We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Mengaku Nabi February 22, 2013

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 5:35 pm
Tags: , , , , , ,

Nabi bersabda bahawa akan ada 30 Nabi palsu akan mengaku Nabi selepas baginda. Diakhiri dengan Dajjal nanti.

Zaman Nabi pun dah ada yang mengaku. Namanya Musailamah. Dan apabila sebut nama dia, mesti akan ditambah dengan ‘al Kazzab’ yang bermakna penipu. Ramai pulak yang percaya kat dia. Sampai pengikut dia ada 70 ribu orang. Ini kita tahu kerana ada hadis menceritakan yang Musailamah telah menghantar utusan kepada Nabi. Dengan tujuan supaya Nabi mengiktiraf Musailamah. Nabi kata, kalaulah tidak salah membunuh utusan, utusan itu tadi akan dibunuhnya.

Apabila Abu Bakr menjadi khalifah, antara perkara awal dia buat adalah memerangi Musailamah. Dia sendiri nak pergi perang. Umar memujuk beliau untuk tidak pergi. Abu Bakr kata dia ingatkan selama ini umar seorang yang berani, tapi rupanya penakut. Bukanlah Umar itu penakut. Tapi dia sayangkan Abu Bakr dan tak mahu Abu Bakr terkorban.

Maka perang terjadi dan Musailamah dibunuh. Yang bunuhnya adalah Wahshy, iaitu insan yang dulunya telah membunuh Saidina Hamzah. Wahshy telah menulis dikatilnya: “Dulu aku telah membunuh Panglima Allah. Sekarang aku telah membunuh musuh Allah”. Selepas mendengar Musailamah dibunuh, Abu Bakr telah sujud syukur. Maka, sesuai kalau musuh Allah mati, kita sujud syukur.

Ada banyak lagi insan yang mengaku sebagai Nabi. Qadiani contohnya yang berasal dari Punjab, India. Pun ramai pengikut. Sampaikan ada pengikut dia kat area gombak sekarang. Ada kelebihan Allah beri pada dia. Kalau dia bercakap, orang akan terpegun. Kalau pergi jumpa dia, ada kemungkinan join dia. Allah takdirkan diakhir hayat dia, dia kena sakit cirit birit. Berulang alik ke tandas. Sampaikan dia mati semasa di tandas. Jadi kerana pengikut dia pegang dia sebagai Nabi, dan Nabi itu ditanam di tempat dia mati, maka mereka tanam dia dalam tandas. Begitulah Allah hina dia.

Sebenarnya semasa Nabi wafat, memang ada idea untuk mengebumikan baginda di Baqi’, iaitu tanah perkuburan di Madinah. Tapi keputusan untuk menanam baginda di rumah Aisyah, tempat wafat baginda adalah idea Aisyah. Kerana dia takut kalau dikebumikan di baqi’, manusia akan meninggalkan masjid Nabi dan hanya melawat Baqi’ sahaja nanti. Aisyah begitu berpandangan jauh.

Itupun jadi isu juga. Kerana tidak sesuai ada kubur didalam masjid. Tapi jawapan oleh penjaga masjid adalah darurat. Mereka perlu untuk membesarkan masjid, dan kubur Nabi pula ada disitu. Mereka terpaksa melakukan begitu.

Di Malaysia pun, ada juga yg mengaku Nabi. Dikatakan sebagai ‘Nabi Melayu’. Ada pula yang ikut tu. Mungkin sebab dia pun ada kelebihan. Sebab kalau orang jumpa dia, dia orang itu ada masalah atau ada sakit. Itu jin syaitan lah yang bagitahu tu. Manusia ni kalau seseorang ada kelebihan, senang sangat percaya.

Kemudian Rashad Khalifa, seorang yang menemui kod 19 dalam Quran. Panjang nak cerita kod 19 ni. Dia jumpa pakai komputer. Akhirnya mengaku sebagai Nabi.

Sekarang, mungkin ada juga yang mengaku Nabi lagi. Kita tak tahu. Mungkin mereka buat senyap-senyap. Yang menarik adalah kata-kata Syaikh Ibn Baaz. Dia kata sekarang tiada yang mengaku Nabi, tapi ramai yang buat perangai macam Nabi. Apakah itu?

Itulah mereka yang mereka syariat baru. Pandai-pandai buat amalan yang tak pernah Nabi buat. Mereka akan kata itu adalah amalan yang baik. Walaupun Nabi tak buat. Macam mereka lagi pandai dari Nabi. Lagi bagus dari Nabi. Mereka kata kalau buat amalan itu akan dapat pahala.

Mereka lah yang mengajar umat tentang solat Hajat berjemaah, talqin, kenduri arwah, majlis tahlil, tawasul, menyambut maulid Nabi, zikr rekaan yang Nabi tak ajar pun. Apabila kita kata perbuatan mereka itu salah, mereka pula yang mencemuh kita. Sampai kata kita nak memecah belahkan masyarakat. Mereka kata kita Wahabi maka kita sesat. Dan macam-macam lagi.

Mereka macam tak takut ditanya Allah nanti atas amalan mereka itu, datang dari mana? Kalau kita tanya, mereka akan kata itu adalah ‘bidaah hasanah’. Agaknya depan Allah nanti, jawapan mereka itu dapat A ke atau dapat F?!

Allahu a’lam.

Advertisements