We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Tafsir Surah Kaafirun. Surah ke 109 July 31, 2013

Filed under: Tafsir — visitor74 @ 10:14 pm

Intro:

Dalam surah al-Kawthar sebelum ini, orang kafir the mengejek Nabi Muhammad dengan menggelarnya, abtar – terputus keturunannya. Allah telah sanggah mereka dalam surah itu. Oleh kerana mereka telah memberi gelaran kepada Nabi, maka kali ini Allah membenarkan Nabi pula menggelar mereka – kaafirun. Allah suruh Nabi cakap dengan mereka. Allah tak cakap direct dengan orang kafir.

Gelaran yang mereka berikan kepada Nabi tidak benar. Mereka kata Nabi terputus keturunan, tapi keturunan Nabi berterusan – kita semua adalah keturunan dari beliau. Oleh kerana isteri-isterinya adalah ibu kepada kita, maka baginda adalah ayah kepada kita. Sampai sekarang kita masih menyebut-nyebut namanya.

Apabila mereka mengejek Nabi dengan gelaran, gelaran itu bukan mengejek sifatnya – kerana sifat baginda mulia, mereka pun tak dapat nak komen. Tapi gelaran yang Allah berikan kepada mereka pula ada berkenaan dengan sifat mereka.

Dalam surah Kawthar, telah digunakan perkataan ‘shaniak’ – musuh. Dalam surah ini dijelaskan lagi siapakah musuh Nabi itu. Iaitu mereka yang masih tidak menerima dakwah Nabi walaupun sudah bertahun-tahun Nabi dakwah kepada mereka.

Bayangkan semasa ayat ini diturunkan, orang-orang kafir adalah dalam kedudukan berkuasa di Mekah. Nabi disuruh gelar mereka dengan gelaran ini berhadapan. Jangan takut. Kerana dalam surah sebelumnya, Allah telah memberikan segala-galanya yang diperlukan oleh Nabi. Orang kafir pun dah perasan yang Nabi tidak akan meninggalkan dakwahnya. Mereka cuba untuk memujuk Nabi supaya menerima rasuah – tapi Nabi telah diberikan dengan perkara yang lebih penting dan lebih berharga lagi dari keduniaan.

.

.

.

109:1
Sahih International

Say, “O disbelievers,

Malay

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!

Perkataan kaafirun itu adalah dalam bentuk ‘kata nama’ – noun. Kalau dalam bentuk itu, menunjukkan mereka itu kafir dulu, sekarang dan akan datang. Tidak ada harapan untuk beriman. Allah dah tahu dah bahawa mereka tidak beriman. Kalau perkataan yang digunakan adalah dalam bentuk kata kerja, itu ada harapan lagi kerana mereka hanya kufur waktu itu sahaja. If the surah had said “alladheena kafaroo,” it leaves open the possibility of them believing in the future. But the use of “al-kafiroon” shuts that. Their fate is sealed.

Sebenarnya, mereka ni bukannya tak percaya kepada Allah. Kalau ditanyakan kepada mereka, siapakah yang menjadikan alam ini, mereka akan jawap Allah. Dan pernah mereka menawarkan kepada Nabi untuk beriman setahun kepada Allah dan menyembah tahun kemudiannya, tukar-tukar. Maknanya, mereka tahu tentang Allah. Tapi mereka masih lagi dipanggil kafir dalam ayat ini. Kenapa? Sepatutnya mereka dipanggil musyrik. Tapi kenapa dipanggil ‘kaafir’?

this surah is not talking about all the kuffar. It’s talking specifically about a section of people who have been given the best opportunity to accept Islam. They received the most effective da’wah from the most effective da’iee with the best character. There is none better than him. Jadi, kuffar yang dimaksudkan dalam ayat ini bukanlah orang kafir yang kita biasa kenal itu. Bukan jiran kita, bukan orang Yahudi dan Kristian sekarang, tapi, orang-orang kaffir Quraish dulu. Yang Allah tahu memang mereka tidak akan beriman dah. Maka walaupun Nabi disuruh berlembut dengan mereka, tapi mereka ini jenis yang tidak ada harapan dah. Pintu rahmat kepada mereka telah tertutup.

Why kufr and not shirk? All these years when they refused to leave their shirk, refusal and denial and rejection, this is kufr.

Dalam ayat sebegini, Allah surah Nabi cakap: ‘qul’. Bermakna, arahan itu datang dari Allah. Keputusan itu dari Allah. Bukan dari Nabi. Nabi hanya menyampaikan sahaja. Bukanlah Nabi yang memanggil mereka sebagai kuffar, tapi Allah sendiri.

Bagaimanakah cara Nabi menyampaikan ayat ini kepada mereka? Mereka tengah bermesyuarat dan Nabi terus pergi kepada mereka dan membacakan ayat ini kepada mereka. Ini adalah seperti declaration of war dah ni. Ini adalah sebagai jawapan kepada offer mereka untuk beriman kepada Allah setahun dan kepada tuhan-tuhan mereka setahun.

Use of ya ayyuha also implies that what is to come is no small talk, it’s serious. The language so far shows how disgusted Allah SWT is with the compromise proposal they came up with. It’s not just a simple “No,” He SWT calls them kafiroon first. Almost like a curse. This is the anger of Allah manifest in these words. Maknanya, dalam ayat pertama lagi dah nampak Allah marah kepada mereka.

.

.

.

109:2
Sahih International

I do not worship what you worship.

Malay

“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

Nabi nak kata bahawa baginda dan orang Islam tidak menerima tawaran orang kafir Quraish yang mencadangkan supaya orang Islam beribadat macam musyrik setahun dan mereka beribadat macam orang musyrik selama setahun. Tukar-tukar.

Kita kena memahami apakah maksud ibadah sebenarnya. Ibn Taimiyyah telah mengatakan bahawa terdapat beberapa perkara yang perlu ada dalam ibadah:

Taat. Kita kena taat kepada Allah. Kalau kita taat kepada manusia lain, itu adalah dalam rangka taat kepada Allah jua. Tidak boleh kita taat kepada makhluk yang selain Allah.

Cinta. Cinta kepada Allah. Kita ada cinta kepada perkara yang lain, tapi tidak boleh melebihi cinta kita kepada Allah.

Tawakal. Kita terima sahaja apakah arahan yang diberikan oleh Tuhan. Kerana kita adalah hamba. Kita percaya bahawa apa sahaja yang diberikan olehNya itu adalah yang terbaik untuk kita.

Ikhlas. Apa sahaja ibadah yang kita buat, hendaklah kerana ikhlas kepada Allah.

Menjadi hamba. Kita terima apakah arahan yang Allah berikan kepada kita. Ada terma antara makhluk dan makhluk. Tapi terma dengan Allah bukan boleh negotiate. Kita terima. Bukan hanya menyembah sahaja. Ada beza disitu. Orang kafir Quraish menyembah Allah juga: mereka solat, mereka tawaf, tapi dalam masa yang sama, mereka tidak menjadi ‘hamba’ kepada Allah. Kita bukan menjadi hamba sewaktu sembahyang sahaja, tapi di antara waktu-waktu solat juga.

The Arabs refused to worship Allah alone, and also refused to be His slaves. There are two problems addressed in this surah. When they refused to direct their worship to Allah alone, that’s a problem of worship. But when they refused to take care of the orphan and feed the needy and enjoin justice, when they refused to act like His slaves. The ayah says I will not be enslaved to, and I will not worship, what you have been worshipping. The Messenger (saws) is being told to talk about what they worship and what they are slaves of. They’re worshippers of idols, false gods, and they are slaves of their own desires. The Prophet (saws) is refusing both of those things.

The laa, according to some scholars, is more an emphasis on the future rather than the present, to quash any compromise ideas the kuffar might have had. It’s never going to happen, get it out of your heads.

.

.

.

109:3
Sahih International

Nor are you worshippers of what I worship.

Malay

“Dan kamu tidak menyembah (Allah) yang aku sembah.

Perkataan aabidoon dalam ayat ini adalah ‘kata kerja’. Bermakna, ayat ini hendak mengatakan bahawa mereka tidak pernah menyembah Allah, sekarang pun tak sembah dan akan datang pun takkan sembah juga. Allah dah tahu dah mereka takkan sembah.

Jadi ayat ini dan ayat sebelumnya menceritakan tentang waktu itu dan waktu hadapan. Mereka tidak akan menyembah Allah sampai bila-bila.

.

.

.

 

109:4
Sahih International

Nor I a worshipper of what you worship.

Malay

“Dan aku tidak beribadat secara kamu beribadat.

Ini pula adalah mengisahkan tentang masa lalu. Dulu Nabi tidak pernah menyembah apa yang mereka sembah. Kalau dulu baginda tak sembah, takkan baginda nak sembah sembahan mereka sekarang?

.

.

.

 

109:5
Sahih International

Nor will you be worshippers of what I worship.

Malay

“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

Allah mengulang lagi. Apabila kita marah, kita pun ulang berkali-kali. Begitulah juga dalam ayat ini.

Ayat ini hendak mengatakan bahawa orang-orang musyrik itu tidak pernah menyembah apa yang orang Islam sembah.

Allah menggunakan perkataan ‘ma’ – apa dan tidak ‘man’ – siapa. Ini menunjukkan kualiti sesuatu itu. Tidak sama antara apa yang mereka sembah dan apa yang orang Islam sembah.

.

.

.

 

109:6
Sahih International

For you is your religion, and for me is my religion.”

Malay

“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.

Ini hendak mengatakan bahawa tidak ada harapan untuk orang kafir itu masuk Islam lagi dah. Untuk mereka agama mereka dan untuk kita agama kita. Tujuan Nabi berada di Mekah adalah untuk berdakwah. Dan kalau pintu dakwah kepada mereka telah tertutup, maka ianya telah sampai masa untuk Nabi berhijrah dari situ.

Now for one more angle. The word deen. It comes from the word dain, or loan in English. Something owed to you or something you owe someone in precise terms. A deen necessitates an authority. The Day of Judgment – when people get exactly what they deserve and pay exactly what they owe is also called Yaumu ad-deen. So one of the meanings of lakum deenukum wa leeya deen is you will get exactly what you deserve. Your judgment will be only for you. And my judgment will be only for me. And you’ll find out the consequences of your kufr when the day of Deen comes. So this is an open challenge, you want to head for Hellfire, it’s only for you at this point. A special judgment for those bent upon kufr. And my special judgment is for me. Let’s see who comes out on top in the end. It’s an open challenge.

Some have misunderstood this to mean that the Prophet (saws) doesn’t care whether they do shirk, you go your way I go mine, I’ll mind my own business and you mind yours. This is a misinterpretation and a misreading of the ayah. 

When was this ayah revealed? After a decade of da’wah. And at that point what they’re being told is you keep it up, you keep doing what you’re doing and I’ll keep up what I’m doing and eventually we’re not going to collide with words, we’re going to collide with the sword. This is a precursor to the conflict that’s about to come. 
There’s a conflict embedded inside these words because the mushrikoon are keeping their idols at the Haram, and the Messenger’s job (saws) is to purify the religion of Ibrahim (as) by reclaiming the House of Allah for the purpose it was built for. He can’t do it as long as there are idols there. In order for his deen to be complete, their deen has to go.

SWT is saying that the Messenger (saws) alone is enough for these people. So He SWT doesn’t command the believers together to say (qooloo) and He doesn’t say laa na’budu (we don’t worship … ). It’s qul and a’budu. Singular. Non-Muslim historians say sometimes that Muhammad depended on his followers for all that he achieved. But this surah shows us believers that it’s not true.

In Surah Taubah Allah tells the Sahaba if they don’t help him, Allah has already helped him. So that’s not our attitude. He has already gotten help from Allah. In Hunayn, some of the Sahaba got shocked and ran away and he’s all alone

Advertisements
 

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 79 Bab Pintu-Pintu Dan Penyelak Pintu Ka’bah Dan Masjid-Masjid

وَالْغَلَقِ لِلْكَعْبَةِ وَالْمَسَاجِدِ قَالَ أبو عَبْد اللَّهِ وَقَالَ لِي عَبْدُاللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ قَالَ قَالَ لِي ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ يَا عَبْدَالْمَلِكِ لَوْ رَأَيْتَ مَسَاجِدَ ابْنِ عَبَّاسٍ وَأَبْوَابَه

Bab 54 Pintu-Pintu Dan Penyelak Pintu Ka’bah Dan Masjid-Masjid. Abu Abdullah berkata: Abdullah bin Muhammad telah berkata kepadaku: Sufyan telah menceritakan kepada kami daripada Ibnu Juraij katanya: Ibnu Abi Mulaikah berkata kepadaku: “Wahai Abdul Malik! Kalaulah engkau melihat masjid-masjid Ibnu Abbas dan pintu-pintunya,….”.

Tajuk ini hendak membicarakan bolehkah tutup dan kunci masjid? Ada ayat tentang orang yang melarang orang solat di masjid. Allah marah dengan orang-orang sebegini. Adakah mengunci dan menutup pintu termasuk golongan sebegini? Ayat ini boleh kita rujuk dalam 2:114

2:114
Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalangi dari menggunakan masjid-masjid Allah untuk (sembahyang dan) menyebut nama Allah di dalamnya, dan ia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Orang-orang yang demikian, tidak sepatunya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dengan rasa penuh hormat dan takut kepada Allah (bukan secara yang mereka lakukan itu). Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar.

Tujuan Imam Bukhari buat tajuk ini:
1. Hukum memasang pintu dan selak di masjid.
2. Hukum menutup pintu masjid.
3. Apakah menutup pintu masjid menghalang orang untuk beribadat?
4. Apakah perbuatan sahabat dalam hal ini?

Memasang pintu masjid dan selak dalam keadaan biasa adalah harus. Menyempurnakan binaannya adalah mustahab. Tapi kalau hendak memelihara barang berharga dalamnya, adalah wajib menutupnya. Sekarang pun memang tak boleh nak biarkan bebas tanpa tutup. Orang jahat sekarang ramai. Macam-macam mereka akan ambil. Tapi janganlah tutup semua sekali. Hendaklah dibiarkan sebahagian untuk orang datang beribadat. Pagar jangan ditutup. Sebab mungkin ada yang hendak menjalankan ibadat qiyamul lail.

Membuka dan menutup pintu masjid yang dilakukan oleh siak itu tidak bererti menghalang orang beribadat. Tidak termasuk dalam golongan orang yang disebut dalam ayat Quran 2:114. Amalan sahabat pun begitu juga. Ini kita boleh lihat dari atsar Ibn Abbas. Kerana pintu Kaabah pun ditutup juga. Pun ada kunci juga. Ini kita boleh lihat dalam hadis yang dibawa oleh Imam Bukhari. Yang penting, jangan tutup semua. Jangan tutup pagar terus. Biarkan ada ruang yang boleh digunakan.

Tengok keadaan samada sesuai atau tidak untuk menutup masjid atau tidak. Saidina Umar kena tikam waktu solat subuh. Maka pada zaman Muawiyah, dah kena solat dalam sangkar. Ini adalah untuk menyelamatkan khalifah dari ditikam, kerana keadaan dah jadi macam itu dah. Sangat terusk sekali. Kalau kita boleh menerima Muawiyah sebagai salah seorang Khalifah Rashidin Al-Mahdiyyin, maka bolehlah kita menerima perbuatannya ini sebagai ikutan orang kemudian. Malangnya, ramai yang tidak menerima Muawiyah kerana termakan dengan tohmahan puak Syiah.

Imam Bukhari nak kata untuk semua masjid. Tengok tajuk. Tapi yang hadis hanya ada pada Kaabah. Itu dia bawa athar Ibn Abbas.
Dia juga qiyas dengan Kaabah. Kalau Kaabah ada kunci, masjid lain pun boleh. Qiyas awlawi. Kalau kaabah yang sentiasa ada orang pun ada dikunci. Dia bukan zahiri.

Ibn Abbas buat masjid yang cantik dan hebat. Ada pintu dan kunci. Atsar itu dibawah oleh Ibn Juraij. Ibn Juraij adalah seorang yang baik. Tapi Syiah kata Ibn Juraij mutaah sampai 90 orang. Mereka menjadikan kisah dongeng itu sebagai dalil untuk mengatakan bahawa ahli sunnah pun buat nikah mutaah juga. Di katakan masjid Ibn Abbas itu merujuk kepada masjid yang berada di taif. Tapi dari segi bahasa, nampaknya bukan satu sahaja (masjid-masjid). Ini lebih masuk akal kerana para sahabat banyak bina masjid.

448 حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ قَالا حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ مَكَّةَ فَدَعَا عُثْمَانَ بْنَ طَلْحَةَ فَفَتَحَ الْبَابَ فَدَخَلَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبِلالٌ وَأُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ وَعُثْمَانُ بْنُ طَلْحَةَ ثُمَّ أَغْلَقَ الْبَابَ فَلَبِثَ فِيهِ سَاعَةً ثُمَّ خَرَجُوا قَالَ ابْنُ عُمَرَ فَبَدَرْتُ فَسَأَلْتُ بِلالا فَقَالَ صَلَّى فِيهِ فَقُلْتُ فِي أَيٍّ قَالَ بَيْنَ الاسْطُوَانَتَيْنِ قَالَ ابْنُ عُمَرَ فَذَهَبَ عَلَيَّ أَنْ أَسْأَلَهُ كَمْ صَلَّى

448. Telah menceritakan kepada kami Abu An Nu’man dan Qutaibah bin Sa’id berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari Ayyub dari Nafi’ dari Ibnu ‘Umar bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pergi ke Makkah. Baginda memanggil ‘Utsman bin Thalhah, ‘Utsman pun membuka pintu (Ka’bah) dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam masuk diikuti oleh Bilal, Usamah bin Zaid, dan ‘Utsman bin Thalhah, lalu pintu ditutup. Baginda berada di dalam seketika kemudian mereka keluar.” Ibnu Umar berkata, “Aku pun bersegera untuk mendapatkan mereka. Aku bertemu Bilal untuk menanyakan sesuatu (tentang solat Nabi dalam Kaabah), Bilal pun menjawab, “Baginda melaksanakan shalat di dalamnya.” Aku bertanya lagi, “Di bahagian mana?” Bilal menjawab, “Di antara dua tiang.” Ibnu Umar berkata, “tapi aku terlupa bertanya berapa rakaat Nabi telah salat.”

Uthman bin Talhah adalah dari keturunan pemegang kunci Kaabah. Beliau telah masuk Islam pada tahun perjanjian Hudaybiyah pada tahun 6 Hijrah. Selepas Pembukaan Mekah, kunci Kaabah diserahkan kepadanya, dan dia telah pulang hidup bersama Nabi di Madinah. Kerana dia Muhajirin. Selepas Nabi wafat baru dia tinggal di Mekah. Tugas dia jaga kunci Kaabah sampai dia meninggal. Nabi serahkan kepada keturunannya sampai kiamat.

Dari hadis ini, kita dapat tahu bahawa apabila Nabi dan sahabat telah masuk ke dalam Kaabah, pintu Kaabah telah dikunci dari dalam. Inilah yang Bukhari nak ambil. Yang dipanggil Utsman itu pun supaya disuruh buka itu pun sebab sebelum itu memang pintu Kaabah dikunci. Nabi tak larang pintu Kaabah dikunci. Kisah ini terjadi pada Pembukaan Mekah.

Kenapa selepas Nabi masuk, pintu Kaabah dikunci dari dalam?

1. Supaya Nabi berada dalam keadaan tenang di dalamnya tanpa gangguan. Tentu kalau tak dikunci, akan ramai nak masuk. Inilah kali pertama yang Nabi boleh masuk selepas sekian lama. Macam-macam lagi benda-benda syirik ada dalam Kaabah. Nabi nak bersihkan dalamnya. Takut kalau orang lain nampak, apakah mereka akan kata. Takut mereka kata Nabi mengagungkan benda-benda yang masih ada di dalam Kaabah itu. Padahal baginda nak bersihkan.
2. Takut kalau orang lain nampak, mereka ingat perbuatan Nabi itu adalah satu ibadat untuk diikuti. Padahal tujuan Nabi adalah untuk bersihkan bahagian dalam Kaabah. Kali ini lah baru Nabi berkuasa di Mekah dan Nabi nak periksa keadaan dalam Kaabah.
3. Dengan menutup pintu dari dalam, baginda dapat meninjau dengan teliti apakah yang perlu dibaiki.
4. Supaya orangramai tidak menganggap masuk Kaabah adalah satu keperluan. Nabi masuk sekali sahaja. Nabi pernah buat umrah selepas itu pun tidak masuk Kaabah. Bukanlah masuk Kaabah adalah sebagai penyempurnaan ibadah. Kalau ianya dikira satu ibadat, tentu ramai orang nak masuk dan tentu itu tidak sesuai.

Ibn Umar tanya sebab dia suka ikut ittiba’ soori. Yang tak perlu ikut pun dia nak ikut. Maka kalau perbuatan Nabi yang kecil pun dia ikut, yang besar tentulah.

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Kaabah mempunyai selak dan kunci. Masjid lain pun sama juga. Satu ruang ada dikunci dan ada bahagian yang dibuka.
  2. Jika ada keperluan, pintu masjid boleh dikunci dari dalam atau luar.
  3. Keluarga Utsman bin Thalhah telah menjaga kunci Kaabah sejak dari zaman jahiliah lagi. Nabi mengekalkan penjagaan kunci itu kepada keluarga mereka selepas Pembukaan Mekah.
  4. Nabi masuk Kaabah semasa Pembukaan Mekah bersama Bilal, Utsman bin Thalhah dan Usamah bin Zaid. Bilal adalah kerana orang kanannya. Utsman kerana beliaulah yang memegang kunci Kaabah. Usamah bin Zaid kerana beliau membonceng Nabi.
  5. Nabi tidak membenarkan orang lain masuk bersama baginda waktu itu kerana ada maslahah. Bukan nak meminggirkan orang lain. Tak boleh nak masuk ramai-ramai dalam Kaabah.
  6. Tidak lama Nabi berada dalam Kaabah. Tapi baginda sempat solat sunat di situ.
  7. Ibn Umar amat suka mengikuti apa sahaja perbuatan Nabi. Menghayati Sunnah Nabi semata-mata. Ittiba soori pun penting baginya. Janggut itu ittiba’ soori atau ittiba’ haqiqi? Ada yang kata ianya adalah soori sahaja dan ada yang kata ianya haqiqi – wajib. Apapun tak boleh perlekeh sesiapa yang nak simpan janggut. Tidak pernah jumpa mana-mana hadis yang Nabi pernah cukur janggut.
  8. Imam Bukhari gunakan hadis ini sebagai dalil untuk mengatakan bahawa boleh dikunci pintu masjid jika ada keperluan.
 

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 76 & 77 & 78 Bab Pintu Kecil Dan Tempat Lalu Di Dalam Masjid July 29, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 5:11 pm

بَاب الْخَوْخَةِ وَالْمَمَرِّ فِي الْمَسْجِدِ

Bab 53 Pintu Kecil Dan Tempat Lalu Di Dalam Masjid

الْخَوْخَةِ Itu adalah pintu kecil. Yang bersambung antara satu rumah ke rumah yang lain. Dalam hadis ini, ianya bersambung dengan masjid Nabi. Mungkin ada persamaan dengan bab 40 sebelum ini iaitu melalui masjid. Tapi kali ini, ianya lebih khusus lagi iaitu berkenaan dengan melalui pintu kecil itu. Kelebihannya, kita dapat tahu tentang apakah yang terjadi pada zaman Nabi.

Asalnya, muslimin mengadap kiblat ke Baitulmaqdis. Kemudian bertukar ke kiblah Kaabah. Maka itu adalah arah utara dan selatan. Maka kiri dan kanan ada dibina rumah-rumah yang bersambung dengan masjid. Kalau tak bersambung pun, dekat sangat. Mereka yang duduk disitu, mereka masuk masjid ikut الْخَوْخَةِ itu. Orang lain ikut pintu biasa kerana rumah mereka tidak berdekatan dengan masjid. Bukan semua orang boleh ada begitu. Yang duduk berdekatan dengan masjid itu terutamanya adalah keluarga Nabi. Setelah sekian lama, baginda memerintahkan semua الْخَوْخَةِ yang menghala ke dalam masjid ditutup kecuali pintu Abu Bakr. Maka mereka yang rumah dekat dengan masjid pun kena masuk ikut pintu biasa macam orang lain. Kenapakah jadi begitu? Itulah persoalannya. Itulah yang hendak dibawa oleh Imam Bukhari. Ada 4 perkara sekurang-kurangnya yang hendak disampaikan oleh Imam Bukhari dalam tajuknya ini.
1. Hukum menggunakan pintu kecil untuk lalu ke dalam masjid.
2. Perkataan baab – pintu dalam hadis pertama adakah kena pakai makna asalnya atau kena pakai perkataan الْخَوْخَةِ.
3. Adakah benar rumah Abu Bakr terletak di Sunn? Sebab ada kisah bila Nabi meninggal, orang panggil dia yang duduk jauh iaitu di satu tempat yang bernama Sunn. Jadi macam mana pula ada kisah pintu rumah Abu Bakr yang terus ke masjid ini? Sampai ada kata hadis ini mengarut sahaja. Padahal rumah dia bukan ada kat sebelah masjid. Ini penting untuk dijelaskan.
4. Benarkah pendapat yang mengatakan ada dua perintah tentang penutupan pintu itu? Ada pula kisah yang mengatakan pernah Nabi menyuruh untuk tutup semua pintu kecuali pintu rumah Ali. Manakah yang benar? Benda ini penting untuk dicerahkan. Terutama kepada mereka yang menghadapi Syiah. Syiah pandai seleweng maklumat. Dan mereka menggunakan alasan itu untuk mengatakan bahawa ketinggian Ali berbanding sahabat yang lain.

Berikut adalah jawapan kepada empat perkara yang ditimbulkan diatas:

1. Apakah hukumnya ada pintu yang menghala ke dalam masjid? Macam mana pula kalau sekarang ada rumah tok imam yang terus masuk ke masjid? Imam Bukhari dan jumhur ulama berpendapat larangan baginda ini adalah hanya untuk Masjid Nabi sahaja. Dan untuk sementara waktu sahaja. Iaitu semasa baginda sebut itu. Bukan selama-lamanya. Kerana kalau selama-lamanya, pintu rumah Abu Bakr pun tak dibenarkannya. Jadi kenapa Nabi suruh tutup pintu-pintu rumah yang lain?
Sebagai isyarat kepada keistimewaan Abu Bakr. Tidak ada yang lebih banyak berjasa dari Abu Bakr.
Juga sebagai iIsyarat kepada kedudukan khalifah selepas baginda. Itulah yang terjadi pun – Abu Bakr telah dipilih menjadi Khalifah selepas wafatnya Nabi. Baginda nak isyarat dengan arahannya itu bahawa yang layak menggantikan dia adalah Abu Bakr. Orang lain tak dapat kelebihan macam ini.
Oleh kerana Abu Bakr akan menjadi pemimpin selepas baginda, maka kenalah ada kemudahan untuk Abu Bakr. Senang untuk Abu Bakr hendak masuk masjid untuk jadi imam. Kerana seorang pemimpin negara adalah juga seorang ketua dalam ibadat. Apabila dia ada pintu yang terus ke dalam masjid, senang untuk beliau memasuki masjid. Kerana kalau orang ramai berpusu-pusu, tentulah agak susah kalau dia hendak masuk dan pergi ke depan untuk menjadi imam.
Menghapuskan salah faham di masa hadapan, takut nanti orang akan ingat ada kelebihan kepada sahabat-sahabat yang dibenarkan pakai pintu ke masjid. Nabi nak isyarat bahawa Abu Bakr sahaja ada kelebihan. Jadi, Nabi suruh yang selain dari Abu Bakr untuk tidak menggunakan pintu rumah mereka ke masjid.
Melenyapkan terus spekulasi siapakah yang akan jadi khalifah selepas baginda. Kalau ramai ada pintu, orang tak pasti siapakah yang layak jadi khalifah sebab ada ramai yang diberi kelebihan menggunakan pintu ke masjid. Sekarang hanya ada Abu Bakr sahaja.

2. Perkataan baab – pintu tidak dipakai dan sepatutnya pakai perkataan perkataan: الْخَوْخَةِ. Itulah sebabnya Imam Bukhari pun pakai perkataan الْخَوْخَةِ dalam tajuknya. Itu menunjukkan bahawa Imam Bukhari berpendapat itulah perkataan yang sepatutnya digunakan. Tidak pernah ada pintu besar yang masuk ke dalam masjid. Yang menggunakan perkataan ‘pintu’ itu pun sebagai kata umum sahaja.

3. Selain dari ada rumah di Sunn di pinggir Madinah, Abu Bakr pun ada rumah yang bersebelahan dengan Masjid Nabi. Orang Syiah kata macam mana ada pintu pula sedangkan rumah dia jauh? Semasa Nabi wafat, Abu Bakr berada di rumahnya di Sunn. Di rumah isterinya yang bernama Habibah. Mereka lupa bahawa Abu Bakr ada dua orang lagi isteri. Dia ada lebih dari satu rumah. Adakah semuanya di Sunn? Yang pasti, dia ada juga rumah bersebelahan dengan Masjid Nabi. Orang Syiah cuba mengelirukan orang Islam dengan mengatakan tidak ada rumahnya di situ.

4. Memang benar ada satu lagi hadis yang sebut tutup semua pintu kecuali pintu Ali. Hadis yang lebih kurang dengan hadis yang kita bincangkan ini tapi kali ini sebut Ali pula. Memang ada dalam kitab ASWJ. Jadi, persoalannya, berapa kali arahan tutup pintu itu? Ada yang kata dua kali. Sekali sebut Ali dan sekali lagi sebut Abu Bakr. Mana dulu kalau begitu? Kalau tak tahu, itulah yang boleh terpengaruh dengan puak Syiah. Dalam kitab yang mana? Yang sebut pintu Abu Bakr ada dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim. Tapi yang sebut pintu Ali, dalam kitab yang lain. Mana yang sahih? Yang sahihnya adalah yang dalam Kitab Bukhari dan Muslim. Walaupun ada dalam kitab ASWJ pun, tapi tidak semestinya tarafnya sama dengan Kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim. Ini kita kena faham. Kalau tidak, kita akan terpedaya. Kerana orang Syiah akan membawa kitab karangan ASWJ dan selalunya kalau kita tak tahu, kita akan ternganga.

Ada yang pakai jalan menjamakkan antara dua hadis itu. Pakai juga hadis yang meriwayatkan tutup semua pintu kecuali pintu rumah Saidina Ali. Walaupun hadis yang meriwayatkan nama Ali itu tidak sesahih yang menyebut nama Abu Bakr, tapi mereka pakai juga kerana mereka kata ada yang berstatus Ahad. Mereka kata mulanya Nabi suruh semua tutup semua pintu kecuali pintu Saidina Ali. Iaitu selepas dia menikah dengan Fatimah. Kejadian itu pada tahun ketiga hijrah. Kebenaran itu diberi untuk memudahkan Fatimah pergi ke rumah Nabi. Ada yang kata rumah Ali lain sikit – hanya ada satu pintu sahaja yang menghala ke masjid. Sebab itulah dibenarkan pintu rumahnya terus ke masjid. Kemudian di hujung hayat baginda, Nabi menyuruh ditutup pintu lain kecuali pintu Abu Bakr. Tapi kalau kita pakai pendapat yang menjamakkan ini, maka kenapakah Nabi kena cakap sekali lagi? – iaitu semasa mengatakan tutup semua pintu kecuali pintu Abu Bakr? Adakah sahabat buka balik laluan pintu kecil mereka? Maka degil lah sahabat kalau begitu. Sudah disuruh tutup, ada mereka yang buka pula. Syiah sukalah kalau cerita macam itu, sebab menunjukkan para sahabat memang tak boleh pakai. Timbul pula dulu pintu besar, maka sahabat buat الْخَوْخَةِ pula. Itu yang Nabi suruh tutup lagi tu. Macam Yahudi pula. Iaitu syiah nak kata bahawa sahabat putar belit. Macam Yahudi dulu tidak dibenarkan menangkat ikan hari sabtu – jadi mereka tinggalkan pukat hari jumaat dan angkat hari ahad.

Tapi ada yang mengatakan hadis itu adalah palsu, bukan bertaraf ahad pun. Ianya adalah rekaan Syiah sahaja sebab nak melebihkan Ali. Dah perangai Syiah dah selalu buat macam itu. Imam Bukhari pilih jalan ini. Sebab itulah beliau hanya mengisahkan hadis yang menyebut tentang khaukhaf Abu Bakr sahaja. Semua riwayat yang ada sebut pintu Ali itu ada masalah. Walaupun diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan ulama-ulama yang lain. Bukanlah kalau dimasukkan dalam kitab, kita terus menerimanya sebagai sahih. Ada kemungkinan mereka tersilap. Ataupun ulama memasukkan dalam kitab mereka sebagai perbandingan antara hadis yang palsu dan yang sahih. Bukanlah apabila ada dalam kitab mereka, terus boleh terima. Setelah dikaji, memang perawi yang meriwayatkan hadis yang menyebut pintu Ali itu memang mempunyai masalah yang besar. Ada perawi yang jelas adalah syiah. Dan hadis yang mereka riwayatkan menyokong fahaman mereka. Dalam ilmu hadis, ini tidak boleh diterima. Jadi, dari ini kita boleh terima bahawa pendapat yang mengatakan hadis itu dhaif atau palsu adalah lebih kuat dari pendapat yang menjamakkannya. Ini semua adalah hasil kerja ulama yang menjalankan kajian yang mendalam untuk mencapai kebenaran.

Kalau dilihat dari sudut dirayah (logik) pun tidak dapat diterima. Mereka kata pintu rumah Ali hanya ada satu pintu sahaja yang hanya menghala ke dalam masjid. Rumah orang lain ada dua pintu. Pintu depan dan satu lagi pintu belakang. Manakah dalilnya? Dalil yang ada adalah hadis yang palsu sahaja. Kalaulah itu sebabnya Nabi membenarkan tidak ditutup pintu rumah Ali, itu kerana keperluan, maka bukanlah ada kelebihan apa-apa kepada Ali. Kerana dibenarkan pintunya itu kerana keperluan sahaja. Kenapa pula pintu rumah Ali lain dari pintu rumah orang lain? Bukankah itu pelik? Syiah jawab sebabnya adalah Ali dibenarkan berada dalam masjid walaupun berjunub malah boleh bersama isteri dalam masjid. Sebab itu tak kisah kalau pintunya hanya ada yang menghala ke masjid. Mereka sampai sanggup mencipta hadis palsu. Begitu banyak jenayah mereka dalam Islam. Maka bagaimana kita hendak berlembut dengan mereka. Sebab itu adalah ulama yang kata, merkea yang tidak mengkafirkan Syiah hanyalah mereka yang tidak mengenali syiah sahaja. Kalau kenal syiah, tentu akan kata mereka itu kafir. Mereka hendak cipta dalil untuk mengatakan kemaksuman Ali.

Kalau nak kata mula-mula disuruh tutup semua pintu kecuali pintu Ali, kemudian arahan kedua itu, bagaimana kah dengan pintu Ali? Adakah kena tutup juga? Sebab arahan Nabi itu adalah supaya ditutup semua pintu kecil kecuali pintu kecil rumah Abu Bakr. Sebelum ini kata pintu dia ada satu sahaja. Kalau nak kata pintu dia pun terbuka juga, kenapa pula? Sebab dibenarkan pintu Abu Bakr adalah kerana memudahkan beliau untuk menjadi imam Masjid Nabi. Takkan nak kata Ali pun nak jadi imam juga. Sebab itu kita tak boleh nak pakai pendapat yang menjamakkan dua hadis itu.
Kalau ada yang terima dua-dua hadis Ali dan Abu Bakr itu betul, mereka akan tertipu dengan syiah. Sebab mereka akan kata Ali dibenarkan buka pintu, tapi Abu Bakr dibenarkan buka khauqah (pintu kecil) sahaja. Kemudian mereka akan kata: mana lagi besar? Pintu atau pintu kecil? Dengan itu mereka nak kata Ali lagi hebat dari Abu Bakr. Orang orang sebegini akan jadi mangsa Syiah sahaja. Mereka nak pasang perangkap. Mereka reka pula lagi hadis yang mengatakan Ali adalah pintu ilmu. Bukankah dalam hadis itu juga menceritakan pasal pintu juga?

446 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ قَالَ حَدَّثَنَا فُلَيْحٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو النَّضْرِ عَنْ عُبَيْدِ بْنِ حُنَيْنٍ عَنْ بُسْرِ بْنِ سَعِيدٍ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ خَطَبَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ خَيَّرَ عَبْدًا بَيْنَ الدُّنْيَا وَبَيْنَ مَا عِنْدَهُ فَاخْتَارَ مَا عِنْدَ اللَّهِ فَبَكَى أَبُو بَكْرٍ الصِّدِّيقُ رضي الله عَنْهم فَقُلْتُ فِي نَفْسِي مَا يُبْكِي هَذَا الشَّيْخَ إِنْ يَكُنِ اللَّهُ خَيَّرَ عَبْدًا بَيْنَ الدُّنْيَا وَبَيْنَ مَا عِنْدَهُ فَاخْتَارَ مَا عِنْدَ اللَّهِ فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هُوَ الْعَبْدَ وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ أَعْلَمَنَا قَالَ يَا أَبَا بَكْرٍ لا تَبْكِ إِنَّ أَمَنَّ النَّاسِ عَلَيَّ فِي صُحْبَتِهِ وَمَالِهِ أَبُو بَكْرٍ وَلَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا خَلِيلا مِنْ أُمَّتِي لاتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍ وَلَكِنْ أُخُوَّةُ الاسْلامِ وَمَوَدَّتُهُ لا يَبْقَيَنَّ فِي الْمَسْجِدِ بَابٌ إِلا سُدَّ إِلا بَابُ أَبِي بَكْرٍ

446. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sinan berkata, telah menceritakan kepada kami Fulaih berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Nadlr dari ‘Ubaid bin Hunain dari Busr bin Sa’d dari Abu Sa’id Al Khudri berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berucap, “Sesungguhnya Allah telah memberi pilihan kepada seorang hamba untuk memilih antara dunia dan apa yang ada padaNya. Hamba tersebut memilih apa yang ada pada Allah.” Maka tiba-tiba Abu Bakar Ash Shidiq terus menangis (sebaik sahaja mendengar kata-kata Nabi itu). Aku pula berkata dalam hatiku, apa yang membuat orang tua ini menangis, kalau Allah memberi pilihan kepada seseorang hamba untuk memilih antara dunia dan apa yang ada di sisi- Nya lalu hamba tersebut memilih apa yang ada di sisi Allah?” Rupa-rupanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah yang dimaksudkan dengan ‘hamba’ tersebut. Dan Abu Bakr adalah orang yang paling alim dikalangan kami. Nabi berkata: “Wahai Abu Bakar, janganlah kamu menangis. Sesungguhnya manusia yang paling berbudi kepadaku dalam persahabatannya dan dalam hartanya adalah Abu Bakar. Kalau aku boleh mengambil sebagai khalil dari ummatku, tentulah Abu Bakar orangnya. Akan tetapi persaudaraan dan kasih sayang Islam (yang terjalin antara aku dan dia) melebihi orang-orang lain. Pastikan semua pintu rumah ke masjid ditutup kecuali pintu rumah Abu Bakar.

Nabi bersabda di hadapan orang ramai. Supaya orangramai dengan apa yang hendak disampaikan oleh baginda. Apabila Nabi mengatakan ada seorang hamba yang diberi pilihan antara dunia dan apa yang ada disisiNya, dan hamba itu memilih disisiNya, Abu Bakr terus menangis. Abu Said hairan kenapa beliau menangis. Abu Said tak faham tapi Abu Bakr faham bahawa hamba itu adalah Nabi sendiri. Cuma Nabi cakap berkias. Untuk Nabi mendapat balasan dari sisi Allah, kenalah baginda meninggalkan dunia ini. Maknanya baginda akan wafat tak lama lagi. Abu Bakr cepat tangkap sebab dia lah yang paling alim diantara sahabat. Abu Said pun cakap macam itu juga. Memang banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Abu Bakr. Banyak perkara adalah rahsia antara baginda dan Abu Bakr. Hijrah pun mereka berdua sahaja. Kerana Abu Bakr adalah orang kanan Nabi.

Apakah makna Khalil? Kenapa Nabi tak boleh ambil Abu Bakr sebagai Khalil walaupun Nabi hendak? Ada banyak makna Khalil itu. Makna Khalil adalah teman atau kekasih yang paling istimewa. Atau kesayangan yang mengisi hati sampai tiada ruang untuk orang lain. Atau orang yang dituruti atau segala perbuatan dilakukan untuknya. Atau manusia yang paling dicintai. Teman rapat yang mengetahui sehala rahsia seseorang.
Allah telah menjanjikan Nabi Ibrahim sebagai Khalil. Apa maknanya? Allah memberi kemampuan kepada Nabi Ibrahim untuk taat kepadaNya. Allah melindunginya. Memberi keampunan kepadanya. Menutup kekurangan. Menjadikannya ikutan manusia.

Hubungan antara Nabi dan Abu Bakr. Dalam hadis ini, ayat itu tergantung. Macam mana boleh kena dengan Abu
Bakr?

Kita boleh tahu bahawa Nabi suruh pastikan pintu lain ditutup kecuali pintu Abu Bakr kerana ada disebut di hadis yang lain.

Pengajaran yang boleh didapati:

  1. Keharusan menggunakan bahasa kiasan untuk elak keadaan jadi haru biru di kalangan orang ramai. Kalau Nabi cakap direct, akan ramai yang akan kecoh.
  2. Bahasa kiasan juga boleh digunakan utk menguji tahap kebijaksanaan seseorang. Abu Bakr yang paling faham. Ada yang tak faham macam Abu Said. Padahal dia pun anak murid Nabi juga. Memang banyak kali Abu Bakr teruji dan menunjukkan beliau adalah sahabat yang paling pandai.
  3. Tahap pemikiran manusia tidak sama. Dikalangan sahabat pun. Maka kalau sahabat empat beri pendapat dalam sesuatu hukum, pendapat itu adalah kuat. Ini adalah satu satu usul fekah. Tidak sama pendapat antara sahabat. Pemahaman mereka tidak sama. Contohnya, sahabat empat itu tidak baca basmalah apabila baca fatihah dalam solat.
  4. Abu Bakr pada pandangan sahabat adalah paling alim di kalangan mereka. Sebab itulah Abu Bakr paling layak menjadi khalifah. Hadis yang kata Ali adalah pintu ilmu adalah karut sahaja.
  5. Orang yang sebenarnya mendapat ilmu adalah orang yang memahami apa yang diajar. Kalau hafal sahaja tidak sampai ke tahap ilmu yang sebenarnya. Yang hafal Quran tidak semestinya faham Quran.
  6. Galakan supaya memilih apa yang utama disisi Allah berbanding dunia apabila tiba masanya. Galakan ini bukan hanya kepada Nabi. Kepada semua orang juga. Contohnya, bila nak mati, jangan nak runsing tentang harta dan sebagainya. Jangan kita hirau pasal dunia. Serah sahaja kepada – takut Tuhan. Semasa hidup, kena khauf banyak. Bila nak mati, raja’ – mengharap kena banyak.
  7. Menangis apabila hendak berpisah dengan orang yang disayangi menunjukkan kelembutan dan sayang kepada orang itu. Bukanlah menangis itu menunjukkan orang itu seorang yang lembut. Abu Bakr bukan seorang yang lembut. Padahal sahabat itu pergi perang sentiasa.
  8. Memujuk orang yang menangis dan dalam kesedihan dengan perkara yang menggembirakan hatinya. Maknanya memujuk itu adalah Sunnah Nabi.
  9. Abu Bakr adalah sahabat yang paling berbudi kepada Nabi. Tidak ada yang lebih kedudukan dari Abu Bakr. Ini tidak boleh dinafikan langsung.
  10. Oleh kerana tidak boleh mengambil Khalil kerana telah dilarang, sebab itu Nabi tak ambil.
  11. Abu Bakr mempunyai hubungan yang paling istimewa dengan Nabi.
  12. Perintah menutup pintu itu isyarat kepada kedudukan Abu Bakr.
  13. Dan isyarat bahawa Abu Bakr akan menjadi khalifah menggantinya. Ini adalah untuk memudahkan beliau keluar masuk masjid untuk mengimami solat. Isyarat tutup pintu lain itu adalah isyarat tutup mulut selepas itu.
  14. Perintah itu juga untuk menghilangkan salah faham kalau diberikan kepada sahabat yang lain juga. Yang lain kena sama macam umat yang lain yang ikut pintu besar yang sama.
  15. Hukumnya harus untuk buat pintu sebegitu di masjid jika ada keperluan. Tidak ada kekeliruan siapa yang akan khalifah macam maksud Nabi.
  16. Perintah itu tidak difahami Bukhari sebagai mansukh kepada kebenaran sebelumnya. Kalau mansukh, pintu Abu Bakr pun disuruh tutup juga.

447 حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ الْجُعْفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ قَالَ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ سَمِعْتُ يَعْلَى بْنَ حَكِيمٍ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَرَضِهِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ عَاصِبٌ رَأْسَهُ بِخِرْقَةٍ فَقَعَدَ عَلَى الْمِنْبَرِ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّهُ لَيْسَ مِنَ النَّاسِ أَحَدٌ أَمَنَّ عَلَيَّ فِي نَفْسِهِ وَمَالِهِ مِنْ أَبِي بكْرِ بْنِ أَبِي قُحَافَةَ وَلَوْ كُنْتُ مُتَّخِذًا مِنَ النَّاسِ خَلِيلا لاتَّخَذْتُ أَبَا بَكْرٍ خَلِيلا وَلَكِنْ خُلَّةُ الاسْلامِ أَفْضَلُ سُدُّوا عَنِّي كُلَّ خَوْخَةٍ فِي هَذَا الْمَسْجِدِ غَيْرَ خَوْخَةِ أَبِي بَكْرٍ

447. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Muhammad Al Ju’fi berkata, telah menceritakan kepada kami Wahb bin Jarir berkata, telah menceritakan kepadaku Bapakku ia berkata, Aku mendengar Ya’la bin Hakim dari ‘Ikrimah dari Ibnu ‘Abbas berkata, “Pada suatu hari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar dalam keadaan sakit yang membawa pada ajalnya. Saat itu kepalanya dibalut dengan secebis kain, beliau lalu naik mimbar dan mengucapkan puja dan puji kepada Allah. Kemudian beliau bersabda: “Sesungguhnya tidak ada seorangpun dikalangan manusia ini yang melebihi Abu Bakar bin Abu Qahafah dalam berbudi kepadaku baik dengan jiwa raganya atau harta bendanya. Kalaulah aku boleh mengambil sebagai khalil dari kalangan manusia, tentulah aku ambil Abu Bakar sebagai khalil. tetapi kasih sayang Islam (yang terjalin antaraku dan Abu Bakr) melebihi orang-orang lain. Tutuplah dengan perintahku semua pintu kecil untuk masuk ke masjid ini kecuali pintu kecil rumah Abu Bakar.”

Nabi bersabda di hadapan orang ramai.
Kepalanya baginda balut kemas dengan kain. Mungkin ini adalah satu cara untuk mengurangkan sakit kepala.
Ayah Abu Bakr masuk Islam pada masa pembukaan Mekah. Mereka satu-satu yang tiga keturunan semuanya sahabat – ayah Abu Bakr, Abu Bakr dan anak Abu Bakr.
Dalam hadis digunakan perkataan خُلَّةُ الاسْلامِ. Yang ini adalah jenis Khalil yang boleh digunakan untuk seseorang manusia. Kena tambah perkataan الاسْلامِ selepas perkataan خُلَّةُ itu. Kalau Khalil mutlaq, hanya dengan Allah sahaja. Dalam Quran pun gunakan perkataan Khalil sebagai maksud teman yang rapat.

Dalam hadis yang ini digunakan perkataan ‘khaukhah’ dan bukan pintu. Tidak ada percanggahan sebenarnya antara hadis ini dan hadis sebelumnya. Khukhah adalah nama yang lebih khas dari pintu. Khaukhah juga adalah pintu sebenarnya – pintu kecil. Kalau kita faham, kita tidak terjerumus dalam perangkap Syiah yang mencipta hadis yang menyebut pintu Ali itu. Kerana kalau kita terima, maka kita akan terjerumus dalam perangkap mereka. Kerana selepas kita terima, kemudian mereka tanya: mana lagi besar? Pintu atau khaukhah? Mereka akan kata tentulah pintu lagi besar dan kerana itu mereka kata Saidina Ali lebih mulia dari Abu Bakr. Kalau tak tahu ilmu hadis, mungkin akan tertipu.

Pengajaran dari hadis ini:

  1. Nabi juga mengalami sakit. Ini menunjukkan Nabi Muhammad juga adalah manusia. Ini penting untuk sebab punah agama sebelum Islam adalah mereka menaikkan tahap Nabi mereka ke peringkat tuhan. Macam Hindu, kalau dikaji kitab mereka, ianya berasal dari agama tauhid juga. Krishna itu asalnya adalah manusia. Tapi penganut hindu telah menukar agama mereka.
  2. Keharusan menggunakan sesuatu untuk mengurangkan kesakitan. Nabi telah mengikat kepalanya dengan kain. Bukanlah dikira tidak redha dengan keputusan Tuhan.
  3. Sebelum wafat, Nabi mengalami kesakitan teruk selama beberapa hari.
  4. Nabi akan naik mimbar untuk menerangkan perkara penting. Bukan hari Jumaat sahaja Nabi pakai mimbar.
  5. Selalunya atas mimbar, Nabi akan berdiri. Tapi bila sakit, Nabi duduk. Ini boleh dijadikan hukum jikalau khatib itu sakit.
  6. Sebelum menyebut apa yang hendak disampaikan, Nabi akan memuji-muji Allah. Itulah yang dilakukan oleh penceramah sebelum bercakap. Jadi, jangan marah penceramah kalau lama sikit sebelum mula nak ceramah itu.
  7. Elok menghargai pengorbanan anak buah. Boleh beri sesuatu. Boleh cakap depan orang ramai. Bukanlah sampai kata kalau cakap kelebihan atau kita puji mereka, mereka dah tak jadi ikhlas. Banyak baiknya kalau buat. Cuma janganlah sampai cakap melebihi pula.
  8. Pintu yang dibenarkan terus dibuka adalah pintu rumah Abu Bakr.
  9. Khalil adalah lebih dari teman rapat. Lebih dari saudara pun.
  10. Hubungan antara Nabi dan Abu Bakr lebih dari orang lain. Kelebihan itu adalah kerana ugama.
 

Book racks

Filed under: Books — visitor74 @ 12:54 am

Dulu saya ada ambil gambar rak buku saya yang baru. Kosong. Sekarang rak buku itu tak muat pun.

20130729-005304.jpg

Kena tambah rak buku lain:

20130729-005339.jpg

Banyak lagi buku kat sini yang tak habis baca sebenarnya.

 

Travelog Minda Tajdid – Book

Filed under: Books — visitor74 @ 12:42 am

20130729-004146.jpg

Alhamdulillah. Dapat saya habiskan buku kecil Dr Asri ini. Bukan senang hendak membaca buku sekarang. Saya baca sikit-sikit.

Dulu saya selalu baca dan dengar ceramah beliau. Tapi sekarang tidak lagi. Kerana ada banyak lagi ulama sunnah yang sudah saya kenali. Tapi saya tidak lupa bahawa dialah yang memperkenalkan saya kepada jalan sunnah dan sayang kepada ilmu hadis. Dan saya rasa bukan saya sahaja yang rasa begitu. Semenjak beliau menjadi Mufti Perlis, banyak pembaharuan yang dia lakukan. Alhamdulillah, apabila beliau mendapat pangkat, beliau gunakan dengan sebaiknya. Kesannya mendalam sampai sekarang. Ulama ahli sunnah semakin bercambah. Kalau dulu, mereka boleh dikatakan tidak dikenali, tapi sekarang tidak lagi.

Ramai orang yang sayang dengan Dr. Asri. Tapi ramai juga yang membencinya. Pemikirannya kritis. Rajin dia menulis dan tulisannya amat menarik sekali. Dia tidak berkiblatkan mana-mana parti politik. Dan kerana itu saya senang membaca karyanya. Beliau akan tegur mana yang salah tanpa rasa ragu – without fear or favour. Begitulah yang sepatutnya.

Buku ini banyak pengajarannya. Dia menceritakan pengalamannya. Saya berdoa semoga saya mempunyai peluang untuk menjalani kehidupan sepertinya. Menghambakan diri kepada agama. Memberi pencerahan kepada manusia. Dalam keadaan sekarang, amat payah kerana sibuk dengan segala. Entah Allah akan makbulkan atau tidak.

Semoga Allah terus memberi ruang kepada beliau untuk terus berkarya dan memberi pandangan beliau tentang keadaan semasa. Kedudukan beliau membolehkan beliau menegur dimana mampu. Orang lain tidak dikenali sangat. Tapi beliau, walau tiada jawatan penting lagi, tapi dicari orang. Suara beliau masih bergema.

 

Tafsir Surah Adiyaat (Surah ke 100) July 28, 2013

Filed under: Tafsir — visitor74 @ 3:28 pm
Tags: , , , , , ,
100:1
Sahih International

By the racers, panting,

Malay

Demi Kuda Perang yang tangkas berlari dengan kedengaran kencang nafasnya,

Dalam surah sebelum ini, Surah Zilzalah, dikisahkan tentang kejadian kiamat dimana bumi akan bergoncang. Maka manusia akan bertanya kenapakah bumi bergoncang? Maka bumi akan mengeluarkan sebab mengapa ia bergoncang. Dalam Surah Aadiyat ini, diterangkan apakah perbuatan manusia itu.

Allah bersumpah dengan kuda perang dalam ayat ini.

So doing an oath implies;

– the speaker is serious.
– to grab your attention (especially if the listener doesnt usually listen).
– talk about something they [the audience] like.

First 5 ayaat are to get the attention of the Arabs who – care about; honor, self-respect, their blood, their modes of transport (horses), action i.e. Battles, etc.

The beginning of this surah starts to set a scene in the eyes of the hearer. War horses in the scene of battle.

these horses are designed to be used in battle. (The same way that fast car parked up in the parking lot is not made to be driven, but to be driven really fast to its highest potential.)

Dabhan ضَبْحًا – describes the panting of the war horse in its aggression. The horse is going as fast as it can towards the enemy.

So the Muslim listener also realises that Allah is implying that the purpose in Allah creating horses is for them to be trained for war and to be used to their maximum in His cause.

‘Aadiyaat – a group that is adamant – ready to pillage and destroy an opposition.

.

.

100:2
Sahih International

And the producers of sparks [when] striking

Malay

Serta mencetuskan api dari telapak kakinya, apabila menyerang.

Perkataan ‘fa’ yang digunakan dalam ayat-ayat Aadiyat ini menunjukkan satu sambungan dari satu ayat ke satu ayat yang lain. Iaitu sampai ayat ke 5. Lain maknanya kalau perkataan yang digunakan adalah ‘wa’. Sebab perkataan ‘wa’ tidak merupakan satu kesinambungan dari satu perkara ke perkara yang lain.

al Mooriyaat – ism faa’il pl. Feminine – its the same horses in ayah 1, description of horses causing sparks to fly.

Eeraa’ implies the rubbing of two things against each other (i.e. Rocks, wood, dry rough materials), and a fire is sparked and lit. This is eeraa’ [alif, raa, ‘ayn] (moowriyaat’s root basis is the same as eeraa’.)

So Allah is saying that these horses create sparks of fire. This war horse has metal hoofs which strike against rocks, causing sparks to fly – in effect they’re almost leaving a trail of fire behind them as they speed ahead! What Amazing imagery!

Qadh قَدْحًا– a violent strike which is really powerful. Every hoof strike is very very loud and violent.

So imagine the scene; a pack of less than 10 horses, speeding through the desert, panting heavily without stop, a trail of sparks behind them, violent strikes of galloping, bandits riding on top without fear, ready to attack the adversary…

.

.

100:3
Sahih International

And the chargers at dawn,

Malay

Dan meluru menyerbu musuh pada waktu subuh,

moogheeraat – these horses take their riders right on top of their enemy in ambush.
from Ighaarah – to ambush, attack or be right on top of.

In the previous ayah; these horses were targetting. In this ayah – they have reached right on top of the enemy, ready to pounce and attack.

Subhan – they ambushed the enemy in the morning time.

this surah is referring to bandits who would raid tribes in the early morning.

subh – you want the enemy to know your presence by coming in the morning. Just like the wolf doesnt fear to hunt his prey in the open.

.

.

100:4
Sahih International

Stirring up thereby [clouds of] dust,

Malay

Sehingga menghamburkan debu pada waktu itu,

Keadaan sekarang bertambah rancak. Tindakan telah diambil oleh penyerang-penyerang itu. Hinggakan menghamburkan debu-debu.

Naq’a – dust. Naq’a = when something moves fast and a trail of dust is left behind in the air.

Apabila debu dah berterbangan, sudah tidak nampak apa-apa dah. Jadi suara yang kuat perlu digunakan. Keadaan menjadi kecoh.

So naq’ in this verse could be referring to the ambush and loud voices from either side i.e. screams and shouts in battle.

.

.

100:5
Sahih International

Arriving thereby in the center collectively,

Malay

Lalu menggempur ketika itu di tengah-tengah kumpulan musuh;

wasatNA (Feminine plural) = penetrate through the middle.

Kumpulan yang menyerang itu sungguh berani. Mereka memasuki kumpulan musuh dan menyerang mereka. Walaupun musuh sudah perasan mereka dah datang dan tentunya mereka juga bersedia untuk menyerang balik. Mereka menyerang bersama-sama, tidak ada satu pun yang tertinggal. Ini semua adalah satu tindakan yang amat berani.

Jam’a = altogether. This can refer to the bandits as united. Or it can even refer to the enemy and his army altogether.

So these wolf warriors have pierced through the enemy ranks – reaching the centre – with the enemy surrounding them from all sides.

Apakah yang akan terjadi selepas itu? Allah membina cerita ini untuk menaikkan keinginan kita untuk mengetahui apakah yang akan terjadi seterusnya.

.

.

100:6
Sahih International

Indeed mankind, to his Lord, is ungrateful.

Malay

Sesungguhnya manusia sangat tidak bersyukur akan nikmat Tuhannya.

Ayat-ayat sebelum ini menceritakan tentang kuda perang yang taat kepada tuannya. Orang Arab memang sangat suka dengan kuda mereka. Tambah lagi kalau kuda perang. Tambah lagi kalau kuda perang yang taat mengikut mereka. Sanggup dia berperang dan menyerbu musuh dengan bersemangat sekali. Hingga ke titisan darah yang terakhir. Tiba-tiba Allah bandingkan kuda perang itu dengan insan – mereka langsung tidak bersyukur. Tidak taat kepada tuannya.

Apakah maksud ‘kanood’? Sekali sahaja keluar dalam Quran.

Kanood كَنُودٌ- EXTREMELY ungrateful.

– The Kanood character mentions the problems in his life but is never thankful or mentioning of favours. (so you might have 10 different foods at home, but you get angry that the one you wanted isn’t there!)

– This person is extremely ungrateful, and disloyal (kunood also implies this) especially to his Master.

.

.

100:7
Sahih International

And indeed, he is to that a witness.

Malay

Dan sesungguhnya ia menyaksikan keengkarannya;

Why Shaheed and not Shaahid?

Shaahid – ism faa’il – happening at one time.

Shaheed – witnessing all the time. Man is a witness that he is ungrateful to Allah all the time. So man is the biggest proof against himself.

Maknanya, hari-hari kita tengok perbuatan kita yang tidak bersyukur itu. Kalau pergi Pasar Ramadhan contohnya, kita marah sebab barang yang kita hendak tidak ada, tapi berlambak lagi makanan lain ada kat situ. Kita cuma nampak apa yang tidak ada sahaja.

Semua tubuh badan kita akan jadi saksi. Sebab itu nanti, mulut kita akan ditutup dan tubuh badan kita yang akan bercakap tentang kita.

.

.

100:8
Sahih International

And indeed he is, in love of wealth, intense.

Malay

Dan sesungguhnya ia melampau sangat sayangkan harta (secara tamak haloba).

al Khayr is referring to wealth, but it really means ‘good’. So his love of ‘good [things]‘ is truly intense.

So it consists of two things;

1 – you think its good for you +
2 – you do whatever you can to get it. = hub/love.

Ulama tafsir menterjemahkan perkataan ‘khayr’ itu untuk ‘harta’. Padahal dari segi bahasa, ‘khayr’ itu bermaksud kebaikan. Sebenarnya dalam ayat ini, Allah menterjemahkan fikiran manusia yang melihat harta itu sebagai baik sahaja. Sebab itu mereka terkejar-kejar harta.

Shadeed – ashadda – to tie a rope. I.e. Tied strongly to something. Man is in strongly tied in his pursuit of wealth.

.

.

100:9
Sahih International

But does he not know that when the contents of the graves are scattered

Malay

(Patutkah ia bersikap demikian?) Tidakkah ia mengetahui (bagaimana keadaan) ketika dibongkarkan segala yang ada dalam kubur?

So you will be pulled out of the earth and be brought forward on Judgment Day.

Does man not know that when everything in the graves [maa fil kuboor] will be pulled/come out?

Dalam ayat sebelum ini, dikisahkan tentang manusia yang terlalu cintakan harta. Manusia banyak berbuat kesalahan kerana harta. Ada yang mereka bunuh kerana hendakkan kekayaaan negara itu. Mereka bunuh dan mereka tanam dalam tanah supaya orang tak tahu. Tapi pada hari kiamat nanti, semua sekali akan dibongkarkan.

.

.

100:10
Sahih International

And that within the breasts is made apparent,

Malay

Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?

huSSila – tahSeel – peel something to reveal whats inside ie. a Banana peel removed to get the banana fruit.

Except what is on the outside will be peeled away to show the inside of the hearts.

Allah mentioned Dharra in surah Zilzal [99] – the smallest thing a person did is shown to him. But in this surah – it is even more specific – what is in the hearts is revealed on that Day.

.

.

100:11
Sahih International

Indeed, their Lord with them, that Day, is [fully] Acquainted.

Malay

Sesungguhnya Tuhan mereka Maha Mengetahui dengan mendalam tentang mereka – pada hari itu.

Orang-orang yang buat salah mungkin rasa orang tak tahu apakah kesalahan dan kekejaman yang telah mereka buat. Sebab mereka dah sorok habis dah. Mereka dah tutup. Yang mereka bunuh, mereka dah tanam dah. Tapi Allah nak cakap dalam ayat ini, Allah tahu segala-galanya.

khabeer and aleem can be used, but Khabeer = more powerful – fully aware of their inside and outside deeds.

 

Sang pencerah July 27, 2013

Filed under: Movies — visitor74 @ 7:29 am

20130727-072903.jpg

Dah lama dah Dr. Asri promote movie ni. Dari Indonesia. Jadi aku teringin nak tengok. Tapi kali ini baru berkesempatan. Memang menarik. Macam-macam pengajaran boleh didapati dari filem ini. Nasib baik aku dapat luangkan masa menontonnya. Amat berguna bagi pejuang dakwah.

Dari muda lagi Kyai Dahlan tidak macam orang lain. Dia tidak masuk campur dengan amalan karut masyarakatnya. Ada mereka memohon kepada keramat dalam doa mereka. Walaupun mereka Islam, tapi mereka sangka itulah cara yang betul. Kemudian Khai Dahlan telah menyambung pelajaran di mekah. Bila dia balik, dia sudah mendapat ilmu yang dia ingin sebarkan kepada masyarakatnya. Masyarakatnya macam masyarakat sekarang agaknya. Walaupun dah maju, tapi masih lagi ada persamaan. Mereka memandang ketua agama mereka sebagai benar tanpa usul periksa. Dan mereka sanjung sampai menyembah pun ada juga. Bila ketua masuk masjid, semua tunduk dan macam sembah sultan, dan Kyai itu pun masuk dengan gahnya, dia pun rasa memang masyarakat patut menghormatinya macam itu. Masyarakat kita pun macam itu juga. Memandang ustaz macam ustaz itu dah betul dah. Tak tanya dah apa dalil bawaan mereka. Macam wali sahaja mereka lihat ustaz-ustaz itu. Walaupun ustaz itu tak pandai mana pun. Ini sebab kita dari lagi dok out source agama kepada orang sebegitu. Bab imam solat, mereka; baca doa, mereka – macam doa mereka sahaja yang makbul. Kita langsung tak tahu nak baca doa. Macam doa itu ada bahasa khas yang orang tertentu sahaja yang tahu.

Kyai Dahlan datang dengan bawa pembaharuan. Dia membawakan dalil dalam dakwahnya. Tapi tidak ada nilai kepada masyarakatnya. Mereka nampak sahaja dengan apa yang ketua mereka bawa, mereka tak dapat nak terima. Dan ketua agama memang lah tak mahu terima. Mereka sudah biasa dengan cara lama. Mereka nampak Khai Dahlan bawa benda yang boleh membahayakan kedudukan mereka. Padahal mereka yang kurang ilmu sebab hanya belajar satu tempat sahaja. Tapi mereka pula rasa orang berilmu itu yang bodoh.

Sampaikan apabila Kyai Dahlan dapat tahu yang kiblat yang mereka hadap selama ini salah, dia nak betulkan pun mereka tak nak terima. Alangkah sombongnya mereka. Sanggup mereka tak mahu nak betulkan kiblat kerana mereka rasa yang lama itulah yang benar. Mereka tak mahu nak dengar kata orang muda. Mereka ingat mereka yang tua lah yang benar. Mereka tentang orang yang bawa kebenaran. Sedih aku tengok keadaan macam itu. Begitulah aku rasa bila bercerita kepada orang ramai tentang kesalahan yang mereka lakukan selama inil mereka pandang aku macam tidak ada harga. Macam aku menentang orang orang lama. Macam aku tak betul sebab apa yang aku cakap adalah lain dari apa yang dibuat oleh kebiasaan. Mereka rasa yang ramai orang buat itulah yang benar. Padahal mereka bukan belajar apa pun. Mereka hanya terima apa yang ustaz itu bagitahu.

Banyak scene yang mengesankan. Satunya kisah biola yang Kyai Dahlan bawa balik. Sedap dia main biola itu. Dia beri anak murid dia cuba main bila anak murid dia tanya apakah agama itu. Hebat cara dia jawap. Mulanya dia main biola itu sendiri. Merdu. Kemudian dia beri anak murid dia main pula. Tentulah sumbang. Kemudian kata itulah agama. Kalau dah belajar main dan kena dengan caranya, agama itu merdu dan mengesankan. Tapi kalau tidak tahu, maka agama akan sumbang, malah digelak orang. Sungguh mengesankan. Apabila agama itu didasari oleh sumber yang bukan ilmu, maka ianya jadi sumbang, kita nak buat pun rasa bodoh. Rasa nak gelak kat orang yang dok pegang macam ianya benar jer. Macam talqin orang mati. Macam manalah orang dalam kubur nak dengar apa kita kata? Bagaimanakah talqin itu dapat menolong dia kalau sepanjang hidupnya dia bergelumang dengan dosa, tapi dengan nasihat pemuka talqin itu, dia dapat nak jawap soalan malaikat dalam kubur? Bodoh!

Kyai Dahlan juga mengajar tafsir Quran. Satu surah yang diulang-ulang olehnya adalah surah al-Ma’un. Aku pun kebetulan baru belajar surah itu, jadi aku dapat relate. Surah itu pasal tolong orang. Anak yatim dan juga orang miskin. Perkataan ‘ma’un’ itu bermakna pertolongan yang sedikit. Maknanya benda benda yang kita boleh tolong yang bukan susah pun. Macam bagi minum dan sebagainya. Dia asyik ulang tafsir surah itu kepada pelajarnya. Sampai ada pelajar yang tanya bila nak belajar surah lain? Banyak lagi surah lain dalam Quran. Kyai Dahlan jawap best – berapa banyak orang miskin sudah kamu tolong? Berapa banyak anak yatim sudah kau bantu selama kau belajar surah ini? Terdiam anak murid itu tiada. Kyai sambung – buat apa belajar banyak tapi apa yang sudah belajar tidak kita praktikkan lagi? Perghhh….. Profound. Aku nak cepat belajar tafsir Quran sekarang. Tapi setakat apa yang aku dah belajar sekarang, apakah aku telah pakai dan praktikkan? Dalam filem ini, ditunjukkan bagaimana Kyai dan anak anak muridnya selalu keluar sambil bawa makanan untuk diberikan kepada fakir miskin. Mereka keluar memberi pertolongan. Aku langsung tak buat apa-apa. Sepatutnya apa yang kita belajar, kita kena praktikkan. Bukan simpan dan rasa diri dah pandai.

Sedih bagaimana masyarakat menolak dia. Cemuh dia dengan teruk. Dan diketuai oleh ketua agama. Macam sekarang lah juga dengan masyarakat. Yang masyarakat bukan tahu apa. Mereka dengar sahaja apa maklumat yang diberikan oleh ketua agama mereka. Oleh kononnya ulama dan ustaz. Ustaz ustaz itulah yang memberi nama Wahabi kepada pejuang sunnah. Siap mereka kata Imam Abdul Wahab itu sesat, bunuh orang dan sebagainya. Masyarakat yang tak tahu apa apa terus terima. Jadi kami yang bukannya ikut Wahabi pun kena juga. Sedih sebab kita tahu mereka itu sebenarnya bodoh, tidak berilmu. Tapi macamana nak cakap kat mereka? Semoga Allah sahaja yang dapat membuka hati mereka.

Mereka benci sangat kenapa Kyai Dahlan sampai mereka merobohkan masjid Kyai Dahlan. Sanggup mereka buat begitu. Padahal merobohkan masjid itu adalah dosa besar.

Tapi sejuk hati melihat ada juga mereka yang mahu belajar. Yang sanggup bersama dengan Kyai Dahlan. Yang mahu mencari kebenaran, yang tabah menghadapi cemuhan dan tohmahan masyarakat sekeliling. Mereka tabah bersama Kyai Dahlan sebab mereka tahu dia dalam kebenaran. Aku harap ada juga orang yang akan bersama dengan aku meneruskan perjuangan dakwah sunnah ini. Yang jelas, Kyai Dahlan menerima dugaan dengan tabah, dia relaks sahaja. Tidak dia melatah dengan apa apa yang dilakukan oleh masyarakatnya.

Cara pengajaran Kyai Dahlan juga menarik. Dia pakai music, dia pakai papan hitam, dia pakai analogi dan macam macam lagi. Penyampaiannya menarik. Sampai masyarakat boleh terima. Anak murid dia boleh cepat faham dan dapat tangkap apa yang hendak disampaikan. Maka aku juga kena cari cara macam mana nak bagi orang sekeliling aku dapat faham apa yang aku hendak sampaikan. Dari pengalaman, aku dapat tahu yang orang tak dapat terima kerana tidak dijelaskan kepada mereka dalam cara yang mereka faham. Kalau mereka dapat faham, mereka dapat terima. Masyarakat memang pengajian agama kurang, jadi kena mudahkan kepada mereka.

Dalam filem ini juga ada kisah bagaimana Kyai Dahlan berhujah bahawa majlis tahlil yang dibuat oleh orang kebanyakan itu adalah bidaah dan tidak perlu. Isu ini sedang dimainkan oleh puak ahlul bidaah di Malaysia juga. Mereka mempertahankan amalan bidaah yang amat salah ini dengan memberikan dalil-dalil batil. Makanya, masyarakat yang tidak tahu telah membuang masa, membuang duit dan mungkin masuk neraka kerana mereka mengamalkan amalan bidaah. Seperti yang kita tahu, amalan bidaah memasukkan pengamalnya ke dalam neraka.

Yang bestnya cara Kyai Dahlan berhadapan dengan masyarakat dia. Walaupun mereka menentang dia, dengan hujah batil; walaupun mereka sebenarnya tidak berilmu, tapi berlagak berilmu; walaupun mereka kasar kepada dia sampai memusnahkan masjidnya; walaupun mereka tidak memberi pertolongan kepadanya dalam agama, malah menyusahkan kerja-kerjanya – dia tetap tenang dan berakhlak mulia. Dia tidak memaki mereka. Dia tidak menyusahkan mereka. Begitulah aku tengok orang yang mengamalkan sunnah. Baik jer. Orang yang bukan sunnah yang kurang ajar. Menggunakan bahasa yang kesat, memaki dan sebagainya. Mereka macam dimasuki syaitan. Bahasa dah tak kisah dah. Dah tiada nilai Islam. Benci betul mereka kepada orang yang hendak mengamalkan sunnah. Akhlak mereka itu membongkar apa yang ada dalam hati mereka – kejahilan dan bisikan syaitan yang mereka ikuti.