We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Siapakah yang layak jadi imam? February 29, 2012

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 11:46 pm

Mengikut turutan siapakah yang sepatutnya menjadi imam adalah seperti berikut:

1. Orang yang bagus bacaannya. Yerlah, sebab dalam solat kenalah orang yang pandai membaca surah-surah. Pertama sekali surah fatihah. Selalu jugak aku kalau jadi makmun, dapat imam yang tak berapa bagus bacaan fatihahnya. Apatah lagi kalau surah-surah yang lain. Takkan nak betulkan masa dia solat jadi imam tu. Dan kalau nak cerita lepas solat pun, aku tak sampai hati. Mestilah dia susah nak terima. Jadi kalau ada anak-anak muda yang belajar tahfiz ke, merekalah yang layak menjadi imam.

2. Orang yang baik sunnahnya. Kalau ada dua orang yang pandai membaca quran, maka perlulah dilihat siapa antara mereka yang lebih tahu tentang sunnah-sunnah solat. Ini adalah berdasarkan pengetahuan tentang bagaimana nabi dan sahabat mengerjakan solat mereka. Sekarang ni susah nak tengok orang yang macam ni. Mereka akan banyaknya pakai apa yang mereka telah belajar di sekolah-sekolah dari dulu lagi. Merekat tidak tahu pun bagaimana mengerjakan solat yang benar dan tidak pun mahu belajar mengerjakan solat dengan betul. Contohnya, boleh kata semua orang kalau kat masjid itu akan baca doa selepas dibacakan iqamah, padahal tidak boleh. Selepas iqamah, mestilah senyap dan bersedia untuk mengerjakan solat.

3. Siapakah yang paling dahulu berhijrah. Ini kalau dua-dua sama pengetahuan tentang membaca quran dan juga sunnah. Tapi sekarang dah takde la dah. Ini hijrah yang dari Mekah ke Madinah. Kalau hijrah dari Pekan Pahang ke Ipoh, tak kira.

4. Siapakah yang tua antara mereka. Ini macam biasalah. Tapi ingat, yang pertamanya adalah siapa yang lagi pandai membaca quran.

 

Tapi kalau kita pergi ke masjid ataupun rumah orang, yang paling afdhal dan berhak untuk menjadi imam adalah imam yang telah dilantik di masjid itu ataupun tuan rumah. Jangan pandai-pandai nak take over. Lainlah kalau mereka mintak ataupun telah memberi izin.

Yang menentukan siapakah yang menjadi imam adalah bilal. Seperti kisah bagaimana Nabi telah lambat untuk masuk ke masjid apabila baginda perlu menguruskan hal rakyat. Sebab dah lama waktu dah masuk, Bilal bin Rabah telah mengumandangkan azan dan beliau telah meminta Abu Bakr untuk menjadi imam. Bukan Abu Bakr yang pandai-pandai jadi imam.

Apabila telah ada imam yang memang telah dilantik, dia kenalah mengikut arahan imam. Imamlah yang menentukan bilakah akan dibacakan iqamah. Apabila imam telah bersedia, barulah dibacakan iqamah.

 

 

Micro by Michael Crichton February 27, 2012

Filed under: Books — visitor74 @ 8:44 pm

We all remember the author of this book. If not, you might remember his works. This was the guy that brought Jurassic Park to us. And many other books that has been brought into movies and into our lives. 13 of this books has been made into movies. And he was the creator of the famed ER series. This guy is great. He writes science fiction that makes our mind spins, and think that it’s actually possible.

I just knew that he died in 2008. Such a loss to the literary world. It passed me without noticing it.

This book is very interesting. It’s about some scientists in Hawaii who got shrunked and they have to survive in the wild jungle of Hawaii. It is very different when you are half an inch in size. All the living things that were small has become big and you have to fight them off to survive. And it doesn’t help that you have a maniac that is out to kill you. You develop your interest in the characters and it’s not fun when they died one by one. At last, there’s two that survives.

I don’t think that the technology that is put forward in this book would materialize soon. If not at all, but it’s interesting when you can wonder.

This book gives an interesting view of the jungle life when you are small and I love it. Crichton did not managed to finish this book so the publisher has asked someone else to do it. But it is still good. I didn’t see any lag in the reading of the book.

20120227-204511.jpg

 

In Time February 6, 2012

Filed under: Movies — visitor74 @ 5:02 pm


Memang menarik jugak filem nih. Aku suka kalau pengarah datang dengan idea baru yang menyebabkan kita terfikir samada possible atau tidak sesuatu perkara itu. Mind blowing. Jadi dalam cerita ini, katakanlah dunia sekarang sudah cukup maju sampaikan manusia boleh terus kekal sebagai umur 25 tahun sahaja. Teringat aku pasal ahli syurga nanti. Yang perempuan akan kekal di umur 28 tahun dan lelaki umurnya akan kekal 33 tahun.

Tapi yang tak bestnya, lepas umur mereka 25 tahun, mereka hanya boleh hidup setahun sahaja lagi sebab masa yang diberikan kepada mereka hanya sebanyak itu. Maknanya kalau nak hidup lama, kena kerja lagi. Pergggh, bayangkan kalau hidup macam tu. Sentiasa sahaja nak check jam yang dah permanent kat tangan. Lepas tu boleh pulak pas pas masa kat orang lain. Macam prepaid credit la pulak. Hehehe.

Dan mestilah adalah hero. Justin Timberlake. Aku masa dia menyanyi dulu, aku tak kesah sangat. Sebab boy band jer. Tapi bila dia berlakon ni, boleh tahan jugak. First time aku suka dia masa dia berlakon Social Network dulu. Cool dude. So kalau filem-filem dia lepas ni, aku nak tengok jugaklah.

Memang far fetched betullah filem ni. Tapi aku macam biasa, tak terpengaruh sangat dengan polemik samada boleh buat ke tidak. Memanglah mustahil.

Cuma filem ini menunjukkan betapa pentingnya masa. Sekarang kita hidup bukan berlandaskan masa. Jadi kita banyak buang masa. Jadi kalau masa itu penting macam di potray dalam filem ini, barulah semua orang akan concern pasal masa. Teringat surah al-Asr. Demi masa……

 

The Green Hornet

Filed under: Movies — visitor74 @ 4:50 pm

Lama jugak movie dah keluar. Tapi aku malas nak tengok sebab aku tak berapa suka sangat pelakon-pelakon dia. Seth Rogen pada aku, taklah lawak sangat dan Jay Chou ni menyampah pulak aku tengok selalunya. Sebab muka dia tak pernah nak senyum. Jadi aku rasa cam bagus jer dia.

Tapi bila tengok, bolehlah tahan cerita dia. Jay Chou pandai jugak fighting scene dia. Jalan cerita tidak best sangat. Tapi boleh diterima. Tak tahu pulak samada jalan cerita dia sama atau tidak dengan original story yang dilakonkan oleh Bruce Lee. Cerita itu terkenal sikit sebab sepatutnya Bruce Lee jadi sidekick jer macam Robin kepada Batman. Tapi dalam movie itu dia menyerlah betul sampai dia take over dari pelakon utama. Dari situlah baru Bruce Lee jadi terkenal. Dan dalam pembikinan movie tu, sampai pengarah kena perlahankan camera sebab kalau tak, tak nampak movement Bruce Lee sebab dia laju sangat pergerakan dia. Haibat betul tu….