We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Kitab Sahih Bukhari: Kitabul Iman: Islam Terbina Atas Lima Perkara May 31, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 5:44 pm


بَاب قَوْلُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ

 

Bab 2: Sabda Nabi SAW: “Islam Dibina Atas Lima Perkara”

وَهُوَ قَوْلٌ وَفِعْلٌ وَيَزِيدُ وَيَنْقُصُ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ( لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ ) ( وَزِدْنَاهُمْ هُدًى ) ( وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى ) ( وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُم  تَقْوَاهُمْ) وَقَوْلُهُ ( وَيَزْدَادَ الَّذِينَ آمَنُوا إِيمَانًا ) وَقَوْلُهُ ( أَيُّكُمْ زَادَتْهُ هَذِهِ إِيمَانًا فَأَمَّا الَّذِينَ آمَنُوا فَزَادَتْهُمْ إِيمَانًا ) وَقَوْلُهُ جَلَّ ذِكْرُهُ ( فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا ) وَقَوْلُهُ تَعَالَى ( وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ) وَالْحُبُّ فِي اللَّهِ وَالْبُغْضُ فِي اللَّهِ مِنَ الْإِيمَانِ وَكَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِالْعَزِيزِ إِلَى عَدِيِّ بْنِ عَدِيٍّ إِنَّ لِلْإِيمَانِ فَرَائِضَ وَشَرَائِعَ وَحُدُودًا وَسُنَنًا فَمَنِ اسْتَكْمَلَهَا اسْتَكْمَلَ الْإِيمَانَ وَمَنْ لَمْ يَسْتَكْمِلْهَا لَمْ يَسْتَكْمِلِ الْإِيمَانَ فَإِنْ أَعِشْ فَسَأُبَيِّنُهَا لَكُمْ حَتَّى تَعْمَلُوا بِهَا وَإِنْ أَمُتْ فَمَا أَنَا عَلَى صُحْبَتِكُمْ بِحَرِيصٍ وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ( وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي ) وَقَالَ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ اجْلِسْ بِنَا نُؤْمِنْ سَاعَةً وَقَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ الْيَقِينُ الْإِيمَانُ كُلُّهُ وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ لَا يَبْلُغُ الْعَبْدُ حَقِيقَةَ التَّقْوَى حَتَّى يَدَعَ مَا حَاكَ فِي الصَّدْرِ وَقَالَ مُجَاهِدٌ ( شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ ) أَوْصَيْنَاكَ يَا مُحَمَّدُ وَإِيَّاهُ دِينًا وَاحِدًا وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ ( شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا ) سَبِيلًاوَسُنَّةً ( دُعَاؤُكُمْ ) إِيمَانُكُمْ لِقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ ( قُلْ مَا يَعْبَأُ بِكُمْ رَبِّي لَوْلَا دُعَاؤُكُمْ ) وَمَعْنَى الدُّعَاءِ فِي اللُّغَةِ الْإِيمَانُ

Islam adalah ucapan dan perbuatan, ia boleh bertambah dan berkurang. Allah Ta`ala berfirman : لِيَزْدَادُوا إِيمَانًا مَعَ إِيمَانِهِمْ bermaksud: “ Supaya bertambah keimanan mereka di samping  keimanan yang telah sedia ada (pada mereka)”. FirmanNya lagi:  وَزِدْنَاهُمْ هُدًى bermaksud: “Dan kami tambah kepada mereka pertunjuk”.  FirmanNya lagi: وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى  bermaksud “Dan Allah menambah (lagi) hidayat kepada mereka yang telah mendapat hidayat”. FirmanNya lagi:  وَالَّذِيْنَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْbermaksud: “Dan kepada orang-orang yang telah mendapat hidayat, ditambahNya lagi hidayat dan diberiNya kepada mereka ketaqwaan”.

FirmanNya lagi:  وَيَزْدَادَ الَّذِيْنَ آمَنُوْا إيْمَانًا bermaksud: “Dan supaya bertambah       iman     orang-orang      yang      telah    beriman.    FirmanNya   lagi : أيُّكُمْ زَادَتْهُ هَذِهِ إيْمَانًا فَأَمَّا الَّذِيْنَ آمَنُوْا فَزَادَتْهُمْ إيْمَانًا bermaksud: “Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surah ini?” “Adapun orang-orang yang beriman, maka surah ini menambah imannya.” FirmanNya lagi:  فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إيْمَانًا (Bermaksud): “(Orang-orang munafiq berkata)Takutlah kepada mereka (pasukan tentera kuffar quraisy), maka kata-kata itu semakin menambahkan   lagi   iman   mereka”.

FirmanNya   lagi: وَمَا زَادَهُمْ إلَّا إيْمَانًا وَتَسْلِيْمًا (Bermaksud): “Tidaklah menambah kepada mereka melainkan keimanan dan penyerahan.” (Bab) Cinta kerana Allah dan benci  kerana Allah adalah sebahagian daripada iman . `Umar bin `Abdul `Aziz pernah menulis surat kepada `Adi bin `Adi (di mana beliau menyatakan): “Bahawa di dalam iman terkandung banyak kewajiban, peraturan, batas-batas (yang tidak boleh dicerobohi) dan perkara-perkara sunat. Sesiapa yang menyempurnakannya bererti dia menyempurnakan iman dan sesiapa yang tidak menyempurnakannya, bererti dia menguranginya. Jika saya masih hidup, saya akan terangkan kepadamu tentang perkara-perkara tersebut supaya kamu dapat beramal dengannya, tetapi jika aku mati maka tidaklah teringin sangat aku untuk terus bersamamu.

Ibrahim a.s berkata : (firman Allah) وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِىْ (bermaksud): “Akan tetapi supaya tenang hatiku. Mu`adz berkata (kepada Aswad bin Bilal): “Duduklah bersama kami sejenak untuk menambah iman (iaitu dengan mengingati ajaran Allah dan Rasulnya). Ibn Mas`ud berkata : “Yakin itu iman kesemuanya”. Ibn `Umar berkata :  “Seseorang itu tidak akan sampai kepada hakikat taqwa selagi  dia tidak meninggalkan apa-apa yang diragui hati sanubarinya.

Dan Mujahid berkata (ketika mentafsirkan fiman Allah ini): شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّيْنِ مَا وّصَّى بِهِ نُوْحًا (bermaksud): “ Dia telah memberikan kepadamu agama yang juga telah diberiNya kepada Nuh”. Ya`ni, “Kami telah berikan kepadamu hai Muhammad dan kepadanya agama yang sama.”

Dan Ibnu `Abbas berkata (ketika mentafsirkan dua perkataan dalam satu firman Allah iaitu): شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا(maksudnya ialah) jalan dan cara. Beliau juga berkata: دُعَاءُكُمْ (ma`nanya) ialah iman kamu.”

٧ –  حَدَّثَنَا عُبَيْدُاللَّهِ بْنُ مُوسَى قَالَ أَخْبَرَنَا حَنْظَلَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ خَالِدٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ رضي الله عَنْهممَا قَالَ{قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الإِسْلامُ عَلَى خَمْسٍ شَهَادَةِ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامِ الصَّلاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالْحَجِّ وَصَوْمِ رَمَضَانَ}

7- `Ubaidullah bin Musa telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Hanzalah bin Abi Sufyan telah meriwayatkan kepada kami (diambilnya) dari ‘Ikrimah bin Khalid dari Ibni `Umar r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Islam dibina (ditegakkan) atas lima perkara, iaitu bersaksi bahawa sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah utusan Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, mengerjakan Haji, dan berpuasa di bulan Ramadhan”.

Imam Bukhari banyak menyerang pemahaman salah puak-puak marjiah. Pemahaman ini mengatakan bahawa iman itu adalah satu sahaja. Iaitu sesiapa yang beriman, akan masuk syurga. Dan amalan ibadah tidak penting. Walaupun seseorang itu melakukan dosa, dia akan masuk syurga juga. Dan dia juga menghadapi puak Khawarij dan Muktizilah yang tidak membezakan antara iman dan amal. Sesiapa yang buat dosa besar, jadi kafir dan akan masuk neraka dan akan kekal di dalamnya.

Iman itu percakapan dan perbuatan. Tidak boleh hanya cakap sahaja. Orang pun tak nampak kalau cakap sahaja. Apabila beriman, ternyata di mulut dan perbuatannya. Kalau apa dia nak buat, dia akan check dgn imannya.

Iman itu boleh bertambah dan berkurang. Bertambah dengan amalan baik dan berkurang dengan perbuatan salah.

Imam hanifah kata iman itu satu sahaja. Yang perkara perlu dipercayai sama sahaja. Percaya kepada Allah, malaikat dan sebagainya. Yang lainnya adalah kaifiatnya. Tak sama iman kita dan Nabi. Pokok rambutan sama, tapi buah lain lain. Ada yg buah banyak. Ada yg manis. Lain lain.

Allah kata iman bertambah dari yang sudah ada. Bertambah dgn amalan baik. Murjiah ini pemahaman mereka macam Yahudi. Yahudi percaya mereka hanya masuk neraka atas kesalahan mereka selama beberapa hari sahaja. Kemudian, akan masuk syurga juga. Kalau neraka kejap jer.

Di dalam ayat-ayat sebagai contoh yang diberikan oleh Imam Bukhari itu menunjukkan betapa iman itu boleh bertambah:

“Dan kami tambah kepada mereka pertunjuk” Petunjuk dalam ayat itu adalah iman juga. Makanya petunjuk atau iman itu boleh ditambah oleh Allah.

“Dan Allah menambah (lagi) hidayat kepada mereka yang telah mendapat hidayat”. Hidayat itu adalah iman juga. Allah boleh tambah iman seseorang dengan memberi hidayat.

“Dan kepada orang-orang yang telah mendapat hidayat, ditambahNya lagi hidayat dan diberiNya kepada mereka ketaqwaan”. Iman yang ditambah Allah dalam ayat ini adalah dalam bentuk taqwa.

Bertambah iman juga dengan turun ayat Quran.

Cinta kerana Allah. Dan benci kerana Allah. Ianya adalah perbuatan hati.

`Umar bin `Abdul `Aziz pernah menulis surat kepada `Adi bin `Adi (di mana beliau menyatakan): “Bahawa di dalam iman terkandung banyak kewajiban, peraturan, batas-batas (yang tidak boleh dicerobohi) dan perkara-perkara sunat. Sesiapa yang menyempurnakannya bererti dia menyempurnakan iman dan sesiapa yang tidak menyempurnakannya, bererti dia menguranginya. Jika saya masih hidup, saya akan terangkan kepadamu tentang perkara-perkara tersebut supaya kamu dapat beramal dengannya, tetapi jika aku mati maka tidaklah teringin sangat aku untuk terus bersamamu.

Bukhari ambil athar umar Abd Aziz. Syariat itu adalah termaktub dalam bentuk kewajiban, peraturan dan batas-batas. Iaitu perkara yang perlu diimani yang telah ditetapkan oleh Allah.

Hudud adalah batasan-batasan yang telah ditetapkan.

Beberapa Sunnah yang boleh dibuat. Selain daripada yang wajib, ada perkara-perkara Sunnah yang kalau dibuat, akan menambahkan iman. Makanya, bukan perkara-perkara besar sahaja yang akan menambah iman. Tapi perkara kecil juga boleh.

Kalau dia (Umar Abdul Aziz) umur panjang, dia akan cerita lagi. Ada ulama mengatakan bahawa umar Abd Aziz dah rasa umur dia tak panjang dah. Itu sebab dia cakap macam itu.

Nabi Ibrahim minta ditunjukkan bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati. Untuk mendapatkan ainul yakin dari ilmul yakin. Menunjukkan iman dia dah ada dah tu, tapi boleh bertambah lagi. Ainul Yaqin adalah lagi tinggi dari Ilmul Yaqin. Menyempurnakan. Takkan kita nak kata iman Nabi Ibrahim tak cukup lagi pula. Padalah dia adalah seorang Nabi yang tinggi. Maknanya, tidak salah mengukuhkan iman kita. Iman boleh dikukuhkan lagi dengan cari bukti. Dengan membaca, contohnya. Yakin itu berdasarkan ilmu. Kalau tengok, lagilah yakin. Haqqul yaqin adalah dengan mengalami sendiri. Iman itu ada peringkat peringkatnya. Perlunya peningkatan iman.

Contoh Ainul yaqin adalah macam zaman kita sekarang kita boleh lihat apa yang disebutkan oleh Nabi. Macam Nabi kata manusia akan berebut emas hitam. Itu adalah minyak petroleum. Nabi kata manusia akan berlumba-lumba membina bangunan. Ini adalah kebenaran yang kita dapat lihat pada zaman ini. Dan arkitek yang buat bangunan itu pula boleh dikatakan merasai haqqul yaqin kerana mereka sendiri yang membinanya.

Meninggalkan apa yang diragui sanubarinya. Taqwa banyak peringkat. Ini meninggalkan syubhah. Dia tak buat sebab iman dia dah kuat. Tak sedap nak buat benda syubhah. Apatah lagi kalau diyakininya. Lagilah dia tinggal. Baru sampai hakikat taqwa.

Agama sama seperti Nabi Nuh. Apabila Islam, kena beramal. Dari zaman Nabi Nuh lagi. begitulah sifatnya.

Islam itu atas lima perkara.

Kitab Bukhari ni tak boleh baca sorang. Kenapa beliau bawa Hadith ini padahal dia membicarakan soal iman? Kenapa tidak dibawakan Hadith jibrail yang ada menyebutkan tentang iman di dalam jatuh itu? Kerana dia nak cerita bahawa pentingnya beramal.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterusnya.

Video kelas boleh download di sini

Advertisements
 

Pengenalan kepada Hadith Bukhari: Kitabul Iman May 29, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 3:46 pm

بَاب قَوْلُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بُنِيَ الْإِسْلَامُ عَلَى خَمْسٍ

Bab 2: Sabda Nabi SAW: “Islam Dibina Atas Lima Perkara”

Semua perkara agama datangnya dari wahyu. Yang paling penting sekali ialah iman. Bila-bila pun zaman pun, iman itu adalah penting. Dari Nabi Adam lagi sampai sekarang. Dan semua berdasarkan wahyu. Tanpa iman, yang lain tak jadi belaka. Apa sahaja amalan tanpa iman adalah sia-sia. Kita ada hubungan dengan satu zat bernama Allah semasa di dunia ini. Hubungan apa? Hubungan rahmat. Itulah yang kita selalu sebut: Bismillah Rahman rahim. Betapa kasih dan sayang Dia kepada kita. Buktinya Dia bagi wahyu kepada kita melalui Nabi. Satu fenomena rahmat dari Rahmat Dia. Lain agama kita dengan agama lain. Sifat tuhan mereka lain. Ada percaya tuhan mereka macam musuh. Tuhan mereka tidak memberi jawapan kepada mereka. Mereka terpaksa menggunakan fikiran. Ada kata tuhan lepas buat dunia ini, tuhan akan rehat. Tak mentadbir dunia ini dan segalanya. Macam pembuat jam buat jam. Mula-mula sahaja buat jam itu, tapi lepas itu, jam itu akan jalan sendiri. Jadi pemahaman tentang tuhan itu macam-macam. Mereka tiada panduan dalam kehidupan seharian. Tidak munasabah kalau begini. Tuhan kalau dah jadikan kita semua, mestilah Dia akan memberi panduan bagaimana menjalani kehidupan ini.

Ugama Islam bukan begitu. Wahyu itu rahmat paling besar. Dia tidak biar kita hidup sendirian sahaja. Dia beri panduan. Kepada setiap orang. Setiap masa. Dia juga beri akal dan perasaan. Dan dia beri Nabi sepanjang zaman. Dan wahyu sebagai panduan. Macam peta. Tanda Allah kasihkan kita. Dia beri petunjuk sepanjang jalan kepada kita.

Iman bermakna percaya. Kalau kita kata kita beriman kepada Allah, bermakna kita percaya sepenuhnya kepada Allah. Kalau kita bagi salam kepda seseorang, bermakna kita memberi jaminan kepadanya bahawa kita tidak akan menyakitinya.

Ada yang pelik sikit pasal tajuk bab ini, sebab ianya adalah Hadith tentang iman, tapi Imam  Bukhari mulakan dengan kata ‘Islam dibina atas lima perkara’.

Walaupun ada yang kata dia Islam, tapi firqah lain-lain. Ada Syiah, khawarij dan sebagainya. Zaman Bukhari lagi dah ada dah firqah-firqah yang berbeza-beza ini. Ini adalah kerana mereka tidak percaya Hadith. Itulah sebabnya. Sampai Syiah kata sembelih baqarah dalam surah al-Baqarah itu maksudnya sembelih Aisyah. Mereka takwil macam-macam. Dan Muktazilah yg pakai akal itu tidak menerima bahawa Nabi-Nabi ada mukjizat. Mereka kata yang Nabi Musa belah laut itu adalah kerana air laut itu surut. Dan Nabi tidak dibelah dadanya. Dan tidak berlaku isra’ mi’raj sebab pada mereka tidak mungkin boleh berlaku.

Jadi Bukhari menghadapi golongan yang mengaku Islam tapi sebenarnya sesat. Mereka itu adalah golongan Murjiah, Muktazilah dan Khawarij. Murjiah mengatakan yang penting adalah beriman sahaja. Akan masuk syurga. Tidak kira samada dia beribadah atau tidak dan samada dia melakukan dosa atau tidak.

Muktazilah dan Khawarij pula menyatakan jikalau melakukan dosa besar, maka dia akan menjadi kafir terus dan tidak akan keluar dari neraka. Kerana mereka tidak memisahkan antara iman dan amal. Kerana mereka meletakkan bahawa Islam itu atas tiga juzuk. Iaitu katakan dengan lidah, percaya dengan hati dan perbuat dengan amalan. Pada mereka, ketiga-tiga kena ada. Kalau satu tidak ada, maka manusia itu akan masuk neraka tidak keluar. Maka ini adalah pendapat yang ekstrim.

Amalan adalah penting untuk dibuat untuk melengkapkan Islam. Inilah sebab dalam Quran dikatakan beriman dan beramal soleh. Dan kena ikut apa yang telah diberikan oleh agama. Tak boleh buat lebih walaupun kalau kita sangkakan bahawa ianya adalah perkara baik. Tidak boleh. Itu dinamakan bidaah. Adalah sebabnya kerapa Islam telah meletakkan seperti itu. Contoh: wirid selepas solat adalah subhanallah 33x, alhamdulillah 33x dan Allah akbar 34x. Jangan buat lebih. Dan kalau nak tidur, terbalik pula. Allah akbar 34x, alhamdulillah 33x dan subhanallah 33x. Khasiatnya sudah begitu. Macam ubat juga, kita kena ikut dos yang telah diberikan oleh doktor.

Mereka yang sesat itu selalunya anti hadis. Atau ada masalah dengan hadis. Macam Syiah hanya terima dari ahlul bayt sahaja. Khawarij hanya terima hadith dari sesetengah sahabat sahaja. Sanggup dia komen sahabat tidak benar dan sebagainya. Padahal Nabi dah didik sahabat-sahabat itu. Mereka telah berkorban dengan banyak sekali. Mereka kata yang boleh dipercayai adalah setakat zaman saidina Uthman sahaja. Ada yang sampai mengkafirkan sahabat. Mereka kata ada sahabat tidak elok perangai mereka. Sampai mereka kata ada sahabaat yang melakukan kesalahan seperti zina dan sebagainya. Padahal sahabat-sahabat itu telah dididik sendiri oleh Nabi. Barulah hebat Nabi itu dapat mendidik mereka yang perangai dari tidak elok menjadi elok. Mereka itu bukankah asalnya adalah dari kaum jahiliah. Dan menunjukkan bahawa hukuman itu berjalan zaman Nabi lagi. Memang boleh pakai dan dipraktikkan. Dan sahaba- sahabat itu tidak mengambil kesempatan selepas dimaafkan. Mereka amat beradab. Kalau kita, mungkin kita buat kesalahan demi kesalahan selepas dosa kita diampunkan. Tapi tidak dengan sahabat-sahabat.

Jadi Imam Bukhari nak menentang golongan-golongan yang salah faham ini. Yang ada mengatakan iman itu satu sahaja. Tak kurang dan tak tambah. Iman itu sebenarnya boleh bertambah dengan amalan baik. Iaitu amalan yang mengikut apa yang Nabi ajar. Bukan pandai ikut reka sendiri.

Begitulah pengenalan kepada Kitab Iman. Lompat kepada Hadis

 

Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masakini May 21, 2012

Filed under: Hadith,Pengenalan Hadis — visitor74 @ 7:24 am

1.0       Muqaddimah

Di antara ciri Ahlus Sunnah Wal Jamaah ialah menyakini hadith atau sunnah sebagai teras kepada ajaran Islam keseluruhannya dan sumber kedua utama di dalam hukum hakam, gerak kerja dan penilaian terhadap segala yang berlaku di dalam kehidupan manusia di dunia.

Sementara golongan-golongan yang mendakwa Islam selain mereka, ada yang menolak hadith, ada yang hanya menerima sebahagian daripada hadith dan ada pula yang memahaminya dengan pemahaman-pemahaman yang jauh terpesong daripada kehendak syari’e dan roh syariah Islam yang terbukti dalam kehidupan para sahabat Rasullullah (SAW).

Lantaran itu mereka tersasul dan dihukum oleh ulamak-ulamak Ahlul Haq yang datang kemudian daripada generasi sahabat sebagai golongan “Ahlul Baathil Wal Ahwaa”.  Golongan yang mengikut sunnah Rasullullah (SAW) dan para sahabat Baginda (SAW) dinamakan Ahlul Haq atau Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kita adalah golongan ahli sunnah wal jamaah. Sunnah itu bermaksud mengikut sunnah dan jamaah itu adalah mengikut para sahabat. Golongan selain ahli sunnah wal jamaah ini tidaklah ada lain tapi mesti ada elemen tidak mahu menerima hadith. Kalau tak semua pun, tentu ada sedikit sebanyak.

Walaupun dalam praktiknya Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengutamakan dan mendahulukan Al-Quran daripada Al-Hadith atau As Sunnah namun sebabnya mereka tidak dinamakan Ahlul Quran atau Ahlul Kitab kerana Al-Quran atau Al-Kitab itu didakwa oleh semua golongan yang mengaku Islam sebagai ikutan dan panduan serta pegangan mereka tetapi sikap mereka tentang As Sunnah adalah tidak sama iaitu mereka mempertikaikannya dan menolaknya sedangkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah selain dari berpegang teguh dengan Al-Quran,  mereka juga berpegang dengan As Sunnah dengan memeliharanya dengan sebaik-baiknya dan mempertahankannya.  Kerana ciri inilah Ahlus Sunnah ini dinamakan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kita pula tidak menamakan diri kita sebagai ahli Quran sebab sudah menerima Quran itu. Yang masalahnya adalah hadith. Ada yang tak terima. Dan tidak kita namanya golongan kita ini sebagai ahli kitab sebab itu sudah masyhur adalah golongan Yahudi dan kristian.

Kedudukan dan keutamaan Ahlul Sunnah atau Ahlul Hadith dapat dilihat dengan jelas sekali di dalam hadith-hadith Rasulullah saw dan di dalam pendapat-pendapat para ulama salaf .  Antara lain Nabi (saw) bersabda; “Orang-orang Yahudi berpecah kepada 71 puak dan orang-orang Kristian   berpecah kepada 72 puak.  Umatku akan berpecah kepada 73 puak. Semuanya akan masuk neraka kecuali satu sahaja iaitu golongan yang mengikut sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku.” (Nasai’I-Tarmizi-Abu Daud-Ahmad-Haakim-Ibn Majah – Baihaqi)

Ibn Mas’ud (r.a) pula berkata bermaksud, “Sesiapa yang mahu mengikut jejak langkah seseorang maka hendaklah ia mengikut jejak langkah sahabat Nabi Muhammad (saw) kerana mereka adalah  golongan yang paling baik hatinya dari kalangan ummat ini, paling dalam ilmunya, paling sedikit cerewetnya, paling teguh karektornya dan paling baik keadaannya.  Mereka adalah satu golongan yang telah dipilih oleh Allah (SWT) untuk menjadi sahabat kepada Nabinya dan menegakkan ugamaNya.  Maka hendaklah kamu sedari keutamaan mereka dan mengikut jejak langkah mereka kerana mereka adalah golongan yang berada di atas jalan yang betul”. (Imam Ahmad-Razin)

Dan Nabi (SAW) bersabda,  “Akan terus ada satu golongan dari ummatku yang tegak di atas kebenaran dan diberi pertolongan.  Mereka tidak tergugat oleh orang-orang yang menentang mereka sehingga datang perintah Allah”. (Bukhari – Muslim)

Imam Ahmad berkata berhubung dengan golongan yang tersebut di dalam hadith ini;

“Bahawa mereka ini adalah golongan Ahlul Hadith”

Untuk mengetahui kepentingan dan keistimewaan Al-Hadith sebagai satu bentuk pengajian  di dalam sistem pendidikan Islam, kiranya perbincangan yang akan disentuh nanti akan dapat menyingkap sebahagian kecil daripadanya.

Golongan Islam dipecahkan kepada 73 golongan. Golongan satu itu adalah jamaah. Golongan yg mengikut landasanku dan sahabat-sahabatku. Menjadikan sahabat sebagai panduan.

Ibnu Mas’ud kata ikutlah orang yg telah mati. Sebab yang hidup belum tentu lagi. Mereka itulah sahabat. Dalam Quran juga dikatakan sahabat adalah sebagai panduan. Dan dalam Hadith juga. Sebagai ahlus Sunnah adalah mengikut Quran Hadith dan sahabat Nabi.

Kenapa perlu jadi ahlul Hadith? Terutama zaman sekarang? Telah timbul fenomena menyebabkan perlu Hadith Gol anti-Hadith. Sesat mereka. Kalau tak belajar, mungkin akan terjebak. Mereka kata banyak Hadith bercanggah dengan akal. Padahal akal adalah terhad. Akal ibarat neraca tukang emas. Boleh timbang yang ringan sahaja.

Ada riwayat dari golongan yang belum Islam. Mereka kata abu hurairah belum lagi Islam masa meriwayatkan Hadith. Mereka kata sahabat dusta. Ini adalah kerana mereka tidak memahami istilah dan cara Hadith. Tidak semestinya sahabat yang meriwayatkan itu ada. Dia riwayatkan dari sahabat. Dan cuma dia tidak sebut sahaja. Merana tidak mempelajari Hadith.

Mereka mata tak mungkin sahabat boleh hafal banyak Hadith. Bangsa Arab memang kuat ingatan mereka. Bangsa Arab dahulu. Imam-imam memang kuat ingatan. Diakui sejarah. Dan sahabat tidak hafal semua. Bukan semua sahabat hafal semua. Sorang sedikit. Ini adalah satu mukjizat sampai ke akhir zaman. Iaitu semu perbuatannya ditulis dikaji diingati. Tiada orang lain macam itu.

Mereka kata banyak Hadith menyamakan tuhan dengan manusia. Cth Hadith kata Allah suka; dalam Quran pun ada menyamakan. Tapi bukan sama dengan apa perbuatan manusia. Lain sekali.

Hadith tidak dikumpulkan bertulis macam Quran; sudah banyak ditulis semasa zaman Nabi lagi. Abu hurairah antaranya tulis. Abdullah bin Amar. Memang Nabi ada larang. Tapi itu untuk seketika. Bila dah faham bahasa Quran dan mereka boleh bezakan.

Hadith menyifatkan Nabi dgn sifat tidak sesuai dengannya. Mandi bersama isterinya. Mereka macam ingat dia bukan manusia. Nabi cium isterinya. Tiada apa aibnya. Dan banyak pengajaran boleh dapat dari perbuatan itu.  Tidak semestinya menjauhi kehidupan dalam mendekatkan diri kepada Allah.

Quran.

3.1.7     Hadith-hadith bukan merupakan wahyu yang dijamin oleh Allah (swt) keterpeliharaannya daripada tersalah.

Kajian telah dilakukan untuk menapis.

3.1.8     Hadith-hadith menyebabkan perpecahan dan timbulnya semangat kepuakan dalam Islam. Kalau tiada Hadith pun manusia akan berpecah jugak. Dan kalau ikut Hadith yang betul, tidak berlaku perpecahan. Dan beza mazhab pun boleh kahwin dan sebagainya. Akidah yang sama.

3.1.9     Hadith-hadith itu banyak yang tidak disepakati tentang kesahihannya atau kedhaifannya.  Jadi tidak diketahui yang manakah yang betul.

Pakai yang betul lah macam tu. Ada yang disepakati. Kalau ada beza, pilihan untuk kita.

3.1.10   Golongan-golongan yang mendakwa Islam masing-masing mempunyai hadithnya yang tersendiri mengikut istilah mereka.  Ahlus Sunnah tidak menerima hadith-hadith Syiah begitu juga Syiah tidak menerima hadith-hadith Ahlus Sunnah.

Syiah kata kata imam dia pun dikatakan Hadith. Itu tak sama dengan kita.

Kita boleh tahu mana ajaran yang salah.

Hadith yang benar lain dengan Hadith yang salah. Siapa biasa Hadith akan tahu dan nampak

3.1.11   Tidak dapat dinafikan terdapat banyak sekali hadith-hadith maudhu’, kerana itu tidaklah dapat untuk mempastikan kebenarannya dari kepalsuannya.

Sebab itu ada ilmu Hadith.

3.1.12   Banyak terdapat percanggahan di antara satu hadith dengan hadith yang lain.

3.1.13   Banyak hadith-hadith yang memberi gambaran lucah yang tidak sesuai dengan Rasullullah (s.a.w)

3.1.14   Sayyidina Umar pernah berkata “Cukuplah untuk kita Al-Quran.” Beliau tidak menyebut langsung tentang Al Hadith.

Hadith pun kitabullah juga. Dan umar sendiri pakai Quran sahaja.

3.1.15   Untuk memahami Al-Quran kata mereka, tidak diperlukan kepada Al Hadith.  Setiap orang boleh memahami Al-Quran dengan kecerdasan fikirannya.

3.1.16   Hukum-hukum yang diberikan oleh Rasullullah (s.a.w) hanya khusus untuk zaman Baginda (s.a.w).  Kemudian hukum-hukum itu boleh berubah dan dpindahkan mengikut keperluan masa dan tempat.

3.1.17   Walaupun kata-kata dan perbuatan Nabi (s.a.w) merupakan hujjah tetapi oleh kerana ia tidak sampai kepada kita melalui saluran-saluran yang boleh diyakini, maka ia hanya berada di peringkat dzanni sahaja yang tidak layak dijadikan sandaran.

3.2        Syiah

Di antara permasalahan golongan Syiah adalah seperti berikut:

3.2.1     Rasullullah (SAW) ada bersabda “Bahawa aku tinggalkan kepada kamu dua perkara.  Kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepadanya iaitulah pertama Kitab Allah dan kedua, Ahli Baitku”.

Hadith ini tidak mahfuz. Siapakah ahlul bait? Adakah semua alim? Jadi mereka takwil sendiri. Yang jadi imam sahaja. Datang dari mana? Ini pun a kesesatan mereka.

3.2.2     Hadith-hadith itu diriwayatkan oleh orang-orang yang tidak ada nilainya menurut mereka walaupun seberat nyamuk seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin Al-Hakam, Imran bin Hitthan Al Khariji dan Amar bin Al Ash.

Riwayat mereka ada dalam kitab yang tinggi. Jadi rujukan kita dan mereka akan berlainan.

3.2.3     Hadith-hadith tidak boleh diterima kerana diriwayatkan oleh orang-orang yang murtad sesudah kewafatan Nabi (s.a.w.)

Bagi mereka sahabat sahabat itu semua murtad kecuali tiga orang sahaja. Salman, abu dzar dan

3.2.4     Ramai daripada Sahabat memeluk agama Islam secara terpaksa dan dalam keadaan ragu atau sebenarnya mereka munafiq.  Kerana itu masih ada di antara mereka  yang minum arak , membunuh dan melakukan beberapa kemungkaran dan kefasiqan.

Mereka memburukkan-burukkan sahabat. Sampai abu bakar pun mereka kata pura pura juga. Semua orang sebenarnya melakukan dosa. Tiada insan yang maksum. Allahlah yang bersifat ghafur. Allah menunjukkan cara bagaimana menjalankan hukuman. Secara praktikal. Islam itu praktikal. Sahabat kalau melakukan dosa, mereka mengaku kepada Nabi.

Dan tiada pun kita pakai Hadith orang yang melakukan dosa besar. Jadi tidak menjejaskan Hadith.

3.2.5     Hadith- hadith itu dikumpulkan di zaman Khulafa’ Ar Rasyidin selain Sayyidina Ali yang mana mengikut pandangan orang-orang Syiah, mereka adalah orang-orang yang zalim bahkan kafir.

Jawap: Quran itu juga disampaikan dari mereka juga. Jadi macam mana? Kalau begitu, Quran juga boleh diragukan.

3.2.6     Banyak di antara hadith yang ditulis di zaman Khulafa’ Ar Rashidin selain Sayyidina Ali itu bermotifkan politik dan untuk mengampu Khulafa’ semasa.

3.2.7     Hadith-hadith yang diriwayatkan oleh kebanyakan Sahabat yang diterima oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada mereka tentunya tidak sahih kerana mereka itu telah menjadi fasiq atau kafir kerana memerangi Sayyidina Ali.

3.2.8     Hadith-hadith Ahlus Sunnah tidak terpelihara kerana ia diriwayatkan oleh orang-orang yang tidak amanah bermula dari para sahabat sehinggalah kepada generasi-generasi yang datang kemudian.

3.2.9     Banyak daripada perawi-perawi di kalangan Sahabat (r.a) menceritakan suatu peristiwa yang ia tentu sekali tidak turut hadir dalam peristiwa itu.

3.2.10   Hadith bagi mereka bukan terhenti sekadar yang diriwayatkan daripada Rasullullah (saw) sahaja tetapi juga yang diriwayatkan daripada para Imam Duabelas yang “maksum” sesudah Baginda Rasullullah (saw).  Ini bermakna hadith Rasullullah (saw) bukanlah suatu yang muktamad.

3.2.11   Hadith-hadith Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak dapat diterima kerana banyak yang mutawaatir dan sahih di sisi Syiah tidak dianggap sebagai mutawaatir oleh Ahlus Sunnah kerana itulah berlaku perbezaan fahaman baik dari segi akidah atau dari segi furu’.

3.2.12   Hadith-hadith Ahlus Sunnah tidak dapat diterima kerana ia disebarkan dan dibawa oleh ulamak-ulamak kerajaan (kononnya) dan mereka mementingkan kehidupan duniawi.

3.2.13   Ulamak-ulamak hadith Ahlus Sunnah tidak dapat diterima kerana ganjil sekali mereka menerima dengan sikap yang terbuka hadith-hadith daripada golongan-golongan ahli bid’ah seperti Khawarij, Murji’ah dan lain-lain sedangkan daripada Imam-Imam Ahlul Bait yang maksum tidak diterima oleh mereka (Ahlus Sunnah).

3.2.14   Hadith-hadith yang diriwayatkan oleh ulamak Ahlus Sunnah tidak dapat diterima kerana mereka adalah golongan yang bersyubahat dengan kerajaan yang sentiasa menzalimi Ahlul Bait dengan memegang apa-apa  jawatan di dalam kerajaan tersebut atau dengan menganggapnya sebagai orang-orang yang adil sehingga bersembahyang berimamkan mereka.

3.3        Mengikut Sunnah Dengan Membabi Buta:

Nak ikut Sunnah tapi tidak kena.

Permasalahannya ialah:

3.3.1     Golongan ini sebenarnya tidak memahami apakah erti “Sunnah” sebenarnya. Umpamanya mereka tidak mengetahui pembahagian para ulamak tentang sunnah itu sendiri kepada Sunnah tasyriiyyah – kait dgn syariat, Sunnah Ghairu tasyriiyyah – mungkin harus. Nabi pakai kain. Jadi mereka kata tak pakai seluar. Nabi makan tiga jari. Kena bersugi dgn kayu. Nabi x makan nasi. Adakah dapat pahala kalau ikut. Ramai nak ikut sahaja. Adakah semua perang nak kena gali parit? Kekadang kalau kita pakai, akan jadi salah. Perbuatan Nabi itu ada jugak dibuat oleh orang kafir. Jadi ianya bukan agama. .  Ittiba’ Suuri, Ittiba’ Hakiki, Mu’aradhah Suuriyyah dan Mu’aradhah Hakikiyyah dan lain-lain lagi.

– tak faham maka berlaku kesilapan. Tidak ada pengajian Hadith yg baik.

3.3.2     Menganggap apa yang diucapkan atau diperbuat oleh Rasullullah (s.a.w) sebagai orang yang berkedudukan tertentu seperti sebagai muballigh atau mu’allim sahaja sedangkan ada hadith Rasullullah (s.a.w.) yang diucapkan atau dilakukan atau diperakuinya itu sebagai Baginda (s.a.w.) seorang pendidik, ketua negara, jeneral, hakim, bapa, suami, ahli saikologi dan lain-lain.

– ada yg hanya boleh diikut oleh org berkuasa sahaja.

3.3.3     Sesuatu hadith yang dikemukakan oleh Nabi (s.a.w.) dalam konteks peribadi atau keadaan tertentu mungkin difahami oleh orang yang mempunyai penyakit ini sebagai untuk semua orang dan untuk semua keadaan.  Misalnya hadith Rasullullah SAW menyuruh mandi selepas sembahyang Subuh dan menyelam 7 atau beberapa kali melawan arus bagi orang yang demam atau Nabi (s.a.w) memakai celak – mata bercelaklah sekian ramai orang; memakai kain ke paras tengah betis dan lain-lain lagi.

3.3.4     Mengamalkan segala apa yang dikatakan sebagai hadith tanpa mempastikan terlebih dahulu sama ada ia maudhu’ atau tidak dan menggunakan hadith untuk sesuatu perkara tanpa memandang kepada taraf  hadith itu.  Contohnya hadith dhaif hendak dipakai untuk menentukan sesuatu hukum jenayah dan hadith ahaad walaupun sahih hendak dijadikan sebagai asas aqidah.

3.3.5     Mengikut sesuatu hadith tanpa mengetahui  samada hadith itu sudah dimansuhkan atau tidak, mubham atau mufassar, muhkam atau mutasyaabih, khusus untuk Nabi (s.a.w.) atau untuk generasi sahabat atau sahabat yang tertentu sahaja.

3.3.6     Mahu mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh Rasullullah (s.a.w) dengan tidak mengambil kira sama ada apa yang telah dapat dilakukan oleh Rasullullah (s.a.w) itu adalah mukjizat Baginda (s.a.w.) seperti menyembelih unta sambil berdiri.

3.3.7     Mahu mengikut Nabi (s.a.w.) tanpa memikirkan sama ada Nabi (s.a.w.) berbuat begitu kerana sesuatu sebab atau tujuan yang tertentu seperti:

i.        Tawaf Ka’bah dengan mengenderai unta

ii.        Tidur mengiring di atas lambung kanan selepas sembahyang sunat Subuh iaitu sebelum mengerjakan sembahyang Subuh dan lain-lain lagi.

– ada sebab mengapa Nabi buat benda benda di atas. Dia tawaf naik unta itu adalah supaya ramai orang boleh nampak. Dan unta yang dia pakai itu adalah unta yang special. Dan dia tidur sebab dia telah lama melakukan solat malam tadi. Jadi kalau tak solat malam, tidak payah lah nak tidur lepas solat qabliah subuh.

3.3.8     Mengikut sunnah Nabi (saw) kononnya tetapi sebenarnya kerana bersesuaian dengan hawa nafsu tanpa mengambil kira `asbabul wurud’ bagi hadith itu atau latar belakang di mana Nabi (saw) mengungkapkan hadith tersebut seperti beristeri empat dan lain-lain lagi.

3.3.9     Berpegang dan mengamalkan hadith-hadith tertentu sahaja seperti hadith-hadith riqaq atau hadith-hadith zuhud dan lain-lain dengan tidak melihat kepada keseimbangan di dalam amalan dan cara hidup yang ditunjukkan oleh Rasullullah (saw) sendiri.  Contohnya – tidak berasap dapur rumah Nabi (saw) selama beberapa hari, sedangkan di waktu yang lain Nabi (saw) menyimpan makanan untuk setahun.

– Nabi cuma tidak berasa dapurnya kalau tidak ada rezeki. Tapi ada masa-masa lain Nabi ada makan yang sedap-sedap.

3.3.10   Berpegang dengan suatu Hadith Fadhilat dan mengamalkannya tetapi tidak berusaha memahami hikmat dan rahsia di sebalik galakan-galakan Nabi (saw) itu.

3.5        Meninjau Al Hadith dari perspektif yang sempit

Penyakit ini juga menjadikan seseorang tidak sampai kepada maksud hadith yang sebenarnya atau terus akan meninggalkan hadith dengan menjadikan seorang Anti Hadith.  Di antara permasalahannya ialah:

3.5.1     Melihat hadith dari kaca mata ilmu yang tertentu sahaja seperti nampak adanya pertentangan di antara kenyataan yang terdapat dalam Hadith Dajjal – di dalam sebuah hadith dikatakan “dajjal tidak dapat masuk di dalam dua Tanah Haram”, sementara di dalam hadith yang lain dikatakan “dajjal bertawaf mengelilingi Ka’bah.

– kadang-kadang apa yang Nabi nampak adalah dalam alam misal. Bukan realiti. Dalam hadith yang mengatakan yang dajjal tawaf bersama dengan Nabi Isa itu adalah nak menceritakan bahawa orang-orang yang merosakkan agama itu boleh juga melakukan tawaf. Macam guru Nanak pun ada pegi tawaf jugak.

3.5.2     Membataskan hadith-hadith Nabi (saw) yang umum dan bersifat universal kepada orang tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja. Misalnya  apabila melihat contoh-contoh yang diberikan oleh Nabi (saw) itu menggambarkan adanya penggunaan bahan-bahan semasa seperti Nabi (saw) memberikan tali dan kapak kepada seseorang untuk pergi  mencari kayu api dan menjualnya atau apabila Nabi (saw) menganjurkan supaya melicinkan makanan daripada pinggan atau bekas.

3.5.2.1  Cuba menyelesaikan hadith dengan akal atau pengalaman semasa atau berdasarkan gejala-gejala material seperti tidak dapat menerima hadith “syaqqu sadr” (belah dada), hadith “mi’raj” dan hadith “Sungai Nil dan Sungai Furat berpunca dari Syurga”.

– apabila zaman modern ini, banyaklah apa yang diceritakan oleh Nabi itu berlaku. Macam belah dada sekarang hari-hari buat. Dan sekarang orang dah boleh naik ke angkasa. Itu orang biasa. Tambahan pulak kalau Nabi yang dapat mukjizat dari Allah.

3.6        Komprehensifnya hadith-hadith Rasullullah (saw) berkaitan dengan perkara-perkara yang berlaku sesudah kewafatan Baginda (saw) hingga kiamat.

Hadith-hadith yang menyebutkan perkara-perkara yang termasuk di bawah tajuk ini bertebaran di dalam kitab-kitab hadith terutamanya di dalam kitab “Al Fitan” dan “Bab Asyrat As Sa’ah”.  Apa yang disebutkan oleh Rasullullah (saw) di dalam hadith-hadith ini tidak semestinya menunjukkan bahawa Rasullullah (saw) tidak merestui apa yang disebutkan  di dalam hadith-hadith itu bahkan ia bermaksud untuk menunjukkan kenyataan-kenyataan yang akan terjadi sama ada baik atau buruk untuk ugama dan dunia manusia sepeninggalan Baginda (saw).

Bagaimanapun kebanyakannya adalah merupakan perkara yang tidak baik dan perlu dihindari oleh ummatnya, di samping sentiasa berwaspada di dalam menghadapinya.

Banyak pula di antaranya disebutkan oleh Rasullullah (saw) dalam bentuk isyarat yang hanya difahami apabila apa yang diisyaratkan itu menjadi kenyataan yang disaksikan oleh orang yang hidup semasa kenyataan-kenyataan itu berlaku.

Di antara yang dapat disenaraikan di bawah fasal ini ialah:

3.6.1     Pimpinan daripada Al Hadith berhubung dengan soal-soal kemasyarakatan seperti:

3.6.1.1  Anak –anak menderhakai ibu bapa

3.6.1.2  Isteri menderhakai suami

3.6.1.3  Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki

3.6.1.4  Di suatu ketika orang-orang Islam ramai tetapi mereka hina dan lemah – sebab-sebabnya.

– umat Islam diterkam seperti orang menerkam makanan. Setiap akan ambil sorang sedikit. Beginilah kita akan jadi. Padahal orang islam adalah ramai waktu itu. Ini adalah kerana orang Islam cintakan dunia dan takut mati.

3.6.1.5  Di suatu ketika yang lain pula orang Islam kuat walaupun mereka hanya sedikit – sebab-sebabnya.

3.6.1.6  Di suatu ketika ramai perempuan berbanding dengan lelaki sehingga 50 orang perempuan berada di bawah jagaan seorang lelaki dan lain-lain lagi.

– ada kemungkinan akan terjadi di masa hadapan nanti. Dimana orang perempuan nisbahnya 50:1 kepada lelaki.

Atau ia juga bermaksud pelacuran bermaharaja lela sampai seorang bapak ayam akan menguasai 50 orang perempuan di bawah jagaannya.

3.6.2     Dari segi kemajuan sains dan teknologi

3.6.2.1  Manusia boleh menjelajah dunia dalam masa yang singkat.

– kita dah boleh lihat sekarang bagaimana kenderaan kita boleh bergerak dengan cepat. Orang orang dulu tidak nampak ini sebab tiada di zaman mereka. Tapi mereka percaya Hadith dan mereka sampaikan Hadith ini kepada kita. Untungnya kita sebab dapat lihat kejadian seperti yang Nabi cerita dahulu.

3.6.2.2  Anak bulan di hari pertama akan kelihatan seperti sudah 2 atau 3 hari.

– sebab kita dah boleh teropong anak bulan.

3.6.2.3  Manusia boleh berhubung dengan  seorang yang berada jauh daripadanya dengan bercakap-cakap dan berbincang dengannya.

– kemajuan telefon bimbit.

3.6.2.4  Manusia akan dapat menundukkan binatang dengan menghimpunkannya disuatu tempat seperti zoo.

3.6.2.5  Manusia akan menerokai bumi sehingga bumi akan kelihatan seperti kulit yang disamak.

– kalau kita tinggi pakai kapal terbang contohnya, kita akan nampak tanah yang dilapangkan nampak seperti kulit binatang disiat.

3.6.3     Kemajuan dari segi ilmu perubatan

3.6.3.1  Kenyataan bahawa ada sesetengah penyakit boleh menjangkiti orang lain dan perlu dikawal.

– ilmu perubatan menunjukkan bahawa ini boleh terjadi.

3.6.3.2  Kenyataan bahawa ada kuman menyerupai singa.

– apabila dilihat di bawah microscope, akan nampak bahawa kuman penyakit kusta macam singa rupanya.

3.6.3.3  Terbukti banyak bahan-bahan yang disebutkan oleh Rasullullah (SAW) sebagai penawar dimajukan sehingga ke peringkat antara bangsa seperti kulat, madu, jintan hitam dan lain-lain lagi.

– orang kafir juga yang dapat kebaikan dari ilmu ini kerana mereka mengkaji. Kita masih tidak tahu macam mana cara yang paling baik nak makan habbatus sauda’.

3.6.3.4  Ternyata bahawa penawar bagi sesuatu racun ada berhampiran dengan racun itu sendiri.

– ini macam bisa ular, cat sotong dan juga dalam ilmu perubatan homopati.

3.6.3.5  Isyarat akan adanya penggunaan ubat yang dimakan, pembuangan sisa daripada tubuh dan penggunaan kejutan sesuatu yang panas terhadap pesakit untuk pemulihan.

3.6.3.6  Penggunaan doa dan jampi untuk menyembuhkan penyakit.

3.6.3.7  Penggunaan penawar dalam bentuk lawan bagi gejala penyakit.

3.6.4     Adanya pimpinan dan peringatan daripada Nabi (saw) berhubung dengan golongan yang sesat dan menyesatkan di akhir zaman.  Antara yang boleh disenaraikan di sini ialah:

3.6.4.1  Fitnah Syiah yang disebutkan oleh Baginda (saw) dengan golongan yang dipanggil “Rafidhah”.

3.6.4.2  Golongan Khawarij.

3.6.4.3  Golongan Qadariyyah sebagai Majusi  umat ini.

3.6.4.4  Faham kebendaan dan cintakan dunia yang berlebih-lebihan.

3.6.4.5  Golongan Anti Hadith sebagai golongan yang hanya mahu mengikut Al-Quran sahaja dan tidak mahu berpandukan Al hadith.

3.6.4.6  Golongan dajjal yang disebutkan sampai 30 orang semuanya yang mendakwa diri mereka sebagai Nabi dan lain-lain lagi.

3.6.5    Pimpinan daripada Nabi (saw) berhubung dengan ekonomi.  Di antara yang boleh disenaraikan di bawah fasal ini ialah kenyataan-kenyataan seperti berikut:

3.6.5.1  Akan meluasnya amalan riba di kalangan ummat ini sehingga jika tidak terlibat secara langsung, debu-debunya pasti akan mengenai mereka.

3.6.5.2  Banyak berlaku penipuan dan penyelewengan serta tidak amanah di dalam soal-soal kewangan.

3.6.5.3  Ada suatu ketika, ummat Islam akan berada dalam kemewahan dari segi harta benda sehingga tidak mahu menerima apa-apa pemberian daripada sesiapapun.  Harta melimpah ruah, boleh dikaut dengan tangan.

3.6.5.4  Akan ramai orang yang buncit perutnya – yang menunjukkan kekayaan dan kemewahan hidup atau kerana tidak mempersoalkan haram atau halalnya suatu yang dimakan itu.

3.6.5.5  Akan adanya kekayaan berupa petrol dan gas dan lain-lain lagi.

3.6.6     Nabi (saw) juga telah menyebutkan tentang bencana alam yang akan menimpa ummat manusia dengan berbagai-bagai bentuknya seperti gempa bumi, kemarau panjang, banjir besar, ribut taufan, wabak penyakit, penyakit-penyakit yang tidak pernah diketahui dan tidak dijumpai oleh orang-orang dahulu, kebakaran besar dan lain-lain lagi.

3.6.7     Nabi (saw) juga telah menyebutkan tentang pelbagai perkara dan fenomena yang akan berlaku kepada ummat akhir zaman sama ada orang Islam atau orang kafir.  Di antara yang boleh disenaraikan di sini ialah:

3.6.7.1  Akan adanya golongan orang-orang kafir yang Allah kuatkan Islam dengan mereka ugamaNya.

3.6.7.2  Masjid akan dilawati oleh orang-orang yang memakai topi, bagaikan bonggol unta tua dan mereka disuruh Nabi (saw) supaya dilaknat.

3.6.7.3  Akan dijadikan ketua orang-orang yang tidak berilmu, yang sesat, sehingga mereka menyesatkan orang lain.

3.6.7.4  Masjid-masjid banyak tetapi sepi, Al-Quran ditinggalkan.

3.7        Mengabaikan ulamak yang ahli dalam usaha memahami al–Hadith

Akibat daripada mengabaikan pendapat-pendapat  dan pandangan-pandangan para ulamak dan ahli yang diakui di dalam bidang hadith maka timbullah beberapa gejala yang tidak sihat.  Antara lain dapat disebutkan seperti di bawah:

3.7.1     Dangkal di dalam memahami maksud hadith Rasullullah saw.

3.7.2     Berlakunya percanggahan dan ketidakseimbangan di dalam mengamalkan sunnah Nabi saw.

3.7.3     Salah faham terhadap banyak hadith-hadith Rasullullah saw.

3.7.4     Mengamalkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab hadith tidak sebagaimana yang dikehendaki oleh Baginda (saw).

3.7.5     Tidak dapat mempraktikkan apa yang difahami sendiri daripada hadith-hadith Rasullullah SAW kerana memang begitu yang dikehendaki oleh Rasullullah saw.

3.7.6     Akan terputus silsilah isnad yang merupakan warisan turun temurun  generasi didalam menerima hadith Rasullullah saw .

3.7.7     Akan timbul prasangka yang bukan-bukan terhadap tokoh-tokoh ulama dan mujtahidin yang begitu besar sumbangan terhadap Islam di zaman lampau.

3.7.8     Tidak ada keberkatan dalam ilmu yang diterima kerana telah memusuhi “auliaillah” yang telah pun diterima baik oleh tokoh-tokoh besar dalam agama Islam

 

Kitab Permulaan Wahyu: Hadith Bukhari ke 6

Filed under: Hadith,Kitab Permulaan Wahyu — visitor74 @ 3:11 am

٦-  حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ الْحَكَمُ بْنُ نَافِعٍ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُاللَّهِ بْنُ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ بْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ عَبْدَاللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ أَخْبَرَهُ {أَنَّ أَبَا سُفْيَانَ بْنَ حَرْبٍ أَخْبَرَهُ أَنَّ هِرَقْلَ أَرْسَلَ إِلَيْهِ فِي رَكْبٍ مِنْ قُرَيْشٍ وَكَانُوا تِجَارًا بِالشَّأْمِ فِي الْمُدَّةِ الَّتِي كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَادَّ فِيهَا أَبَا سُفْيَانَ وَكُفَّارَ قُرَيْشٍ. فَأَتَوْهُ وَهُمْ بِإِيلِيَاءَ فَدَعَاهُمْ فِي مَجْلِسِهِ وَحَوْلَهُ عُظَمَاءُ الرُّومِ ثُمَّ دَعَاهُمْ وَدَعَا بِتَرْجُمَانِهِ فَقَالَ أَيُّكُمْ أَقْرَبُ نَسَبًا بِهَذَا الرَّجُلِ الَّذِي يَزْعُمُ أَنَّهُ نَبِيٌّ . فَقَالَ أَبُو سُفْيَانَ فَقُلْتُ أَنَا أَقْرَبُهُمْ نَسَبًا. فَقَالَ أَدْنُوهُ مِنِّي وَقَرِّبُوا أَصْحَابَهُ فَاجْعَلُوهُمْ عِنْدَ ظَهْرِهِ ثُمَّ قَالَ لِتَرْجُمَانِهِ قُلْ لَهُمْ إِنِّي سَائِلٌ هَذَا عَنْ هَذَا الرَّجُلِ فَإِنْ كَذَبَنِي فَكَذِّبُوهُ فَوَاللَّهِ لَوْ لا الْحَيَاءُ مِنْ أَنْ يَأْثِرُوا عَلَيَّ كَذِبًا لَكَذَبْتُ عَنْهُ. ثُمَّ كَانَ أَوَّلَ مَا سَأَلَنِي عَنْهُ أَنْ قَالَ كَيْفَ نَسَبُهُ فِيكُمْ ؟ قُلْتُ هُوَ فِينَا ذُو نَسَبٍ. قَالَ فَهَلْ قَالَ هَذَا الْقَوْلَ مِنْكُمْ أَحَدٌ قَطُّ قَبْلَهُ؟ قُلْتُ لا. قَالَ فَهَلْ كَانَ مِنْ آبَائِهِ مِنْ مَلِكٍ؟ قُلْتُ لا. قَالَ فَأَشْرَافُ النَّاسِ يَتَّبِعُونَهُ أَمْ ضُعَفَاؤُهُمْ؟ فَقُلْتُ بَلْ ضُعَفَاؤُهُمْ . قَالَ أَيَزِيدُونَ أَمْ يَنْقُصُونَ؟ قُلْتُ بَلْ يَزِيدُونَ. قَالَ فَهَلْ يَرْتَدُّ أَحَدٌ مِنْهُمْ سَخْطَةً لِدِينِهِ بَعْدَ أَنْ يَدْخُلَ فِيهِ ؟ قُلْتُ لا .قَالَ فَهَلْ كُنْتُمْ تَتَّهِمُونَهُ بِالْكَذِبِ قَبْلَ أَنْ يَقُولَ مَا قَالَ؟ قُلْتُ لا. قَالَ فَهَلْ يَغْدِرُ؟ قُلْتُ لا , وَنَحْنُ مِنْهُ فِي مُدَّةٍ لا نَدْرِي مَا هُوَ فَاعِلٌ فِيهَا. قَالَ وَلَمْ تُمْكِنِّي كَلِمَةٌ أُدْخِلُ فِيهَا شَيْئًا غَيْرُ هَذِهِ الْكَلِمَةِ. قَالَ فَهَلْ قَاتَلْتُمُوهُ ؟ قُلْتُ نَعَمْ. قَالَ فَكَيْفَ كَانَ قِتَالُكُمْ إِيَّاهُ؟ قُلْتُ الْحَرْبُ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُ سِجَالٌ , يَنَالُ مِنَّا وَنَنَالُ مِنْهُ. قَالَ مَاذَا يَأْمُرُكُمْ ؟ قُلْتُ يَقُولُ اعْبُدُوا اللَّهَ وَحْدَهُ وَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَاتْرُكُوا مَا يَقُولُ آبَاؤُكُمْ وَيَأْمُرُنَا بِالصَّلاةِ وَالزَّكَاةِ وَالصِّدْقِ وَالْعَفَافِ وَالصِّلَةِ. فَقَالَ لِلتَّرْجُمَانِ قُلْ لَهُ سَأَلْتُكَ عَنْ نَسَبِهِ فَذَكَرْتَ أَنَّهُ فِيكُمْ ذُو نَسَبٍ , فَكَذَلِكَ الرُّسُلُ تُبْعَثُ فِي نَسَبِ قَوْمِهَا. وَسَأَلْتُكَ هَلْ قَالَ أَحَدٌ مِنْكُمْ هَذَا الْقَوْلَ , فَذَكَرْتَ أَنْ لا. فَقُلْتُ لَوْ كَانَ أَحَدٌ قَالَ هَذَا الْقَوْلَ قَبْلَهُ لَقُلْتُ رَجُلٌ يَأْتَسِي بِقَوْلٍ قِيلَ قَبْلَهُ. وَسَأَلْتُكَ هَلْ كَانَ مِنْ آبَائِهِ مِنْ مَلِكٍ , فَذَكَرْتَ أَنْ  لا. قُلْتُ فَلَوْ كَانَ مِنْ آبَائِهِ مِنْ مَلِكٍ , قُلْتُ رَجُلٌ يَطْلُبُ مُلْكَ أَبِيهِ . وَسَأَلْتُكَ هَلْ كُنْتُمْ تَتَّهِمُونَهُ بِالْكَذِبِ قَبْلَ أَنْ يَقُولَ مَا قَالَ فَذَكَرْتَ أَنْ لا . فَقَدْ أَعْرِفُ أَنَّهُ لَمْ يَكُنْ لِيَذَرَ الْكَذِبَ عَلَى النَّاسِ وَيَكْذِبَ عَلَى اللَّهِ . وَسَأَلْتُكَ أَشْرَافُ النَّاسِ اتَّبَعُوهُ أَمْ ضُعَفَاؤُهُمْ فَذَكَرْتَ أَنَّ ضُعَفَاءَهُمِ اتَّبَعُوهُ , وَهُمْ أَتْبَاعُ الرُّسُلِ . وَسَأَلْتُكَ أَيَزِيدُونَ أَمْ يَنْقُصُونَ فَذَكَرْتَ أَنَّهُمْ يَزِيدُونَ , وَكَذَلِكَ أَمْرُ الإِيمَانِ حَتَّى يَتِمَّ . وَسَأَلْتُكَ أَيَرْتَدُّ أَحَدٌ سَخْطَةً لِدِينِهِ بَعْدَ أَنْ يَدْخُلَ فِيهِ فَذَكَرْتَ أَنْ لا, وَكَذَلِكَ الإِيمَانُ حِينَ تُخَالِطُ بَشَاشَتُهُ الْقُلُوبَ . وَسَأَلْتُكَ هَلْ يَغْدِرُ , فَذَكَرْتَ أَنْ لا , وَكَذَلِكَ الرُّسُلُ لا تَغْدِرُ. وَسَأَلْتُكَ بِمَا يَأْمُرُكُمْ, فَذَكَرْتَ أَنَّهُ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تَعْبُدُوا اللَّهَ وَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَيَنْهَاكُمْ عَنْ عِبَادَةِ الأَوْثَانِ وَيَأْمُرُكُمْ بِالصَّلاةِ وَالصِّدْقِ وَالْعَفَافِ .فَإِنْ كَانَ مَا تَقُولُ حَقًّا فَسَيَمْلِكُ مَوْضِعَ قَدَمَيَّ هَاتَيْنِ وَقَدْ كُنْتُ أَعْلَمُ أَنَّهُ خَارِجٌ لَمْ أَكُنْ أَظُنُّ أَنَّهُ مِنْكُمْ . فَلَوْ أَنِّي أَعْلَمُ أَنِّي أَخْلُصُ إِلَيْهِ لَتَجَشَّمْتُ لِقَاءَهُ وَلَوْ كُنْتُ عِنْدَهُ لَغَسَلْتُ عَنْ قَدَمِهِ. ثُمَّ دَعَا بِكِتَابِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّذِي بَعَثَ بِهِ دِحْيَةُ إِلَى عَظِيمِ بُصْرَى فَدَفَعَهُ إِلَى هِرَقْلَ فَقَرَأَهُ فَإِذَا فِيهِ بِسْم اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ مِنْ مُحَمَّدٍ عَبْدِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى هِرَقْلَ عَظِيمِ الرُّومِ سَلامٌ عَلَى مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَى , أَمَّا بَعْدُ, فَإِنِّي أَدْعُوكَ بِدِعَايَةِ الإِسْلامِ , أَسْلِمْ تَسْلَمْ , يُؤْتِكَ اللَّهُ أَجْرَكَ مَرَّتَيْنِ. فَإِنْ تَوَلَّيْتَ فَإِنَّ عَلَيْكَ إِثْمَ الأَرِيسِيِّينَ وَ ( يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَنْ لا نَعْبُدَ إِلاَّ اللَّهَ وَلا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَلا يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضًا أَرْبَابًا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَإِنْ تَوَلَّوْا فَقُولُوا اشْهَدُوا بِأَنَّا مُسْلِمُونَ ) قَالَ أَبُو سُفْيَانَ فَلَمَّا قَالَ مَا قَالَ وَفَرَغَ مِنْ قِرَاءَةِ الْكِتَابِ كَثُرَ عِنْدَهُ الصَّخَبُ وَارْتَفَعَتِ الأَصْوَاتُ وَأُخْرِجْنَا فَقُلْتُ لأَِصْحَابِي حِينَ أُخْرِجْنَا لَقَدْ أَمِرَ أَمْرُ ابْنِ أَبِي كَبْشَةَ إِنَّهُ يَخَافُهُ مَلِكُ بَنِي الأَصْفَرِ فَمَا زِلْتُ مُوقِنًا أَنَّهُ سَيَظْهَرُ حَتَّى أَدْخَلَ اللَّهُ عَلَيَّ الإِسْلامَ وَكَانَ ابْنُ النَّاظُورِ صَاحِبُ إِيلِيَاءَ وَهِرَقْلَ سُقُفًّا عَلَى نَصَارَى الشَّأْمِ يُحَدِّثُ أَنَّ هِرَقْلَ حِينَ قَدِمَ إِيلِيَاءَ أَصْبَحَ يَوْمًا خَبِيثَ النَّفْسِ . فَقَالَ بَعْضُ بَطَارِقَتِهِ قَدِ اسْتَنْكَرْنَا هَيْئَتَكَ . قَالَ ابْنُ النَّاظُورِ وَكَانَ هِرَقْلُ حَزَّاءً يَنْظُرُ فِي النُّجُومِ فَقَالَ لَهُمْ حِينَ سَأَلُوهُ إِنِّي رَأَيْتُ اللَّيْلَةَ حِينَ نَظَرْتُ فِي النُّجُومِ مَلِكَ الْخِتَانِ قَدْ ظَهَرَ. فَمَنْ يَخْتَتِنُ مِنْ هَذِهِ الأُمَّةِ ؟ قَالُوا لَيْسَ يَخْتَتِنُ إِلاَّ الْيَهُودُ, فَلا يُهِمَّنَّكَ شَأْنُهُمْ وَاكْتُبْ إِلَى مَدَايِنِ مُلْكِكَ فَيَقْتُلُوا مَنْ فِيهِمْ مِنَ الْيَهُودِ فَبَيْنَمَا هُمْ عَلَى أَمْرِهِمْ أُتِيَ هِرَقْلُ بِرَجُلٍ أَرْسَلَ بِهِ مَلِكُ غَسَّانَ يُخْبِرُ عَنْ خَبَرِ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا اسْتَخْبَرَهُ هِرَقْلُ قَالَ اذْهَبُوا فَانْظُرُوا أَمُخْتَتِنٌ هُوَ أَمْ لا فَنَظَرُوا إِلَيْهِ فَحَدَّثُوهُ أَنَّهُ مُخْتَتِنٌ وَسَأَلَهُ عَنِ الْعَرَبِ فَقَالَ هُمْ يَخْتَتِنُونَ. فَقَالَ هِرَقْلُ هَذَا مُلْكُ هَذِهِ الأُمَّةِ قَدْ ظَهَرَ ثُمَّ كَتَبَ هِرَقْلُ إِلَى صَاحِبٍ لَهُ بِرُومِيَةَ وَكَانَ نَظِيرَهُ فِي الْعِلْمِ وَسَارَ هِرَقْلُ إِلَى حِمْصَ فَلَمْ يَرِمْ حِمْصَ حَتَّى أَتَاهُ كِتَابٌ مِنْ صَاحِبِهِ يُوَافِقُ رَأْيَ هِرَقْلَ عَلَى خُرُوجِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَّهُ نَبِيٌّ فَأَذِنَ هِرَقْلُ لِعُظَمَاءِ الرُّومِ فِي دَسْكَرَةٍ لَهُ بِحِمْصَ ثُمَّ أَمَرَ بِأَبْوَابِهَا فَغُلِّقَتْ ثُمَّ اطَّلَعَ فَقَالَ يَا مَعْشَرَ الرُّومِ هَلْ لَكُمْ فِي الْفَلاحِ وَالرُّشْدِ وَأَنْ يَثْبُتَ مُلْكُكُمْ فَتُبَايِعُوا هَذَا النَّبِيَّ. فَحَاصُوا حَيْصَةَ حُمُرِ الْوَحْشِ إِلَى الأَبْوَابِ فَوَجَدُوهَا قَدْ غُلِّقَتْ . فَلَمَّا رَأَى هِرَقْلُ نَفْرَتَهُمْ وَأَيِسَ مِنَ الإِيمَانِ قَالَ رُدُّوهُمْ عَلَيَّ وَقَالَ إِنِّي قُلْتُ مَقَالَتِي آنِفًا أَخْتَبِرُ بِهَا شِدَّتَكُمْ عَلَى دِينِكُمْ فَقَدْ رَأَيْتُ فَسَجَدُوا لَهُ وَرَضُوا عَنْهُ فَكَانَ ذَلِكَ آخِرَ شَأْنِ هِرَقْلَ }رَوَاهُ صَالِحُ بْنُ كَيْسَانَ وَيُونُسُ وَمَعْمَرٌ عَنِ الزُّهْرِي

 6- Abu al-Yaman al-Hakam bin Nafi’ telah menceritakan kepada kami, katanya: Syu`aib telah menceritakan kepada kami dari al-Zuhri katanya: Ubaidullah Bin Abdullah bin Utbah bin Mas`ud telah menceritakan kepada saya bahawa Abdullah bin Abbas memberitahunya, sesungguhnya Abu Sufyan bin Harb menceritakan kepadanya bahawa Hiraql mengutuskan orang untuk menjemput beliau bersama rombongan pedagang Quraisy yang berada di Syam. Peristiwa ini berlaku pada masa Rasulullah SAW mengadakan perjanjian damai dengan Abu Sufyan dan orang-orang kafir Quraisy. Mereka pun pergi mengadap Hiraql yang sedang berada di Iilia’ bersama pembesar-pembesarnya. Hiraql menjemput mereka ke majlisnya.

Pada ketika itu beliau di kelilingi pembesar-pembesarnya lalu beliau menjemput juru bahasanya. Seterusnya beliau bertanya: “Siapa di antara kamu yang paling hampir keturunannya dengan orang yang mendakwa dirinya sebagai Nabi? Abu Sufyan berkata, saya menyahut dengan mengatakan: “Sayalah orang yang paling hampir dangannya.” Maka Hiraql memerintahkan, “Dekatkan dia dan sahabatnya kepadaku dan letakkan mereka di belakangnya”. Seterusnya beliau berkata kepada juru bahasanya, “Katakan kepada mereka, saya akan bertanya dia (Abu Sufyan) berhubung dengan orang ini (yang mendakwa sebagai Nabi). Jika dia berdusta denganku, kamu dustakannya.” Kata Abu Sufyan, “Demi Allah, jika tidak kerana malu mereka akan mendustakan daku nescaya aku berdusta mengenainya”.

Kemudian perkara yang mula-mula sekali beliau bertanya  saya tentangnya (Rasulullah) ialah bagaimana keturunannya di kalangan kamu? Aku jawab: “Dia berketurunan mulia”. Hiraql terus bertanya, “Adakah sesiapa menda`wa demikian sebelumnya.” Saya jawab, “tidak ada.” Kata Hiraql : “Adakah di antara nenek moyangnya raja?”. Saya menjawab, “Tidak ada.” Hiraql bertanya lagi, “Adakah orang-orang bangsawan mengikutnya atau orang-orang lemah?” Saya menjawab: “Bahkan orang-orang lemah.” Kata Hiraql : “Adakah mereka semakin bertambah atau semakin berkurang?”  Saya menjawab, “Bahkan semakin bertambah.” Dia terus bertanya, “Adakah sesiapa daripada pengikutnya berpaling tadah kerana bencikan agamanya setelah menganut agamanya?” Saya menjawab, “Tidak ada.”

Dia bertanya pula, “Adakah dia pernah dituduh berdusta sebelum mendakwa sebagai Nabi?” Saya menjawab, “Tidak pernah.” Hiraql berkata, “Adakah dia pernah mengkhianati sesuatu perjanjian yang dibuatnya?” Saya menjawab, “Tidak pernah, tetapi kami masih dalam perjanjian dan kami tidak tahu apa yang dilakukannya dalam perjanjian ini.” Abu Sufyan berkata, “Saya tidak dapat memasukkan apa-apa ucapan selain daripada ucapan ini (yang mungkin dapat mengurangkan Baginda SAW).” Hiraql bertanya, “Adakah kamu pernah berperang dengannya?” Saya menjawab, “ya.” Kata Hiraql: “Bagaimana keadaan peperanganmu dengannya?” Saya menjawab: “ Silih berganti, kadang-kadang dia menang kami kalah dan kadang-kadang kami menang dia yang kalah.” Kata Hiraql lagi: “Apa yang diajarnya kepada kamu?” Saya menjawab: “Dia mengatakan: Sembahlah Allah semata-mata dan janganlah kamu mempersekutukan sesuatu dengannya.  Tinggalkan ajaran (syirik) nenek moyangmu. Dia (juga) menyuruh kami bersembahyang, bercakap benar, meninggalkan perkara-perkara keji dan mempereratkan hubungan kekeluargaan.”

Hiraql pun berkata kepada penterjemahnya: “Katakan  kepadanya, aku telah bertanya kamu tentang keturunannya, kamu mengatakan bahawa dia berketurunan mulia. Begitulah para rasul, mereka diutus dari kalangan kaumnya yang berketurunan mulia. Saya telah bertanya kamu: Adakah seseorang dari kamu telah mendakwa seperti yang didakwanya ini. Kamu mengatakan: “Tidak ada.” Kalaulah ada seseorang  telah mendakwa begitu, nescaya saya berkata, dia ingin menurut jejak langkah orang sebelumnya. Saya telah bertanya kamu adakah sesiapa dari nenek moyangnya raja. Kamu mengatakan: “Tidak ada.” Kalaulah ada seseorang dari nenek moyangnya raja, tentu saya boleh berkata, dia ingin menuntut kembali kekuasaan ayahnya. Saya telah bertanya kamu adakah kamu menuduhnya berdusta sebelum dakwaannya ini, kamu mengatakan: “Tidak”, maka saya dapat menyimpulkan bahawa takkanlah dia tidak (pandai) berdusta dengan manusia  tetapi (berani pula) berdusta terhadap Allah.

Saya telah bertanya kamu adakah orang-orang mulia (pada pandangan orang ramai) mengikutnya atau orang-orang lemah. Kamu menjawab, dari kalangan orang-orang lemah. Mereka itulah (biasanya) menjadi pengikut para rasul. Saya telah bertanya kamu adakah mereka semakin bertambah atau berkurang. Kamu mengatakan bahawa mereka semakin bertambah.  Memang begitulah keadaan iman sehingga ia sempurna. Saya telah bertanya kamu adakah sesiapa telah murtad (berpaling tadah) kerana bencikan agamanya setelah menganutnya. Kamu menjawab, “tidak ada.” Demikianlah iman, apabila kemanisannya telah meresapi hati-hati (manusia).

Saya telah bertanya kamu: adakah dia khianat dalam perjanjiannya. Kamu menjawab: “Tidak.” Begitulah rasul-rasul, mereka tidak mungkir janji. Seterusnya aku telah bertanya kamu tentang apa yang diajarnya. Kamu menyebutkan bahawa dia mengajar kamu supaya menyembah Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu dengannya, dia menegah kamu menyembah berhala, dia menyuruh kamu bersembahyang, bercakap benar dan memelihara diri daripada perkara-perkara keji. kalaulah benar apa yang kamu cakapkan ini, maka tidak lama lagi dia akan menguasai tempat kedua-dua kakiku ini. Memanglah saya yakin bahawa dia akan keluar tetapi tidak menyangka dia akan keluar dari kalangan kamu. Kalaulah saya pasti bahawa saya akan dapat sampai kepadanya tentu saya akan berusaha menemuinya dan kalaulah saya berada disampingnya nescaya saya akan membasuh kedua kakinya (berkhidmat kepadanya).

Kemudian beliau meminta surat Rasulullah SAW yang dihantar Baginda SAW melalui Dihyah al-Kalbi kepada pembesar Bushra (pada tahun ke enam hijrah). Lalu pembesar Bushra memberi surat kepada Hiraql dan beliau membacanya. Di dalamnya tercatat: Bismillahirahmannirahim. Dari Muhammad hamba Allah dan dan Rasulnya kepada Hiraql pembesar Rom, salam sejahtera kepada orang yang mengikuti pertunjuk. Adapun kemudian daripada itu, sesungguhnya saya menyeru kamu kepada seruan Islam. Islamlah kamu tentu kamu akan selamat dan pasti Allah akan memberikan kepadamu pahala dua kali ganda. Tetapi jika anda berpaling sesungguhnya dosa ra`yat jelata akan ditanggung oleh anda. (Wahai Ahli kitab ke marilah kepada satu ajaran yang sama antara kami dengan kamu iaitu kita tidak menyembah selain dari Allah dan tidak mempersekutukan sesuatu dengannya dan sebahagian dari kita tidak mengambil sebahagian yang lain sebagai tuhan-tuhan selain dari Allah dan jika mereka berpaling maka katakan: “Bersaksilah kamu bahawa kami adalah orang-orang Islam.” Abu Sufyan berkata, setelah Hiraql selesai bersoal jawab dengan kami dan selesai juga membaca surat tersebut, riuh rendahlah majlis itu dan  suara-suara orang ramai pula membumbung tinggi. Kami dikeluarkan. Ketika itu saya berkata kepada sahabat-sahabat saya, “Oh ! Hebat betul kerja Ibnu Abi Kabsyah (Abu Kabsyah ialah gelaran suami Halimah penyusu Nabi SAW) Sehingga raja anak-anak orang berkulit kuning (orang-orang Rom) pun  takut kepadanya. Sejak itulah saya mulai yakin bahawa dia (Nabi SAW) akan menang sehinggalah Allah memasukkan Islam ke dalam hatiku.”

Ibnu an-Nathur gabenor Iilya’ adalah kawan Hiraql. Beliau juga merupakan ketua paderi orang-orang Kristian di Syam. Beliau menceritakan bahawa “Hiraql pada suatu pagi setelah sampai di Iilya’ kelihatan bermuram durja justeru salah seorang paderi menegur beliau dengan berkata, “saya nampak tuan tidak seperti biasa?” Ibn an-Nathur berkata: “Hiraql adalah seorang ahli nujum. Dia berkata kepada mereka ketika mereka bertanya kepadanya begitu, “Sesungguhnya malam tadi ketika saya menilik bintang-bintang, saya nampak raja khitan telah pun muncul. Siapakah yang berkhitan di kalangan  umat ini?” Mereka berkata, “Tidak ada yang berkhitan kecuali orang-orang Yahudi tetapi tak perlulah tuanku risau tentang mereka. Tulis saja surat perintah kepada pembesar-pembesar di kota-kota kerajaan tuanku supaya mereka membunuh orang-orang Yahudi yang ada di tempat masing-masing.

Ketika mereka sedang bercakap-cakap begitu, tiba-tiba dibawa mengadap Hiraql seorang lelaki utusan raja Ghassan yang dapat menceritakan tentang Rasulullah SAW. Apabila Hiraql telah mendapat ma`lumat tentang Rasulullah SAW daripadanya (dan orang itu pun telah pergi dari sisinya) tiba-tiba Hiraql berkata: “Pergilah kamu melihat samada orang itu berkhitan atau tidak?” Mereka pun memeriksa utusan itu dan seterusnya melaporkan bahawa dia berkhitan dan Hiraql bertanya orang itu tentang orang-orang Arab, dia berkata: “Mereka berkhitan”. Hiraql lantas berkata: “Dialah (Rasulullah SAW) raja umat ini yang telah  muncul itu.”

Kemudian Hiraql menulis surat kepada seorang sahabatnya dengan bahasa Rom. Sahabatnya itu seorang yang berpengetahuan setanding dengannya. Seterusnya Hiraql berangkat ke Hems. Sebelum lagi beliau keluar dari Hems, surat balas dari sahabatnya telah pun sampai. Di dalam surat dia menyatakan persetujuannya dengan pendapat Hiraql tentang kemunculan Nabi SAW dan bahawa Baginda SAW benar-benar seorang Nabi. Hiraql mengizinkan kepada pembesar-pembesar Rom untuk hadhir ke istananya di Hems. Kemudian beliau  mengarahkan agar pintu-pintunya ditutup lalu beliau muncul di tempat tinggi untuk berucap. Katanya, “Wahai orang-orang Rom! Adakah kamu hendak berjaya dan mendapat  pertunjuk? Adakah kamu mahu kerajaanmu terus  kekal? Kalau begitu berilah ta`at setiamu kepada Nabi ini.

Sebaik sahaja mereka mendengar ucapan Hiraql, mereka menjadi liar seperti keldai-keldai hutan  dan terus berkejaran ke pintu  tetapi pintu-pintu didapati terkunci. Apabila Hiraql melihat keliran mereka  (terhadap Islam) dan tidak ada harapan lagi mereka akan beriman, beliau berkata: “Kembalikan mereka kepadaku.” Selanjutnya beliau berkata: “Sebenarnya saya berkata demikian adalah untuk menguji keteguhan kamu diatas agamamu dan telah pun saya lihat. Mereka pun bersujud dan berpuas hati dengannya. Begitulah akhirnya keadaan Hiraql.

Abu `Abdillah (imam Bukhari) berkata, “Shalih bin Kaisan, Yunus dan Ma’mar telah meriwatkannya dari az-Zuhri.

Hadith ini adalah diambil daripada Abu Sufyan, mertua Nabi dan bapa kepada Muawiyah. Kejadian itu terjadi semasa dia kafir lagi. Tapi dia ceritakan balik apabila dia Islam. Tidak boleh diterima Hadith dari dia kalau dia masih lagi kafir.

Jadi ada yg burukkan Abu Sufyan sebab dulu dia tentang Nabi, sampai berperang apa bagai. Tapi itu adalah dulu. Tidak timbul keikhlasan dia masa masuk Islam. Dia memang masuk Islam lambat dari orang lain. Mmg dia rasa rugi sbb dia lambat masuk Islam dan untuk menebusnya, dia berkhidmat kepada Islam. Berperang sama nabi sampai buta satu matanya. Dan dia berperang lagi di zaman Khulafa’ ur Rashidin sampai buta lagi satu matanya.

Jangan dicerita lagi pasal kekafiran dia dulu. Kita pun tak suka kalau orang ungkit kisah salah kita dulu bila kita dah taubat. Dia adalah seorang muslim yang molek. Kalau tidak, tidak akan diambil darinya Hadith. Sahabat takkan terima dari dia dan Imam Bukhari pun takkan ambik Hadith yg sanadnya ada dia. Jadi kalau kita lihat dari itu sahaja, kita boleh tahu bahawa statusnya adalah diterima di dalam Islam.

Muawiyah pun mereka burukkan kerana mereka hendak memburukkan kerajaan Umayyah. Padahal dia dan Ali bukan nak berperang pun. Semasa mereka perang sesama sendiri tu, sampai tidak memerangi orang kuffar. Berhenti seketika perang untuk meluaskan agama Islam, dan ini adalah tidak baik. Lepas dah selesai baru jalan balik perang orang kafir itu. Jadi kerana hendak memburukkan Muawiyah, sampai bapanya dan anaknya pun telah diburukkan oleh sejarah. Isteri Abu Sufyan, Hendon, juga telah diburukkan sampai telah masyhur kepada kita kisah bagaimana dia telah memakan hati Saidina Hamzah. Padahal, cerita itu tidak dapat dikenal pasti samada betul ataupun tidak.

Hadith menceritakan bahawa Abu Sufyan dan Muawiyah hidup susah semasa mereka tinggal di Madinah. Kerana walaupun mereka kaya semasa di Mekah, tapi mereka tidak boleh membawa harta-harta mereka semasa mereka berhijrah. Ini jelas kerana ada hadith dimana apabila seorang wanita bertanyakan nabi siapakah yang patut dikahwininya, Nabi mengatakan bahawa Muawiyah adalah miskin. Maknanya mereka telah hijrah ke Madinah sebelum fath Makkah  (Pembukaan Mekah) lagi. Sebab lepas fath Makkah tidak ada Hijrah dibenarkan oleh nabi lagi. Dan syariat waktu itu adalah wajib orang Islam ke Madinah sebelum itu. Nabi beri penghormatan kepada Abu Sufyan dgn mengatakan bahawa sesiapa berlindung di rumah Abu Sufyan apabila tentera Islam memasuki Mekkah, adalah selamat.

Yazid pun mereka burukkan. Ini semua adalah juga kerana nak memburukkan kerajaan Bani Umayyah. Semua keturunan Muawiyah mereka nak tohmahkan. Mereka kata Muawiyah lantik Yazid walaupun Yazid kaki perempuan, minum arak dan sebagainya. Padahal dia menjadi panglima perang menentang Rom yang Nabi pernah katakan bahawa tentera itu diampunkan dosa mereka. Bukanlah dia yg membunuh Hussain. Cuma terjadi semasa pemerintahan dia sahaja. Bukan dia yang buat. Takkan kita nak salahkan pemimpin semasa kerajaan padalah bukan dia yang bunuh.

Kembali kepada Hadith: kejadian terjadi semasa perjanjian Hudaybiyah yg berlalu pada tahun 6 Hijrah. Berlangsung selama 10 tahun. Ada juga riwayat mengatakan 4 tahun sahaja. Semasa perjanjian gencatan ini memberi peluang kepada Nabi untuk berdakwah kepada bangsa asing. Dan kerana itulah Nabi telah mengutus surat kepada pemimpin Rom, Hiraql. Gencatan ini bermanfaat kepada kaum kafir juga kerana mereka dapat berniaga keluar. Kalau tak nak kena tempuh Madinah jugak.

Sedikit sejarah pengenalan Rom dan Parsi. Peperangan lama dah terjadi antara Rom dan Parsi. Puak musyrikin suka kalau Parsi yg menang kerana mereka pun sembah berhala. Dan kaum muslimin pula suka kalau Rom yang menang sebab mereka adalah ahli kitab juga. Jadi mereka memang memandang apakah yang terjadi antara peperangan itu. Setelah lama berperang, maka kekuatan nampak berpihak ke Parsi. Satu waktu memang Parsi dah menang dan pernah Abu Bakr bertaruh dengan seorang kafir musyrikin bahawa Rom akan menang kembali. Nabi suruh letak 9 tahun. Satu waktu yang pendek kira-kiranya tu sebab nampak memang macam Rom tiada harapan nak menang lagi kalau dilihat kemusnahan yg mereka alami. Jadi memang orang kafir itu kata Abu Bakr bodoh sebab meletakkan jangkamasa yang pendek untuk Rom menang kembali. Tapi dalam Quran sudah disebut bahawa mereka akan menang kembali. Maka mereka telah menang pada tahun kedua Hijrah. Maka Abu Bakr telah menang seratus ekor unta. Masa itu hukum berjudi belum ada lagi. Jadi tidaklah salah Abu Bakr bertaruh dengan orang kafir itu.

Hiraql berada di ilyad pada tahun 4H kerana dia telah bernazar kalau Rom menang, dia akan berjalan kaki dari Hems ke Ilyad. Maka itulah sebabnya dia ada di Ilyad pada 4H. Masa itulah dia mendapat surat Nabi.

Hiraql ini adalah seorang berilmu. Taraf ilmu dia boleh dikatakan sama macam ketua paderi. Jadi dia berminat untuk tahu berkenaan siapakah yang mengaku menjadi Nabi ini. Maka dia tanya siapa yg ada ditempat itu yang boleh menjawap?

Dia pilih siapa yang paling rapat dengan Nabi adalah kerana nak memastikan bahawa orang itu tidak bohong disebabkan keturunan yang lain. Maka sesiapa yang jawap itu takkan dia nak kutuk keturunan Nabi sedangkan dia keturunan yg sama.

Hiraql letak Abu Sufyan di depan dan kawan-kawannya di belakang. Dia bagitau, kalau Abu Sufyan tipu, maka kawannya kena mendustakannya. Abu Sufyan kata kalau dia tak takut mereka akan mendustakannya dia, dia akan berbohong. Kerana inilah peluang keemasan untuk mendapatkan sokongan dari seorang raja. Ketakutan dia itu boleh jadi dia takut dia akan dikatakan berbohong di hadapan Hiraql, ataupun dia takut bila balik nanti kawan-kawannya akan mengatakan kepada orang bahawa dia telah berbohong. Maknanya, seorang bukan Islam  pun takut untuk dia dikatakan sebagai seorang pembohong. Ini adalah sifat universal.

Maka Abu Sufyan ditanya keturunan Nabi. Keturunan Nabi memang mulia. Dan ini menunjukkan Islam mementingkan juga keturunan. Sebab kalau tak, ianya boleh jadi alasan untuk manusia tidak ikut seorang Nabi. Allah tidak memberikan peluang kepada manusia untuk mengatkan seperti itu. Maka, kalau ada pemimpin yang berketurunan baik, dan sama ilmu dan tawaduk dgn orang lain, maka kena pilih yg berketurunan baik. Sebab memang mereka ada kelebihan. Dengan disebabkan darah mereka baik dan sebagainya. Senang untuk manusia lain mengikuti pemimpin yang seperti itu.

Pertanyaan ada tidak yg mengaku Nabi sepertinya sebelum itu? Tidak. Sebab kalau ada, mungkin dia mengikut perbuatan orang lain. Tapi selepas Nabi Isa, tidak ada orang yg mengaku jadi Nabi. Selama 600 tahun. Tapi lepas Nabi, ramai yg mengaku. Termasuklah semasa zaman Nabi lagi.

Ada tak dari keturunannya yang jadi raja? Kalau ya, mungkin dia nak mengaku Nabi untuk mendapatkan balik kerajaan.

Adakah dia pernah berdusta? Tidak. Semua orang tahu bahawa Nabi boleh dipercayai. Sampaikan dulu Nabi pernah naik ke Bukit Uhud dan kata kepada kaumnya, kalau aku kata ada musuh nak menyerang kita di belakang bukit ini, percayakah kamu? Semua percaya, kerana Nabi tidak pernah berdusta.

Yang mengikutinya adakah orang mulia atau tidak? Memang sunnatullah adalah orang tertindas akan menunggu orang yg sesuai untuk dijadikan pemimpin untuk menentang kezaliman. Kebanyakan yg mengikut Nabi bukan orang mulia. Tapi ada juga seperti Abu Bakr yg dia adalah orang mulia. Yg nak disebut disini adalah ‘kebanyakan’. Kemuliaan yang dimaksud di sini adalah sebagai pendapat orang yang melihat bahawa orang yang miskin dan hina adalah tidak mulia. Padahal, jikalau mereka beriman, di sisi Allah mereka adalah mulia.

Hiraql sendiri tahu tentang agama. Itulah sebab dia cakap begitulah iman, kalau dah masuk tidak akan keluar lagi. Dia setanding dengan ketua paderi dari segi ilmu. Tapi dia tidak beriman akhirnya. Ini adalah kerana Nabi sendiri telah mengatakan bahawa Hiraql tidak muslim.

Dia kata Nabi akan menguasai tempat dua kakinya. Dia dah tahu dalam kitabnya. Yang Nabi akhirnya akan keluar dari keturunan Nabi Ismail. Kalau dia jumpa, dia akan basuh kaki nabi (untuk berkhidmat). Pendapat kuat mengatakan dia dalam ketakutan masa itu sebab peluh dia keluar masa dia cakap. Gila kuasa dia lagi kuat dari imannya. Dia tidak percaya surat Nabi yang mengatakan: aslim, taslam. Kalau kau masuk Islam, kau akan selamat. Selamat sepatutnya dia akan selamat dunia akhirat. Sepatutnya dia tidak takut akan dibunuh. Dia takut dibunuh sebab seorang paderi sebelum ini telah mengaku beriman kepada Nabi setelah menerima surat Nabi. Paderi itu telah dibunuh sebaik sahaja dia mengaku beriman. Paderi itu telah beriman sebaik sahaja menerima surat daripada Nabi yang dibawa oleh Dihyah. Dia mandi dahulu, dan terus mengaku keislamannya. Dihyah, sebagai utusan, selamat untuk keluar, tapi Paderi itu tidak selamat.

Abu Sufyan ini memang seorang yg molek. Memang ada dalam kitab Sahih Muslim mengatakan bahawa dia ada minta tiga perkara kepada Nabi dan Nabi telah memperkenankannya: supaya Nabi berkahwin dengan Umm Habibah iaitu anaknya; jadikan dia gabenor di Najran; menjadikan Muawiyah sebagai penulis wahyu. Hadith ini telah dikaji oleh ulama-ulama Hadith dan mereka mengatakan bahawa ianya tidak benar. Walaupun ada dalam Sahih Muslim. Antara alasannya adalah, Nabi tidak beri kedudukan pemimpin jikalau mereka minta. Jadi ianya adalah bercanggah dengan Hadith lain yang sahih. Dia sebenarnya adalah seorang Muhaajir. Dan Nabi mempercayainya hinggakan beliau telah memberi jawatan kepada beliau. Walaupun dia tidak hijrah awal tapi dia tetap seorang Muhaajir. Kalau tidak dia tidak akan dapat tinggal di Madinah.

Ada juga riwayat yang tidak benar mengatakan dia Islam pada malam sebelum Fath Makkah kerana dia nampak yg mereka tidak boleh menang dengan Nabi. Ini pun tidak benar. Kisah seperti ini adalah hendak menunjukkan bahawa dia masuk Islam ikhlas dan hanya masuk Islam setelah melihat dia tidak ada peluang untuk menang jikalau berlawan dengan Islam. Ini semua adalah kerana anaknya adalah Muawiyah dan ada yang tidak menyukai Muawiyah.

Dalam Hadith keenam ini disebutkan bahawa Abu Sufyan selepas jumpa Hiraql telah terbuka hatinya untuk Islam. Kerana raja yg lagi besar dari dia pun boleh percaya kepada Nabi.

Pada tahun 570 Nabi lahir. Orang Arab familiar dgn peperangan Rom dan Parsi. Pada 614 Nabi 45 tahun umurnya, Parsi telah mengalahkan Rom. Orang Parsi halau orang Rom lari ke konstantin. Salib di baitul maqdis juga telah dicuri. Mereka telah kalah teruk. Ayat Quran telah menyebutkan bahawa Rom akan menang kembali. Nabi hantar surat dua kali kepada Hiraql. Pertama yg pasal mimpi raja Khitan itu. Ketua paderi dia pun setuju. Waktu itu dia nak menyatakan kebenaran Nabi itu. Tapi tidak dapat diterima oleh pembesarnya. Jadi dia takut hilang kekuasaannya. Dia simpan surat dalam kain sutera.

Kali yang kedua masa Nabi pergi ke Tabuk. Nabi hantar sekali lagi melalui Dihyah juga. Ketua paderi itu telah masuk Islam. Dia terus dibunuh disitu juga.  Jadi Hiraql takut kalau dia pun masuk Islam, dia juga akan dibunuh. Dan ada yang kata dia masuk Islam. Tapi Nabi kata tidak, dia masih dalam kristian. Dan memang dalam peperangan mu’tah, bertembung tenteranya dgn tentera Islam pada tahun 8 Hijrah.

Antara pengajaran yang boleh diambil dari hadith ini adalah:

Adab tulis surat. Tulis nama Nabi dulu. Jadi kalau nak ikut, kita kena tulis nama dulu sebelum nama penerima. Salah satu cara. Tidaklah salah kalau tulis nama penerima dulu.

Kalau dia masuk Islam, Allah akan beri dua pahala. Jadi kalau sebab seseorang sebagai pemerintah dapat kebaikan agama, dia pun akan dapat pahala. Dan kalau sebaliknya, dia pun akan dapat juga.

Maksud anak Abi Kabsah, adalah Abu Sufyan nak ejek bahawa Nabi adalah seorang yang tidak dikenali.

Orang Yahudi masa itu tidak ada kedudukan sampai boleh dibunuh sewenangnya.

Orang alim kristian dan Yahudi tahu bahawa orang berkhitan akan menjadi Nabi. Maknanya tanda-tanda pada mereka ada banyak.

Kesimpulan:

1. Kalau tulis surat kepada kafir untuk berdakwah, kena guna bahasa lembut.

2. Dalam surat Nabi, dia tulis bismillah. Walaupun hantar kepada kafir.

3. Cerita kalau dr orang yg amanah, wajib diterima. Sebab Nabi hantar melalui seorang sahaja, iaitu Dihyah. Dengan surat itu, Nabi boleh tahu bahawa Hiraql itu Islam ataupun tidak. Ini dinamakan khabar wahid.

4. Ahli kitab/kafir kalau masuk Islam akan dapat dua pahala.

5. Boleh bawa Quran ke negeri kafir. Orang kafir pun boleh pegang juga.

6. Sebelum apa-apa, kena dakwah dulu. Bukan terus perang.

7. Keutamaan diberikan kepada asal usul keturunan yg baik. Diambil kira. Nabi dipilih dari kaum dia yang terbaik.

8. Surat, buku, Quran boleh dipegang oleh orang berjunub ataupun orang kafir. Walaupun kita tak tahu lepas itu mereka akan buat apa dengan Quran itu. Jadi boleh pegang kalau kita tidak berwudu’. Berlawanan dengan pendapat yg mengatakan tidak boleh. Mana lagi bagus? Islam atau kafir? Ini ada ayat Quran pun Nabi berikan kepada kafir. Orang Islam takkan nak buat tak kena dgn Quran. Kalau nak ambil wudu’ sebelum pegang itu adalah sebab beradab sahaja. Bagi Bukhari, tidak ada Hadith sahih mengatakan kena suci kalau nak pegang Quran. Memang ada ayat yang mengatakan bahawa ayat Quran tidak boleh pegang. Tak boleh atau jangan? Ayatnya maknanya tidak boleh. Kalau jangan, perkataan lain yang boleh digunakan oleh Quran. La nafi, bukan la nahi. Ulama kata di sini bukan manusia, tapi malaikat. Iaitu malaikat yang terpilih sahaja yang boleh memegang Quran di Lauh Mahfuz. Jin syaitan tak boleh sentuh sehingga sampai ke Nabi. Nak menceritakan bahawa Quran itu terjamin. Ayat sebelumnya cerita Quran di lauh mahfuz. Ianya adalah cerita penurunan Quran. Bukan cerita mushaf Quran yang ada pada kita ini.

Begitu juga perempuan yang dalam haidh juga boleh pegang dan boleh baca Quran. Kalau tak boleh, macam mana nak belajar hafal Quran? Asyik dalam kotor sahaja. Dan senanglah dikacau jin iblis. Padahal, dengan ayat Quranlah mereka takut. Tapi kalau tak boleh baca kalau tengah dalam haidh, maka itu sudah tidak benar.

Kenapakah kita tidak boleh memegang pendapat sebegini? Walaupun berlainan dengan pendapat yang kita telah biasa. Pendapat mereka juga adalah kuat.

9. Surat yg baik adalah ringkas dan dalam maknanya.

10. Boleh kita pergi ke negeri kafir. Sepertimana Nabi hantar Dihyah.

11. Kalau kita jadi sebab orang sesat atau masuk Islam, dapat kat kita juga. Macam Nabi cakap Hiraql akan tanggung dosa rakyatnya. Sama juga dengan kerajaan yang menyebabkan rakyatnya tidak masuk Islam.

12. Perbuatan dusta disetiap zaman tidak diterima. Abu Sufyan pun takut berdusta. Dalam semua ugama. Kecuali Syiah. Pada mereka boleh menipu untuk melindungi sifat syiah mereka. Boleh pahala pulak untuk mereka.

13. Nabi diutuskan dari kaum paling tinggi dalam bangsa.

14. Ahli kitab memang tahu tentang Nabi akhir zaman akan muncul dan Nabi adalah nabi sebenarnya. Dari bintang pun cakap macam tu. Melalui fenomena alam pun menunjukkan kepada kedatangan Nabi.

15. Sebelum perang dengan org kafir, kena dakwah dulu.

16. Tidak boleh mulakan salam kepada orang kafir. Surat Nabi kata ‘salam kepada orang yang mengikut petunjuk’. Tapi masih lagi khilaf. Ada pendapat yang mengatakan boleh.

17. Alasan orang kafir tak masuk Islam tidak boleh diterima. Hiraql kata dia takut kena bunuh.

18. Nabi guna amma ba’du

19. Mutaabi’. Lebih dari seorang meriwayatkan Hadith ini. Tujuannya adalah untuk menguatkan.

Apa kena mengena dengan tajuk? Jelas bagaimana Nabi bawa kepada orang asing dan bagaiman reaksi mereka pertama kali mereka mendengarnya? Wahyu ni bila bila pun ada kesan. Berpeluh peluh orang yg menerimanya. Permulaan wahyu bukan hanya kepada Nabi sahaja. Tapi kepada orang lain juga. Ada juga orang yg tak mahu terima. Bukan maknanya sebab wahyu itu tidak molek. Orang yg taknak terima.

Penyimpul bab dalam Hadith ini: Itulah keadaan terakhir Hiraql. Nak menandakan Hadith ini adalah akhir bab ini. Sebagai peringatan kepada kita. Ada permulaan dan ada akhir. Kita semua akan mati. Kena ingat yang ini. Hiraql tak dapat terima. Takut mati tapi dia akan mati juga akhirnya. Bukhari ingatkan bahawa bab berakhir dan keduanya mengingatkan kita juga akan mati akhirnya.

Allahu a’lam. Tamat sudah Kitab Permulaan Wahyu. Lompat ke Kitab yang seterusnya, Kitab Iman

 

Kitab Permulaan Wahyu: Hadith Bukhari 5 May 16, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Permulaan Wahyu — visitor74 @ 9:04 pm

٥-   حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُاللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا يُونُسُ عَنِ الزُّهْرِيّ ِ ح  و حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُاللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا يُونُسُ وَمَعْمَرٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ نَحْوَهُ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَيْدُاللَّهِ بْنُ عَبْدِاللَّهِ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ {كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ. وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ}

5- `Abdaan telah menceritakan kepada kami, katanya Abdullah telah memberitahu kami, katanya Yunus telah memberitahu kami dari al-Zuhri. Bisyr bin Muhammad juga telah menceritakan kepada kami, katanya: Abdullah telah memberitahu kami, katanya Yunus dan Ma’mar telah memberitahu kami dari Al-Zuhri seumpamanya, katanya Ubaidullah bin Abdullah telah memberitahu saya dari Ibnu `Abbas, katanya: “Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah. Lebih pemurah lagi Rasulullah SAW pada bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya. Jibril menemui Baginda SAW pada setiap malam di bulan Ramadhan untuk bertadarus al-Quran dengannya. Maka Rasulullah pada ketika itu lebih pemurah lagi (dalam  memberi kebaikan kepada manusia) daripada angin yang dilepaskan”.

Nama Bukhari adalah sebenarnya Muhammad bin Ismail. Nama ‘Bukhari’ itu adalah sebab dia berasal dari tempat yang bernama Bukhara. Jadi kalau orang bagi nama anak dia Bukhari, kira tak berapa kenalah tu. Sebab ianya hanya membaca makna bahawa orang itu berasal dari Bukhara. Samalah macam kita letak nama seseorang Kelantani.

Nabi paling pemurah. Perkataan yang digunakan adalah ‘Ajwad‘. Perkataan ini bermaksud Nabi pemurah bukan hanya dari segi harta benda sahaja, tapi yg lain lain juga, seperti ilmu, pertolongan dan sebagainya. Kalau pemurah hanya dari segi harta, ada perkataan lain yang boleh digunakan.

Ajwad‘ itu juga ada mempunyai makna yang lain. Pemurahnya Nabi itu dia memberi kepada orang yang memang memerlukan apa yang diberi itu dan memberi apa yang diperlukan. Maknanya, orang yang lapar diberi makan dan orang yg memerlukan pakaian diberi pakaian. Mengikut keperluan orang itu. Sesuai sangat dgn orang itu. Contohnya, kalau seseorang itu lapar, tapi kita beri baju kepada dia, itu bukan ajwad namanya. Memang kita pemurah sebab kita beri baju, dan dia mungkin boleh jual baju itu untuk makanan dan sebagainya, tapi bukan baju yang diperlukannya dengan segera.

Banyaklah kisah betapa pemurahnya Nabi itu. Sampai dia tak boleh tidur kalau ada benda di rumah yg boleh diberi kepada masyarakat. Dia akan beri sampai habis. Pernah baginda lepas solat bingkas bangun dan masuk ke rumahnya dengan segera. Sahabat kehairanan dan bertanya. Baginda kata baginda teringat ada sedikit emas di rumahnya yang baginda lupa untuk beri.

Dia akan beri apa sahaja diminta, walaupun di badan baginda sendiri. Pernah terjadi sahabat minta baju yang dipakai Nabi. Nabi dapat baju itu pemberian orang lain. Dan Nabi akan pakai pemberian orang sebagai menggembirakan hati orang yang bagi itu. Tapi sahabat itu minta, jadi baginda masuk ke rumah untuk bersalin baju lain dan terus beri kepada sahabat yang minta itu. Sahabat lain marahlah dia. Sahabat itu menjelaskan bahawa dia minta pun supaya nanti baju itu dijadikan sebagai kafannya nanti. Untuk mendapat keberkatan Nabi. Jadi begitulah sahabat banyak jenis. Ada yang tidak meminta langsung kepada Nabi, ada yg semacam sahaja meminta sampai nampak macam menyusahkan Nabi. Nabi akan bagi semua. Nabi tak simpan.

Selain dari harta, Nabi juga pemurah dalam perkara-perkara lain. Berdakwah contohnya. Abu jahal, berpuluh kali baginda pergi kepadanya untuk dakwah. Dan ilmu tiada yg Nabi sorok seperti kata puak-puak Tasauf. Mereka kata Nabi hanya bagi sesetengah ilmu rahsia kepada Saidina Ali sahaja. Dan Saidina Ali hanya beri kepada Hasan al-Basri padahal dia tak berjumpa pun dengan Hassan al-Basri kalau ikut ilmu Hadith.

Jibrail jumpa Nabi tiap-tiap malam di bulan Ramadhan. Menunjukkan berkatnya Ramadhan itu.

Nabi memang sudah sedia pemurah dan baginda lebih pemurah semasa Ramadhan. Sebab Allah pun lebih pemurah lagi semasa bulan Ramadhan. Pahala lebih banyak lagi dapat, pintu syurga dibuka, neraka ditutup,  syaitan diikat dan sebagainya. Kita memang disuruh ikut sifat Allah. Oleh itu, memang kita disuruh untuk menjadi pemurah.

Dan kerana Nabi rapat dengan jibrail yang tak memerlukan apa-apa dr dunia maka nabi pun terikut juga sifat Jibrail itu.

Dan Nabi memang kegembiraan dan bersyukur kerana dapat Quran dan dapat tadarus dgn jibrail, maka baginda lebih pemurah lagi. Macam kalau kita dapat kebaikan, kita akan suka untk beri macam-macam kat orang. Secara automatik kita akan jadi pemurah waktu itu sebab kita suka sangat.

Bulan Ramadhan itu sendiri mulia. Lebih berkat. Lebih-lebih lagi pada malamnya. Jadi Nabi meraikan dengan lebih banyak memberi. Bulan Ramadhan adalah juga bulan diturunkan Quran pada pertama kali.

Adakah bulan Ramadhan itu sendiri mulia atau dimuliakan kerana Quran turun bulan Ramadhan? Jawapnya dua-dua sekali ada kemuliaan dan mempunyai berkah. Macam Mekah adalah tanah yang mulia juga dan bukan disebabkan Kaabah berada di situ. Apabila bergabung kedua-dua kemuliaan itu, maka lebih mulia lagilah jadinya.

Amalan yang confirm Nabi buat pada malam Ramadhan adalah tadarus Quran. Tidak disebut amalan lain yang baginda lakukan. Menunjukkan pentingnya amalan ini. Sepakat ulama mengatakan baca Quran akan dapat pahala. Samada faham atau tidak. Atau kalau fikiran melayang masa baca. Cuma kena betul baca. Hadith: berapa banyak manusia yang baca Quran tapi Quran laknat dia. Ini adalah kerana kita salah bacaan kita.

Pemurah Nabi lagi dari angin. Angin ada baik, ada tidak. Angin memang memberi banyak kebaikan. Membawa awan yang membawa hujan. Menerbangkan benih yang menumbuhkan tanaman. Itu dah banyak nikmat angin bawak dah tu. Tapi angin tidak sentiasa membawa kebaikan. Ada masa menyusahkan. Katakanlah angin itu sejuk jadi tak sesuai kepada orang yang sakit.

Nabi adalah sebagai rahmat kepada seluruh alam. Semua dapat rahmat kerana Nabi bawa ajaran Islam. Semua sesuai sekali walau macam mana pun.

Contohnya, pokok pun selamat sebab Nabi dah cakap jangan tebang sewenang-wenang tanpa sebab munasabah. Orang kafir pun dapat manfaat sebab damainya hidup dalam Islam. Binatang pun tidak sakit kalau ikukt cara sembelih Islam. Sebab tidak rasa sakit dengan potong urat marikh itu. Sebab itu kalau hukuman pancung kepada manusia pun sama jugak, adalah hukuman bunuh yang paling sesuai. Cepat dan kurang sakit kalau dibandingkan bunuh cara lain. Orang yang dipancung akan kurang sakit dan orang yang tengok jadi takut nak buat salah lepas itu bila tengok darah membuak-buak itu. Orang kafir pun mendapat rahmat kerana cara pemerintahan Islam yang adil. Itu adalah antara contoh bagaimana Islam itu membaca rahmat kepada alam.

Apa kaitan Hadith ini dgn tajuk bab?

Menceritakan bahawa Quran itu mulanya turun di dalam bulan Ramadhan. Mulianya bulan Ramadhan itu.

Keduanya, menceritakan bahawa Nabi itu pemurah sebelum dapat wahyu lagi. Dan itulah antara sebab baginda dapat wahyu dari Allah.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterus

Audio kuliah boleh download di sini

 

Kitab Permulaan Wahyu: Hadith Bukhari 4

Filed under: Hadith,Kitab Permulaan Wahyu — visitor74 @ 8:21 pm

٤-   حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ قَالَ حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ أَبِي عَائِشَةَ قَالَ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ تَعَالَى ( لا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ ) قَالَ {كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَالِجُ مِنَ التَّنْزِيلِ شِدَّةً وَكَانَ مِمَّا يُحَرِّكُ شَفَتَيْهِ. فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ فَأَنَا أُحَرِّكُهُمَا لَكُمْ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَرِّكُهُمَا وَقَالَ سَعِيدٌ أَنَا أُحَرِّكُهُمَا كَمَا رَأَيْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ يُحَرِّكُهُمَا فَحَرَّكَ شَفَتَيْهِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى ( لا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ ) قَالَ جَمْعُهُ لَكَ فِي صَدْرِكَ وَتَقْرَأَهُ ( فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ ) قَالَ فَاسْتَمِعْ لَهُ وَأَنْصِتْ ( ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ ) ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا أَنْ تَقْرَأَهُ فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ ذَلِكَ إِذَا أَتَاهُ جِبْرِيلُ اسْتَمَعَ فَإِذَا انْطَلَقَ جِبْرِيلُ قَرَأَهُ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا قَرَأَهُ

4- Musa bin Ismail telah menceritakan kepada kami: katanya Abu Awanah telah menceritakan kepada kami, katanya  Musa bin Abi `Aisyah telah menceritakan kepada kami, katanya Said bin Jubair telah menceritakan kepada kami dari Ibnu Abbas berhubung dengan Firman Allah: (maksudnya) “Janganlah engkau menggerakkan lidahmu untuk segera membaca al-Quran”. Rasulullah mengalami kepayahan kerana turunnya al-Quran, baginda sering kali menggerak-gerakkan bibir. Ibnu Abbas berkata : Saya  menggerak-gerakkan bibir saya sebagaimana Rasulullah menggerak-gerakkan bibirnya.

 

Said berkata, “Saya mengerak-gerakkan kedua-duanya (bibir saya) sebagaimana Ibnu Abbas menggerak-gerakkannya. Maka beliau menggerak-gerakkan kedua bibirnya. Lalu Allah pun menurunkan: “Janganlah engkau menggerakkan lidah engkau untuk membaca al-Quran itu untuk engkau segera mendapatkannya, sesungguhnya kami jamin akan mengumpulkannya dan membacakannya”.

 

Ibnu `Abbas berkata, “Allah akan mengumpulkannya di dalam dadamu memampukanmu membacanya”. Seterusnya Allah berfirman; “Bila kami selesai membaca, maka ikutlah membacanya”. Ibnu Abbas berkata:  “(maksudnya) Dengarlah bacaan itu dan diamlah. Firman Allah seterusnya “Dan kewajipan kami menerangkannya”. Maksudnya: kami jamin engkau dapat membaca selepasnya. Setelah itu Rasulullah s.a.w apabila didatangi Jibril, Beliau mendengar saja dulu (apa yang dibacakan Jibril) dan apabila jibril pergi Baginda SAW membacanya seperti yang dibaca oleh Jibril.

Perawi dalam Hadith ini ialah Abdullah ibn Abbas.  Dia adalah sepupu Nabi. Dia adalah bapak kerajaan abbasiah. Anak cucu dialah yang membangunkan kerajaan Abbasiah itu. Lebih 8 ribu Hadith dia sampaikan.

Ayat Quran yang disebutkan di dalam hadith ini adalah surah Qiyamah:16-19.

Nabi nak cepat cepat baca wahyu dgn Jibrail. Satu sebabnya nak tunjuk beratnya Quran tu. Quran itu sendiri dah berat. Dapat pulak dari makhluk lain, iaitu malaikat. Kita sesama manusia kalau lain bangsa atau lain jantina pun jadi payah dah kekadang tu. Macam nak cakap lelaki dan perempuan contohnya. Jadi memang ada kepayahan walaupun dua-dua tu dah rasul dah tu. Jibrail adalah rasul dari kalangan malaikat. Nabi yang dah memang terpilih oleh Allah pun dah rasa berat. Nabi takut baginda terlupa, maka itulah sebabnya baginda terus nak baca bersama Jibrail.

Dan sebab kedua nak cerita Nabi sangat rindu dan sayangnya Quran tu, sampai dia tak sabar sabar nak terus baca.

Ketiganya adalah sebagai manusia, Nabi takut kalau dia terlupa. Mana nak hafal, mana nak fahamkan quran itu lagi. Maka itu sebab mulutnya terus kumat kamit nak baca. Jadi lepas Allah dah turunkan ayat itu, Nabi dah tak buat dah macam tu. Allah menjanjikan yg Nabi akan ingat dan bukan itu sahaja, lepas itu Nabi boleh bacakan balik kepada orang ramai pulak lepas itu. Kalau takat baca ingat sendiri sahaja, tak hebat lagi.

Kenapa dalam ayat Quran Allah kata ‘lidah’ dan dalam Hadith disebut ‘bibir’? Ini dalam bab iktifak. Maknanya tidak perlu diceritakan semua sekali. Cakap sikit pun dah faham dah. Takkan lidah boleh bunyi kalau bibir tak gerak? Dalam riwayat lain, ada yg menyebutkan gerak bibir dan lidah. Hadith ini adalah salah satu dari Hadith yang ringkas. Ada tempat lain sebut dua-dua. Allah kata lidah sebab Allah tahu apa yg dibuat oleh lidah walaupun bibir tak gerak. Tapi dalam Hadith kenalah cerita bibir sebab hanya bibir bergerak yang boleh ditunjuk oleh perawi hadith.

Ibn abbas kata seperti gerak bibir Nabi tapi anak muridnya kata seperti ‘dia nampak’ Ibn Abbas buat. Sebab mungkin Ibn Abbas sendiri tak nampak Nabi gerak bibir sebab dia, tiga tahun sebelum Hijrah baru dia lahir. Jadi dia sendiri tak nampak. Sampai tara tu ulama kaji Hadith ni. Macam mereka kaji Quran juga. Sampai setiap ayat diambil kira oleh mereka.

Jadi, ini adalah satu contoh hadith yang dinamakan ‘Hadith Mursal’. Ibn Abbas sendiri tak nampak Nabi menggerakkan bibirnya. Tentu dia dapat dari sahabat lain. Ibn abbas meninggalkan nama sahabat yang nampak Nabi menggerakkan bibir dia. Tapi sebab dia pun sahabat juga, maka dia boleh dipercayai. Lain status sahabat-sahabat ni dimata Islam. Sebab Quran sendiri dah beri chop mengatakan mereka dipercayai. Atau mungkin dia sendiri dapat tengok dari Nabi sendiri apabila Nabi mengulangi perbuatan baginda semula.

Hadith ini adalah contoh Hadith yg menceritakan perbuatan Nabi semasa menceritakan Hadith. Ia dinamakan Hadith Musalsalat.

Dalam ayat Quran itu, disebutkan dua kali perkataan قُرْآنَهُ. Sekali dalam ayat ke 17 dan sekali lagi diulang di dalam ayat ke 18. Nabi nanti bukan hanya boleh baca sendiri Quran itu, tapi baginda juga akan dapat membacakannya kepada orang lain nanti. Dan Nabi boleh ‘bayan’ iaitu explain semua sekali pasal Quran itu.

Pengajaran dalam hadith ini adalah kita memerlukan pertolongan Allah untuk hafal Quran. Mukjizat Quran ini salah satunya ialah ramai orang yang hafal. Sama bacaannya, tidak berbeza antara satu sama lain. Kalau ada seorang yang salah baca, ada orang lain yang akan perasan dan akan dapat betulkan dia. Itulah satu tanda bahawa Quran ini adalah Kitab yang akhir. Yang mengkaji sahaja tahu bezanya. Quran ni, kena sentiasa baca dalam ibadat. Agama lain tidak ada macam ini. Tiada yg hafal kitab mereka dalam agama lain. Kalau ada yang hafal tu, boleh kira dengan jari jer. Memang bukan kebiasaan mereka untuk menghafal kitab mereka. Budak muda lagi mudah hafal Quran. Sebab tak banyak dosa.

Jadi kenapa ayat Quran yg disebut dalam Hadith ini seperti tidak sesuai dgn ayat-ayat sebelum dan selepasnya? Nampak macam tak kena pulak. Sebab ayat-ayat sebelumnya Allah menceritakan tentang kejadian hari Qiamat. Iaitu antara siyaq dan sibaqnya. Kita sebenarnya yang tak nampak sebab kita tak faham. Jadi ulama explain:

1. Fikiran manusia terhad sampai tak nampak relation satu ayat dan ayat lain. Memang banyak perkara disebutkan dalam satu surah. Macam kalau raja bagi arahan, dia akan masukkan macam-macam perkara. Tidak semestinya macam novel yg akan berturutan ceritanya. Dan ada pertalian dalam ayat ayat itu antara satu sama lain. Cuma kita sahaja tak nampak.

2. Teguran Allah kpd Nabi yg kelam kabut nak jawap kepada orang kafir apabila mereka bertanya kepada baginda. Ikut Allahlah nak jawap macam mana.

3. Allah nak cerita pasal yang lagi penting iaitu kiamat. Tapi manusia lebih kepada dunia. Nabi pun terikut jugak. Tu yg nak cepat hafal tu.

4. Mmg ayat ini cerita pasal manusia di akhirat kelak yang akan baca buku amalannya dengan cepat-cepat bila part dia tak suka tu. Iaitu part yang menceritakan dosa yang telah dilakukannya dulu. Jadi Allah kata mereka akan kena baca jugak nanti dan Allah akan menerangkan apa yang telah mereka buat. Itulah dia makna bayanah dalam ayat Quran itu.

5. Bila Allah cerita pasal akhirat, Dia akan cerita pasal Quran. Kalau baca Quran baru selamat dunia dan akhirat. Jadi sentiasa ada kaitan Quran dan kitab amalan kita nanti. Jadi Quran itu jangan baca dengan cepat-cepat.

6. Maksud yang boleh didapati dari Quran itu ada dua macam. Satu dari makna Quran yang kita boleh dapat apabila kita baca ianya bersendirian dan satu makna yang kita boleh dapat melalui cerita Nuzul Quran (Sebab penurunan ayat). Kalau makna dari Nuzul itu tidak semestinya make sense dengan mudah. Yg make sense adalah kalau baca ayat itu dengan tidak melihat kepada Nuzul Quran itu. Jadi kalau baca ayat yang dibincangkan itu, kita tahu bahawa org kafir asyik tanya Nabi bilakah hari kiamat tu? Nabi terkumat kamit mulutnya nak jawap terus kepada mereka. Mungkin sebab marah. Tapi Allah nak kata bahawa Nabi kena ikut apa yg Allah telah tentukan dan telah berikan. Jangan nak tukar atau nak tambah. Itu lah yg dipanggil makna asal ayat itu.

Makna yang boleh diperolehi dari sebab penuruan ayat  itu adalah memang Quran itu berat dan Nabi nak hafal dgn cepat.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterusnya

Audio kuliah boleh download di sini

 

Sahih Bukhari, Kitab Permulaan Wahyu, Hadis 3 May 15, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Permulaan Wahyu — visitor74 @ 4:38 pm

Matan Hadits

٣- حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ أَنَّهَا قَالَتْ {أَوَّلُ مَا بُدِئَ بِهِ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ الْوَحْيِ الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ فِي النَّوْمِ . فَكَانَ لا يَرَى رُؤْيَا إِلاَّ جَاءَتْ مِثْلَ فَلَقِ الصُّبْحِ ثُمَّ حُبِّبَ إِلَيْهِ الْخَلاءُ وَكَانَ يَخْلُو بِغَارِ حِرَاءٍ فَيَتَحَنَّثُ فِيهِ وَهُوَ التَّعَبُّدُ اللَّيَالِيَ ذَوَاتِ الْعَدَدِ قَبْلَ أَنْ يَنْزِعَ إِلَى أَهْلِهِ وَيَتَزَوَّدُ لِذَلِكَ .ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى خَدِيجَةَ فَيَتَزَوَّدُ لِمِثْلِهَا حَتَّى جَاءَهُ الْحَقُّ وَهُوَ فِي غَارِ حِرَاءٍ. فَجَاءَهُ الْمَلَكُ فَقَالَ اقْرَأْ. قَالَ مَا أَنَا بِقَارِئٍ. قَالَ فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الْجَهْدَ ثُمَّ أَرْسَلَنِي فَقَالَ اقْرَأْ. قُلْتُ مَا أَنَا بِقَارِئٍ . فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي الثَّانِيَةَ حَتَّى بَلَغَ مِنِّي الْجَهْدَ ثُمَّ أَرْسَلَنِي فَقَالَ اقْرَأْ. فَقُلْتُ مَا أَنَا بِقَارِئٍ . فَأَخَذَنِي فَغَطَّنِي الثَّالِثَةَ ثُمَّ أَرْسَلَنِي فَقَالَ ( اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ خَلَقَ الإِنْسَانَ مِنْ عَلَقٍ اقْرَأْ وَرَبُّكَ الأَكْرَمُ ) فَرَجَعَ بِهَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُفُ فُؤَادُهُ فَدَخَلَ عَلَى خَدِيجَةَ بِنْتِ خُوَيْلِدٍ رضي الله عَنْهَا فَقَالَ زَمِّلُونِي زَمِّلُونِي فَزَمَّلُوهُ حَتَّى ذَهَبَ عَنْهُ الرَّوْعُ . فَقَالَ لِخَدِيجَةَ وَأَخْبَرَهَا الْخَبَرَ لَقَدْ خَشِيتُ عَلَى نَفْسِي. فَقَالَتْ خَدِيجَةُ كَلاَّ ! وَاللَّهِ مَا يُخْزِيكَ اللَّهُ أَبَدًا. إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ وَتَحْمِلُ الْكَلَّ وَتَكْسِبُ الْمَعْدُومَ وَتَقْرِي الضَّيْفَ وَتُعِينُ عَلَى نَوَائِبِ الْحَقِّ . فَانْطَلَقَتْ بِهِ خَدِيجَةُ حَتَّى أَتَتْ بِهِ وَرَقَةَ بْنَ نَوْفَلِ بْنِ أَسَدِ بْنِ عَبْدِالْعُزَّى ابْنَ عَمِّ خَدِيجَةَ , وَكَانَ امْرَأً قَدْ تَنَصَّرَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ وَكَانَ يَكْتُبُ الْكِتَابَ الْعِبْرَانِيَّ فَيَكْتُبُ مِنَ الإِنْجِيلِ بِالْعِبْرَانِيَّةِ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَكْتُبَ وَكَانَ شَيْخًا كَبِيرًا قَدْ عَمِيَ . فَقَالَتْ لَهُ خَدِيجَةُ يَا ابْنَ عَمِّ اسْمَعْ مِنِ ابْنِ أَخِيكَ .فَقَالَ لَهُ وَرَقَةُ يَا ابْنَ أَخِي مَاذَا تَرَى .فَأَخْبَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَبَرَ مَا رَأَى. فَقَالَ لَهُ وَرَقَةُ هَذَا النَّامُوسُ الَّذِي نَزَّلَ اللَّهُ عَلَى مُوسَى. يَا لَيْتَنِي فِيهَا جَذَعًا, لَيْتَنِي أَكُونُ حَيًّا إِذْ يُخْرِجُكَ قَوْمُكَ .فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَمُخْرِجِيَّ هُمْ .قَالَ نَعَمْ . لَمْ يَأْتِ رَجُلٌ قَطُّ بِمِثْلِ مَا جِئْتَ بِهِ إِلاَّ عُودِيَ .وَإِنْ يُدْرِكْنِي يَوْمُكَ أَنْصُرْكَ نَصْرًا مُؤَزَّرًا. ثُمَّ لَمْ يَنْشَبْ وَرَقَةُ أَنْ تُوُفِّيَ وَفَتَرَ الْوَحْيُ} قَالَ ابْنُ شِهَابٍ وَأَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِالرَّحْمَنِ أَنَّ جَابِرَ بْنَ عَبْدِاللَّهِ الأَنْصَارِيَّ قَالَ وَهُوَ يُحَدِّثُ عَنْ فَتْرَةِ الْوَحْيِ فَقَالَ فِي حَدِيثِهِ : {بَيْنَا أَنَا أَمْشِي إِذْ سَمِعْتُ صَوْتًا مِنَ السَّمَاءِ. فَرَفَعْتُ بَصَرِي فَإِذَا الْمَلَكُ الَّذِي جَاءَنِي بِحِرَاءٍ جَالِسٌ عَلَى كُرْسِيٍّ بَيْنَ السَّمَاءِ وَالأَرْضِ. فَرُعِبْتُ مِنْهُ فَرَجَعْتُ فَقُلْتُ زَمِّلُونِي زَمِّلُونِي فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى ( يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ قُمْ فَأَنْذِرْ ) إِلَى قَوْلِهِ ( وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ ) فَحَمِيَ الْوَحْيُ وَتَتَابَعَ } تَابَعَهُ عَبْدُاللَّهِ ابْنُ يُوسُفَ وَأَبُو صَالِحٍ وَتَابَعَهُ هِلالُ بْنُ رَدَّادٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ , وَقَالَ يُونُسُ وَمَعْمَرٌ بَوَادِرُهُ *

3- Yahya bin Bukair telah menceritakan kepada kami, katanya al-Laith telah menceritakan kepada kami, diambilnya dari `Uqail dari Ibnu Syihab dari `Urwah bin az-Zubair dari `Aisyah Ummul Mu’minin r.ha, sesungguhnya beliau berkata: “Wahyu yang mula-mula diberikan kepada Rasulullah ialah berupa mimpi yang baik. Tidak Baginda SAW bermimpi melainkan mimpinya muncul seperti sinaran pagi. Kemudian Rasulullah SAW suka menyendiri, Baginda SAW menyendiri di Gua Hira’.

Di situ Rasulullah SAW bertahannuts iaitu ber`ibadat beberapa malam sebelum teringin pulang kepada ahlinya di samping berbekal pula untuk tujuan yang sama. Kemudian Beliau SAW kembali kepada Khadijah dan berbekal seperti sebelumnya (untuk beberapa malam) sehingga datang kebenaran kepadanya ketika di gua Hira’. Malaikat datang kepadanya lalu berkata: “Iqra!” (bacalah!). Nabi SAW menceritakan, saya menjawab: “Saya tidak pandai membaca”. Malaikat itu memegang aku lalu menekan aku sehingga habis dayaku kemudian ia melepaskan saya dan berkata pula: “Bacalah! Saya menjawab: “Saya tidak pandai membaca”. Ia terus memegang aku dan menekan aku buat kali kedua sehingga habis dayaku. Kemudian ia melepaskan saya dan berkata” bacalah! Saya menjawab: “Saya tidak pandai membaca”.

Nabi SAW menceritakan lagi; “Seterusnya dia memegang dan menekan saya buat kali ketiga, kemudian melepaskan saya lantas dia berkata: “(إقرأ بسم ربك الذى خلق.. bacalah dengan nama tuhanMu)”.

Rasulullah SAW membawa pulang wahyu itu dalam keadaaan hatinya berdebar-debar. Beliau SAW pun masuk menemui Khadijah binti Khuwailid seraya berkata: “Selimutkan saya! Selimutkan saya! Mereka pun menyelimutkannya sehingga hilanglah rasa takut Beliau. Rasulullah SAW menceritakan apa yang berlaku kepada Khadijah dan seterusnya berkata: “Sesungguhnya aku benar-benar bimbangkan diriku.” Khadijah berkata: “Tidak! Demi Allah, sampai bila pun Allah tidak akan menghinamu. Sesungguhnya engkau selalu menghubungi keluarga, menanggung beban orang-orang susah, mengusahakan sesuatu untuk orang yang tiada perusahaan, melayani tetamu dan membantu orang ketika bencana-bencana `alam menimpa”.

Khadijah pun membawa Nabi SAW pergi kepada Waraqah bin Naufal bin Asad bin Abdul Al-`Uzza (sepupu Khadijah). Waraqah telah menganut agama Nashrani di masa Jahiliah. Beliau pandai menulis kitab dalam bahasa `Ibrani. Beliau dapat menulis kitab Injil dalam bahasa `Ibrani apa saja yang dikehendakinya. Ketika itu beliau telah tua dan buta. Khadijah berkata kepadanya: “Wahai sepupuku! Dengarlah (cerita) dari anak saudaramu ini. Waraqah berkata kepada Baginda SAW: “Wahai anak saudaraku, apakah yang engkau lihat? Rasulullah SAW pun menceritakan kepada Waraqah apa yang dialaminya. Terus Waraqah berkata kepadanya: “Itu ialah Namus yang Allah telah turunkan kepada Musa. Aduhai diriku! kiranya aku ketika itu (ketika engkau diutuskan sebagai rasul) masih muda belia. Aduhai! kiranya aku masih hidup ketika kaummu mengusirmu”. Rasulullah SAW bertanya; “Adakah mereka sampai mengusir daku? Waraqah menjawab, “ Ya! Tiada seorang pun yang telah membawa seperti apa yang kau bawa ini melainkan dia dimusuhi. Andaikata hari itu sempat denganku nescaya akan aku bela engkau dengan sungguh-sungguh”. Tidak lama kemudian Waraqah pun wafat dan wahyu terhenti.

Ibn Syihab berkata: Abu Salamah bin Abdur Rahman menceritakan kepadaku bahawa Jabir bin Abdullah al-Anshari berkata – ketika dia menceritakan tentang terputusnya wahyu itu – Nabi SAW bercerita : “Ketika aku sedang berjalan, tiba-tiba terdengar satu suara dari langit. Aku pun melihat ke atas. Rupa-rupanya Malaikat yang pernah datang kepadaku di gua Hira’ dulu sedang duduk di atas kerusi di antara langit dan bumi. Maka timbullah perasaan gerunku terhadapnya. Saya pulang kerumah dan berkata: “Selimutkan saya! Selimutkan saya! Maka Allah Ta`ala menurunkan…
يأيها المدثر قم فأنذر…الى …والرجر فاهجر

Maksudnya : “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah….ancamlah dan agungkan Tuhanmu, bersihkan pakaianmu dan tinggalkan kekotoran”. Selepas itu wahyu pun turun dengan banyak dan berterusan.

Abdullah bin Yusuf dan Abu Shaleh merupakan Mutabi’ kepada Yahya. Hilal bin Raddad merupakan mutabi’ kapada `Uqail dari al-Zuhri. Yunus dan Ma’mar dalam riwayatnya menyebutkanبوارده di tempat فؤاده .

Perbincangan Perawi Hadis

Imam Bukhari mengambil hadis ini Yahya bin Bukair. ‘Bukair’ bukanlah nama ayahnya, tapi datuknya. Orang Arab suka memakai nama keturunan mereka yang terkenal. Oleh kerana datuknya Bukair yang terkenal, maka nama datuknya yang dipakai.

Yahya bin Bukair mengambil hadis ini dari al-Laith, dan beliau adalah seorang mufti pada zamannya. Beliau adalah imam besar Mesir. Beliau telah belajar dengan 50 orang tabein. Imam Shafie sampai kata yang al-Laith ini lebih alim dari Imam Malik. Beliau adalah seorang yang terkenal dan hebat sampaikan ada mazhab sendiri. Iaitu Mazhab al-Laith. Cuma ianya adalah mazhab yang tak terkenal. Tak ramai yang belajar dengannya dan tidak ramai yang meneruskan apa yang diajarnya. Allah taala tak pilih ramai yang pelajar ikut mazhabnya itu. Maksudnya, tidak ramai yang membawa mazhabnya. Yang jadi masyhur adalah mazhab empat yang kita kenal sekarang kerana ramai anak muridnya yang meneruskan ajaran dari imam-imam mazhab itu. al-Latih telah mati pada tahun 170H.

al-Laith telah mengambil hadis ini dari Uqail. Boleh juga dibaca Aqil. Beliau telah mati dalam 141H.

Uqail telah mengambil hadis ini dari Ibn Shihab. Ibn Shihab itu gelaran lainnya adalah Abu Bakr. Nama penuhnya yang sebenar adalah: Muhammad bin Muslim bin Ubaidillah bin Abdullah bin Shihab . Jadi namanya diambil dari nama datuk kepada datuknya. Ibn Shihab juga masyhur dengan gelaran Az-Zuhri. Sebab itu dalam penulisan, banyak ditulis nama beliau sebagai Ibn Shihab al-Zuhri. Banyak namanya dalam Bukhari sebagai perawi dan namanya digunakan dalam banyak cara. Dia adalah tabein kecil yang bermaksud beliau telah bertemu sahabat semasa beliau kecil lagi. Maknanya, beliau adalah seorang yang pandai dan bijak sampaikan waktu kecil pun sudah faham.

Ibn Shihab mengambil hadis ini dari Urwah al Zubair. Beliau adalah seorang tabein. Beliau lahir pada awal pemerintahan Khalifah Uthman dan hidup pada zaman peperangan saudara selepas kematian Khalifah Uthman. Beliau adalah anak kepada Zubair ibn al Awwam, sahabat besar. Beliau adalah adik beradik kepada Abdullah ibn al Zubair yang telah mengambil pemerintahan dari Khalifah Abd al-Malik. Urwah menumpukan perhatiannya kepada pembelajaran ilmu termasuklah Ilmu Hadis. Urwah banyak meriwayatkan hadis daripada Aisyah, antaranya hadis yang kita sedang pelajar ini. Beliau adalah salah seorang dari tujuh faqih yang terkenal di Madinah.

Syarah Hadis

Hadis ini senang untuk dikaitkan dengan tajuk kitab – Permulaan Wahyu. Sebab memang ada disebut macam mana wahyu bermula di dalam hadis ini. Banyak hadis-hadis yang lain, yang dibawa oleh Imam Bukhari tidak jelas nampak kaitannya dengan tajuk bab. Ia kadang-kadang memerlukan perbincangan yang lebih lanjut dan selepas itu, barulah faham kaitan hadis dengan tajuk bab yang diletak oleh Imam Bukhari.

Dalam hadis ini, diceritakan bagaimana Nabi Muhammad telah diberikan dengan ‘mimpi yang benar’. Oleh itu, kita dapat tahu di sini bahawa mimpi juga adalah satu jenis wahyu dan ianya adalah benar. Oleh kerana ianya wahyu, maka para Nabi kena ikut apa yang disampaikan dalam mimpi itu. Mimpi para Nabi tidaklah sama dengan kita. Sebagai contoh, mimpi Nabi Ibrahim. Iaitu baginda telah bermimpi menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Walaupun ianya sesuatu yang berat, tapi baginda tahu bahawa itu adalah arahan dari Allah, maka baginda telah menjalankannya. Cuma, akhirnya tubuh Nabi Ismail telah ditukarkan dengan Kibas. Dari kejadian itu, kita dapat isyarat bahawa kita kadang-kadang kena berkorban apa yang kita sayang. Lihatlah bagaimana Nabi Ibrahim telah diuji untuk mengorbankan anaknya sendiri dan baginda telah lulus ujian itu. Begitulah juga kita. Kadang-kadang kita kena korbankan anak kita sendiri. Bukanlah dengan membunuh mereka. Tapi, adakalanya seorang ibu kena redha dan benarkan anak berperang untuk menegakkan agama Islam. Itu pun sudah macam kena sembelih juga kerana tidak tentu samada anaknya itu akan selamat atau tidak di medan peperangan. Sekurang-kurangnya, seorang ibu perlu melepaskan anaknya untuk merantau mencari ilmu agama kerana mencari ilmu adalah kewajipan setiap manusia.

Maka wahyu dari mimpi para Nabi adalah penar dan kena dipakai. Mimpi adalah satu satu fenomena yang selalu terjadi kepada manusia biasa pun. Sampaikan ada ilmu takwil mimpi seperti yang ditulis oleh Ibnu Sirin. Tapi, tadbir mimpi kenalah berdasarkan dengan dalil yang sah. Contohnya, kalau dalam mimpi tu ada ‘perempuan’, itu maksudnya ‘dunia’. Kalau ‘susu’, itu maksudnya ‘ilmu’ dan kalau ‘baju’, itu adalah ‘agama’. Dalam Quran dan juga hadis pun ada disentuh tentang hal mimpi ini. Mimpi seseorang itu akan tepat kalau seseorang itu hidup dengan benar. Jadi tentunya Nabi memang melalui hidup yang benar, dan sebab itulah baginda telah dilantik menjadi Nabi.

Baginda telah pergi ke Gua Hira’ dan bertahanuts di sana. Maknanya baginda telah beribadat di sana dan juga memikirkan tentang alam dan mencari kebenaran. Baginda mengamalkan amalan-amalan sakibaki yang masih tinggal dari agama Nabi Ibrahim. Kerana bangsa Arab masih ada lagi mengamalkan amalan ibadat dari Nabi Ibrahim, cuma banyak yang sudah ditukar dan bidaah telah dimasukkan ke dalam amalan itu. Nabi Muhammad adalah seorang yang bijaksana, maka baginda tahu memilih mana amalan yang benar. Dikatakan bahawa solat zaman itu adalah sekali pagi dan sekali petang.

Mimpi

الرُّؤْيَا الصَّالِحَةُ (Mimpi yang Benar) itu adalah dari 1/60 atau 1/46 dari kenabian. Mimpi yang soleh, mimpi yang baik. Kerana soleh itu bermaksud baik. Lawan kepada soleh adalah tholeh. Mimpi yang bagus adalah mimpi dari Allah. Kerana mimpi boleh diganggu oleh syaitan. Itu adalah mimpi yang memberi was-was kepada manusia. Ramai yang bermimpi macam-macam dan mereka ingat ianya adalah benar. Itu belum tentu lagi. Mimpi yang baik adalah untuk Allah memberi mimpi kepada Nabi.

فِي النَّوْمِ – Mimpi itu adalah ketika baginda tidur, bukan waktu baginda sedang sedar. Kerana الرُّؤْيَا boleh juga bermaksud ‘lihat’ dalam bahasa Arab. Sangkaan dan pendapat pun boleh dipanggil الرُّؤْيَا. Jadi dijelaskan dalam hadis ini bahawa ini adalah mimpi semasa tidur.

مِثْلَ فَلَقِ الصُّبْحِ – Nabi nampak mimpi itu macam ‘sinar pagi’. Sinar pagi itu adalah cahaya putih yang keluar apabila masuk waktu subuh. Ini adalah kiasan bahawa berita yang sampai kepada Nabi itu adalah terang dan jelas. Maknanya baginda nampak dengan jelas. Tidak samar dan tidak keliru. Oleh itu, kita kena ingat bahawa agama yang sampai kepada kita dari Nabi itu adalah ilmu yakin. Nabi ingat mimpi baginda itu. Bukan macam kita mimpi, ingat sikit-sikit dan samar-samar sahaja. Nabi mula diberikan mimpi sebegini untuk membiasakan baginda untuk menerima wahyu dengan cara-cara lain lagi. Dan waktu itu, pokok-pokok sudah mula beri salam kepada baginda dan sebagainya. Kesinambungan dari kejadian-kejadian itu, timbul rasa ingin menyendiri dalam diri baginda. Itulah sebabnya baginda telah pergi ke Gua Hira’.

Kenapa baginda membuat keputusan untuk menyendiri di Gua Hira’? Ini adalah sebab-sebab yang diberikan oleh ulama:
1. Datuk baginda iaitu Abdul Muthalib dulu pun pernah bertahanuts di situ
2. Untuk meninggalkan perbuatan salah kaumnya dan untuk memikirkan apa yang patut difikirkan. Baginda meninggalkan jauh sedikit dari hiruk pikuk kesyirikan yang dilakukan oleh kaumnya. Supaya baginda dapat berfikir dengan lebih jelas.
3. Baginda nampak Kaabah dari Gua Hira’. Kerana baginda amat sayangkan Kaabah. Ini memberi isyarat kepada kita, bahawa memandang Kaabah itu pun satu ibadat juga.
4. Walaupun baginda hendak menyendiri, tapi baginda tidak pergi jauh. Kalau baginda pergi jauh, kaum baginda boleh tuduh yang baginda belajar di tempat lain. Sebagai contoh, mereka boleh tuduh yang baginda dapat ilmu daripada penduduk Syria, yang dikatakan sebagai pusat ilmu waktu itu. Tapi kalau dekat sahaja, kaum baginda tidak boleh kata yang baginda belajar tempat lain. Kerana mereka masih boleh nampak baginda berada berdekatan. Jadi, Allah sudah susun perkara itu.

Tahanuts

فَيَتَحَنَّثُ – Nabi Muhammad telah bertahanuts di Gua Hira’ itu ‘beberapa lama’. Tidak disebutkan berapa lama. Ini menunjukkan bahawa untuk menjalankan proses pemikiran, memerlukan masa yang lama. Ianya bukanlah proses yang mengambil masa sehari dua sahaja.

Atau ada juga yang kata, ianya adalah beberapa waktu yang sedikit sahaja. Seperti yang kita tahu, waktu itu adalah relatif. Iaitu sedikit sahaja masa yang diluangkan oleh baginda untuk bertahanuts itu, kalau dibandingkan dengan apa yang baginda dapat – wahyu yang diberikan. Dan kalau dinisbahkan dengan lamanya kehidupan manusia atau panjangnya umur baginda, tidaklah lama masa yang diluangkan itu.

Tahanuts bermaksud ‘mengabdikan diri kepada Allah’. وَهُوَ التَّعَبُّدُ – Itu adalah tafsiran dari Aisyah. Maknya, baginda telah melakukan ibadat di Gua Hira’ itu. Ada yang kata baginda telah solat dan berzikir. Tak disebut dengan jelas apa yang sebenarnya dilakukan oleh baginda kerana ianya bukanlah sesuatu yang perlu diikuti oleh kita. Kalau dalam bahasa kita, ianya mungkin boleh dieertikan dengan ‘bertapa’. Ada orang kita pun bertapa juga. Mereka guna dalil hadis ini. Ada yang bertapa dalam kelambu, ada di hutan, ada dalam gua, ada yang sampai dalam kubur pun ada! Apa yang mereka lakukan adalah salah kerana mereka tidak belajar. Ingatlah bahawa walaupun sahabat tahu apa yang Nabi lakukan, sahabat tak ikut buat pun. Nabi pergi sana kerana diwahyukan, maksudnya, Allah yang perintah dan bawa Nabi ke sana. Dan selepas menerima wahyu dan setelah sekian lama, tidak ada dalil pun yang baginda ada buat lagi. Oleh itu, mereka yang buat begitu adalah kerana jahil tidak belajar sahaja dan kerana disesatkan oleh syaitan. Syaitan yang bisik ke telinga mereka untuk melakukan perkara-perkara yang tidak ada dalam agama.

Mereka bertapa kononnya mensucikan diri. Salah. Mensucikan diri dengan belajar. Duduk sorang takkan jadi alim. Jadi sesat adalah.

Sepanjang masa Nabi bertahanuts itu, Nabi tidak melupakan anak isterinya. Baginda akan balik ke rumah setelah sekian lama apabila rindu kepada keluarganya. Ini mengingatkan kita bahawa Islam tidak melupakan keluarga. Keluarga adalah satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Bandingkan dengan agama lain yang sampai ada yang tinggalkan anak bini mereka dan ada yang tak kahwin langsung sampai bila-bila seperti agama Buddha, Hindu dan Kristian. Itu adalah satu perbuatan yang menolak sifat asal manusia. Tapi lihatlah bagaimana praktikalnya Islam. Walaupun seorang Nabi, baginda masih berkeluarga lagi. Kerana fitrah manusia itu memang memerlukan pasangan hidup.

Wahyu diturunkan

حَتَّى جَاءَهُ الْحَقُّ – Hingga sampai kepadanya, al-haq. Iaitu yang dimaksudkan adalah Quran. Yang baginda mimpi sebelum ini memang dah wahyu dah tapi bukan dalam bentuk Quran.

مَا أَنَا بِقَارِئٍ – “Aku tidak pandai membaca” – Apabila Jibrail suruh Nabi baca dan Nabi kata baginda tak boleh baca, atau tidak pernah pandai membaca, ada ‘benda’ yang nak dibacakah? Ada pendapat mengatakan ada ayat ditulis atas sutera yang Jibrail bawa tapi riwayat itu adalah dhaif jadi tak boleh dijadi hujjah.

Ada pendapat mengatakan bahawa yang disuruh ‘baca’ oleh Jibrail itu adalah sebagai permulaan sahaja. Macam kalau guru mula nak mengajar padahal pelajar itu alif ba ta pun tak tau lagi. Guru itu akan kata: “murid-murid, baca yer…”.

Ada yang kata, Nabi Muhammad tidak boleh baca sampai bila-bila iaitu sepanjang hidupnya. Maknanya, baginda buta huruf sampai baginda wafat. Dan memang dalam Quran pun dikatakan Nabi itu adalah seorang ‘ummiy’. Walaupun begitu, pendapat yang lebih baik adalah mengatakan bahawa Nabi memang tidak boleh membaca sebelum berjumpa Jibrail, tapi selepas itu, baginda boleh membaca. Memang Nabi Muhammad pada awal hidupnya tidak boleh membaca, dan semua ulama terima perkara ini. Kalau baginda boleh menulis dan membaca sebelum itu, nanti orang akan kata baginda cedok Quran itu dari kitab-kitab yang lain. Tapi selepas baginda berjumpa Jibrail dan dapat ayat pertama itu, baginda boleh terus membaca. Ini adalah satu pendapat yang baik kerana kebolehan membaca adalah penting. Ianya penting, sampaikan Nabi sendiri suruh tawanan perang dari orang Kafir mengajar orang-orang Islam untuk membaca sebagai satu jalan untuk menebuskan diri mereka. Dan kita sendiri pun tahu yang buta huruf itu adalah satu kelemahan. Makna ‘ummiy’ dalam Quran pun boleh bermaksud seorang yang berasal dari ‘Ummil Qura’ iaitu ‘Mekah’. Ianya adalah satu kebanggaan untuk mengatakan demikian, dan sebab itulah mereka yang berasal dari Kota Mekah akan menggelarkan diri mereka ‘ummiy’. Maknanya, ‘ummiy’ itu bukanlah bermaksud tidak tahu menulis dan membaca sahaja.

Ada yang berhujah, kalau baginda tahu menulis, maka manakah surat-surat yang ditulis oleh baginda? Sedangkan pada zaman hidup baginda, ada surat-surat yang diberikan kepada pembesar-pembesar negara lain dalam dakwah baginda. Kalau ada yang beri alasan surat-surat itu tidak ditulis Nabi sendiri, itu biasalah. Kalau raja atau menteri pun, tak tulis surat sendiri.

فَغَطَّنِي Dalam Hadith ni, Jibrail bukan peluk Nabi, tapi ‘tekan’. Kenapa? Nak menunjukkan susahnya untuk dapat Quran itu. Bukan senang nak dapat ilmu. Nak belajar, kena susahlah sikit. Dan memang baginda akan susah di masa hadapan untuk menghadapi kaumnya sampai baginda akan kena halau. Dan selepas baginda Hijrah ke Madinah pun nanti, baginda diserang juga kerana mereka memang tidak puas hati.

Ada pendapat lain mengatakan baginda ditekan sebegitu supaya Nabi dapat tawajjuh. Supaya dapat macam apa yang ada dengan Jibrail. Tekan yang kita tak tahu macam mana. Sebab tiga kali tekan itulah sampai baginda boleh membaca tu.

اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ  Baca dengan nama Tuhanmu. Iaitu ‘bismillah‘. Jadi benda yang pertama sekali diajar kepada Nabi Muhammad adalah bismillah. Jadi kita dalam semua pekerjaan kena bismillah. Ia adalah doa sebenarnya. Kita sahaja sebab dah biasa baca, tidak nampak kepentingan bacaan basmalah ini. Apabila kita memulakan sesuatu dengan basmalah, bermakna kita telah mengambil berkat dengan nama Allah. Nama Allah itu sendiri sudah ada berkat. Bukan dengan nama wali mana-mana, termasuklah nama Nabi pun.

فَرَجَعَ بِهَا Nabi ulang baca apa yang dibacakan oleh Jibrail itu. Ini adalah cara belajar. Bila guru baca, pelajar ulang baca. Maka hadis ini kena dibaca berkali-kali. Supaya kita boleh mahir baca hadis.

Selepas Penerimaan Wahyu

يَرْجُفُ فُؤَادُهُ Nabi balik dalam keadaan takut. Sampaikan apabila Nabi sampai ke rumah baginda, baginda suruh diselimuti untuk menghilangkan takut baginda. Kenapa baginda rasa takut? Kerana Nabi tahu apa yang baginda kena bawa dan baginda tahu yang itu adalah sesuatu yang amat payah dan berat sekali. Kaumnya akan menentangnya. Bukan baginda takut itu kerana rasa tidak benar apa yang baginda baru terima itu.

Dan baginda mungkin juga masih takut selepas Jibrail tekan sebelum itu. Sebab Jibrail telah tekan baginda sampai habis daya baginda, sampai baginda susah. Perkataan فَأَخَذَنِي boleh bermaksud ‘perah’ seperti perah kain. Mungkin sampai rasa baginda rasa nak mati.

Golongan Anti-Hadith tidak terima Hadith ni sebab hadis ini mengatakan yang Nabi takut dan ini tidak sesuai kepada sifat seorang Nabi. Itu adalah satu penafsiran yang salah. Tidak ada salahnya Nabi untuk mempunyai perasaan takut kerana Nabi pun manusia juga. Sebagai manusia, tentu ada rasa takut. Nabi Musa pun takut juga seperti disebut dalam Quran. Dan Nabi Ibrahim pun disebut takut di dalam Quran semasa malaikat datang rumah ke rumah baginda. Yang jadi masalahnya adalah kalau ada iktikad dalam hati yang Nabi Muhammad bukan manusia, tapi jenis lain. Fahaman sebegini memang banyak terdapat dalam masyarakat kita. Antaranya yang kata Nabi itu ‘Nur’ dan baginda tidak ada bayang. Dan macam-macam lagi pemahaman salah manusia kepada Nabi.

Mereka juga kata macam mana Nabi tak kenal malaikat Jibrail? Ini pun tidak ada masalah. Sedangkan Nabi Ibrahim pun tak kenal malaikat yang datang kepadanya semasa baginda dilawati. Nabi Ibrahim sangka mereka itu manusia dan baginda telah menjamu makanan kepada mereka. Dan apabila mereka tidak makan, baginda telah rasa takut. Baginda jamu mereka kerana baginda sangka mereka itu manusia.

مَا يُخْزِيكَ اللَّهُ أَبَدًا Khadijah kata takkan Nabi akan dihinakan oleh Allah sampai bila-bila. Kemudian Khadijah menjelaskan sifat Nabi. Nabi seorang yang baik. Sifat-sifatnya adalah sifat yang baik. Antara yang disebut adalah Nabi cepat membantu. Nabi tidak tangguh dalam memberi bantuan. Oleh itu, memang jelas bahawa sifat Nabi itu adalah sifat orang yang baik-baik. Kalau orang yang mengamalkan ilmu salah, ilmu jin, kaahin (tenung nasib) dan sebagainya, cara hidup mereka lain. Mereka mengamalkan ilmu mereka dengan cara kotor. Diceritakan di dalam riwayat yang lain bahawa sifat Abu Bakr pun macam tu juga.

فَانْطَلَقَتْ بِهِ خَدِيجَةُ حَتَّى أَتَتْ بِهِ وَرَقَةَ بْنَ نَوْفَلِ – Khadijah pun membawa Nabi SAW pergi kepada Waraqah bin Naufal . Dalam riwayat lain ada mengatakan Khadijah pergi dulu jumpa Waraqah seorang diri pada pertama kali. Lepas itu baru bawa Nabi. Jadi kalau begitu, hadith ini menceritakan pertemuan Khadijah kali kedua dengan Waraqah. Nabi Muhammad dibahasakan sebagai anak saudara Waraqah. Tidak semestinya baginda anak saudara sebenar. Digunakan status ‘anak saudara’, sebagai isyarat rapat, hubungan kasih sayang. Macam kita panggil ‘adik’ kepada seseorang. Bukannya dia adik kita yang sebenar. Tapi sebagai hubungan mesra.

وَكَانَ امْرَأً قَدْ تَنَصَّرَ فِي الْجَاهِلِيَّةِ – Waraqah telah menganut agama Nashrani di masa Jahiliah. Ini menunjukkan bahawa zaman itu bukan semua orang mengamalkan jahiliah. Ada juga mereka yang baik-baik. Sebagai contoh, ada seorang lelaki yang bernama Zayd bin Amar. Dia tak boleh terima apa yang dibuat oleh kaumnya. Sampai dia ambil dan jaga anak-anak perempuan yang nak dibunuh sampai beribu-ribu orang. Selepas mereka besar, dia akan tawarkan anak perempuan itu balik kepada ibubapanya. Kalau mereka tidak mahu, dia akan terus menjaganya. Dan dia mahu mencari kebenaran sampaikan dia perrnah cuba untuk masuk agama Yahudi dan Kristian. Tapi rahib Yahudi kata boleh kalau dia mahu masuk Yahudi, tapi akan dimurkai Allah jua. Kerana rahib itu tahu yang agama mereka tidak benar lagi dah. Dan apabila berjumpa dengan orang Kristian, Paderi Kristian kata boleh nak masuk Kristian, tapi akan dilaknati juga. Maknanya mereka juga tahu bahawa agama mereka waktu itu pun dah salah dah. Dan mereka pun sebenarnya memang sedang menunggu-nunggu Nabi akhir zaman. Maka Zayd tak boleh terima dengan keadaan masa itu dan dia telah isytihar yang dia tolak semua perbuatan jahiliah dan dia hanya mahu mengikut saki baki agama hanif Nabi Ibrahim.

Waraqah pun macam itu juga. Beliau adalah seorang yang alim. Beliau beragama Kristian, tapi agama Kristian yang benar. Bukan semua penganut Kristian sesat masa tu. Macam Najashi, beliau adalah seorang Kristian yang tidak menerima Nabi Isa sebagai tuhan. Sebenarnya, lebih baik kalau kita kata dia beragama ‘Nasrani’. Dari perkataan ‘nasara’ yang bermaksud ‘membantu’. Mereka dinamakan Nasrani kerana merekalah yang membantu Nabi Isa. Kalau sekarang pakai nama Kristian, tidak ada maksud apa-apa kerana ianya diambil dari perkataan Jesus Christ. Oleh itu, kita sepatutnya menggunakan nama Nasara. Mengingatkan kepada sahabat Nabi Isa yang membantu Nabi Isa menegakkan agama Allah.

هَذَا النَّامُوسُ الَّذِي نَزَّلَ اللَّهُ عَلَى مُوسَى – “Itu ialah Namus yang Allah telah turunkan kepada Musa. Bila Nabi menceritakan apakah yang telah dialaminya, Waraqah kata yang datang kepada Nabi Muhammad itu adalah ‘Namus’, yang juga datang kepada Nabi Musa. Maknanya dia tidak takliq kepada Nabi Isa sahaja walaupun dia seorang Kristian. Pada dia, Musa itu pun Nabi juga. ‘Namus’ dari segi bahasa, maknanya ‘sahabat rahsia’. Itu adalah orang yang rapat sangat dengan kita, yang kalau kita ada masalah, kita berbisik bersama dia sahaja. Gelaran itu diberikan kepada Jibrail kerana beliaulah yang berkata-kata dengan para rasul. Orang lain tak dengar, sebab itulah dinamakan ‘Sahabat Rahsia’ atau ‘Sahabat Bisik’. Ada juga khilaf di kalangan ulama’ yang mengatakan Namus itu adalah Israfil, bukan Jibrail. Tapi riwayah yang lebih masyhur adalah yang mengatakan yang ianya adalah Jibrail.

Jadi ada pendapat mengatakan yang dinamakan Ahli Kitab, mereka-mereka yang sebeginilah. Iaitu mereka yang berpegang dengan agama Nasrani dan Yahudi yang asal, bukan yang telah dirosakkan. Walaupun begitu, ada juga mengatakan yang penganut Kristian dan Yahudi pada zaman sekarang ini pun adalah ‘Ahli Kitab’ juga, kerana walaupun mereka berpegang dengan agama asal yang telah diubah, tapi Nabi Muhammad dan Allah masih juga memanggil mereka dengan nama ‘Ahli Kitab’. Tapi Ibnu Umar kata: “mana lagi kafir dari orang yang mengatakan bahawa Nabi Isa itu tuhan?” Jadi, ini adalah khilaf dari segi terminologi dan istilah sahaja.

Kiranya, Waraqah itu bagus sebab dia orang Nasrani semasa zaman Jahiliyah lagi. Dia ada pengetahuan tentang Injil. Sampai dia boleh menulis dalam bahasa Ibrani. Apabila dikatakan dia menulis ‘kitab’, tidak semestinya bermaksud sampai dia menulis buku pula. Sebab orang Arab, kalau tulis surat pun dipanggil menulis kitab. Ibrani adalah bahasa orang Yahudi. Dalam naskah lain, disebut dalam bahasa Arab. Maknanya, Waraqah boleh terjemah injil ke bahasa Arab. Waraqah tahu yang Nabi akan dihalau melalui kitab Injil. Nabi hairan sampaikan baginda akan dikeluarkan dari negerinya sendiri.

Apakah kedudukan Waraqah itu? Islam kah atau tidak? Hadis ini menunjukkan bahawa beliau adalah orang Islam dan orang yang pertama menerima Nabi Muhammad secara zahir. Dan dia mati sebagai mukmin. Ulama sepakat tentang perkara itu. Tapi ulama tak sepakat samada dia berstatus ‘sahabat’ atau tidak. Mungkin tidak sebab masa itu belum dinyatakan Islam secara rasmi lagi.

Dari kisah Waraqah ini juga memberitahu kepada kita yang zaman Nabi itu masih ada lagi ilmu agama. Kerana Waraqah telah membawa kitab ke sana. Jadi, kalau mereka melakukan syirik kepada Allah, mereka tetap dihukum kerana telah ada orang yang mengajar agama kepada mereka. Tidaklah boleh kata mereka akan selamat sebab mereka tidak ada Rasul, sampai mereka boleh dilepaskan dari dosa mereka. Maknanya, orang Arab Jahiliah akan kena azab juga, jangan kita ingat mereka akan selamat. Dari hal ini, timbul satu masalah yang timbul di kalangan masyarakat kita yang mengatakan ayah Nabi tidak masuk neraka kerana dalam ‘Zaman Fitrah’ – tidak ada agama. Itu adalah tidak benar. Sampaikan ada yang kata Abu Talib itu pun ahli syurga sebab beliau adalah bapa saudara Nabi. Padahal, hadis jelas mengatakan yang bapa Nabi masuk neraka dan Abu Talib pun tidak masuk Islam di hujung hayatnya. Jadi, tidak ada konsep Zaman Fitrah pada zaman itu. Tidak boleh kita katakan yang zaman itu terputus dengan ilmu wahyu. Kita lihatlah bagaimana Waraqah ada kitab Injil padanya. Musyrikin Mekah juga pun mengamalkan amalan yang sama macam Islam macam solat, tawaf, nikah cerai dan sebagainya.

Dalam hadis ini, tidak disebut tentang Khadijah masuk Islam. Nabi tak terus suruh khadijah masuk Islam sebab baginda nak tengok isterinya bagaimana. Terbukti khadijah amat menyokong Nabi. Nabi tidak suruh isterinya terus masuk Islam supaya jangan orang kata dengan isteri dia pun tak selesai lagi, dah nak dakwah kepada orang lain.

Wahyu Terhenti

Semasa wahyu berhenti, wahyu Quran berhenti tapi wahyu dengan cara lain, masih berjalan. Iaitu wahyu dalam bentuk hadis yang disampaikan terus kepada baginda. Wahyu Hadith dan Quran lain walaupun kedua-duanya adalah wahyu dari Allah. Apabila wahyu terhenti, Nabi amat rindu kepada wahyu dan berharap supaya ianya turun lagi. Sebab baginda tahu yang ianya amat istimewa. Ada kata wahyu berhenti tiga tahun, dua tahun, beberapa bulan atau beberapa hari sahaja. Nabi direhatkan dari menerima wahyu seketika supaya Nabi dapat membiasakan diri dengan penerimaan wahyu yang pertama. Ini adalah kerana peristiwa itu amat mengesankan.

Jibrail datang lagi di langit atas kerusi. Dalam rupa yang asal. Nabi dah kenal dah Jibrail waktu itu. Semasa di Gua Hira’ pertama, Jibrail datang berupa manusia. Nabi waktu itu ada juga rasa takut – Nabi mahu terima wahyu, tapi ada juga rasa gerun. Kerana baginda ingat lagi sakit yang dulu. Takut yang dialami Nabi itu pula adalah jenis takut yang boleh terkejut sampai boleh pengsan, boleh sakit jantung. Maknanya, takut sangat. Bukan takut jenis yang biasa. Orang Arab memang kaya dengan bahasa. ‘Takut’ pun ada banyak jenis. Nabi Muhammad sebagai manusia biasa, ada rasa takut dalam hati baginda. Ini adalah salah satu dalil dari dalil yang banyak, yang mengatakan yang Nabi muhamad adalah manusia biasa.

Kenapa dalam hadis ini disebut yang Nabi suruh baginda diselimuti? Nabi suruh selimut sebab lepas panas dapat wahyu, jatuh sejuk. Sebab itu baginda rasa sejuk sangat. Dalam wahyu kedua itu, Nabi disuruh bangun dan beri ancaman kepada manusia. Tidak boleh berselimut. Sudah sampai masa untuk baginda buat kerja. Iaitu mengagungkan Allah yang kaumnya tak buat selama ini. Mereka sembah Allah, tapi dalam masa yang sama, sembah juga tuhan yang lain. Sampai mereka sembelih binatang ternak dan dipersembahkan kepada berhala.

Nabi juga disuruh membersihan pakaian baginda kerana pakaian kena bersih semasa berdakwah. Dan ia juga adalah isyarat kepada bersihkan hati. Tinggalkan perkara yang tidak baik. Jangan hiraukan tentangan dari mereka yang tidak mahu menerima.

Selepas wahyu disambung, wahyu tidak terputus lagi selepas itu.

Hadis Mutaaba’ah

Dalam hadis ini, selepas matan hadis, ada ditambah dengan sanad yang baru:

تَابَعَهُ عَبْدُاللَّهِ ابْنُ يُوسُفَ وَأَبُو صَالِحٍ وَتَابَعَهُ هِلالُ بْنُ رَدَّادٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ , وَقَالَ يُونُسُ وَمَعْمَرٌ بَوَادِرُهُ

Abdullah bin Yusuf adalah mutabi’ kepada sanad hadis ini. Ini hendak menunjukkan bahawa ada sanad lain yang Imam Bukhari dapat hadis ini. Ini menguatkan lagi hadith ini. Menunjukkan bahawa Imam Bukhari bukan dapat hadis ini dari satu jalan sahaja, ada juga perawai lain yang meriwayatkan.

Ini adalah contoh Hadis Mutaabi’ atau Hadis Mutaaba’ah. Hadis ini dikuatkan dengan perawi-perawi yang lain. Ini adalah kerana ada penggunaan sanad an’anah dalam hadis ini dan Imam Bukhari hendak menguatkan sanad hadis ini.

Dengan ini, kita sudah mula masuk kepada hadis yang rumit untuk difahami. Imam Bukhari ada juga membawa hadis muallaq dalam kitabnya ini. Muallaq bermaksud ‘tergantung’ sanadnya. Hadis itu tanpa sanad. Mengikut ahli hadis, mereka mengatakan hadis mesti bersambung sanadnya kepada Nabi. Jika tidak, ia dikira sebagai dhaif. Kalau sesuatu hadis itu dhaif, ini adalah kerana perawi yang merosakkan hadis itu. Padahal, mungkin matannya adalah benar. Ini adalah menghairankan kenapa Imam Bukhari membawakan hadis muallaq. Banyak juga dimasukkan oleh Imam Bukhari dalam kitabnya.

Kita kena memahami cara penulisan Imam Bukhari. Lain orang, lain cara penulisannya. Kita kena faham cara orang berilmu menulis. Kalau tak, kita tidak akan faham ilmu orang itu. Jadi untuk kita faham kitab Sahih Bukhari ini, kita hendaklah memahami cara penulisannya. Kadang-kadang Imam Bukhari bawa tajuk dalam Sighah Jazam – dia memberitahu dalam bentuk jelas dan pasti. Kadang-kadang dibawa dalam Sighah Tamrid – digunakan perkataan tidak jelas, seperti ‘dikatakan’, ‘diberitahu’, ‘disampaikan’ – siapa yang sampaikan? Tidak tahu.

Jadi kaedah untuk faham sesuatu hadis yang ada masalah, adalah jikalau sanadnya menggunakan kaedah tamrid. Ini dinamakan majhul – tidak diketahui siapa yang memberitahu. Ini isyarat yang hadis itu ada masalah dari segi sanad, yang perlu dikaji oleh ahli hadis. Imam Bukhari keluarkan perkataan itu kepada orang yang pandai untuk melakukan kajian. Pada beliau, hadis itu sudah sahih kerana hadisnya semuanya adalah sahih. Jikalau Imam Bukhari menyembunyikan nama orang yang meriwayatkan, maka itu menunjkkan bahawa hadis itu ada masalah. Sebagai contoh, dalam sanadnya disebut, “ada orang kata, Ali berkata” – ini menunjukkan tidak jelas siapa yang kata. Lain dengan Ali berkata’.

Kita kena ingat bahawa Imam Bukhari akan mengeluarkan hadis yang sahih dah. Dia telah tapis semua hadis-hadis yang dimasukkan dalam kitabnya. Dia pilih hadis-hadis yang dimasukkanitu dari pilihan hadis-hadis yang memang sudah dikira sahih. Bukan kumpulan hadis yang bercampur dengan yang dhaif. Ini adalah kerana, syarat Imam Bukhari amatlah tinggi. Walaupun ulama Hadis lain dah kata ianya, tapi tidak semestinya sahih lagi dalam timbangan Imam Bukhari. Hanya hadis yang melepasi syarat-syaratnya yang tinggi sahaja yang lepas dapat masuk dalam Kitab Sahihnya ini.

Allahu a’lam. Lompat ke hadis yang seterusnya

—————-

Kuliah Ustaz Abu Tolhah Solahuddin

Audio kuliah Maulana Asri