di masa umur muda, dimasa kepala otak masih lagi fresh nak terima ilmu dan banyak lagi masa nak amalkan. takkan nak buat benda yang salah jer kan?

 

Jajah ke tidak ha?

Filed under: Current Affairs,Monolog — visitor74 @ 2:52 pm

takde la plak orang tanya pendapat aku, sebab buat apa dorang na tanya kan? yang tanya pun kalau kalau aku dah tanya mak mertua aku. tapi aku tak dapat sembang lama dengan dia. so biarlah aku bagi pendapat aku sendiri.

negara ni memang tak pernah lekang dengan isu isu semasa yang akan membuatkan kita berpikir, tergelak, geram dan sebagainya. aku dah ambik pendekatan jangan nak marah dengan benda benda ni sebab semuanya macam untuk menghiburkan kita. dan membuatkan kita terpikir mencari jawapannya. cuma tak best tu manusia ni kalau dah jenis gedeber tu akan buat pasal jugak. nak marah, nak maki dan caci. pendek kata, macam ntah apa apa. macam dia sorang yang pandai. macam dia dah masuk 17 universiti dan jadi dekannya.

ni sekarang ni aku cakap pasal samada malaysia ni dah kena jajah ke tidak. ada yang lagi pandai mengulas aku rasa. tapi inilah pendapat aku. Kita memang kena jajah pada masa singkat pada kertasnya. ada masa yang kita dijajah lama selepas portugis menjajah kita. tapi british jajah kita kejap sahaja. selebihnya kita jadi protectorate jer.

tapi itu atas kertas lah. berapa banyak orang cakap tapi maksudnya lain. tulis officially macam ni, tapi dalam prakticalnya lain amalannya. itulah dia sejarah jajahan kita. kalau baca literally, memanglah agaknya kita tak kena jajah. tapi pada dasarnya, macam itulah jugak. masa tu, kita tak dapat nak buat keputusan 100% ada bangsa lain yang buatkan keputusan kepada kita. ada harta benda hak kita yang diambiknya dan dijadikan retenya. ada orang orang kita yang ditindasnya, tidak diberikan haknya. ada yang bagus, ada yang tidak. macam jugak semua benda. kalau nak kaji semua, tak dapatlah kita gambaran penuhnya. tapi kaji kena kaji. nanti akan ada banyaklah buku pasal benda ni nanti. kita akan baca nanti kalau ada kesempatan. tapi itu akan menjadi satu pendapat dari satu pihak. adalah pulak pihak lain buat buku yang lain pulak ceritanya. tak habis habis. all these area academics.

apa yang nak kita ambik pelajaran? itu yang penting. mereka tidak menjajah kita sekarang sebab mereka dah takde kat sini dah. kita boleh buat keputusan sendiri dah. tak payah nak check dengan dorang lagi dah. pada zahirnya.

tapi adakah kita tidak terjajah fikiran kita lagi? sekarang mereka menjajah kita secara halus. ada perkara agaknya yang kita tak boleh buat sesuka hati sebab kalau kita buat, mereka tidak suka. maka mereka tidak lagi bagi bagi duit kat kita. dah taknak berniaga lagi dengan kita. atau tulis dalam media tak suka kat kita. dan kita pun menggelabah.

atau mereka menjajah fikiran kita dengan memberi idea kepada kita apa yang perlu kita buat. apa kita perlu pakai. apa kita perlu fikirkan. sampai kita terikut ikut mereka sebab kita nak jadi macam mereka. sampai kita buat benda yang mungkin salah di mata agama. agama lagi jauh pulak dengan kita. kita ikut mereka lagi banyak dari kita ikut pendapat agama. tak kira jajah ke tu?

dan janganlah kita asyik nak maki maki orang. panggil orang lain kangkung ke apa… sapa kita ni? pandai sangat ke kita? baik sangat ke kita? huduh sangat ke orang lain sampai kita benda nak tengok dia pun? marilah kita melihat perkara ini sebagai perkara yang boleh menyebabkan kita tahu lagi banyak tentang sejarah negara kita. bukan medan nak mencaci cerca.