Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 65 Bab Menuntut Hutang Dan Tetap Berada Di Dalam Masjid (Untuk Menuntut Hutang)

بَاب التَّقَاضِي وَالْمُلازَمَةِ فِي الْمَسْجِدِ

Bab 44 Menuntut Hutang Dan Tetap Berada bersama orang yang berhutang Di Dalam Masjid (Untuk Menuntut Hutang)

Tujuan Imam Bukhari membawakan tajuk ini bawa sekali sekala meminta hutang dalam masjid itu boleh. Tapi janganlah sampai jadikan masjid sebagai tempat kutip hutang pula. Itu dah berlebihan. Harus hukumnya walaupun mungkin kalau nak minta hutang itu jadi kecoh sikit. Harus tapi kalau mengganggu orang akan jadi haram. Hukum boleh berubah mengikut keadaan.

Imam Bukhari juga hendak isyarat kepada hadis dhaif yang ada juga dalam riwayat Ibn Majah yang kata jangan ada dalam masjid budak-budak, orang gila, jual beli, berbalah, angkat suara, melaksanakan hudud, hunus senjata, dan suruhn supaya mengadakan tempat wudu dekat dengan pintu masjid dan anjuran untuk perasap pada hari Jumaat. Beliau hendak mengajar kita untuk menggunakan hadis yang sahih. Jangan nak pakai hadis yang dhaif. Tapi itulah yang selalu dipakai masyarakat kita.
Kadang-kadang kita nampak ada benarnya dalam hadis yang dhaif itu. Bukan semua tidak benar. Hadis yang dhaif didalamnya ada yang molek dan ada yang tidak. Kerana larangan Nabi itu ada dalam hadis-hadis yang lain. Cuma hadis yang memasukkan semua sekali dalamnya macam hadis yang ada dalam riwayat Ibn Majah itu tidak sahih. Bukan Imam Bukhari tak tahu kewujudan hadis itu, tapi dia tidak menerima hadis itu sebagai sahih. Dan untuk mengisyaratkan kepada dhaifnya hadis itu, dia bawakan hadis yang sahih yang menepati syaratnya yang tinggi.

Mana bahagian kedua tajuk yang mengatakan pasal tetap berada bersama dengan orang yang berhutang itu? Hadis yang dibawakan hanya cerita tentang bahagian pertama sahaja – menuntut hutang. Ada pada tempat lain. Dia nak ajar bahawa dalam berdalil, hendaklah juga menggunakan saluran lain. Kena tengok tempat lain juga. Bukhari itu halus. Dia ada cara dia. Dalam hadis di tempat lain, memang ada menceritakan bahawa Kaab bin Malik tidak meninggalkan Ibnu Abu Hadrad semasa mereka berada dalam masjid waktu itu.

Dia hendak memberitahu bahawa boleh kalau terus bersama dengan orang yang berhutang dalam meminta hutang di masjid. Tapi beliau tidak tetapkan hukumnya sebagai harus dalam tajuknya. Kerana boleh terjadi ianya tidak boleh. Kalau sampai membuat kecoh dalam masjid, sudah jadi haram pula hukumnya.

437 حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ عُمَرَ قَالَ أَخْبَرَنَا يُونُسُ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ كَعْبٍ أَنَّهُ تَقَاضَى ابْنَ أَبِي حَدْرَدٍ دَيْنًا كَانَ لَهُ عَلَيْهِ فِي الْمَسْجِدِ فَارْتَفَعَتْ أَصْوَاتُهُمَا حَتَّى سَمِعَهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي بَيْتِهِ فَخَرَجَ إِلَيْهِمَا حَتَّى كَشَفَ سِجْفَ حُجْرَتِهِ فَنَادَى يَا كَعْبُ قَالَ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ضَعْ مِنْ دَيْنِكَ هَذَا وَأَوْمَأَ إِلَيْهِ أَيِ الشَّطْرَ قَالَ لَقَدْ فَعَلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ قُمْ فَاقْضِهِ *

437. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Muhammad berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Utsman bin ‘Umar berkata, telah mengabarkan kepada kami Yunus dari Az Zuhri dari ‘Abdullah bin Ka’b bin Malik dari Ka’b, bahwa ia pernah menagih hutang kepada Ibnu Abu Hadrad di dalam Masjid hingga suara keduanya meninggi sampai didengar oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang berada di rumah. Beliau kemudian keluar menemui keduanya dengan menyingkap tabir pintu rumahnya, beliau berseru: “Wahai Ka’b!” Ka’b bin Malik menjawab: “Ya saya, Wahai Rasulullah.” Baginda bersabda: “Kurangkan hutangmu itu.” Baginda memberi isyarat kepadanya untuk mengurangkan separuh hutang. Ka’b bin Malik menjawab, “baiklah wahai Rasulullah, akan saya lakukan.” Beliau lalu bersabda (kepada Ibnu Abu Hadrad): “bangun dan bayarlah hutang itu.”

Ibnu Abu Hadrad adalah juga sahabat Nabi. Pernah terlibat dalam perjanjian Hudaybiyah. Maknanya, beliau seorang sahabat besar juga. Nak menceritakan di sini bahawa sahabat-sahabat pun ada berbalah juga. Kerana mereka manusia biasa juga. Tapi perbalahan mereka dapat diselesaikan dengan cara baik. Supaya kita tahu mereka pun manusia biasa juga.

Dikatakan dalam hadis yang lain bahawa hutang Ibnu Abu Hadrad dengan Kaab adalah sebanyak 1 uqiyah. Tapi hadis itu ada perawi dhaif, jadi tidaklah pasti berapa banyak hutang beliau sebenarnya. Berapa banyak hutangnya tidaklah penting.

Suara mereka tinggi sampai baginda terdengar dan keluar. Baginda cadangkan kepada Kaab untuk mengurangkan separuh hutangnya. Baginda bagi isyarat supaya dikurangkan separuh, tapi tidak disebutkan bagaimana. Yang pastinya, Kaab faham maksud baginda. Kalau kurangkan separuh, dapat pahala lagi. Dan bagi dalam masjid pula, maka tentunya pahalanya berlipat kali ganda.

Rumah Nabi ada tabir. Maknanya tak salah kalau rumah ada tabir.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Apabila pemiutang sudah mengurangkan hutang, penghutang kenalah membayar hutang tanpa lengah lagi. Kalau berlengah itu tidak baik.
  2. Keharusan menuntut hak dalam masjid. Sekali sekala sahaja. Jangan jadikan kebiasaan. Boleh terus bayar di situ. Ada orang lembut hati bila dalam masjid. Kalau kat luar, kita minta banyak kali pun mereka buat tak kisah sahaja. Tapi bila dalam masjid, mereka takut kalau tak bayar.
  3. Keharusan meninggikan suara dalam masjid. Dalilnya, Nabi tahu tapi Nabi tak tegur mereka meninggikan suara sebelum itu. Nabi kena tegur kalau salah. Tidak boleh baginda mendiamkan diri. Inilah pegangan kita. Sebagai Nabi, tidak boleh baginda mendiamkan diri. Kerana dengan mendiamkan diri itu, bermakna baginda menunjukkan bahawa sesuatu perbuatan itu tidak salah. Sebagai Nabi, kalau salah, baginda kena tegur.
  4. Isyarat yang difahami boleh diterima pakai. Maka sah dalam Islam. Contohnya kalau dari orang bisu. Samada akad, sumpah, lian, sumpah dan sebagainya.
  5. Pemimpin perlu mencadangkan jalan penyelesaian kepada anak buah. Terpulang kepada kebijaksanaan.
  6. Dalil boleh tolak ansur orang terdakwa. Dalam hal ini, Ibnu Abu Hadrad sudah mengaku dah dia berhutang. Cuma mungkin dia tidak dapat bayar penuh sahaja. Suluh ala iqrar. Bermakna, apabila seseorang itu sudah mengaku kesalahannya, dia boleh lagi minta untuk bertolak ansur minta kurang hukuman atau kurangkan hutang yang ditanggung.
  7. Keharusan tidak berpisah dengan penghutang untuk memberi tekanan kepadanya untuk membayar. Ada jenis orang asyik lari sahaja. Boleh kalau kita nak bertempek dengan dia untuk mendesaknya.
  8. Keharusan memujuk pemiutang untuk mengurangkan hutangnya. Walaupun itu mengurangkan haknya. Nabi telah memujuk Kaab untuk mengurangkan hutangnya. Mungkin baginda telah terdengar pertelingkahan mereka bahawa Ibnu Abu Hadrad tak boleh nak bayar semua, maka kerena itulah Nabi menyarankan supaya Kaab mengurangkan. Ada ketikanya, bukan penghutang tak mahu bayar. Tapi kalau nak bayar semua sekali mereka tak mampu waktu itu. Tapi kalau nak juga waktu itu, boleh kalau dia nak bayar sedikit.
  9. Mendamaikan dua pihak yang bertengkar dengan cara bijaksana. Bergantung kepada keadaan. Macam Nabi tahu yang Kaab itu orang kaya. Jadi dia mampu untuk kurangkan. Sebab itulah ada kisah dia tidak pergi perang Tabuk kerana menguruskan hartanya. Buah tanaman dia sudah hendak masak. Tapi kemudiannya dia mengaku dia salah. Sampai dua bulan Kaab kena pulau. Sampai disebut kisah beliau dalam Quran. Akhirnya dia telah diampun. Jadi, kepada orang yang memang ada harta, Nabi tahu kalau dia kurangkan separuh, tidak menjejaskan beliau.
  10. Tidak mengapa menerima pujukan kalau ia tidak mendorong kepada maksiat. Kena tengok juga apakah kesan kalau ikut pujukan itu. Bukan terus terima sahaja. Abu Bakr pernah pujuk anaknya Abdullah, untuk menceraikan isterinya kerana lawa sangat sampai tak berperang. Sebab nak bersama isterinya sahaja. Nama isterinya itu adalah Atiqah. Abdullah ikut pujukan ayatnya, tapi selepas itu, dia pun tak boleh berperang juga, sebab ingatkan bekas isterinya sahaja. Maka Abu Bakr suruh dia kahwin balik. Akhirnya, Abdullah syahid di medang peperangan. Lepas itu Umar telah menikahi Atiqah, kemudian Zubair Awwam dan kemudian Ali pun teringin juga. Tapi Atiqah kata tak payahlah, sebab jangan jadi sebab dia suaminya mati awal.
  11. Keharusan memakai langsir di rumah. Dalam hadis ini, dikatakan langsir rumah Nabi itu, jenis yang terbelah di tengah. Ada ketika lain, dikatakan langsir Nabi jenis lain. Bermakna, Nabi pun ada tukar-tukar langsir juga. Bukanlah apabila dikatakan zahid, sampai tak boleh ada langsir di rumah. Kalau pakai baju ada fesyen pun boleh juga. Nabi pun ada pakai jenis-jenis baju.
  12. Kepatuhan dan kesayangan luar biasa para sahabat kepada Nabi. Labaik yang disebut oleh Kaab itu bermaksud patuh. Patuh kepada Nabi. Perkataan Lebai yang kita selalu pakai itu ambil dari sini lah. Apa yang Kaab kata itu lebih lagi dari perkataan ‘ya saya’. Ia bermakna dia sudah bersedia untuk mematuhi kata-kata Nabi.
  13. Pemiutang patut potong hutang kalau penghutang dalam kesusahan. Quran pun sebut macam itu. Dapat pahala kalau kita kurangkan hutang orang atau kita terus lepaskan dia dari hutang itu.

 

Kuliah Maulana Asri

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 63 & 64 Bab Menyebutkan Tentang Jualbeli Di Atas Mimbar Di Dalam Masjid

بَاب ذِكْرِ الْبَيْعِ وَالشِّرَاءِ عَلَى الْمِنْبَرِ فِي الْمَسْجِدِ

Bab 43 Menyebutkan Tentang Jualbeli Di Atas Mimbar Di Dalam Masjid

Imam Bukhari membawakan tajuk ini untuk mengatakan bahawa ada ketika boleh dilakukan jualbeli dalam masjid.
Hadis ini disebut sebanyak 25 kali dalam kitab ini untuk tajuk-tajuk yang berbeza. Dalam tajuk ini ia menceritakan tentang jual beli seorang hamba bernama Barirah.

Ada ulama yang mengatakan ia hanya menyebut tentang hukum jual beli. Bukan jual beli.

Shah Waliyullah pula berkata boleh aqad dalam masjid, cuma barang tidak boleh ada dalam masjid. Tapi syeikh Zakaria tak setuju dengan pendapat itu.

Para ulama sebenarnya berbeza pendapat tentang hukum berjual beli dalam masjid. Imam Ahmad memegang haram secara mutlak. Imam Hanifah kata kalau aqad sahaja, boleh, dan kalau bawa barang sekali, makruh. Imam Bukhari mengatakan bahawa ianya sah. Sekian banyak hadis yang mengatakan tidak boleh berjual beli itu adalah hanya tunjuk ianya makruh sahaja. Sebab hadis-hadis  itu pada beliau adalah dhaif. Paling tinggi pun peringkat hassan. Ianya tidak menepati syaratnya. Sebab pada beliau, kena pakai yang sahih sahaja. Tapi malangnya, kita selalu pakai yang dhaif.

Jumhur ulama kata boleh berniaga dalam masjid pada dasarnya. Macam contohnya, boleh untuk kita berjual beli kitab dalam masjid. Tambahan pula kalau kitab itu untuk digunakan dalam pembelajaran dalam masjid. Tidaklah perlu nak jual kitab itu, kena turun ke luar masjid pula. Tapi kebenaran itu, bukanlah sampai ada yang buka gerai. Sampai mengganggu orang sembahyang pula. Jangan sampai masjid jadi macam pasar. Hukum boleh berubah ikut keadaan. Dalam keadaan tertentu, boleh dan dalam keadaan yang lain, ia boleh jatuh haram. Itu adalah antara kaedah hukum dalam Islam. Itulah keperluan kena ada orang yang tahu hal agama. Yang boleh memberi pendapat.

436 حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِاللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ يَحْيَى عَنْ عَمْرَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ أَتَتْهَا بَرِيرَةُ تَسْأَلُهَا فِي كِتَابَتِهَا فَقَالَتْ إِنْ شِئْتِ أَعْطَيْتُ أَهْلَكِ وَيَكُونُ الْوَلاءُ لِي وَقَالَ أَهْلُهَا إِنْ شِئْتِ أَعْطَيْتِهَا مَا بَقِيَ وَقَالَ سُفْيَانُ مَرَّةً إِنْ شِئْتِ أَعْتَقْتِهَا وَيَكُونُ الْوَلاءُ لَنَا فَلَمَّا جَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَّرَتْهُ ذَلِكَ فَقَالَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ابْتَاعِيهَا فَأَعْتِقِيهَا فَإِنَّ الْوَلاءَ لِمَنْ أَعْتَقَ ثُمَّ قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمِنْبَرِ وَقَالَ سُفْيَانُ مَرَّةً فَصَعِدَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْمِنْبَرِ فَقَالَ مَا بَالُ أَقْوَامٍ يَشْتَرِطُونَ شُرُوطًا لَيْسَ فِي كِتَابِ اللَّهِ مَنِ اشْتَرَطَ شَرْطًا لَيْسَ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَلَيْسَ لَهُ وَإِنِ اشْتَرَطَ مِائَةَ مَرَّةٍ قَالَ عَلِيٌّ قَالَ يَحْيَى وَعَبْدُالْوَهَّابِ عَنْ يَحْيَى عَنْ عَمْرَةَ نَحْوَهُ وَقَالَ جَعْفَرُ بْنُ عَوْنٍ عَنْ يَحْيَى قَالَ سَمِعْتُ عَمْرَةَ قَالَتْ سَمِعْتُ عَائِشَةَ وَرَوَاهُ مَالِكٌ عَنْ يَحْيَى عَنْ عَمْرَةَ أَنَّ بَرِيرَةَ وَلَمْ يَذْكُرْ صَعِدَ الْمِنْبَرَ

436. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Yahya dari ‘Amrah dari ‘Aisyah berkata, “Barirah telah pergi meminta tolong kepadanya untuk menyelesaikan kitabahnya.” ‘Aisyah lalu berkata, “Kalau kamu mahu, boleh aku berikan kepada tuan emasmu (wang untuk kemerdekaanmu) dengan syarat walaknya akan menjadi milikku.” Tuan Barirah pula berkata, “Kalau engkau mahu, engkau boleh berikan kepadanya jumlah wang yang belum dibayar.” Pada ketika yang lain, Sufyan pernah berkata, “Kalau kamu mahu, boleh engkau merdekakannya tetapi dengan syarat walaknya akan menjadi milik kami.” Apabila Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam datang, aku menceritakan hal itu kepada beliau. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda: “Belilah Barirah dan merdekakanlah dia kerana walak itu bagi orang yang memerdekakan.” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri atas mimbar. Pada ketika yang lain, Sufyan berkata: “Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam naik mimbar lalu bersabda: “Kenapa ada orang-orang yang meletakkan syarat-syarat yang tidak ada pada Kitabullah. Barangsiapa membuat syarat yang tidak ada pada Kitabullah, dia tidak berhak mendapatnya sekalipun dia meletakkan seratus syarat.” ‘Ali (Ibn al Madini) berkata, Yahya berkata dan ‘Abdul Wahhab dari Yahya dari ‘Amrah sama seperti hadits ini.” Dan Ja’far bin ‘Aun berkata, dari Yahya ia berkata, aku mendengar ‘Amrah berkata, aku mendengar ‘Aisyah. Dan Malik meriwayatkan dari Yahya dari ‘Amrah bahwa Barirah….namun ia (Malik) tidak menyebut bahwa (Rasulullah) naik ke atas mimbar.”

Barirah adalah seorang hamba perempuan yang berbangsa Qibti. Menunjukkan pada zaman Nabi pun sudah ada bermacam jenis bangsa yang masuk Islam. Sebelum dia dibebaskan oleh Aisyah, dia telah dimiliki oleh beberapa tuan dari golongan Ansar. Begitulah zaman dahulu, seorang hamba boleh bertukar-tukar dari seorang tuan ke seorang tuan. Alhamdulillah kita tidak hidup pada zaman macam itu. Dia telah berkahwin sebelum dia dibebaskan. Menunjukkan seorang hamba boleh berkahwin. Samada dengan seorang hamba lain atau seorang yang bebas pun boleh.

25 kali Imam Bukhari membawakan hadis ini. Dalam tajuk ini, ia adalah hadis yang pendek. Dalam tempat dikatakan bahawa Nabi memberi peluang kepadanya samada dia hendak terus kahwin atau bebas. Dia pilih untuk bebas dari suaminya. Bermakna apabila sudah bebas dari perhambaan, boleh ada pilihan untuk bebaskan diri dari suami yang dia kahwini semasa hamba. Suaminya sedih sangat. Bermakna Islam memberi peluang kepada perempuan untuk memilih. Perempuan ada hak untuk memilih. Ada keadaan dimana isteri sepatutnya dibenarkan meninggalkan suaminya. Islam tidak menyeksa kehidupan. Islam memberi jalan keluar. Kena tahu apakah hak-hak yang ada.

Barirah telah meminta pertolongan Aisyah untuk menyelesaikan kitabahnya. Apakah maknanya? Pada zaman ada perhambaan, banyak jenis hamba. Ada hamba yang tuannya cakap kalau dia mati, hamba itu akan bebas. Ada pula hamba yang separuh bebas. Bermakna kalau dia boleh bekerja dan dapat gaji, separuh dari pendapatan itu, dia boleh simpan. Kalau hamba yang penuh, semua pendapatan dari hasil kerjanya, dia kena beri kepada tuannya.
Ada hamba yang jenis Mukatab, seperti Barirah ini. Ini adalah jenis hamba yang tuannya telah tetapkan, kalau dia boleh bayar sekian jumlah wang, dia boleh bebas. Boleh bayar secara ansuran dalam waktu tertentu. Semuanya ini atas persetujuan. Inilah jenis perhambaan yang dipanggil secara ‘kitabah’. Ada disebut dalam Quran dan hadis. Ada kala maksud kitabah itu bermakna ‘wajib’, tapi dalam tajuk ini, ia bermakna jenis perhambaan. Jenis perhambaan seperti ini sudah ada dari zaman jahiliah. Islam terima konsep itu dan perbaiki. Islam tidaklah mengubah semua amalan jahiliah. Ada kalanya Islam menerima dan mengubah cara amalan itu supaya adil.

Kita kena tahu bahawa jiwa seorang hamba tidak merdeka. Perasaan dan jiwa mereka lain dari orang yang merdeka. Macam kita juga, kalau rasa, kalau sesuatu itu datang dari barat, kita rasa lebih. Itulah ada sikit lagi jiwa ‘hamba’ ada dalam diri kita. Kita rasa kalau janggut banyak kita rasa tak elok sebab minda kita telah dijajah sedemikian lama. Payah nak tinggalkan jiwa hamba itu. Seperti juga kisah apabila Nabi Musa bawa anak buahnya mencari Palestin, masih kuat lagi perasaan hamba mereka. Ambil masa 40 tahun nak tinggalkan peninggalan hamba yang ada dalam diri mereka. Mereka rasa apa yang mereka dapat apabila bersama Nabi itu tidak baik. Hanya apabila Nabi Musa tidak ada, barulah mereka bebas dan boleh mencari tempat yang mereka tuju. Nak cerita bahawa seorang guru mungkin tidak dapat melihat kejayaan usaha kerjanya. Dari sini juga kita tahu bahawa antara perjuangan Nabi adalah membebaskan negara rakyatnya.

Ada sebab kenapa tidak dibebaskan terus hamba itu. Kerana kalau nak bebas pun macam-macam kena tengok. Boleh kah hamba itu berdikari. Oleh kerana mereka sudah lama dalam perhambaan, kadang-kadang apabila dibebaskan mereka, mereka tidak dapat mencari kehidupan. Oleh itu, kadang-kadang hamba itu diberi peluang untuk berkerja sedikit-sedikit untuk mencari rezeki. Apabila telah nampak bahawa dia boleh berdikari sendiri, barulah boleh dibebaskan. Antara kelebihan dalam hamba secara kitabah itu, tuannya boleh melihat bahawa hamba itu sudah boleh mencari duit sendiri.

Walak adalah hak kepada seseorang. Kalau orang itu mati, hartanya akan jadi haknya. Dan kalau tuan itu telah melakukan kesalahan, antara orang yang kena tolong untuk melangsaikan diyat adalah orang yang dipunyai walaknya. Kerana itulah tuan Barirah hendak mengekalkan walaknya dengan dirinya, kerana walak itu ada kelebihan didalamnya.

Dalam Islam, orang yang memerdekakan lah yang berhak mendapat walak. Walak itu sudah ada konsepnya dalam jahiliyah tapi waktu itu, walak hanya kepada tuan asal. Islam datang dengan menukarnya. Kerana kalau seseorang yang membeli dan membebaskan hamba, tentulah yang berhak kepada walak itu adalah orang yang membebaskan hamba itu. Kita boleh lihat bahawa Islam menggalakkan bebas hamba. Banyak pahala diberikan kepada mereka yang membebaskan hamba. Pembayaran itu samada bayar penuh atau sambung bayar. Mungkin masa yang diberikan dalam 5 tahun. Dalam kes Barirah, dia sudah rasa dia tak mampu dia nak bayar dalam masa lima tahun. Sebab itu dia minta tolong kepada Aisyah. Yang baginda bantah sebab tuan itu hendak memegang walak. Syarat itu salah.

Nabi naik mimbar dan berkata bahawa kalau ada syarat yang diletakkan yang berlawanan dengan ‘kitabullah’, ianya tidak dikira. Ini menunjukkan bahawa meletakkan syarat boleh, tapi tidaklah yang berlawanan dengan ketentuan Allah. Tapi kalau kita lihat, tiada kisah walak diletakkan dalam Quran. Jadi, apakah maksud ‘kitabullah’ dalam hadis ini? Ulama membahaskan perkara ini. Ulama mengatakan, kalau dalam hadis disebut ‘kitabullah’, secara umumnya, ia merujuk kepada Quran. Kalau tidak ada dalam Quran, ia merujuk kepada hadis Nabi. Ia juga boleh merujuk kepada kitab-kitab sebelum Quran. Kerana ia juga adalah kitab Allah juga sebenarnya.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Memerdekakan hamba kitabah ada dalam syariat Islam.
  2. Elok meminta pertolongan bila tak mampu.
  3. Keelokan membantu untuk membebaskan hamba. Ini digalakkan dalam Islam. Sampai boleh digunakan duit zakat untuk membebaskan mereka.
  4. Harus bermuamalah tanpa pengetahuan suami. Aisyah tak tanya Nabi dulu pun dia berurus niaga dengan tuan Barirah itu.
  5. Harus untuk menyambung ansuran yang tertunggak. Macam zaman sekarang, boleh untuk kita beli kereta contohnya, dengan kita sambung sahaja ansuran yang tertunggak.
  6. Hak walak adalah kepada orang yang membebaskan hamba itu.
  7. Orang alim hendaklah memberitahu hukum kepada masyarakat.
  8. Masyarakat kena ambil tahu hal hukum. Sedihnya hukum negara kita bukan hukum Islam. Kita pakai undang-undang kafir. Begitulah tanda lemahnya Islam di negara kita.
  9. Untuk mengatakan sesuatu hukum yang penting, Nabi akan cakap dari mimbar. Maknanya, mimbar itu bukan hanya digunakan untuk khutbah Jumaat sahaja. Maka sekarang pun boleh juga kalau nak buat.
  10. Nabi tegur secara umum. Jaga air muka orang. Walaupun Nabi tahu siapakah tuan Barirah itu, tapi Nabi tak sebut nama dia.
  11. Syarat yang tidak kena syariat adalah terbatal. Walaupun letak banyak syarat atau dengan bersumpah.
  12. Kalau syarat yang tidak bercanggah dengan syarak, hukumnya sah. Dan seorang Islam terikat dengan syaratnya. Dan Nabi memang amat menjaga syarat-syarat yang telah ditetapkan. Contohnya, Nabi memegang syarat-syarat yang diletakkan dalam perjanjian Hudaybiyah. Ada yang datang nak masuk Islam Nabi hantar balik. Syarat yang sah wajib dipenuhi.
  13. Menyatakan sesuatu hukum apabila keadaan itu berlaku.
  14. Kena ikut hukum Allah apabila sudah ada hukum itu. Tidak boleh pakai hukum manusia.
  15. Boleh bayar awal kalau dah mampu. Barirah ada masa lama lagi nak bayar.
  16. Keharusan memfasakhkan akad dan buat akad yang lain. Dalam hadis ini, mulanya akad kitabah tapi lepas itu ditukar kepada akad jual beli.
  17. Keharusan berakad jual beli dengan meletakkan syarat.
  18. Perkataan kitaballah kadang kala dipakai dalam hadis untuk membawa maksud ‘ketetapan Allah’. Bukan hanya bermaksud kitab Quran sahaja.
  19. Kemurahan dan kekayaan Aisyah. Bukan sentiasa mereka miskin. Kalau tidak, bagaimana dia boleh bebaskan ramai hamba. Bukan Barirah sahaja yang dia bebaskan, banyak lagi.
  20. Nabi benarkan isterinya untuk berurusan sendiri.

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 62 Bab Orang-Orang Yang Bermain Lembing Di Dalam Masjid

بَاب أَصْحَابِ الْحِرَابِ فِي الْمَسْجِدِ

Bab 42 Orang-Orang Yang Bermain Lembing Di Dalam Masjid

Lembing itu lebih kecil dari tombak. Dalam hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari ini, ada orang yang berlatih main lembing dalam masjid. Ada yang kata, maksud Imam Bukhari dalam tajuk ini adalah kerana hendak menceritakan keharusan membawa senjata dalam masjid. Jika tiada mudharat kepada sesiapa dan tujuan yang baik. Tapi pendapat ini sama sahaja dengan tajuk anak panah sebelum ini. Jadi, mungkin ada sebab lain kenapa Imam Bukhari membawakan tajuk ini.

Oleh itu ada yang mengatakan bahawa tujuan Imam Bukhari adalah lebih lagi. Kalau dulu dikatakan boleh bawa senjata, kali ini boleh buat berlatih sekali dalam masjid. Sebab ada faedah yang baik dari apa yang mereka perbuat itu. Tujuan yang baik itu adalah kerana mereka berlatih untuk berjihad di jalan Allah.

Begitu juga, ada yang kata bahawa Imam Bukhari hendak mentakhsis kepada hadis dulu. Kalau dulu dikatakan kalau membawa senjata ke dalam masjid, Nabi suruh supaya menutup matanya yang tajam supaya tidak mencederakan orang lain. Kali ini tidak perlu ditutup matanya – boleh dihunus pula untuk berlatih. Tetapi kenalah waktu orang tidak ramai bersolat. Kena tengok keadaan juga. Ini menunjukkan bahawa hukum berubah mengikut keadaan. Kalau boleh mencederakan orang lain, ianya haram. Kalau waktu orang tengah ramai, mungkin hukum waktu itu adalah makruh.

Kalau kita perhatikan dengan lebih dalam lagi, kalau dibenarkan berlatih lembing dalam masjid, tentulah ada kemungkinan seseorang akan terluka dan menumpahkan darah dalam masjid. Sekarang timbullah persoalan: apakah darah itu najis? Dari sini, kita juga boleh lihat bahawa Imam Bukhari juga hendak membawa maksud bahawa darah itu bukan najis. Kalau najis, tentulah Nabi tidak benarkan mereka berlatih dalam masjid. Pendapat beliau ini berlaian dengan pendapat Imam Syafie yang mengatakan bahawa darah itu najis. Kerana pernah diceritakan tentang sahabat Nabi yang terus bersolat walaupun beliau telah dipanas dan terpancut darahnya semasa dalam solat itu.

Permainan-permainan ada yang bermanfaat kepada Islam, maka kedudukan antara permainan tidak sama. Ada yang dipandang molek sampai dibenarkan main di dalam masjid. Bagaimana dengan permainan-permainan yang lain? Imam Bukhari beri contoh main lembing disini. Kerana kalau main lembing pun boleh, maka permainan yang lain pun boleh juga. Permainan yang dibenarkan adalah yang ada faedah untuk ummat berlatih berjihad. Tapi tidaklah sampai buat gelanggang dalam kawasan masjid. Itu dah melampau. Sebab tidak ada kelebihan tambahan kalau buat gelanggang dalam kawasan masjid. Jangan ada yang kata kalau masjid itu tempat yang mulia, ada kebaikan tambahan pula kalau buat gelanggang di dalam masjid pula. Kenalah pilih permainan yang boleh bermanfaat seperti memanah, menembak, bersilat dan sebagainya. Tidaklah termasuk badminton, boling dan sebagainya, sebab tak nampak kepentingan kalau kita bermain itu dapat melatih kita dalam peperangan.

Ada juga ulama yang berpendapat bahawa tidak boleh bermain didalam masjid. Dan mereka menganggap hadis yang diberikan ini telah dimansuhkan. Hanya boleh pada zaman Nabi sahaja. Tapi ini adalah pendapat yang ganjil. Jumhur ulama mengatakan boleh bermain dalam masjid. Kerana kejadian permainan lembing dalam masjid ini adalah di akhir-akhir hayat Nabi. Dalil yang diberi tidak jelas memansukhkan. Ayat Quran yang diberikan tidak sesuai untuk mengatakan permainan dalam masjid telah dimansukhkan. Hadis yang diberikan pula dhaif.

435 حَدَّثَنَا عَبْدُالْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِاللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ صَالِحِ بْنِ كَيْسَانَ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ أَنَّ عَائِشَةَ قَالَتْ لَقَدْ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمًا عَلَى بَابِ حُجْرَتِي وَالْحَبَشَةُ يَلْعَبُونَ فِي الْمَسْجِدِ وَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتُرُنِي بِرِدَائِهِ أَنْظُرُ إِلَى لَعِبِهِمْ زَادَ إِبْرَاهِيمُ بْنُ الْمُنْذِرِ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْحَبَشَةُ يَلْعَبُونَ بِحِرَابِهِمْ *

435. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa’d dari Shalih bin Kaisan dari Ibnu Syihab berkata, telah mengabarkan kepadaku ‘Urwah bin Az Zubair bahwa ‘Aisyah berkata, “Pada suatu hari aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berdiri di pintu rumahku pada ketika itu orang-orang Habasyah sedang bermain lembing di dalam Masjid. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menutupiku dengan selimutnya untuk aku turut menyaksikan permainan mereka.” Ibraim bin Al Mundzir menambahkan, telah menceritakan kepada kami Ibnu Wahb telah mengabarkan kepadaku Yunus dari Ibnu Syihab dari ‘Urwah dari ‘Aisyah berkata, “Aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika orang-orang Habasyah sedang berlatih bermain lembing mereka.”

Pengajaran yang boleh didapati dari hadis ini:

  1. Boleh tengok permainan. Iaitu yang sesuai untuk dilihat. Tidaklah boleh kalau sampai melihat yang membuka aurat atau lain-lain yang tidak elok.
  2. Orang perempuan pun boleh tengok. Dalam batas yang dibolehkan. Kalau melihat mereka yang sedang bermain itu terselak dengan tidak sengaja tidak mengapa. Sebab tentulah dalam keadaan berlatih berperang itu tak dapat nak jaga sangat. Tapi kalau ternampak itu, alihlah pandangan ke tempat lain.
  3. Hadis ini menunjukkan kebaikan Nabi dengan isterinya. Lihatlah cara Nabi melayan isterinya. Dia tak halau. Tapi dia benarkan lagi.
  4. Hadis ini menunjukkan hijab isteri Nabi lebih berat. Muka pun kena tutup.
  5. Kenalah pakai senjata yang sesuai dengan zaman. Kalau saman sekarang, senapang lah yang sepatutnya kita berlatih.

Ada tambahan dalam hadis. Sebab dalam riwayat pertama tidak diberitahu main apa. Dalam bahagian kedua barulah disebut bermain lembing. Ini mengajar kita untuk melihat kepada hadis yang lain juga.

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 60 & 61 Bab Bersyair (Atau Mengungkapkan Syair) Di Dalam Masjid

بَاب الشِّعْرِ فِي الْمَسْجِدِ

Bab 41 Bersyair (Atau Mengungkapkan Syair) Di Dalam Masjid

Imam Bukhari membicarakan perkara yang adayang kata tidak molek dilakukan dalam masjid. Imam Bukhari hendak membincangkan tentang khilaf ulama tentang bersyair dalam masjid. Sebab ada yang kata boleh dan ada yang kata tak boleh. Masing-masing ada dalil. Dia hendak menyatakan pendapatnya dalam perkara ini. Dalam hadis ini Hassan telah bersyair dalam masjid. Nabi sendiri suruh dia berbuat begitu. Dan selepas itu Nabi kata Jibrail mendoakan pula untuknya. Syair yang Hassan bacakan itu adalah syair yang membela Nabi Muhammad dan agama Islam. Yang dilarang adalah syair-syair yang mengarut.

Ada ulama kata sekurang-kurang hukum bersyair dalam masjid adalah makruh. Ada pula yang kata ianya harus kalau tidak mengandungi perkara yang tak molek. Dan kalau ianya untuk kebaikan seperti membela Islam, itu adalah baik.

Walaupun Nabi tidak bersyair tapi baginda boleh menilai mana-mana syair yang baik. Orang kafir telah membuat syair yang menghina Nabi dan telah Nabi memilih beberapa orang untuk menyampaikan syiir. Dia dengar beberapa orang membacakan syair mereka sampai dia buat keputusan bahawa Hassan lah penyair yang paling baik.

Ulama yang kata tak boleh bersyair itu berdasarkan beberapa dalil:

Nabi pernah bersabda: adalah lebih baik kalau perut seseorang penuh dengan nanah daripada penuh dengan syair. – Nabi tegur itu ikut keadaan. Hadis ini sahih.

Ada juga dalam hadis lain riwayat Ammar yang Nabi melarang berjual beli, bising semasa mencari barang yang hilang dan membaca syair dalam masjid. Hadis ini Hasan.

Nabi juga pernah melarang untuk buat halaqah dan membaca syair dalam masjid sebelum solat Jumaat. Kerana hari Jumaat umat datang awal dan kalau buat halaqah akan mengganggu. Hadis ini Hasan.

Ada hadis Nabi larang laksanakan hudud, qisas dan syair dalam masjid. Hadis ini Hasan.

Itulah sahaja hadis-hadis yang boleh dipakai untuk dijadikan hujah. Banyak lagi hadis-hadis yang lain yang dijadikan hujjah oleh mereka yang mengatakan tidak boleh bersyair dalam masjid. Tapi hadis-hadis itu adalah dhaif. Maka tidak boleh dipakai.

Banyaklah usaha dari ulama-ulama hadis yang menapis samada hadis-hadis itu benar dari Nabi atau tidak. Begitu berhati-hati mereka dalam menapis hadis. Kita terhutang budi kepada mereka yang meluangkan masa dan tenaga supaya dapat mengenal pasti manakah hadis yang boleh diterima atau tidak.

Begitu pun ada dalil yang dibawa oleh jumhur ulama yang tak menghalang syair secara mutlak dalam masjid.

Pertamanya, tidak banyak hadis yang sahih yang melarang syair dibacakan di dalam masjid. Mereka menakwilkan hadis yang mengatakan yang Nabi kata perut lebih baik penuh dengan nanah itu adalah hanya ditujukan kepada mereka yang leka langsung dengan syair. Dan mereka kata hadis itu dikhususkan orang tertentu sahaja. Apabila khusus sahaja, tidak boleh digunakan sebagai hukum umum. Untuk memahami hadis ini, kena kena tengok asbabul wurud kepada hadis itu. Ketika Nabi berjalan bersama sahabat, tiba-tiba ada seorang penyair membacakan syair, maka Nabi suruh tangkap orang itu. Dan Nabi kata lebih baik perut penuh dengan nanah dari penuh dengan syair. Iaitu kepada orang yang buat syair mengkeji Nabi. Orang itu bukan orang Islam pun.

Yang tidak boleh adalah syair yang tidak baik seperti hadis yang kutuk Nabi atau kutuk orang yang baik. Atau syair yang mengampu dan fitnah. Atau syair yang mengarut. Memuji sana sini dan yang entah apa-apa. Hadis itu adalah berkenaan penyair yang mengisi perutnya dengan syair yang tanpa dalil dan kebenaran sejagat. Kalau syair itu tentang kejadian yang benar, masih boleh lagi.

Hadis kedua riwayat Ammar itu walaupun ada yang kata itu adalah Hasan tapi ada yang kata ianya dhaif kerana hadis itu hanyay terjumpa selepas dia meninggal. Belum pasti apakah maksud beliau ada hadis itu. Kadang-kadang kita ada banyak buku di rumah, tapi itu sebagai kajian kita sahaja, bukan pegangan kita.

Hadis tentang halaqah itu pun selepas dikaji, dikatakan ianya adalah dhaif juga. Kesahihannya dipertikaikan. Oleh kerana itu tidak boleh melawan hadis yang membenarkan syair dibacakan dalam masjid. Kalaulah diterima pun, mestilah ditakwil untuk menjelaskan pencanggahan. Contohnya kalau syair itu menguasai suasana masjid sampai gegar masjid disebabkannya. Itu akan terjadi kalau semua yang berada di masjid mengambil bahagian. Sampai mengganggu orang solat. Kita kena sentiasa ingat bahawa solat adalah perkara paling utama yang perlu dilakukan kalau dalam masjid. Atau boleh ditakwilkan bahawa syair yang tidak dibenarkan itu adalah syair yang karut karut sahaja. Tidak sesuai untuk masjid. Tapi kalau di luar masjid, hukumnya boleh. Kerana ada juga syair yang digunakan oleh pelajar untuk belajar bahasa.

Imam Bukhari menerima boleh untuk bersyair dalam masjid dengan syarat-syaratnya. Dalam dua perbezaan pendapat antara yang membolehkan dan tidak membenarkan, Imam Bukhari memilih
Manakah dalil yang lebih banyak
Manakah dalil yang lebih jelas
Manakah dalil yang lebih sahih
Ketiga-tiga kriteria ini ada pada pendapat yang membenarkan.
Pegangan Imam Bukhari adalah hadis yang di bawah.

434 حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ الْحَكَمُ بْنُ نَافِعٍ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِالرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ أَنَّهُ سَمِعَ حَسَّانَ بْنَ ثَابِتٍ الانْصَارِيَّ يَسْتَشْهِدُ أَبَا هُرَيْرَةَ أَنْشُدُكَ اللَّهَ هَلْ سَمِعْتَ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ يَا حَسَّانُ أَجِبْ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ أَيِّدْهُ بِرُوحِ الْقُدُسِ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ نَعَمْ

434. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman Al Hakam bin Nafi’ berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Az Zuhri berkata, telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah bin ‘Abdurrahman bin ‘Auf bahwa dia mendengar Hassan bin Tsabit Al Anshari meminta kesaksian Abu Hurairah, “Aku mahu bertanya kamu dengan nama Allah, apakah anda pernah mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Wahai Hassan, jawaplah bagi pihak Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam (dalam bentuk syair juga kepada orang-orang Musyrikin). Ya Allah, perkuatkanlah Hassan dengan Ruhul Qudus (Malaikat Jibril) ‘. Abu Hurairah menjawab, “Ya.”

Dalam hadis ini, tidak disebut bahawa syair itu dibaca dalam masjid. Tapi dalam riwayat lain, memang dikatakan dalam masjid.
Dan dalan hadis ini juga, tidak disebut pun Nabi suruh jawap dalam bentuk syair. Dia suruh jawap sahaja. Yang tambahan itu adalah tambahan terjemahan ini sahaja. Tapi sebenarnya memang ada. Imam Bukhari membawakan dalil. Ada hadis yang mengatakan bahawa bagaimana Hassan mempertahankan Nabi dengan syairnya. Dari atas mimbar kerana Nabi telah menyuruh untuk dibuatkan mimbar untuk Hassan membacakan syair. Sebagai tindakbalas kepada syair orang kafir yang mengejek Nabi Muhammad.

Ada lagi hadis lain Riwayat Jabir bin Samurah mengatakan lebih seratus kali Nabi berada di masjid ketika sahabat berbincang tentang syair. Nabi kadangkala tersenyum bersama mereka. Para sahabat berbincang tentang peristiwa jahiliah semasa mereka masih kafir lagi. Antaranya tentang syair mereka semasa jahiliah itu. Dan mereka membacakan syair-syair itu dan memberi komentar tentang syair itu. Dan Nabi tidak melarang mereka. Nabi mesti kena tegur kalau perbuatan mereka itu salah. Hadis ini adalah hasan sahih. Ini juga menunjukkan kebolehan mengenang kejahilan kita dulu. Cuma tak boleh berbangga dengan kejadian dahulu. Yang bolehnya adalah menceritakan kebodohan diri sendiri dulu semasa jahiliah. Boleh bercerita begitu walaupun di dalam masjid. Bermakna boleh juga bersuka dalam masjid. Cuma jangan buat perkara yang tidak sesuai dalam masjid.

Hadis-hadis diatas menunjukkan kebolehan membaca syair. Yang membezakan adalah kandungan syair itu. Kalau syair dengan rentak boleh, tapi tak boleh dengan gendang. Kalau mengandung pengajaran boleh. Kalau sesuai dengan agama, ianya dibolehkan. Tidak boleh ada muzik. Jangan berlebih pula. Kita tak tahu bila masa orang akan ramai dalam masjid. Jangan mengganggu orang solat. Kerana solat adalah kegunaan utama masjid. Kena tengok kesesuaian. Kita kena ingat masjid berbeza dengan tempat lain.

Kaedah yang digunakan adalah jamak dan taufiq. Apabila ada pertentangan antara hadis-hadis yang sahih, kalau boleh kita pakai kedua-duanya sekali. Kita sesuaikan antara keduanya. Ada masa pakai hadis ini dan ada masa pakai hadis yang lain. Kalau tak boleh, baru pakai kaedah tarjih – mana yang lebih kuat. Kalau tak boleh juga, baru kita ketepikan hadis itu. Sebagai contoh, dalam bab ini, kita terima pakai kalau syair yang baik, boleh digunakan. Dan kalau syair yang tak baik, kita tak benarkan.

Tentang hadis ini:
Zuhri adalah madar (paksi) hadis ini. Semua hadis berkeaan kisah ini diambil dari dia.
Di tempat lain, dimana dia riwayatkan dari orang lain, ada disebutkan hadis yang lebih kurang sama. Pernah Umar lalu di masjid dan dia dengar Hassan Tsabit bersyair. Umar macam tak suka. Disitulah Hassan mengatakan dia dulu selalu mengalunkan syair di masjid itu (Masjid Nabi). Itulah sebabnya dia minta kesaksian dari Abu Hurairah kerana Abu Hurairah juga ada semasa Nabi kata begitu. Ada kelebihan kalau Zuhri ambil dari orang lain juga. Menunjukkan Zuhri bukan ambil dari seorang perawi sahaja. Lafaz yang berlainan adalah kerana perawi yang berbeza.

Kenapa Umar tak suka? Kerana dulu ada keperluan untuk membaca syair, tapi sekarang tidak lagi. Kerana sudah tidak ada orang kafir yang mengeji Nabi dengan syair. Dia seorang yang beringat.

Dalam riwayat lain ada mengatakan syair yang dibacakan oleh Hassan itu adalah syair ejekan kepada kafir Quraish yang mengutuk Nabi.

Hassan adalah penyair Nabi. Dia memang terkenal sebagai penyair Nabi. Mati umur 120 tahun. 60 tahun dalam jahiliah dan 60 dalam Islam. Satu-satunya orang yang ada 4 keturunan hidup sampai umur 120. Yang sedihnya, Beliau telah difitnah sebagai kepala mereka yang mengatakan Aisyah berzina. Padahal dia tidak terlibat langsung, jangan kata yang dialah sebagai ketua dalam kekecohan itu. Beliau sebenarnya telah ditohmah oleh puak munafik. Buktinya adalah syair yang dia buat selepas kejadian itu. Dia kata kalau betullah dia kata begitu, biarlah dia lumpuh. Padahal dia kata dalam syairnya itu, bahawa dia amat sayang kepada ahli keluarga Nabi. Dia seorang yang lembut, jadi Nabi tidak benarkan dia membantu dalam peperangan. Apabila ada peperangan, Nabi suruh dia duduk dan tinggal bersama orang-orang perempuan.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini.

  1. Syair yang menyatakan kebenaran dibenarkan untuk diungkap dalam masjid.
  2. Keharusan membalas kejahatan musuh dengan kejahatan yang mereka gunakan. Dalam hadis ini serangan syair dibalas dengan syair. Tapi jangan kita yang serang dulu.
  3. Syair telah digunakan oleh orang kafir untuk mengkeji dan memburukkan Nabi dan orang Islam. Nabi menggalakkan orang Islam untuk membalas dengan syair juga. Kena sesuaikan dengan zaman sekarang, kalau mereka caci guna internet kita pun pakai internet juga.
  4. Meminta dengan nama Allah menunjukkan keseriusan permintaan kita. Hassan minta sokongan dari Abu Hurairah dengan nama Allah. Kejadian itu berlaku lama selepas itu. Tapi kalau nak menceritakan kelebihan diri sendiri, kenalah ada orang lain yang tahu berkenaannya.
  5. Kita hanya boleh mengata orang kafir selepas mereka mengata kita dulu. Jangan kita yang memulakan. Takut kalau kita mulakan, mereka akan mencaci maki Allah. Sila rujuk ayat al-an’am:108
  6. Keelokan mendoakan orang yang berjuang atas agama. Nabi mendoakan kepada Hassan. Kalau perbuatan itu tak baik, Nabi takkan doakan.
  7. Yang memperjuangkan Islam dibantu malaikat. Kadang-kadang yang membantu itu adalah malaikat yang besar seperti Malaikat Jibrail.
  8. Hadis ini menunjukkan kelebihan Hassan bin Tsabit.
  9. Kalau diminta jadi saksi kenalah bangkit dengan berani. Jangan takut dan lari.

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 59 Bab Seseorang Yang Membawa Anak Panah Hendaklah Memegang ( Ya`ni Menjaga ) Mata Anak Panah Itu Apabila Lalu Di Dalam Masjid

بَاب يَأْخُذُ بِنُصُولِ النَّبْلِ إِذَا مَرَّ فِي الْمَسْجِدِ

Bab 39 Seseorang Yang Membawa Anak Panah Hendaklah Memegang ( Ya`ni Menjaga ) Mata Anak Panah Itu Apabila Lalu Di Dalam Masjid

Tempat yang istimewa tentulah ada adabnya. Seperti yang telah tahu, masjid adalah satu tempat yang amat istimewa. Maka, kita kena jaga adab-adabnya apabila berada di dalamnya. Dalam tajuk ini dikatakan bahawa sesiapa yang membawa anak panah, hendaklah dia memegang mata anak panah itu. Maksud ‘pegang’ itu adalah menjaganya. Ikut macam mana cara pun yang sesuai. Tidak semestinya pegang. Kalau bubuh mata anak panah itu dalam sarung pun boleh. Tidak semestinya kena pegang dengan tangan.

Ulama mengatakan bahawa Imam Bukhari membawa tajuk ini untuk menyatakan kehormatan masjid. Jika ada sesiapa yang membawa senjata yang membahayakan, kenalah dia menjaganya. Kerana di situ ada dua kehormatan. Pertama, kehormataan masjid dan kedua adalah kehormatan orang Islam.

Masjid adalah tempat yang amat istimewa. Sebab itulah kalau di masjid kita melakukan Tahiyyatul masjid. Tidak ada tempat lain kita melakukan tahiyatul masjid. Dan seperti kita telah belajar sebelum ini, ada malaikat-malaikat khas yang hanya berada di masjid yang mendoakan untuk kita. Begitulah kelebihan masjid itu.
Manusia pun ada kehormatan. Sebab itu kita tidak boleh ambil hartanya tanpa kebenarannya atau sebab yang membenarkan. Sebab itulah hadis yang mengatakan sesiapa yang terbunuh semasa mempertahankan hartanya, bermakna matinya adalah mati syahid. Kerana dia sedang menjaga kehormatannya. Oleh itu kita tidak boleh mencederakan orang lain. Tambahan lagi kalau dia sedang beribadat dalam masjid. Kerana dia datang ke masjid itu adalah kerana dia nak beribadat, tapi cedera pula. Tambah pula kalau seseorang terluka kena senjata, tentulah ada kemungkinan darahnya akan menitis dan darah itu akan mencemarkan kehormatan masjid.

Ada juga yang kata bahawa tujuan Imam Bukhari membawakan tajk ini adalah sebagai mukaddimah kepada falam ‘lalu dalam masjid’. Ini adalah kerana tajuk bab ini lebih kurang sama dengan tajuk bab selepasnya.

432 حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ قُلْتُ لِعَمْرٍو أَسَمِعْتَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِاللَّهِ يَقُولُ مَرَّ رَجُلٌ فِي الْمَسْجِدِ وَمَعَهُ سِهَامٌ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمْسِكْ بِنِصَالِهَا *

432. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan berkata, aku bertanya kepada ‘Ammar, “Apakah kamu mendengar Jabir bin ‘Abdullah berkata, “Ada seorang laki-laki lalu di dalam masjid dengan membawa beberapa anak panah. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam terus bersabda kepadanya: “peganglah matanya!

Perintah Nabi itu supaya orang berhati-hati ketika membawa barang seumpamanya. Iaitu yang boleh mencederakan. Bukan hanya anak panah sahaja, tapi termasuklah apa-apa senjata pun. Samada pedang, tombak dan apa-apa sahaja. Untuk menjaga senjata itu, ikut senjata itu. Kalau zaman sekarang, mungkin orang sudah pakai pistol. Kita mungkin tidak biasa dengan adanya senjata dalam masjid, tapi ada negara yang rakyat mereka bawa senjata sampai ke dalam masjid. Sebagai contoh, kalau ulama di Pakistan, ulama mereka kena ada pengawal dengan senjata kerana ramai yang hendak bunuh mereka. Jadi mereka yang mengawal itu memang ada senjata pada diri mereka. Jadi, hendaklah mereka jaga dengan menutup senjata itu dengan penutup dan sebagainya.

Asbabul wurud (sebab turunnya) hadis ini: sahabat yang ditegur oleh Nabi itu sedang bersedekah anak panah di dalam masjid. Itu adalah benda yang baik. Mungkin itu adalah persediaan untuk menghadapi perang. Mata anak panahnya terdedah waktu itu. Kerana dalam hadis diatas, tidak disebut mata anak panahnya terdedah. Nak buat benda yang molek pun kena jaga keselamatan orang lain juga. Tapi tidaklah salah dia memberi senjata dalam masjid. Sebab apa dia buat itu adalah untuk kebaikan.

Dalam hadis ini Ammar ditanya adakah dia dengar tentang sabda Nabi itu tapi dalam hadis ini Ammar macam tak jawap dalam hadis diatas. Dalam riwayat lain ada dikatakan Ammar menjawap: ya. Sebab itu kena periksa juga hadis di tempat yang lain. Tapi walaupun dalam hadis tidak dimasukkan jawapan dari yang ditanya, ulama hadis masih boleh terima lagi. Asalkan guru itu bukan jenis yang mengantuk sampai tak tahu apa yang dikatakan anak muridnya. Kerana kalau murid salah cakap, guru kena tegur.

Pengajaran yang boleh diambil:

  1. Kehormatan darah dan hartaa orang Islam perlu dijaga. Nabi selalu ingatkan tentang perkara itu. Contoh yang dibawa dalam hadis disini adalah, kalau bawa benda tajam, jangan sampai terkena orang lain. Tapi jangan sempitkan fahaman hadis ini dengan hanya berkenaan dengan anak panah sahaja. Bukan hanya dengan anak panah sahaja. Tambahan pula anak panah bukan ada sekarang.
  2. Jangan dedahkan bahaya kepada orang lain. Macam kalau kilang, tuan kilang kenalah berikan pakaian keselamatan kepada pekerjanya. Jangan biar sahaja mereka bekerja dalam suasana yang tidak selamat.
  3. Maruah orang pun perlu dijaga. Maka jangan mengata dan fitnah orang lain.
  4. Masjid adalah tempat yang suci. Kehormatan orang yang datang masjid perlulah lebih lagi dijaga kalau dibandingkan dengan tempat lain. Kerana mereka datang ke masjid itu adalah untuk mengerjakan ibadat.
  5. Umat Islam diajar untuk berhati-hati apabila berada di tempat yang ada berbagai kehormatan. Begitu juga dengan manusia, kena berhati-hati. Katakan lah ayah kita juga adalah seorang guru. Maka ada dua kehormatan disitu. Lebih banyak pahala kalau kita jaga kehormatan. Dosa pun lebih banyak kalau kita buat tak elok. Macam isteri Nabi kalau buat kesalahan akan diazab dua kali ganda. Kedudukan yang tak sama akan menyebabkan balasan pun tidak sama.
  6. Hadis ini menunjukkan ketinggian budi pekerti Nabi dan menunjukkan sayangnya baginda pada umat. Dia ajar cara bagaimana menjaga keselamatan orang lain. Semua itu adalah adab. Akhlak Nabi adalah akhlak yang paling sempurna. Banyak hadis yang mengajar manusia dalam beradab.
  7. Menumpahkan darah orang Islam walaupun sedikit sudah salah. Kalau membunuh lagilah dikira dosa besar.
  8. Keharusan membawa masuk senjata dalam masjid dalam keadaan terkawal. Nabi tak suruh sahabat itu keluarkan.
  9. Membawa senjata ke tempat umum mestilah dengan syarat tidak mencederakan orang lain. Bukan masjid sahaja.
  10. Seorang ketua tidak boleh menangguh menegur kesilapan anak buahnya kalau kesilapan itu boleh memudaratkan orang lain.
  11. Maksud Nabi menegur supaya dipegang anak panah itu adalah supaya jangan mencederakan orang lain. Bukanlah dia nak suruh pegang sampai melukakan tangan sendiri. Jangan pakai makna yang zahir pula. Pakailah macam mana cara untuk menyelamatkan orang dari terkena senjata kita.

 

——————————————————————————————

بَاب الْمُرُورِ فِي الْمَسْجِدِ
Bab 40 Lalu Di Dalam Masjid

Ini tentang lalu dalam masjid pula. Dan hadis berkenaan pegang anak panah juga. Kenapa tajuk macam ini? Nampak macam serupa. Sebab itu ada yang kata tajuk sebelum ini adalah mukaddimah untuk tajuk ini.
Tajuk ini adalah agak payah untuk dibincangkan dalam Sahih Bukhari. Pensyarah pun pening kepala. Mereka sampai musykil. Apakah yang hendak dibawa oleh Imam Bukhari? Mereka musykil kerana mereka tahu Imam Bukhari tidak mengulang tajuk beliau. Tapi macam sama sahaja dua tajuk itu. Jadi tentulah ada perbezaan antara dua tajuk itu. Jadi, banyaklah pendapat yang diberikan oleh pensyarah Kitab Sahih Bukhari tentang apakah perbezaan tajuk ini dengan tajuk sebelumnya.

A: Ada yang kata ini keharusan lalu dalam masjid. Walaupun berjunub. Tapi ini tidak sama dengan pendapat Imam Bukhari. Kerana Imam Bukhari dalam tempat lain telah menceritakan bagaimana memang tidak salah kalau lalu dalam masjid walaupun berjunub. Bukan setakat lalu sahaja, kalau berjunuh dan hendak duduk dalam masjid pun tidak mengapa pada beliau.

B: Ada kata Bukhari nak isyaratkan khilaf ulama dan dia hendak menolak pendapat yang mengatakan tidak boleh lalu membawa senjata dalam masjid. Tapi ini pun berulang juga. Iaitu akan dibincangkan dalam Bab 53.

C: Hukum lalu dalam masjid berbeza kerana bergantung kepada keadaan. Kalau mengancam orang lain, jadi haram. Kalau tidak perlu, jadi makruh.

D: Hadis sebelum ini hanya dikatakan dalam masjid sahaja. Kali ini termasuk tempat lain – pasar. Kalau di pasar pun tak boleh di masjid tentu lebih lagi. Iaitu Imam Bukhari menggunakan kaedah minbaabil awla.

E: Hadis sebelum ini tidak disebutkan sebab apa Nabi larang. Tapi dalam hadis ini Nabi beritahu kenapa baginda larang itu adalah kerana supaya tidak melukai orang Islam yang lain.

433 حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُالْوَاحِدِ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِاللَّهِ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا بُرْدَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ مَرَّ فِي شَيْءٍ مِنْ مَسَاجِدِنَا أَوْ أَسْوَاقِنَا بِنَبْلٍ فَلْيَأْخُذْ عَلَى نِصَالِهَا لا يَعْقِرْ بِكَفِّهِ مُسْلِمًا

433. Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Wahid berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Burdah bin ‘Abdullah berkata, aku mendengar Abu Burdah dari Bapaknya dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Barangsiapa lalu dengan membawa anak panah di masjid atau pasar kita, maka dia hendaklah sentiasa memegang mata anak panahnya dengan tangannya agar tidak melukai seorang muslim.”

Memorandum Syiah kepada Agong

Selepas puak Syiah ditangkap di Gombak tahun lepas, mereka telah menulis satu memorandum kepada Agong, mengadu nasib mereka kerana mereka rasa mereka ditindas. Memorandum mereka boleh dilihat disini.

Teringin saya mengulas memorandum mereka itu. Kerana lepas membacanya, banyak lah perasaan yang timbul. Perasaan kesian, menyampah, pengetahuan yang baru adalah antaranya. Kesiannya bukan apa, kesian kerana mereka senang ditipu.

Pertamanya, memorandum ini ditulis dengan amat baik sekali. Satu karangan mantap. Kalau saya Lecturer, saya bagi A+. Sedap bahasa yang digunakan. Bahasa pula teratur dan senang dibaca.

Keduanya, hujah yang mereka gunakan. Ini yang paling penting kita nak lihat. Hujjah mereka adalah mereka adalah satu mazhab juga di Malaysia. Mereka kata Syiah sudah lama bertapak di nusantara ini. Jadi kenapa nak sisihkan mereka. Hujah yang mereka berikan antaranya:

Kesan dari itu, maka amalan Islam mazhab Syiah lalu menyerap masuk ke dalam budaya dan adat penduduk setempat, antaranya mendirikan kuburan, membesarkan orang-orang alim dan wali-wali yang sudah meninggal dunia, memperingati hari kematian atau “hari hol”. Begitu juga dengan berzanji, sambutan maulud, membaca talkin, bacaan surah Yassin secara berjemaah pada setiap malam Jumaat, tahlil, sambutan Isra’ Mikraj, Nisfu Sya’ban, hari Hol, bubur Merah, bubur Putih dan banyak lagi. Semua amalan-amalan yang berasal dari Syiah ini tetap diteruskan masyarakat Malaysia sebagai amalan agama yang tidak boleh ditinggalkan, jauh sekali ditentang.

Jadi disini, kita tahu bahawa amalan ibadat seperti yang disebut diatas atas amalan ‘rekaan’ Syiah rupanya. Barulah jelas kepada kita. Kerana amalan-amalan itu bukan dari ajaran Nabi kita dan para sahabat. Kita pun hairan dari manakah datangnya. Rupanya dari ‘agama’ Syiah. Saya panggil ‘Agama Syiah’ kerana pada saya, mereka bukanlah salah satu mazhab dalam Islam. Mereka ini agama lain. Mereka bukan ikut ajaran Quran dan Nabi tapi mereka menggunakan agama rekaan yang bermodelkan Islam. Macam juga agama Sikh. Tahukah anda bahawa Guru Nanak, pengasas agama Sikh itu asalnya adalah seorang Islam? Tapi dia telah mendengar ‘suara’ ghaib yang menasihatkan dia untuk menggabungkan agama Islam dan Hindu supaya tidak ada lagi perpecahan. Jadi, agama yang pakai model Islam bukanlah Islam. Kalau kita panggil Syiah itu mazhab, maka Sikh pun kenalah kita iktiraf sebagai mazhab juga. Ada berani?

Maka, barulah tahu amalan baca Yaasin malam Jumaat, lawat kubur wali, tahlil, talqin, nisfu syaaban dan lain-lain itu adalah ‘rekaan’ mereka. Mereka kata kalau dah dipakai sekian lama di Malaysia ini, maka sepatutnya mereka diiktiraf lah. Adakah itu satu dalil?

Tuan-tuan, kalau sesuatu amalan itu salah dan bidaah, kita kena tolak. Walaupun masyarakat kita dah lama amalkan dah. Kalau dulu kita amalkan, bertaubatlah. Jangan lah kerana kita dah lama amal, kita terima ianya sebagai yang benar. Ini sekarang kita dah tahu Syiah yang mulakan, maka janganlah kita pakai lagi. Salah kah saya cakap?

Banyak masyarakat kita saya dengar terima Syiah ini sebab mereka didendangkan dengan amalan-amalan sebegini. Bila Syiah datang kepada mereka dan kata “kamu sama sahaja dengan kami. Kamu pun dok amalkan amalan kami”, maka orang Islam tidak dapat jawap. Sebab memang mereka amalkan. Tapi pendekatan mereka silap. Patutnya selepas tahu itu adalah amalan Syiah, mereka patutnya tinggalkan amalan itu. Tapi sebaliknya mereka terima Syiah! Sebab mereka sayang nak tinggalkan amalan itu agaknya.

Banyak sekarang kita lihat dalam media tentang kezaliman yang dilakukan oleh puak Syiah. Memang dari sejarah pun kita tahu mereka kalau dapat kuasa, mereka akan berbuat zalim. Kalau tak dapat kuasa, mereka akan bermuka-muka dengan pemerintah. Macam sekarang, kalau baca memorandum mereka, mereka berbunyi menyokong sepenuhnya kerajaan. Tapi kalau kita lihat di luar negara, mereka akan bertindak zalim. Mungkin di Malaysia, mereka tak nampak. Mungkin masih diceritakan tentang kebaikan Syiah sahaja. Kalau kita nak kiaskan dengan Sekolah, agaknya mereka di tahap Sekolah tadika lagi. Tapi ketahuilah, mereka akan ditanam dengan kebencian kepada puak sunnah dan mereka akan mengambil peluang untuk menanam kita hidup-hidup.

Susah nak berbincang dengan mereka. Kerana mereka ada satu sengaja yang mereka sahaja ada. Iaitu taqiyah – menipu. Bukan setakat dibenarkan sahaja, tapi digalakkan. Adakah ada agama lain dalam dunia yang suruh penganutnya berbohong? Tidak ada lagi saya jumpa. Jadi kalau nak bercakap dengan mereka, rasa macam tak sampai ke mana kerana mereka akan berbohong sahaja.

Ambilan hukum mereka pula hanya dari kitab-kitab mereka. Mereka pakai Quran tapi mereka tafsir lain. Dan orang yang masuk Syiah itu pula memang jenis senang ditipu agaknya. Terima sahaja. Padahal mereka pun tahu yang dalam agama mereka memang disuruh menipu. Macam mana mereka tahu yang ulama mereka tidak menipu? Letih kalau duduk dalam Syiah ni. Sudahlah kena tipu oran lain, mereka sendiri kena tipu dengan ulama mereka.

Cukuplah sudah saya nak tulis kat sini. Banyak lagi kalau nak ditulis. Tapi malas rasanya. Mereka akan berkembang lagi saya rasa. Dah semakin ramai di negara ini. Agama mereka pun memang menarik, banyak tarikan. Maka kepada yang nak senang, memang inilah yang mereka cari. Boleh solat tiga kali sahaja, boleh nikah mutaah dan sebagainya. Dan kita pun tahu, ramai rakyat Malaysia senang ditipu. Semoga kita dapat mengenal mereka, dan sekurang-kurangnya kalau ada sanak saudara kita yang kena dakwah dengan mereka, kita boleh bawa mereka ke pangkuan jalan. Amin.

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 58 Bab Orang Yang Membina Masjid

بَاب مَنْ بَنَى مَسْجِدًا

Bab Seseorang Yang Membina Masjid

Tajuk ini diambil perkataannya dari hadis. Tujuan Imam Bukhari membawa tajuk ini adalah untuk menceritakan kelebihan orang yang membina masjid. Allah akan membina rumah untuknya dalam syurga. Syurga memang  dah ada dah. Dengan amalan baik yang kita lakukan semasa di dunia, kita sebenarnya mengisi perhiasan-perhiasan di dalamnya.

Orang yang membina masjid seorang diri atau bersama orang lain akan mendapat ganjaran besar dari Allah. Dalam bentuk rumah dalam syurga. Semua ini adalah galakan dari Allah untuk manusia berbuat kebaikan. Sebab manusia memang semuanya hendakkan rumah. Kita sanggup bersusah payah untuk mendapatkan rumah. Maka Allah beritahu bahawa Dia akan berikan rumah untuk kita di syurga. Walaupun kita susah macam itu pun untuk mendapatkan rumah semasa di dunia, kita sanggup bersusah payah. Kadang-kadang kena pinjam duit dari bank dan sebagainya. Apalah sangat perbuatan kita dalam menyumbang dalam membina masjid. Tak sama rumah yang di dunia dengan dalam syurga. Lebih hebat lagi dari apa yang ada di dunia.

Hadis ini juga menunjukkan, Allah balas ikut perbuatan kita di dunia. Apabila kita buat bangunan seperti masjid contohnya semasa kita di dunia, Allah akan balas dengan bangunan juga di syurga. Balasan buruk pun macam itu juga. Kalau seseorang tidak bayar zakat, duit zakat itu akan menghempapnya. Kalau dia pakai gelang dan minum arak di dunia, dia tidak akan dapat pakai gelang dan minum arak di syurga. Kalau dia menyabung ayam, ayam itu yang akan menyerangnya nanti. Maknanya, ada persamaan antara hasil perbuatan semasa di dunia dengan akhirat nanti.

Ada pendapat mengatakan Imam Bukhari membawa tajuk ini untuk mengatakan kelebihan seseorang yang membina masjid satu orang. Tidak jenis yang bekerjasama dengan orang lain. Kerana sebelum ini telah diceritakan kelebihan membina masjid, kemudian bekerjasama dalam membina masjid, kemudian kerjasama yang melibatkan tukang-tukang. Maka oleh itu, yang sesuai kenapa beliau memasukkan tajuk ini adalah jikalau seseorang itu membina sendiri masjid. Kerana Imam Bukhari tidak mengulang tajuk yang sama. Dan hadis yang dibawakan adalah tentang perbuatan Saidina Uthman. Dalam hadis itu, Uthman membina masjid Nabi dengan menggunakan wang sendiri. Dan dari bahasa yang digunakan juga merujuk kepada membina masjid seorang diri dari segi nahunya. Ini adalah satu pendapat. Sedangkan kalau bekerjasama pun akan dapat ganjaran besar, tambahan pula kalau dia buat sendiri. Maknanya, boleh kalau nak buat masjid seorang diri. Bekerjasama boleh, buat sendiri pun boleh.

Maka ini bermakna Islam menggalakkan umatnya supaya jadi kaya. Supaya boleh banyak lagi memberi kebaikan contohnya membina masjid. Sebab kalau nak bina sendiri, tentulah kena kaya. Macam Uthman, beliau adalah seorang yang kaya. Padahal dia datang ke Madinah dengan tangan kosong. Kerana segala harta perlu ditinggalkan di Mekah. Begitu juga Abd Rahman Auf. Tapi kerana mereka bijak dalam berniaga, mereka boleh jadi kaya raya. Maknanya mereka bijak mencari rezeki. Bukanlah Islam mengatakan kurang kalau miskin. Tapi ada kelebihan tersendiri kalau kaya. Boleh tolong banyak lagi. Yang kaya dengan cara kaya dan yang miskin dengan cara miskin. Mereka berdua yang jadi kaya itu berjaya dalam Islam walaupun mereka kaya. Kerana niat mereka baik.

Sejarah mengatakan Saidina Uthman menanggung semua kos pembinaan masjid tanpa menggunakan wang kerajaan. Dia memang pemurah. Semasa Perang Tabuk, ramai yang menangis sebab tak dapat nak tolong peperangan itu. Padahal musuh yang akan dihadapi sangat ramai. Nabi tanya siapa yang boleh bantu. Uthman bangun dan mengatakan dia akan beri seratus ekor unta. Siap dengan kelengkapan perang. Sekali lagi Nabi tanya siapa lagi yang boleh bantu tentera Islam? Dia bangun lagi dan beri seratus lagi. Kerana tidak ada orang lain yang bangun. Sekali lagi Nabi tanya, dia bangun lagi. Bermakna dia beri tiga ratus unta. Dia beri seribu dinar lagi untuk kelengkapan perang lain. Sampai Nabi kata: tidak terjejas Uthman selepas ini. Kalau dia buat salah macam mana pun, tidak terjejas dia. Kerana banyak sangat apa yang diberinya untuk Islam. Tapi tidak adalah apa kesalahan yang dibuat Uthman. Sahabat, kalau Nabi cakap macam itu, mereka tidak mengambil kesempatan. Nabi percaya dan sayang kepada Uthman, sampaikan Nabi kahwinkan dua anak baginda kepada Uthman. Dan apabila mati isterinya yang kedua, Nabi kata kalau baginda ada anak lagi, baginda akan kahwinkan dengan Uthman. Nabi kahwinkan itu pun berdasarkan wahyu.

Kuasa ekonomi Madinah waktu itu bergantung kepada Yahudi. Nak minum pun kena dapat dari mereka. Uthmanlah yang beli telaga dari Yahudi dan beliau wakaf kan kepada orang Islam. Maka tidak salahlah kalau Nabi sayang kepadanya. Beliau adalah antara orang yang terawal masuk Islam- ada yang kata orang keempat. Beliau masuk Islam hasil dari dakwah Abu Bakr. Uthman tidak pergi menyertai Perang Badr. Tapi walaupun begitu, Nabi beri juga harta ghanimah kepada beliau. Sahabat tak komplen walaupun mereka pergi berperang dan ada yang cedera parah dan sebagainya. Kerana mereka faham. Uthman tidak pergi itu adalah kerana isterinya, Ruqayyah waktu itu sakit teruk. Nabi yang tak bagi dia pergi menyertai perang Badr itu. Semasa berita kejayaan Perang Badr diberitahu kepada beliau, beliau sedang menanam mayat Ruqayyah. Tapi, seperti biasa, musuh Islam menggunakan isu ini sebagai fitnah kepada beliau. Mereka kata apakah pentingnya Uthman, kerana beliau tidak pergi pun Perang Badr. Dan beliau tidak terlibat antara mereka yang menyertai Baiah Ridwan. Iaitu baiah taat setia kepada Nabi yang mereka akan hidup mati bersama Nabi dan berperang dengan Quraish waktu itu. 1400 orang sahabat waktu itu telah baiah dengan Nabi di bawah sepohon pokok. Semua yang baiah itu Nabi kata akan masuk syurga. Tapi mereka yang mengatakan demikian lupa kenapakah baiah itu terjadi? Ianya terjadi kerana mereka disekat dari memasuki Mekah untuk menjalankan ibadat Umrah. Nabi telah menghantar Uthman sebagai utusan untuk berbincang dengan puak Quraish. Timbul khabar angin mengatakan Saidina Uthman telah dibunuh. Oleh kerana itulah Nabi telah meminta baiah dari sahabat yang lain untuk berperang dengan Quraish kali itu jika terpaksa. 

Dikatakan Saidina Uthman adalah seorang yang kacak. Ada sahabat yang terpesona apabila melihat beliau dan isteri beliau – sama padan. Beliau adalah dari Bani Umayyah. Maka kerana itulah penjahat dalam Islam yang tidak suka kepada Bani Umayyah telah mengecam dan mereka cerita yang tidak elok tentang beliau. Sampaikan mereka kata Nabi sendiri tak suka kepada Bani Umayyah. Padahal, Nabi mempunyai menantu dari Bani Umayyah: Uthman dan Abu ar Rabi’. Ada sampai kata Uthman makan duit zakat. Itu semua tak masuk akal. Tapi ramai yang percaya sampai masuk dalam buku sejarah. Ramai yang termakan dengan tohmahan itu sampaikan anak dia dinafikan dalam lipatan sejarah. Sampai tak dengar nama anak beliau yang bernama Abdullah. Padahal itu adalah cucu Nabi juga. Berapa ramai cucu-cucu Nabi yang tidak disebut? Mereka semua dikatakan mati kecil. Hanya yang kita tahu adalah Hassan dan Hussein. Banyak maklumat sejarah yang tak betul. Ini kerana makluman sejarah diambil dari pendusta. Kita pula terima sahaja tanpa banyak soal. Ingatlah bahawa tiada berkat dalam hidup kita kalau kita menyalahkan orang yang baik dan mulia dalam Islam. Takkan kita nak kata kerajaan mereka yang bertamadun itu datang dari pemerintah yang mengambil wang rakyat? Takkan kita nak ambil sejarah Islam dari karangan orientalis? Sampai kita terima mengatakan Uthman memberikan seluruh harta Afrika kepada menantunya Marwan?

Tidak ada contoh lain dalam sejarah semua rakyat sepakat dalam sejarah menerima seseorang sebagai pemimpin melainkan Uthman. Abd Rahman Auf tanya setiap rumah siapakah yang layak antara beliau dan Ali sebagai khalifah? Semua sepakat mengatakan Uthman. Dan dia dah tahu dia akan dibunuh secara zalim. Nabi pun pernah beritahu sahabat-sahabat lain tentang perkara itu. Dia sendiri pun tahu. Malam dia nak mati pun dia bermimpi Nabi kata meraka akan berbuka puasa bersama nanti. Sahabat pun ada yang tidak bersungguh nak membela kematiannya kerana mereka dah tahu bahawa Uthman akan dibunuh sebegitu. Mereka tak mahu nak berperang kerana pada mereka itu hanya akan menyebabkan lagi ramai orang mati sahaja. Kepala pembunuh Uthman adalah Abdullah bin Saba’ iaitu pengasas Syiah.

431 حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمَانَ حَدَّثَنِي ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي عَمْرٌو أَنَّ بُكَيْرًا حَدَّثَهُ أَنَّ عَاصِمَ بْنَ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ عُبَيْدَاللَّهِ الْخَوْلانِيَّ أَنَّهُ سَمِعَ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ يَقُولُ عِنْدَ قَوْلِ النَّاسِ فِيهِ حِينَ بَنَى مَسْجِدَ الرَّسُولِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّكُمْ أَكْثَرْتُمْ وَإِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا قَالَ بُكَيْرٌ حَسِبْتُ أَنَّهُ قَالَ يَبْتَغِي بِهِ وَجْهَ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي الْجَنَّةِ

431. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sulaiman telah menceritakan kepadaku Ibnu Wahb telah mengabarkan kepadaku ‘Amru bahwa Bukair menceritakan kepadanya, bahwa ‘Ashim bin ‘Umar bin Qatadah menceritakan kepadanya, bahwa dia mendengar ‘Ubaidullah Al Khaulani mendengar ‘Utsman bin ‘Affan berkata apabila ramai orang mempersoalkan kehendak beliau membina semula masjid Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, ia katakan, “Sungguh, kalian banyak mempersoalkannya, sedangkan aku sendiri mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “sesiapa yang membangun masjid -Bukair berkata, “saya rasa beliau mengatakan- kerana Allah, – maka Allah akan membina untuknya yang seperti itu di syurga.”

Apabila Uthman mengatakan hasrat untuk memperbaiki Masjid Nabi, umat telah persoalkan kehendak beliau. Kenapakah mereka mempersoalkan? Ada beberapa sebab. Ada yang takut apabila telah dibaiki dan ditambah, akan hilang rupa asal Masjid Nabi yang menjadi kenangan kepada para sahabat. Masjid itu menjadi kenangan mereka kepada Nabi. Mereka teringat lagi dimana Nabi solat dan sebagainya. Kerana itulah mereka tidak suka. Tapi Uthman melihat pembesaran masjid itu dari segi keperluan. Perlu diperbesarkan. Kalau tidak, susah untuk masyarakat solat di situ. Kalau tak muat, nanti mereka tidak mendapat berkat solat di Masjid Nabi.

Ada yang setuju masjid itu dibesarkan tapi tidak suka mengubah masjid itu pakai batu yang cantik, cat dan bermewah sedangkan Nabi tak suka kemewahan. Ini menunjukkan mereka adalah orang yang zuhud. Mereka persoalkan sekejap sahaja.

Ada juga yang ingat Uthman nak pakai duit kerajaan. Sebab pada mereka duit kerajaan hanya untuk dibelanjakan untuk rakyat. Tapi Uthman sebenarnya bukan begitu, dia nak pakai duit sendiri sahaja.

Dalam hadis ini, perawi syak tentang lafaz gurunya. Kerana makna ‘kerana Allah’ banyak perkataan. Dia tidak pasti yang mana satu. Begitu cermat mereka dalam meriwayatkan. Tapi walaupun dia tidak pasti perkataan yang sebenarnya, tapi dia tahu bahawa perbuatan itu merujuk kepada perbuatan yang dibuat kerana Allah taala. Perbuatan yang ikhlas. Mereka kalau tidak pasti apakah perkataan yang digunakan, mereka akan cakap. Tidaklah mereka pakai agak-agak sahaja.

Hadis ini adalah salah satu dari Hadis yang Mutawatir. Ramai lagi sahabat yg meriwayatkan hadis yang sama. Seramai 23 sahabat. Maka mutawatir. Mustahil semua menipu. Oleh itu, kenalah percaya hadis yang sebegini.

Kenapakah dalam hadis ini dikatakan balasan itu adalah ‘Binaan seumpamanya’? Bukanlah telah disebut dalam Quran bahawa ganjaan baik adalah sepuluh kali ganda? Kenapa dalam hadis ini seperti dikatakan sama sahaja antara perbuatan dan balasan? Ada beberapa pendapat ulama untuk menjelaskan perbezaan ini:

  1. Ada yang kata hadis ini Nabi sebut sebelum baginda terima ayat yang mengatakan balasan baik adalah sepuluh kali ganda. Mungkin tak kena pendapat ini. Kerana ayat itu diturunkan di Mekah dan hadis Nabi itu adalah disebut di Madinah. Jadi pendapat ini tidak sesuai. 
  2. Yang disebut dalam hadis ini adalah berkenaan dengan ‘Kuantiti’ bukan kualiti. Walaupun disebut dibalas dengan satu rumah, tapi kualitinya, tentu tidak sama. 
  3. Gandaan sepuluh kali ganda itu adalah limpah kurnia dari Allah. Yang dalam hadis ini adalah balasa yang asas. Iaitu satu perbuatan yang baik, dibalas satu.
  4. Memang akan dibalas dengan rumah juga. Tapi lebihnya rumah itu sama macam lebihnya masjid dari rumah lain. Tak sama. Dalam zaman sekarang pun kita boleh lihat beza antara rumah dan masjid. Begitu cantik masjid itu kalau dibandingkan dengan rumah manusia. 
  5. Nama sahaja rumah tapi tak sama.
  6. Kita tak tahu hakikat kesamaan itu.
  7. Penggunaan perkataan mithlahu dalam hadis itu tidak semestinya mufrad sahaja. Dalam Quran pun boleh digunakan untuk jamak. Bermakna, tidak semestinya Allah hanya membalas satu rumah untuk binaan satu binaan masjid tapi boleh diberikan banyak. 

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 57 Meminta Pertolongan Dari Tukang Kayu dan Tukang tukang-tukang yang lain

Bab 37 Meminta Pertolongan Dari Tukang Kayu dan Tukang tukang-tukang yang lain Dalam Membina Kayu-Kayu Mimbar Masjid

Imam Bukhari membawakan tajuk ini sebagai isyarat karutnya hadis yang ada kata Nabi suruh jauhkan tukang-tukang dari masjid. Padahal Nabi hendak yang molek apabila baginda buat kerja. Tentulah kalau berkenaan masjid yang tentunya satu pekerjaan yang penting, baginda mahukan yang terbaik untuknya. Kalau bukan tukang yang pandai yang buat, tentulah tak dapat nak jadi cantik dan kemas masjid itu. Hadis itu ada kena mengena dengan Syiah. Padahal hadis yang dimulakan dengan ‘wahai Ali’, semuanya palsu kecuali satu sahaja: iaitu hadis yang mengatakan Ali sebagaimana Harun kepada Musa. Oleh itu, tidak boleh diterima hadis itu kerana ianya adalah palsu sahaja. Jadi tak masuk akal kalau Nabi tak mahu libatkan tukang.

Imam Bukhari hendak membawakan pendapat bahawa elok untuk melibatkan tukang yang mahir.

Walaupun dalam dua hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari sebagai dalil dibawah ini, adalah berkenaan dengan tukang kayu sahaja, tapi dalam tajuknya beliau memasukkan juga perkataan ‘Tukang tukang-tukang yang lain’. Ini merangkumi tukang-tukang yang lain contohnya tukang besi, tukang simen dan sebagainya. Memang ada hadis-hadis lain yang mengatakan Nabi menggunakan tukang-tukang yang lain tapi Imam Bukhari tidak memasukkannya. Kerana hadis-hadis itu tidak menepati syarat beliau yang ketat. Tapi tidak bermakna ianya tidak sahih. Dan daripada tajuk yang dia letakkan, menunjukkan bahawa dia menerima juga Tukang tukang-tukang yang lain. Walaupun dia tidak terima sampai dia masukkan dalam sanad dia, tapi dia telah isyaratkan dalam tajuknya. Begitulah pentingnya tajuk yang Imam Bukhari letakkan. Kita boleh tahu lebih dari dari apa yang letakkan dalam tajuknya.

Imam Bukhari juga menggunakan qiyas dalam tajuk ini: kalau mimbar pun boleh pakai tukang kayu, maka kalau nak bina masjid yang lagi susah itu pun kenalah pakai tukang lain yang mahir juga. Imam Bukhari nak mengajar bahawa salah satu cara untuk memahami hadis adalah dengan menggunakan qiyas. Kalau tak boleh pakai qiyas, susah nak cari hadis yang bertepatan dengan tajuk. Jadi, kita kena pandai pakai mana hadis yang ada, dan mengqiyaskan dengan permasalah dunia semasa.

Imam Bukhari juga hendak menekankan sekali lagi bahwa dalam urusan pembinaan masjid, elok bekerjasama. Lagi ramai orang boleh dapat pahala membina masjid. Dan kelebihan yang ada pada manusia berlainan. Ada yang pandai tukang bahagian ini dan ada orang yang pandai bahagian lain. Kalau yang bekerjasama itu ada kepandaian tertentu lagi molek. Ini nak tambah dari tajuk-tajuk sebelum ini. Sebelum ini hanya sebut pasal bekerjasama secara umum sahaja. Kali ini, ada melibatkan kerjasama antara orang-orang yang ada kemahiran pertukangan.

429 حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُالْعَزِيزِ حَدَّثَنِي أَبُو حَازِمٍ عَنْ سَهْلٍ قَالَ بَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى امْرَأَةٍ مُرِي غُلامَكِ النَّجَّارَ يَعْمَلْ لِي أَعْوَادًا أَجْلِسُ عَلَيْهِنَّ

429. Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa’id berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul ‘Aziz telah menceritakan kepadaku Abu Hazim dari Sahl berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menghantar seseorang (sebagai utusan) kepada seorang wanita dan berkata, “Perintahkan hambamu yang tukang kayu itu membuat mimbar daripada kayu untukku duduk.”

Wanita yang dimaksudkan itu bernama A’isyah. Ini bukanlah Aisyah isteri Nabi. Bermakna ramai juga yang nama A’isyah, Fatimah dan sebagainya. Makna ‘A’isyah’ adalah: perempuan yang hidup dengan sihat dan dapat cari makan sendiri. Boleh berdikari. Kalau Yahya, setakat makna ‘hidup’ sahaja. Aisyah itu adalah seorang boleh hidup sampai dewasa. Jadi, antara orang yang meletak nama anak mereka Aisyah adalah supaya anak itu dapat hidup sampai dewasa. Aisyah adalah satu nama yang elok. Tapi tak payahlah tambah ‘Siti’ sebab Siti tu bermakna ‘puan’. Orang kita ramai yang salah dalam bab bagi nama. Memang dah hendak kepada agama sebab itulah mereka memiliah nama yang berbau Islam tapi banyak yang silap. Kena diperbetulkan sedikit demi sedikit. Maka kena tanya orang yang tahu. Kalau pakai nama ambil dari buku sahaja belum tentu betul lagi.

430 حَدَّثَنَا خَلادٌ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُالْوَاحِدِ بْنُ أَيْمَنَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ أَنَّ امْرَأَةً قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلا أَجْعَلُ لَكَ شَيْئًا تَقْعُدُ عَلَيْهِ فَإِنَّ لِي غُلامًا نَجَّارًا قَالَ إِنْ شِئْتِ فَعَمِلَتِ الْمِنْبَرَ

430. Telah menceritakan kepada kami Khallad berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Wahid bin Aiman dari Bapaknya dari Jabir bin ‘Abdullah, bahwa ada seorang wanita berkata, “Wahai Rasulullah, bolehkah aku buatkan sesuatu untuk Tuan, sehingga Tuan bisa duduk di atasnya? Kerana aku punya seorang hamba yang ahli dalam masalah pertukangan kayu.” Baginda menjawab: “Silakan, kalau kamu mau.” Maka wanita itu membuatkan mimbar itu.”

Ini adalah kisah dari orang yang sama juga. Nampak ada canggah tapi tidak sebenarnya. Hadis yang kedua ini yang berlaku dahulu dari segi kronologi. Mulanya dia yang menawarkan dulu kepada Nabi. Kemudian baru kejadian dalam hadis yang pertama iaitu Nabi mengingatkan dia untuk membuat mimbar itu. Jadi kena faham apakah kisah hadis itu. Kalau tak faham lah yang menyebabkan ada yang jadi anti hadis. Jangan nak cepat menolak hadis hanya kerana kita tak faham.

Mimbar Masjid Nabi sekarang.

Sebelum ada mimbar itu, baginda akan bersandar pada sebatang pokok semasa berkhutbah. Selepas ada mimbar itu baginda meninggalkan pokok itu. Menangis pokok itu sampai para sahabat pun dengar. Maknanya, ada tindakbalas dari pokok. Sekarang pun orang sains dah buat kajian yang pokok bertindakbalas dengan muzik dan sebagainya. Daripada hadis, ada dikatakan bahawa segala hidupan semuanya bertasbih kepada Allah cuma kita sahaja tak dapat nak dengar.

Pengajaran yang boleh diambil dari dua hadis diatas:

  1. Keelokan melibatkan orang yang mahir dalam pembinaan masjid. Kalau sesuatu tempat itu digunakan oleh orrang awam, elok melibatkan tukang. Kalau rumah pun kita pakai tukang untuk buat, tentulah masjid lebih-lebih diperlukan lagi.
  2. Keelokan menawarkan diri dalam kerja-kerja agama. Tak payah tunggu orang suruh. Dalam hadis diatas, wanita itu menawarkan khidmat hambanya. 
  3. Elok untuk melibatkan orang bawahan dalam melakukan kerja-kerja agama. Seperti Nabi mengambil kira tawaran dari umatnya. Apabila mereka menawarkan diri, Nabi tak larang. Malah menerima dengan baik. Dan kita boleh lihat bagaimana pandainya para sahabat. Orang-orang biasa pun menawarkan khidmat mereka. Bukan yang besar-besar sahaja. Ini semua adalah hasil asuhan Nabi. Mereka jadi cerdik kerana asuhan Nabi. Allah telah memilih mereka yang mulia untuk mengelilingi dan membantu Nabi. 
  4. Majlis Nabi juga dihadiri oleh orang-orang perempuan. Tidak ada tabir antara Nabi dan mereka. Jadi salah kalau orang kata perempuan tidak boleh terlibat dalam majlis. Banyak sangat hadis yang menunjukkan penglibatan sahabat perempuan. Kalau dalam kelas pengajian pun, dalam hadis dikatakan lelaki sebelah sini dan perempuan sebelah sana. Sama-sama boleh belajar. 
  5. Keharusan bercakap dan berbincang dengan bukan mahram. Jadi tidak benar kalau ada yang kata suara perempuan itu aurat. Sebab tidak kena dengan hadis yang sahih. Tapi ada yang salah faham, sampai kalau orang lelaki telefon pun tidak cakap, senyap sahaja.
  6. Kprihatinan para sahabat tentang keselesaan Nabi. Nabi tak minta tapi mereka sendiri nampak keperluan mimbar itu. Samada dari sahabat lelaki atau perempuan. Jadi memang ada sumbangan sahabiah dalam sejarah Islam. Bukanlah lelaki sahaja yang menyumbangkan tenaga dalam Islam. Ada juga pendapat yang silap kerana golongan wanita dalam Islam.
  7. Boleh menerima sumbangan orangramai untuk menjayakan program agama. Dalam hadis ini, tentulah kayu pun A’isyah itu beri juga. Nabi terima.
  8. Kesediaan untuk menyumbang kepada syiar ugama, walaupun tidak diminta adalah satu sifat yang mulia.
  9. Keharusan menghantar orang sebagai utusan untuk menyampaikan pesanan. Kerana kita mungkin tidak berkesempatan kerana banyak kerja. Bukan nak mengatakan kita sombong sampai tak boleh pergi sendiri. Jangan kita ingat orang sombong pula kalau hantar wakil jumpa kita. Sebab dah ada contoh yang Nabi tunjukkan seperti dalam hadis ini. Sahabat memang bersedia berkhidmat untuk Nabi. Ada yang tunggu sahaja di luar rumah Nabi. Kot-kot Nabi ada kerja untuk mereka.
  10. Mengingatkan seseorang tentang janji yang telah dibuat dibolehkan. Tidak salah kalau buat begitu. Nabi telah menghantar utusan untuk mengingatkan A’isyah tentang janjinya.

 

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 55 & 56 Bab Berkerjasama Dalam Pembinaan Masjid..

بَاب التَّعَاوُنِ فِي بِنَاءِ الْمَسْجِدِ ( مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ أُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الاخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ (

Bab 36 Berkerjasama Dalam Pembinaan Masjid Dan Firman Allah Azza Wa Jalla: “Tidaklah Layak Orang-Orang Kafir Musyrik Itu Memakmurkan (Menghidupkan) Masjid-Masjid Allah, Sedang Mereka Menjadi Saksi (Mengakui) Akan Kekufuran Diri Mereka Sendiri. Mereka Itu Ialah Orang-Orang Yang Rosak Binasa Amal-Amalnya Dan Mereka Pula Kekal Di Dalam Neraka. Hanyasanya Yang Layak Memakmurkan (Menghidupkan) Masjid-Masjid Allah Itu Ialah Orang-Orang Yang Beriman Kepada Allah Dan Hari Akhirat Serta Mendirikan Sembahyang Dan Menunaikan Zakat Dan Tidak Takut Melainkan Kepada Allah, (Dengan Adanya Sifat-Sifat Yang Tersebut) Maka Adalah Diharapkan Mereka Menjadi Dari Golongan Yang Mendapat Petunjuk.[1] ” [1] At-Taubah : 17-18

Imam Bukhari sekarang membawakan tajuk tentang berpakat untuk membina masjid. Masing-masing boleh menyumbangkan tenaga tau wang ringgit dalam pembinaan masjid. Bukan seorang nak buat semua. Kena berpakat dalam usaha muliau untuk membina masjid. Sebelum ini telah diceritakan tentang kepentingan masjid dalam Islam. Sekarang ini diceritakan tentang pembinaannya pula. Sebelum ini kita telah tahu tentang tingginya pahala kepada mereka yang terlibat dalam pembinaan masjid. Tapi daripada ayat yang dinukilkan oleh Imam Bukhari dalam tajuknya ini, kita boleh tahu bahawa walaupun ada orang yang terlibat dalam pembinaan masjid, tapi kalau mereka tidak beriman, mereka tidak akan mendapat apa-apa habuan dari akhirat. Syarat untuk mendapat pahala dari usaha murni ini, seseorang itu mestilah seorang Islam.

Berapa juzukkah tajuk Imam Bukhari kali ini? Ramai yang berpendapat ianya satu juzuk sahaja. Iaitu Berkerjasama Dalam Pembinaan Masjid. Tapi ada juga yang mengatakan lebih dari itu. Ada yang mengatakan ada tiga tujuan Imam Bukhari membuat tajuk ini:

1. Dia hendak menceritakan bahawa bekerjasama membina masjid banyak pahala. Siapa yang lagi banyak usahanya akan dapat lagi banyak pahala. Macam masjid Nabi, ada yang buat sikit dan ada yang buat banyak. Nabi pun membantu juga dalam pembinaan masjid itu. Bukanlah Nabi duduk sahaja melihat sahabat-sahabat baginda buat kerja.
2. Menghilangkan kekeliruan yang mungkin timbul dari kisah Nabi tidak mahu menerima tanah secara percuma dari tuan tanah. Ini kita telah belajar dalam hadis yang ke-21. Iaitu apabila Bani Najjar telah menawarkan tanah yang hendak dijadikan sebagai masjid itu dengan percuma. Sekali lihat pada kisah itu, nampak macam Nabi tidak mahu melibatkan kerjasama dari mereka walaupun mereka telah menawarkan tanah itu. Islam mahukan kerjasama tapi tidak dengan cara mengambil hak orang tanpa cara yang benar. Kerana pada tanah itu, ada hak anak yatim. Nabi hanya mahu menerima tanah itu dengan dibeli. Bermakna, ada sebab lain kenapa Nabi tidak mahu terima tanah itu secara percuma. Pemberian mestilah dari orang yang sedar dan memberi dengan rela hati. Sebab mereka masih kecil, mungkin mereka tidak sedar kepentingan tanah dan kalau pun mereka memberi dengan percuma, mungkin hanya ikut sahaja ajakan orang lain. Maka janganlah kita mengambil harta orang lain walaupun ianya bertujuan untuk kebaikan. Yang punya hak mestilah memberi dengan rela hati.
3. Orang Islam akan mendapat manfaat dengan pembinaan masjid. Oleh itu hendaklah bekerjasama dalam pembinaannya. Mereka yang terlibat akan mendapat pahala yang berterusan – selagi masjid itu digunakan. Ini adalah termasuk dalam perkara ‘Sedekah Jariah’.

Lagi dua maksud Imam Bukhari lagi dua yang diambil dari ayat yang beliau nukilkan.
1. Erti pembinaan masjid dan imarah adalah dari istilah Quran. Apakah makna imarah itu? Ianya adalah membina isi masjid itu. Oleh itu, pembinaan masjid yang melibatkan zahir dan batin. Bukan hanya bina bangunan sahaja, tapi perlulah digunakan masjid itu untuk melakukan ibadah.
2. Siapakah yang patut membina masjid dan imarah masjid itu? Tentulah orang Islam. Baru ada faedah. Pemberian orang kafir tiada faedah. Oleh itu muslim kena buat sendiri. Jangan harap kepada pemberian orang kafir. Kena siapkan diri dari segi ilmu. Jadi, orang Islam kenalah ada yang jadi arkitek, tukang kayu, tukang besi dan sebagainya.

Pembinaan Masjid adalah tugas yang mulia

Imarah lahiriah – bina bangunan masjid dan mencantikkannya.
Imarah maknawi – membangunakan ibadat didalamnya.

Bolehkah ambil pemberian orang kafir dalam pembinaan masjid? Atau guna khidmat mereka untuk bina masjid?
Satu pendapat mengatakan boleh menggunakan masjid hasil pemberian orang kafir kerana dari sejarah, kita pun tahu bahawa Masjidilharam itu adalah hasil binaan orang kafir. Musyrikin Mekah lah yang telah mengumpulkan dana dan berganding bahu untuk membina Kaabah. Dan kemudian para sahabat telah solat di situ. Dan apabila mereka keluar dari Mekah, mereka mengadap disitu sebagai kiblat. Bermakna, masjid yang bersumber dari pemberian orang kafir bukan penghalang untuk menggunakannya. Tapi tentulah mereka tidak tak dapat pahala hasil dari pemberian mereka itu. Pendapat ini mengatakan, kalau kita berada di negara dan kerajaan kafir itu telah bina masjid untuk orang Islam, boleh kita gunakan. Itu satu pendapat.

Tetapi, jumhur ulama tak terima pendapat ini. Ini adalah kerana kalau kita menerima pemberian mereka, takut kita akan terhutang budi. Tambahan pula ini dalam hal agama. Takut nanti kita akan tunduk kepada kemahuan mereka kerana teringat meraka telah beri masjid kepada kita. Seeloknya jangan melibatkan mereka. Ayat At-Taubah : 17-18 diatas adalah sebagai dalil. Yang dalil mengatakan orang kafir telah Kaabah itu adalah kejadian pada zaman lain. Dan bukan mereka yang mula-mula membina Kaabah pun. Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang letakkan asas. Dan ada lagi kisah yang menceritakan bahawa Nabi tidak ambil pemberian orang kafir jikalau pemberian itu melibatkan hal ibadat. Tidak perlu pun ambil untuk bina masjid kerana bukan perlu nak kena masjid yang besar sampai nak kena pakai duit mereka.

Kisah yang disebutkan diatas adalah berkenaan ada orang zaman Nabi yang hendak memberikan unta dan Nabi tanya samada dia Islam. Dia hendak memberi unta itu kerana hendak membantu puak Islam berperang. Bila dia kata tidak, Nabi kata baginda dilarang menerima hadiah dari orang musyrik. Dia kemudiannya masuk Islam. Apabila dia telah masuk Islam barulah Nabi menerima pemberian beliau. Kerana dia hendak beri itu untuk perkara yang melibatkan ibadat dalam Islam – berperang adalah satu ibadah. Kalau untuk hadiah biasa Nabi terima. Kerana memang Nabi ada menerima hadiah pemberian ketua negara lain. Tapi kalau khusus untuk ibadat, tidak boleh. Sama macam masjid, ia melibatkan ibadat.

Kalau menggunakan khidmat orang kafir untuk memperbaiki masjid, kebanyakan ulama membolehkannya. Kerana kita pun memberi upah kepada mereka, bukan dengan percuma. Ianya adalah harus sahaja, tidaklah molek. Sebab Umar Abd Aziz pernah upah orang Kristian.

428 حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُالْعَزِيزِ بْنُ مُخْتَارٍ قَالَ حَدَّثَنَا خَالِدٌ الْحَذَّاءُ عَنْ عِكْرِمَةَ قَالَ لِي ابْنُ عَبَّاسٍ وَلابْنِهِ عَلِيٍّ انْطَلِقَا إِلَى أَبِي سَعِيدٍ فَاسْمَعَا مِنْ حَدِيثِهِ فَانْطَلَقْنَا فَإِذَا هُوَ فِي حَائِطٍ يُصْلِحُهُ فَأَخَذَ رِدَاءَهُ فَاحْتَبَى ثُمَّ أَنْشَأَ يُحَدِّثُنَا حَتَّى أَتَى ذِكْرُ بِنَاءِ الْمَسْجِدِ فَقَالَ كُنَّا نَحْمِلُ لَبِنَةً لَبِنَةً وَعَمَّارٌ لَبِنَتَيْنِ لَبِنَتَيْنِ فَرَآهُ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَنْفُضُ التُّرَابَ عَنْهُ وَيَقُولُ وَيْحَ عَمَّارٍ تَقْتُلُهُ الْفِئَةُ الْبَاغِيَةُ يَدْعُوهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ وَيَدْعُونَهُ إِلَى النَّارِ قَالَ يَقُولُ عَمَّارٌ أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الْفِتَنِ

428. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul ‘Aziz bin Mukhtar berkata, telah menceritakan kepada kami Khalid Al Hadza’ dari ‘Ikrimah, Ibnu ‘Abbas telah berkata kepadaku dan kepada Ali, anaknya, “Pergilah kalian bedua menemui Abu Sa’id dan dengarlah hadits darinya!” Maka kami pun berangkat. Rupa-rupanya dia berada di dalam kebun dan dia sedang mengurusnya, setelah dia mengambil kain selimutnya beliau duduk berpaut lutut`. Kemudian ia mulai bercerita kepada kami hingga tiba cerita tentang pembinaan masjid. Ia mengkisahkan, “Masing-masing kami membawa ketul batu satu satu, sedangkan ‘Ammar membawa dua dua ketul batu sekaligus. Apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melihatnya, beliau berkata sambil mengibas debu tanah yang ada padanya: “Aduhai ‘Ammar, dia akan dibunuh oleh golongan yang derhaka. Dia menyeru mereka kepada syurga sedangkan mereka menyerunya ke neraka.” Abu Said berkata, “‘Ammar selalu berdoa, “Aku berlindung dengan Allah daripada fitnah.”

Ibn Abbas menyuruh perawi hadis ini untuk berjumpa dengan Abu Sa’id untuk belajar hadis. Zaman tu kalau belajar, bermakna belajar Quran dan Sunnah.

Abu Sa’id duduk ihtiba’ itu adalah jenis duduk yang memaut lutut. Bermakna boleh duduk macam tu. Yang ada hadis Nabi larang duduk begitu dalam masjid adalah kerana para sahabat, kain mereka pendek. Kalau duduk begitu takut nampak kemaluan. Para sahabat tahu kenapa Nabi larang duduk macam tu. Jadi, dalam keadaan lain yang tidak menampakkan kemaluan, boleh duduk sebegitu.

Duduk ihtiba'

Duduk ihtiba’

Ammar bin Yasir adalah sahabat yang telah pernah melalui kepahitan diseksa musyrikin Mekah. Ibu yang bernama Sumayyah dan ayahnya telah dibunuh. Dia sangat teruk diseksa sampaikan dia telah mengaku keluar dari Islam. Dia takut dia telah murtad tapi turun ayat yang mengatakan yang Allah hanya mengira apa yang dalam hati manusia.

Kalau dibaca kisah kejadian dalam hadis diatas dalam karangan Ibn Ishak, dia mengatakan bahawa para sahabat yang lain membuli Ammar untuk mengangkat dua batu sekaligus padahal mereka mengangkat hanya satu. Itu adalah kisah bohong. Sepertimana kita tahu, Ibn Ishak ini ada elemen Syiah. Jadi dia hendak memburukkan para sahabat. Ammar mengangkat dua batu sekaligus itu adalah kerana dia kerja bersungguh. Dia hendak menyiapkan masjid dengan cepat. Kerana itulah Imam Bukhari membawa tajuk ini. Dia hendak memberitahu bahawa sesiapa yang kerja lebih, dia akan dapat pahala yang lebih lagi.

Melihat perbuatan Ammar itu, Nabi menyapu badan Ammar dengan lembut. Menunjukkan betapa mesranya Nabi dengan para sahabat. Itulah sebabnya mereka amat sayangkan baginda. Dan kerana itulah ada sahabat yang pengsan apabila mendengar Nabi telah wafat. Ini kerana mereka sangat sayangkan Nabi dan antaranya adalah atas layanan Nabi kepada mereka.

Selepas itu Nabi telah bersabda berkenaan nasib Ammar nanti. Mungkin dia kata kepada Ammar atau kepada orang lain. Nampak dari segi bahasa, Nabi cakap tentang Ammar tapi kepada orang lain. Nabi kata Ammar akan dibunuh oleh ‘golongan yang derhaka’ – fiatun baghiah. Inilah perbahasan yang panjang tentang siapakah golongan yang derhaka itu. Sebab Ammar telah terlibat dalam peperangan antara Ali dan Muawiyah. Ammar telah berpihak kepada Ali. Maka kerana itulah mereka menggunakan dalil ini sebagai penentu pihak manakah yang salah antara dua pihak itu. Mereka mengatakan kerana waktu itu Ammar berpihak kepada Ali dan beliau terbunuh semasa berperang dengan tentera Muawiyah, maka mereka telah kata bahawa Muawiyah lah golongan yang derhaka itu.
Ammar mati dalam perang siffin. Ini adalah persoalan yang besar.

Maka siapakah yang dimaksudkan dengan الْفِئَةُ الْبَاغِيَةُ – golongan derhaka itu? Ramai tersilap mengatakan Muawiyah di pihak yang salah dengan menggunakan dalil ini. Walaupun mereka ASWJ. Padahal itu adalah diayah Syiah. Mereka nak selitkan bahawa sahabat pun tak boleh pakai dalam bab politik.

Dalam hadis Nabi, ada mengisyaratkan bahawa pihak yang menentang Ali adalah fiatun ‘azimah – golongan yang besar, bukan fiatun baghiah. Bermakna kedua-dua pihak itu mempunyai kedudukan yang sama. Ianya bermaksud: dua golongan besar. Masalah yang ada diantara mereka adalah berkenaan politik sahaja. Bukan dari segi akidah. Dua-dua pihak itu adalah pihak Islam juga.

Nabi pernah mengatakan bahawa Hasan akan menjadi pendamai antara dua golongan besar. Tentunya setelah dikaji sejarah, ianya merujuk kepada pihak Ali dan Muawiyah. Dalam sejarah, bukan Muawiyah yang serang dulu tapi Ali yang serang dulu. Bukan Muawiyah sahaja yang tak baiah dengan Ali, tapi ada lagi yang tidak bersetuju. Dia tak baiah tu sebab dia tidak setuju dengan Ali yang tidak menghukum pembunuh Uthman.

Siapakah fiatun baghiah itu? Mereka adalah golongan yang berlakon di belakang Ali. Mereka lah Syiah. Sahabat faham bahawa bukanlah Muawiyah yang salah. Walaupun bila Ammar mati, mereka tidak tinggalkan Muawiyah. Tidaklah mereka jadikan dalil kematian Ammar sebagai tanda mengatakan Muawiyah dari fiatun baghiah. Kalaulah mereka rasa itu adalah sebagai tanda kebenaran kata Nabi itu, tentulah mereka telah meninggalkan pihak Muawiyah.

Hadis ini memang tak boleh dipakai sebagai dalil untuk mengatakan pihak Muawiyah sebagai derhaka, kerana ianya akan mengatakan separuh dari para sahabat waktu itu sebagai fiatun baghiah. Kerana ramai juga yang berada dalam pihak Muawiyah waktu itu. Kalau kita kata mereka pihak yang derhaka, macam mana nak pakai hadis riwayat mereka kalau begitu? Jadi, tentulah tidak benar perkara itu. Padahal, sahabat-sahabat yang berada dalam pihak Muawiyah itu sahabat-sahabat yang besar. Ada yang memang telah dijanjikan syurga oleh Nabi.

Perbalahan antara Ali dan Muawiyah adalah bertitik-tolak dari pembunuhan Uthman. Muawiyah dan para sahabat yang bersamanya mahukan supaya pembunuh Uthman dibunuh dengan segera. Sahabat yang sama pendapat dengan beliau telah pergi kepada beliau kerana beliau mempunyai tentera yang kuat kerana dia adalah gabenor Syam. Dia kata, kalau Ali tak boleh nak bunuh, berikan tugas itu kepada beliau. Ali pula kata tunggu sehingga baiah selesai barulah cari jalan penyelesaian. Sebenarnya, dia pun serba salah. Kerana apabila ditanya siapa yang bunuh, sampai beribu yang angkat tangan mengaku bunuh Uthman. Jadi macam mana nak bunuh ramai orang sekali? Muawiyah kata itu adalah helah mereka. Cuba kata nak bunuh semua, mesti mereka tak mengaku dah.

Kerana nampak bahawa Ali telah melakukan kesilapan dengan tidak mengambil tindakan, maka sebab itulah ada sahabat-sahabat telah keluar untuk bertemu dengannya untuk menasihati beliau. Sampaikan Aisyah pun keluar sekali. Padahal Nabi dah kata bahawa Aisyah keluar buat haji itulah kali terakhir untuk dia keluar. Tapi kerana nampak isu itu adalah isu yang penting, sampai Aisyah pun mengambil keputusan untuk keluar. Bersama dengannya adalah Talhah dan Zubair al Awwam. Siapakah mereka ini? Ini adalah sahabat-sahabat yang telah dijanjikan syurga oleh Nabi.

Apabila dinasihati, Ali nampaknya mahu berdamai. Maka puak Syiah yang sememangnya mereka itulah fiatun baghiah itu, telah resah kerana kalau begitu, mereka nantilah yang akan dibunuh kerana membunuh Uthman dahulu, telah menyebabkan peperangan berlaku dengan berlakon memulakan peperangan. Mereka masuk dua-dua pihak dan memulakan peperangan. Sebab kalau tak jadi perang, merekalah nanti yang akan dibunuh. Maka terjadilah peperangan saudara pertama dalam Islam disebabkan oleh Syiah.

Selepas itu, mereka menyebabkan perpecahan lagi semasa perang Siffin.

Apabila Ali mati, mereka dengan cepat baiah kepada Hassan. Kerana mereka sangka mereka akan berjaya kalau Hassan yang memerintah. Saidina Hassan setuju untuk jadi khalifah dengan syarat kata-katanya diikuti. Selepas Hassan menjadi khalifah, beliau tidak mengikut kata-kata puak Syiah kerana dia tahu mereka pun tidak benar. Selepas enam bulan, beliau telah berdamai dan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Muawiyah. Tentulah dia sebagai seorang yang bijak memberikan kekhalifan kepada yang layak. Kalau Muawiyah jahat, takkan dia nak berikan tampuk pemerintahan kepada Muawiyah pula. Padahal dia sendiri ada tentera kalau nak berperang lagi. Maka tahun penyerahan kuasa itu dalam sejarah dinamakan sebagai Tahun Perdamaian. Maka benarlah sabda Nabi yang mengatakan bahawa Hassan akan menjadi pendamai antara dua pihak yang besar.

Puak Syiah tidak suka dengan kejadian itu. Maka, mereka memburukkan Saidina Hassan. Sampai mereka kata Hassan ada isteri sampai 400 orang. Dan semasa menyerahkan kuasa, mereka kata Hassan telah menetapkan beberapa syarat. Antaranya mereka kata dia hendak harta yang banyak. Mereka kata dia gila perempuan dan sebagainya.

Sampai sekarang, mereka tidak mengangkat satu pun keturunan Hassan sebagai imam mereka. Semuanya dari keturunan Hussein. Sebenarnya mereka marah kepada Hassan kerana memberikan khalifah kepada Muawiyah. Begitulah kisah siapakah fiatun baghiah itu. Sebenarnya mereka adalah puak Syiah.

Ada yang kata yang dimaksudkan Ammar menyeru kepada kebaikan itu adalah puak Khawarij. Tapi itu tidak benar kerana puak Khawarij datang kemudian lagi dari zaman dia.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Bekerjasama dalam pembinaan masjid adalah sangat afdhal. Akan mendapat pahala yang berterusan sampai sudah mati. Tidak putus pahala walaupun dah mati. Inilah yang dinamakan salah satu dari Sedekah jariah.
  2. Galakan mendapatkan ilmu daripada semua orang yang berilmu walaupun orang yang mendapatkan ilmu itu juga mempunyai ilmu sendiri. Ibn Abbas, walaupun ada ilmu yang tinggi tapi dia suruh juga anak dia pergi tempat lain untuk mendapatkan ilmu. Mungkin orang lain ada ilmu yang dia sendiri tidak ada. Sebab dia sendiri tak banyak mendapat hadis secara terus dari Nabi. Kerana dia muda lagi apabila nabi wafat. Abu Sa’id lebih tua dari dia dan lebih dulu masuk Islam. Ibn Abbas seorang yang tinggi ilmunya. Sampaikan menjadi rujukan utama mazhab Syafie. Dia adalah anak murid utama Umar. Umar bawa dia ke mana-mana. Dia seorang yang sangat cerdik. Nabi pun pernah doakan dia supaya diberikan ilmu. Pernah dia duduk sebelah kanan Nabi supaya Nabi akan menggilirkan bekas minuman kepadanya dahulu. Dia memang dah tahu yang biasanya Nabi akan memberi kepada orang yang kanan. Begitulah bijaknya beliau. Maka dia telah hantar anaknya pergi belajar dengan Abu Sa’id. Jadi anaknya pergi untuk mendapatkan sanad yang lebih tinggi. Sanad aaliy. Sebab hadis itu mungkin Ibn Abbas sendiri dah tahu. aman dulu, begitulah cara pembelajaran. Kadang-kadang ambil satu dua hadis sahaja. Itulah sebabnya kita tengok ada ulama yang dikatakan gurunya sampai beribu. Sebab kalau dapat satu hadis dari seorang pun dah dikira guru dah. Bukan kena duduk lama berbulan-bulan pun seperti yang kita sangka. Ini kita boleh lihat bagaimana Ibn Abbas itu bersikap terbuka. Suruh anak dia belajar dengan orang lain pula. Itupun satu pengajaran kepada kita. Islam pun terbuka untuk mendapatkan ilmu. Kalau nak dapatkan ilmu dari orang kafir pun boleh. Cuma kena tengok ilmu apa. Kalau hadis dan Quran memang tak boleh belajar dari orang kafir.
  3. Abu Said lebih lama Islam. Apabila beliau dengar tentang kedatangan Nabi yang baru, beliau telah naik kapal dengan adik beradiknya untuk mencari Nabi. Tapi kerana kapal itu telah ditiup ke tempat lain, mereka mereka sampai ke Habshah dulu. Di sana, mereka telah bertemu dengan para sahabat yang telah berada di sana. Mereka tinggal di Habshah untuk sekian lama. Kemudiannya mereka telah berhijrah ke Madinah. Oleh itu, Abu Sa’id adalah antara orang yang telah berhijrah dua kali. Ini adalah satu kedudukan yang tinggi.
  4. Ilmu manusia tidak meliputi walau tinggi mana pun. Tidak ada satu orang yang tahu semua perkara. Elok belajar dengan orang lain juga.
  5. Seorang alim kena bersedia untuk menyampaikan ilmu. Abu Sa’id apabila didatangi oleh orang untuk mendapatkan ilmu, telah kemaskan diri dan bersedia untuk mengajar. Berpakaian yang molek adalah juga termasuk dalam adab ilmu. Sebab waktu itu beliau sedang mengajar hadis iaitu satu ilmu yang mulia. Begitu juga kita pernah dengar tentang kisah Imam Malik yang pakai pakaian yang paling kemas apabila beliau mengajar. Dia duduk pun kemas. Sampai pernah disengat tebuan pun, dia tak bergerak.
  6. Tidak menyampaikan hadis sambil lewa. Itulah sikap para salaf.
  7. Dalam kerja kebaikan, boleh buat yang sukar dengan harapan pahala banyak lagi. Ammar telah mengangkat batu dua dua walaupun orang lain cuma angkat satu sahaja. Ada kelebihan pahala kalau buat begitu. Tapi ini tidak dipakai dalam ibadah khusus. Contohnya, tidak ada pahal lebih kalau solat di tempat yang tidak selesa padahal ada tempat lain yang lebih selesa. Kerana kalau solat di tempat yang selesa, lagi khusyuk kalau begitu. Lain dengan orang tasawuf. Mereka ingat kalau buat ibadat dalam seksa lagi bagus. Sebab mereka memang tak pandai agama dan hanya menggunakan pendapat mereka sahaja yang tidak benar.
  8. Memuliakan orang yang bekerja pada jalan Allah. Kena sokong dia. Puji dia. Begitulah, apabila Nabi nampak Ammar bekerja dengan keras, maka Nabi datang dan kibaskan badannya. Dan kata sesuatu. Jangan kita marah pula orang yang bekerja keras begitu.
  9. Dalam hadis ini, terdapat kisah salah satu dari mukjizat Nabi. Baginda telah meramalkan kematian Ammar yang akan dibunuh oleh puak durjana kira-kira 30 tahun sebelum ianya berlaku. Bukan sekali itu sahaja ramalan baginda menjadi kenyataan. Banyak kali Nabi ramalkan dan memang terjadi. Ada sahabat boleh lihat sendiri kebenaran yang telah disebutkan Nabi itu. Semuanya itu dari Allah, bukan Nabi tahu sendiri perkara ghaib. Allah yang beritahu kepada Nabi melalui Jibrail. Kalau bukan baginda mendapat wahyu dari Allah, tentulah Nabi tidak berkata apa-apa.
  10. Menguruskan sendiri harta adalah perbuatan salaf. Abu Sa’id urus sendiri ladangnya. Berbudi kepada tanah. Walaupun mereka ada duit nak upah orang.
  11. Elok seseorang memohon Allah untuk hindari dari fitnah. Sebab tak tahu fitnah itu akan mendatangkan pahala atau bala. Jadi, tidak benarlah pendapat yang mengatakan kalau kita memohon dihindarkan dari fitnah itu sebagai tanda orang itu tidak menerima qada’ yang Allah telah berikan kepadanya. Nabi pun ajar doa berlindung dari fitnah dunia dan akhirat. Fitnah paling besar adalah jikalau dugaan itu sampai meninggalkan agama. Oleh itu, hadis ini menolak hadis palsu yang melarang manusia dari doa supaya selamat dari fitnah. Konon fitnah itu menuai orang munafik. Sebab fitnah adalah ujian. Macam penukaran kiblat. Mereka kata kalau terjadi ujian macam itu, barulah kita boleh tahu samada orang itu benar-benar mukmin atau munafik. Hadis itu palsu, jadi tidak boleh dipakai.
  12. Hadis ini menunjukkan kelebihan Ammar dan Abu Sa’id.
  13. Budaya Islam melawat orang alim utk mendapatkan ilmu. Kena cari peluang mengaji.
  14. Melibatkan diri dengan pertanian adalah mulia. Jangan berasa rendah diri. Mulia sebab pekerjaan itu memberi makanan kepada manusia.
  15. Elok untuk tinggalkan pekerjaan untuk menghormati tetamu. Bersiap dan bercakap dengan baik. Itu adalah adab Islam.
  16. Mengakui kelebihan orang lain tidak mengurangkan kedudukan kita. Ini kita boleh lihat bagaimana Ibn Abbas hantar anaknya untuk belajar denga orang lain.
  17. Memuliakan pelajar dan melebihkan hajat mereka dari diri sendiri. Ini kita boleh lihat contoh Abu Sa’id yang berhenti dari pekerjaan beliau.

Allahu a’lam.

Permurnian Sirah Nabi

Bismillahi Rahman ar Rahim. Rabbi, zidni ilma. 

Terdapat keperluan di dalam menilai kembali pengetahuan kita tentang sejarah dalam Islam. Terlalu banyak yang perlu diperbetulkan, mungkin kita kena mulakan dengan pemurnian sejarah Nabi dahulu. Kalau kita lihat dalam bab fekah, ada banyak mazhab-mazhab bercambah. Kita tak terima satu pendapat sahaja. Tapi kalau dalam bab sejarah, seumpamanya macam hanya ada satu sejarah sahaja yang diterima semua. Apa yang ada dalam kitab, atau apa yang ada dalam buku sejarah, itu sahajalah yang kita pegang, padahal ada banyak khilaf antara tarikh-tarikh yang ada. Tapi orang kita tidak banyak soal. Apa yang disajikan kepada kita, kita terima terus.

Kenapa jadi macam ini? Antaranya adalah kerana ulama-ulama kita tak sempat nak kaji semua sekali. Oleh itu, mereka mengkhusukan pengkajian mereka dalam satu-satu bidang sahaja. Yang banyaknya adalah tentang bab akidah dan fekah. Mereka ketat dalam meriwayatkan hadis berkenaan hukum hakam tapi berkenaan sejarah mereka ambil mudah sedikit. Mereka tak tapis sangat. Sebab mereka tak sempat. Dan mungkin mereka lihat, ianya tidak penting mana. Tapi sebenarnya, metodologi yang mereka gunakan pada hukum hakam boleh kita gunakan dalam hal sejarah. Contohnya, dalam menilai dari manakah sumber perawi tentang bab fekah, mereka akan kaji betul. Jadi, dalam bab sejarah juga kita boleh gunakan kaedah yang sama.

Contohnya ramai yang terima kisah Nabi memulakan perjalanan isra’ mi’raj dari rumah Umm Hani’. Padahal itu adalah salah sekali. Ahli Sunnah pun dah tak periksa samada benar atau tidak riwayat itu. Padahal ianya bercanggah dengan riwayat yang sahih. Ianya juga bercanggah dengan Quran kerana Quran mengatakan mulanya isra’ itu dari MasjidilHaram. Banyak yang pakai riwayat dari Ibnu Ishak padahal beliau adalah berfahaman Syiah. Kita pun tahu Syiah itu adalah golongan penipu besar dan tak boleh pakai sikit habuk pun. Dan kalau diteliti sejarah yang diriwayatkan oleh beliau, kita akan tersasar jauh dari kebenaran. Banyak pula kisah dari beliau yang ada dalam kitab. Seperti yang telah disebutkan, kisah Isra’ Mi’raj riwayat Ibn Ishak adalah bertentangan dari sumber yang sahih. Tapi sebab mereka nak pakai juga kisah Ibnu Ishak, mereka sanggup mengatakan rumah Umm Hani’ berada dalam hatim Kaabah. Hatim itu juga dikenali sebagai Hajar Aswad. Jadi, macam taklah salah kisah itu. Maknanya, dua-dua betul. Dari Masjil Haram betul, dari rumah Umm Hani’ pun betul juga, sebab dua-dua itu tempat yang sama. Tapi, macam mana boleh sesiapa buat rumah dalam Kaabah pula? Adakah masuk akal kisah itu?

Sebabnya Ibnu Ishak buat kisah itu adalah kerana Umm Hani’ itu adalah kakak Saidina Ali dan dia hendak menaikkan keluarga Ali. Syiah itu kalau dah namanya Syiah, hendak juga menyelitkan keluarga Ali dalam peristiwa penting. Dalam kisah yang mengarut itu, sampai dikatakan Nabi tidur di sebelah Umm Hani’. Masya Allah, kenapa sampai boleh jadi begitu pula? Padahal Umm Hani’ bukan Islam waktu itu lagi. Dia pun ada suami yang kafir yang menentang Nabi pula waktu itu. Kemudian, sampai dikatakan Umm Hani’ solat isya’ dan subuh dengan Nabi padahal solat belum difardhukan lagi waktu itu. Dan macam mana pula boleh solat di rumah seorang yang kafir? Tentunya Syiah tak dapat nak terima ada kakak Saidina Ali lambat masuk Islam. Ini semua adalah kisah dari Syiah dan ulama kita pun terpengaruh dengan kisah sebegini. Kisah itu membawakan banyak perkara yang tidak molek kalau dikaitkan dengan Nabi. Ditambah pula dengan kisah Nabi pernah meminang beliau. Lagilah kita musykil. Bayangkan orang boleh kata, patutlah Nabi melepak rumah dia sebab Nabi memang hendakkan Umm Hani’ pun. Pulak itu tidur pula di rumahnya, malahan di sebelahnya? Macam suami isteri pula kerana dalam cerita dongeng itu ada masuk cerita Umm Hani’ tarik kain Nabi sampai ternampak perut. Ini semua mencalar keperibadian Nabi yang mulia. Di mana suami Umm Hani’ waktu itu? Takkan dia akan benarkan perkara begini terjadi? Kalau suami dia tidak ada waktu itu, lagilah menaikkan kemusykilan kita – suami orang tiada, Nabi datang rumah dia pula. Jangan lupa bahawa suami Umm Hani’ itu adalah penentang kepada Nabi. Selepas Pembukaan Kota Mekah, Umm Hani’ telah masuk Islam. Tapi suaminya tak mahu masuk Islam, sampai melarikan diri. Yang bawa kisah ini bukan orang orang biasa tapi orang besar pun, ulama-ulama pun ada. Kalau ustaz di Malaysia ni, jangan kiranya, mereka tak usul periksa pun. Mereka tak kisah pun kalau mereka menceritakan kisah salah kepada masyarakat. Asalkan mereka dapat bayaran mengajar. Dapat bayaran masuk tv lagilah mereka suka. Mereka mungkin tidak perasan bahawa kisah begini mempunyai kesan yang menghina Nabi. Tapi apa mereka kesah?

Kedua, tentang peristiwa Hijrah ke Madinah. Hijrah dikatakan terjadi waktu malam. Ini juga telah diterima umum seperti itulah sahaja kisah yang ada dan benar. Sebenarnya ia juga dibawa oleh Ibn Ishak. Kerana dia nak menaikkan nama Ali. Kerana dalam kisah yang salah itu dikatakan Ali telah mengganti Nabi di tempat tidur baginda. Sampai orang kafir tertipu. Mereka ingat Nabi ada lagi tidur jadi mereka tunggu di luar rumah. Apabila Nabi keluar, Nabi telah menabur pasir sambil membaca sepotong ayat dari Surah Yaasin. Itu dah satu hal. Buat amalan yang tak benar. Maka, orang kita hafal lah ayat itu dan digunakan untuk mengelabui mata polis trafik supaya tak nampak mereka. Dikatakan penjahat-penjahat Musyrik telah tertidur apabila Nabi buat macam itu. Bila mereka bangun, mereka periksa, rupanya Ali yang ada, bukan Nabi. Ini kerana Ibn Ishak hendak menunjukkan keberanian Ali. Kerana apa yang Ali buat itu adalah satu tindakan yang berani – kerana ada kemungkinan musyrikin marah dan bunuh beliau kerana telah menipu mereka. Padahal Ali tak terlibat dalam kisah hijrah itu. Mereka tak dapat terima, kerana ini adalah peristiwa besar, takkan Saidina Ali tiada. Padahal yang terlibat dalam peristiwa Hijrah itu adalah Abu Bakr dan keluarga beliau. Keluarga Abu Bakr termasuk Aisyah dan hamba beliau yang menyediakan persediaan untuk Hijrah itu. Tapi Syiah memang tak suka dengan Abu Bakr. Mereka Abu Bakr adalah berhala Mekah. Mereka bukan nak terima kasih kepada Abu Bakr, malahan zikir harian mereka pun ada yang mengutuk Abu Bakr dan Umar; Dan Nabi Hijrah sebenarnya pada waktu tengahari. Kenapa tak hijrah waktu malam? Bukankah malam lagi rahsia? Kita lupa bahawa negara Arab, mereka tidur tengahari. Kisah yang sebenar ada dalam sahih Bukhari. Tapi ramai pakai riwayat Ibn Ishak. Mana lagi kuat? Imam Bukhari kah atau Ibn Ishak yang Syiah?

Lagi satu kisah Hindun, isteri Muawiyah yang dikatakan memamah jantung Saidina Hamzah. Ini pun dari Ibn Ishak. Padahal dalam Bukhari, kisah pembunuhan Hamzah tidak sebegitu. Ibn Ishak membawakan kisah dongengnya, tidak ada dalil kukuh. Tapi Bukhari bawa dalil dari orang yang terlibat secara langsung dalam peristiwa itu iaitu Wahsyi sendiri. Dialah yang membunuh Hamzah. Kisah yang sebenar, tidak ada nama Hindun pun terlibat. Orang lain yang upah Wahsyi bunuh Hamzah.

Ramai yang ambil riwayat Ibn Ishak. Sentiasa sahaja ada kisah pelik dari apa yang dibawanya. Dia tabarra’ kepada Nabi. Iaitu menyatakan kebencian beliau. Dia mesti menyatakan kebencian kepada para sahabat. Itu adalah akidah Syiah. Kalau tak nyatakan kebencian itu, maka dia tidak dikira beriman. Tapi dia amat pandai sampaikan kisah beliau sampai kita tak perasan dia sedang menghina para sahabat. Sampai Nabi pun kena. Ada Syiah awal yang Syiah dari segi politik. Mereka cuma mengatakan bahawa Ali lebih berhak jadi khalifah dari Uthman. Tapi mereka terima Abu Bakr dan Umar. Itu adalah Syiah yang mula-mula. Tapi bukan boleh dikira begitu dengan Ibn Ishak. Kerana dia membawa hadis yang digunakan untuk menyokong pegangannya. Dia adalah syiah yang jahat. Sepatutnya, segala riwayatnya ditolak mentah-mentah. Dibuang jauh-jauh. Tapi kita selalu sangat dengar kisah darinya. Itulah sebabnya perlu disebarkan tentang penipuan yang dilakukan olehnya. Ramai antara kita tak sedar dan tak kisah.

Ada kisah Nabi naik unta dengan isteri Abu Dzar. Nabi dikatakan bawa isteri Abu Dzar itu dalam satu perang. Padahal dia budak lagi. Kemudian Nabi dapat kalung, maka Nabi kalungkan kepada isteri Abu Dzar. Walaupun ada dalam Tarmizi dan Abu Dawud tapi mereka letakkan hadis ini sambil berkata ianya adalah riwayat mungkar. Kisah ini mengaibkan Nabi. Nabi takkan buat benda-benda macam ini. Nabi amat cermat. Kenapa nak bawa dia pergi perang? Ni sebab Syiah nak bawakan kononnya, Abu Dzar begitu mulia sampai yakin dengan Nabi dan benarkan Nabi bawa isteri beliau sendiri. Kepada Syiah, Abu Dzar adalah antara yang sahabat yang baik, tidak murtad lepas Nabi mati. Tarmizi kadang-kadang bawa hadis tak sahih sebab nak ajar manusia tentang hadis palsu. Itulah sebabnya kalau baca hadis, tak boleh belajar sendiri. Tidak semua boleh pakai dalam kitab itu. Macam makan ikan, takkan nak makan dengan tulang sekali? Tentulah kita nak pilih mana yang boleh dimakan dan mana yang tidak boleh dimakan? Ada sebab kenapa imam macam Imam Tarmizi membawakan sanad orang yang tak dipercayai. Salah satunya sebab dia hendak memperkenalkan perawi itu. Supaya kita berhati-hati dengan riwayat mereka. Bukan dia nak suruh kita terima bulat-bulat tanpa usul periksa.

Satu lagi kisah Saudah, isteri Nabi. Dia telah beri gilirannya bermalam dengan Nabi kepada Aisyah. Kaedah dirayah (logik) kena dipakai dalam membaca riwayat sebegini. Iaitu adakah ianya akan merobohkan ajaran Nabi? Memang ada hadis berkenaan perkara ini dalam sahih Muslim. Riwayat dalam Sahih Musliam sedikit sahaja tapi ditambah dalam kitab-kitab lain. Waktu itu dikatakan dia telah tua. Jadi Aisyah dapat dua hari bermalam bersama Nabi – sekali memang haknya sebagai isteri Nabi dan sekali lagi, pemberian dari Saudah. Tapi dalam kitab lain, ditambah bahawa sebabnya dia beri gilirannya itu kepada Aisyah kerana dia takut Nabi mencerainya. Itu tidak ada langsung dalam Sahih Muslim. Dan ada pula kisah Nabi memang dah cerai dia dah dan kemudian Nabi rujuk. Dan dikatakan Nabi rujuk balik itu lepas Saudah pujuk Nabi. Siap pegang kaki Nabi. Dan dia beri gilirannya kepada Aisyah, supaya Nabi terima dia balik kerana dia tahu Nabi sayang Aisyah lebih lagi dari isteri-isteri yang lain. Ini boleh dikatakan betapa teruknya Nabi. Habis madu, sepah dibuang. Patutkah kita terima pendapat begitu? Nampak tak adil lah Nabi kalau kisah ini benar. Inikah contoh poligami yang hendak ditunjukkan Nabi? Inikah kita kena ikut, kerana kita sebagai orang Mukmin, kena ikut apa yang Nabi lakukan. Adakah selepas salah seorang isteri kita dah tua, kita ceraikan dia? Padahal Saudah beri dengan senang hati. Dan ini adalah satu sumber hukum – iaitu Harus untuk seorang isteri memberikan hak bermalamnya dengan suami kepada isteri lain. Itu sahaja yang sepatutnya kita terima. Bukanlah kisah dongeng lain. Bahaya kalau kisah sebegitu dijaja. Adakah Nabi tak hirau langsung isteri-isterinya yang lain, sampai mereka tahu Nabi sayang Aisyah sahaja? Padahal dalam hadis yang sahih, kita tahu Nabi jumpa isterinya setiap hari untuk bertanya khabar walaupun hari itu bukan giliran mereka. Dan betulkah pemberian Saudah itu sampai bila-bila? Kerana ada dalam hadis yang sahih, Nabi pergi menggauli semua isterinya dalam satu malam semasa baginda melakukan ibadat Haji. Kalau semua isteri baginda, bermaknanya termasuklah Saudah. Jadi mungkin Saudah dah ambil balik haknya. Itu pun boleh juga.
Ada yang kata Nabi paling sayang Aisyah. Sebab Nabi asyik tanya bilakah bilakah gilliran baginda dengan Aisyah. Adakah begitu? Tak sesuai kalau kita faham begitu. Itu telah sakitkan hati isteri yang lain. Takkan itu yang Nabi nak ajar kepada kita. Sebenarnya, baginda dah tahu dia akan mati di rumah Aisyah. Jadi baginda tertunggu-tunggu bilakah giliran baginda dengan Aisyah. Bukan selalu Nabi tanya macam itu. Hanya apabila dah dekat nak wafat dah baru ada timbul baginda tanya macam itu. Nabi sayang Aisyah kerana Aisyah adalah isteri baginda yang paling pandai. Paling banyak sampai ilmu dari Aisyah. Itu sebab dia sayang. Bukan sebab Aisyah muda dan cantik atau sebab Aisyah anak dara. Memang ada hadis yang mengatakan Nabi sayang Aisyah. Tapi kerana ilmu Aisyah. Aisyah paling banyak meriwayatkan hadis. Kalau kita kata sebab cantik, itu mencemarkan Nabi pula. Macam Nabi memandang kecantikan sahaja. Seharusnya kita kata Nabi sayang kerana ilmu Aisyah, untuk menjaga kedudukan Nabi.

Berdosa kalau burukkan imej Nabi. Jadi kena bersihkan kisah-kisah sirah yang meragukan. Sedangkan angkat suara dengan Nabi pun dah salah dah dan akan mengurangkan pahala ibadat kita dah. Jadi pelajar-pelajar agama kena buat kajian dan berusaha untuk bersihkan sejarah yang salah. Ini semua tugas kita. Jangan taksub dengan sesuatu pendapat yang tidak benar, walaupun dengan guru kita. Kerana guru kita sendiri mungkin salah. Kita kena tengok hujjah yang diberikan. Itu barulah ahli ilmu. Semoga pengkajian boleh dijalankan dengan baik untuk membersihkan sejarah Islam. Berdosa kalau kita tak buat. Walaupun ada dalam Bukhari pun, kena kaji juga. Kerana ada juga yang salah. Kerana Imam Bukhari juga adalah manusia biasa juga. Tidak sunyi dari melakukan kesalahan.
Ada perkara-perkara yang khas untuk Nabi. Dalam Quran pun ada disebut. Contohnya, hanya Nabi sahaja boleh ada sembilan isteri dalam satu masa. Ada yang kata Nabi pernah dipegang oleh perempuan. Tapi sebenarnya dia dan Nabi adalah mahram. Sebab di tanah Arab dulu ada konsep ‘saudara susuan’. Dan ada yang kata ianya adalah khusus untuk Nabi. Tapi lebih elok kalau kita pilih pendapat yang mengatakan saudara susuan.

Ada lagi kisah yang lebih besar. Misalnya tentang pengumpulan Quran. Dalam Bukhari pun ada hadis yang tak benar. Umumnya kita ingat Quran tidak ada dalam bentuk naskah dalam zaman Nabi. Quran berselerak waktu itu – ada tulis pada batu, tulang dan sebagainya. Hanya kumpul pada zaman Abu Bakr. Dan dikumpulkan lagi pada zaman Uthman. Ada kisah tak jumpa ayat Quran pun ada. Hanya jumpa pada seorang sahabat bernama Khuzaimah. Zaid bin Thabit yang terlibat dalam pengumpulan Quran itu. Pada pengumpulan yang kedua, pakai Quran yang ada pada Habsah. Mula dia taknak beri, tapi akhirnya dia beri juga. Waktu juga ada lagi satu ayat tak jumpa. Ayat lain pula. Jumpa dengan Khuzaimah juga. Ini menimbulkan banyak persoalan. Adakah benar kisah pengumpulan Quran yang kita selalu dengar itu?

Nabi pernah kata jangan tulis darinya melainkan Quran. Tapi hadis pun ada dalam bentuk buku juga. Macam mana buku hadis ada, tapi Quran dalam bentuk naskah tidak? Mana lagi besar – Quran atau hadis? Kenapa sahabat begitu cuai sampai mereka melebihkan hadis dari Quran? Tidakkah mereka tahu Injil ada dalam bentuk buku dah? Adakah Quran tidak layak untuk dibukukan? Tidak penting sampai mereka hanya tulis pada tulang belulang, batu dan helaian kertas sahaja? Macam mana sahabat baca Quran waktu zaman Nabi? Macam mana mereka boleh nak hafal kalau berselerak? Kalau berselerak tak bersusun lah kalau begitu. Macam mana nak tahu ayat itu lepas ayat mana? Kenapa selepas kumpul zaman Abu Bakr disimpan sahaja? Kenapa Umar tidak buat apa-apa? Kenapa simpan dengan Habsah? Kenapa Uthman sebagai ketua negara tidak ada naskah sendiri? Sebab kalau kita kata Umar ada naskah, kenapa Uthman tidak ada? Ada kata macam mana nak kumpul Quran zaman itu, kertas tiada. Tapi dalam Quran dah ada guna perkataan ‘kertas’? Orang kafir sahajakah yang ada teknologi buat kertas waktu itu?
Padahal dikatakan Quran adalah mutawatir. Bagaimana kita nak kata mutawatir sampai tak pasti manakah ayat tertentu? Ini adalah amat memusykilkan. Melainkan kalau kita kata Quran dah ada sepertimana yang ada macam zaman sekarang. Setiap rumah dah ada. Oleh itu, kita kena ketepikan kisah-kisah yang kita dah belajar sebelum ini.

Dan kita kena terima bahawa Quran dah ada titik dan baris semasa zaman Nabi. Kalau tidak, macam mana sahabat nak baca? Memang Quran diturunkan berperingkat. Tapi lama sebelum Nabi wafat telah dikumpulkan Quran dalam bentuk buku seperti yang ada sekarang. Buktinya dah ada hizb (bahagian) yang sahabat amalkan membaca. Tujuh hizb dalam masa seminggu. Mereka sudah baca macam itu. Kalau yang tertinggal adalah ayat-ayat akhir. Kerana setiap kali diturunkan ayat baru, Nabi akan suruh letak ayat itu dimana dan dimana. Dan dalam hadis ada dikatakan Nabi baca surah yang panjang macam Baqarah dan sebagainya. Maknanya sudah disusun dalam bentuk surah.

Memang telah diriwayatkan dalam Quran dan hadis bahawa Quran dalam bentuk kitab dah. Quran pun kata Quran dalam bentuk kitab dan suhuf. Suhuf adalah kertas yang bertulis. Bukan berselerakan. Dikatakan dalam ayat itu yang Nabi baca suhuf. Itu juga menunjukkan Nabi membaca suhuf itu.
Dalam hadis ada dikisahkan ada tiang di Masjid Nabi yang ada mushaf Quran. Itu adalah zaman Nabi, bukan zaman Uthman. Ada hadis lain pula dikatakan diletakkan dalam peti.
Ada surat Nabi nampak tidak ada titik. Memang ada. Yang ada titik pun ada. Dua-dua cara dipakai. Kalau Quran, lebih patut kalau kita kata dah ada titik dan baris. Bahasa Arab memang dah ada baris dah waktu itu.
Yang dipegang sekarang adalah mutawatir Quran itu adalah dari sudut hafalan. Tapi untuk sampai ketahap mutawatir, ada 16 sudut yang perlu dipenuhi sebenarnya. Termasuk dari segi hafalan dan tulisan. Barulah dapat kata memang Quran itu mutawatir. Kalau tidak, akan ada keraguan. Dalam ayat pertama juga Nabi disuruh membaca –  Iqra’. Nabi kata baginda tidak boleh baca. Maknanya, Jibrail ada baca bahan bacaan untuk dibaca oleh baginda. Kalau Jibrail tidak bawa dalam bentuk tulisan, tentu jawapan Nabi adalah: “Saya hendak baca apa?” Ini bermakna Quran itu kena baca, hafal dan tulis. Baru mutawatir. Orang Islam memang akan terima sahaja Quran itu. Tapi orang kafir boleh gunakan beberapa sebab untuk mengatakan tidak mutawatir Quran itu.

Seterusnya, adakah Nabi buta huruf? Nabi sebenarnya boleh membaca dan menulis. Memang Nabi sebelum dapat wahyu, tidak boleh membaca. Tapi lepas dapat wahyu pertama, Nabi dah boleh membaca. Itu adalah kurnia Allah sebagai mukjizat. Dalam ayat Quran dikatakan Nabi dahulunya tak boleh membaca. Ada perkataan qablihi dalam ayat itu. Kalau dikatakan ‘sebelum’ itu tidak boleh membaca, bermakna selepas itu, boleh membaca. Itu kita faham dari ayat Quran itu. Yang selalu dijadikan dalil Nabi tidak boleh membaca adalah kerana Nabi kata beliau adalah ‘ummiy’. Ummiy bukan makna buta huruf. Ada lagi makna lain.

Nabi kata setiap ayat yang dibaca akan dapat pahala. Alif satu pahala, Lam satu pahala dan mim satu pahala. Maknanya baginda kenal huruf. Kalau tak, baginda tak cakap macam itu. Kita kata Nabi orang yang mulia. Tapi buta huruf itu mulia atau kurang? Bila Nabi kata mereka ummiy ianya bermakna mereka adalah orang ummul qura. Iaitu orang penduduk Mekah yang menjadi satu kemuliaan untuk tinggal di sana. Kena tengok konteks ayat. Tidak ada asas yang kukuh mengatakan Nabi buta huruf. Tapi sekarang semua kata ummiy itu bermakna buta huruf. Nabilah yang mengajar macam mana nak tulis ayat dalam Quran. Kerana penulisan dalam Quran tidak sama dengan penulisan bahasa Arab yang biasa. Pernah Nabi betulkan cara sahabat tulis Quran sebab salah. Kalau Nabi buta huruf, macam mana dia boleh betulkan? Barulah kita boleh mengatakan Quran itu mutawatir. Padahal Quran lah sumber utama kita. Jadi kena ada pemikiran yang kritis. Kalau tak, kita akan ragu dengan Quran tanpa penyelesaian yang kukuh. Ada yang sampai tak percaya Quran sebab tak dapat terima kisah-kisah yang boleh menyebabkan fikiran terganggu. Sampai masuk Syiah pun ada – sebab Syiah kata Quran yang ada pada tangan kita sekarang tak benar. Oleh itu, kena terima bahawa macam inilah Quran dahulu sampai sekarang, sama sahaja.

Adakah usul dalam sirah seperti dalam fekah? Usul sirah sama seperti dalam usul hadis untuk menilai hadis. Tapi orang macam lupa nak pakai kaedah itu. Antaranya, sesuatu ilmu itu jangan bercanggah Quran, akal yang waras dan sebagainya. Perlu juga menggunakan usul riwayat dan dirayah.
Israiliyat adalah kisah dahulu, sebelum Nabi. Kalau sirah Nabi yang karut adalah syiiyat – tambahan dari orang Syiah. Yang dimasukkan unsur Syiah. Kalau kisah Israiliyat dan Syiiat itu bercanggah dengan Quran, boleh kita tolak.

Yang kata Nabi tidak ada bayang adalah riwayat tidak sahih. Sebab ada hadis sahabat takut terpijak bayang Nabi. Sahabat pun susah payah menudung Nabi. Ini semua adalah kerana terpengaruh dengan Syiah yang membawakan konsep Nur Muhammad.

Syarah Maulana Asri