We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Shahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Orang Yang Mengatakan Iman Itu Ialah Amal June 23, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 5:04 pm
Tags: , , ,

Bab 18: Orang Yang Mengatakan Iman Itu Ialah Amal.

لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى ( وَتِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ ) وَقَالَ عِدَّةٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ فِي قَوْلِهِ تَعَالَى ( فَوَرَبِّكَ لَنَسْأَلَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ ) عَنْ قَوْلِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَقَالَ ( لِمِثْلِ هَذَا فَلْيَعْمَلِ الْعَامِلُونَ )

Berdasarkan firman Allah: “Dan Itulah syurga yang diwariskan kepada kamu disebabkan amalan-amalan yang dahulu kamu kerjakan.” (Az-Zukhruf : 72).
Ada beberapa orang dari golongan ahli ilmu agama mengatakan bahawa apa yang difirmankan oleh Allah dalam surah Hijr:92-93 “Maka demi Tuhanmu, Kami pasti akan menanyai mereka semua, tentang apa yang telah mereka kerjakan dulu” adalah tentang kalimat ‘laa ilaaha illallah’ dan firman Allah “untuk kemenangan semacam ini hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja” (ash-shaaffat:61).

٢٥ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ وَمُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالا حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ شِهَابٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ{ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ ؟ فَقَالَ إِيمَانٌ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ . قِيلَ ثُمَّ مَاذَا ؟ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ . قِيلَ ثُمَّ مَاذَا؟ قَالَ حَجٌّ مَبْرُورٌ}

Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah ditanya, apakah amal yang paling utama? Baginda menjawab, iman kepada Allah dan rasulNya. Dan ditanya lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad di jalan Allah. Ditanyakan lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, haji yang mabrur.

Imam Bukhari sekali lagi nak memberitahu bahawa iman itu adalah kena ada amal. Tidak boleh hanya dengan cakap beriman sahaja.

Ada yang mengatakan ianya adalah amal hati. Sebab ada yang baru masuk Islam tapi belum beramal dan dia mati. Maka tempatnya adalah dalam syurga.

Bagi yang berpendapat bahawa iman adalah amal badan menyatakan bahawa amal badan itu mempunyai kesan kepada imannya. Imannya akan bertambah dengan banyaknya iman.

وَتِلْكَ الْجَنَّةُ الَّتِي أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ

Ayat Quran yang digunakan dalam Hadith ini menggunakan perkataan ‘diwariskan’. Kenapakah begitu? Harta waris selalunya akan dapat kalau ada orang yang mati. Siapa yang mati dalam kes ini?
Ada beberapa pendapat:
1. Seperti juga harta waris tidak boleh ditarik balik (sebab siapa yang boleh tarik balik, sebab yang memberinya telah mati), apabila syurga diberikan oleh Allah nanti, ianya tidak akan ditarik balik.

2. Seperti juga seperti harta waris, penerimanya boleh buat apa sahaja dia suka dengannya. Begitulah syurga. Apabila seseorang itu masuk syurga nanti, dia boleh apa yang dia suka. Tidak ada lagi larangan kepadanya apabila dia masuk ke dalam syurga nanti.

3. Setiap orang ada tempatnya disediakan di syurga dan neraka. Dan ready siap-siap dah. Satu tempat disedikan di neraka, dan satu tempat disediakan untuknya di syurga. Tunggu sahaja dia nanti akan masuk ke mana. Kalau dia masuk neraka, tempatnya di syurga akan di’wariskan’kan kepada orang yang dapat masuk syurga. Begitulah sebaliknya kalau dia masuk syurga. Nanti, apabila dia masuk syurga nanti, akan ditunjukkan tempatnya di neraka itu. Dan apabila dia dimasukkan ke neraka, dia akan ditunjukkan tempatnya yang di syurga kalau dia masuk syurga.

4. Allah adalah seperti pemberi harta pesaka. Seperti pemberi harta pesaka di dunia yang tidak akan ambil balik harta selepas diberikan, begitulah juga Allah. Dia takkan ambil balik syurga yang telah diberikan kepada makhluk. Maka, apabila kita masuk ke dalam syurga, kita tidak perlu risau yang kita akan dikeluarkan sebab kita akan kekal di dalamnya selama-lamanya.

5. Pemberi pesaka adalah amal kita yang kita buat dulu di dunia. Maknanya, amal kita yang dahulu itu telah dijadikan seperti harta pesaka.

6. Yang mewariskan syurga itu adalah Nabi Adam yang terpaksa meninggalkannya. Dia meninggalkannya kepada mereka yang bawa amal dan iman. Mewariskan kepada anak cucunya dan dirinya juga.

Dalam ayat itu mengatakan bahawa syurga itu diwariskan kepada mereka yang beramal. Tapi dalam Hadith yang lain-lain mengatakan bahawa manusia masuk syurga bukan kerana amal mereka tapi dengan rahmat Allah. Apabila sahabat tanya: adakah termasuk amal kamu Nabi? Nabi jawab termasuk dengan amal Nabi sendiri. Jadi nampak seperti ada percanggahan disini. Tidak sebenarnya, ianya adalah menjadi canggah jikalau kita menafsir perkataan ‘ba’ didalam ayat بِمَا itu sebagai ‘ba sababiah’. Iaitu jika kita katakan bahawa kita masuk syurga ‘kerana’ amalan kita. Bukan begitu. Kita memang tidak boleh masuk syurga kerana amalan kita. Kita masuk syurga kerana rahmat Allah. Tapi ‘ba’ disini adalah ‘ba’ musahabah. Maknanya, kita masuk syurga bersama atau disamping amalan yang kita lakukan. Maknanya, bukan kita masuk syurga sebab amalan kita. Ataupun ‘ba iwadh’. Iaitu sebagai balasan dan ganjaran apa yang kita lakukan. Supaya kita tidak merasa sia-sia apa yang kita lakukan. Sebab amalan kita kalau dibandingkan dengan apa yang kita di syurga, tidak padan dengan apa yang kita lakukan. contohnya, kain kelubung perempuan di syurga itu adalah lebih bernilai dari dunia dan segala isinya. Tentulah tidak padan dengan amal kita yang sedikit ini.

Tapi kalau kita katakan ianya sebagai ‘ba sababiah’ pun tak salah mana. Sebab Allah boleh sahaja jadikan amalan kita itu sebagai sebab nak masukkan kita dalam syurga. Sebab Dia sendiri yang cakap. Bukan orang lain yang cakap ni, tapi Allah swt juga. Suka hati Dialah nak bagi apa yang kat kita. Walaupun tidak setara mana amalan kita kalau nak dibandingkan dengan apa yang Allah nak beri nanti. Tapi kalau itulah tukaran yang Allah nak tetapkan, itu terpulang kepada Dia. Itu menunjukkan kemurahan Allah taala. Yang pasti, kalau tidak ada amalan itu, kita tidak akan masuk ke dalam syurga. Jadi kita kena buat amalan sebanyak mungkin yang kita mampun lakukan. Ayat ini memberi dorongan kepada kita untuk beramal. Sebab kalau tiada amal, memang tak dapat masuk langsung.

فَوَرَبِّكَ لَنَسْأَلَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ Ayat Quran Maka demi Tuhanmu, Kami pasti akan menanyai mereka semua, tentang apa yang telah mereka kerjakan dulu” adalah tentang kalimat ‘laa ilaaha illallah’. Maknanya Allah akan tanya balik syahadah manusia nanti adakah ikhlas? Sebab ada yang sebut syahadah tapi tidak ikhlas. Di padang Mahsyar nanti Allah dah tunjuk dah. Ada sahabat yang akan ditarik ke arah neraka, Nabi merayu sambil mengatakan bahawa mereka itu adalah sahabatnya. Tentulah Nabi akan kenal mereka sebab mereka bersamanya semasa di dunia dulu. Tapi Allah akan kata “kamu tak tahu apa yang mereka buat selepas kamu mati”.

Ayat Quran “untuk kemenangan semacam ini hendaklah berusaha orang-orang yang bekerja” (ash-shaaffat:61). Nak bagitau bahawa yang sesuai untuk berusaha sungguh-sungguh adalah untuk mendapatkan syurga. Tak berbaloi nak susah-susah untuk kehidupan dunia yang belum tentu. Contohnya, katakanlah ada seorang yang kita sayang sangat. Kalau kita mati, dia akan kahwin lain juga. Apabila kita dah tiada, dia pun tidak ingatkan kita lagi. Jadi tidak perlu diharap juga.

Bolehkah kita mengharapkan untuk masuk syurga? Sebab ada kata-kata orang tasauf yang kita kalau beribat kena ikhlas, sampai tak elok kalau kita mengharapkan syurga dan takutkan neraka sekalipun. Jawapnya adalah boleh. Apa salahnya. Ianya untuk Allah juga. Sebab Nabi dan Allah dah cakap pasal syurga ni. Itulah dia kehidupan yang kekal abadi. Yang memang tentu dah sebab Allah yang beritahu kita. Dalil aqal adanya syurga itu adalah, kita tidak pernah puas semasa hidup di dunia. Ada sahaja keperluan dan keinginan kita yang tidak tercapai. Kalau tiada syurga, maka tidak sempurnalah ciptaan Allah. Macam Dia buat kita dahaga tapi Dia tak cipta air untuk hilangkan dahaga itu. Begitulah kira-kiranya.

Mari mengenali perawi: Ibrahim bin Saad adalah seorang yang pelik. Dia suka menyanyi dan bermain gambus. Sampai ada yang tidak menerima dia kerana itu. Bila dia dengar orang cakap macam itu, dia bersumpah dia nak menyanyi setiap kali nak memulakan kelas. Secara umumnya, dia diterima sebagai ulama dan imam Bukhari pun menerimanya.

Perawi Said bin Musayyab adalah seorang tabien. Dan dia digelar ‘sayyidul tabien’ (Ketua Tabien). Begitu tinggi gelaran yang diberikan kepadanya. Tabien adalah golongan yang mulia selepas sahabat Nabi dan dia pula digelar sebagai ketua tabien. Memang dia ulama yang diterima baik oleh semua orang kecuali golongan bidaah. Dia banyak menerima Hadith dari sahabat. Dan dia paling kuat di dalam Hadith-hadith yang diriwayatkan dari Abu Hurairah kerana dia adalah menantu Abu Hurairah. Dia sangat kuat mencari ilmu dan pernah bila duit dia habis, dia telah jual baju dia dan dia ke sana-sini dengan tidak berbaju. Dia terlibat di dalam kerajaan tapi dia tidak mengambil gaji dari situ. Untuk kehidupannya, dia menjual minyak. Dia pernah pergi haji sampai 40 kali sepanjang hidupnya.

Dalam hadith ini sekali lagi Imam Bukhari nak tunjuk bahawa iman dan amal itu adalah satu juga. Yang sama. Benda yang sama tapi nama saja lain. Sebab sahabat tanya pasal amal mana yang baik. Tapi Nabi jawab dengan mengatakan pasal iman pula. Maka ianya adalah sama sahaja. Beriman itu adalah amal hati. Hati kita juga beramal. Ni nak lawan puak puak murjiah yang mengatakan bahawa amal itu tidak penting dan tidak memberi kesan.

Kenapa disebut jihad sebelum haji? Padahal haji adalah rukun Islam. Qadi Iyadh kata ini adalah cerita lama iaitu masa itu jihad diwajibkan.
Dan lagi satu pendapat, mengatakan bahawa dalam keadaan tertentu, jihad itu lebih besar wajibnya dari haji. Haji adalah wajib kepada yang mampu sahaja. Tapi kalau negara kita diserang, semua sekali wajib berjihad mempertahankan diri. Termasuk yang cacat, wanita dan budak kecil.

Haji yang mabrur adalah haji yang diterima. Bukanlah betul ada pendapat yang mengatakan haji mabrur itu adalah jika haji jatuh pada hari Jumaat. Itu adalah kebetulan semasa Nabi melakukan haji, hari wuquf di arafah adalah pada hari Jumaat.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterusnya

Advertisements
 

Shahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Sekiranya Mereka Bertaubat, Mendirikan Sembahyang, Dan Memberikan Zakat Maka Biarkanlah Mereka (Janganlah Kamu Menggugat Mereka). June 21, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 10:45 am
Tags: , , , ,

بَاب فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ فَخَلُّوا سَبِيلَهُمْ

Bab 17: Firman Allah: Sekiranya Mereka Bertaubat, Mendirikan Sembahyang, Dan Memberikan Zakat Maka Biarkanlah Mereka (Janganlah Kamu Menggugat Mereka). Taubah:5

٢٤ – حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ الْمُسْنَدِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو رَوْحٍ الْحَرَمِيُّ بْنُ عُمَارَةَ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ وَاقِدِ بْنِ مُحَمَّدٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي يُحَدِّثُ عَنِ ابْنِ عُمَرَ {أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلامِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللَّهِ}

Ibn Umar mengatakan bahawa Rasulullah bersabda: saya diperintah untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah, sesungguhnya Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan solat dan memberikan zakat. Apabila mereka telah melakukan itu, maka terpeliharalah daripadaku darah dan harta, mereka kecuali dengan hak Islam dan hisab mereka atas Allah.

Salah satu ilmu bahasa Quran adalah apa yang dipanggil i’lab. Ini adalah penggunaan nahu bahasa Arab. Ada beza makna berdasarkan penggunaan baris atas atau baris bawah dan baris depan. Penggunaan baris yang ada di dalam Quran dibuat oleh orang Parsi sebenarnya kerana dalam bahasa Arab tidak ada tanda baris.

Taubat orang kafir itu adalah dalam bentuk mereka mengucap kalimah syahadah dan masuk Islam. Jadi, jikalau mereka telah bersyahadah dan telah mengerjakan solat dan menunaikan zakat, maka kita kena terima mereka sebagai orang Muslim. Apa yang dalam hati mereka, kita tidak tahu. Kita kena terima apa yang zahir sahaja.

أُمِرْتُ Apabila Nabi kata bahawa baginda diperintah, itu bermaksud bahawa tidak lain tidak bukan, bahawa baginda diperintah oleh Allah. Allah telah  memerintahkan Nabi untuk memerangi manusia sehinggalah mereka masuk Islam dan kalau mereka sudah mendirikan solat dan membayar zakat, maka mereka selamat dari gangguan kita. Dan kalau sahabat kata mereka diperintah, ulama sependapat mengatakan bahawa mereka telah diperintah oleh Nabi.

Kenapa Hadith ini dimasukkan dalam tajuk iman? Sama juga dengan Hadith-Hadith yang lain, Imam Bukhari nak menghujah puak Murjiah yang anggap Islam itu hanya di hati sahaja. Tapi jelas dalam Hadith ini, kalau namanya muslim itu, kena mengucap syahadah, menunaikan solat dan membayar zakat. Bukan hanya cukup dengan beriman tanpa buat apa apa amalan. Jadi, Imam Bukhari letak hadith ini kerana ada pertalian dengan hal iman juga. Iaitu, iman itu bukan hanya mengucap sahaja, tapi kena berbuat amal.

Cerita di sebalik Hadith ini adalah, Saidina Abu Bakr mahu memerangi kaum yang tidak mahu membayar zakat tetapi Saidina Umar tidak setuju. Jadi terjadilah pertukaran pendapat diantara mereka sehingga akhirnya Umar dapat menerima pendapat Abu Bakr. Umar mulanya tidak setuju kerana dia mendengar Nabi bersabda bahawa tidak boleh memerangi mereka yang mengucap syahadah. Maknanya, lain sikit dari Hadith yang sedang disampaikan ini. Ada masa lain Nabi cakap lain dan ada masa lain Nabi lebih detail lagi. Hadith ini disampaikan oleh Ibn Umar, anak Umar. Mungkin beliau tidak ada bersama semasa perbincangan ini berlaku. Kalau tidak, sudah tentu dia akan mengingatkan ayahnya berkenaan Hadith Nabi ini.

Selepas wafatnya Nabi, orang Islam terbahagi kepada 5 kumpulan.
1. Masih bersama Islam dan kepimpinan Islam.
2. Islam, tapi tidak mahu membayar zakat. Bab-bab lain, masih lagi percaya dan ikut.
3. Murtad dengan mengikuti Nabi lain seperti Musailamah al Kazzab.
4. Murtad dengan kembali kepada agama asal mereka sebelum masuk ke dalam Islam.
5. Tidak belah mana-mana. Tunggu nak tengok mana yang menang dalam peperangan itu.

Golongan ke 3 dan 4 itu telah sepakat Umar dan Abu Bakr untuk memerangi mereka sebab telah jelas mereka murtad. Tapi golongan ke 2 yang mereka berselisih pendapat.
Golongan ke 2 itu pula dikatakan terbahagi kepada dua juga.
1. Mengatakan bahawa zakat itu tidak wajib dalam Islam.
2. Percaya zakat itu wajib tapi hanya semasa hidupnya Nabi. Alasan mereka berdasarkan ayat Quran juga. Mereka kata boleh diberi sendiri-sendiri, tidak perlu diberi kepada kerajaan Islam.

Golongan pertama juga Umar dan A. Bakar sependapat untuk memerangi mereka kerana mereka menentang apa yang telah Allah tetapkan dalam Islam. Golongan kedua ini yang Umar tidak setuju pada mulanya. Tapi Abu Bakr telah menerangkan kepadanya bahawa tidak boleh membezakan antara solat dan zakat. Dua-dua kena buat. Dan kita boleh lihat di sini, pemikiran politik Abu Bakr lagi berpandangan jauh. Dia nampak mereka sebenarnya nak memberontak kepada kerajaan Islam. Mereka nak kumpulkan duit zakat sendiri supaya mereka mempunyai banyak wang untuk menentang kerajaan. Ianya bukan hanya mereka tak nak bayar zakat. Barulah Umar nampak dan bersetuju untuk menentang mereka.

Maknanya, kalau setakat tak bayar zakat tapi mereka bayar sendiri mungkin boleh diterima lagi. Yang Abu Bakar nampak adalah mereka nak menentang kerajaan dengan mengumpulkan harta dahulu. Maka, mereka bayar zakat, tapi antara mereka sahaja, supaya mereka ada kedudukan kewangan yang kukuh untuk menentang kerajaan Islam pada masa itu.
Ada ulama berpendapat jikalau membayar sendiri pun boleh juga. Cuma seeloknya dibayar kepada kerajaan kerana kerajaan lebih tahu kepada siapa yang perlu dibayar. Mereka mempunyai database mana penduduk yang perlukan kewangan. Mereka lagi senang nak agihkan wang zakat itu. Dan lagi satu, kerajaan Islam itu perlu kewangan yang kukuh. Supaya kerajaan  Islam itu kuat.

Hadith ini mengatakan Nabi diperintah untuk menentang orang kafir sampai semua sekali menerima Islam? Adakah semua orang kafir? Kalau kita lihat perbuatan Nabi dulu, ada juga golongan kafir dipanggil kafir zhimmi dan kafir muahib. Kafir Zhimmi itu adalah orang kafir yang bersetuju untuk berada di bawah pemerintahan Islam. Mereka membayar jizyah. Kafir muahib pula adalah kafir yang ada perjanjian dengan orang muslim. Walaupun mereka tidak berada di bawah pemerintahan Islam. Jadi, apakah maksud Hadith ini?

Pendapat Tibbi, seorang ulama hadith adalah, Hadith ini adalah Hadith lama. Selepas itu ada ayat yang mengatakan sehingga mereka memberi jizyah. Maknanya, bukanlah mereka sentiasa tidak perlu membayar jizyah.

Pendapat kedua mengatakan bahawa walaupun Hadith ini berbunyi umum , tapi tidak termasuk memerangi kafir zhimmi dan kafir muahib.

Pendapat ketiga. Tujuan memerangi orang kafir adalah untuk menunjukkan kekuatan Islam. Bukan maksud zahirnya untuk betul-betul memerangi mereka. Tapi ianya bermaksud kinayah. Kalau mereka lemah dan memberi jizyah sudah cukup. Ini juga adalah pendapat Tibbi juga.

Pendapat keempat. Manusia di sini maksudnya kafir musyrikin. Ahli kitab tidak termasuk. Sebab tandanya adalah jizyah dari musyrikin tidak diterima. Itu pendapat ImamSyafie dan Imam Ahmad. Tapi Imam Malik pula kata orang musyrikin juga boleh diambil jizyah. Kecuali orang murtad. Imam Hanifah pula kata jizyah itu boleh diterima dari orang kafir semua sekali. Setelah bayar, mereka mempunyai kebebasan. Hanya orang Arab ahli kitab sahaja boleh diterima. Maka ada beza antara imam-imam kita itu.

Apabila mereka membayar jizyah, ianya hanya menangguhkan perang sementara sahaja. Katakanlah mereka dah tak bayar dah, kena perang mereka semula. Maka tak tutup pintu perang dengan mereka. Jadi bukanlah dikatakan tidak ada perang.

Pendapat Kelima: perkataan ‘perang’ adalah lafaz umum. Lawan mereka selagi tak mengucap syahadah. Tapi bukan dalam perang sahaja. Macam-macam cara boleh dilakukan. Kita juga boleh lawan mereka dengan cara dakwah.

Pendapat Keenam. Maksud sebenarnya perang adalah nak sebar Islam ke seluruh dunia. Kalau mereka Islam, mereka dah tak perlu bayar jizyah. Mungkin mereka akan rasa hina kalau berterusan jadi kafir zimmi. Perasaan itu akan mendorong mereka kepada Islam.

Hadith ini juga mengajar kita bahawa kita tidak boleh selesa dengan kekufuran. Kena lawan kafir. Samada dengan cara dakwah dan sebagainya. Perkataan ‘qital’ (bunuh)  itu bukan setakat makna bunuh sahaja.

Bagaimana dengan orang kafir zindiq? Adakah taubat mereka diterima? Siapakah mereka ini? Menyembunyikan kekafiran. Mereka itu mengaku Islam tapi sebenarnya tidak. Tidak mengikut sahabat dan mengangkat manusia seperti Nabi. Cuma tak dipanggil Nabi.

وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ Bagaimana orang yang tidak solat? Adakah diperangi mereka? Banyak pendapat. Ada yang kata boleh diperangi mereka. Ada yang kata tidak. Imam Ahmad berpendapat mereka telah kafir jika meninggalkan solat. Tapi imam Shafie tidak setuju. Yang pasti, semua sepakat mengatakan yang meninggalkan solat adalah berdosa besar.

إِلاَّ بِحَقِّ الإِسْلامِ Melainkan dengan hak Allah. Maknanya walaupun mereka telah melakukan solat dan membayar zakat, bukanlah bermaksud mereka akan selamat sampai bila-bila. Kalau mereka melakukan kesalahan, maka hak Allah akan menyebabkan mereka boleh dihukum. Contohnya jikalau mereka membunuh, berzina atau mencuri, maka hukum hudud akan dijalankan keatas mereka.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Shahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Perbezaan Ahlil Iman Dalam `Amalan; Bab Malu Itu Sebahagian Daripada Iman June 20, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 5:16 am
Tags: , ,

بَاب تَفَاضُلِ أَهْلِ الْإِيمَانِ فِي الْأَعْمَالِ

Bab 15: Perbezaan Ahlil Iman Dalam `Amalan

٢١ – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى الْمَازِنِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رضي الله عَنْهم {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَدْخُلُ أَهْلُ الْجَنَّةِ الْجَنَّةَ وَأَهْلُ النَّارِ النَّارَ ثُمَّ يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى أَخْرِجُوا مِنَ النَّارِ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ مِنْ إِيمَانٍ فَيُخْرَجُونَ مِنْهَا قَدِ اسْوَدُّوا فَيُلْقَوْنَ فِي نَهَرِ الْحَيَا أَوِ الْحَيَاةِ – شَكَّ مَالِك ٌ- فَيَنْبُتُونَ كَمَا تَنْبُتُ الْحِبَّةُ فِي جَانِبِ السَّيْلِ أَلَمْ تَرَ أَنَّهَا تَخْرُجُ صَفْرَاءَ مُلْتَوِيَةً }قَالَ وُهَيْبٌ حَدَّثَنَا عَمْرٌو الْحَيَاةِ وَقَالَ خَرْدَلٍ مِنْ خَيْرٍ

Ismail telah meriwayatkan kepada kami, telah meriwayatkan dari Malik, dari Amar, dari ayahnya Abu Said al Khudri, sabda baginda Nabi Rasulullah: Ahli syurga akan masuk syurga dan ahli neraka akan masuk ke dalam neraka, kemudian Allah berkata: keluarkan dari neraka sesiapa yang ada di dalam hatinya seberat biji sawi iman, maka mereka dikeluarkan dalam keadaan telah menjadi hitam legam, lalu dicampakkan ke dalam sungai malu, atau sungai kehidupan. Malik syak, yakni tidak pasti yang mana satu dari dua perkataan tadi telah disebutkan oleh Amar. Teruslah mereka tumbuh seperti tumbuhnya biji benih selepas banjir. tidakkah engkau lihat bagaimana biji-biji benih itu keluar dalam keadaan kuning dan bergolak naik? wahid berkata amar telah meriwayatkan kepada kami perkataan alhaya’ iaitu sungai kehidupan dan seberat biji sawi kebaikan.

Ulama-ulama khilaf pendapat tentang apakah yang akan ditimbang di akhirat nanti? Ibn Abbas berpendapat yang ditimbang adalah amal manusia itu. Ibn Umar pula berpendapat buku amalan itu yang ditimbang. Orang dahulu mungkin sukar untuk memahami bagaimana amalan boleh ditimbang. Tapi zaman sekarang kita boleh faham lebih sikit. Sebab kita sekarang boleh ukur letrik, air, suhu dan sebagainya. Yang orang dulu tak sangka boleh ditimbang. Puak muktazilah sampai tolak semua Hadith ini dah hadith-hadith yang lain yang sebegini. Kerana mereka kata, hadith ini tidak masuk diakal. Amat rugi sekali bagi mereka. Mereka tidak menerima Hadith yang tidak difahami oleh akal mereka.
Pendapat ketiga mengatakan orang itu sendiri yang ditimbang. Kalau amalan dia kurang, beratnya akan ringan. Kalau banyak amalannya semasa di dunia, dia akan berat. Pendapat ini berdasarkan Hadith. Nabi  melihat Abdullah Mas’ud seorang yang kecil tapi Nabi kata kaki dia nanti akhirat nanti lagi berat dari bukit Uhud. Jadi itu seperti menunjukkan bahawa badan orang itu sendiri yang akan ditimbang.

نَهَرِ الْحَيَا أَوِ الْحَيَاةِ Sungai malu atau kehidupan? Imam Malik syak kerana dia tidak pasti. Menunjukkan dia amanah dalam menyampaikan ilmu. Bila tak pasti, dia akan cakap. Jadi kalau kita syak, kita cakap. Atau kita cakap ‘aw kama qaala Rasulullah’ – atau seperti apa yang dikatakan oleh Rasulullah. Sebab kita tidak pasti apa yang kita katakan adalah tepat. Mungkin ada salah di mana-mana.

Kalau ianya adalah ‘Sungai Malu’, maka kita sudah tahu bahawa malu adalah perkara besar ertinya. Malu adalah satu cabang besar dalam iman. Pentingnya untuk manusia mempunyai sifat malu itu.
Kalau Sungai Kehidupan, bila dia masuk jadi hidup kembali setelah dia diseksa semasa dia di neraka dahulu. Dulu bukanlah mati tapi tidak bermakna kehidupannya.

Kesimpulannya iman rapat sangat dengan amalan.


٢٢ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُبَيْدِاللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ صَالِحٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ يَقُولُ {قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ رَأَيْتُ النَّاسَ يُعْرَضُونَ عَلَيَّ وَعَلَيْهِمْ قُمُصٌ مِنْهَا مَا يَبْلُغُ الثُّدِيَّ وَمِنْهَا مَا دُونَ ذَلِكَ وَعُرِضَ عَلَيَّ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَعَلَيْهِ قَمِيصٌ يَجُرُّهُ . قَالُوا فَمَا أَوَّلْتَ ذَلِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ الدِّينَ }

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a. Katanya: Rasulullah SAW bersabda: ketika aku tidur, aku bermimpi melihat orang ramai memakai berbagai-bagai jenis pakaian. Ada yang berpakaian hanya separas dada dan ada yang pakaiannya kurang daripada itu. Sedangkan aku melihat umar berjalan dengan pakaian yang labuh. Mereka bertanya: wahai Rasulullah, bagaimana penafsiran kamu? Nabi menjawab: agama.

Nabi diperlihatkan bahawa ramai orang yang singkat bajunya. Umar pula, baju dia meleret. الدِّينَ  ‘Ad-deen’: Imam Bukhari maksudkan ad-deen sebagai amalan. Sebab amalan boleh nampak. Kalau iman, ianya adalah perkara dalam hati, jadi orang lain tak boleh nampak. Amalan itulah yang berguna kepada manusia sepertimana baju menutup badan manusia. Amalan menghindarkan manusia dari neraka.

Ini adalah salah satu ilmu tadbir mimpi. Baju boleh ditadbirkan sebagai ilmu atau pasangan hidup. Bukhari ada kitab tadbir mimpi. Apa yang tidak baik dalam mimpi mungkin baik dalam dunia sebenar. Sebab baju labuh kalau di dunia nyata, Nabi memang tak bagi pakai. Kerana ia menunjukkan kesombongan tapi dalam mimpi baik pula. Pada zaman itu kesombongan ditunjukkan dengan labuhnya baju seseorang itu. Mungkin tidak boleh dipakai lagi zaman sekarang.

بَيْنَا أَنَا نَائِمٌ Dalam Hadith ini disebutkan bahawa telah ditunjukkan semua manusia kepada Nabi dan Nabi nampak Umar macam paling baik. Adakah dia lebih dari Abu Bakr? Tidak. Kerana bukanlah ayat dalam hadith ini nak menunjukkan bahawa seluruh manusia dibawa ke hadapan Nabi. Dan kalau Umar paling baik pun seperti dikatakan di dalam hadith ini, dia adalah hanya paling baik dalam satu-satu juzuk sahaja. Bukan secara keseluruhan. Sebab banyak hadith-hadith lain menceritakan bagaimana Abu Bakar itu adalah sahabat yang paling mulia dan paling tinggi darjatnya.

Mengenali perawi: Saleh bin Kaisan. Mula menuntut ilmu umur 90 tahun. Mati umur 106. Iaitu pada tahun 140H. Maknanya boleh menuntut ilmu walau dah tua. Jangan kita jadikan alasan yang umur kita sudah tua untuk belajar. Saleh bin Kaisan ini walaupun dia belajar pada umurnya 90 tahun, dia bukan calang-calang orangnya. Menjadi ulama hadith sampai diambil hadith darinya orang Imam Bukhari.


بَاب الْحَيَاءُ مِنَ الْإِيمَانِ

Bab 16: Malu Itu Sebahagian Daripada Iman

٢٣ – حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ عَنْ أَبِيهِ{ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَرَّ عَلَى رَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ وَهُوَ يَعِظُ أَخَاهُ فِي الْحَيَاءِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَعْهُ فَإِنَّ الْحَيَاءَ مِنَ الإِيمَانِ}

Abdullah bin Yusuf meriwayatkan kepada kami katanya Malik bin Anas memberitahu kami dari Ibn Shihab dari Salim bin Abdillah dari ayahnya , bahawa Nabi SAW pernah lalu dekan seorang Ansar yang sedang menasihati saudaranya kerana saudaranya itu terlalu pemalu. Maka sabda Rasullulah SAW kepadanya: biarkanlah dia! Kerana malu itu sebahagian dari iman.

Kalau manusia lain berbakti kepada kita, kita akan rasa malu dengan dia. Tambahan pula Allah yang telah beri segalanya kepada kita. Tentulah kita sepatutnya merasa lebih malu kepadaNya.

Perasaan malu adalah bagus untuk dipunyai oleh manusia. Jadi kalau ada anak-anak yang pemalu, itu sudah bagus. Yang perlu ditambah adalah ilmu agama mereka.

Malu ada beberapa jenis.
Malu tabie: Malu semulajadi. Binatang pun ada perasaan ini. Bukan yang ini yang dituntut dalam Hadith ini.
Malu syar’i: Malu kerana agama. Kerana ada malu yang lain dengan malu syar’i. Macam kalau di India, orang perempuan tidak malu untuk tunjuk malu. Tapi kita sebagai orang Islam kena mempunyai perasaan malu. Dan ianya berkait dengan malu aqli, iaitu malu dari akal. Kita boleh pikirkan bahawa kita kena malu nak buat perkara seperti itu.

Iblis memulakan menggelincirkan manusia dari dalam syurga dengan menggelincirkan Adam dan Hawa dengan buat mereka telanjang dan hilang rasa malu mereka. Akhirnya kesannya adalah, kalau dulu di syurga mereka hidup senang. Makan pakai tak perlu fikir mana nak dapat. Tapi kita manusia sekarang semua kena fikirkan dan kena usaha nak makan, mana nak cari pakaian dan sebagainya.
Maka macam itulah iblis mulakan dengan manusia. Dia akan buat supaya hilang perasan malu di hati manusia. Dah tak malu bergaul lelaki perempuan. Maka senanglah selepas itu untuk mereka berbuat dosa.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Shahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Orang Yang Tidak Suka Kembali Kepada Kekufuran Sepertimana Dia Tidak Suka (Dirinya) Dicampakkan Ke Dalam Api Adalah Kerana Imannya June 19, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 10:02 pm

بَاب مَنْ كَرِهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ مِنَ الْإِيمَانِ

Bab 14: Orang Yang Tidak Suka Kembali Kepada Kekufuran Sepertimana Dia Tidak Suka (Dirinya) Dicampakkan Ke Dalam Api Adalah Kerana Imannya.

٢٠ – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عَنْهم{ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاوَةَ الإِيمَانِ مَنْ كَانَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَمَنْ أَحَبَّ عَبْدًا لا يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَمَنْ يَكْرَهُ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ إِذْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُلْقَى فِي النَّارِ}

20- Sulaiman bin Harb telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah telah meriwayatkan kepada kami dari Qataadah dari Anas bin Malik r.a dari Nabi s.a.w., sabda baginda: “Tiga perkara, sesiapa yang ada padanya tiga perkara itu niscaya dia akan mendapati (merasai) kemanisan iman. (Pertama) Allah dan Rasul-Nya lebih disayanginya daripada sesuatu selain keduanya dan (Kedua) dia mengasihi seseorang, tidak dikasihinya orang itu melainkan kerana Allah, dan (Ketiga) dia tidak suka kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu sepertimana dia tidak suka (dirinya) dicampakkan ke dalam api.”

Sahabat-sahabat yang hendak buat ibadah yang lebih banyak dari Nabi itu, seperti yang kita lihat dalam hadith sebelum ini, mereka nak buat macam itu kerana mereka telah merasai kemanisan iman. Mereka merasa bagaimana nikmatnya melakukan ibadah itu. Itulah sebab mereka rasa mereka sanggup melakukan seperti apa yang mereka nak buat itu.

Hadith sebelum ini memberitahu bahawa, salah satu perkara yang boleh meningkatkan iman adalah lari dari segala fitnah. Dan fitnah yang paling besar adalah kufur. Itu yang paling penting untuk kita lari darinya.

Amalan yang baik, boleh meningkatkan iman. Itulah adalah amal perbuatan. Hadith ini nak beritahu, bahawa meninggalkan sesuatu juga akan mendapat peningkatan iman. Jadi, ada perkara yang kita kena buat, dan ada yang kena tinggal.

Macam sama Hadith ini dengan hadith yang sebelum, tapi tidak sama 100%. Dalam hadith ini ada menggunakan perkataan مَنْ  ‘man’. Iaitu bermakna: sesiapa. Dan ada pertambahan: ‘setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran’. Perbezaan yang tidak banyak ini menunjukkan hadith itu bukan Quran. Quran langsung tak boleh ada perbezaan walau sedikitpun. Hadith boleh bertukar-tukar ayatnya. Kerana hadith boleh disampaikan ‘dengan makna’. Iaitu ayat yang digunakan tidak 100% tepat, tapi makna yang nak disampaikan, sampai kepada kita dan kita boleh faham apa yang hendak disampaikan. Kalau terjadi sebegitu, tidak dinamakan berdusta. Sebab dari segi makna, ianya adalah serupa. Dengan lafaz yang tak sama ini pun hadith ini adalah diandaikan sahih oleh ulama. Dan kedua-duanya sama tinggi.

Dalam hadith ini ada perbezaan perawi. Tidak sama perawi untuk hadith ini dan hadith yang sebelum ini. Menunjukkan ramai perawi untuk hadith yang sama. Kalau ramai perawi, itu menambahkan lagi kekuatan Hadith ini. Lebih meyakinkan kita lagi kepada kebenarannya. Oleh itu, kita boleh bandingkan hadith ini dan hadith sebelumnya, selain dari Anas, perawi yang selepasnya tidak sama.

Selain dari ilmu hadith, adakah ada ilmu-ilmu lain yang macam ni? Adakah perkara lain begitu detail sekali pengkajian yang telah dijalankan untuk memastikan kita dapat yang benar sahaja? Macam sejarah tok kenali, kita tak boleh nak pastikan kebenarannya. Tidak mustahil ada orang yang menokok tambah cerita. Kita boleh tengok bagaimana dalam ilmu hadith ini, segala perbuatan Nabi ditulis. Dan perawinya kita boleh tahu semua kisah mereka. Boleh kenal mereka. Siap ada kitab yang menulis tentang mereka supaya kita kenal mereka dan apa status mereka. Samada mereka boleh dipercayai atau tidak. Macam Quran, tak perlu diletakkan sanad lagi sebab tidak ada yang ragu-ragu tentang Quran. Terlalu ramai orang yang terima. Dah sampai tahap mutawatir dah penyampaian Quran itu. Macam kita tak perlu lagi sokongan untuk meyakinkan kita bahawa Jepun dulu pernah jajah Malaysia. Semua orang dah tahu. Sama juga, kita tidak perlu orang nak meyakinkan kita bahawa Mekah itu wujud.

يَكْرَهُ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ Takut kembali kufur pada zahirnya adalah merujuk kepada mereka yang pernah kafir dahulu. Dan kemudian mereka masuk Islam. Tapi ia juga boleh dipakai kepada orang yang memang Islam dari lahir. Walaupun kita tidak pernah kafir, tapi kita hendaklah takut untuk menjadi kafir setelah kita lahir-lahir dalam Islam. Sebab ada juga kemungkinan kita boleh jadi kafir setelah Islam.

بَعْدَ إِذْ أَنْقَذَهُ اللَّهُ مِنْهُ Bagaimana yang dikatakan setelah Allah selamatkan? Bagaimana Allah telah selamatkan kita, padahal kita memang dah Islam dah dari lahir? Allah selamatkan kita juga, iaitu Allah telah menjadikan tok nenek kita dulu masuk Islam. Kita hendaklah berperasaan tak suka langsung nak jadi kafir. Kadang-kadang itu ada orang mungkin terfikir kalau jadi kafir lagi bebas. Boleh buat macam-macam kita nak buat. Tak macam Islam, yang banyak kongkongan, kata mereka. Mereka ada yang fikir, kalau dedah rambut boleh dapat banyak duit contohnya boleh jadi model. Kalau ada terfikir macam tu, maka maknanya kita ada masalah. Oleh itu, kita kena tahu apa yang menyuburkan iman dan apa yang mengkuruskan iman.

Orang beriman itu berbeza-beza disebabkan oleh amalannya. Imam Bukhari nak lawan puak murjiah. Mereka kata amalan buruk pun tidak apa. Tidak menyebabkan iman terjejas. Ini adalah macam fahaman Yahudi. Pada mereka, buat jahat pun tidak mengapa. Mereka kata mereka anak Tuhan dan kekasih Tuhan. Mereka fikir, kalau mereka buat jahat pun, kalau masuk neraka pun, hanya beberapa hari sahaja. Ingatlah bahawa orang beriman pun boleh masuk neraka. Dan yang masuk syurga pun ada berbeza-beza tingkatan syurganya, ada masuk syurga Firdaus. Ada yang masuk lambat dan sebagainya. Ini semua adalah kerana amalan manusia yang berbeza-beza.

Dan juga nak melawan puak Khawarij yang kata kalau buat salah, akan masuk neraka tidak akan keluar-keluar macam orang kafir. Tapi dalam hadith lain, ada dikatakan yang kalau seseorang itu ada iman sebesar zarah pun akan masuk syurga juga akhirnya.

Kitab Bukhari ni kena belajar baik-baik. Kalau tak belajar, tak akan faham. Atau susah nak faham untuk orang biasa. Contohnya, kadang-kadang dalam Hadith yang disebut ‘iman’, ia sebenarnya bermaksud ‘amalan’. Sebab dalam Quran pun cakap macam tu. Iaitu walaupun Quran sebut ‘iman’, tapi sebenarnya yang dimaksudnya adalah ‘amalan’. Dan iman dan amalan kadang-kadang adalah satu. Ada kaitan semua. Tidak ada ertinya beriman tapi tidak diikuti dengan amalan. Contoh, beriman kepada Nabi maka kena menunaikan ibadat solat.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterusnya

Ini adalah nota ringkas saya. Jikalau hendak mendapatkan pengajian yang penuh, sila ke laman Darul Kautsar ini.

 

Mouse June 18, 2012

Filed under: Diary — visitor74 @ 8:55 pm

20120618-205203.jpg

So I got this new mouse with a cute maroon color. The old one goes bonker on me. And I like the new receptor for the mouse. It’s smaller than the last one. So I don’t need to take it off every time I finished with my work. That’s 5 seconds saving right over there. Times twice I do that everyday and time 25 working days in a month, I’m about to save like 2 days if I use this thing for 5 years. I intend to cash that two saved days to go look for another mouse.

 

Sahih Bukhari: Kitabul Iman: Bab 13: Sabda Nabi SAW “Saya Adalah Orang Yang Paling Tahu Di Antara Kamu Tentang Allah

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 8:48 pm

بَاب قَوْلُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا أَعْلَمُكُمْ بِاللَّهِ وَأَنَّ الْمَعْرِفَةَ فِعْلُ الْقَلْبِ لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى (وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ)

Bab 13: Sabda Nabi SAW “Saya Adalah Orang Yang Paling Tahu Di Antara Kamu Tentang Allah” Dan Makrifat Itu Adalah Perbuatan Hati Kerana Allah Telah Berfirman وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا كَسَبَتْ قُلُوبُكُمْ (Bermaksud): “Tetapi Dia Mengira Sebagai Kesalahan Kepada Kamu Dengan Apa Yang Diusahakan Oleh Hati-Hati Kamu”

١٩ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلامٍ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدَةُ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ { كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَمَرَهُمْ أَمَرَهُمْ مِنَ الأَعْمَالِ بِمَا يُطِيقُونَ قَالُوا إِنَّا لَسْنَا كَهَيْئَتِكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ قَدْ غَفَرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ . فَيَغْضَبُ حَتَّى يُعْرَفَ الْغَضَبُ فِي وَجْهِهِ ثُمَّ يَقُولُ إِنَّ أَتْقَاكُمْ وَأَعْلَمَكُمْ بِاللَّهِ أَنَا}

19- Muhammad bin Salaam telah meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdah telah memberitahu kami dari Hisyam dari ayahnya dari `Aaisyah, beliau berkata: “Rasulullah SAW apabila menyuruh orang, Baginda akan menyuruh mereka melakukan `amalan yang mampu dilaksanakan oleh mereka, (tetapi) mereka pula berkata: “Kami tidak seperti mu wahai Rasulullah, kerana sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosamu yang terdahulu dan yang terkemudian”. Maka marahlah Rasulullah SAW sehingga nampak (tanda-tanda) kemarahan pada wajahnya kemudian Baginda SAW bersabda: “Sesungguhnya yang paling bertaqwa dan yang paling tahu tentang Allah di antara kamu adalah aku.”

Cara bagaimana Imam Bukhari meletakkan tajuk-tajuk di dalam bab-bab hadithnya adalah paling istimewa. Ulama hadith mengatakan itu menunjukkan kebijaksaan Imam Bukhari. Tidak ada didalam kitab-kitab hadith yang lain. Imam Muslim, contohnya, tidak meletakkan tajuk-tajuk di dalam kitabnya, tapi diletak oleh murid-muridnya selepas dia. Tajuk-tajuk ini perlu difahami kenapa Imam Bukhari meletakkan sedemikian. Kerana ada yang hendak disampaikan di dalam tajuk-tajuk itu. Kadang-kala nampak macam tak sesuai dengan Hadith yang disampaikan dibawah tajuk itu. Tapi sebenarnya ia mempunyai makna yag dalam, yang akhirnya, kalau belajar, akan nampak bagaimana tajuk itu sesuai dengan hadith yang hendak disampaikan. Tapi kena dihuraikan oleh guru yang tahu. Kerana kalau baca sendiri tanpa belajar susah untuk difahami. Maka, oleh itu, adalah yang tidak faham mengatakan bahawa Imam Bukhari tak pandai lah, Imam Bukhari nyanyuk lah, dan sebagainya.

Terdapat perkara-perkara yang dilakukan di dalam kitab bukhari yang boleh dianggap pelik. Contohnya terdapat pengulangan Hadith dalam kitab. Kenapa? Dan ada masanya, dia selalu ringkaskan Hadith. Contohnya Hadith yang dibincangkan ini adalah satu contoh hadith yang telah diringkaskan. Ada Hadith yang panjang berkenaannya di tempat yang lain dalam Sahih Bukhari ini juga.

Dia juga kadang-kadang bawa Hadith yang nampak macam tak sesuai yang tidak sesuai dengan tajuk. Jadi untuk faham, kena mengaji.

Tajuk bab ini ada dua juzuk: Iaitu pasal Nabi adalah manusia yang paling tahu tentang Allah dan makrifat itu adalah perbuatan hati. Tapi ayat yang diberikan adalah hanya untuk makrifat sahaja. Tapi dalil berkenaan Nabi paling tahu itu, boleh dijumpai di hujung Hadith.

Dan nampak macam Hadith yang diberikan adalah berkenaan ilmu tapi isinya diletakkan dibawah kitab iman. Kenapa? Apakah tidak lebih sesuai kalau diletakkan didalam kitab ilmu sahaja? Iman itu adalah mengenal Allah. Dan untuk mengenal Allah itu memerlukan ilmu. Dan tahap mengenal itu berbeza antara seorang dan seorang yang lain. Tentu tidak sama. Ada yang lagi kuat mengenal Allah dari orang lain. Kesannya boleh dilihat pada amalan. Kalau dia seorang yang mengenal Allah, maka amalannya adalah lagi banyak. Dan Nabi cakap dialah yang paling kenal Allah.

Maka Imam Bukhari nak cakap bahawa amalan itu ada kesannya kepada iman. Ini nak melawan puak murjiah yang berpendapat amalan tidak ada nilai. Kerana pada mereka, samada buat amalan atau tidak, sama sahaja. Pada mereka, selagi seorang itu seorang Islam, dia akan masuk syurga.

Makrifat itu adalah perbuatan hati. Mengenal Allah adalah dengan hati. Tahap mengenal Allah itu juga berbeza. Ada yang tinggi dan ada yang rendah  tahapnya mengenal Allah. Apabila seseorang itu sudah mengenal Allah, maka amalannya akan banyak. Dan nak mengenal Allah, adalah dengan amalan.

Allah hanya menghukum manusia diatas kesalahannya kalau dia memang berniat untuk melakukannya. Dan kalau dia dah bertekad nak buat dosa, maka itupun akan dikira juga. Kalau dia tidak sengaja, itu tidak dikira sebagai dosa. Contohnya kalau dia termakan semasa bulan puasa.

Ini adalah penentangan kepada fahaman puak karamiah. Pada mereka, walaupun hati tidak beriman, tapi bila dah mengucap syahadah, akan masuk syurga juga. Karamiah ini adalah pecahan dari fahaman murjiah. Ini juga adalah fahaman yang salah.

Ada orang yang amalan tidak nampak, tapi hati mereka tetap juga dengan Allah.

Mari berkenalan dengan perawi. Muhammad bin Salaam, salah satu perawi dalam Hadith ini pernah berkata bahawa dia menghafal 5000 Hadith palsu. Maka yang palsu pun kita kena kenal juga. Macam doktor, yang sakit pun kena kenal. Pernah satu hari semasa beliau sedang belajar bersama gurunya, penselnya patah. Sebab tidak mahu ketinggalan belajar dan menulis apa yang disampaikan oleh gurunya, dia telah declare untuk sesiapa jual pensel mereka kepadanya pada harga satu dinar. Itu macam beli pensel pada harga seratus ringgit tu. Menunjukkan betapa hebatnya ulama belajar untuk mendapatkan ilmu. Dia mengembara jauh dan merata tempat untuk belajar Hadith. Dia menghabiskan sebanyak 40 ribu untuk belajar dan lagi 40 ribu untuk menyebarkannya.

Semua ibadat yang Allah telah wajibkan adalah mampu dilakukan. Tidak ada yang manusia tidak boleh buat. Sebab ada ayat Quran bahawa Allah tidak memberatkan manusia melainkan apa yang dia mampu. Kalau solat tidak boleh berdiri, Islam telah membenarkan untuk duduk dan sebagainya.
Maka kalau ada ibadat yang yang disuruh tidak mampu dibuat manusia itu, maka ianya adalah tidak benar. Kalau ada hadith yang menceritakan ibadat yang tidak mampu dibuat oleh manusia biasa, maka itu adalah hadith yang palsu.
Ibadah yang sunat pun mesti juga yang yang mampu dilakukan oleh manusia.
Dalam memilih ibadat yang hendak dilakukan, kita hendaklah memilih ibadat yang sesuai untuk kita. Yang kita boleh istiqamah melakukannya dan bertepatan dengan diri kita. Contohnya, kalau pelajar, mungkin tidak sesuai kalau melakukan ibadah solat sepanjang malam sebab nanti akan penat untuk belajar. Nabi pernah menyuruh Abu Hurairah untuk solat witr sebelum tidur. Kerana baginda tahu yang dia adalah seorang ahli ilmu dan dia akan meluangkan masa untuk belajar di malam hari nanti.

Kemampuan itu bergantunglah dengan orang itu sendiri. Satu orang mungkin boleh buat lagi banyak dari orang lain. Contohnya ada yang mampu untuk melakukan jihad. Ada orang, nak solat pun tak mampu. Maka, kena pandai-pandai pilih.

Ibadat yang baik adalah yang kita istiqamah didalam mengamalnya. Biarpun sedikit. Kena pandai pilih mana yang paling baik. Iaitu cari yang paling afdhal dilakukan. Contohnya, solat sunat yang paling baik adalah solat witr. Dan kemudian solat rawatib.
Dan zikir yang paling baik adalah membaca Quran. Setiap ayat yang dibaca adalah pahala. Dibandingkan dengan zikir. Zikir tu sesetengah ulama kata kena menghadirkan hati baru pahala. Tapi tidak dengan Quran.

Nabi marah sebab sahabat kata mereka tidak sama seperti baginda. Kerana baginda adalah juga manusia. Dalam Quran pun Nabi telah disuruh untuk kata bahawa baginda adalah manusia. Kenapa pula mereka kata mereka lain dengan dia?

Ada cerita lebih panjang berkenaan hadith ini. Dalam hadith ada dikatakan bahawa ada sahabat tanya kepada Aisyah apa ibadat Nabi. Selepas Aisyah cerita, amalan ibadat Nabi tidak banyak dan mereka kena buat lagi banyak dari Nabi. Sebab pada mereka, Nabi bolehlah kalau tidak banyak buat ibadat, sebab dosa baginda telah diampunkan oleh Allah, dulu dan akan datang. Jadi, ada antara mereka yang kata dia nak solat sepanjang malam tak tidur. Lagi seorang kata dia nak puasa sepanjang tahun. Dan ada yang tidak mahu kahwin sampai bila-bila. Bila Nabi dapat tahu dari Aisyah apa yang mereka kata itu, Nabi tidak setuju dengan mereka dan panggil mereka. Apa yang Nabi kata adalah apa yang dikatakannya di dalam hadith ini. Iaitu dialah yang paling bertaqwa dan paling tahu tentang Allah. Nabi juga kata bahawa dia solat, dan dia juga tidur. Baginda puasa, tapi baginda juga berbuka. Nabi kata baginda juga berkahwin.

Nabi juga marah kerana mereka mengatakan bahawa amalan yang dilakukan oleh baginda itu sedikit. Ianya memberikan banyak pahala walau mungkin nampak sedikit, tapi nilainya adalah tinggi kerana ianya adalah Sunnah Nabi. Amalan-amalan yang tidak Sunnah tidak sama nilainya. Maknanya, ada kelebihan di dalam ibadat yang Nabi perbuat. Jangan pandang rendah atas apa yang Nabi buat.

Dan Nabi marah kerana mereka hendak buat perkara yang berlawanan dengan fitrah manusia. Islam adalah agama fitrah. Maka Islam tidak suka melawan fitrah. Macam ada agama-agama lain yang buat macam tu. Ada yang bermeditasi berhari-hari tak makan. Manusia itu perlu tidur dan perlu makan. Mata ada hak keatas tuannya. Manusia boleh makan apa sahaja asalkan halal. Jangan haramkan apa yang Allah dah halalkan.

Dan fitrah manusia mahukan pasangan untuk berkahwin. Bila dah sampai umurnya akan timbul keinginan itu. Ada agama yang seperti menganjurkan tidak berkahwin. Walaupun ianya dilakukan oleh paderi dan rahibnya, tapi secara tidak langsung, ia mengatakan bahawa tidak berkahwin itu adalah perkara baik. Kalau kita kata macam tu, apa akan jadi dengan zuriat manusia? Tidak ada penyambungan hidup. Dan kalau yang baik tidak ada anak yang akan dididik jadi baik, maka yang tinggal adalah anak-anak orang yang tidak baik. Adakah begitu yang kita hendak?

Dan Nabi marah kerana pemahaman mereka bahawa Nabi tidak buat banyak itu adalah kerana dia telah mendapat pengampunan dari Allah. Salah pemahaman itu. Walaupun Nabi telah mendapat pengampunan dari segala dosanya, dia masih lagi beribadat dengan banyak. Apabila Aishah hairan kenapa masih lagi beribadat banyak, sampai bengkak-bengkak kakinya, Nabi menjawab, tidakkah patut dia menjadi insan yang bersyukur? Lagi banyak Allah beri nikmat, lagi kena banyak amalan. Maka bukanlah Nabi mengurangkan ibadatnya kerana dia telah diampunkan. Dia sebenarnya telah buat sebanyak mana ibadat yang boleh dilakukan dalam lingkungan fitrah manusia.

Adalah ajaran yang salah kalau melebih-melebihkan kedudukan Nabi. Seperti ajaran brehlawi yang mengatakan bahawa Nabi tahu segala-galanya yang berlaku. Termasuk pada masa sekarang, walaupun Nabi dah mati. Mereka berpendapat Nabi sekarang nampak segalanya yang terjadi dalam dunia. Merekalah juga yang kata Nabi seperti bukan manusia. Contohnya, mereka mengatakan Nabi tidak ada bayang-bayang dan sentiasa ada awan yang menaungi baginda. Padahal perkara sebegini ditolak dalam hadith-hadith yang lain. Contohnya, pernah Nabi suruh pasang khemah semasa bermusafir dan sebagainya.

Beza Nabi dan kita adalah Nabi memang maksum. Ianya bermakna para Nabi-Nabi itu terpelihara dari melakukan dosa kecil mahupun besar. Ianya supaya kita boleh meyakini bahawa apa yang disampaikan oleh Nabi-Nabi itu adalah benar. Ini adalah aqidah kita. Ianya hanya terjadi kepada Nabi sahaja. Tapi Syiah, mereka boleh pula kata imam-imam mereka pun maksum juga. Ini adalah salah sama sekali. Ianya merampas kelebihan apa yang ada pada Nabi. Mereka kata begitu supaya memberi kepercayaan kepada ajaran imam-imam mereka. Itulah punca kesesatan mereka. Kerana mengatakan imam mereka maksum. Tapi tak sepakat semua mazhab. Macam-macam mereka kata. Syiah itu adalah sesat lagi menyesatkan.

Sahabat-sahabat tahu Nabi itu maksum. Tapi kenapa mereka kata: “sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosamu yang terdahulu dan yang terkemudian”. Bunyi macam mengatakan bahawa Nabi pernah buat dosa dan kemudian Allah ampunkan. Maknanya, buat dosa juga dulu.

Pertamanya, perkataan seperti apa yang sahabat cakap ni ada dalam Quran. Maka itu adalah salah satu tanda Hadith yang disebutkan ini adalah sahih. Kalau berlawanan dengan Quran, otomatik Hadithitu jadi Hadith palsu. Maknanya, tidaklah salah apa yang mereka katakan, kerana mereka mengambil pemahaman itu dari ayat Quran juga.

Pendapat 1. Ada pendapat mengatakan yang mengatakan Allah ampunkan dosa itu, bukan dosa Nabi, tapi dosa umat dia. Tapi tak kena sebab kalau macam tu, mereka tak perlulah risau nak kena buat ibadat lebih tu. Mereka nak buat ibadat lebih itu adalah kerana mereka rasa mereka banyak dosa dan mereka nak buat ibadat supaya pahala mereka melebihi dosa yang mereka lakukan.

Pendapat 2. Qadi Iyaadh mengatakan ada tingkatan dosa-dosa itu: Maksiat, Khato’ dan dzanbi. Yang maksiat tu dosa macam minum arak, yang besar-besar. Nabi tak pernah buat. Yang khato’ tu pun tak buat. Yang mungkin ada buat pun adalah dosa tahap dzanbi itu. Tapi tak sesuai nak gunakan perkataan ‘dosa’ untuk perbuatan seperti itu. Kerana ianya lagi kecil dari dosa. Mungkin kita boleh kata ‘kegelinciran tak sengaja’. Yang ini pun ada tak setuju. Sebab tak sesuai mereka kata. Tapi kita gunakan perkataan ‘dosa’ sebab tidak ada penerangan di dalam bahasa kita.

Pendapat 3. Perbuatan baik manusia biasa masih kurang kepada orang yang dekat dengan Allah. Nabi-nabi ada buat kesilapan juga. Tapi kesilapan itu kecil. Kalau diperbuat oleh manusia biasa, tiada dikira berdosa. Tapi kerana mereka adalah kumpulan manusia yang amat rapat dengan Allah, maka apabila mereka buat kesilapan itu, Allah tegur mereka. Contohnya:
Nabi Yaakub: Beliau tidak membenarkan anaknya Yusuf dibawa oleh abang-abangnya, takut diterkam binatang buas. Itu adalah seperti tidak percayakan keselamatan dari Allah. Maka dia telah mendapat sakit buta sepanjang ketiadaan Nabi Yusuf.
Nabi Musa: Apabila dia ditanya, siapakah yang paling berilmu, dia jawap dirinyalah yang paling pandai dalam dunia pada masa itu. Sebab memang dialah rasul umat itu dan dia tidak tahu siapa lagi yang lebih berilmu darinya. Oleh sebab dia cakap macam itu, dia telah disuruh untuk berjumpa dengan Nabi Khidr.
Nabi Yunus: Kerana tidak tahan melayan kerenah umatnya yang tidak mahu mendengar ajakannya kepada Islam, setelah lama berdakwah kepada mereka, dia telah meninggalkan mereka. Naik kapal, laut bergelora, sampai dia kena terjun ke dalam lautan dan masuk ke dalam perut ikan. Maka itulah hukuman dia. Satu-satunya kaum yang menentang nabinya, tapi tidak disiksa adalah kaumnya. Kerana Nabi mereka meninggalkan mereka.

Nabi Muhammad pun ada macam tu. Seperti yang diceritakan di dalam Surah Abasa. Nabi pada satu masa, sedang bersama pemuka quraish dimana baginda sedang berdakwah kepada mereka. Datanglah Abdullah ibn Abi Maktum yang nak belajar dengan baginda, tapi tidak dilayannya. Sebab baginda mungkin merasa Abdullah sedang menggangunya berdakwah kepada pemuka Quraish. Pada baginda, itu adalah lebih penting lagi, sebab kalaulah mereka masuk Islam, maka akan banyak lagi lah orang ramai akan masuk Islam kerana pemimpin mereka telah masuk Islam. Allah tidak suka, sampai ditegur dalam Quran. Padahal Nabi buat tu adalah dakwah juga. Ianya adalah satu perbuatan yang tidak salah kepada manusia biasa, tapi bagi seorang Nabi, ia sudah dikira satu kesilapan.
Satu lagi contoh adalah semasa berperang, mungkinlah Nabi perrnah terkasar dengan sahabat-sahabat baginda. Kalau dalam keadaan perang, tentulah tidak boleh nak berlembut. Jadi kadang-kadang mungkin Nabi terkasar. Satu hari, Nabi memberi peluang kepada sahabat untuk menebus apa kesalahan baginda dah buat kepada mereka. Seorang sahabat tampil dan kata Nabi pernah menyakiti beliau semasa perang. Mungkin tertarik atau tersinggung. Maka dia nak balas. Dia juga minta Nabi membuka baju kerana semasa kejadian itu, dia pun tidak berbaju. Sahabat lain sudah resah dan mula marahkan beliau. Tapi Nabi membenarkan. Beliau datang dekat, dan rupanya dia sengaja ingin mencium tubuh badan Nabi. Jadi, inilah salah satu contoh kesilapan kecil yang mungkin Nabi pernah tidak sengaja buat.
Semua kesalahan itu adalah amat kecil sekali. Tidak tepat kalau dikatakan dosa. Tapi kita tidak mempunyai bahasa lain untuk kita gunakan.

Pendapat 4. Orang yang syahadah Allah itu (sentiasa melihat Allah dengan mata hati), perawakan mereka lain . Para-para Nabi sentiasa merasakan dekat sekali dengan Allah dan merasakan bagaimana Allah sentiasa memerhatikan mereka. Bukanlah mereka nampak Allah, tapi mereka tahu dengan pemahaman yang tinggi bahawa Allah memerhatikan mereka sentiasa. Kita pun faham bahawa allah sentiasa menyaksikan apa yang sedang kita lakukan. Tapi faham kita dan faham mereka, lain.

Jadi mereka sentiasa dalam keadaan serba salah. Mereka terpaksa melakukan perkara-perkara yang dilakukan oleh manusia biasa. Seperti mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, makan makanan yang lazat-lazat kerana mereka nak menunjukkan kepada manusia lain bahawa dibenarkan melakukan perkara-perkara itu. Mereka merasa bersalah. Tapi Allah maafkan perasaan mereka itu.

Pendapat 5. Perisytiharan kepada Nabi bahawa dosa-dosa Nabi telah diampunkan. Allah isytiharkan lagi di dunia bahawa Allah telah hapuskan segala-galanya, kalau ada. Sebab Nabi-nabi yang lain, apabila umat minta syafaat dari mereka, mereka akan berkata bahawa mereka ada dosa. Akhirnya, mereka akan minta kepada Nabi Muhammad. Jadi Nabi tidak perlu lagi gusar dan menolak, kerana Allah di dunia ini lagi telah isytiharkan bahawa segala kesilapannya telah diampunkan. Itulah antara sebab ayat itu diturunkan.

Pendapat 6. Kesilapan dalam melakukan ijtihad. Terkadang, para Nabi mungkin memberi pendapat mereka tentang perkara selain agama yang akhirnya tidak tepat. Ianya tidaklah salah mana kerana ianya bukanlah perkara agama.
Contohnya kisah pokok kurma. Nabi pernah memberi pendapat supaya penternak tidak mengahwinkan pokok kurma seperti apa yang biasa mereka lakukan. Ternyata tanaman pada tahun itu tidak seperti tahun sebelumnya. Tanaman menjadi kurang. Maka cadangan Nabi itu adalah tidak tepat.
Maka jikalau ada kesilapan para Nabi yang melakukan sebegini, Allah maafkan juga .

Pendapat 7. Allah tutup dari Nabi buat dosa. Maknanya para Nabi tidak berkesempatan melakukan dosa pun. Ini adalah pendapat yang paling baik sekali.

إِنَّ أَتْقَاكُمْ

Apabila Nabi kata bahawa baginda paling bertaqwa, itu bermaksud dia paling sempurna dari segi amalan. Dan paling berilmu bermakna dia paling tahu tentang Allah.
Maka, kalau kata paling sempurna dan paling tahu itu, maknanya, adalah orang lain yang kurang. Maka nak menunjukkan tahap amalan dan pengetahuan tidak sama. Tahap iman pun tidak sama juga kerana dua perkara ini memberi kesan kepada iman.
Maka ini adalah untuk melawan fahaman murjiah yang mengatakan iman itu sama sahaja kalau beramal atau tidak.

Kesimpulan yang kita boleh ambil dari Hadith ini.
1. Iman bertambah dengan amalan soleh. Dan dengan amal soleh, dosa kita boleh diampunkan. Sebab itu sahabat cari jalan nak menambahkan amalan. Kalau ibadat dalam batas yang tidak memudaratkan, boleh buat banyak-banyak. Macam minum air kosong, minumlah banyak mana pun. Tapi air karbonat tak boleh banyak. Maknanya, jangan terlajak buat amalan.

2. Amalan yang paling baik adalah yang berkekalan (istiqamah) walaupun sedikit. Itulah yang disukai oleh Allah. Lebih baik dari buat banyak tapi sekali sahaja. Sebab kalau macam tu tentu kita tak dapat buat berterusan.

3. Kena buat ibadat yang wajib. Itu bukan diluar kemampuan. Walaupun kita mungkin rasa susah. Sebab apa yang diwajibkan itu adalah tidak susah sebenarnya. Allah dah beri kita ibadah yang memang kita boleh buat. Yang rukhsah pun kena terima juga. Rukhsah ini adalah ibadah yang dipermudahkan oleh Allah dalam keadaan tertentu. Contohnya, jikalau kita dalam perjalanan musafir, kita dibolehkan untuk memendekkan solat dan mengumpulkannya dalam satu waktu. Jangan kita menyusahkan diri. Ada manusia yang kata zaman dulu bolehlah buat rukhsah, sebab mereka musafir naik unta. Tapi sekarang kita naik kereta dan naik kapal terbang, takkan nak mudahkan lagi. Ini adalah pendapat yang salah. Allah dah beri keringanan kepada kita. Macam dalam Hadith ini, tak perlu buat solat malam.

4. Sederhana dalam ibadat adalah yang sebaiknya.

5. Dalam Hadith ini kita nampak bagaimana sahabat itu amat suka untuk membuat amalan. Mereka nak buat semua ibadat. Kita hendaklah mencontohi mereka itu yang sukakan melakukan ibadat dengan banyak. Tapi mengikut lunas-lunas yang dibenarkan. Jangan berlebih-lebihan.

6. Boleh, bahkan disuruh untuk kita marah dengan orang-orang yang membuat kesilapan seperti Nabi marah sampai nampak kemarahan pada wajahnya. Bukan nak main lembut sahaja sentiasa. Tidak boleh nak main psikologi belaka. Anak murid tak ikut akhirnya. Kadang-kadang pukul pun boleh. Cuma jangan lebih had. Nabi apabila waktu perlu marah, dia akan marah.

7. Boleh untuk menunjukkan kelebihan ilmu kita kepada orang yang kita nak beri ajaran, asalkan tidak sampai tahap membanggakan diri dan sombong. Kalau tidak diberitahu, orang lain mungkin tak tahu apakah ilmu kita, dan mungkin dia tidak ikut kalau dia tidak tahu bahawa kita layak untuk memberi nasihat.

8. Dalam Hadith ini diberitahu bahawa Nabi mempunyai kesempurnaan sebagai manusia dari segi amalan dan ilmu. Maka, ibadat Nabi itulah yang perlu diikut oleh kita yang mengaku sebagai umatnya.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterusnya

Ini adalah ringkasan nota peribadi saya untuk rujukan saya sendiri. Untuk mendapatkan keseluruhan kelas ini, sila pergi ke laman Maulana Ustaz Asri di sini. 

 

Sahih Bukhari: Kitab Iman: Bab 12: Sebahagian Daripada (Ajaran) Agama Ialah Lari Daripada Pelbagai Fitnah.

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 4:02 pm

بَاب مِنَ الدِّينِ الْفِرَارُ مِنَ الْفِتَنِ

Bab 12: Sebahagian Daripada (Ajaran) Agama Ialah Lari Daripada Pelbagai Fitnah.

١٨ – حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِالرَّحْمَنِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبْدِالرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي صَعْصَعَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رضي الله عَنْهم أَنَّهُ قَالَ {قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُوشِكُ أَنْ يَكُونَ خَيْرَ مَالِ الْمُسْلِمِ غَنَمٌ يَتْبَعُ بِهَا شَعَفَ الْجِبَالِ وَمَوَاقِعَ الْقَطْرِ يَفِرُّ بِدِينِهِ مِنَ الْفِتَنِ}

18- Abdullah bin Maslamah telah meriwayatkan kepada kami dari Malik dari `Abdir Rahman bin `Abdillah bin `Abdir Rahman bin Abi Sha`sha`ah dari ayahnya dari Abi Sa`id al-Khudri r.a, bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidak lama lagi akan tibalah masanya di mana sebaik-baik harta seorang Muslim ialah kambing yang dibawanya ke puncak gunung dan ke kawasan-kawasan tadahan hujan, dia lari demi agamanya daripada pelbagai fitnah”.

Dalam bab ini pula imam Bukhari menggunakan perkataan ‘deen’ pula. Walaupun hadith ini dalam kitab berkenaan iman. Ini adalah kerana pada imam Bukhari, iman, Islam dan deen adalah perlu ada. Ianya adalah sama. Tak boleh tinggal salah satu darinya. Allah juga telah menyatakan dalam Quran bahawa deen (cara hidup) pada sisi Allah adalah Islam.

Sebelum ini, Hadith-hadith yang dibentangkan oleh Bukhari adalah berkenaan dengan perkara yang perlu dibuat. Tapi kali ini adalah perkara yang perlu ditinggalkan. Sebab dalam Islam ada benda yang kena buat dan ada benda yang kena tinggal.

‘Lar’i itu dari zahirnya adalah lari yang sebenar. Contohnya kita lari dari tempat maksiat contohnya. Sebab kita memang benar-benar takut terlibat.
Dan lagi satu maknanya: meninggalkan perbuatan yang tidak baik.

Contohnya jikalau sesuatu negara itu tidak membenarkan muslim mengamalkan agamanya. Maka kena berpindah dari situ.

Makna lain adalah lari dari sistem yang salah. Contohnya lari dari sistem riba. Atau mungkin tidak lari tapi mengubah sistem itu. Sebab para Nabi tidak lari pada zaman mereka tapi mereka akan ubah sistem yang salah kepada sistem Islam.
Seperti zaman dulu di Malaysia, tidak ada sekolah yang mengajar hafal Quran maka terpaksa pergi belajar ke negara lain. Itulah sistem pengajaran ulama-ulama dulu di mana mereka bermula dengan hafal Quran semasa kecil-kecil lagi. Tapi sekarang, alhamdulillah, sudah banyak sekolah atau madrasah yang mengajar tahfiz quran sekarang.

Untuk tahu apakah yang kita kena lari darinya, atau sistem apa yang salah, maka kena belajar. Kena tahu apa yang tidak diterima dalam Islam.

Lari di dalam hadith ini, bukan bermaksud lari dari masalah. Masalah semua orang akan ada samada dia seorang muslim atau tidak. Contohnya kalau lari dari hutang, itu tidak dikira sebagai lari yang dianjurkan di dalam hadith ini. Sebab orang kafir pun ada hutang dan ada yang lari dari hutang juga.

Dari zaman ke zaman, mungkin berbeza apa yang perlu kita selamatkan. Kalau zaman dulu, lari dari medan peperangan adalah yang paling besar dosanya. Tapi sekarang mungkin apa yang paling penting kita lari, adalah dari perniagaan melibatkan riba, sampai Nabi pernah kata di akhir zaman nanti, walaupun tak amalkan riba, akan kena sedikit sebanyak.

Nabi menyebut kambing dalam hadith ini, kerana membayangkan apa yang senang dibawa. Zaman Nabi, kambinglah yang paling senang dibawa. Jangan bawa barang banyak. Zaman itu kambing sesuai sebab dia boleh bagi susu sebagai minuman dan susu itu adalah juga boleh dijadikan sebagai ubat. Tak boleh bawa barang banyak macam emas dan sebagainya.
Dan kena cari tempat yang ada air.

Cari puncak gunung iaitu tempat yang tidak ada orang lain dah. Tapi bukanlah Islam menggalakkan kehidupan seperti rahib agama lain.

Memang tempat-tempat sebegitu memang bahaya. Ada harimau dan binatang buas, bahaya dan sebagainya. Ini nak menunjukkan dari bahaya-bahaya itu, fitnah dalam agama lagi bahaya yang kita kena lari.

Kalau kita tidak tinggalkan, maka tidak lengkaplah iman kita. Bukanlah mengatakan kita keluar dari Islam. Tapi iman kita tidak lengkap.

Contoh fitnah agama yang kita kena tinggalkan adalah, kadang-kadang kita kena tinggalkan isteri atau suami kita. Katakanlah kalau dia adalah seorang yang merosak agama, maka kita kena tinggalkan. Contohnya kalau dia masuk Syiah. Itu dah sah adalah murtad. Maka kahwin pun dah batal dah sebenarnya. Maka, dalam keadaan sebegitu, memang kita kena tinggalkan orang yang kita sayang.

Atau kadangkala kita perlu tinggalkan sistem pendidikan yang berlawanan dengan agama. Contohnya, kalau di sekolah itu, pelajar kena pakai baju buka aurat contohnya. Maka kita kena tinggalkan sekolah itu. Jangan bagi anak kita belajar di sana.

Mari mengenali perawi: Said al Khudri adalah salah seorang sahabat yang dijanjikan syurga oleh Nabi. Doanya mustajab. Pernah dia dikatakan mengambil tanah orang. Tapi dia sebenarnya tidak ambil. Ini terjadi selepas Nabi telah wafat. Dia doa, kalau betul dia didifitnah, maka butakan mata orang yang fitnah dia dan jatuhkan dia dalam kubur dia. Dia doa macam tu, sebab orang agama ni tak mahu nama mereka dicemar dengan buat perkara tak elok. Jadi dia minta supaya ditunjukkan kebenaran dia di dunia ini lagi. Supaya janganlah dia tidak dipercayai orang.

Seorang lagi perawi dalam hadith ini adalah Imam Malik. Imam Malik tidak pernah meninggalkan Madinah. Kerana masa itu, Madinah adalah pusat ilmu. Dia kalau jalan di Madinah, tidak pakai kasut kerana menghormati jasad Nabi yang ada di situ. Dia kalau mengajar akan pakai molek sangat. Dan dia akan duduk tegak. Sampai pernah sekali dia disengat kalajengking. Tapi tak bergerak langsung sampai merah mukanya. Sebab dia nak maintain menghormati hadith yang disampaikannya. Dia pernah diajak untuk mengajar di istana Harun ar Rashid. Tapi dia tak mahu. Dia kata, kalau nak belajar, kena belajar di tempat dia. Ilmu dicari, bukan mencari, lebih kurang begitulah katanya. Dan bila Harun di kelas duduk tak betul pun dia tegur. Kerana dia hormat sangat hadis. Tak boleh nak duduk main-main dan tak tentu pasal.

Sambungan mengenal hadith: Bukan semua orang digalakkan untuk lari menuju gunung. Ataupun untuk duduk bersendirian. Kalau yang masih mempunyai tanggungjawab, dia tidak boleh buat macam tu. Macam Nabi, tidak boleh dia tinggalkan umat dia. Begitulah, kalau dia ada keluarga yang bergantung kepadanya, dia tidak boleh. Ataupun dia diperlukan oleh masyarakat pun dia tidak boleh tinggalkan begitu sahaja. Maka, kesimpulannya, kena bergantung kepada keadaan. Bergantung kepada orang juga. Sebab, kalau dia seorang yang tidak kuat agama pun, tidak boleh dia duduk sendirian. Sebab mungkin dia akan buat benda-benda yang salah.

Dan bukan terus menuju ke gunung. Mungkin dia boleh pergi ke tempat lain dulu. Contohnya kalau dia boleh pindah ke negeri lain, dia kena buat macam tu dulu.

Ulama discuss pasal samada sesuai uzlah (menyendiri). Bukan semua orang boleh beruzlah. Sebab kalau dia tidak berilmu, dia boleh jadi lagi teruk kalau dia bersendirian tanpa petunjuk.

Tapi dalam keadaan lain, kepada ulama contohnya, elok untuk mereka menyendiri. Mungkin banyak perkara dia boleh buat lagi. Belajar lagi banyak untuk meningkatkan ilmu dia, beribadat atau menulis buku yang boleh digunakan oleh umat masa hadapan. Kekadang tu kalau dia bersama masyarakat, dia nak kena melayan kerenah masyarakat, benda-benda yang remeh temeh sahaja. Macam nak cari barang hilang, atau disuruh solat hajat sahaja. Jadi masa mereka dihabiskan begitu sahaja. Padahal, ada benda lain lagi berfaedah lagi dia boleh buat.
Sebab itu ada memang ulama yang menyendiri sahaja. Ada seorang ulama Pakistan, jumpa orang hanya lima minit sahaja sehari. Tapi hasilnya, dia dapat menulis syarah untuk kitab Hadith kutubus sittah. Dia buat syarahan kepada 6 Kitab hadith yang besar itu.
Imam Suyuti dapat tulis 500 kitab tebal-tebal sepanjang hidupnya. Umurnya sampai 48 tahun sahaja. Macam mana dia boleh tulis dengan banyak? Ini kerana bila umurnya 40 tahun, dia salam dengan semua orang. Kata tak jumpa dah lepas ni. Dia concentrate buat kitab.

Imam Nawawi pula sampai tidak berkahwin langsung. Dia tumpukan hidupnya pada ilmu. Kerana kalau ada keluarga, tumpuannya akan terbahagi. Ibunya pernah mengahwinkannya, tapi dia ceraikan terus isterinya.
Kita hendakkan anak kerana untuk berdoa pada kita. Tapi belum tentu lagi anak akan jadi baik. Apa yang ditinggalkannya adalah kitab-kitabnya yang terus memberi ilmu dan pahala kepadanya.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterusnya

Ini adalah ringkasan nota saya. Syarahan dari Maulana Asri boleh didapati di sini