We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 47 Bab Tidur Orang Perempuan Dalam Masjid May 30, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 2:19 pm
Tags: , , ,

بَاب نَوْمِ الْمَرْأَةِ فِي الْمَسْجِدِ

Bab 30 Tidur Orang Perempuan Dalam Masjid

Bab ini Imam Bukhari hendak menceritakan tentang keharusan orang perempuan tidur dalam masjid. Walaupun ada kemungkinan perempuan itu akan datang haid. Imam Hanafi membenarkan perempuan untuk tidur dalam masjid dalam keadaan suci tapi kena keluar kalau datang haid. Imam Bukhari tak setuju dengan pendapat begitu. Kita akan membincangkan apakah dalil yang diberikan olehnya.
Tajuk beliau tentang hal ini adalah dalam bentuk umum sahaja. Iaitu, dia tidak letak hukum harus atau haram atau makruh. Selalunya, kalau Imam Bukhari buat begitu, menunjukkan dia isyarakat kepada adanya khilaf dikalangan ulama tentang hukum berkenaannya. Memang ada khilaf sebab ada yang kata tidak haid pun tak boleh tidur dalam masjid. Masing-masing ada dalil. Imam Bukhari beradab dalam mengkritik pandangan ulama lain. Dia tidak cakap bahawa pendapat orang lain salah. Dia cuma akan tunjukkan pendapat dia dan orang yang belajar akan tahu bahawa dia sebenarnya tidak bersetuju dengan sesetengah pendapat yang lain. Salah satu kriteria orang yang alim adalah kena tahu apakah ada khilaf dan mana tidak pada sesuatu tajuk itu.

Yang paling kuat dalil yang dibawakan oleh Imam Bukhari adalah hadis dibawah ini. Nabi benarkan seorang perempuan untuk tinggal dalam masjid. Tidak ada dalil yang mengatakan Nabi ada suruh dia keluar kalau dia datang haid. Asal hukum adalah harus dan dibenarkan, kecuali ada dalil yang mengharamkan. Jadi, kalau ada yang kata, perempuan itu kena keluar kalau haid, maka kena bawakan dalil. Dan kalau ada yang kata perempuan itu dibenarkan tinggal dalam masjid itu kerana dia sudah putus haid, kena bawa dalil juga sebab setahu kita, tidak disebut dimana-mana tentangnya. Jika tidak, kita kena terima bahawa dia adalah seorang perempuan yang normal. Dan seorang perempuan yang normal, tentulah akan datang haid.

Beberapa pendapat dari imam-imam mazhab:

  1. Imam Malik: mutlak tak boleh tidur. Samada ada haid atau tidak. Alasan yang diberikan adalah kerana boleh menimbulkan fitnah.
  2. Imam Syafie: boleh kalau tidak dalam haid cuma tidak molek. Kalau perempuan itu dalam haid, tak boleh.
  3. Mazhab Zahiri dan juga Mozani, anak murid syafie, menyatakan ianya harus secara mutlak. Samada dalam haid atau tidak, boleh tinggal dalam masjid. Imam Bukhari nampaknya sependapat dengan pendapat ini. Ini bermakna, pendapat itu keluar dari 4 mazahib. Ini adalah pendapat yang lebih kemas. Ada yang tak boleh terima sebab keluar dari mazhab yang empat. Tapi siapa yang kata tak boleh. Mozani itu adalah murid utama Imam Syafie juga, tapi dia pun boleh menerima pendapat yang lain dari gurunya.

Alasan yang diberikan oleh ulama yang mengatakan perempuan tidak boleh tidur dalam masjid:

  1. Kemungkinan aurat terdedah kepada lelaki.
  2. Fitnah kepada lelaki yang melihat perempuan. Nanti ada yang terpikat pula.
  3. Kekotoran darah haid. Mungkin boleh menitis dan mengotorkan masjid. Darah haid memang najis.
  4. Haid boleh terjadi bila-bila. Kerana kadang-kadang perempuan tidak tahu mereka akan kena haid. Tiba-tiba sahaja mengalir.  Jadi, itu akan mengotorkan masjid.
  5. Memang ada hadis melarang. Ini akan dibincangkan dengan jelas nanti.

Tapi Imam Bukhari melihat semua hujjah yang diberikan itu tak kemas. Boleh dibahaskan lagi. Masjid lebih terpelihara kalau dibandingkan dengan suasana di luar. Maka, kejadian fitnah itu akan lebih terkawal. Hadis-hadis yang diberikan pula tidak menepati syarat Bukhari. Hadis-hadis itu adalah dhaif sahaja. Perempuan yang tidur dalam masjid boleh duduk dalam bilik ataupun tempat yang tertutup supaya aurat mereka tidak terdedah.
Pasal ditakuti darah haid tumpah, mereka boleh jaga, tambahan pula dalam zaman sekarang yang boleh pakai tuala wanita dengan kemas. Katakanlah tertumpah pun, boleh dibasuh kemudiannya, tidak ada masalah.

Apakah dalil mereka yang mengatakan tidak boleh? Ada satu hadis berkenaan solat raya. Nabi suruh ramai-ramai umat Islam keluar pergi ke tempat solat termasuklah perempuan-perempuan. Tapi perempuan yang dalam haid disuruh duduk luar. Mereka kata itulah dalil yang mengatakan perempuan dalam haid tak boleh boleh masuk masjid. Tapi itu bukan masjid. Zaman Nabi, solat Hari Raya diadalah di kawasan lapang, bukan di masjid. Jadi tidak boleh pakai sebagai hujah mengatakan perempuan haid tidak boleh boleh masuk masjid. Mereka jawap balik, setakat musolla macam itu pun tak boleh, apatah lagi kalau betul dalam masjid? Jawapannya adalah, mereka disuruh duduk di belakang sebab bukan mereka boleh solat pun. Apabila mereka duduk di belakang, tidak mengganggu perempuan yang boleh sembahyang.

Satu lagi hadis yg digunakan oleh mereka yang mengatakan perempuan berhaid tidak boleh masuk masjid: pernah Nabi suruh Aisyah ambil sejadah dalam masjid dan Aishah jawap dia dalam haid. Nabi kata haid itu bukan ditangan. Maka mereka kata Aisyah hanya menghulurkan tangan sahaja. Tapi tidak ada dalil yang mengatakan demikian. Setakat mana panjang tangan Aishah untuk mengambil sejadah dalam masjid? Meraka kata balik, bukankah itu menunjukkan Aisyah pun tahu bahawa perempuan berhak tidak boleh masuk masjid. Sebab itu dia kata dia dalam haid. Kerana dia teragak-agak untuk masuk dalam masjid. Jawapannya adalah mungkin dia sendiri rasa tidak boleh pada masa itu. Dia pun rasa perempuan dalam haid tidak boleh masuk masjid. Tapi dengan kata-kata Nabi itu menunjukkan boleh. Maka, ini pula boleh dijadikan dalil yang mengatakan perempuan berhaid boleh masuk masjid.

Ada satu hadis yang dengan jelas mengatakan Nabi tidak menghalalkan perempuan haid dan lelaki berjunub dari masuk masjid. Tapi malangnya hadis ini tidak sahih. Madar (paksi) kepada hadis ini, iaitu seorang yang bernama Jasrah, tidak dikenali. Jadi tidak boleh diterima walaupun ada dalam banyak kitab termasuklah Sunan Ibn Majah.

Ayat Quran dalam 4:43 yang digunakan pun tidak sesuai. Boleh ditakwil untuk mengatakan tentang orang bermusafir bukan untuk lalu sahaja.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَىٰ حَتَّىٰ تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىٰ تَغْتَسِلُوا

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) – kecuali kamu hendak melintas sahaja – hingga kamu mandi bersuci.

Itu adalah terjemahan yang biasa kita lihat. Tapi bukan itu sahaja pemahaman yang kita boleh ambil dari ayat itu. Itu adalah satu cara penafsiran sahaja. Tapi Imam Bukhari dan banyak lagi ulama-ulama lain mereka mentafsir ayat itu dengan cara yang lain. Pertamanya, perkataan jangan hampiri itu adalah jangan hampiri ‘solat’, bukan jangan hampiri ‘tempat solat’. Keduanya, perkataan seterusnya yang tidak membenarkan menghampiri masjid itu bukan ada dalam ayat Quran itu tetapi anggapan sesetengah penafsir. Ada yang tafsir dengan mengatakan tidak boleh solat dalam keadaan berjunub. Kecuali dalam keadaan musafir. Kerana dalam keadaan musafir boleh menggunakan tayammum.

Itulah sahaja pegangan yang digunakan oleh mereka yang mengatakan tidak boleh perempuan berhaid masuk masjid. Sebab tidak ada hadis yang jelas melarang. Memang tidak kuat. Walau bagaimana pun, kita akui, tidak ada juga dalil yang jelas yang mengatakan Nabi pernah cakap perempuan berhaid boleh masuk masjid. Cuma daripada dalil yang diberikan oleh kedua-dua pihak, nampak lebih kepada pihak yang mengatakan boleh perempuan haid masuk dalam masjid.

Sedangkan orang kafir pun pernah Nabi letak dalam masjid. Adakah perempuan lebih rendah martabat dari orang kafir?

Memang tak ramai pun perempuan tidur di masjid. Dalam tajuk pun muftad.

Apakah kelebihan kalau kita memegang pendapat Imam Bukhari ini:

  1. Perempuan lebih perlukan perlindungan. Masjidlah yang terbaik sebagai tempat perlindungan. Itu sebab Nabi letak perempuan itu di masjid. Ini bermakna baginda meletakkan perempuan itu di tempat yang mulia. Bukanlah Nabi menghina dia dengan meletakkan beliau di masjid itu bermakna baginda menghina dia. Letak di masjid lebih baik dari kalau baginda letak di rumah para sahabat.
  2. Mengangkat martabat kaum wanita. Tidaklah dibenarkan orang lelaki sahaja, tapi tidak dibenarkan kepada orang perempuan. Ini menunjukkan Islam tidak menganggap mereka rakyat kelas kedua. Kuranglah sedikit tohmahan ‘Women’s Liberation’ terhadap Islam.
  3. Percaya kepada lelaki dan perempuan dalam masjid. Percaya bahawa mereka boleh menjaga diri mereka dari melakukan perkara tidak elok. Kalau di masjid tempat yang mulia, kita boleh tahu bahawa mereka takkan buat perkara mungkar yang boleh terjadi di luar masjid.
  4. Tanggapan diskriminasi wanita akan lenyap.
  5. Bawa perempuan masuk masjid lebih selamat dari tinggalkan dalam kereta. Boleh kena kacau. Katakanlah suami nak berhenti solat. Kalau perempuan boleh masuk masjid, tunggu dalam masjidlah. Tak payah tunggu dalam kereta. Tak tahu orang jahat mungkin dia nampak perempuan seorang sahaja dalam kereta, nanti dia berani nak kacau.
  6. Jinakkan perempuan dengan masjid. Boleh belajar dan sebagainya. Tidaklah mreka ketinggalan dalam mendapat ilmu agama dan mempelajari cara ibadat yang benar.
  7. Perempuan boleh jadikan masjid sebagai tempat perhentian juga. Masjid boleh jadi macam-macam. Katakanlah mereka hendak menunggu bas mereka sampai, mereka boleh tunggu dalam masjid untuk berehat.
  8. Perempuan boleh menghadiri majlis-majlis yang dianjurkan di masjid. Seperti jamuan makan, Majlis Pernikahan dan sebagainya. Tidaklah mereka tersisih. Sampaikan kadang tu, ibu pengantin pun tak boleh menghadiri majlis penikahan anak dia sebab dia sedang datang bulan.

Begitulah terbuka dan bergunanya pendapat Imam Bukhari kalau kita terbuka minda kita untuk terima. Pendapatnya begitu segar dan kontemporari. Tapi nasib Imam Bukhari macam tak laku mazhabnya. Orang tak tahu dan tak mahu nak ambil tahu. Dan kalau ada yang tahu pun, mungkin mereka tak mahu terima pendapat beliau. Kerana mereka rasa pegangan mazhab yang mereka sedang pegang adalah yang benar dan tidak ada yang lagi benar. Ada orang mungkin kata: kenapa pakai yang mudah sahaja? Pertamanya, bukan kita yang bagi pendapat ini. Imam Bukhari. Kitabnya terkenal seluruh dunia. Dialah yang memberikan pendapat yang mudah ini. Mungkin nampak mudah. Tapi siapa yang suruh buat yang susah? Adakah Allah suruh susah dalam agama ini? Nabi kalau diberikan pilihan akan memilih yang lebih mudah antara keduanya. Yang ayat Quran yang kata Allah hendak memudahkan kita pun ada juga.

وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ

“Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan”. (Al-Hajj:78)

Aisyah pernah buat haji semasa datang haid. Beliau mengadu kepada Nabi Muhammad kerana dia sedih sebab tak dapat nak buat amal ibadat. Nabi kata dia buat semua perbuatan orang berhaji, kecuali tawaf dan solat. Maka antara yang dibuat orang haji adalah masuk masjid. Tidak ada kisah mengatakan Aisyah kena duduk luar waktu itu. Antara yang boleh dibuat juga semasa itu adalah membaca ayat Quran. Sebab memang orang buat Haji antara amalan mereka akan buat adalah membaca Quran.

Marilah kita lihat hadis yang digunakan oleh Imam Bukhari sebagai hujjah beliau.

420 حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ وَلِيدَةً كَانَتْ سَوْدَاءَ لِحَيٍّ مِنَ الْعَرَبِ فَأَعْتَقُوهَا فَكَانَتْ مَعَهُمْ قَالَتْ فَخَرَجَتْ صَبِيَّةٌ لَهُمْ عَلَيْهَا وِشَاحٌ أَحْمَرُ مِنْ سُيُورٍ قَالَتْ فَوَضَعَتْهُ أَوْ وَقَعَ مِنْهَا فَمَرَّتْ بِهِ حُدَيَّاةٌ وَهُوَ مُلْقًى فَحَسِبَتْهُ لَحْمًا فَخَطِفَتْهُ قَالَتْ فَالْتَمَسُوهُ فَلَمْ يَجِدُوهُ قَالَتْ فَاتَّهَمُونِي بِهِ قَالَتْ فَطَفِقُوا يُفَتِّشُونَ حَتَّى فَتَّشُوا قُبُلَهَا قَالَتْ وَاللَّهِ إِنِّي لَقَائِمَةٌ مَعَهُمْ إِذْ مَرَّتِ الْحُدَيَّاةُ فَأَلْقَتْهُ قَالَتْ فَوَقَعَ بَيْنَهُمْ قَالَتْ فَقُلْتُ هَذَا الَّذِي اتَّهَمْتُمُونِي بِهِ زَعَمْتُمْ وَأَنَا مِنْهُ بَرِيئَةٌ وَهُوَ ذَا هُوَ قَالَتْ فَجَاءَتْ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَسْلَمَتْ قَالَتْ عَائِشَةُ فَكَانَ لَهَا خِبَاءٌ فِي الْمَسْجِدِ أَوْ حِفْشٌ قَالَتْ فَكَانَتْ تَأْتِينِي فَتَحَدَّثُ عِنْدِي قَالَتْ فَلا تَجْلِسُ عِنْدِي مَجْلِسًا إِلا قَالَتْ وَيَوْمَ الْوِشَاحِ مِنْ أَعَاجِيبِ رَبِّنَا أَلا إِنَّهُ مِنْ بَلْدَةِ الْكُفْرِ أَنْجَانِي قَالَتْ عَائِشَةُ فَقُلْتُ لَهَا مَا شَأْنُكِ لا تَقْعُدِينَ مَعِي مَقْعَدًا إِلا قُلْتِ هَذَا قَالَتْ فَحَدَّثَتْنِي بِهَذَا الْحَدِيثِ

420. Telah menceritakan kepada kami Ubaid bin Isma’il berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Usamah dari Hisyam bin ‘Urwah dari Bapanya dari ‘Aisyah, bahawa ada seorang budak perempuan berkulit hitam milik suatu keluarga Arab. Setelah keluarga itu memerdekannya, ia tetap hidup bersama mereka.” Bekas Hamba Perempuan itu bercerita, “pernah seorang anak perempuan keluarga itu keluar dengan memakai selempang merah terbuat dari kulit yang bertatah permata. Dia meletakkan selempangnya atau selempangnya terjatuh dari tubuhnya. Tiba-tiba seekor helang lalu disitu dan ia ternampak selempang yang terletak diatas tanah itu. Helang itu menyangkanya sebagai daging maka disambarnya. Mereka mencarinya tapi tidak menemukannya. Hamba Perempuan itu bercerita lagi: “Setelah menuduh aku mengambilnya, mereka terus memeriksaku sehingga mereka memeriksa kemaluannya. ‘Bekas hamba Perempuan itu meneruskan ceritanya: “Demi Allah, sesungguhnya ketika aku sedang berdiri bersama mereka, tiba-tiba lalu burung helang tadi dan dilepaskannya selempang itu. Ia jatuh dihadapan mereka. Aku lantas berkata: Inilah yang kalian tuduh aku mengambilnya. Kamu menganggap aku mengambilnya padahal tidak. Inilah selempang itu. ‘Aisyah radliallahu ‘anhu berkata,: “hamba perempuan itu kemudian datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan masuk Islam. Dia memiliki khemah kecil di dalam masjid. ‘Aisyah radliallahu ‘anhu berkata,: “dia selalu datang bercakap-cakap denganku dan setiap dia datang ke majlisku, tidak lupa dia mengungkapkan syair ini: selempang adalah antara keajaiban Tuhan kita. Bagaimanapun, ia telah menyelamatkan daku dari negeri kafir. Aisyah radliallahu ‘anhu berkata,: ” pernah saya bertanya dia, kenapa setiap kali kamu duduk di sampingku, mesti saja kamu mengungkap syair ini?” Maka dia mengisahkan peristiwa tadi kepadaku.

Tidak diketahui siapakah perempuan bekas hamba itu dan dari manakah kaum itu. Tapi tidak menjadi masalah. Tidak penting untuk kita tahu. Tidak layak untuk kita mempertikaikan hadis itu kerana dia dikira sahabat juga. Dan sahabat telah diberikan kedudukan yang tinggi oleh Allah dalam Quran. Quran telah mengatakan mereka orang yang baik. Jadi jelas perempuan bekas hamba ini adalah seorang sahabat. Dia duduk dalam masjid itu sebagai seorang Islam. Nama tidak disebutkan sebab tak penting. Hadis pun bukan macam bible, semua nak cerita.

Budak perempuan anak bekas tuannya itu pakai macam selempang macam sekarang banyak dipakai oleh polis dalam majlis rasmi. Ada dibuat dari kain, tapi kali ini dibuat dari kulit.

Dalam hadis itu, apabila bekas hamba perempuan itu mengatakan badannya digeledah, sampaikan mereka mencari di ‘kemaluannya’. Sepatutnya dia mengatakan ‘kemaluanku’. Tapi itu pun benar juga kerana dia menggunakan bahasa yang lembut. Kerana itu adalah perkara yang memalukan. Oleh itu, dia cakap macam perkara itu kena kepada orang lain. Betul dari segi balaghah. Itulah seni bahasa. Quran pun banyak guna bahasa macam ni.

Dengan kuasa Allah, burung helang jatuhkan balik. Itulah yang menakjubkan perempuan itu. Walaupun sudah lama kejadian itu, dia ingat tentang keajaiban Tuhan.Dalam riwayat lain, dikatakan perempuan itu telah berdoa walaupun dia seorang kafir waktu itu. Oleh kerana kejadian itu, dia dah tak suka tinggal di kawasan itu maka dia telah keluar dari kawasan itu. Dia telah masuk Islam dan Nabi letakkan dia dalam masjid. Dia duduk dalam khemah kecil. Kalau sampai ada khemah tu, maksudnya duduk dalam jangka yang lama. Dalam keadaan biasa, mestilah dia datang haid. Nabi takkan benarkan perbuatan salah dilakukan. Kalau seorang perempuan haid tidak boleh berada dalam masjid, Nabi tidak akan benarkan. Sedangkan meludah pun Nabi ada larang. Inilah dalil yang digunakan oleh Imam Bukhari. Memang tidak ada kata dari Nabi yang cakap bahawa perempuan dalam haid boleh duduk dalam masjid, tapi dari hadis ini, kita boleh lihat bahawa perempuan itu dibenarkan duduk.

– Kerana kejadian itu mengesankan hatinya, dia telah bersyair tentangnya. Dalam hadis banyak dinukilkan syair-syair yang dikumandangkan  oleh sahabat. Orang Arab amat suka bersyair. Kalau orang yang tahu syair dan bandingkan dengan Quran, akan lebih nampak kehebatan Quran itu. Quran bukan syair. Nabi tidak bersyair kerana Allah beri lebih lagi. Tidak layak utk Nabi bersyair.

Pengajaran yg boleh diambil:

  1. Orang lelaki atau perempuan yang tiada kediaman boleh menetap dalam masjid kalau perbuatan itu aman dari fitnah.
  2. Keharusan memasang khemah dalam masjid untuk lelaki atau perempuan yang dalam keadaan susah. Supaya mereka tidak terdedah kepada orang yang beribadat di masjid itu. Biasanya, orang yang beriktikaf akan memasang khemah dalam masjid.
  3. Elok keluar dari negeri yang menyebabkan seseorang mendapat malu atau membuat dirinya sengsara. Perempuan itu dapat nimat Islam dengan dia keluar dari tempatnya. Buka buku baru.
  4. Ada kalanya fitnah keatas seseorang menyebabkan kebaikan di kemudian hari. Seperti perempuan itu, dia dapat Islam. Kalau tak kerana kejadian itu, mungkin dia tak keluar dari tempat itu dan tak jumpa Islam. Maka kalau dapat ujian, maka terimalah. Kita tak tahu apakah hikmahnya ujian itu.
  5. Kelebihan berhijrah dari negeri kafir ke negeri Islam. Walau nampak bagaimana kurangnya negeri Islam itu pada zahirnya. Ada kelebihan juga. Contohnya bab makanan senang nak cari. Amat kurang apa yang ada di negeri kafir itu walaupun kita nampak menarik pada zahirnya.
  6. Kelebihan berpindah dari tempat kurang baik ke tempat lebih baik. Jangan cintakan sangat tempat tinggal kita yang sekarang, sampai tak mahu pindah. Kena sanggup susah sikit. Kena bersedia untuk pergi ke tempat lain. Contohnya sanggup tinggalkan negara untuk belajar.
  7. Doa orang yang dizalimi diterima Allah walaupun mereka kafir. Walaupun dia doa terhadap kita yang Islam, kalau kita zalim keatasnya. Semasa perempuan itu berdoa, dia masih kafir lagi.
  8. Peristiwa penting dalam kehidupan tidak akan dilupainya. Boleh menghasilkan perkara yang baik. Dalam keadaan biasa tidak terjadi. Macam perempuan ini dia buat syair. Sampai bila bila ada termaktub dalam hadis ini. Dia sendiri tidak dikenali.
  9. Menempatkan seseorang dalam masjid bukan menghinanya tapi memuliakan dia kerana masjid adalah tempat yang mulia. Nabi tak suruh dia duduk rumah sahabat. Nabi tentunya tidak menghinanya.
  10. Masjid tempat yang paling selamat. Luar pun kena jaga tapi lebih-lebih lagi dalam masjid.
  11. Oleh kerana masjid adalah tempat yang selamat, maka lelaki dan perempuan sepatutnya dibenarkan tinggal di dalamnya.
  12. Kerana masjid adalah tempat penyebaran ilmu, lelaki dan perempuan sepatutnya dibenarkan memasukinya. Tiada halangan kepada perempuan yang haid. Supaya mereka tidak ketinggalan dalam ilmu.
  13. Aktiviti kemasyarakatan boleh dilakukan dalam masjid kepada lelaki dan perempuan. Termasuk antaranya kalau buat majlis nikah dalam masjid. Perempuan dalam haid pun boleh masuk. Derma darah pun boleh. Mazhab Bukhari kata darah tak najis. Darah haid yang najis. Ijtihad Bukhari sesuai untuk mengadakan aktiviti seperti itu.
  14. Dalil yang membenarkan perempuan haid masuk masjid lebih kuat dari dalil yang tidak membenarkannya. Dua-dua tak kuat mana tapi yang membenarkan lagi kuat.

Kuliah Maulana Asri

Advertisements
 

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 46 Bab Sabda Nabi S.A.W: “Bumi Ini Dijadikan Untukku Sebagai Masjid (Tempat Sembahyang) Dan Sebagai Bahan Untuk Bersuci.” May 28, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 11:29 pm

بَاب قَوْلِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جُعِلَتْ لِيَ الارْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا

Bab 29 Sabda Nabi S.A.W: “Bumi Ini Telah Dijadikan Untukku Sebagai Masjid (untuk sembahyang) Dan Sebagai Bahan Untuk Bersuci.”

Hadis ini kita telah belajar dalam bab tayamum sebelum ini. Tapi itu dengan maksud nak cerita bahan yang digunakan untuk bersuci. Kali ini untuk menceritakan bahawa dimana-mana tempat di bumi boleh digunakan sebagai tempat solat. Ini menunjukkan hadis yang sama boleh digunakan untuk banyak tajuk.

Ini adalah tajuk yang hendak menceritakan tentang masjid secara umum. Bukan masjid yang dalam bentuk bangunan itu. Dari bab 22 sampai ke bab ini, Imam Bukhari hendak menceritakan tentang masjid dalam bentuk yang umum. Samada ladang, pantai, sawah, batu, jalan raya, hutan dan mana-mana sahaja. Tidaklah syarat sah solat itu kena buat di rumah ibadat yang khusus. Dan tidak perlu alat tertentu. Dalam Islam tidak ada benda-benda macam itu. Asalkan kita mengadap kiblat. Maknanya boleh solat dimana-mana. Jangan sampai terlepas waktu. Sebab tidak perlu nak kena bersegera ke sesuatu tempat yang khusus. Kalau kena pergi ke tempat khusus, mungkin tak sempat nak pergi dan mungkin lambat sampai, sampai tak dapat melakukan solat pula. Maka sudah tiada alasan tak solat. Begitulah mudahnya Islam.

Dengan hadis ini juga mengajak kita bahawa tabiat dalam masjid pun kena bawa keluar sebab diluar itu pun adalah masjid juga. Kalau dalam masjid, kita menjaga adab kita, maka di tempat lain pun kita jaga juga adab kita. Kalau dalam masjid, kita mengikut imam kita, maka diluar pun kita kena ikut pemimpin kita. Kalau nak tegur pemimpin, ada cara yang molek, seperti juga kita menegur imam kita.

Secara dasarnya, hanya ada dua syarat untuk mengerjakan solat. Pertama, bersih dari najis. Untuk membersihkan itu, macam-macam kita telah belajar sebelum ini. Kedua, tidak ada apa-apa yang boleh menjerumuskan kita ke lembah kesyirikan. Itu sahaja. Kita telah belajar tentang tempat-tempat yang dilarang Nabi itu, bukan sebab tempat itu sendiri, tapi sebab-sebab lain. Antara tentang yang dilarang bersolat padanya yang kita tahu dari hadis adalah kubur, tandas, tempat buang sampah, tempat sembelihan binantang, tengah jalan, tempat mandi air panas, kandang unta dan atas Baitullah. Imam Bukhari nak mengatakan bahawa ada sebab kenapa tempat-tempat itu dilarang solat padanya. Antara kerana ada darah dan tahi. Kalau tempat itu bersih, sebenarnya boleh. Yang dilarang solat di tengah jalan itu adalah supaya itu adalah tempat lalu lalang dan mengganggu orang atau orang ganggu kita. Kita pun dalam ketakutan takut kena langgar pula. Pada Imam Bukhari, kalau solat tempat itu pun, bukan sampai ke tahap haram. Harus atau makruh sahaja.

Hadis ini adalah asas kepada Imam Bukhari dalam hal solat. Yang lain dia kata dilarang sebab-sebab tertentu seperti yang kita telah sebutkan diatas. Yang perbincangan hadis-hadis sebelum ini adalah sebagai khilaful awla sahaja. Bercanggah dengan yang lebih molek sahaja. Bukan sebagai larangan haram. Tidak sampai haram kalau solat disitu. Paling tinggi adalah makruh. Tempat-tempat itu boleh dipakai untuk solat, tapi pakai ketika perlu sahaja. Bukanlah Imam Bukhari kata elok solat disitu. Kalau ada tempat lain yang lebih baik, carilah tempat lain. Walaupun dia kata dia kata boleh, tapi dia pun tidaklah solat disitu. Dia bincangkan dari segi ilmu sahaja.

419 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ قَالَ حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ قَالَ حَدَّثَنَا سَيَّارٌ هُوَ أَبُو الْحَكَمِ قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ الْفَقِيرُ قَالَ حَدَّثَنَا جَابِرُ بْنُ عَبْدِاللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ مِنَ الانْبِيَاءِ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ وَجُعِلَتْ لِيَ الارْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا وَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلاةُ فَلْيُصَلِّ وَأُحِلَّتْ لِيَ الْغَنَائِمُ وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ كَافَّةً وَأُعْطِيتُ الشَّفَاعَةَ

419. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sinan berkata, telah menceritakan kepada kami Husyaim berkata, telah menceritakan kepada kami Sayyarah -yaitu Abu Al Hakam- berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid Al Faqir berkata, telah menceritakan kepada kami Jabir bin ‘Abdullah berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Aku diberikan lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada seorangpun dari Nabi-Nabi sebelumku; aku ditolong dengan kegerunan musuh terhadapku pada jarak sebulan perjalanan, bumi ini telah dijadikan untukku sebagai masjid (tempat sembahyang) dan sebagai bahan untuk bersuci; maka sesiapa sahaja dari kalangan ummatku hendaklah dia sembahyang apabila telah masuk waktu (biar dimana sahaja dia berada). Dihalalkan harta rampasan perang untukku, seseorang Nabi itu diutus untuk kaumnya sahaja sedangkan aku diutus untuk seluruh manusia, dan aku diberikah syafa’at (kuasa untuk menolong orang lain pada hari kiamat nanti)”.

– Walaupun kita tahu orang Islam banyak berperang dengan orang kafir, tapi Islam tidak pernah memaksa bangsa lain masuk Islam. Mereka yang masuk sendiri setelah melihat keindahan Islam itu sendiri. Selepas tidak ada lagi orang hendak melakukan ibadat mereka di kuil mereka, maka kosonglah rumah ibadat mereka. Maka itulah digunakan rumah ibadat mereka dan ditukar kepada masjid. Mereka sendiri yang beri. Bukan kita rampas. Musuh gerun kerana umat Islam ikhlas untuk menyebarkan Islam waktu itu. Mereka tidak takut mati. Sekarang tidak lagi. Yang dikatakan gerun dalam jarak perjalanan sebulan bukan setakat itu sahaja. Memang itulah jalan perjalanan zaman Nabi ke negara lain termasuklah ke Rom. Mereka pun takut juga dengan tentera Islam. Yang takut itu adalah tentera mereka. Tapi rakyat mereka gembira apabila tahu tentera Islam nak datang. Kerana tentera Islam akan membebaskan mereka dari cengkaman buruk pemerintah mereka.

– Apabila kita boleh solat di mana-mana sahaja, maka jangan sampai terlepas waktu solat.

– Harta ghanimah itu bukan sahaja untuk Nabi, tapi untuk umat sekali. Kelebihan ini tidak diberikan kepada Nabi-nabi terdahulu. Walaupun mereka berperang dengan orang kafir, tapi mereka tidak dibenarkan mengambil harta rampasan itu. Mereka kena kumpulkan di satu tempat, dan jikalau mereka ikhlas dalam peperangan itu, harta itu akan diambil oleh api dari langit. Kita pun tidak pasti macam mana. Dan jikalau tidak disambar api, adalah masalah dengan mereka yang berperang itu. Mungkin ada yang dah ambil siap-siap harta rampasan itu untuk diri sendiri.

– Nabi Muhammad diutus untuk semua bangsa dan umat dalam dunia ini. Kalau Nabi dulu-dulu, mereka hanya diutus untuk umat mereka sahaja. Dan memang syariat Nabi Muhammad sesuai untuk semua bangsa. Boleh diamalkan untuk semua orang. Agama lain tak mampu. Agama lain adalah sempit.

Kuliah Maulana Asri

 

Dalam Mihrab Cinta – Book review May 27, 2013

Filed under: Books — visitor74 @ 5:56 pm

Lama dah tak baca buku Habiburrahman Shirazy. Buku pertama dulu ‘Ayat-ayat Cinta’. Itu sebab lepas tengok movie dia. Best movie tu. Tapi lepas tu dapat tahu dia tidak terlibat dalam filem itu.

Lepas tu baca buku ‘Ketika Cinta Bertasbih’. Movie dia pun best. Mengesankan betul. Tapi cinetron dia tak dapat tengok sangat. Dan rasanya bila cinetron, dah kurang best. Takpe lah.

Habiburrahman ni menulis Novel yang melibatkan percintaan orang-orang agama. Jadi lain sikit kisah cinta mereka. Tak banyak cintan cintun. Tengok dari jauh jer. Bila dah minat tu, simpan dalam hati dan doa semoga Allah satukan mereka. Hebat kan?

Hero dalam buku ini bernama Syamsul. Anak orang kaya tapi teringin benar hendak belajar agama. Inilah bagus. Walaupun kaya tapi tidak terpengaruh dengan kekayaan dan masih mahukan agama. Agama bukanlah untuk orang miskin sahaja. Kalau kaya, lagi bagus. Lagi banyak sumbangan boleh diberikan.

Jadi Syamsul join satu madrasah. Kat Indonesia banyak pusat pengajian ilmu macam tu. Kat Malaysia pun ada juga agaknya, mungkin kita sahaja tak perasan. Masa nak cari madrasah itulah Syamsul mula berkenalan dengan seorang wanita. Itu dah nak berputik cintalah tu.

Bermulalah perjalanan hidup Syamsul sebagai penuntut ilmu Allah. Dia seorang pelajar yang bagus. Cepat dapat tangkap ilmu pengetahuan. Cuma sedih sikit sebab dalam pengajiannya, tidak ada syllabus tafsir Quran. Banyak tentang kitab sahaja. Sepatutnya itulah yang mula-mula kena belajar. Memang kalau Quran ni kita tengok tak banyak orang mengajar dan belajar. Padahal itulah yang paling penting. Itulah sumber utama kita untuk menulusiri kehidupan dunia. Kalau tak belajar itulah yang boleh menyebabkan terpesong akidah. Sebab ada larangan dalam quran yang manusia tak tahu sebab tak belajar. Sepatutnya semua umat Islam kena belajar. Tak kira pelajar agama atau tidak.

Bahaya kalau tak belajar Quran. Allah sendiri berfirman dalam Zukhruf:
وَمَن يَعْشُ عَن ذِكْرِ الرَّحْمَٰنِ نُقَيِّضْ لَهُ شَيْطَانًا فَهُوَ لَهُ قَرِينٌ

Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

Takpelah. Mungkin dia belajar sikit-sikit. Syamsul belajar dengan maju bersama kawan-kawannya. Tapi begitulah lumrah alam. Bukanlah yang belajar agama itu semuanya orang baik. Ada juga yang dengki. Itu tak dapat elak. Allah dah buat dalam dunia ini, ada orang baik, ada orang jahat. Semuanya nak beri dugaan pada kita. Nak tengok macam mana kita handle. Bolehkah kita bersabar dengan dugaan yang diberinya. Adakah kita akan jatuh tersasar dari agama atau kita terus mengharap ridhaNya?

20130527-215123.jpg

 

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 45 Bab Bersembahyang Di Dalam Gereja…(dan seterusnya)

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 12:59 pm

بَاب الصَّلاةِ فِي الْبِيعَةِ وَقَالَ عُمَرُ رضي الله عَنْه إِنَّا لا نَدْخُلُ كَنَائِسَكُمْ مِنْ أَجْلِ التَّمَاثِيلِ الَّتِي فِيهَا الصُّوَرُ وَكَانَ ابْنُ عَبَّاسٍ يُصَلِّي فِي الْبِيعَةِ إِلا بِيعَةً فِيهَا تَمَاثِيلُ

Bab 27 Bersembahyang Di Dalam Gereja. Umar R.A Berkata: “Kami Tidak Mahu Masuk Ke Dalam Gereja Kamu Kerana ada patung-patung (Berhala-Berhala) di dalamnya.” Ibnu Abbas Bersembahyang Di Dalam Gereja Kecuali Gereja Yang Terdapat Patung-patung (Berhala-berhala) Di Dalamnya.

Masih lagi Imam Bukhari membahaskan tentang masjid dalam ertikata yang umum. Bukan dalam bentuk masjid yang dalamb bentuk bangunan tu. Secara dasarnya, seluruh bumi ini boleh dijadikan sebagai tempat mengerjakan solat. Ini berdasarkan hadis yang sahih yang dijadikan asas oleh Imam Bukhari dalam membincangkan tentang hal masjid. Jadi sekarang ditimbulkan satu persoalan tentang bagaimana pula kalau solat dalam gereja? Bolehkah kalau kita solat di dalam gereja? Kalau kita lihat dengan mata yang jelas, gereja pun sebahagian dari bumi juga. Begitu juga dengan rumah-rumah ibadat agama lain. Semuanya terletak di bumi. Maka Imam Bukhari nak kata, boleh juga solat didalamnya. Marilah dibincangkan apakah dalil yang dibawanya. Kerana Imam Bukhari bukanlah berkata kosong, tapi dibawakan dalil dan hujah yang kukuh.

Bolehkah solat di dalam gereja?

Dalam tajuk ini disebutkan bahawa Umar tak mahu masuk dalam gereja. Umar berkata begitu apabila ada paderi yang mengajak beliau solat di dalam gereja. Bukan hanya masuk sahaja. Umar tidak mahu solat dalam gereja. Dia kata kerana ada patung berhala dalam gereja. Bagaimana kalau tiada patung? Bolehkah? Imam Bukhari nak sampaikan kepada kita, boleh kalau tiada patung berhala. Mana lagi hujjah yang mengatakan demikian? Itulah Imam Bukhari bawakan atsar Ibn Abbas yang solat dalam gereja yang tiada patung didalamnya.

Terdapat Khilaf antara ulama tentang apakah hukum solat dalam rumah ibadat agama lain. Imam Ahmad mengatakan ianya adalah harus mutlak. Samada ada patung atau tidak. Maknanya, pada Imam Ahmad, tak makruh kalau solat didalam gereja atau rumah ibadat lain, samada ada patung atau tidak.
Imam Syafie dan Hanafi mengatakan ianya adalah makruh mutlak. Samada ada patung atau tidak, ianya adalah makruh. Tapi sah solat yang dikerjakan.
Imam Bukhari dan Imam Malik mengatakan makruh kalau ada patung berhala. Dan hukumnya adalah harus kalau tiada patung berhala. Yang Saidina Umar dan Ibn Abbas tak mahu solat dalam gereja yang ada patung itu adalah kerana yang makruh pun mereka tak mahu buat. Mereka amat menjaga ibadat mereka supaya tidak kurang pahala. Imam Bukhari bawa dalil perbuatan Umar dan Ibn Abbas mereka berdua adalah dua orang tokoh sahabat yang besar. Umar adalah bapa Mujtahid dan Ibn Abbas adalah anak muridnya yang paling utama. Ulama mengatakan mujtahid yang ada seperti imam-imam mazhad pun tidak sampai ke tahap Umar. Mereka pun sebenarnya mengambil cebisan dari ilmu Umar. Dan Ibn Abbas adalah seorang yang istimewa. Dari kecil lagi Umar telah membawa Ibn Abbas sebagai anak didiknya. Sampai ada yang tanya kenapa bawa budak dalam perbincangan besar. Tapi Umar kata, kalau nak uji Ibn Abbas, ujilah dan terbukit Ibn Abbas mempunyai ilmu yang tinggi dan istimewa. Jadi kerana itulah Imam Bukhari mengambil atsar mereka sebagai satu hujjah yang kukuh.

Dalam sejarah Islam pun, memang ada gereja pernah dijadikan masjid. Kuil hindu pun pernah juga. Tidak ada masalah. Asalkan dibuangkan segala perkara yang syirik, boleh digunakan sebagai masjid. Cuma kena arah kepada kiblat sahaja. Yang penting adallah tempat itu bersih.

– Apakah yang dimaksudkan perkataan الصُّوَرُ dalam hadis ini? Gambar atau patung? Yang sebenarnya ianya adalah ‘berhala’. Bukan hanya gambar sahaja. Dari pemahaman yang sempit tentang hadis inilah yang menyebabkan ada ulama yang tidak membenarkan penggunaan gambar langsung. Oleh itu menyebabkan mereka ketinggalan dalam bidang dakwah. Kerana jangankan gambar biasa, gambar bergerak macam video dan YouTube pun mereka haramkan. Dan yang menggunakan alat-alat itu sebagai dakwah adalah puak ajaran sesat macam Syiah. Maka merekalah ke hadapan dalam mencari pengikut. Tapi sekarang nampaknya ulama-ulama itu telah semakin menerima gambar untuk digunakan dalam kehidupan seharian.

– Umar telah menghadiri satu upacara jamuan yang dilakukan oleh Puak Kristian. Itu bermaksud orang kafir ajak makan. Bolehkah? Tentunya sembelihan Ahli Kitab boleh dimakan. Secara dasarnya makanan mereka boleh dimakan asalkan jelas haram. Nabi pun pernah makan makanan hidangan mereka. Pernah kita mendengar Nabi memakan keju pemberian mereka dan juga Nabi pernah kena racun semasa makan daging masakan mereka. Kalau bukan ahli kitab pun boleh makan juga. Kadang-kadang, daging mereka beli di kedai Islam, mereka cuma masakkan sahaja. Itu boleh dimakan.

– Nampak ada beza pendapat Imam Bukhari dalam tajuk ini dengan tajuk sebelum ini. Apakah beza pendapat ini tentang dalam gereja dengan mengadap api atau apa-apa benda sembahan sebelum ini? Kerana benda-benda itu, beliau mengatakan bahawa hukumnya adalah harus tapi kali ini makruh pula? Kerana benda-benda itu bukan hanya untuk disembah sahaja. Ada maksud lain mereka digunakan. Macam api, digunakan juga untuk mendapatkan cahaya. Tapi kalau berhala, tiada sebab lain. Manusia gunakan sebagai sembahan sahaja. Oleh itu hukumnya makruh.

416 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلامٍ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدَةُ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ ذَكَرَتْ لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَنِيسَةً رَأَتْهَا بِأَرْضِ الْحَبَشَةِ يُقَالُ لَهَا مَارِيَةُ فَذَكَرَتْ لَهُ مَا رَأَتْ فِيهَا مِنَ الصُّوَرِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُولَئِكَ قَوْمٌ إِذَا مَاتَ فِيهِمُ الْعَبْدُ الصَّالِحُ أَوِ الرَّجُلُ الصَّالِحُ بَنَوْا عَلَى قَبْرِهِ مَسْجِدًا وَصَوَّرُوا فِيهِ تِلْكَ الصُّوَرَ أُولَئِكَ شِرَارُ الْخَلْقِ عِنْدَ اللَّهِ

416. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Salam berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Abdah dari Hisyam bin ‘Urwah dari Bapaknya dari ‘Aisyah, bahwa Ummu Salamah menceritakan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebuah gereja yang dia pernah lihat di bumi Habasyah (Eithofia) yang dipanggil Gereja Mariyah. Ummu Salamah menyebutkan patung-patung yang pernah dilihatnya di dalam gereja itu. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun bersabda: “Itulah orang-orang yang apabila orang baik (orang saleh) dikalangan mereka meninggal, mereka membangun masjid di atas kuburannya dan membuatkan patung di dalamnya. Mereka itulah seburuk-buruk makhluk di sisi Allah.”

Ini adalah hadis yang lebih kurang sama dengan hadis sebelum ini. Cuma kali ini hanya disebut Umm Salamah sahaja. Tiada nama Umm Habibah kali ini. Umm salamah dan Umm Habibah adalah dua isteri Nabi. Mereka telah dua kali melakukan hijrah. Sekali ke Habsyah dan sekali lagi ke Madinah. Bermakna, mereka bukan calang-calang orang. Apabila suami mereka meninggal dunia, Nabi telah menikahi mereka.

Nama Mariyah itu adalah nama Siti Mariam, ibu Nabi Isa. Apabila dikisahkan kepada baginda tentang hal gereja itu, Nabi yang beritahu mereka bahawa ada kubur dibawah gereja. Itulah seburuk-buruk manusia. Mereka membawa ajaran mereka sesat. Sampai mengatakan tuhan pecah kepada tiga. Mereka yang dianggap orang soleh itulah yang mengajar umat mereka sebegitu. Dan mengajar cara hidup yang salah sampai mereka kata bahawa kalau tak kahwin adalah satu perbuatan yang mulia. Mereka reka syariat itu sebab Nabi Isa  sendiri tak ajar macam tu. Bukan juga Allah yang ajar sebegitu. Apa yang mereka ajarkan itu sampai menyeksa manusia. Akhirnya sampai tak terbuat dan terjaga. Maka, kita tahu bagaimana banyak kejadian sumbang yang berlaku dalam gereja. Yang dilakukan oleh paderi dan rahib yang kononnya orang baik-baik.

————————————————————————————————————————————-

بَاب

Bab 28 – tanpa tajuk.

Banyak juga tajuk dalam Sahih Bukhari yang tidak mempunyai tajuk. Banyak pendapat yang dikeluarkan oleh ulama pensyarah kitab ini, kenapakah tidak ada tajuk. Ada pendapat yang mengatakan bahawa bab yang tanpa tajuk ini adalah macam ‘fasal’ bagi bab sebelumnya. Kalau begitu, sesuai juga pemahaman sebegitu, kerana tajuk sebelum ini adalah tentang solat dalam gereja kristian. Sekarang solat dalam rumah ibadat orang Yahudi pula.

Tapi ada yang kata ini adalah cara Imam Bukhari buat untuk menguji pembaca kitab untuk beri sendiri tajuk. Oleh itu, mungkin boleh dikatakan tajuk untuk bab ini adalah: Bab solat di rumah ibadat orang Yahudi.

Synagogue, rumah ibadat orang Yahudi

417 حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُاللَّهِ بْنُ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ أَنَّ عَائِشَةَ وَعَبْدَاللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ قَالا لَمَّا نَزَلَ بِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَفِقَ يَطْرَحُ خَمِيصَةً لَهُ عَلَى وَجْهِهِ فَإِذَا اغْتَمَّ بِهَا كَشَفَهَا عَنْ وَجْهِهِ فَقَالَ وَهُوَ كَذَلِكَ لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الْيَهُودِ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ يُحَذِّرُ مَا صَنَعُوا

417. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Yaman berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Az Zuhri telah mengabarkan kepadaku Ubaidullah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah bahwa ‘Aisyah dan ‘Abdullah bin ‘Abbas keduanya berkata, “Tidak lama sebelum Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam wafat, pernah baginda menudung mukanya dengan kain selimutnya. Apabila terasa panas, baginda membukanya lalu bersabda: ‘laknat Allah keatas Yahudi dan Nashara, mereka telah menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai masjid (tempat ibadat).‘ Baginda mengingatkan umatnya agar tidak melakukan apa yang telah dilakukan oleh mereka itu.”

Mungkin Nabi tudung muka sebab sedang dapat wahyu. Kadang-kadang Nabi buat macam tu. Pernah Umar hendak melihat bagaimanakah Nabi mendapat wahyu, maka beliau telah membuka tutup wajah Nabi. Kelihatan wajah Nabi kemerahan waktu itu. Jadi, dalam hadis ini, kemungkinan Nabi sedang mendapat wahyu, tapi wahyu khafi sahaja, bukan ayat Quran, iaitu hadis.

Nabi ingatkan kepada umatnya supaya jangan buat kepadanya macam umat lain buat kepada Nabi mereka. Ini adalah penting diingatkan kembali kepad umat Islam. Kerana ada Islam yang sesat memuja kubur orang alim. Antara adalah puak tarekat yang buat macam-macam majlis di kubur wali kononnya.

Kenapa dikatakan orang Krisitian menjadi kubur para Nabi mereka sebagai masjid? Sebenarnya, orang Nasara ada juga ramai Nabi. Cuma Rasul sahaja seorang, iaitu Nabi Isa. Mungkin pengikut Nabi Isa, yang dipanggil sebagai Hawari, ada yang Nabi. Itu adalah pendapat ulama juga. Mereka buat juga atas kubur pengikut setia Nabi Isa. Dan ada yang menerima Siti Mariam, ibu Nabi Isa pun sebagai Nabi. Contohnya, jikalau kita ikut pendapat Ibn Hazm.

418 حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَاتَلَ اللَّهُ الْيَهُودَ اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ

418. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Ibnu Syihab dari Sa’in bin Al Musattab dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah melaknat orang-orang Yahudi kerana mereka menjadikan kubur para Nabi mereka sebagai masjid (tempat ibadat).”

Kuliah Maulana Asri

 

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 44 Bab Bersembahyang Di Kawasan Tanah Runtuh…(dan seterusnya)

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 12:45 am

بَاب الصَّلاةِ فِي مَوَاضِعِ الْخَسْفِ وَالْعَذَابِ وَيُذْكَرُ أَنَّ عَلِيًّا رضي الله عَنْهم كَرِهَ الصَّلاةَ بِخَسْفِ بَابِلَ

Bab 26 Bersembahyang Di Kawasan Tanah Runtuh Dan Di Tempat Azab. Dan Apa Yang Disebutkan Bahawa Ali Tidak Suka Sesiapa Bersembahyang Di Tempat Tanah Runtuh.

Walaupun disebutkan dalam tajuk ini berkenaan dengan ‘tanah runtuh’, tapi boleh diluaskan lagi kepada bukan tanah runtuh sahaja. Banyak lagi jenis jenis azab yang Allah kenakan kepada manusia. Seperti gempa bumi, gunung berapi dan macam-macam lagi. Samada kerana penduduknya telah melakukan maksiat atau sebab biasa. Semuanya melibatkan seksaan dari Allah. Bolehkah kita solat di tempat sebegini? Kebanyakan ulama mengatakan adalah makruh kalau solat di tempat sebegini.
Ada yang kata haram kalau solat disitu tanpa menangis.
Bagaimana dengan Imam Bukhari? Tidak jelas pendapatnya. Ada yang kata dia pegang pendapat yang mengatakan harus. Dan ada yang kata dia memakruhkannya. Kalau makruh itu, rugilah sebab solat dilakukan, tapi tidak dapat pahala. Atau kurang pahala. Maka kesihanlah kepada mereka yang terpaksa tinggal disitu. Ada yang tidak ada peluang untuk pergi ke tempat lain, maka mereka terpaksa tinggal juga disitu. Adakah Islam itu merugikan umatnya? Maka mungkin elok kalau dikatakan bahawa harus kalau solat di tempat sebegitu. Mari bincangkan lagi.

Alasan jumhur ulama adalah atas atsar Ali diatas. Iaitu ‘dikatakan’, Ali tidak suka bersembahyang di kawasan tanah runtuh. Iaitu di Babylon. Kalau tak suka itu bermaksud makruh agaknya. Tapi perlu dibincangkan lagi. Dan kena tengok hadis dibawah. Kalau kita lihat, hadis dibawah tidak sebut solat pun. Jadi, apakah yang hendak disampaikan oleh Bukhari didalam tajuk ini?

Pandangan jumhur ulama adalah begini: Kalau masuk pun dilarang, apatah lagi kalau duduk lama? Apatah lagi kalau solat disitu? Tentulah lagi tak elok.

Ada pula yang kata kalau nak solat juga, kena menangis. Tapi kalau difikirkan, kan susah nak amalkan kalau nak solat menangis? Tambahan pula kalau menangis dalam solat disebabkan hal luaran, tidak boleh kalau begitu. Kalau menangis sebab baca Quran dalam solat dan mengesankan pada hati, bolehlah. Jadi, pendapat ini boleh lagi dibahaskan. Tidak boleh terus terima.

Imam Bukhari nak menekankan bahawa keseluruhan bumi Allah telah dijadikan sebagai masjid. Itu asas pendapatnya. Itulah hadis yang paling kuat. Dan memang ada pengecualian tertentu yang kita kena lihat. Jadi, kalau asasnya boleh solat di mana-mana, maka kalau nak khususkan tempat yang tidak boleh, kena ada dalil yang jelas melarang. Yang kuat sahaja yang boleh diterima. Dan, kalau memang ada larangan Nabi tentang sesuatu tempat tidak boleh solat, kena tengok sebabnya. Kebanyakan sebabnya Nabi larang adalah sebab tempat itu kotor. Bukan larang sesuatu tempat itu secara mutlak.

Kenapa Imam Bukhari bawa atsar Saidina Ali pula? Bukanlah itu menunjukkan bahawa itu adalah dalilnya untuk mengatakan makruh kalau solat di tempat sebegitu? Sebenarnya, kalau kita tahu, dia bawa atsar itu secara sirah tamrid. Dia tidak kata dengan jazam. Dia sebenarnya nak isyarat bahawa atsar itu tak sahih. Dia letakkan di sini kerana takut kita gunakan atsar ini sebagai dalil pula. Padahal dia dah tahu yang ini adalah salah. Walaupun atsar itu ada dalam kitab-kitab terkemuka. Bukanlah kalau ramai pegang satu pendapat itu mengatakan kebenaran. Agama bukan demokrasi, tak pakai mana yang ramai. Kalau dalam Quran pun kata, kalau pakai pendapat yang ramai, kita akan sesat. Yang penting adalah bukan ramainya orang memegang pendapat sebegitu, tapi apakah hujahnya? Kena belajar betul-betul.

Tempat tinggalan Babylon

Pada Imam Bukhari, tidak ada dalil kukuh yang mengatakan makruh untuk solat di tempat yang telah diturunkan azab. Yang atsar Ali itu adalah dhaif sebenarnya. Dan yang dhaif tidak boleh dijadikan sumber hukum. Sebab dalam perawi itu ada orang yang penipu. Hal agama ini kena diambil dari orang yang amanah. Kalau kita dah tahu yang orang itu adalah orang yang salah fahamannya, maka tidaklah boleh kita pakai ambilan agama dari mereka. Kalau nak pegang hadis pun, kenalah hadis yang sahih. Orang kita ramai yang kononnya mengaku pakai hadis juga, tapi hadis mana mereka pakai, tak tahulah. Asal nama hadis sahaja, mereka tangkap muat. Lepas itu, cerita kepada semua orang, cerita di dalam tv, sampaikan orang yang tidak kukuh pandangan agama mereka, ingatkan itu adalah kebenaran. Orang kita pula, asalkan masuk dalam tv, mereka ingat itu adalah yang benar. Kesian orang kita.

415 حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عَبْدِاللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عُمَرَ رضي الله عَنْهممَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لا تَدْخُلُوا عَلَى هَؤُلاءِ الْمُعَذَّبِينَ إِلا أَنْ تَكُونُوا بَاكِينَ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا بَاكِينَ فَلا تَدْخُلُوا عَلَيْهِمْ لا يُصِيبُكُمْ مَا أَصَابَهُمْ

415. Telah menceritakan kepada kami Isma’il bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari ‘Abdullah bin Dinar dari ‘Abdullah bin ‘Umar bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Janganlah kalian memasuki tempat yang orang-orang ditimpakan azab kecuali dalam keadaan kamu menangis, sekiranya kamu tidak dapat menangis maka janganlah kalian pergi ke situ agar kalian tidak ditimpa azab siksaan sebagaimana yang ditimpa mereka.”

Kalau kita lihat kembali hadis ini dengan baik, kita boleh nampak bahwa ianya tidak kena mengena dengan solat. Cuma larang pergi ke tempat sebegitu. Ini adalah peringatan kepada umat. Jadikan tempat-tempat itu sebagai contoh. Macam kita larang anak kita dari pergi berkelah ke lombong, sebab dah ada orang yang mati disana.

Dimanakah kejadian Nabi memberi nasihat ini? Ianya bertempat di Hijr, iaitu tempat dikenakan azab kepada kaum Tsamud. Ianya terlekak sejauh 347km dari Madinah. Kejadian itu berlaku pada tahun 9 Hijrah, semasa Nabi dan para sahabat dalam perjalanan ke Tabuk. Nabi telah jalan dengan cepat untuk melalui kawasan itu.

Inilah tempat tinggalan Kaum Tsamud itu

Pengajaran yang boleh diambil dari hadis ini:

  1. Jangan pergi ke tempat sebegitu dengan leka dan lalai. Kena berhati-hati dan ambil pengajaran.
  2. Ambil iktibar dari kesilapan dan kesesatan yang telah dilakukan oleh umat terdahulu.
  3. Berfikir bahawa mereka sama sahaja dengan kita. Kalau mereka boleh kena azab kerana menentang kebenaran, kita pun boleh kena juga macam itu. Jangan kita ingat kita boleh selamat. Kita kadang-kadang bercakap tentang umat-umat terdahulu macam kita tak buat salah macam mereka. Macam kita takkan kena macam mereka.
  4. Ketahuilah bahawa kejadaian yang terjadi kepada mereka, boleh berlaku lagi. Kena hati-hati. Luaskan hadis. Bukan setakat tanah runtuh sahaja. Kejadian alam lain pun boleh terjadi juga.
  5. Dalam keseronokan ada kedukaan. Contohnya, masa naik kapal terbang. Belum tentu selamat lagi dalam kapalterbang tu.
  6. Tidak patut bersiar ke tempat yang Allah telah turunkan azab. Kecuali nak kaji, kalau kita ni arkeologis ke. Atau pergi untuk ambil iktibar. Pergi sekejap sahaja. Contohnya, tempat Laut Mati. Itu tempat azab Kaum Luth.
  7. Jangan pergi tempat yang diketahui telah berlaku azab. Bahaya sebab kalau dah terjadi sekali, boleh jadi ianya akan berlaku lagi disitu.
  8. Tiada hadis sahih larangan solat di tempat sebegitu.

Laut Mati, ini bukan tempat berkelah ni sebenarnya

 

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 43 Bab Orang Yang Bersembahyang Dalam Keadaan Di Hadapannya Ada Tanur (Ketuhar)…(& bab seterusnya) May 26, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Sembahyang — visitor74 @ 5:09 pm
Tags: , , , , ,

بَاب مَنْ صَلَّى وَقُدَّامَهُ تَنُّورٌ أَوْ نَارٌ أَوْ شَيْءٌ مِمَّا يُعْبَدُ فَأَرَادَ بِهِ اللَّهَ وَقَالَ الزُّهْرِيُّ أَخْبَرَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُرِضَتْ عَلَيَّ النَّارُ وَأَنَا أُصَلِّي

Bab 24 Orang Yang Bersembahyang Dan Di Hadapannya Ada Tannur (Ketuhar) Atau Api Atau Sesuatu Yang Disembah, Tetapi Dia Bersembahyang Kerana Allah. Zuhri berkata: Anas bin Malik menceritakan kepadaku katanya: Nabi s.a.w bersabda: “Dikemukakan kepadaku api neraka ketika aku sedang bersembahyang.”

Dua maksud Imam Bukhari membawa bab ini:
Pertamanya, dia hendak memberitahu bahawa solat yang ikhlas kerana Allah adalah sah, walaupun didepannya ada benda yang disembah oleh agama lain. Kita bukan nak sembah benda itu pun. Kadang-kadang kita letakkan itu sebab lain. Contohnya, kita letak pelita di depan kita kerana hendakkan cahaya pelita. Bukanlah kalau kita letak api depan kita masa solat, kita jadi macam majusi yang sembah api. Memang mereka puak sesat yang  menyembah api. Asalnya mereka menyembah bara api. Lepas itu segala jenis api mereka sembah. Sesetengah masyarakat kita, tak tahu pun itu adalah bahan sembahan sesetengah agama lain. Kerana jauh agama Majusi dari masyarakat kita. Macam ketuhar itu, sebab digunakan adalah untuk memasak makanan, bukan kita nak sembah api. Lainlah kalau dengan berhala, tidak ada sebab apa-apa tapi untuk disembah. Atau kadang-kadang ada perkara lain yang disembah, seperti gambar matahari yang ada orang Jepun sembah. Mungkin gambar itu ada di rumah orang kita kerana mereka jadikan sebgai perhiasan sahaja. Atau pokok Krismas. Atau pokok tulsi untuk Hindu. Atau pokok Bo dalam agama Buddha. Kadang-kadang masyarakat kita tak tahu pun bahawa orang kafir ada menyembah benda-benda itu. Bila mereka solat tu, mereka niatkan solat mereka itu hanya kepada Allah. Mungkin ada ketidaksengajaan, ada benda-benda itu di hadapan kita dalam solat. Dalam hal ini, sah solat mereka itu dan tidak makruh.

Kedua, menolak pendapat ulama seperti Hanafiah dan Hanabilah yang kata makruh solat mengadap ketuhar, api atau apa-apa sembahan agama lain. Kerana Nabi pernah nampak neraka dalam solat. Adakah terjejas solat Nabi dan sahabat semasa itu? Tentu Allah tidak akan buat begitu untuk NabiNya dan para sahabatnya. Bukan sekali berlaku begitu. Kalau sekali berlaku, mungkin kita boleh kata itu sebagai nak mengatakan bahawa ianya sah. Tapi, kalau perkara itu makruh, Allah tidak akan buat supaya banyak kali terjadi, kerana itu akan mengurangkan pahala Nbi dan sahabat. Tapi Imam Bukhari tegur dengan cara lembut. Tidaklah dia kata di mana-mana yang dia tidak setuju dengan pendapat itu, cuma kalau orang belajar, mereka akan faham. Pada Imam Bukhari, kalau nak kata makruh, kena ada dalil yang kukuh. Yang dia bawa ini adalah hadis yang sahih. Tapi mungkin kena dijelaskan. Kerana memanglah susah apabila menggunakan hadis sebagai dalil. Kerana kejadian sesuatu hukum itu tidak berlaku pada zaman Nabi. Bukan semua perkara berlaku pada zaman itu. Jadi, kita kena gunakan apa yang terjadi sebagai penerapan dalam kehidupan kita sekarang. Kalau ulama fekah, senang untuk mereka mengeluarkan hukum, sebab mereka menggunakan ijtihad masing-masing, tidak guna dalil yang jelas. Makal Imam Bukhari bawa dalil ini untuk mengatakan memang Nabi ada mengadap api. Kerana neraka itu adalah memang api. Dan tentunya sewaktu itu ada di depan api itu. Kalau ada yang kata itu api neraka, bukan api dunia, apa bukan api dalam dunia ini datangnya dari neraka? Itulah juga api yang akan azab manusia nanti. Api itu tidak boleh ditafsirkan sebagai api lain, kerana kalau ada Nabi pernah nampak susu dalam alam misal, itu ditafsirkan sebagai ilmu. Tapi, kalau api, nak ditakwilkan sebagai apa?

Inilah dia rupa tannur itu

Imam Bukhari membawakan kata Zuhri itu dengan nada yang jazam. Bermakna ianya adalah sahih, cuma tidak dibawakan dengan sanad yang penuh. Dalam kitab ini pun di tempat lain, ada dibawakan sanad yang penuh. Dia bawa dengan ringkas untuk diletakkan dalam tajuk ini. Waktu itu Nabi tengah solat dengan sahabat. Imam Bukhari nak ajar, kena tengok hadis yang penuh. Imam Bukhari memang macam tu. Kadang-kadang dia tidak bawa hadis yang penuh, kita kena cari sendiri. Lain kalau dengan Imam Muslim contohnya, dia akan letakkan hadis yang penuh.

 

413 حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ قَالَ انْخَسَفَتِ الشَّمْسُ فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ أُرِيتُ النَّارَ فَلَمْ أَرَ مَنْظَرًا كَالْيَوْمِ قَطُّ أَفْظَعَ

413. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Zaid bin Aslam dari ‘Atha’ bin Yasar dari ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata, “Ketika terjadi gerhana matahari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan salat (gerhana), kemudian baginda bersabda: “Neraka telah diperlihatkan kepadaku, dan belum pernah sekalipun aku melihat suatu pemandangan yang lebih dahsyat dari pada hari ini.”

Pengajaran yang boleh diambil:

  1. Gerhana pernah berlaku pada zaman Nabi. Sampaikan dengan tahu bilakah kejadian gerhana itu, para pengkaji boleh menggunakan masa kejadian itu sebagai penetapan tentang sejarah Islam.
  2. Solat gerhana adalah Sunnah. Waktu inilah nak kena ingat Allah. Bukan sibuk nak tengok pula. Tapi orang kita kelam kabut nak tengok sahaja. Yang Nabi bagi contoh, solat waktu itu, tapi orang kita jarang yang buat. Itulah pentingnya solat. Sampaikan kalau perempuan sedang sakit nak mengandung pun, masih lagi wajib baginya untuk solat. Kerana waktu itulah yang dia kena ingat lagi kepada Allah.
  3. Syurga dan neraka sudah ada sekarang. Kalau dalam Quran pun, bahasa yang digunakan untuk mengatakan tentang syurga dan neraka itu sudah ada – disedikan syurga dan neraka. Kalau kita buat amalan yang baik, kita sebenarnya menanam dalam syurga dah. Dan kita pun tahu, ada orang-orang seperti yang mati syahid akan masuk syurga terus apabila dia mati. Kalau syurga tiada lagi sekarang, syurga mana yang dia masuk?
  4. Salah satu mukjizat Nabi adalah, baginda boleh nampak dengan syurga dan neraka dengan mata baginda. Tapi lepas baginda nampak tu, baginda boleh lagi menjalankan kehidupan dunia macam biasa. Kita tak mampu. Kalaulah kita ditunjukkan, kita sudah tak kira kepada dunia. Duduk dungu jer sebab takut sangat. Jangan kata tunjuk neraka, ditunjuk hantu pun dah tak jadi kerja dah. Maka elok benarlah bila tak nampak.
  5. Tidak makruh solat hadap api. Asalkan waktu itu niat kita adalah sembah Allah.
  6. Neraka sangat dahsyat. Nabi sendiri pun kata belum pernah ditunjukkan benda yang lebih dahsyat dari itu.

—————————————————————————————————————————————

بَاب كَرَاهِيَةِ الصَّلاةِ فِي الْمَقَابِرِ

Bab 25 Larangan Bersembahyang Di Perkuburan

Tajuk ini menunjukkan bahawa jelas solat di kubur itu dilarang. Dalil kuat. Ia melibatkan semua solat kecuali solat jenazah. Yang paling kuat menentang solat di kubur adalah Imam Ahmad dimana dia kata solat di kubur itu haram, dan tidak sah. Semua jenis solat haram. Tak kira kalau kubur lama, kubur dah dirombak, atas kubur atau berdekatan dengan kubur.
Imam Bukhari pula kata, hukumnya adalah antara makruh dan haram.

414 حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عُبَيْدِاللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ أَخْبَرَنِي نَافِعٌ عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اجْعَلُوا فِي بُيُوتِكُمْ مِنْ صَلاتِكُمْ وَلا تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا

414. Telah menceritakan kepada kami Musadad berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari ‘Ubaidullah bin ‘Umar berkata, telah mengabarkan kepadaku Nafi’ dari Ibnu ‘Umar dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tunaikanlah sebagian dari salat kalian di rumah kalian, dan jangan kalian jadikan ia sebagai kubur.”

Kubur bukan tempat ibadat. Oleh itu, makruh solat di kubur. Oleh, kepada yang bodoh dalam agama, sampai sanggup tunggu kubur macam mana? Ini adalah mereka yang diupah untuk menjaga kubur. Kononnya adalah untuk kebaikan simati. Yang mengupah bodoh, yang diupah pun lagi bodoh. Apabila mereka kena tunggu dikubur waktu buat benda sesat itu, maka mereka kena solat disitulah. Ada yang sampai solat jumaat pun disitu. Itu semua nak cari duit. Semuanya adalah salah faham agama. Tapi kalau dicakap kepada mereka, mereka akan jadi sensitif. Sudahlah tidak tahu, tapi bila nak diajar, kita pula yang mereka kata salah. Itu semua telah disesatkan oleh syaitan. Guru-guru yang tahu salah, tak berani pula nak beritahu salah perbuatan itu, sebab mereka takut dengan orang jahil. Ketahuilah, bahawa semua jenis ibadat tak boleh buat di kubur. Ini termasuklah dengan baca Quran dan zikir pun tak boleh. Yang selalu mereka buat adalah meratib di kubur. Kalau mereka kata boleh, kena bawa dalil yang sahih. Kalau setakat bawa dalil yang tak sahih, merata-rata boleh cari. Tapi yang kita hendak adalah dalil yang sahih. Yang boleh dipertanggungawabkan. Kerana agama ini kena pakai dalil.

Tengoklah Perkuburan Baqi ini di Madinah, tak sama macam kubur kita.

Apakah yang dimaksudkan dengan kata Nabi: “Tunaikanlah sebagian dari salat kalian di rumah kalian”? Dalam hal ini, ada banyak khilaf dikalangan ulama. Dibawah ini adalah antara pendapat yang diberikan:

  1. Ada yang kata, sebahagian solat yang kena buat di rumah itu adalah solat sunat. Bukan solat fardhu. Ini bermakna, solat fardhu kena buat di masjid juga. Solat sunat digalakkan untuk buat di rumah kerana ia akan memberkati rumah. Juga tidak menyebabkan seseorang itu riak. Kerana kalau buat solat sunat banyak di masjid, nanti ada orang nampak pula dan ada kemungkinan akan timbul riak pula. Dengan solat sunat di rumah, akan membawa masuk rahmat dan malaikat. Dan syaitan lari kerana tak suka ibadat dibuat di rumah. Walaubagaimanapun, ada solat sunat elok dan kena buat di masjid. Macam solat tahiyatul masjid, solat istisqa’ dan kepada sesetengah ulama, solat terawih. Itu kena belajar lagi.
  2. Ada kata sebahagian solat itu termasuk juga dengan solat fardhu. Pendapat ini mengatakan ada masa kena solat fardhu juga di rumah.
  3. Rumah jadi kubur jika tidak dibuat ibadat. Macam orang mati sudah tiada ibadat.
  4. Kubur bukan tempat ibadat. Nabi atau sahabat tidak buat ibadat kat kubur. Padahal sahabat ramai mati. Bukan zaman sekarang baru ada orang mati. Tapi tidak pula dibuat apa amalan-amalan sesat yang dibuat sekarang. Adakah kita lebih baik dari Nabi dan sahabat? Kalau apa yang mereka buat itu adalah baik, tentulah Nabi dan sahabat akan buat dulu lagi.
  5. Tidak patut dikuburkan orang mati di rumah. Akan menyebabkan kesedihan yang berterusan. Nanti akan ingat mati sahaja, sampai tak buat kerja lain. Dan susah nak kawal. Kalau di tempat awam, kalau ada jenis bodoh yang nak buat amalan sesat, susah sebab ada orang nampak. Tapi kalau dah kat rumah, nanti ada pula yang sembah kubur pula nanti. Jadi syirik pula nanti. Jadi tidak boleh dibenarkan. Sebab memang ada yang puja kubur. Minta nombor ekor pun ada. Kecuali dalam hal ini adalah kubur sebab para Nabi dikuburkan dimana dia mati. Orang lain tidak begitu. Tidak elok juga kalau buat rumah di perkuburan. Sudah tak boleh solat di rumah pula nanti. Kerana Nabi larang solat di kubur.
  6. Tidak boleh dijadikan kubur sebagai tempat tinggal. Hilang perasaan takut mati. Sebab dah selalu sangat nampak kubur. Padahal, kelebihan menziarahi kubur adalah untuk mengingatkan mati. Cukuplah ziarah kubur sesekali sahaja. Dan tidak ada Sunnah ziarah kubur masa hari raya. Ada ustaz yang kata itu adalah sunnah, sebenarnya dia menipu dalam agama. Entah dari mana dia dapat dalil yang mengatakan demikian tidak tahu. Masalahnya, banyak orang jahil yang dijadikan rujukan dan dipandang tinggi dan dibenarkan untuk mengajar sampai mengajar dalam tv. Kalau nak ziarah tidak ada masalah, ziarah kubur malam pun boleh sebab Nabi buat malam. Tapi jangan tetapkan sekian-sekian masa untuk melawat. Lepas itu kata itu sunnah pula, dapat pahala pula. Mana ada?
  7. Orang yang telah mati tidak dapat solat. Jadi, kenapa kamu tidak solat di rumah? Kalau tidak solat di rumah, macam orang mati pula. Kalau kita tak solat, macam kita dah mati pula sebab yang tak solat itu adalah orang mati. Yang hadis kata Nabi nampak Musa solat dalam kubur itu bermakna lain. Itu menunjukan pahala diberikan kepada Musa berpanjangan. Bukan nak kata ada orang boleh lagi solat dalam kubur.
 

Hakikah Agama Syiah – Book Review May 24, 2013

Filed under: Books,Ilmu — visitor74 @ 5:00 pm
Tags: ,

 

Zaman sekarang masih ada lagi suara-suara yang mengajak supaya kita berbaik-baik dengan syiah.

 

Marilah mengkaji serba sedikit agama syiah ini dengan membaca buku Hakikah Agama Syiah yang ditulis oleh Syeikh Muhibbudin Al-Khatib. Beliau menjelaskan tentang apakah Syiah Imam Dua Belas itu. Berbagai-bagai mazhab dalam Syiah ini tapi yang paling kuat adalah Syiah jenis ini. Inilah mazhab rasmi negara Iran.

Memanglah nampak sangat baik kalau kita dapat bersatu dengan syiah. Malu dengan orang kafir yang lihat Islam pun berpecah belah. Macam manalah mereka nak nampak keindahan Islam kalau dalam Islam sendiri tak dapat bersatu? Dan orang kita pun memang baik. Tak mahu mengata-ngata tentang orang lain. Mungkin ada kebenaran pada mereka yang kita tak tahu. Tidak nampakkah mereka yang berjaya membina negara Islam dan menjalankan hukum Islam di negara mereka? Macam negara Iran tu, nama negara mereka pun mereka namakan sebagai kerajaan Islam. Nampak ulama mereka pun macam baik jer. Pakai jubah, muka bersih, ada janggut lagi. Kita memang suka cakap nak bersatu. PAS dengan UMNO pun kita nak bersatu. Tapi sesama orang Islam Melayu taknak bersatu pulak.

Itu semua adalah kerana tidak tahu tentang hakikat syiah sahaja. Mereka sebenarnya bertopengkan Islam tapi mereka bukan Islam. Kita sahaja yang terhegeh-hegeh nak berbaik dengan mereka, tapi mereka tak hingin pun nak berbaik dengan kita. Pada zahirnya, mereka tunjukkan yang mereka nak berbaik, tapi dalam selimut mereka, mereka tak mahu pun. Sebabnya, perkara ini bukan baru sekarang orang cuba buat nak bersatu. Dari dulu lagi. Dah macam-macam usaha yang dilakukan. Tapi akhirnya kita yang rugi sendiri. Contohnya, di universiti al-Azhar, siapa ada kuliah tentang mazhab syiah. Tapi kat negara mereka, tiada pun pembukaan untuk belajar mazhab lain.

Dalam sejarah lagi telah tertulis bahawa mereka memang pandai bermuka-muka. Mereka akan menyokong kerajaan yang kuat, tapi bila kerajaan itu dah lemah sikit, mereka akan bergabung dengan pihak lain untuk menjatuhkan kerajaan.

Senjata utuh mereka adalah taqiyyah. Iaitu dibenarkan, malah disuruh untuk menipu. Jangan tunjukkan belang sebenar mereka. Jangan bagi musuh nampak apakah dalam hati mereka. Dan ya, memang kita ahli sunnah ini adalah musuh mereka. Kalau depan kita, mereka macam sama agama dengan kita. Mereka tak tunjuk amalan salah mereka yang merapu itu. Mula-mula mereka akan ajar yang senang-senang dahulu. Mereka akan timbulkan keraguan dalam agama kita. Lama kelamaan, apabila dah mula terima, barulah diajar semua sekali. Waktu itu, sudah terlambat.

Agama mereka amat lain dengan kita. Quran yang kita sanjung tinggi ini, mereka pertikaikan. Mereka kata sahabat-sahabat Nabi yang mulia telah tukar quran ini. Pandangan mereka kepada sahabat amat buruk sekali. Mereka sampai mengatakan semua sahabat kecuali tiga orang sahaja, kafir. Abu Bakr dan Umar mereka gelar ‘berhala’. Pembunuh Umar yang beragama Majusi mereka buat maqam dan mereka sembah.

Mereka letak pangkat Imam kepada ahli keluarga nabi. Padahal, mereka semua itu adalah orang baik. Mereka tidak pernah mengaku pun mereka adalah imam kepada puak-puak ini. Mereka sahaja yang syok sendiri. Mereka kata imam-imam itu lebih dari Nabi. Sampai kata imam-imam itu tahu tentang perkara ghaib macam Tuhan.

Beza kita dah syiah bukan bab furuk sahaja. Bukan bab fekah sahaja. Tapi bab akidah. Tak boleh nak bersatu. Buang masa dan tenaga sahaja. Mereka takkan terima kita. Mereka dari kecil lagi dah diajar membenci kita. Agama mereka reka sendiri.

Buku ini adalah ringkasan tentang agama Syiah. Sila download e-book itu disini (PDF). Belajarlah sedikit. Supaya tahu tentang mereka. Supaya tidaklah ada yang pandang ringan tentang mereka. Supaya tidaklah kita malu nak kata mereka itu kafir. Ya, mereka bukan salah satu mazhab dalam Islam, tapi satu agama lain dari agama Islam. Ini bukan saya kata, tapi banyak ulama Sunnah yang kata.

Allahu a’lam.