Dan bagimu (suami-suami) seperdua dari harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat dari harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. Para isteri memperoleh seperempat harta yang kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak. Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperdelapan dari harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu. Jika seseorang mati, baik laki-laki maupun perempuan yang tidak meninggalkan ayah dan tidak meninggalkan anak, tetapi mempunyai seorang saudara laki-laki (seibu saja) atau seorang saudara perempuan (seibu saja), maka bagi masing-masing dari kedua jenis saudara itu seperenam harta. Tetapi jika saudara-saudara seibu itu lebih dari seorang, maka mereka bersekutu dalam yang sepertiga itu, sesudah dipenuhi wasiat yang dibuat olehnya atau sesudah dibayar hutangnya dengan tidak memberi mudharat (kepada ahli waris)*. (Allah menetapkan yang demikian itu sebagai) syari’at yang benar-benar dari Allah, dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.
Di dalam surah an Nisa ayat 12 Allah telah memberikan instruction yang agak panjang lebar tentang pembahagian harta pusaka mengikut ketetapan yang tertentu. Kalau ada anak gini, kalau takde anak, gitu, dan sebagainya. Yang ni susah nak faham sikit. Aku pulak udahlah matematik tak berapa nak pandai sangat, susah nak tangkap (There are three kind of people: those who can count, and those who can’t).
Tapi di hujung ayat di atas, Allah berfirman: “dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyantun.” Allahlah yang lebih mengetahui apa yang dikehendaki dan apa perasaan hamba-hambaNya. Dia yang Maha Mulia telah memberikan instruction yang agak detail sebab Dia tahu harta benda nih memang bukan boleh buat main-main. Adik beradik boleh kelahi, saudara mara boleh tidak bertegur sapa kalau ada yang tak puas hati dengan bahagian dia. Allah tahu, kalau ada saudara mara yang mempunyai harta meninggal dunia, berapa lama sangatlah anak beranak, saudara mara akan bersedih menangisi permergian simati. Lepas kering air mata, yang pertama kali dilihat dan nak disambar adalah harta peninggalan. Maka akan segaralah diatur mesyuarat untuk membahagikan harta harta peninggalan itu. Itu kalau ada, kalau takde, buat senyap jerlah.
Kalau takde instruction sedemikian, maka akan adalah yang mengambil peluang mengambil lebih dari yang lain. Dan adalah nanti yang tidak puas hati dan sebagainya. Memang dah.
Dan aku sendiri melihat dengan mata aku sendiri bagaimana keadaannya anak beranak yang ditinggalkan yang menagih hak hak mereka. Yang mahukan harta tersebut tidaklah kita ketahui hati budi mereka. Mungkin mereka tidak melihat harta itu sebagai penting sangat. Yerlah, mungkin duit dia sendiri dah banyak. Tapi walaupun begitu, mereka mahukan juga hak mereka sebab hak tetapi hak. Kalau itulah sahaja peninggalan arwah yang boleh dibuat kenangan, akan mereka gunakan segala cara yang boleh untuk mendapatkannya.
Tapi application bab ni, aku tak berapa faham, jadi aku cuma boleh dengar jerlah. Tak dapat nak bagi nasihat. Tidak pulak diajar bab ni masa aku kat sekolah, kat universiti dulu. Apa tak penting ke? entahlah…..