We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Phuket trip March 26, 2014

Filed under: Diary,Travelling — visitor74 @ 12:43 am

Salam Husna,

Abba rasa bersalah betul sebab kena keluar negara masa Husna kecil lagi. Masa ini Husna perlukan belaian. Dan ibu perlukan pertolongan untuk jaga Husna. Husna sekarang malam-malam susah tidur. Tapi apakan daya, plan dah dibuat untuk abba dan rakan pengarah abba yang lain untuk ke phuket. Empat hari pulak tu. Lama jugak tu.

Bilalah agaknya boleh bawa Husna jalan-jalan? Teringin nak roadtrip dengan Husna. Last sekali kami roadtrip dengan Kereta adalah ke Haadyai. Best betul waktu tu. Waktu tu abba tak terfikir lagi nak dapat Husna. Sekarang, bila Husna dah ada, teringin nak buat roadtrip sekali lagi.

Roadtrip pertama kita adalah balik kampung abba la nanti. Dah lama abba tak balik. Semenjak tahu ibu mengandung, langsung tak balik. Opah dah rindu sangat dengan Husna. Sekarang kalau nak balik, tengah awal sangat lagi. Takut nanti Husna tak tahan kalau duduk lama-lama dalam Kereta.

Abba sekarang kalau bawa Kereta dengan husna kat dalam memang ada risau sikit.

Anyway, nak citer pasal phuket kat Husna. Ini kali kedua abba sampai ke sini. Kali pertama dulu duduk kat hotel jer. Kali ni kami banyak jalan-jalan dan makan-makan. Jadi abba dapat tengok lebih banyak lagi tempat ini.

Yang banyak ada kat phuket ini, pertama, manusia! Ya Allah, banyaknya. Takde la sebanyak kalau ada kat mekah dan Madinah masa kami pergi umrah dulu. Kali ni banyak orang berkelah jer. Pakai baju pun lebih kurang jer. Banyak yang yang kurang dari lebih. Not good place for you to go. So kita tak pergi ke sini lah nanti. Jadi abba citer kat sini. Phuket ni tempat perkelahan. Maka ramai orang luar datang. Kami duduk di Patong Beach. Lagi ramai orang muda kat sini. Mereka suka main air. Abba sebab memang duduk dekat dengan pantai, jadi tidaklah berahi sangat nak main air. Jadi pergi tengok pantai jer kejap.

Kemudian kat sini banyak tempat urut kaki. Merata-rata ada. Orang siam ni memang la banyak yang kerja urut. Agaknya dari kecil lagi dah diajar mengurut kepada anak-anak mereka. Penat-penat jalan tengok-tengok kedai, memang best urut kaki.

Kedai nak beli barangan nak bawa balik memang tak banyak. Masa kat Haadyai dulu memang best shopping. Kat Bandung pun best jugak. Tapi tak best kat Phuket ni. Jadi tak beli banyak barang kat sini. Ada la juga abba beli. Sebab untuk hal kerja. Jadi beli kasut dan buat suit kat sini.

Kedai Tatto banyak sungguh kat sini. Itu pun heran juga. Tak banyak abba tengok ada tempat tatu sebanyak kat sini. Tatto haram yer Husna. Jangan gatal nak buat Tatto. Tak mengaku anak nanti!

Kedai gambar pun banyak juga. Murah pulak tu. Tapi abba pun peminat hasil seni, jadi tak beli.

Yang abba suka kat sini adalah jalan jalan dengan motor. Sewa motor dan jalan-jalan kat Phuket best juga. Dah lama tak naik motor, kali ni merempit kat sini (Husna tak boleh naik motor, tau!) (ever!). Memang menarik! Boleh pergi ke pantai lain. Dan tengok pekan-pekan mereka.

Itu jer yang abba nak citer kat sini. Nanti kita jalan-jalan sekali yer. Hujung tahun ni patutnya kita nak ke Australia. Tengoklah macam mana.

20140326-004156.jpg

20140326-004214.jpg

20140326-004244.jpg

Advertisements
 

Gangnam style September 30, 2012

Filed under: Diary,Interesting,Monolog — visitor74 @ 3:02 pm

Let it be known that currently its the time of gangnam style song and dance. This thing started in Korea and I don’t know when it would end. I’m sure it’s going to end eventually with the coming of a new style. But the guy that started it surely is happy as shit and singin to the bank this moment. He got the fame and anything that he will do anytime soon will have a cult following.

Now one of my vice is dance. I just love dancing and watching people dance. This gangnam style dance is pretty stupid if you asked me but it sure is easy to follow and that’s why it’s a hit. It’s stupid but endearing, for sure.

Well, a lot of Malaysian are taken by it and there’s been a huge hue and cry over it. During the raya holiday a few weeks ago, there’s a lot of people that uploaded the videos in YouTube. You can search it on your own. You can’t missed it. There’s this family that is so cool that the whole family joined in to dance to the song. It’s just so cool.

But the dance has a bit beastiality innuendo in it that I don’t think that it is appropriate for the young ones. I hope it will die soon.

 

Mouse June 18, 2012

Filed under: Diary — visitor74 @ 8:55 pm

20120618-205203.jpg

So I got this new mouse with a cute maroon color. The old one goes bonker on me. And I like the new receptor for the mouse. It’s smaller than the last one. So I don’t need to take it off every time I finished with my work. That’s 5 seconds saving right over there. Times twice I do that everyday and time 25 working days in a month, I’m about to save like 2 days if I use this thing for 5 years. I intend to cash that two saved days to go look for another mouse.

 

Belasungkawa Pak Lang January 29, 2012

Filed under: Diary,Family,Ilmu,Travelling — visitor74 @ 12:22 pm

Semalam balik ke Melaka kerana seorang lagi pakcik isteri meninggal. Bila majlis kematian, seperti biasa akan menyebabkan aku sedikit keluh kesah. Kematian adalah satu masa yang akan membuatkan umat Islam melakukan banyak perkara tanpa usul periksa sama ada betul ataupun tidak.

Jadi aku akan rasa serba salah. Dalam membuat tuntutan Ilahi tentang menguruskan jenazah dan memberikan penghormatan terakhir, aku akan terpaksa melihat dan berada dalam bidaah yang nyata.

Antaranya adalah:
Membaca yaasin kepada simati. Akan kelilingilah ramai-ramai, masing-masing akan pegang buku yaasin. Itulah yang mereka bacakan. Niatnya adalah baik. Mungkin untuk dihadiahkan pahala bacaan kepada simati. Atau protect simati dar gangguan. Takut masa Itulah nanti ada benda nak masuk. Atau takut kucing hitam langkah ke dan sebagainya.
Yang ada dalam hadith yang sahih adalah kita digalakkan untuk membaca kepada pesakit yang *hampir* mati. Bukan bila dah mati. Bila dah mati, kita hanya boleh tolong dia dengan baca dia sahaja.
Oh, satu lagi, sakit mata aku tengok orang selit buku yaasin kat bantal pesakit atau simati. Aku ingat syaitan iblis kan gelak kecil kalau tengok. Manalah benda tu boleh halang dia? Kita pulak boleh percaya buku yaasin tu hebat sangat sampai boleh halang syaitan?! Nau’zubillahi min zaalik. Subhanallah!

Solat jenazah. Aku tak pernah tengok tapi ada org mentioned pasal solat jenazah bagi duit kat orang. Supaya orang akan tolong mintak doa kepada simati. Puhleezz la.
Cuma bila aku lambat hari tu nak solat kan jenazah, aku solatkan di kubur. Hmm, aku rasa Kalau ada yg tengok aku buat tu mesti heran. Sebab dorang tak tau bahawa Nabi pun pernah buat macam tu kat sahabat dia.

Masa nak angkat jenazah keluar dr masjid, setiap langkah, mereka akan baca fatihah. Datang dari mana ni? Letihnya Kalau aku pun masa tu tengah mengusung jugak. Alahai. Semoga Allah terima bahawa aku tak buat benda bidaah tu.

Bila nak letak mayat kat dalam liang, mereka akan letak bebola tanah yang dibaca doa. Kalau ada bola tu mereka, maka malaikat takkan tanya. Kalau betul, aku nak bola tanah aku nanti sebesar peti ais. Supaya malaikat nampak dr jauh. Wah, takyah mintak ampun la yer?

Talqin. Ni banyak nak citer ni sebenarnya. Tapi malas lah nak tulis banyak banyak. Kalau dorang start baca, aku akan keluar dr kawasan kubur. Tak pernah lagi tak baca lagi nih. Harapnya adalah nanti yg berani tinggalkan amalan bidaah yg besar ni.

Baca doa keliling kubur macam brehlavi.

Buat makan kat rumah si mati. Kesian orang rumah yg terpaksa jamu orang datang untuk makan. Sudahlah saudara meninggal, pening kepala nak bagi orang lain makan pulak. Kalau ada duit, dia akan pening sibuk menguruskan makan tu. Tapi kalau duit pulak takde, yg mati pulak ketua keluarga, alahai… Tak dapat aku bayangkan kesusahan mereka. Sebab aku tak pernah kena lagi. Tapi aku pernah tengok famili yg susah disebabkan oleh nak bagi makan ni. Orang lain akan melahap macam tiada apa-apa. Aku akan makan kat luar siap-siap dan takkan sentuh makanan kenduri ni.

Kenduri tahlil sekali sekala untuk simati. Samada ikut hari hari yang tertentu atau ikut suka bila free. Ringkasnya, perbuatan ini tidak akan menyampaikan pahala kepada simati. Confirm bidaah. Paling kurang tu. Boleh jatuh syirik kalau doa doa atau bacaan dalam tahlil itu akan bercampur dgn perkara syirik.

Sedekah fatihah. Tak sampai la pahala fatihah tu. Siapa kata? Imam Syafie sendiri.

 

Jangan memandu semasa mengantuk December 31, 2011

Filed under: Diary,Family — visitor74 @ 10:56 pm

20111231-225111.jpg

Minggu lepas adik bongsu aku kemalangan. Kalau tengok keadaan kereta kancil dia tu, memang nampak macam tak selamat. Tapi alhamdulillah, dia tak teruk sangat. Kereta dia tiga kali golek lepas langgar lori treller dan bomba kena datang untuk potong Kereta dia. Kalau tak, tak boleh keluar. Dan ada seorang makcik temankan dia tak bagi tidur lepas dia kemalangan tu. Nasib baik ada makcik tu. Allah masih nak selamatkan adik aku lagi.

Dia sekarang banyak kerja tambahan dia buat. Mungkin sebab tu dia mengantuk masa driving nak pergi ke tempat kerja. Udahlah tempat kerja jauh. Dalam 50km jugak dia kena memandu pergi ke tempat kerja hari hari. Kesian dia. Dulu tempat kerja dia dekat, tapi dah kena pindah pulak. Nak jadi cerita.

Tiada yang patah. Tapi dia lemah sekarang. Banyak cedera kat bahagian kaki. Susahlah sekarang nak kerja dan sebagainya.

 

Notebook lama September 26, 2011

Filed under: Diary — visitor74 @ 11:36 am

baru jer return notebook that i’ve been using all these while. HP notebook. tak sangka rupanya dah 4 tahun aku pakai. ingatkan dalam 3 tahun jer. still in good condition. i have no complaints on it. notebook tu memang boleh pakai lagi. masih laju lagi. masih elok lagi. err, taklah cantik sangat dah. hari hari dok pakai kan. tak lekang dengan aku. memana aku pegi aku akan bawak. tak kira la travelling dalam negeri, luar negara dan sebagainya. mesti bawak. running vista. orang dok kata vista ni tak stabil. tapi aku pakai takde masalah pun, boleh jer pakai. tapi aku dok kena tweak la sket. kasi dia laju. dan sebab nak bagi laju, OS dia jadi tak cantik.

sekarang dapat plak notebook cantik dan comel. tapi bukan notebook pun. netbook. Vaio. so ada kurang power sket. so nak pakai ni nak kena belajar perangai dia. takleh nak pakai semberono jer. yang bestnyer, dia kecik sangat. takde lagi lah aku tengok netbook senipis ni lagi. dan kalau dalam kategori netbook, aku rasa dia ni lah yang paling laju. cuma notebook dia dah setahun dah. so taklah baru sangat. so mungkin lah dalam pasaran ada lagi yang lagi canggih dan power. aku takdelah nak check sangat. bab ni aku tak pandai sangat.

 

Open House September 24, 2011

Filed under: Diary — visitor74 @ 1:34 pm

semalam masa khutbah jumaat khatib bercakap pasal open house. jangan berlebih lebih dia kata. dan semalam jugak kami buat open house company. macam biasa aku akan rasa penat kalau buat open house. banyaklah kawan kawan perniagaan yang datang. kami dah jadi rapat, jadi memangk kena layan. makan pun tak sempat sebenarnya. curi curi mana yang boleh. kambing was very nice. the best i had, i guess.

semalam buat kat depan office jer. lagi best aku rasa sebab rakan boleh lawat office sekali. kepada mana yang tak pernah datang lagi. bolehlah dorang tahu kat mana office kami dan boleh tengok yang syarikat kami bolehlah tahan. ada yang memang respect kami buat open house sebab tak ramai co buat macam ni. impress dia.

bebudak pun boleh jugak beramah mesra dengan kenalan kami yang kami yang tak dapat kami nak kenalkan selalu. tapi yang heran tu, ada jugak yang buat tak reti lepas majlis boleh belah gitu jer. memang tak semangat syarikat tul. macam manalah nak buat. taklah salah sangat apa dorang buat tu. tapi kami macam dan expect dah yang memang akan kena stay lama lepas majlis majlis tertentu. sebab ada banyak lagi benda nak buat. nak kena kemas, nak ambik gambar ramai ramai pakai baju melayu yang tak selalu boleh buat. dan sebagainyalah. tapi selamba jer chow. kalau aku cakap kang, kecik ati la plak kan… bukannya budak budak lagi nak kena tegur benda benda kecik nih. sabar jer lah.