We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 90&91 Bab Sutrah Imam Merupakan Sutrah Orang-Orang Di Belakangnya September 19, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 11:54 am
Tags: , , , , , ,

أَبْوَاب سُتْرَةِ الْمُصَلِّي

BAB-BAB SUTRAH ORANG YANG BERSEMBAHYANG

بَاب سُتْرَةُ الامَامِ سُتْرَةُ مَنْ خَلْفَهُ

Bab 63 Sutrah Imam Merupakan Sutrah Orang-Orang Yang Dibelakangnya

Banyak orang tak tahu tentang sutrah ini. Sebab itulah ramai yang kita lihat di masjid, sembahyang pakai ambil ikut suka mereka sahaja. Mereka tidak tahu bahawa itu bukanlah sunnah Nabi. Sampaikan ada yang solat betul-betul dekat dengan pintu masjid sampai menyusahkan orang yang hendak keluar masuk.

Antara tujuan kita solat dengan ada sutrah di hadapan kita adalah supaya khusyuk dalam solat. Ini salah satu cara.
Apabila kita sudah ada sutrah, kita hendaklah tahan kalau ada orang nak lalu diantara kita dan sutrah kita.
Kalau mereka hendak lalu di hadapan sutrah, boleh lalu dengan rasa selesa.
Selain dari itu, kita akan mendapat pahala kerana mengamalkan Sunnah Nabi.

Hukum: Ada ulama kata sah solat seseorang itu walaupun dia tidak meletakkan sutrah di hadapannya semasa solat. Ini adalah pendapat Jumhur ulama. Tapi walaupun begitu, hendaklah kita tahu bahawa ada juga ulama yang kata tak sah solat tanpa bersutrah kerana Nabi sentiasa menggunakan sutrah apabila baginda solat.

Tajuk yang digunakan oleh Imam Bukhari ini adalah diambil dari lafaz hadis. Tapi dia tidak masukkan hadis itu dalam musnadnya. Ada dalam kitab lain. Walaupun dia menggunakan hadis itu di dalam tajuknya, tapi kedudukan tidak menepati syaratnya. Hadis itu statusnya Dhaif tapi maknanya betul. Itu sebab dia masukkan juga.

Kenapakah Imam Bukhari menggunakan tajuk ini? Seperti kita telah belajar banyak kali, ada makna yang mendalam dalam pemilihan dan penyusunan tajuk-tajuk dalam Sahih Bukhari ini. Shah waliyullah memberikan pendapatnya tentang kenapakah Imam Bukhari membawakan tajuk ini.
1. Dia hendak mengatakan bahawa Sutrah imam memadai untuk makmumnya. Maknanya, tidaklah perlu untuk makmum pun ada sutrah juga. Sebab sudah cukup dengan ada imam di hadapan.
2. Ketidakwajaran pendapat Imam Syafie tentang hadis riwayat Ibn Abbas di bawah. Imam Syafie mengambil makna dari hadis itu, bahawa tidak mengapa kalau tiada sutrah. Sebab pada pemahaman Imam Syafie, Nabi tidak mengadap dinding dalam hadis itu. Jadi pada beliau, Nabi tidak menggunakan sutrah dalam hadis itu. Tapi faham Imam Bukhari adalah: memang Nabi tidak mengadap dinding pada hari itu. Tapi masih ada lagi sutrah berbentuk lain. Macam lembing dan tombak. Sebab dari pengamatan beliau, baginda akan menggunakan benda lain sebagai sutrah. Hadis itu cuma menafikan penggunaan sutrah dinding. Bukan menafikan sutrah terus. Cuma pada hari itu, Nabi tidak menggunakan dinding sebagai sutrah, tapi Nabi masih lagi pakai sutrah.

Ada juga yang kata itu dalil tidak wajib sutrah. Pendapat ini dipegang oleh Hafiz Ibn Hajar dan Imam Baihaqi. Itu adalah pemahaman ulama-ulama yang berbeza tentang hadis yang sama.

Hafiz Aini kata perkataan ‘ghairu’ dalam hadis itu penting. Ianya digunakan sebagai sifah. Apabila ada sifah, mestilah ada mawsoof. Ini adalah pengajian dalam bentuk nahu bahasa Arab. Oleh itu, kata beliau, dari penggunaan bahasa yang digunakan, Nabi mengadap kepada sesuatu yang ‘bukan dinding’. Tapi ada sesuatu yang digunakan sebagai sutrah. Ini adalah sama dengan pendapat Imam Bukhari. Mungkin Ibn Hajar dan Baihaqi tak nampak sebegitu. Mereka pun ulama yang hebat juga.

Biasanya, apabila Nabi solat di masjid nya, baginda akan mengadap dinding. Tapi kejadian dalam hadis ini berlaku di Mina dimana Nabi tidak menggunakan dinding sebagai sutrah baginda. Tapi kebiasaannya, memang Nabi akan ada sutrah. Tak payah sebut dalam hadis ini kerana tidak perlu sebab Nabi sentiasa menggunakan sutrah. Takkan nak sebut sentiasa perkara yang telah semua orang tahu.

https://i1.wp.com/photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/189324_1290855688813_1752889223_490008_3805233_a.jpg

Contoh sutrah yang menggunakan dinding

Sahabat tidak tegur Ibn Abbas sebab dia tak buat salah. Sebab dia tidak lintas sutrah. Kerana mereka menggunakan Sutrah imam. Hendaklah kita tahu bahawa bukan imam itu sebagai sutrah. Tapi imam itu juga ada sutrah di hadapannya dan sutrah itulah sutrah kepada semua makmum di belakang. Ibnu Abbas telah lalu di hadapan sebahagian saf. Ada juga hadis yang kata Ibn Abbas lalu depan Nabi masa tu, tapi hadis itu tidak sahih.

Walaupun lafaz hadis yang digunakan dalam tajuk yang digunakan oleh Imam Bukhari diambil dari hadis yang dhaif, tapi apabila diambil dari makna hadis-hadis yang lain, maka ianya adalah makna yang benar dan boleh dipakai.

Mazhab Malik berpegang sutrah makmum adalah imam. Tapi pandangan itu tidak kemas. Ianya berdasarkan kepada riwayat yang lemah.

Maka pengajaran yang kita dapat dari ini adalah: tidak perlu setiap makmum ada sutrah masing-masing.

Kebanyakan ulama kata mustahab atau sunat pakai sutrah kepada selain makmum (apabila solat bersendirian). Imam Bukhari pun berpendapat yang sama. Tapi ada ulama yang kata menggunakan sutrah dalam solat adalah wajib. Yang berpendapat sedemikian adalah Imam Ahmad, Izzudin dan Imam Albani pun begitu juga.

463 حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِاللَّهِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ أَنَّهُ قَالَ أَقْبَلْتُ رَاكِبًا عَلَى حِمَارٍ أَتَانٍ وَأَنَا يَوْمَئِذٍ قَدْ نَاهَزْتُ الاحْتِلامَ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بِالنَّاسِ بِمِنًى إِلَى غَيْرِ جِدَارٍ فَمَرَرْتُ بَيْنَ يَدَيْ بَعْضِ الصَّفِّ فَنَزَلْتُ وَأَرْسَلْتُ الاتَانَ تَرْتَعُ وَدَخَلْتُ فِي الصَّفِّ فَلَمْ يُنْكِرْ ذَلِكَ عَلَيَّ أَحَدٌ

463. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Ibnu Syihab dari ‘Ubaidullah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah dari ‘Abdullah bin ‘Abbas bahwa dia berkata, “Pada suatu hari aku datang sambil menunggang keledai betina dan pada ketika itu usiaku hampir baligh. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang menjadi imam solat bersama orang di Mina tanpa ada dinding (tabir) di hadapannya. Maka aku lalu didepan sebahagian saf, aku lantas turun dan aku melepaskan keledaiku untuk mencari makan. Kemudian aku masuk ke barisan saf dan tidak ada seorang pun yang menegurku atas perbuatanku itu.”

Ibn Abbas hampir baligh dalam peristiwa ini. Ada pendapat yang mengatakan bahawa beliau berumur 10 tahun waktu itu. Walaupun waktu itu dia belum baligh lagi, tapi dia adalah seorang yang cerdik luarbiasa. Maknanya, waktu itu pun dia sudah faham tentang hukum agama dah.

Kejadian itu terjadi di Mina. Dalam Sahih Muslim, dikatakan ianya berlaku di Arafah. Tapi hadis yang mengatakan terjadi di Arafah itu tidak kuat. Sebab dalam Sahih Bukhari, dikatakan ianya terjadi di Mina. Dan Sahih Bukhari lagi tinggi tarafnya dari Sahih Muslim.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini.

  1. Keharusan datang ke tempat sembahyang dengan menaiki kenderaan. Ibn Abbas datang solat itu dengan menaiki keledai.
  2. Solat tidak terputus jikalau ada binatang yang lalu di hadapan. Dari lafaz hadis itu, kita dapat lihat bahawa Ibn Abbas mengenderai keldai itu masuk dalam saf solat. Selepas dia dah masuk baru dia lepaskan keldai itu pergi. Bermakna, keldai itu jalan sendiri waktu itu.
  3. Hadis ini menunjukkan sutrah makmum adalah sutrah imam. Kerana Ibn Abbas lalu di hadapan sahabat yang sedang solat waktu itu.
  4. Disyariatkan dalam Islam untuk mengambil sutrah lebih-lebih lagi di tempat lalu lalang.
  5. Kalau perbuatan sahabat tidak ditegur bermaksud ianya adalah tidak salah. Ianya adalah taqrir Nabi. Kalau Nabi tak tegur pun, tentulah para sahabat akan tegur. Sahabat akan tegur kalau ada perbuatan antara mereka yang salah. Itu memang perangai mereka. Mereka mempunyai sifat dakwah yang tinggi. Mereka takkan diam. Bukan macam kita yang takut nak ditegur.
  6. Solat budak yang belum baligh adalah sah.
  7. Belum baligh boleh solat saf pertama. Tidaklah sama dengan pemahaman masyarakat yang solat di masjid sekarang. Sampai
  8. Keharusan melakukan perkara yang kurang baik untuk mendapatkan kelebihan yang lebih besar. Berjalan depan orang sedang solat tentulah akan mengganggu solat orang lain sedikit sebanyak. Tapi jikalau untuk memenuhkan saf, adalah lebih tinggi lagi.

464 حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ يَعْنِي ابْنَ مَنْصُورٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا عُبَيْدُاللَّهِ بْنُ عُمَرَ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ الْعِيدِ أَمَرَ بِالْحَرْبَةِ فَتُوضَعُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَيُصَلِّي إِلَيْهَا وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ وَكَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِي السَّفَرِ فَمِنْ ثَمَّ اتَّخَذَهَا الامَرَاءُ

464. Telah menceritakan kepada kami Ishaq – yakni Ibnu Manshur – berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Numair berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Ubaidullah bin ‘Umar dari Nafi’ dari Ibnu ‘Umar, bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila keluar untuk salat ‘ied, beliau meminta sebuah tombak lalu ditancapkannya di hadapannya. Kemudian beliau salat dengan bersutrahkan tombak itu, dengan orang-orang salat di belakangnya. Beliau juga berbuat seperti itu ketika dalam bepergian, yang kemudian diteruskan oleh para pemimpin (Khulafa Rasyidun).”

Tombak itu lebih panjang dari lembing.
Inilah yang tunjukkan Nabi ‘selalu’ ada sutrah. Iaitu kalau tidak ada dinding, baginda akan menggunakan benda-benda lain sebagai sutrah.
Ada satu sutrah sahaja depan imam dan makmum tidak perlu kepada sutrah dah.

https://i2.wp.com/islam-facile.i.s.pic.centerblog.net/2a5fee2a.jpg

Contoh menggunakan sutrah di tanah lapang

Nabi akan solat di tanah lapang jikalau solat eid. Banyak kelebihan kalau berbuat begitu – antaranya ramai orang boleh datang. Apabila digunakan tempat lapang, ianya dipanggil musolla. Ramai orang boleh datang. Ada yang berpendapat bahawa perempuan yang sedang dalam haid dan tidak boleh masuk masjid pun boleh datang. Mereka tidaklah solat, tapi mereka menunggu di bahagian tepi sahaja.

Yang mengatakan bahawa pemimpin kemudian pun mengikuti amalan begitu, bukanlah dikatakan oleh Ibn Umar tapi anak muridnya, Nafi’. Penting kena tahu kerana tidak sama nilai kata-kata seorang tabein dan sahabat.

Khalifah kemudian membawa lembing sebagai lambang kebesaran. Walaupun mereka tidak memerlukan lembing itu sebagai sutrah. Maka asal perbuatan membawa lembing itu dari agama sebenarnya. Banyak perbuatan kita yang asalnya dari agama. Contohnya, konsep penjara diambil dari neraka. Nama hari diambil dari turutan kejadian alam dlm 6 hari. Sabtu diambil dari makna ‘rehat’. Itu adalah syariat yang dikenakan kepada bangsa Yahudi.

Pengajaran dari hadis ini:

  1. Keharusan membawa senjata. Antaranya untuk mempertahankan diri.
  2. Keharusan berkhidmat kepada pemimpin. Bilal yang membawakan lembing untuk dipacak. Menyenangkan pemimpin supaya mereka boleh fikirkan benda lain.
  3. Sutrah imam adalah sutrah makmum. Ini memudahkan mereka yang perlu bergerak dalam saf. Kadang-kadang seseorang itu terbatal wuduknya kerana terkentut atau sebagainya. Apabila dia tahu hukum ini, tidaklah dia rasa susah untuk berjalan keluar.
  4. Kebiasaan Nabi menggunakan lembing sebagai sutrah apabila solat eid di tanah lapang dan semasa baginda dalam perjalanan musafir.
  5. Selalu juga para pemimpin mengambil contoh perbuatan Nabi sebagai inspirasi mereka.
  6. Kalau bukan dalam perjalanan, Nabi tak pakai tombak atau lembing. Kalau solat di Masjid Nabi, baginda akan menggunakan dinding sebagai sutrah baginda.

465 حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَوْنِ بْنِ أَبِي جُحَيْفَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِهِمْ بِالْبَطْحَاءِ وَبَيْنَ يَدَيْهِ عَنَزَةٌ الظُّهْرَ رَكْعَتَيْنِ وَالْعَصْرَ رَكْعَتَيْنِ تَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ الْمَرْأَةُ وَالْحِمَارُ

465. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari ‘Aun bin Abu Juhaifah berkata, aku mendengar Bapakku, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengimani salat bersama para sahabat di daerah Bathha`, dan di hadapan baginda dipacakkan sebuah lembing. Baginda mengerjakan salat Zhuhur dua rakaat dan salat Ashar dua rakaat, sementara wanita dan keledai berlalu lalang di hadapannya.”

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Nabi pakai sutrah walaupun dalam musafir di tanah lapang. Tiada hadis yang kata Nabi tak pakai sutrah.
  2. Solat jemaah dilakukan samada bermukim atau musafir. Itulah sebabnya ada ulama kata jemaah wajib. Kerana Nabi dan sahabat tidak meninggalkan solat berjemaah.
  3. Biasanya Nabi akan jadi imam. Kalau baginda ada. Kerana itu adalah salah satu dari peranan baginda sebagai ketua negara. Orang dulu-dulu, memang ketua negara yang jadi imam. Cuma sekarang sahaja tidak dilakukan lagi, entah kerana apa. Mungkin kerana tidak tahu. Jadi, Nabi akan jadi imam kepada solat berjemaah, kecuali dalam keadaan tertentu seperti apabila baginda sakit.
  4. Dalam musafir, baginda akan qasar dan jamak. Dalam hadis ini Nabi melakukan jamak takdim kerana baginda solat jamak itu buat dalam waktu zuhr.
  5. Lembing letak di depan.
  6. Sutrah imam adalah sutrah makmum. Seperti telah dijelaskan sebelum ini.
  7. Tidak batal kalau ada apa-apa binatang atau manusia yang lalu lalang di depan sutrah.
  8. Sahabat suka berkhidmat kepada Nabi. Untuk memudahkan Nabi.

Klik untuk lompat ke hadis yang seterusnya.

 

Nota agama September 17, 2013

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 6:39 pm

Info ugama

Mozani, seorang ulama zaman dahulu mengatakan bahawa ada dua jenis taklid. Taklid ini adalah menerima pendapat tanpa kita tahu dalilnya. Satu boleh diterima, satu tidak. Kalau kita tanya pendapat seseorang yang kita tahu dia tidak akan memberi pendapat tanpa dalil, maka kita boleh terima pendaptnya tanpa kita tahu dalilnya.

Pada asalnya, dalam perkara adat tidak ada padanya bid’ah kerana bid’ah hanya berkait dengan perkara ibadat atau penghayatan agama (tadayyun). Namun ada ruang untuk wujudnya bid’ah dalam perkara adat jika ia dikaitkan dengan agama. Seseorang itu boleh mengadakan apa jua bentuk perkara berkaitan adat selagi mana tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan tidak mengandungi unsur yang haram. Apa jua jenis makanan boleh direka dan bagaimana cara untuk memasaknya juga asalkan halal.

dalam Shariah, dua perkara mesti diambil kira dalam dasar hukum, iaitu maqasid dan wasa`il, iaitu matlamat dan jalan mencapainya.

Izzudin kata tidak ada yang menyapu muka lepas berdoa melainkan juhala’ iaitu orang jahil sahaja. Macam qunut juga, kita tak sapu kat muka kan?

Tidak ada juga doa antara khutbah. Bilal kita sahaja ya g pandai pandai baca selawat. Kalau ada yg buat itu sebab dia dengar ada satu waktu dalam Jumaat yang dimakbulkan. Tapi pendapat kuat dari ibn Mas’ud, ianya adalah lepas asar hari Jumaat. Itulah sebabnya Nik Aziz lepas asar Jumaat tak boleh kacau dia.

Adakah kita semua ikut imam Shafie? Kalau ikut imam Shafie, perempuan bila keluar rumah kena tutup muka.

Kalau zakat harta, cukup nisab Kalau ada 14k.
Jangan meminta minta kalau kita mempunyai harta. Allah akan beri sepotong dr api neraka.
Keluarga Nabi tidak boleh menerima zakat. Zakat itu menyucikan harta dr syubhat. Contohnya kalau kerja x cukup masa. Ianya adalah kekotoran dr manusia. Oleh sbb itulah Nabi dan keluarganya tidak boleh menerima harta zakat.
Afdhal kalau boleh bagi zakat kepada kesemua asnaf yg 8. Tapi kalau tak boleh sampai lapan, takat yg mana boleh.

Ada cara duduk dalam masjid yg tidak boleh. Silang tangan. Bertongkat tangan. Sinsing lengan baju.
Rupanya perkataan mualaf tu merujuk kepada orang yang hendak dijinakkan hatinya kepada Islam atau berubat baik. Bukan hanya kepada orang baru masuk Islam. Kalau dah lama Islam dan dah mantap, maka bukanlah dipanggil muallaf lagi. Merujuk juga kepada orang kafir tapi nak nak jinak kan hatinya kepada Islam. Dan juga orang jahat yang kalau dia dapat duit zakat, maka dia akan jadi baik atau kurang jahatnya. Nabi pernah bagi kepada ketua kaum yang kaumnya tidak masuk Islam lagi.

Nabi tidak melakukan sunat dhuha berterusan. Aisyah kata x nampak baginda buat. Abu bakar pun x buat. Dan ada pendapat mengatakan bidaah. Tapi ada Hadith Nabi mengatakan dan menyuruh sahabat buat. Abu hurairah dan Nabi suruh sahabat yg x boleh sedekah utk buat.

Ada solat sunat 4 rakaat sebelum asar. Ghairu muakkadah. Tapi elok dibuat. Allah akan haramkan neraka untuknya.
Solat tatawu’ itu untuk menampung kekurangan dalam solat farhu. Dan Allah akan kasihkan hambaNya yg melakukannya.

Lepas solat sunat fajar, Nabi suruh baring atas lambung kanan. Tapi pendapat yang kuat adalah Nabi buat kerana baginda bersolat malam. Kalau Umar, dipukulnya orang yang berbaring tapi tak solat malam.

Kalau qada subuh, boleh buat terus, kecuali sunat fajar. Elok tunggu sampai matahari terbit sbb ada larangan solat pada matahari terbit, tepat atas kepala dan terbenam. Kecuali kalau di masjidil haram. Dan imam nawawi kata di tanah haram. So di hotel boleh solat bila bila masa. Dan di Madinah juga sbb Madinah adalah tanah haram. So boleh solat sunat di raudhah. Cuma Pak Arab akan marah la. Cuma jumhur kata tiada larangan solat itu hanya dia masjidil haram sahaja.

Solat witr amat amat dituntut. Elok sangat kalau buat. Allah akan sebut nama siapa buat witr kepada malaikat. Satu satu nya nama solat yg ada nama. Paling Kurang buat satu rakaat. Dan paling banyak ada 11 rakaat. Tapi Nabi tak pernah buat satu rakaat. Paling kurang baginda buat tiga rakaat. Lepas witr pun baginda pernah buat solat lagi. Mungkin sebagai nak tunjuk bahawa boleh buat solat lain lepas witr ataupun sebagai tambahan macam selepas solat fardhu baginda solat ba’diah. Ada doa qunut dalam solat witr. Ada pendapat kata 15 pertama bulan Ramadhan. Ada yang kata 15 terakhir. Tapi pendapat yang rajih adalah bila bila masa sahaja. Sekali sekala buat dan sekali sekala tinggal. Dan doa qunut tu bukanlah semestinya macam orang buat sekarang ni dalam solat subuh. Boleh dibuat dalam sujud.

Solat terawih adalah perbuatan Nabi dulu. Tapi Nabi hanya buat berjemaah samada dua hari atau tiga hari sahaja. Tapi baginda tinggalkan sebab takut diwajibkan keatas umat Islam. Semasa zaman Umar, umat Islam melakukan solat sendiri sendiri dan berkelompok. Maka Umar mencadangkan supaya digabungkan mereka semua dan dia melantik seorang atau setengah riwayat mengatakan dua imam sebagai imam. Dia berkata ini adalah nikmatul bidaah.

Pendapat mengatakan bahawa wajib qadha solat adalah pendapat imam Shafie berdasarkan hadith yang mengatakan bahawa wajib membayar hutang kepada Allah dan manusia. Tapi itu adalah hadith umum. Kalau yang beri hutang tak kata kena ganti bayar adakah perlu ganti? Pendapat Aisyah, Sufian at thauri dan banyak lagi mengatakan hanya bertaubat tanpa perlu ganti. Hadith kata qadha adalah hanya untuk tidur lupa atau salah.

Tidak boleh zikr jahr ayat: 205 surah al-A’raaf dan ayat 110 surah al-Isra’

Kalau sesuatu perbuatan itu baik, sudah tentu Nabi dan para sahabat dah buat dah. Jangan sangka kalau perkara itu baik adalah dalam syariat. Macam tiga sahabat yg datang jumpa Aisyah dan tanya ibadat Nabi dan mereka nak buat lebih lagi. Nabi panggil mereka balik bila Aisyah cerita kepada Nabi. Hadith ini ada dalam sahih Bukhari.

Mereka yg buat bidaah tu, tanya balik kepada mereka, amalan Nabi sendiri dah buat ke yg nak tambah tambah ni?

Berdosa besar kalau panggil orang wahhabi sbb wahhab itu nama Allah.

Imam nawawi kata hadis baca yasin di kubur itu la aslalah. Tidak ada asalnya.

Kalau anak baca Quran, ibubapa dapat pahala sebab mengajarnya.

Hadis Nabi melarang mengkhususkan qiyamullail malam Jumaat.
Maka ibadat yang telah tsabit pun Nabi larang mengkhususkan.

Memang ada kelebihan malam Jumaat. Macam mati pada malam Jumaat. Tapi tidak boleh mengkhususkan.

Kalau nak lebihkan amalan yang dibuat malam lain, ok. Macam Imam Syafie lebihkan selawat kepada Nabi.

Imam Ahmad mengatakan boleh membacakan Quran untuk orang mati dengan jalan tawasul.

Tentang niat:

Allah tahu niat kita. Tak perlu nak sebut dengan lidah.

Niat untuk buat ibadat.
Niat kerana Allah.
Niat kerana menurut perintah Allah.

Dari mana datang kekeliruan tentang lafaz niat dalam solat. Sila dengar kuliah YouTube diatas minit ke 30 keatas.

Menunaikan hak badan. Kalau jaga badan dan kesihatan dapat pahala.

Pembatalan iman.

Tafakur depan tugu negara adalah kufur. Bukan takat berhala sahaja.

Ada yang hina Quran dengan kata kalau ikut Quran sahaja akan mundur.

Redha dgn maksiat jadi maksiat. Redha dengan kufur jadi kufur.

Apakah Nazar. Tujuan nazar untuk mendekatkan diri kepada Allah. Benda yg sunat dijadikan wajib. Bukan untuk benda yang harus. Contoh: cukur kepala kalau dpt anak lelaki. Itu adalah salah. Cukur kepala ni hanya syariat kepada anak baru lahir dan selepas haji dan umrah sahaja.
Kalau nak nazar benda wajib pun tak boleh juga. Jadi tak boleh nak nazar solat lima waktu. Kalau nazar 40 tak tinggal solat jemaah, boleh. Sebab kita pakai pendapat yang mengatakan solat berjemaah adalah sunat muakkad.
Amalan putus ubat dengan sembelih ayam putih adalah syirik. Itu adalah contoh nazar yang syirik. Kerana sembelih adalah hanya kerana Allah taala sahaja. Ibadat berbentuk amalan. Ada dalam ayat nusuk. Wanusuki.

Makna taghut adalah dijelaskan dalam baqarah. Wali kepada orang kafir. Mengeluarkan mereka dari Nur kepada kegelapan. Maka sesiapa sahaja yang mengeluarkan manusia dari cahaya kepada kegelapan.

Amalan jahiliah sembelih untuk berhala. Zaman sekarang ada sembelih untuk semangat padi. Ada bagi untuk laut.

 

Berhati-hati memilih nama anak September 5, 2013

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 12:52 pm

Zaman sekarang, macam-macam nama manusia kita boleh lihat. Ada yang menggelikan hati. Ada yang sedap sangat sampai kita tak tahu apa makna nama itu. Ada yang panjang sangat sampai kita pun kesian kepada anak itu yang terpaksa mengeja dan menulis namanya pada borang nanti. Apakah tentang nama itu?

Ada nama yang mempunyai makna yang tak baik:
Hazan: sedih
Zaniah: penzina
Aasiah: derhaka. Buat maksiat.
Asiah baik.
Wati: setubuh.
Kena ambil kira kalau orang jawap macam mana.
Azli: celaanku.
Azlan: celaan
Fatin penimbul fitnah.

Ini terjadi kerana tidak tahu bahasa Arab. Pakai ikut sahaja nama orang lain. Atau pakai agak-agak sahaja. Ini memalukan orang agama dalam masyarakat kita. Nanti orang boleh kata, tidak ada orang alim ke di tempat dia?

Ada nama yang ada kaitan dengan tempat:
Bukhari. Tarmizi. Sayuti. Itu semua adalah nama tempat.
Orang Arab tak letak pun nama macam tu. Orang kita, sebab menyanjung tinggi kepada ulama-ulama itu, menamakan anak mereka dengan gelaran atau kuniah ulama-ulama itu. Tanpa menyedari bahawa nama sebenar mereka bukanlah nama gelaran mereka itu. Nama gelaran mereka itu diambil dari tempat asal mereka atau tempat mereka tinggal. Ini sama macam menamakan anak sebagai ‘Malaysia’, ‘Selangor, Negeri Sembilan. Lawak, bukan?

Ada nama terlajak molek: arah ke suci
Khairun nisa: bermakna ‘perempuan yang terbaik’.
Ini sudah lawan hadis. Nabi pernah berkata bahawa ‘khairun nisa’ adalah Asiah dan Fatimah. Jadi kalau kita kata kita ‘khairun nisa’, itu sudah tidak betul, sebab kita bukan perempuan yang terbaik. Atau kalau nama itu terlajak molek, itu dah angkat diri sendiri. Nabi tukar nama-nama sahabat yang sebegitu.

Mengandungi unsur syirik. Pun ada.
Abdul manaf: bermakna, hamba kepada Manaf. Padahal, manaf itu adalah berhala. Tak tahu ke?

Nama perempuan yang digunakan kepada lelaki atau sebaliknya.
Nur sebenarnya adalah nama untuk lelaki.

Tidak perlu meletakkan gelaran kepada nama:

Siti makna ‘puan’.
Sayed bermaksud ‘encik’. Jadi tak payah letak pun tak mengapa. Sebab bila dah kahwin nanti, secara otomatik, seorang perempuan itu akan dipanggil ‘siti’.

Nama yang bukan nama
Mashitah. Ini diambil sempena nama orang yang menjadi tukang sikat rambut Asiah, isteri Firaun. Tapi, benarkah itu adalah namanya? Sebenarnya Mashitah bermaksud Mak Andam. Itu adalah kerja dia, bukan nama dia. Ini sama seperti kita namakan anak kita Engineer, Doktor, Tukang sapu dan sebagainya.

Tiada makna:
Contoh: Izani

Ikut orang putih.
Aizat tu sebenarnya diambil dari Ishak
Jefry. Nama kita akan dipanggil di Mahsyar nanti. Malu kalau nama kita tak sesuai.

Nama yang lawak:
Syamsul bahri: Matahari Lautan. Apa maksudnya?
Hisham makna pecah
Nik bermakna kemaluan. Hairan orang Arab kalau bercakap dengan kita nanti. Mereka akan tersipu-sipu malu.

Ada makna yang mengandungi makna yang baik dan tidak. Ini boleh. Kita ambil makna yang baik.
Contoh: Zainab. Makna pengecut dan pokok yang bau wangi. Nabi bagi nama tu kepada seorang wanita.
Muawiyah. Makna penyalak dan pembela.

Nama itu ada doa. Kita mendoakan supaya seseorang itu jadi seperti namanya. Jadi kalau nama tak elok, tentulah tidak baik. Dan Nabi pun pernah kata: Haasinu asma akum – perindahkan nama kamu.

Tidak semestinya pakai nama Arab. Ada nama dalam bahasa lain yang membawa makna yang baik dalam bahasa itu.
Sirin
Fairuz
Rustam

Banyak nama yang salah eja
Saari
Nordin
Kamarul bahrin
Abdul kadir
Abdul Ghani
Samsul

Ada Nama khusus bagi Allah. Tidak boleh digunakan secara tunggal. Lainlah kalau ada ‘abdul’ sebelum nama itu.
Contohnya, Rahman dan Rahim.

Lepas buat blog ni, jumpa ada orang lain buat lagi bagus. Inilah dia: http://muhdhazrie.wordpress.com/2011/07/29/kesalahan-kesalahan-dalam-memberi-nama-anak-anak-sila-baca/

 

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 89 Bab Masjid-Masjid Yang Terletak Di Jalan-Jalan Madinah (Menuju Ke Mekah) Dan Tempat-Tempat Yang Pernah Nabi s.a.w Bersembahyang Di Jalan Itu

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 11:56 am
Tags: , , ,

بَاب الْمَسَاجِدِ الَّتِي عَلَى طُرُقِ الْمَدِينَةِ وَالْمَوَاضِعِ الَّتِي صَلَّى فِيهَا النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab Masjid-Masjid Yang Terletak Di Jalan-Jalan Madinah (Menuju Ke Mekah) Dan Tempat-Tempat Yang Pernah Nabi s.a.w Bersembahyang Di Jalan Itu

Ini adalah bab terakhir tentang masjid. Perkataan ‘masjid’ yang digunakan dalam tajuk ini bukanlah masjid yang sebenar. Semasa zaman Nabi dulu, tidak ada masjid, cuma tempat solat Nabi sahaja. Nabi berhenti sahaja di tempat itu. Tapi selepas itu ada yang dijadikan masjid. Ada yang jadi masjid, ada yang jadi musolla sahaja. Dan kebanyakannya tidak diingati lagi.

Imam Bukhari nak cerita bahawa tempat Nabi solat adalah berkat. Itulah sebab Ibn Umar cari tempat Nabi solat dulu. Ini dijadikan dalil kepada keharusan bertabarruk dengan kesan peninggalan Nabi-Nabi. Semua pensyarah Bukhari terima kebolehan tabarruk itu. Kita tak boleh anti-tabarruk. Itu adalah salah satu punca hubungan kasih sayang antara kita dan Nabi.
Tapi ulama membenarkan tabarruk asalkan dengan dua syarat. Pertama, tidak menganggapnya wajib untuk melakukan tabarruk. Dan kedua, tidak memandai menentukan pahala. Jangan kata kalau buat begini, begini akan memberikan pahala begini dan begitu.

Ibn Umar akan berhenti kalau lalu jalan yang sama yang telah dilalui oleh Nabi. Ibn Umar memang jenis suka amalkan ittiba’ soori. Dia buat kerana nak ikut zahir perbuatan Nabi. Tapi bapanya, Saidina Umar tidak begitu. Dia tidak setuju dengan amalan ittiba’ soori sebegitu. Tak semestinya anak sama pendapat dengan ayah. Pernah Umar nampak orang berkejaran ke satu tempat. Bila dia tanya, dijawab itu tempat Nabi pernah solat. Dia kata umat dulu binasa sebab buat perkara macam itulah: Berlebihan mencari tinggalan Nabi mereka. Umar ikut ittiba haqiqi. Iaitu melihat tentang apakah sebenarnya yang hendak disampaikan oleh Nabi dengan perbuatannya. Tidak semestinya mengikut amalan nabi secara zahir. Nampakmya Umar tak suka pandangan anaknya. Dia takut umat buat amalan bidaah.

Kedua mereka itu betul. Ada hujah masing-masing. Umar hendak menjaga akidah manusia. Dan Ibn Umar melakukannya untuk mendapatkan kasih sayang dengan nabi. Bukan tidak pernah sahabat buat macam itu. Sahabat pun pernah juga jemput Nabi solat di rumah mereka untuk mendapatkan keberkatan.

Nabi sendiri pun solat di Masjidil Aqsa. Dikatakan bahawa nabi melakukan begitu sebab Nabi-Nabi dulu solat disitu.
Maimunah ada pernah guna rambut Nabi untuk digunakan sebagai ruqyah – penyembuhan. Aisyah juga pernah menyimpan cebisan kain yang dipakai Nabi. Rambut Nabi pernah disimpan oleh Abu Talhah dan sahabat-sahabat yang lain. Begitu juga Muawiyah pernah menyimpan kuku Nabi dan dia berwasiat supaya apabila mati, dimasukkan sekali kuku Nabi itu bersama beliau.

Umar lebih berhati-hati. Menjaga akidah. Kerana apabila manusia berlebihan dalam menganggap kedudukan Nabi, mereka akan menjerumuskan diri mereka jatuh dari akidah yang benar.

461 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ الْمُقَدَّمِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا فُضَيْلُ بْنُ سُلَيْمَانَ قَالَ حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ قَالَ رَأَيْتُ سَالِمَ ابْنَ عَبْدِاللَّهِ يَتَحَرَّى أَمَاكِنَ مِنَ الطَّرِيقِ فَيُصَلِّي فِيهَا وَيُحَدِّثُ أَنَّ أَبَاهُ كَانَ يُصَلِّي فِيهَا وَأَنَّهُ رَأَى النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي تِلْكَ الامْكِنَةِ وَحَدَّثَنِي نَافِعٌ عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ كَانَ يُصَلِّي فِي تِلْكَ الامْكِنَةِ وَسَأَلْتُ سَالِمًا فَلا أَعْلَمُهُ إِلا وَافَقَ نَافِعًا فِي الامْكِنَةِ كُلِّهَا إِلا أَنَّهُمَا اخْتَلَفَا فِي مَسْجِدٍ بِشَرَفِ الرَّوْحَاءِ

461. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abu Bakar Al Muqaddam berkata, telah menceritakan kepada kami Fudlail bin Sulaiman berkata, telah menceritakan kepada kami Musa bin ‘Uqbah berkata, “Aku pernah melihat Salim bin ‘Abdullah mencari-cari beberapa tempat di jalan itu (jalan Madinah menuju ke Mekah) untuk bersembahyang. Dia menceritakan bahwa ayahnya (Abdullah bin Umar) selalu bersembahyang di tempat itu, dan ayahnya pernah melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam salat di tempat-tempat itu.” Musa bin ‘Uqbah berkata, Telah menceritakan kepadaku Nafi’ dari Ibnu ‘Umar bahwa dia pernah shalat di tempat itu, dan aku bertanya kepada Salim, nampaknya beliau bersetuju dengan Nafi’ tentang semua tempat-tempat itu. Namun keduanya berbeda pendapat tentang masjid yang berada di Syarfil Rawha’.”

Kejadian itu berlaku semasa perjalanan Nabi dalam mengerjakan haji. Ianya selama 8 hari perjalanan. Ada 7 tempat berhenti sepanjang perjalanan itu. Tidak diketahui lagi tempat itu pada hari ini. Kecuali dzu Hulaifah dan beberapa tempat lagi.

462 حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ الْحِزَامِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَنَسُ بْنُ عِيَاضٍ قَالَ حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عُقْبَةَ عَنْ نَافِعٍ أَنَّ عَبْدَاللَّهِ ابْنَ عُمَرَ أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَنْزِلُ بِذِي الْحُلَيْفَةِ حِينَ يَعْتَمِرُ وَفِي حَجَّتِهِ حِينَ حَجَّ تَحْتَ سَمُرَةٍ فِي مَوْضِعِ الْمَسْجِدِ الَّذِي بِذِي الْحُلَيْفَةِ وَكَانَ إِذَا رَجَعَ مِنْ غَزْوٍ كَانَ فِي تِلْكَ الطَّرِيقِ أَوْ حَجٍّ أَوْ عُمْرَةٍ هَبَطَ مِنْ بَطْنِ وَادٍ فَإِذَا ظَهَرَ مِنْ بَطْنِ وَادٍ أَنَاخَ بِالْبَطْحَاءِ الَّتِي عَلَى شَفِيرِ الْوَادِي الشَّرْقِيَّةِ فَعَرَّسَ ثَمَّ حَتَّى يُصْبِحَ لَيْسَ عِنْدَ الْمَسْجِدِ الَّذِي بِحِجَارَةٍ وَلا عَلَى الاكَمَةِ الَّتِي عَلَيْهَا الْمَسْجِدُ كَانَ ثَمَّ خَلِيجٌ يُصَلِّي عَبْدُاللَّهِ عِنْدَهُ فِي بَطْنِهِ كُثُبٌ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَمَّ يُصَلِّي فَدَحَا السَّيْلُ فِيهِ بِالْبَطْحَاءِ حَتَّى دَفَنَ ذَلِكَ الْمَكَانَ الَّذِي كَانَ عَبْدُاللَّهِ يُصَلِّي فِيهِ وَأَنَّ عَبْدَاللَّهِ بْنَ عُمَرَ حَدَّثَهُ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى حَيْثُ الْمَسْجِدُ الصَّغِيرُ الَّذِي دُونَ الْمَسْجِدِ الَّذِي بِشَرَفِ الرَّوْحَاءِ وَقَدْ كَانَ عَبْدُاللَّهِ يَعْلَمُ الْمَكَانَ الَّذِي كَانَ صَلَّى فِيهِ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ ثَمَّ عَنْ يَمِينِكَ حِينَ تَقُومُ فِي الْمَسْجِدِ تُصَلِّي وَذَلِكَ الْمَسْجِدُ عَلَى حَافَةِ الطَّرِيقِ الْيُمْنَى وَأَنْتَ ذَاهِبٌ إِلَى مَكَّةَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْمَسْجِدِ الاكْبَرِ رَمْيَةٌ بِحَجَرٍ أَوْ نَحْوُ ذَلِكَ وَأَنَّ ابْنَ عُمَرَ كَانَ يُصَلِّي إِلَى الْعِرْقِ الَّذِي عِنْدَ مُنْصَرَفِ الرَّوْحَاءِ وَذَلِكَ الْعِرْقُ انْتِهَاءُ طَرَفِهِ عَلَى حَافَةِ الطَّرِيقِ دُونَ الْمَسْجِدِ الَّذِي بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْمُنْصَرَفِ وَأَنْتَ ذَاهِبٌ إِلَى مَكَّةَ وَقَدِ ابْتُنِيَ ثَمَّ مَسْجِدٌ فَلَمْ يَكُنْ عَبْدُاللَّهِ بْنُ عُمَرَ يُصَلِّي فِي ذَلِكَ الْمَسْجِدِ كَانَ يَتْرُكُهُ عَنْ يَسَارِهِ وَوَرَاءَهُ وَيُصَلِّي أَمَامَهُ إِلَى الْعِرْقِ نَفْسِهِ وَكَانَ عَبْدُاللَّهِ يَرُوحُ مِنَ الرَّوْحَاءِ فَلا يُصَلِّي الظُّهْرَ حَتَّى يَأْتِيَ ذَلِكَ الْمَكَانَ فَيُصَلِّي فِيهِ الظُّهْرَ وَإِذَا أَقْبَلَ مِنْ مَكَّةَ فَإِنْ مَرَّ بِهِ قَبْلَ الصُّبْحِ بِسَاعَةٍ أَوْ مِنْ آخِرِ السَّحَرِ عَرَّسَ حَتَّى يُصَلِّيَ بِهَا الصُّبْحَ وَأَنَّ عَبْدَاللَّهِ حَدَّثَهُ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَنْزِلُ تَحْتَ سَرْحَةٍ ضَخْمَةٍ دُونَ الرُّوَيْثَةِ عَنْ يَمِينِ الطَّرِيقِ وَوِجَاهَ الطَّرِيقِ فِي مَكَانٍ بَطْحٍ سَهْلٍ حَتَّى يُفْضِيَ مِنْ أَكَمَةٍ دُوَيْنَ بَرِيدِ الرُّوَيْثَةِ بِمِيلَيْنِ وَقَدِ انْكَسَرَ أَعْلاهَا فَانْثَنَى فِي جَوْفِهَا وَهِيَ قَائِمَةٌ عَلَى سَاقٍ وَفِي سَاقِهَا كُثُبٌ كَثِيرَةٌ وَأَنَّ عَبْدَاللَّهِ بْنَ عُمَرَ حَدَّثَهُ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى فِي طَرَفِ تَلْعَةٍ مِنْ وَرَاءِ الْعَرْجِ وَأَنْتَ ذَاهِبٌ إِلَى هَضْبَةٍ عِنْدَ ذَلِكَ الْمَسْجِدِ قَبْرَانِ أَوْ ثَلاثَةٌ عَلَى الْقُبُورِ رَضَمٌ مِنْ حِجَارَةٍ عَنْ يَمِينِ الطَّرِيقِ عِنْدَ سَلَمَاتِ الطَّرِيقِ بَيْنَ أُولَئِكَ السَّلَمَاتِ كَانَ عَبْدُاللَّهِ يَرُوحُ مِنَ الْعَرْجِ بَعْدَ أَنْ تَمِيلَ الشَّمْسُ بِالْهَاجِرَةِ فَيُصَلِّي الظُّهْرَ فِي ذَلِكَ الْمَسْجِدِ وَأَنَّ عَبْدَاللَّهِ بْنَ عُمَرَ حَدَّثَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَزَلَ عِنْدَ سَرَحَاتٍ عَنْ يَسَارِ الطَّرِيقِ فِي مَسِيلٍ دُونَ هَرْشَى ذَلِكَ الْمَسِيلُ لاصِقٌ بِكُرَاعِ هَرْشَى بَيْنَهُ وَبَيْنَ الطَّرِيقِ قَرِيبٌ مِنْ غَلْوَةٍ وَكَانَ عَبْدُاللَّهِ يُصَلِّي إِلَى سَرْحَةٍ هِيَ أَقْرَبُ السَّرَحَاتِ إِلَى الطَّرِيقِ وَهِيَ أَطْوَلُهُنَّ وَأَنَّ عَبْدَاللَّهِ بْنَ عُمَرَ حَدَّثَهُ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَنْزِلُ فِي الْمَسِيلِ الَّذِي فِي أَدْنَى مَرِّ الظَّهْرَانِ قِبَلَ الْمَدِينَةِ حِينَ يَهْبِطُ مِنَ الصَّفْرَاوَاتِ يَنْزِلُ فِي بَطْنِ ذَلِكَ الْمَسِيلِ عَنْ يَسَارِ الطَّرِيقِ وَأَنْتَ ذَاهِبٌ إِلَى مَكَّةَ لَيْسَ بَيْنَ مَنْزِلِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَيْنَ الطَّرِيقِ إِلا رَمْيَةٌ بِحَجَرٍ وَأَنَّ عَبْدَاللَّهِ بْنَ عُمَرَ حَدَّثَهُ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَنْزِلُ بِذِي طُوًى وَيَبِيتُ حَتَّى يُصْبِحَ يُصَلِّي الصُّبْحَ حِينَ يَقْدَمُ مَكَّةَ وَمُصَلَّى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَلِكَ عَلَى أَكَمَةٍ غَلِيظَةٍ لَيْسَ فِي الْمَسْجِدِ الَّذِي بُنِيَ ثَمَّ وَلَكِنْ أَسْفَلَ مِنْ ذَلِكَ عَلَى أَكَمَةٍ غَلِيظَةٍ وَأَنَّ عَبْدَاللَّهِ بْنَ عُمَرَ حَدَّثَهُ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَقْبَلَ فُرْضَتَيِ الْجَبَلِ الَّذِي بَيْنَهُ وَبَيْنَ الْجَبَلِ الطَّوِيلِ نَحْوَ الْكَعْبَةِ فَجَعَلَ الْمَسْجِدَ الَّذِي بُنِيَ ثَمَّ يَسَارَ الْمَسْجِدِ بِطَرَفِ الاكَمَةِ وَمُصَلَّى النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَسْفَلَ مِنْهُ عَلَى الاكَمَةِ السَّوْدَاءِ تَدَعُ مِنَ الاكَمَةِ عَشَرَةَ أَذْرُعٍ أَوْ نَحْوَهَا ثُمَّ تُصَلِّي مُسْتَقْبِلَ الْفُرْضَتَيْنِ مِنَ الْجَبَلِ الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَ الْكَعْبَةِ

462. Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Al Mundzir Al Hizami berkata, telah menceritakan kepada kami Anas bin ‘Iyadl berkata, telah menceritakan kepada kami Musa bin ‘Uqbah dari Nafi’ bahwa ‘Abdullah bin ‘Umar mengabarkan kepadanya, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berhenti di Dzul Hulaifah ketika baginda melaksanakan ‘Umrah dan hajinya, dibawah pokok Samurah, dekat dengan masjid di Dzul Hulaifah. Apabila beliau kembali dari suatu peperangan, atau haji, atau umrah, dan melewati jalan tersebut, beliau turun melalui satu lembah, yang bernama Wadi Aqid, dan apabila naik dari lembah itu, baginda akan menghentikan untanya di Bathha’ (saluran tempat mengalirnya air) yang terletak di lembah itu di sebelah timur. Di situ beliau bermalam dan beristirahat sampai pagi. Bukan di masjid yang dibuat dengan batu itu dan tidak juga di tanah tinggi yang ada masjid itu. Dahulu ada lembah yang dalam di sana yang digunakan oleh ‘Abdullah untuk shalat. Di perut lembah tersebut ada timbunan-timbunan pasir dimana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam selalu shalat di situ. Kemudian banjir telah mehanyutkan anak-anak batu sehingga menimbuskan tempat yang selalu digunakan oleh ‘Abdullah untuk shalat. ‘
Dengan sanad diatas, Abdullah bin ‘Umar meriwayatkan lagi bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah melaksanakan shalat di tempat masjid kecil (yang ada ketika itu), sebelum masjid yang terdapat di Syarful Rauha’. ‘Abdullah bin Umar mengetahui tempat yang pernah digunakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam untuk shalat. Ia berkata, “Disana, di sebelah kanan engkau jika kamu berdiri shalat di masjid itu. Masjid kecil itu terletak di sebelah kanan jalan jika kamu berjalan menuju ke arah Makkah. Jarak masjid tersebut dengan masjid besar sejauh lemparan batu atau kurang lebihnya sekitar itu.” A’abdullah bin ‘Umar shalat ke arah ‘Irqi yang terletak berhampiran tempat berangkat di Rauha’. Irqi itu memanjang di sisi jalan sebelum masjid yang terletak di antara tempat berangkat itu jika kamu berjalan menuju Makkah. Disana sudah dibangun masjid namun ‘Abdullah bin ‘Umar tidak shalat di masjid tersebut. Dia melewati masjid tersebut dari sebelah kiri dan belakangnya, kemudian ia shalat dengan bersembahyang ke arah ‘Irq itu sendiri. Abdullah berangkat dari Rauha’, dia tidak shalat Zhuhur (di tempat lain) hingga sampai di tempat tersebut, kemudian dia shalat Zhuhur di tempat tersebut. Jika dia kembali dari Makkah dan melewati tempat itu seketika sebelum Shubuh atau di akhir waktu sahar (menjelang shubuh), dia akan beristirahat hingga shalat Shubuh di tempat itu. ‘Abdullah bin Umar menceritakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berhenti singgah di bawah pohon besar di desa Ar-Ruwaitsah di sebelah kanan jalan menghadap ke jalan, yakni pada tempat yang rendah dan datar. Kemudian baginda berangkat dari satu kawasan tanah tinggi yang terletak sejauh dua batu dari perhentian pos Ar-Ruwaitsah. bagian atas pokok itu sudah banyak yang patah dan tumbang ke bahagian tengahnya, namun pokok itu masih berdiri tegak lagi. Di pangkalnya terdapat beberapa timbunan pasir. ‘
Dengan sanad diatas juga Abdullah bin ‘Umar meriwayatkan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah shalat di pinggir tanah tinggi dekat Al ‘Arj kalau engkau pergi ke tanah tinggi yang rata disitu. Dekat masjid itu ada dua atau tiga kuburan yang ditandai dengan batu yang berada di sebelah kanan jalan, pada jalan yang datar. Melalui jalan itulah ‘Abdullah berangkat dari Al ‘Irj setelah matahari condong pada tengah hari, lalu dia shalat Zhuhur di masjid itu.
Dengan sanad diatas juga ‘Abdullah bin ‘Umar menceritakan bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah singgah di pohon-pohon besar di sebelah kiri jalan di kawasam rendah sebelum Harsya. Kawasan rendah itu bertemu dengan tepi bukit Harsya yang jaraknya sejauh lemparan anak panah (kira-kira dua pertiga mil). ‘Abdullah pernah shalat dengan menghadap ke arah satu pohon yang besar iaitu pokok yang paling hampir dengan jalan. Pokok itulah yang paling tinggi diantara yang lain-lain.
Dengan sanad diatas juga, ‘Abdullah menceritakan bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah singgah di kawasan rendah yang terletak dekat lembah yang disebut dengan Marrul Zhahran, di sebelah Madinah jika menuruni lembah Shafrawat. Beliau singgah dan turun hingga ke bawah yang posisinya ada di sebelah kiri jalan jika kamu menuju arah Makkah. Jarak antara tempat yang beliau singgahi dengan jalan hanya berjarak tidak lebih dari sejauh lemparan batu.
Dengan sanad diatas juga, ‘Abdullah bin ‘Umar menceritakan kepadanya bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah singgah di Dzu Thuwa dan bermalam di sana sampai subuh, ia lalu melaksanakan shalat subuh di situ sebelum berangkat ke Makkah. Tempat salat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tersebut posisinya pada sebuah kawasan tinggi yang keras, bukan pada posisi di mana sekarang dibangun masjid, yaitu pada dasar bukit tersebut.
Dengan sanad diatas juga, ‘Abdullah bin ‘Umar juga menceritakan kepadanya bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menghadap dua lurah bukit yang memanjang di sebelah Ka’bah, posisinya sekarang di sebelah kiri dari masjid yang didirikan. Dan tempat shalat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam letaknya lebih rendah dari tebing yang berwarna hitam. Jarak tempat itu dari tebing tersebut sepuluh hasta atau kurang lebih sekitar itu. Dan jika kamu shalat menghadap dua jalan ke gunung tersebut maka tempat tersebut berada di tengah antara kamu berdiri dengan Ka’bah.”

 

Klik untuk lompat ke hadis yang seterusnya