We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 32 Bab Nasihat Imam Kepada Orang Ramai Untuk Menyempurnakan Sembahyang Dan Bab Cerita Tentang Kiblat May 12, 2013

بَاب عِظَةِ الامَامِ النَّاسَ فِي إِتْمَامِ الصَّلاةِ وَذِكْرِ الْقِبْلَةِ

Bab 13 Nasihat Imam Kepada Orang Ramai Supaya Menyempurnakan Sembahyang Dan Bab Keterangan Tentang Kiblat

Kita masih lagi dalam bab masjid. Tapi tak nampak jelas kalau dilihat dalam tajuk diatas. Kalau tak belajar, tak nampak. Kalau dalam tajuk, nampak macam nak cerita tentang kiblat lagi. Dalam tajuk ini ada dua juzuk: tentang nasihat imam dan lagi satu tentang kiblat. Juzuk pertama tak nampak kena dengan masjid, itulah sebabnya ditambah dengan berkenaan kiblat. Dalam hadis pun tidak ada cakap pasal masjid. Nampak macam tak jelas. Hadis kedua baru nampak sikit sebab ada menceritakan tentang Nabi naik mimbar. Tapi kalau solat tempat lain pun ada mimbar juga macam kalau solat kat kawasan lapang. Jadi, itupun tidak boleh dikatakan sangat sebagai hanya kaitan dengan masjid. Jadi, dimanakah kaitan tajuk ini dengan masjid? Itulah keunikan yang ada pada kitab Sahih Bukhari.

Kalau disebut kiblat, secara terus kita akan teringat masjid. Masjid adalah tempat yang paling kena jaga bab kiblat. Kalau kat rumah atau tempat lain, selalunya tidak dibuat mengikut kiblat. Sampai kalau nak cari kiblat, kena menyenget. Tapi itu tidak mengapa sangat, sebab bukan tempat orang selalu datang untuk solat disitu. Tapi kalau kat masjid, kena jaga kiblat bebetul. Itulah kaitannya antara masjid dan tajuk ini. Imam Bukhari tidak meletakkannya dengan jelas. Hanya kalau belajar, baru tahu apakah kaitannya.

Bab ini menyentuh tentang nasihat. Sebelum ini ada penerangan tentang larangan-larangan seperti tidak boleh membuang ludah dan kahak dalam masjid. Ini pula tentang nasihat imam. Nasihat itu paling sesuai diberikan dalam masjid. Itu juga adalah kaitan antara masjid dan tajuk diatas. Kerana disitulah interaksi yang banyak antara seorang imam dan makmumnya. Sebenarnya elok kalau anak buah itu kena tegur. Kadang-kadang orang kita susah untuk terima nasihat dan teguran. Padahal itu adalah untuk kebaikan. Bayangkan kalau tidak ada orang tegur kita? Mungkin sampai bila-bila kita akan buat benda yang salah. Atau kita tidak tahu manakah perkara yang lebih baik yang boleh kita lakukan. Oleh itu, berlapang dadalah apabila ditegur tentang sesuatu. Mungkin cara solat kita salah.

Imam adalah orang yang paling sesuai untuk memberi nasihat. Tambahan pula kita telah diajar tentang adab dengan imam. Apa-apa sahaja yang imam buat dalam solat, kita kena ikut. Hatta kalau dia buat salah pun, kita kena ikut juga. Asalkan imam itu sangka bahawa dia telah melakukan perkara yang betul. Kita boleh untuk mengingatkan dia tentang kesalahan yang dilakukannya. Kalau dihujungnya, dia sujud sahwi kerana kesalahan yang telah dilakukan, kita pun kena ikut sujud sahwi juga, padahal bukan kita yang salah. Begitulah kita dalam berimam.

401 حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنِ الاعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ هَلْ تَرَوْنَ قِبْلَتِي هَا هُنَا فَوَاللَّهِ مَا يَخْفَى عَلَيَّ خُشُوعُكُمْ وَلا رُكُوعُكُمْ إِنِّي لارَاكُمْ مِنْ وَرَاءِ ظَهْرِي

401. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Abu Az Zinad dari Al A’raj dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Apakah kamu nampak kiblatku? Nah, disini. Tetapi Demi Allah, tidaklah tersembunyi kepadaku khusyuk kamu dan tidak juga rukuk kamu. Sungguh, aku benar benar dapat melihat kamu dari belakangku.”

Sebagai pengetahuan, sanad dalam hadis ini dinamakan Rantaian emas sanad. Kerana kukuhnya rantaian sanad ini dan boleh dipercayai. Itu adalah sebahagian dari ilmu hadis.

Selalunya, apabila seseorang itu melihat kehadapan, dia tidak nampak apakah yang terjadi di belakangnya. Nabi diawal hadis ini menunjukkan kiblat baginda, iaitu tentunya Makkah dan ianya berada di depan. Kira-kiranya dari logik akal, Nabi tak nampak apa yang berlaku di belakang baginda. Tapi Nabi memberitahu kepada sahabat bahawa baginda nampak apa yang mereka lakukan di belakang semasa dalam solat. Jadi, apakah yang dimaksudkan baginda ‘nampak’ itu? Banyaklah perbincangan ulama tentang kata-kata Nabi itu.

Khusyuk itu adalah perkara dalam hati. Apakah pula persamaan khusyuk itu dengan rukuk? Jadi, kalau ianya adalah perkara hati, macam mana Nabi nak nampak khusyuk? Oleh itu, ada yang mengatakan bahawa ianya bukanlah khusyuk, tapi ianya adalah sujud.
Ada pula pendapat lain yang mengatakan bahawa Allah beri Nabi nampak semua sekali termasuk apa yang ada dalam hati.

Jadi, kalau dikatakan Nabi nampak, baginda nampak dengan apa? Adakah dengan mata? Ada yang mengatakan ini hanya kiasan sahaja. Yang mengatakan begitu mengatakan bahawa Nabi sebenarnya tahu tapi dikatakan macam nampak. Seperti juga kita kalau kita mengajar, dan kita nak tanya pelajar kita mereka faham atau tidak, kita akan kata: “adakah kamu semua nampak?”. Padahal, yang sebenarnya kita nak tahu samada mereka faham atau tidak. Dan baginda tahu itu adalah dari wahyu. Atau ilham yang diberikan kepada Nabi.

Ada yang mengatakan bahawa Allah kuatkan mata Nabi sampai baginda boleh nampak apa yang dilakukan oleh para sahabat di belakang. Ada yang kata Nabi ada mata di belakang. Mata itu kecil sebesar bulu roma. Kedudukannya pula mereka kata pada belikat. Tapi itu semua tiada dalil.

Ada yang kata dinding kiblat dihadapan baginda dijadikan seperti cermin. Itulah sebabnya baginda boleh nampak apa yang berlaku di belakang.

Baginda boleh nampak itu khusus masa solat sahaja. Itu adalah pendapat sesetengah ulama. Ada pula yang kata pada masa lain pun Nabi boleh nampak. Termasuk pada masa gelap pun.

Ada yang kata Nabi nampak bukan dengan mata fizikal tapi dengan mata hati.

Pendapat Imam Bukhari dan jumhur ulama: Nabi melihat dengan mata biasa juga. Tapi baginda dapat melihat itu adalah sebagai mukjizat dari Allah. Baginda nampak itu tanpa menggunakan alat lain. Macam juga di syurga nanti, mereka yang masuk syurga akan dapat melihat Allah.

Dalam hadis ini, Nabi memberi amaran kepada para sahabat supaya memperelokkan solat mereka kerana baginda nampak.

 

402 حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ صَالِحٍ قَالَ حَدَّثَنَا فُلَيْحُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ هِلالِ بْنِ عَلِيٍّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ صَلَّى بِنَا النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلاةً ثُمَّ رَقِيَ الْمِنْبَرَ فَقَالَ فِي الصَّلاةِ وَفِي الرُّكُوعِ إِنِّي لارَاكُمْ مِنْ وَرَائِي كَمَا أَرَاكُمْ

402. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Shalih berkata, telah menceritakan kepada kami Fulaih bin Sulaiman dari Hilal bin ‘Ali dari Anas bin Malik berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menjadi imam kepada kami dalam satu sembahyang, setelah selesai sembahyang, baginda naik keatas mimbar lalu bersabda tentang sembahyang dan rukuk: “Sesungguhnya aku dapat melihat kalian dari belakangku sebagaimana aku dapat melihat kamu di hadapanku.”

Dalam hadis ini pula, Nabi memberi nasihat tentang keseluruhan sembahyang semua sekali. Bukan hanya rukuk sahaja.

Apakah pengajarannya yang boleh diambil dari dua hadis diatas?

  1. Allah telah memberi banyak mukjizat kepada Nabi dan ini adalah salah satu dari mukjizatnya. Kita penting untuk kita cakap sebab ada yang tak percaya ada mukjizat. Macam puak Muktazilah. Sebab tidak boleh diterima oleh akal mereka. Dan ada juga golongan yang mempunyai serba sedikit faham macam Muktazilah itu. Mungkin mereka berniat baik. Sebab pada mereka kalau cakap pasal mukjizat ini, orang kafir susah nak terima Islam kerana tidak dapat dipastikan secara saintifik. Tapi sebagai ASWJ, kita percaya bahawa mukjizat itu ada.  Ianya berdasarkan hadis sahih yang mempunyai rantaian hadis yang banyak. Para sahabat banyak yang memperkatakan tentang perkara mukjizat yang dilakukan oleh Nabi.
  2. Banyak perkara ajaib terjadi semasa sahabat solat bersama Nabi. Pernah satu waktu, Nabi hulur tangan dalam solat kerana telah ditunjukkan kepada baginda syurga dan baginda nak ambil buah syurga. Ini juga menunjukkan kelebihan arah kiblat.
  3. Berbagai cara Nabi tegur para sahabat. Ini adalah satu cara.
  4. Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi boleh nampak perbuatan sahabat kalau dalam solat. Apabila kita tahu bahawa ada yang nampak apa yang kita buat dalam solat, tentulah kita akan mejaga solat kita. Tambahan pula kalau Nabi yang nampak. Dan kalau Nabi pun boleh nampak, Tuhan lagilah.
  5. Ini adalah langkah penerapan kearah kesedahan Ihsan. Iaitu beribadat seperti kita nampak Allah, dan kalau kita tidak boleh nampak Allah, maka sedarlah bahawa Allah nampak kita. Nabi menerapkan pemahaman itu kepada sahabat dengan mengatakan baginda boleh nampak. Allah pun tentunya boleh lagi nampak.
  6. Kelebihan rukuk dan sujud.
  7. Kadang-kadang Nabi akan naik mimbar dan memberi nasihat dari atas mimbar.
  8. Imam kena tegur makmum kalau ada kesalahan yang dilakukan oleh makmum.
  9. Manusia akan buat baik kalau ada orang lain lihat
  10. Solat Nabi tidak terjejas walau nampak belakang. Kalau kita, mungkin tak khusyuk kalau sambil solat itu, boleh nampak belakang pula. Orang tak serupa. Ada yang boleh buat banyak dengan baik. Kerana keupayaan mereka yang tinggi.
  11. Hadis ini tidak sekali-kali boleh dijadikan bukti yang Nabi tahu perkara ghaib. Baginda boleh nampak itu kerana Allah yang beri baginda nampak. Bukan Nabi boleh nampak setiap kali. Jangan jadi fahaman Brehlawi yang kata Nabi tahu perkara ghaib sampai boleh tahu perkara ghaib dan nampak semua. Pada mereka, setelah Nabi mati, lagi Nabi berkuasa. Sekarang ini pada mereka Nabi tengah pusing keliling dunia. Itu sesat namanya. Kita kena terima bahawa kebolehan Nabi melihat belakang ini adalah mukjizat Allah beri. Ikut Allah kalau Allah nak beri Nabi boleh nampak. Nabi boleh nampak itu bukan kerana Nabi telah buat satu-satu amalan. Ada hadis lain kata Nabi tak nampak. Contohnya pernah Abi Bakrah berlari-lari masuk dalam saf dan Nabi terdengar nafasnya yang kuat. Selepas habis solat, Nabi tanya siapa yang buat macam itu? Dan ada satu lagi hadis dimana seorang sahabat telah membaca doa lain semasa bangun dari rukuk. Nabi tanya siapa yang buat begitu kerana Nabi nampak berebut-rebut malaikat hendak menulis kebaikan itu. Itu juga menunjukkan Nabi tidak tahu kerana Nabi bukan tuhan.

 

Kuliah Maulana Asri

Advertisements
 

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 24 & 25 Bab Mengadap Ke Arah Qiblat Di Mana Sahaja Seseorang Itu Berada. Abu Hurairah Berkata: Nabi s.a.w. Bersabda: Mengadaplah Ke Arah Kiblat Dan Bertakbirlah May 4, 2013

بَاب التَّوَجُّهِ نَحْوَ الْقِبْلَةِ حَيْثُ كَانَ وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَقْبِلْ الْقِبْلَةَ وَكَبِّرْ

Bab 4 Mengadap Ke Arah Qiblat Di Mana Sahaja Seseorang Itu Berada. Abu Hurairah Berkata: Nabi s.a.w. Bersabda: Mengadaplah Kamu Ke Arah Kiblat Dan Bertakbirlah

Ingatlah bahawa kita bukan mengadap Kaabah tapi ‘arah’ Kaabah itu. Kalau Kaabah tiada pun kena hadap ke situ juga. Inilah keberkatan tapak itu. Kita disuruh mengadap Kaabah walau dimana sahaja berada. Itulah yang hendak ditekankan oleh Imam Bukhari dalam tajuk ini.

Apabila Nabi bersabda: “Mengadaplah Kamu Ke Arah Kiblat Dan Bertakbirlah”, bermakna kita kena mengadap kiblat dulu baru takbir. Itulah sebagai dalil bahawa mengadap kiblat itu adalah syarat sah, iaitu perlu dilakukan sebelum salat lagi. Dan syarat itu dikenakan kepada semua orang. Bukan hanya kepada Nabi. Bukan hanya kepada sesiapa yang berada di Masjidilharam. Dan bukan hanya dalam tempat ibadat. Samada dalam mukim atau musafir. Itu kita boleh lihat dalam hadis kedua, dimana semasa musafir, Nabi pun mengadap kiblat juga apabila solat fardhu.

Bukan mengadap Kaabah itu waktu mula nak solat sahaja. Dalam solat pun kena sentiasa mengadap kiblat. Dada kita tidak boleh lari dari mengadap kiblat. Takut ada yang keliru dengan hadis riwayat Abu Hurairah: Mengadaplah Ke Arah Kiblat Dan Bertakbirlah. Takut ada yang ingat, waktu nak mula solat sahaja kena mengadap dan selepas itu tidak mengapa kalau tak mengadap kiblat. Macam hadis dibawah dimana sahabat pusing dalam solat mereka. Kalau tidak perlu mengadap kiblat dalam solat, tentulah mereka tidak berpusing kerana pada awal mereka solat, mereka sudah mengadap kiblat yang benar dah waktu itu, iaitu Baitulmaqdis. Maka kalau kita sedang solat dan kita perasan bahawa kita bukan mengadap kiblat, maka kita kena pusing dalam solat itu dan betulkan. Kita tahu itu mungkin kita perasan sendiri atau ada orang yang beritahu kita. Mungkin semasa kita mula solat itu kita tidak perasan kita salah mengadap kiblat tapi kalau yang memberitahu kita itu adalah tuan rumah contohnya, tentulah dia pasti. Maka kita kena ikut. Kita kena pusing badan kita mengadap kiblat. Dalam hadis yang ketiga pula menunjukkan bahawa dalam sujud sahwi pun Nabi pusing kembali untuk mengadap kiblat. Maknanya, kena mengadap solat.

Begitulah kata Sheikh Zakaria dalam mensyarahkan tujuan Imam Bukhari. Mengikutnya, Imam Bukhari membawakan hadis-hadis di bawah ini (Hadis 384, 385 & 386) itu untuk menjelaskan makna hadis riwayat Abu Hurairah dalam tajuknya itu. Dia membawa Hadis riwayat Abu Hurairah itu secara ringkas. Sebab Bukhari nak letak pada tajuknya, sebab itu ringkas sahaa. Hadis itu diambil dari hadis sahabat yang salah dalam solatnya dan Nabi telah memperbetulkannya. Hadis ini adalah sahih kerana Imam Bukhari mewasalkannya (membawa dengan sanad yang penuh) di tempat lain dalam Kitab Sahih Bukhari.

384 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ رَجَاءٍ قَالَ حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى نَحْوَ بَيْتِ الْمَقْدِسِ سِتَّةَ عَشَرَ أَوْ سَبْعَةَ عَشَرَ شَهْرًا وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحِبُّ أَنْ يُوَجَّهَ إِلَى الْكَعْبَةِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ
{ قَدْ نَرَى تَقَلُّبَ وَجْهِكَ فِي السَّمَاءِ }
فَتَوَجَّهَ نَحْوَ الْكَعْبَةِ وَقَالَ السُّفَهَاءُ مِنْ النَّاسِ وَهُمْ الْيَهُودُ
{ مَا وَلَّاهُمْ عَنْ قِبْلَتِهِمْ الَّتِي كَانُوا عَلَيْهَا قُلْ لِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ }
فَصَلَّى مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلٌ ثُمَّ خَرَجَ بَعْدَ مَا صَلَّى فَمَرَّ عَلَى قَوْمٍ مِنْ الْأَنْصَارِ فِي صَلَاةِ الْعَصْرِ نَحْوَ بَيْتِ الْمَقْدِسِ فَقَالَ هُوَ يَشْهَدُ أَنَّهُ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَّهُ تَوَجَّهَ نَحْوَ الْكَعْبَةِ فَتَحَرَّفَ الْقَوْمُ حَتَّى تَوَجَّهُوا نَحْوَ الْكَعْبَةِ

384. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Raja’ berkata, telah menceritakan kepada kami Israil dari Abu Ishaq dari Al Bara’ bin ‘Azib radliallahu ‘anhuma berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam shalat mengadap Baitul Maqdis selama enam belas atau tujuh belas bulan, dan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sebenarnya suka kalau diperintahkan mengadap ke arah Ka’bah. Selepas itu Allah menurunkan ayat: (“Sungguh Kami melihat mukamu berkali-kali menengadah ke langit) ‘ (Qs. Al Baqarah: 144). Maka kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menghadap ke Ka’bah. Lalu berkatalah orang-orang yang bodoh dari masyarakat, yaitu orang-orang Yahudi: ‘(Apakah yang menyebabkan mereka (umat Islam) berpaling dari kiblat (Baitul Maqdis) yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya?” Katakanlah: “Wahai Muhammad, Kepunyaan Allah-lah jua timur dan barat. Dia memberi petunjuk kepada siapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang betul) ‘ (As. Al Baqarah: 144). Kemudian ada seseorang yang ikut salat bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, orang itu kemudian keluar setelah menyelesaikan salatnya. Kemudian orang itu melewati Kaum Anshar yang sedang melaksanakan salat ‘Ashar dengan menghadap Baitul Maqdis (di Masjid Bani Haritsah). Lalu orang itu bersaksi bahwa dia telah salat bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan menghadap kearah Ka’bah. Maka orang-orang itu pun berputar sehingga benar-benar menghadap Ka’bah.

Kiblat semasa mengadap baitulmaqdis itu adalah batu yang Nabi pijak semasa Isra’ Mi’raj itu. Itulah pusat tumpuan. Itulah batu yang dianggap suci oleh Kaum Yahudi. Nabi sebenarnya ingin supaya kiblat ditukar kepada Kaabah. Nabi tidak berapa suka kiblat ke Baitulmaqdis itu. Kalau kita cari, arahan untuk mengadap Kiblat Baitulmaqdis itu tidak ada dalam Quran. Hanya isyarat sahaja yang ada dalam 2:144 itu: “…. yang dahulu mereka telah berkiblat kepadanya…”. Makna ayat itu adalah sebelum mengadap Kaabah, ada kiblat lain yang mereka hadapkan. Tapi tidak diberitahu dengan nama. Tapi kita tahu bahawa Kiblat waktu itu adalah Baitulmaqdis dari pembacaan hadis. Maknanya ia adalah ketentuan Allah juga. Kena ikut juga walaupun tidak ada dalam Quran, hanya ada dalam arahan Nabi. Walaupun kalau kita cari dalam Quran tidak ada arahan itu. Menunjukkan hadis itu dari Allah juga dan Nabi telah guna bahasa baginda. Oleh itu, ianya tidak ada dalam Quran. Macam orang cerita kepada kita dalam bahasa Inggeris dan kita cerita kepada orang lain dalam bahasa Melayu. Jadi salah kalau ada orang kata kena ikut Quran sahaja. Kalau tak pakai hadis, bermakna tak ikut Quran juga. Kerana dalam Quran telah ada arahan kepada umat Islam untuk ikut arahan Nabi.

Selama berada di Madinah, umat Islam mengadap 16 atau 17 bulan. Nabi sampai ke Madinah dalam bulan Rabiul Awal dan penukaran kiblat itu terjadi dalam pertengahan bulan Rejab. Beza bulan itu adalah kalau dikira masa perjalanan baginda ke Madinah atau tidak. Tidak ada masalah disitu. Orang-orang yang tidak faham hadis sahaja yang terkeliru sampai mereka kata sebab hadis tidak tetaplah yang menyebabkan mereka tidak percaya kepada hadis. Kalau mereka belajar dengan cara yang betul, semua kekeliruan itu boleh dileraikan dengan ilmu.
Orang-orang bodoh dalam hadis ini dikatakan Yahudi. Dalam riwayat lain dikatakan orang-orang munafik.

Para sahabat memang dah tahu kiblat akan bertukar. Sebab itulah apabila ada yang memberitahu kepada mereka, mereka terus terima walaupun seorang sahaja yang beritahu. Walaupun ketika itu mereka dalam solat. Kejadian itu terjadi semasa solat Asar. Ini menunjukkan boleh pusing dalam solat. Dan menunjukkan kena mengadap kiblat yang betul.

– Kenapa Nabi tak berapa suka dengan kiblat baitulmaqdis itu dan berharap supaya ianya bertukar ke Kaabah?

  1. Kerana Kaabah adalah kiblat Nabi Ibrahim. Dan Allah pun selalu suruh Nabi ikut ajaran Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim pun bapa kepada Yahudi juga. Jadi sepatutnya mereka tidak ada alasan untuk menolak Kaabah sebagai kiblat. Sampaikan ada bekas tapak kaki Nabi Ibrahim di Kaabah sebagai isyarat bahawa kita kena ikut jejak baginda. Bukankah kalau kita ikut orang lain, kita kata: ‘ikut jejak langkah’ seseorang?
  2. Kaabah lebih menarik hati orang Arab. Sampaikan mereka pernah kata kepada Nabi kenapa kena ikut kiblat orang lain. Padahal mereka ada Kaabah. Sebenarnya mengadap BaitulMaqdis itu adalah untuk menjinakkan hati orang Yahudi. Tapi orang Yahudi pula adalah jenis yang keras hati dan bangga diri sebab mereka sudah lama beragama dan ada kitab. Jadi mereka susah nak mengikut Nabi Muhammad. Jadi Nabi rasa lebih senang dibentuk orang Arab itu dari orang Yahudi. Mereka macam air kosong yang boleh dijadikan air apa sahaja. Kalau kiblat memang dah Kaabah, lagi senang kerja baginda. 
  3. Kiblat Kaabah akan menyalahi agama Yahudi. Memang baginda selalu suruh menyalahi perbuatan dan amalan orang Yahudi. Macam pernah Nabi suruh sahabat pakai kasut dalam solat. Supaya tak serupa dengan orang Yahudi yang melarang pakai kasut dalam sembahyang mereka. Kalau kiblat ke Baitulmaqdis dah ikut mereka pula. Itulah sebabnya Nabi suka sangat kalau mengadap ke Kaabah.
  4. Nabi sudah tahu kiblat akan berpindah tapi baginda tak pasti kemana. Maka baginda berharap supaya ianya akan jadi Kaabah.
  5. Yahudi tahu Nabi akhir zaman akan berpindah kiblat dari Baitulmaqdis. Maka Nabi mahu ditukar kiblat dari Baitulmaqdis itu supaya dibuktikan kesahihan kenabian akhir zamannya. Supaya ianya menjadi satu tanda lagi untuk mengatakan memang Nabi Muhammad adalah Nabi akhir zaman. 
  6. Perubahan kiblat akan menamatkan peranan penting bani Israel dalam agama. Mereka dah lama dah dan dah banyak buat salah. Antaranya mereka ubah kitab suci. Itu adalah salah satu dosa yang maha besar. Penukaran kiblat dari Baitulmaqdis akan menjadi tanda bahawa kepimpinan mereka sudah berubah. Kerana lama sangat mereka begitu, mereka dah sampai rasa mereka itu ‘anak tuhan’. Dan semua bangsa selain bangsa mereka adalah bangsa yang hina. Itu juga satu kesalahan besar. Dan mereka telah bunuh Nabi-Nabi. Padahal nabi-nabi itu datang dari bangsa mereka juga. Sudah tentunya mereka sudah tak layak memimpin agama. Maka elok sangatlah kalau kiblat ditukar dari tempat mereka. 
  7. Peralihan itu adalah penapis untuk menilai siapakah yang beriman dan tidak. Sebelum ini penapis keimanan adalah tentang isra’ mi’raj. Waktu itu pun sudah ramai yang tidak percaya dan ada yang meninggalkan Islam. Kali ini, kalau kiblat dah ditukar, Nabi boleh lihat siapakah yang benar-benar beriman dan hanya munafik sahaja. 

Telah jelas kepada kita bahawa semasa di Madinah, Nabi dan para sahabat mengadap ke BaitulMaqdis. Tapi kita tahu bahawa perintah solat telah diberi semasa Isra’ Mi’raj iaitu semasa Nabi berada di Mekah. Kiblat apakah yang dihadap mereka semasa di Mekah? Ada Tiga pendapat:

  1. Mengadap Kaabah juga waktu itu. Sebab tiada riwayat yang mengatakan masyarakat Arab kritik Nabi berkenaan hal kiblat. Kalau mengikut pendapat ini, bila di Madinah sahaja berkiblatkan Baitulmaqdis.
  2. Sudah mengadap Baitulmaqdis tapi Nabi mengadap Kaabah juga. Maknanya, Nabi dan para sahabat buat allignment supaya mengadap dua-dua. Tapi pendapat ini tidak kuat. Kerana kedudukan rumah sahabat tidak begitu. Rumah mereka berselerak, jadi susah kalau kita kata mereka mengadap dua-dua kiblat. Banyak kemusykilan boleh ditimbulkan dalam pendapat ini.
  3. Mereka hanya mengadap Baitulmaqdis sahaja. Di Madinah sambung terus mengadap Baitulmaqdis selama 16/17 bulan.

Apa-apa pun, kita boleh lihat bahawa arahan mengadap Baitulmaqdis itu hanya ada dalam wahy khafi – hadis sahaja. Dalam Quran tiada. Itupun dah menunjukkan ianya bersifat sementara sahaja.

Pertukaran qiblat ini juga memberi isyarat mansukhnya syariat Nabi-Nabi dari bani Israil yang duduknya mereka di sebelah sana. Mereka itu sebelum ini mengadap Baitulmaqdis. Sekarang Allah telah tukar kiblat agama ke arah Kaabah. Maka, sekarang syariaat yang terpakai adalah syariat Nabi Muhammad.

Apakah cerita tentang penukaran kiblat itu? Di mana terjadinya? Waktu itu solat apa?
Ulama terbahagi kepada tiga berkenaan dengan fakta penukaran kiblat ini:
1. Kejadian itu terjadi waktu Zuhur di Masjid Nabi. Lepas itu baru sahabat pergi ke masjid Bani Haritsah. Kebanyakan ulama mengatakan arahan itu turun dalam solat zuhur itu. Ini adalah kerana selalunya Nabi akan berada di masjidnya. Tapi kenapa tidak dipanggil Masjid Nabi sebagai Masjid Qiblatain tapi masjid lain yang diberikan gelaran itu?
2. Waktu Zuhur tapi di Masjid Bani Salimah. Masjid inilah yang terkenal sebagai Masjid Qiblatain. Dikatakan Nabi telah pergi ke kawasan Bani Salimah kerana baginda telah dijemput untuk melawat jenazah salah seorang sahabat. Sebab itu dikatakan Nabi telah solat di Masjid itu. Dikatakan kejadian turun ayat berkenaan dengan penukaran qiblat itu dalam solat. Iaitu dikatakan terjadi pada rukuk rakaat ketiga. Dan selepas itu solat penuh dengan mengadap Kiblat Kaabah terjadi pada waktu Asar hari itu di Masjid Nabi. Riwayat ini lemah sebenarnya, tapi inilah riwayat yang masyhur. Bacaan lanjut boleh didapati di sini.
3. Kejadian terjadi semasa solat Asar. Perintah tersebut terjadi sebelum waktu asar sebelum solat. Ianya berlaku di Masjid Nabi. Selepas itu baru diberitahu kepada makmum di Masjid Bani Haritsah kerana ianya dekat. Terdapat tujuh masjid di Madinah masa itu. Kalau waktu solat, akan kedengaran azan dari tujuh tempat itu. Bukhari mungkin berpendapat begini sebab dia tidak sebut pun kisah di masjid lain terutama sekali Masjid Qiblatain. Kisah itu pun tiada dalam kitab utama.

Yang sebenarnya, Nabi tak terlibat jadi imam dalam solat yang memerlukan pusing dari arah MasjidilHaram ke Kaabah. Kisah yang masyhur yang selalu kita dengar itu tidak ada dalam sumber yang kuat. Yang sebenarnya jelas adalah Masjid Bani Haritsah itulah yang ada pemusingan kiblat dalam solat kerana mereka diberitahu tentangnya dalam solat berjemaah. Nabi terima arahan untuk menukar kiblat itu diluar solat, jadi tidak ada pemusingan dalam solat yang melibatkan Nabi. Jadi kisah Masjid Qiblatain itu tidak kuat. Oleh itu, tidaklah salah Kerajaan Saudi yang menghilangkan tanda kiblat lama pada masjid Qiblatain itu. Ramai yang marah apabila kerajaan Arab Saudi buat begitu. Sebab ada yang bodoh sampai pergi masjid itu dan solat mengadap sana. Sebab mereka kata itu juga adalah kiblat dulu. Sebenarnya tidak boleh buat begitu. Padahal kisah tentang masjid Qiblatain itu hanya ada dalam Kitab Tabaqat Ibnu Sa’ad sahaja dan riwayat itu boleh dipertikaikan. Yang paling sahih pada pendapat kita adalah pendapat ketiga. Iaitu solat pertama mengadap kiblat Kaabah terjadi di Masjid Nabi dan penukaran itu tidak terjadi dalam solat berjemaah.

Kebarangkalian para sahabat di masjid Bani Haritsah itu telah berpusing dalam solat kerana mereka perlu memperbetulkan kedudukan mereka supaya mengadap kiblat. Perempuan kena bergerak ke belakang balik dan lelaki kena bergerak ke hadapan. Bermakna mereka bergerak dengan banyak. Ini dijadikan dalil kepada mereka yang mengatakan boleh bergerak banyak dalam solat jikalau ada keperluan.

Pengajaran yang boleh kita ambil dari hadis ini:

  1. Hukum agama boleh mansukh dan ditukar dengan hukum yang lain. Kita tak boleh persoalkan kenapa Allah buat macam itu. Orang jahat seperti Syiah pakai hadis inilah untuk mengatakan bahawa Allah tidak tahu mana yang molek pada asalnya, jadi ada perubahan kemudiannya. Macam Allah tak tahu dari mula kiblat Baitulmaqdis yang sesuai atau Kaabah yang sesuai. Maknanya mereka kata Allah akan lihat dulu samada menjadi atau tidak. Kalau tak menjadi, Allah akan beri hukum yang baru. Dan ada pula yang mengatakan hukum mansukh sebenarnya tidak ada. Ini memerlukan penjelasan. Kalau kita lihat zaman sekarang, Doktor akan bagi ubat lain mula-mulanya. Lepas itu tukar kepada ubat lain. Bukan dia tidak tahu ubat apa yang sesuai. Tapi perlu lihat kepada keperluan pada masa tertentu. Mula-mula kena makan ubat lain dulu. Oleh itu, jangan kita kata Tuhan tidak tahu. Itu sudah menidakkan ilmu Allah.
  2. Hadis ini juga sebagai dalil bahawa pemansuhan hadis boleh dilakukan dengan Quran. Padahal hadis itu adalah wahyu juga. Tapi wahyu yang disampaikan kepada umat dengan bahasa Nabi sendiri. Kalau Quran itu, Allah sampaikan kepada Jibrail dan Jibrail sampaikan dalam bahasa yang ada dalam Quran yang kita baca sekarang.
  3. Kebolehan berpegang dengan hadis Ahad. Sebab sahabat yang sedang solat menerima berita dari hanya seorang sahaja yang memberitahu. Dengan syarat hadis Ahad itu disokong dengan sekian banyak bukti sokongan yang lain. Macam dalam kes ini, sahabat-sahabat dah tahu kiblat itu tunggu masa sahaja nak tukar. Jadi, walaupun seorang sahaja sahabat yang datang beritahu bahawa kiblat dah tukar, mereka terus tukar. Memang banyak hadis Ahad yang kita pakai kerana hadis-hadis itu mempunyai sokongan yang banyak. Macam hadis khatan/sunat. Walaupun hadis Ahad tapi para sahabat semuanya bersunat. Jadi kita pakai.
  4. Sesuatu hukum itu dipakai bila dah tahu sahaja. Kalau kita tidak tahu, maka kita kita tidak bersalah. Kalau masjid-masjid lain tidak tahu tentang penukaran Kiblat itu, solat mereka masih diterima. Macam masjid Quba’, dikatakan mereka hanya tahu tentang penukaran kiblat itu waktu subuh sahaja. Ada beberapa waktu mereka tertinggal mengadap ke Kaabah. Mereka dapat tahu maklumat itu lambat kerana Nabi tidakpun suruh beritahu semua orang ramai-ramai. Tidak hantar utusan atau sebagainya. Kalau mereka bersalah kerana tidak mengadap kiblat apabila telah ditukar, tentulah mereka kerugian kerana mereka tidak tahu. Allah Maha Pemaaf, Dia tidak menghukum seseorang kerana mereka tidak tahu. Tapi, jangan jadikan ini sebagai dalil untuk jadi orang jahil. Jangan ingat selagi kita tidak tahu kita tak kena hukum. Situasi itu tidak sama dengan situasi penukaran kiblat ini. Ramai orang kita tidak tahu itu adalah kerana mereka tidak belajar. Bukanlah syariat itu tidak ada lagi.
  5. Bergerak banyak dibolehkan dalam solat. Para sahabat telah bergerak untuk membetulkan kedudukan mereka. Perempuan kena pergi ke belakang balik dan lelaki kena ke hadapan. Ini adalah bila ada keperluan. Tidaklah perlu bergerak tiga langkah, berhenti, tiga langkah, berhenti.

 

385 – حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي عَلَى رَاحِلَتِهِ حَيْثُ تَوَجَّهَتْ فَإِذَا أَرَادَ الْفَرِيضَةَ نَزَلَ فَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ

385. Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Hisyam bin Abu ‘abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya bin Abu Katsir dari Muhammad bin ‘Abdurrahman dari Jabir bin ‘Abdullah berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam salat diatas binatang tunggangannya dengan menghadap kemana arah tunggangannya menghadap. Apabila baginda hendak melaksanakan salat yang fardhu, baru baginda turun lalu salat menghadap kiblat.”

Hadis ini menunjukkan bahawa dalam musafir pun mengadap kiblat. Bukan hanya jikalau kita bermukim sahaja. Iaitu bukan kalau kita ada di tempat tinggal kita sahaja. Kalau kita berjalan ke tempat orang pun, kena juga cari manakah kiblat supaya kita dapat mengadap kepadanya.
Atas kenderaan boleh solat sunat tanpa mengadap kiblat. Jumhur ulama kata tidak mengapa jika tidak menghadap kiblat masa takbiratulihram itu. Maknanya, kalau nak solat dalam kereta, boleh terus sahaja takbir tanpa tahu kat mana arah kiblat pun.
Solat fardhu dalam kenderaan sebolehnya mengadap kiblat. Seeloknya turun dan solat dengan mengadap kiblat. Itu kalau boleh. Kalau tak boleh tak mengapa. Contohnya kita dalam kapal terbang, macam mana kita nak turun. Atau kita dalam kereta, tapi keadaan waktu itu jem dan tidak sesuai untuk kita berhenti tepi jalan, tidaklah perlu turun.

Hadis ini juga menunjukkan Nabi sangat suka mengerjakan solat. Ini kerana solat memberi ketenangan kepada baginda. Banyak benda istimewa baginda dapat semasa dalam solat. Nanti akan diceritakan dengan lebih lanjut dalam hadis yang lain.

386 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ قَالَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ قَالَ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ
صَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِبْرَاهِيمُ لَا أَدْرِي زَادَ أَوْ نَقَصَ فَلَمَّا سَلَّمَ قِيلَ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَحَدَثَ فِي الصَّلَاةِ شَيْءٌ قَالَ وَمَا ذَاكَ قَالُوا صَلَّيْتَ كَذَا وَكَذَا فَثَنَى رِجْلَيْهِ وَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ وَسَجَدَ سَجْدَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ فَلَمَّا أَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ قَالَ إِنَّهُ لَوْ حَدَثَ فِي الصَّلَاةِ شَيْءٌ لَنَبَّأْتُكُمْ بِهِ وَلَكِنْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ أَنْسَى كَمَا تَنْسَوْنَ فَإِذَا نَسِيتُ فَذَكِّرُونِي وَإِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاتِهِ فَلْيَتَحَرَّ الصَّوَابَ فَلْيُتِمَّ عَلَيْهِ ثُمَّ لِيُسَلِّمْ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ

386. Telah menceritakan kepada kami ‘Utsman berkata, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Manshur dari Ibrahim dari ‘Alqamah berkata, Abdullah berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan salat.” Ibrahim melanjutkan, “Tapi aku tidak tahu apakah baginda kelebihan rakaat atau kurang. Setelah salam, baginda pun ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah telah terjadi sesuatu berhubung shalat?. Baginda bertanya kembali: “Apanya?” Maka mereka menjawab, “Engkau telah salat sekian-sekian rakaat.” Baginda kemudian melipatkan kedua kakinya dengan menghadap kiblat, kemudian baginda sujud dua kali, kemudian salam. Setelah baginda menghadap ke arah kami (setelah solat), baginda bersabda: “Sekiranya berlaku apa-apa berhubung dengan salat, pasti aku ceritakan kepada kalian. Tetapi aku ini hanyalah manusia seperti kalian yang boleh terlupa sebagaimana kalian juga terlupa, maka jika aku terlupa, ingatkan aku. Dan jika seseorang dari kalian syak dalam salatnya maka dia hendaklah cuba memastikan mana yang betul, kemudian hendaklah ia sempurnakan berdasarkan yang dipastikan itu, lalu salam kemudian sujud dua kali.”

Hadis ini menunjukkan mengadap kiblat itu bukan hanya semasa takbiratul ihram sahaja. Apabila hendak sujud sahwi pun kena juga menghadap kiblat.
Tidak jelas didalam hadis ini berapakah rakaat yang Nabi solat. Dalam riwayat lain, dikatakan Nabi telah solat lima rakaat dan waktu itu adalah waktu solat Zuhur.

Pengajaran dari hadis ini:

  1. Hadis ini menunjukkan para Nabi boleh terlupa. Tapi kelupaan mereka itu tidak dibiarkan berpanjangan lama. Allah akan membetulkan Nabi dengan berbagai cara. Dalam hadis ini, sahabat terus tanya baginda. Nabi diperbetulkan supaya agama tidak terjejas. Jangan ada pula yang ingat solat zuhur boleh buat lima rakaat pula sebab mereka kata Nabi pun ada buat.
  2. Membuktikan para Nabi itu pun manusia juga. Ada kemungkinan mereka boleh terlupa. Syiah marah betul kalau dikatakan Nabi-nabi ada terlupa. Mereka kata kita kurang ajar dengan Nabi sampai mengatakan Nabi boleh terlupa pula. Macam kita tak hormat Nabi. Sekali pandang, macam bagus pula mereka cakap macam tu. Tapi sebenarnya mereka bukan ikhlas pun cakap macam tu. Mereka cakap itu kerana hendak membenarkan agama mereka. Pada mereka, imam-imam mereka maksum. Maksum itu pula, sampai mereka tak mungkin imam-imam mereka boleh terlupa. Itu dah lebih dari Nabi. Jadi, mereka takut kalau orang kata mereka mengarut (memang pun) sebab melebihkan imam-imam mereka dari Nabi. Jadi, mereka cakaplah Nabi pun tak boleh terlupa, supaya sekurang-kurangnya sama dengan imam mereka. Syiah nak sandarkan kedudukan imam-imam mereka dengan Nabi. Tapi, idea itu tidak boleh diterima. Kerana banyak ayat Quran kata para Nabi pernah terlupa. Nabi Adam terlupa sampai makan pokok larangan, Nabi Yusha pernah terlupa nak beritahu Nabi Musa tentang ikan mereka masuk dalam laut, Nabi Muhammad sendiri pernah terlupa banyak kali dikisahkan. Dan beberapa kisah para Nabi lagi. Maknanya, sebagai seorang manusia, para Nabi juga ada terlupa. Tapi mereka dijaga oleh Allah supaya apa yang mereka lupa itu, tidak menjejaskan agama. Makna maksum adalah bersih dari melakukan dosa, bukan bersih dari terlupa.
  3. Dengan adanya Nabi terlupa membolehkan pengajaran agama dalam cara praktikal. Kalau Nabi tidak terlupa, macam mana kita nak tahu apa kita nak buat kalau dah terlebih atau terkurang solat. Kalau setakat diberitahu sahaja, ada kemungkinan tidak jelas. Begitulah Islam yang indah ini memberikan kebaikan pada kekurangan yang dialami. Banyak kejadian Nabi terlupa, sampai pernah Nabi tertinggal solat pun ada. Itu semua adalah memberi pengajaran kepada kita.
  4. Berhenti solat kerana sangka solat itu sudah sempurna tidak membatalkan solat itu. Kalau terkurang, cuma tambah mana yang tertinggal dan sujud sahwi. Tidak perlu memulakan solat itu dari mula. Kalau antaranya kita sudah bercakap pun tidak mengapa. Kerana dalam hadis ini, Nabi telah berkata-kata dengan sahabat pun.
  5. Kalau terlebih rakaat pun boleh juga dilakukan sujud sahwi. Kalau dah lama sangat tidaklah perlu. Contohnya, siap dah pergi minum teh tarik, baru teringat, tidak payahlah nak pergi sujud sahwi lagi. Ianya adalah perbuatan yang mustahab – baik, tapi tidak wajib.
  6. Nabi pesan untuk ingatkan baginda kalau terlupa atau tersalah. Kalau Nabi sendiri pun dia suruh ingatkan diri dia, tambahan pula kalau orang lain.
  7. Yang penting, kita kena berusaha untuk pilih yang betul.

Apakah yang dibaca dalam sujud sahwi? Sebenarnya tidak ada riwayat yang warid dari Nabi tentang zikir yang dibaca semasa itu. Yang biasa kita baca itu (subhanallah, la yanaamu wala yashu) ialah dari kata-kata ulama, bukan dari Nabi. Walaubagaimanapun, para ulama mengatakan itu adalah bacaan yang sesuai untuk sujud sahwi. Dan ada juga yang mengatakan bacaan yang lebih molek adalah bacaan tasbih macam biasa kita buat kalau dalam solat biasa. Dan duduk antara dua sujud itu juga adalah bacaan yang sama dalam solat juga. Dan ada juga yang kata, kerana Nabi tidak mengatakan apakah yang dibaca, maka tidak ada apa yang dibaca semasa itu. Maknanya, senyap sahaja semasa sujud itu. Terpulang kepada kita apa yang kita hendak baca.

Kuliah Maulana Asri

 

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 23 Bab Firman Allah: Dan Jadikanlah Tempat Sembahyang Bermula Dari Maqam (Nabi) Ibrahim May 1, 2013

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى }

Bab 3 Firman Allah Ta`ala: Dan Jadikanlah Tempat Sembahyang Bermula Dari Maqam (Nabi) Ibrahim

Dalam tajuk kali ini, Imam Bukhari mengambil sebahagian dari ayat Quran. Apakah dia yang dimaksudkan dengan Maqam Ibrahim itu?

Ulama memberikan banyak makna kepada Maqam Ibrahim itu. Yang paling masyhur adalah ianya adalah bekas tapak kaki Nabi Ibrahim pada batu itu semasa baginda berpijak di batu tersebut semasa membina Kaabah bersama Nabi Ismail. Makna maqam disini bukanlah makna kubur seperti yang kita faham di Malaysia ini. Ianya adalah tempat berdiri Nabi Ibrahim. Ada yang kata dulu ianya bukanlah batu tapi seperti tanah liat. Itulah sebabnya boleh ada bekas tapak kaki baginda. Dan lama-lama keras tanah itu jadi keras. Tapi kalau kita kata begitu, tidaklah ada kelebihan apa sangat pada batu itu. Sememangnya kita terima ianya memang batu. Ianya adalah salah satu mukjizat yang Allah tunjukkan kepada manusia. Seperti juga semasa kisah Nabi Musa semasa kainnya dilarikan batu. Boleh sahaja batu itu hidup bergerak dan selepas itu Nabi Musa memukulnya sampai meninggalkan bekas. Batu yang Nabi Ibrahim jugakan sebagai alas itu semacam satu lif kepada baginda. Apabila Nabi Ibrahim hendak meletakkan batu Kaabah di bahagian atas, batu itu akan membawanya ke atas. Kalau nak bergerak ke kiri, batu itu akan bergerak ke kiri. Begitulah cerita yang sampai kepada kita. Ianya untuk kita di zaman ini adalah sebagai simbol jejak Nabi Ibrahim. Kita disuruh untuk ikut ajaran agama baginda. Dalam bahasa kita pun kita selalunya menggunakan perkataan ‘jejak langkah’. Begitu jugalah dalam hal ini. Kita disuruh ikut jejak langkah baginda dalam berugama. Nabi Ibrahim pengasas kepada agama yang sampai kepada kita. Asas ajaran Islam dari dia. Itulah sebabnya dalam Quran kita disuruh mengambil dari Nabi Ibrahim, ‘ugama bapa kamu’.

Ada juga yang mengatakan bahawa Maqam Ibrahim itu adalah keseluruhan Tanah Haram. Ada juga yang mengatakan bahawa ianya merangkumi tempat-tempat dilakukan ibadat haji. Bermakna, ia termasuk juga dengan kawasan Kaabah dan saie. Kalau mengikut pendapat-pendapat ini, bermakna maqam Nabi Ibrahim itu merangkumi kawasan yang luas. Tapi nampak seperti Imam Bukhari memegang bahawa Maqam Ibrahim itu adalah batu tempat berpijaknya Nabi Ibrahim semasa membangun Kaabah.

Tujuan Imam Bukhari membawa tajuk ini dan hadis-hadis yang digunakan sebagai dalil bahawa perintah Allah dalam ayat Quran itu bukan perintah wajib. Bermakna, tidaklah semestinya kita solat di Maqam Ibrahim itu. Dari tiga hadis yang dikemukakan dalam tajuk ini, satu sahaja yang menunjukkan Nabi buat begitu. Setiap perintah dalam Quran tidak semestinya wajib untuk diikuti. Kita kena faham apakah status perintah Allah itu. Ini memerlukan kita belajar dengan lebih mendalam lagi.

Sebelum kita meneruskan, ada baiknya kita jelaskan bahawa Kiblat adalah tapak di bawah Kaabah, bukan Maqam Ibrahim. Sementelaha pula makna Maqam Ibrahim pun boleh jadi macam-macam seperti yang kita jelaskan diatas tadi. Yang pasti adalah kita mengadap ke Kaabah dalam solat kita dan bukannya Maqam Ibrahim itu.

Dari segi hukum, perintah ini adalah sunat untuk solat di Maqam Ibrahim itu. Iaitu sunat solat tawaf lepas tawaf disitu. Ada mengatakan bahawa sunat jikalau kita melakukan tawaf sunat dan wajib jika melakukan tawaf wajib.

Satu lagi mengatakan bahawa perintah ini adalah salah satu dari perintah yang dinamakan amar Irsyadi. Iaitu sesuatu perintah yang memudahkan kita dalam kehidupan kita. Bukan melibatkan pahala jika membuatnya. Bermakna, kita disuruh untuk solat di Maqam Ibrahim itu supaya orang boleh tawaf dengan selesa dan kita tidak solat betul-betul disitu. Kerana kedudukannya adalah jauh sedikit dari dinding Kaabah, maka kita tidak mengganggu orang lain. Amar Irsyadi ini juga sama macam suruhan ambil dua saksi perempuan di dalam urusan perniagaan. Dalam surah Baqarah dikatakan bahawa hendaklah mengambil dua saksi. Tetapi jikalau perempuan, dua orang perempuan sama dengan seorang saksi lelaki kerana seorang perempuan boleh mengingatkan seorang lagi. Ini adalah kerana pada zaman itu, perempuan tidak biasa berurusan dalam perniagaan. Oleh kerana itu, mereka mungkin tidak biasa. Jadi itulah kerana mereka memerlukan lebih lagi saksi. Tapi pada zaman sekarang, tidak ada beza lagi, malahan ada perempuan yang lagi pandai dari lelaki, tidaklah perlu untuk menggunakan perintah ini secara zahirnya. Dengan memegang pendapat ini, tidaklah Islam dikatakan sebagai memandang rendah kepada wanita.

Ada yang kata Khalifah Umar ubah kedudukan Maqam Ibrahim. Mereka kata sepatutnya ia dekat betul dengan dinding Kaabah. Tapi sebenarnya, semasa ia dekat dengan dinding Kaabah itu adalah kerana orang letakkan disitu selepas ianya hanyut selepas banjir. Umar buat itu pun bukan dia buat sendiri tapi selepas berbincang. Kedudukan sekarang adalah kedudukan yang sepatutnya sepertimana dari dulu semasa zaman Nabi Ibrahim lagi. Ini semua adalah kerja-kerja puak Syiah.

381 – حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ قَالَ سَأَلْنَا ابْنَ عُمَرَ
عَنْ رَجُلٍ طَافَ بِالْبَيْتِ الْعُمْرَةَ وَلَمْ يَطُفْ بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ أَيَأْتِي امْرَأَتَهُ فَقَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَطَافَ بِالْبَيْتِ سَبْعًا وَصَلَّى خَلْفَ الْمَقَامِ رَكْعَتَيْنِ وَطَافَ بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ وَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ
وَسَأَلْنَا جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ فَقَالَ لَا يَقْرَبَنَّهَا حَتَّى يَطُوفَ بَيْنَ الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ

381. Telah menceritakan kepada kami Al Humaid berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Amru bin Dinar berkata, “Kami pernah bertanya kepada Ibnu ‘Umar tentang seseorang yang telah bertawaf di Ka’bah untuk ‘Umrah tetapi tidak melakukan sa’i antara Shafa dan Marwah. Apakah dia boleh berhubungan (jima’) dengan isterinya?” Maka Ibnu ‘Umar berkata, “setelah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam datang Makkah, lalu thawaf mengelilingi Ka’bah tujuh kali, salat di belakang Maqam ibrahim dua rakaat, lalu sa’i antara antara Shafa dan Marwah. Dan sungguh bagi kalian ada contoh tauladan yang baik pada diri Rasulullah.” Dan kami pernah bertanya kepada Jabir bin ‘Abdullah tentang masalah ini. Maka ia menjawab, “Dia sama sekali tidak mendekati isterinya hingga ia melaksanakan sa’i antara bukit Shafa dan Marwah.”

Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi telah solat di belakang Maqam Ibrahim. Itu yang hendak dibawa oleh Imam Bukhari. Ini adalah seperti yang disebut di dalam ayat Quran di atas.

Hadis ini menunjukkan juga bahawa selepas thawaf, baginda telah melakukan solat sunat dua rakaat.

Hadis ini juga menunjukkan selagi tidak menyelesaikan ibadah Umrah, iaitu hingga selesai saie dan tahallul, belum boleh lagi untuk bersama dengan isteri.

Semasa Nabi solat dalam Kaabah itu, masih ada berhala lagi dalam Kaabah. Ini menjadi dalil bagi ulama yang mengatakan boleh solat dalam rumah ibadat agama lain walaupun ada berhala.

382 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ سَيْفٍ يَعْنِي ابْنَ سُلَيْمَانَ قَالَ سَمِعْتُ مُجَاهِدًا قَالَ أُتِيَ ابْنُ عُمَرَ
فَقِيلَ لَهُ هَذَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ الْكَعْبَةَ فَقَالَ ابْنُ عُمَرَ فَأَقْبَلْتُ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ خَرَجَ وَأَجِدُ بِلَالًا قَائِمًا بَيْنَ الْبَابَيْنِ فَسَأَلْتُ بِلَالًا فَقُلْتُ أَصَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْكَعْبَةِ قَالَ نَعَمْ رَكْعَتَيْنِ بَيْنَ السَّارِيَتَيْنِ اللَّتَيْنِ عَلَى يَسَارِهِ إِذَا دَخَلْتَ ثُمَّ خَرَجَ فَصَلَّى فِي وَجْهِ الْكَعْبَةِ رَكْعَتَيْنِ

382. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari Saif -Ibnu Sulaiman- berkata, aku mendengar Mujahid berkata, ” Ibnu ‘Umar pernah di datangi dan ditanya, “itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam masuk ke dalam Ka’bah. Maka Ibnu ‘Umar berkata, “Aku lalu mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, namun beliau telah keluar, aku mendapati Bilal sedang berdiri di antara dua pintu. Aku lalu bertanya kepada Bilal, “Apakah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam telah salat di dalam Ka’bah? Bilal menjawab, “Ya, dua rakaat antara dua tiang sebelah kiri dari arah kamu masuk, lalu beliau keluar dan salat di hadapan pintu Ka’bah dua rakaat.”

Ibn Umar amat suka ikut perbuatan Nabi. Sampaikan pernah Nabi hampir terjatuh di suatu tempat, itu pun dia hendak ikut juga. Apa yang dia ikut itu dinamakan Ittiba’ soori. Iaitu perbuatan dalam kehidupan Nabi yang biasa sebagai manusia. Tak wajib diikuti kerana ianya adalah ghairi tasy’iriyyah (bukan syariat). Tapi walaupun begitu, dia tetap menjaga. Begitulah sayangnya Ibn Umar dengan Nabi. Dia telah digelar Sayyidul Sahabah (ketua para sahabat) kerana dia telah menjadi rujukan dan sumber ilmu kepada manusia selepas wafatnya Nabi.

Dia nak tahu sangat perbuatan Nabi. Oleh itu apabila dia diberitahu bahawa Nabi telah masuk ke dalam Kaabah, dia telah bergegas untuk melihatnya. Kerana dia hendak melihat apa yang Nabi lakukan dalam Kaabah. Tapi, apabila dia sampai, Nabi telah keluar. Hanya tinggal Bilal yang memberitahu apakah yang Nabi telah lakukan.

Daripada hadis ini, ada pendapat yang kata harus untuk solat sunat mutlak dalam Kaabah. Pendapat jumhur ulama kata harus solat fardhu atau sunat dalam Kaabah atau atas bumbung Kaabah. Ini juga termasuk pendapat Imam Bukhari. Apabila berada dalam Kaabah, atau atasnya, boleh mengadap arah mana pun.

Binaan Kaabah bukan penting sebenarnya dalam perkara qiblat. Ingatlah bahawa Kaabah itu bukan berhala dan kita tidak mengadap kepada binaan itu. Kita mengadap arah itu. Katakanlah bangunan Kaabah itu runtuh atau tiada lagi, kita masih kena mengadap ke arah itu juga. Boleh solat mana-mana arah kalau dalam Kaabah. Oleh itu, kalau kita tidak dapat masuk Kaabah, kita masih boleh solat dalam Hijr Ismail kerana itu adalah seperti solat dalam Kaabah juga. Kerana Hijr Ismail atau Hatim itu sebenarnya sebahagian dari Kaabah juga. Tapi semasa pembinaan semula Kaabah semasa zaman Nabi, puak Quraish tidak mempunyai cukup wang yang bersih untuk membina Kaabah seperti pada zaman Nabi Ibrahim. Jadi bahagian Hatim itu mereka letak tanda melengkung sahaja. Oleh itu, dari ini kita dapat tahu bahawa binaan asal Kaabah bukan empat segi. Walaupun nama Kaabah itu bermaksud ’empat segi’, tapi tidak sebenarnya empat segi. Khalifah Ibn Zubair pernah tukar Kaabah supaya sama seperti zaman dahulu yang asal. Tapi selepas Khalifah Hajjaj mengambil pemerintahan Mekah, dia telah tukar balik kepada Kaabah zaman Quraish itu. Dia kata apa yang Ibn Zubair buat itu adalah atas dasar politik sahaja. Apabila zaman pemerintahan Khalifah Harun ar Rasyid, dia telah berbincang dengan Imam Malik untuk menukar kembali Kaabah itu seperti yang telah dibuat oleh Ibn Zubair kerana memang itulah yang sebenarnya bentuk Kaabah. Tapi Imam Malik kata jangan. Kerana dia takut nanti Kaabah akan jadi mainan pemerintah. Nanti apabila Khalifah lain naik, dia akan tukar pula lagi. Lagipun, memang Nabi tahu bahawa Kaabah itu tidak seperti yang sepatutnya, tapi baginda boleh terima keadaan itu.

Qiblat itu adalah sebagai tanda kesatuan. Penumpuan jiwa manusia dalam ibadat. Kalau tidak ada satu tempat tumpuan, maka manusia akan pilih banyak arah dalam ibadah dan kalau begitu, tidak ada kesatuan. Begitu berkatnya kiblat itu. Sampai sekarang, semua bangsa pergi kesana setiap masa. Dan tidak pernah sedetik pun dalam 24 jam tidak ada manusia atau jin tidak mengadapnya. Sebab solat akan sentiasa berlaku setiap masa dan ketika. Ini adalah kerana peredaran masa, apabila kita solat zuhur di sini, akan ada sahaja orang solat subuh atau asar di tempat lain.

– Imam Bukhari bawa hadis ini untuk menunjukkan bahawa Nabi solat di muka pintu. Maknanya baginda telah solat *depan* Maqam Ibrahim. Maknanya kiblat Kaabah pada Kaabah adalah berpusat di pintu. Imam solat berjemaah akan berdiri di situ. Maknanya bukan wajib solat belakang Maqam Ibrahim. Ianya cuma saranan sahaja untuk memudahkan orang untuk menjalankan tawaf. Tapi masih boleh lagi kalau nak solat di pintu iaitu berdekatan betul-betul depan Kaabah.

Banyak kisah mengarut pasal Kaabah ini. Ada yang kata sampai tak boleh tengok atas. Kalau tengok atas akan buta mata. Atau akan nampak terus Sidratul Muntaha. Ini tidak masuk akal. Padahal ada ketikanya tidak ada bumbung pun pada Kaabah.

Kita kucup Hajarul Aswad dan sentuh bucu Kaabah adalah sebagai tanda kasih. Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad pun buat juga begitu. Disitulah tempat bertemu mulut dan sentuhan kita dengan orang yang dicintai. Itu adalah tanda yang memang pasti Nabi ada buat. Kalau nak kirakan tempat lain, belum tentu lagi. Ianya seperti Nabi meninggalkan sesuatu untuk mentautkan sentuhan kita dan baginda. Kita ikut betul-betul macam Nabi buat. Kita tidak kisah mengucup Hajarul Aswad itu walaupun puak Karamitah pernah curi hajarul Aswad dan letak di tandas.

Pengajaran yang boleh diambil.

  1. Boleh masuk dalam Kaabah.
  2. Elok kalau dapat masuk dan solat dua rakaat. Sekarang kita boleh solat di Hijr Ismail/Hatim.
  3. Elok berdoa di dalamnya.
  4. Jika solat dalam Kaabah, boleh mengadap arah mana sahaja kalau dalam Kaabah.
  5. Nabi solat sunat dalam Kaabah bukan fardhu. Tapi ulama kata boleh. Sama sahaja antara fardhu dan sunat. Siap boleh berjemaah sekali pun.
  6. Sunat solat sunat dua rakaat lepas keluar Kaabah sepertimana yang Nabi lakukan dalam hadis ini.
  7. Boleh solat depan Maqam Ibrahim. Tidak semestinya di belakangnya. 
  8. Lepas masuk Kaabah kena tutup balik.

383 – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ عَنْ عَطَاءٍ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ قَالَ
لَمَّا دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْبَيْتَ دَعَا فِي نَوَاحِيهِ كُلِّهَا وَلَمْ يُصَلِّ حَتَّى خَرَجَ مِنْهُ فَلَمَّا خَرَجَ رَكَعَ رَكْعَتَيْنِ فِي قُبُلِ الْكَعْبَةِ وَقَالَ هَذِهِ الْقِبْلَةُ

383. Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Nashr berkata, telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq telah mengabarkan kepada kami Ibnu Juraij dari ‘Atha’ berkata, aku mendengar Ibnu ‘Abbas berkata, “setelah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam masuk ke dalam Ka’bah, beliau berdo’a di seluruh penjuru tetapi tidak melakukan salat hingga beliau keluar darinya. Beliau kemudian salat dua rakaat dengan menghadap ke hadapan Ka’bah lalu bersabda: “Inilah kiblatku.”

Dalam hadis ini, Imam Bukhari hendak menunjukkan bahawa Nabi telah solat depan pintu Kaabah juga dan bukan di belakang Maqam Ibrahim.
Dalam hadis ini menunjukkan bahawa Nabi hanya berdoa sahaja dalam Kaabah itu, tidak dikatakan baginda bersolat. Ini bercanggah dengan riwayat Ibn Umar yang mengatakan Nabi solat dalam Kaabah. Mana yang benar?
Dalam sejarah, Nabi yang pastinya telah masuk Kaabah pada tahun ke 8 Hijrah iaitu semasa melakukan umrah. Masa baginda melakukan Haji Wada’ tak masuk, menunjukkan masuk Kaabah bukanlah salah satu rukun atau syarat. Waktu Nabi masuk itu, berhala masih ada lagi dalam Kaabah.

Jadi manakah hadis yang benar antara riwayat Ibn Abbas dan Ibn Umar? Adakah Nabi solat dalam Kaabah atau hanya berdoa sahaja? Riwayat Ibn Umar mengatakan dia bertanya sendiri kepada Bilal yang masuk sekali bersama Nabi. Ada beberapa sahabat lagi yang masuk bersama baginda. Dan riwayat yang mengatakan Nabi solat dalam Kaabah itu sabitnya lagi kuat. Athar sahabat yang kata Nabi solat lagi banyak. Ibn Abbas sendiri tidak ada dalam kejadian itu. Riwayat Ibn Abbas ini diambil berkemungkinan dari Usaamah. Usaamah pula memang ada masuk bersama Nabi dalam Kaabah tapi dia telah disuruh keluar oleh Nabi untuk ambil air sebab nak cuci dalam Kaabah. Sebab dalam Kaabah ada gambar-gambar. Oleh itu kerana dia keluar mungkin agak lama, dia tidak nampak Nabi solat di dalam Kaabah.

Andaian yang Nabi masuk dua kali tidak sesuai. Sekali sahaja Nabi masuk. Masa buat haji tak masuk pun. Nak menunjukkan tak perlu masuk dalam Kaabah. Ibadah sempurna walaupun tak masuk dalam Kaabah. Jadi kalau kita pun tak dapat masuk pun tidak mengapa.

Kuliah Maulana Asri

 

Sahih Bukhari Kitab Solat Sesi 9 Bab Bersembahyang Tanpa Selendang April 18, 2013

بَاب الصَّلَاةِ بِغَيْرِ رِدَاءٍ

Bab 11 Bersembahyang Tanpa Selendang

Kenapa Imam Bukhari membawakan tajuk ini pula? Padahal sebelum ini dia membawakan isu aurat. Sepatutnya dia sambung kisah peha, tapi tidak ada pula dalam tajuk ini. Begitulah Imam Bukhari, dia akan tarik brek kadang-kadang.

Imam Bukhari nak bawa kalau seseorang itu ada lebih dari satu kain, tidak semestinya dia pakai dua kain. Boleh sahaja kalau seseorang itu pakai satu kain sahaja. Dalam hadis yang dibawanya dibawah, menceritakan hal Jabir yang ada kain lain tapi dia pakai satu kain sahaja. Sebab sebelum ini Imam Bukhari membawakan hadis yang mana Umar kata kalau Allah telah beri rezeki, maka pakailah dua helai. Imam Bukhari nak kata bahawa kalau ada dua kain pun, boleh lagi kalau nak pakai satu kain. Dan Imam Bukhari nak kata bahawa boleh kalau solat tak pakai selendang tutup bahu. Solat masih sah lagi. Sebab ada pendapat seperti Imam Ahmad yang mengatakan kalau solat kena tutup bahu.

357 – حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنِي ابْنُ أَبِي الْمَوَالِي عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْكَدِرِ قَالَ دَخَلْتُ عَلَى جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ وَهُوَ يُصَلِّي فِي ثَوْبٍ مُلْتَحِفًا بِهِ وَرِدَاؤُهُ مَوْضُوعٌ فَلَمَّا انْصَرَفَ قُلْنَا يَا أَبَا عَبْدِ اللَّهِ تُصَلِّي وَرِدَاؤُكَ مَوْضُوعٌ قَالَ نَعَمْ أَحْبَبْتُ أَنْ يَرَانِي الْجُهَّالُ مِثْلُكُمْ رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي هَكَذَا

357. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Aziz bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepadaku Ibnu Abu Al Mawali dari Muhammad bin Al Munkadir berkata, “Aku masuk menemui Jabir bin ‘Abdullah yang saat itu sedang salat dengan berselimut menggunakan sehelai kain sahaja, sedangkan selendangnya ada tergantung pada gantungan baju. Setelah dia selesai kami bertanya, “Wahai Abu ‘Abdullah, engkau bersembahyang dengan keadaan selendangmu ada tergantung? ‘ Maka Jabir menjawab, “Benar. Sesungguhnya aku mahu dilihat oleh orang jahil seperti kamu. Aku pernah melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam salat begini.”

—————————————————————————————————————————————

بَاب مَا يُذْكَرُ فِي الْفَخِذِ

Bab 12 Apa Yang Disebutkan Tentang Paha

قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ وَيُرْوَى عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ وَجَرْهَدٍ وَمُحَمَّدِ بْنِ جَحْشٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْفَخِذُ عَوْرَةٌ وَقَالَ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ حَسَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ فَخِذِهِ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ وَحَدِيثُ أَنَسٍ أَسْنَدُ وَحَدِيثُ جَرْهَدٍ أَحْوَطُ حَتَّى يُخْرَجَ مِنْ اخْتِلَافِهِمْ وَقَالَ أَبُو مُوسَى غَطَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رُكْبَتَيْهِ حِينَ دَخَلَ عُثْمَانُ وَقَالَ زَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ أَنْزَلَ اللَّهُ عَلَى رَسُولِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفَخِذُهُ عَلَى فَخِذِي فَثَقُلَتْ عَلَيَّ حَتَّى خِفْتُ أَنْ تَرُضَّ فَخِذِي

Abu Abdillah berkata, diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Jarhad dan Muhammad bin Jahsyn, sabda baginda: peha itu aurat.
Anas berkata: Nabi Saw menyingkap kain yang dipakainya sehingga terdedah pahanya.
Abu Abdillah (Imam Bukhari) berkata: hadis Anas lebih kuat sanadnya dan hadis Jarhad lebih cermat untuk keluar dari perselisihan (khilaf mereka).
Abu Musa menceritakan Nabi Saw menutup kedua lututnya apabila Uthman masuk.
Kata Zaid bin Tsabit: pernah Allah mewahyukan kepada rasulNya ketika paha baginda berada diatas pehaku. Aku berasa amat berat sehingga aku bimbang pehaku akan patah kerananya.

Tiga sahabat meriwayatkan dari Nabi yang mengatakan bahawa peha itu aurat. Iaitu Ibnu Abbas, Jarhad dan Muhammad bin Jahsyn. Tetapi ada juga hadis riwayat Anas yang kata lain. Kerana Anas sendiri nampak peha Nabi. Imam Bukhari selepas membuat kajian terperinci mengatakan bahawa hadis riwayat Anas yang mengatakan dia nampak peha Nabi itu lebih kuat. Tetapi, Imam Bukhari adalah seorang yang menghormati juga pendapat lain, maka dia kata lebih cermat kalau tutup juga peha itu. Dan itu boleh mengelakkan dari syubhah.

Bukhari membawakan riwayat Ibn Abbas secara tamrid sebagai isyarat kepada dhaif padanya. Kajian mendalam telah dijalankan. Dalam Islam, hadis yang hendak dijadikan hukum mestilah hadis yang sahih betul-betul.

Hadis riwayat Abu Musa itu mengatakan bahawa apabila Uthman hendak masuk menemui baginda, baru baginda menutup pehanya. Sebelum itu, baginda bersama dengan Abu Bakr dan Umar, tapi baginda tak tutup lutut. Menunjukkan bahawa peha itu tidak aurat, kerana kalau ianya aurat, tentulah baginda tidak akan membiarkannya terdedah. Yang Nabi tutup semasa Uthman masuk itu adalah sebagai adab sahaja. Aisyah pernah tanya Nabi kenapa bila Uthman masuk, baginda tutup pehanya. Baginda jawap: “bagaimana aku tidak malu dengan orang yang malaikat pun malu?”.

Hadis riwayat Zaid bin Tsabit mengatakan bahawa paha dia bersentuh peha dengan peha Nabi semasa Nabi sedang menerima wahyu. Tentulah waktu itu peha mereka berlapik. Ini menunjukkan bahawa peha bukan aurat kerana kalau aurat, berlapik pun tidak boleh sentuh. Seperti juga kita tidak boleh sentuh faraj perempuan walaupun berlapik.

Ulama pecah kepada empat golongan berkenaan peha:
1. Yang mengatakan peha adalah aurat: dipegang oleh ulama antaranya seperti Atha dan Imam Syafie
2. Peha tidak aurat: dipegang oleh ulama seperti Daud Zahiri, Ibn Hazm dan Imam Malik
3. Tidak aurat ditempat tertentu seperti di tandas dan tempat seumpamanya. Ada tempatnya dibenarkan terbuka peha.
4. Peha sebagai aurat ringan dan tidak wajib ditutup. Sunat ditutup. Pendapat ini dipegang oleh Imam Bukhari dan Ibn Qayyim.

Tapi dengan kita tahu hukum, bolehlah kita menyesuaikan pakaian dengan keadaan. Menyenangkan kita dalam kehidupan. Dan tidaklah kita pandang serong kepada orang yang tidak menutup pehanya. Mungkin mereka memegang pendapat seperti Imam Bukhari ini.

Atau kita boleh ambil hadis Jarhad untuk menjaga aurat kecil dan hadis riwayat Anas dalam menjaga aurat besar. Jadi tiada berlawanan.

358 – حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عُلَيَّةَ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ صُهَيْبٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ غَزَا خَيْبَرَ فَصَلَّيْنَا عِنْدَهَا صَلَاةَ الْغَدَاةِ بِغَلَسٍ فَرَكِبَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَرَكِبَ أَبُو طَلْحَةَ وَأَنَا رَدِيفُ أَبِي طَلْحَةَ فَأَجْرَى نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي زُقَاقِ خَيْبَرَ وَإِنَّ رُكْبَتِي لَتَمَسُّ فَخِذَ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ حَسَرَ الْإِزَارَ عَنْ فَخِذِهِ حَتَّى إِنِّي أَنْظُرُ إِلَى بَيَاضِ فَخِذِ نَبِيِّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا دَخَلَ الْقَرْيَةَ قَالَ اللَّهُ أَكْبَرُ خَرِبَتْ خَيْبَرُ إِنَّا إِذَا نَزَلْنَا بِسَاحَةِ قَوْمٍ { فَسَاءَ صَبَاحُ الْمُنْذَرِينَ }
قَالَهَا ثَلَاثًا قَالَ وَخَرَجَ الْقَوْمُ إِلَى أَعْمَالِهِمْ فَقَالُوا مُحَمَّدٌ قَالَ عَبْدُ الْعَزِيزِ وَقَالَ بَعْضُ أَصْحَابِنَا وَالْخَمِيسُ يَعْنِي الْجَيْشَ قَالَ فَأَصَبْنَاهَا عَنْوَةً فَجُمِعَ السَّبْيُ فَجَاءَ دِحْيَةُ الْكَلْبِيُّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَقَالَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ أَعْطِنِي جَارِيَةً مِنْ السَّبْيِ قَالَ اذْهَبْ فَخُذْ جَارِيَةً فَأَخَذَ صَفِيَّةَ بِنْتَ حُيَيٍّ فَجَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ أَعْطَيْتَ دِحْيَةَ صَفِيَّةَ بِنْتَ حُيَيٍّ سَيِّدَةَ قُرَيْظَةَ وَالنَّضِيرِ لَا تَصْلُحُ إِلَّا لَكَ قَالَ ادْعُوهُ بِهَا فَجَاءَ بِهَا فَلَمَّا نَظَرَ إِلَيْهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خُذْ جَارِيَةً مِنْ السَّبْيِ غَيْرَهَا قَالَ فَأَعْتَقَهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَتَزَوَّجَهَا فَقَالَ لَهُ ثَابِتٌ يَا أَبَا حَمْزَةَ مَا أَصْدَقَهَا قَالَ نَفْسَهَا أَعْتَقَهَا وَتَزَوَّجَهَا حَتَّى إِذَا كَانَ بِالطَّرِيقِ جَهَّزَتْهَا لَهُ أُمُّ سُلَيْمٍ فَأَهْدَتْهَا لَهُ مِنْ اللَّيْلِ فَأَصْبَحَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرُوسًا فَقَالَ مَنْ كَانَ عِنْدَهُ شَيْءٌ فَلْيَجِئْ بِهِ وَبَسَطَ نِطَعًا فَجَعَلَ الرَّجُلُ يَجِيءُ بِالتَّمْرِ وَجَعَلَ الرَّجُلُ يَجِيءُ بِالسَّمْنِ قَالَ وَأَحْسِبُهُ قَدْ ذَكَرَ السَّوِيقَ قَالَ فَحَاسُوا حَيْسًا فَكَانَتْ وَلِيمَةَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

358. Telah menceritakan kepada kami Ya’qub bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Ima’il bin ‘Ulayyah berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul ‘Aziz bin Shuhaib dari Anas bin Malik bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berperang di Khaibar. Maka kami melaksanakan salat subuh di sana di awal waktu subuh, selepas itu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan Abu Thalhah mengendarai kenderaan masing-masing, sementara aku membonceng Abu Thalhah. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memecut kenderaannya di satu lorong Khaibar dan saat itu sungguh lututku menyentuh paha Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Kemudian baginda menyingkap kain dari pahanya hingga aku dapat melihat paha Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang putih. Ketika memasuki ke Khaibar beliau bersabda: “Allahu Akbar, musnahlah Khaibar! Sungguh, jika kami mendatangi ke dalam suatu kaum, maka amat buruklah hari orang-orang yang tidak mengendahkan amaran yang telah diberikan ‘ (Qs. Asf Shaffaat: 177). Beliau mengucapkan begitu tiga kali.” Anas bin Malik melanjutkan, “(Saat itu) penduduk Khaibar keluar untuk melakukan kerja masing-masing, apabila menyedari mereka telah diserang, mereka lantas berkata, ‘Muhammad! ‘ ‘Abdul ‘Aziz berkata, “Sebahagian sahabat kami menyebutkan, “Muhammad bersama tenteranya! ‘ Anas berkata, Maka kami pun menakluk mereka dengan kekerasan (peperangan), maka setelah kemenangan dicapai, para tawanan dikumpulkan. Kemudian datanglah Dihyah Al Kalbi seraya berkata, “Wahai Nabi Allah, berikan aku seorang hamba wanita dari tawanan itu!” Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata, “Pergilah ambil seorang hamba wanita.” Dihyah lantas mengambil Safiyyah binti Huyai. Tiba-tiba datang seseorang kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, “Wahai Nabi Allah, Tuan telah memberikan Safiyyah binti Huyai kepada Dihyah! Padahal dia adalah anak ketua suku Quraizhoh dan suku Nadhir. Dia tidak layak kecuali untuk Tuan.” Beliau lalu bersabda: “Panggillah Dihyah dan Safiyyah juga.” Maka Dihyah datang dengan membawa Safiyyah. Tatkala Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melihat Safiyyah, beliau berkata, “Ambillah wanita tawanan yang lain selain dia.” Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerdekakan Safiyyah dan menikahinya.” Tsabit berkata kepada Anas bin Malik, “Apa yang menjadi maharnya?” Anas menjawab, “Dirinya sendiri. Baginda memerdekakan dan menikahinya.” Dalam perjalanan pulang, Ummu Sulaim mengandam Safiyyah lalu menyerahkannya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam apabila malam tiba, maka berpagilah Nabi sebagai pengantin baru. Beliau lalu bersabda sambil menghamparkan saprah daripada kulit: “Siapa saja dari kalian yang ada apa-apa makanan, hendaklah ia bawa kemari.” Ada yang membawa kurma dan ada yang membawa minyak sapi.” Anas mengatakan, “Aku kira ia juga menyebutkan sawiq (makanan yang dibuat dari biji gandung dan adonan tepung gandum). Lalu mereka mencampurkan makanan-makanan tadi sehingga ia menjadi hais. Maka itulah kenduri Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.”

– Hadis ini menjadi hujah golongan yg mengatakan paha tidak aurat termasuklah Imam Bukhari. Hadis ini lebih sahih kalau dibandingkan dengan hadis yang mengatakan peha itu aurat. Dalam hadis ini dikatakan bahawa telah bersentuh lutut anas dan peha Nabi. Walaupun berlapik tapi kalau aurat, tentulah tidak boleh sentuh. Macam juga kita tak boleh pegang kemaluan orang lain walaupun berlapik. Dan lepas itu dikatakan Nabi telah menyelak kainnya sampai nampak peha baginda. Sebab itu Anas kata dia nampak putih peha Nabi itu, maknanya nampak betul. Masih terbayang lagi katanya keputihan peha Nabi itu. Kalau peha itu memang aurat, tentu Nabi akan tutup. Nabi buat begitu tentu ada maksud yang hendak disampaikan. Dalam hadis ini Nabi menyingkap dengan sengaja. Memang ada kemungkinan kain itu tersingkap tanpa sengaja. Ada disebut sebegitu dalam hadis riwayat yang lain. Kerana memang waktu itu Nabi tengah naik kuda dengan laju pun. Tapi riwayat Bukhari yang menggunakan bahasa yang mengatakan bahawa Nabi menyingkap pehanya dengan sengaja adalah lagi sahih. Dan persoalan yang timbul jika kita kata kain Nabi tersingkap dengan tak sengaja, kenapa Allah tak jaga? Itu kaedah yang kita pakai kepada Nabi. Iaitu Allah akan menjaga Nabi dari melakukan dosa. Kalau peha itu aurat sungguh, Allah akan jaga. Nabi pun tak tegur Anas tengok. Dan nabi tak terus tutup cepat-cepat. Ini semua menunjukkan bahawa peha itu bukanlah aurat. Tambahan pula ada hadis sebelum ini mengatakan tidak nampak dah aurat Nabi selepas kejadian pembinaan Makkah. Kalau kita terima bahawa aurat Nabi ternampak pada kejadian dalam hadis unik menunjukan bahawa hadis itu tidak benar.

Hadis ini juga menunjukkan Nabi itu adalah seorang yang berkulit putih. Ada hadis lain yang kata sahabat nampak ketiak Nabi putih. Kalau bahagian ketiak pun putih, bermakna memang Nabi itu cerah kulitnya.

Apabila dikatakan bahawa mereka menang secara kekerasan, bermakna mereka berperang. Ada beza kalau mereka menyerah diri. Apabila perang, harta musuh dirampas menjadi harta ghanimah. Dan ahli kaum musuh akan diambil sebagai tawanan dan akan dijadikan hamba. Ini bukanlah dimulakan oleh Islam tapi telah digunakan turun temurun. Hukum mengambil musuh yang kalah sebagai hamba masih tergantung. Bermakna, ia masih lagi berjalan. Kerana tidak pernah dimansuhkan hukum ini. Ini sahaja cara mendapat hamba yang dibenarkan dalam Islam. Kalau dulu, bukan hanya kalah perang sahaja. Ada yang jadi hamba kerana kalah judi. Islam sebenarnya tak mahu sistem hamba ini tapi ianya telah ada sebelum Islam lagi dan diamalkan oleh bangsa lain. Kalau tidak diamalkan juga, bermakna ianya akan jadi berat sebelah. Kalau kita kalah, kita jadi hamba, tapi kalau mereka kalah, kita tidak boleh menjadikan mereka sebagai hamba pula. Walaupun Islam membenarkan sistem hamba, tapi Islam menganjurkan supaya sistem hamba dikurangkan sedikit demi sedikit. Kerana itulah dalam banyak hukum, Islam menyuruh mereka yang melakukan kesalahan untuk membebaskan hamba. Dengan itu hamba akan kurang. Islam juga menyarankan untuk umatnya membebaskan hamba dan mengahwini mereka.

Siapakah Dihyah? Beliau adalah salah seorang sahabat yang terkenal. Jibrail selalu turun berjumpa Nabi merupai Dihyah. Beliau juga selalu dihantar Nabi sebagai duta menemui bangsa asing. Bermakna, beliau dipercayai oleh Nabi. Beliau dikatakan seorang yang paling serupa parasnya dengan Nabi. Bermakna dia adalah seorang yang tampan. Sampaikan beliau keluar rumah dengan memakai niqab – penutup muka – kerana tidak mahu kaum wanita terpesona. Bermakna lelaki juga ada pakai niqab. Bermakna tampan sangat tu.

Ada keperluan hamba dizaman itu. Hamba boleh digauli seperti isteri. Tapi hanya oleh tuannya sahaja. Kalau jahiliyyah, hamba mereka boleh juga disuruh melayani tetamu tuannya. Isteri dianggap mulia maka akan disuruh hamba melakukan kerja rumah yang tidak sesuai dibuat oleh isteri. Hasil usaha seorang hamba itu untuk tuannya. Contohnya kalau dia pandai menenun, hasil jualan tenunnya itu adalah untuk tuannya. Kerana mereka tidak layak memiliki harta kerana mereka sendiri dimiliki. Banyak jenis hamba diperkenalkan dalam Islam. Kalau zaman Jahiliyyah, semua sama jenis sahaka. Tapi Islam memberi sedikit kehormatan kepada mereka. Contohnya, kalau hamba itu digauli dan dapat anak, tarafnya dah lain dah.

Safiyyah adalah seorang wanita yang cantik sangat. Berbangsa Yahudi. Keturunan dari nabi pula. Anak ketua suku kaum. Bermakna, dia bukan calang-calang orang. Dikatakan bahawa dia adalah antara isteri Nabi yang Aisyah cemburui. Dia juga ada dikatakan sebagai isteri Nabi yang paling cantik. Lebih lagi dari Aisyah. Cuma yang Nabi sayang Aisyah lebih itu adalah kerana Aisyah paling bijak dan paling memahami agama.

Kita tidak tahu siapakah lelaki yang menyarankan kepada Nabi untuk mengambil Safiyyah. Cara hadis memang begitu. Jikalau memberitahu nama itu memungkinkan nama sahabat itu terpalit, boleh orang kata buruk kepadanya, namanya tidak disebut. Bukanlah salah cadangan beliau itu. Dia nampaknya faham keadaan politik semasa. Dia tahu bahawa Safiyyah sesuai dengan Nabi dan banyak manfaat kalau Nabi sendiri yang mengambil Safiyyah. Hasilnya, banyak orang Yahudi masuk Islam lepas Nabi mengahwini Safiyyah.

Timbul satu persoalan yang perlu dibincangkan. Molekkah Nabi batalkan pemilihan Dihyah itu? Bahaya kepada mereka yang tidak faham kenapa Nabi buat macam itu. Mungkin ada yang kata Nabi telah menyalahgunakan kedudukan baginda. Mungkin ada yang kata, selepas Nabi tengok Safiyyah itu cantik, dia sendiri hendak. Padahal, dia telah suruh Dihyah pilih sendiri. Amat malang kalau kita juga berfikiran begitu kerana tidak belajar.

Nabi boleh membatalkan pemberian itu kerana ianya belum sah dan muktamad. Mungkin sepatutnya Dihyah kena tunjuk dahulu siapakah yang dia ambil kepada Nabi dulu untuk mensahkannya.
Atau Nabi ambil kerana baginda sebagai bapa kepada orang Islam. Dalam Quran disebutkan bahawa isteri-isteri baginda sebagai ibu kepada orang mukmin. Maka baginda tentulah sebagai bapa kepada orang mukmin. Hadis pun ada menyebutkan bahawa baginda sebagai bapa kepada muslimin. Dan memang selalu Nabi memberi nasihat kepada umatnya sebagai nasihat seorang bapa kepada anak. Maka, sebagai bapa, hukumnya boleh ambil balik pemberian yang telah diberikan kepada anak.

Atau ada riwayat yang mengatakan Nabi beli Safiyyah dari Dihyah. Dalam Sahih Muslim dikatakan bahawa Nabi beri 7 orang hamba kepada Dihyah. Maknanya bukan Nabi ambil sahaja tapi Nabi beli.

Atau memang Dihyah beri Safiyyah kepada baginda dengan rela.

Atau, yang dimaksudkan Nabi memberi peluang kepada Dihyah untuk pilih itu adalah bagi hamba biasa sahaja asalnya. Bukanlah seseorang yang mempunyai kedudukan yang tinggi. Ini penting supaya jangan sahabat yang lain terkilan kalau Dihyah dapat yang lebih. Padahal sama-sama berjuang dalam peperangan yang sama.

Nabi telah menjadikan Safiyyah sebagai isteri. Padahal, boleh sahaja kalau Nabi Tanggungjawab dah. Maskahwin yang Nabi berikan kepadanya adalah kemerdekaan beliau. Nabi telah menikahi Safiyyah dalam perjalanan pulang dari Perang Khaibar itu.

Umm Sulaim emak kepada Anas bin Malik. Beliau adalah tokoh wanita dalam Islam yang kita selalu dengar. Beliau amat rapat dengan Nabi sampai Nabi selalu tidur di rumahnya. Pernah ada kisah bagaimana Umm Sulaim mengikis peluh Nabi yang melekat pada katil kerana wangi sangat. Dia boleh jadikan peluh Nabi itu sebagai ibu pewangi pula.

Antara pengajaran lain yang terdapat dalam hadis ini:

  1. Boleh digunakan panggilan Solat Ghoda’ untuk solat subuh.
  2. Waktu gholas dalam hadis ini waktu awal subuh. Dikatakan ini adalah waktu yang afdhal untuk mengerjakan solat subuh. Cuma Imam Abu Hanifah berpendapat paling afdhal solat suhuh adalah dalam waktu isfar. Iaitu bila tanah dah terang sedikit dengan pancaran matahari.
  3. Keharusan membonceng dengan orang lain atas satu binatang jika binatang itu mampu.
  4. Elok untuk takbir dan zikr ketika perang. Quran pun sebut begitu. Takbir itu adalah senyap sahaja jangan kuat pula. Kalau takbir kuat macam ahli PAS tu, senanglah musuh nak tahu kita datang. Dalam hadis ini, musuh tak tahu pun mereka nak kena serang sehinggalah tentera muslim sudah dalam kawasan mereka. Tidaklah nak kata wajib takbir dan tasbih itu – seeloknya buatlah. Supaya ingat kepada Allah. Kerana tak tahu bila-bila boleh mati. Mengingatkan juga bahawa berperang itu adalah kerana Allah dan bukan sebab dunia yang lain. Macam juga perempuan mengandung juga disuruh solat hingga saat akhir.
  5. Keharusan memecut kuda. Kalau kita bawa kereta laju pun boleh. Ikut keadaan. Oleh itu, tak boleh marah orang bawa laju. Jangan kita tak: eh, kenapa ustaz ni bawa kereta laju pula, padahal dia ustaz? 
  6. Elok memerdekakan hamba dan mengahwininya. Mengangkat martabat wanita. Dapat dua pahala. Satu, pahala memerdekakannya dan satu lagi mengahwininya. Ini adalah perkara yang susah dilakukan di zaman itu, kerana ada tohmahan masyarakat. Mengahwini seorang yang hamba bukanlah satu perkara yang mulia dizaman itu dimata masyarakat malah adalah sesuatu yang hina. Tapi Islam mahukan supaya institusi hamba tidak berterusan. 
  7. Elok bersama isteri pertama kali pada waktu malam.
  8. Elok buat kenduri. Nabi dalam perjalanan pun buat lagi. Tujuan kenduri adalah untuk memberitahu kepada masyarakat bahawa telah berkahwin. Tidaklah nanti akan menyebabkan orang tertanya-tanya siapakah di sebelah kita nanti. Elok buat kenderi selepas pengantin bersekedudukan. Itu lebih molek. Tak semestinya buat cepat, sebulan dua selepas itu pun boleh lagi. Elok dibuat selepas bersama kerana kadang-kadang ditakuti tak jadi kahwin pula. Ramai juga sekarang buat semasa majlis nikah, tapi tak jadi, jadi kadang-kadang seorang sahaja pengantin atas pelamin.
  9. Sahabat handai tolong menolong dalam menyediakan kenduri. Sekarang dah bertukar jadi beri wang sahaja. Itu adalah pertolongan untuk memudahkan dia, maka ada juga moleknya. Sebab sekarang tiada masa nak tolong dan kadang-kadang keluarga pengantin pun pakai khidmat pihak catering. Yang tak bagusnya macam dah kena beri dah sekarang.
  10. Jangan segan minta tolong kepada anak buah dalam kesempitan. Nabi minta tolong kumpul makanan mana yang ada. Kena ada kesepakatan diantara mereka. Hidangan daging bukan satu kemestian. Memang molek kalau ada daging. Tapi ikut keadaan.

Kuliah Maulana Asri

 

Sahih Bukhari Kitab Mandi Janabah Sesi 6 – Bab Bolehkah Orang Yang Berjunub Memasukkan Tangannya Ke Dalam Bekas Sebelum Membasuhnya March 20, 2013

بَاب هَلْ يُدْخِلُ الْجُنُبُ يَدَهُ فِي الْإِنَاءِ قَبْلَ أَنْ يَغْسِلَهَا إِذَا لَمْ يَكُنْ عَلَى يَدِهِ قَذَرٌ غَيْرُ الْجَنَابَةِ

Bab Bolehkah Orang Yang Berjunub Memasukkan Tangannya Ke Dalam Bekas Air Sebelum Membasuhnya Jika Tidak Ada Kekotoran Di Tangannya Selain Janabah

وَأَدْخَلَ ابْنُ عُمَرَ وَالْبَرَاءُ بْنُ عَازِبٍ يَدَهُ فِي الطَّهُورِ وَلَمْ يَغْسِلْهَا ثُمَّ تَوَضَّأَ وَلَمْ يَرَ ابْنُ عُمَرَ وَابْنُ عَبَّاسٍ بَأْسًا بِمَا يَنْتَضِحُ مِنْ غُسْلِ الْجَنَابَةِ

Ibn Umar dan Bara’ bin Aazib memasukkan tangan kedalam air yang akan digunakan untuk bersuci dengan tidak membasuhnya terlebih dahulu kemudian berwudu dengannya.

Ibn Umar dan Ibn Abbas berpendapat tidak mengapa dengan percikan air yang digunakan untuk mandi junub.

– Seperti yang kita pelajari selama ini, terdapat kebijaksaan dalam pemilihan bab oleh Imam Bukhari. Disinilah Imam Bukhari memaparkan feqahnya. Apabila Imam Bukhari meletakkan dalam tajuk itu, soalan seperti ‘Bolehkah…”, itu adalah isyarat kepada adanya khilaf ulama tentang perkara ini. Iaitu samada boleh memasukkan tangan ke dalam bekas air sebelum membasuhnya. Ada pendapat yang mengatakan tidak boleh seperti pendapat Zahiriah. Mereka mengatakan selagi tidak dibasuh, tidak boleh memasukkan tangan kedalam bekas air. Kerana selagi tidak habis mandi janabah, seseorang itu masih lagi dalam keadaan najis. Dalam berhadas besar. Tapi pendapat jumhur ulama mengatakan boleh memasukkan jikalau tiada najis di tangan itu. Kalau ada najis, seperti ada kesan air mani atau air mazi, semua bersetuju bahawa tidak boleh memasukkan tangan ke dalam air. Ini akan menyebabkan air itu kotor. Bukhari memegang pendapat jumhur ulama. Tapi dia tidak terus mengatakan demikian. Dia gunakan ayat yang terbuka. Ini menunjukkan dia hormat pandangan mazhab-mazhab. Terdapat banyak mazhab selain dari empat mazhab yang biasa itu. Ada juga yang dikenali sebagai golongan zahiriah. Ini menunjukkan sikap terbuka Imam Bukhari. Pada zaman Imam Bukhari, semua mazhab itu dah ada dah. Dia pun tahu apakah pandangan mazhab-mazhab itu. Tapi dia adalah seorang mujtahid. Tidak semestinya dia mengikuti mana-mana mazhab. Tapi dia menghormati mereka. Kerana mereka orang yang berilmu yang telah melakukan kajian berdasarkan ilmu mereka yang tinggi. Kerana kita sebenarnya tidak tahu mana yang benar. Hanya Allah yang tahu. Mungkin kita benar, mungkin tidak. Dalam ilmu Aqidah, hanya ada satu kebenaran, tapi dalam ilmu feqah, ianya adalah sedikit terbuka.

Dalam tajuk diatas, menunjukkan bahawa Ibn Umar dan Bara’ bin Aazib (kedua-duanya adalah sahabat) memasukkan tangan mereka tanpa membasuhnya terlebih dahulu. Ini menunjukkan bahawa tangan itu tidak mengotorkan jikalau tiada najis yang jelas. Imam Bukhari, dalam menguatkan pendapatnya, dia kadang-kala mengambil perbuatan sahabat sebagai contoh. Ini menunjukkan bahawa Imam Bukhari mementingkan sahabat. Dan kalau sahabat dah buat itu, mestilah mereka ikut Nabi. Sahabat mestilah dijadikan sebagai panduan kita juga selain dari Nabi. Macam Ibn Umar itu adalah sahabat besar, sampai dipanggil sheikhul sahaabah. Mereka telah diiktiraf dalam Quran pun. Jadi kalau sahabat buat sebegitu, janganlah kita ragu-ragu lagi. Walaupun tidak dimasukkan sanad dalam athar yang menceritakan perbuatan sahabat itu, tapi sebenarnya, dalam kitab yang lain, memang dimasukkan sanad kepada perbuatan mereka itu. Kalau perbuatan sahabat, kena juga macam hadis, kena ada sanad, barulah boleh dipercayai bahawa itu benar perbuatan mereka.

Ada beza antara najis aini dan najis hukmi. Najis aini itu adalah najis yang boleh dilihat dengan pancainder. Samada dengan mata, rasa atau bau. Tapi selain dari najis jenis itu, ada najis yang tidak boleh dilihat. Ianya adalah najis dari segi hukum. Kerana Allah beritahu kepada kita bahawa ianya adalah najis. Dan kita diberitahu bahawa najis itu memang ada sampaikan malaikat pun tak dekat kalau kita berada dalam keadaan najis hukmi itu. Dalam Islam, memandang juga kesucian dari segi itu.

– Dalam tajuk yang seterusnya, Imam Bukhari membawa pendapat Ibn Umar dan Ibn Abbas yang mengatakan tidak mengapa jikalau terkena percikan air bekas mandian junub itu. Katakanlah air dari badan kita jatuh ke lantai dan kena balik ke badan kita. Ianya tidak dikira najis. Kalau kena badan atau baju, tidak mengapa. Kalau air itu masuk balik dalam bekas air yang hendak digunakan untuk berhadas pun tidak mengapa. Tidak jadi air mustaqmal seperti yang dipegang oleh antaranya mazhab Syafie. Air itu tidak tercemar dan boleh digunakan lagi untuk teruskan mandi janabah. Tidak perlu buang air itu dan ganti air lain. Ini kita tahu kerana Nabi pun buat begitu. Tentulah dalam Nabi mandi itu, menitik air dari tangan baginda masuk ke dalam bekas balik kerana tentulah ada bekas air di tangan baginda. Tidak ada dalil yang mengatakan Nabi menjauhkan diri dari bekas air kerana takut menitik. Tidak ada dalil yang mengatakan Nabi cermat sangat kerana takut menitik balik air itu. Dan Nabi dan isteri baginda pun bukan pakai bekas pun untuk menceduk air tapi pakai tangan baginda sendiri. Takkan nak lawan perbuatan Nabi pula. Maka janganlah ragu-ragu. Ini adalah pendapat yang senang dipakai.

 

253 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ أَخْبَرَنَا أَفْلَحُ بْنُ حُمَيْدٍ عَنْ الْقَاسِمِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ تَخْتَلِفُ أَيْدِينَا فِيهِ

253. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Maslamah telah mengabarkan kepada kami Aflah bin Humaid dari Al Qasim dari ‘Aisyah berkata, “Aku mandi bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dari satu bekas yang sama, dan tangan kami saling berselisih untuk mengambil air dari bekas itu.”

Dalam hadis ini hanya dikatakan Aisyah dan Nabi ‘mandi’ sahaja. Tidak disebut mandi junub. Tapi itulah yang ajaibnya kitab Imam Bukhari ini. Dia menjelaskan bahawa ianya adalah mandi junub dengan dibawakan hadis yang selepas ini. Begitulah juga ayat Quran. Ayat Quran yang lain menjelaskan tentang ayat yang lain. Maknanya, nak faham hadis, kena faham secara menyeluruh. Maka, hadis yang pertama bersifat mutlak – umum. Dan hadis yang kedua bersifat muqayyad – menjelaskan. Dari sini, kita dapat tahu bahawa Imam Bukhari tahu tentang tradisi ilmu Feqah. Barulah boleh dikatakan seorang mujtahid kalau begitu. Ilmunya amat tinggi.

Dari bahasa yang digunakan dalam hadis ini, menunjukkan bahawa Nabi dan Aisyah mengambil air dari dalam bekas menggunakan tangan mereka sahaja. Tidak menggunakan gayong atau mengangkat bekas air itu untuk dicurah keatas mereka. Maka, ini menunjukkan bahawa mereka memasukkan tangan ke dalam bekas air itu. Jadi kerana mereka belum habis mandi lagi, maknanya mereka masih berhadas besar lagi. Maka boleh memasukkan tangan ke dalam air. Itulah hukum yang diambil oleh Imam Bukhari.

Orang kita ramai yang hanya memegang pendapat imam-imam mazhab sahaja. Padahal itu adalah taklid sahaja. Kerana tidak tahu apakah sandaran mereka. Mungkin dari hadis juga. Tapi ada yang hanya pendapat mereka. Tapi kalau kita berpegang dengan pendapat ulama dan kita tahu apakah sandaran mereka hingga sampai kepada sesuatu hukum itu, maka ianya dipanggil ‘ittiba‘. Semua menerima bahawa ittiba‘ lebih baik dari taklid. Kita tahu dari hadis manakah yang digunakan sebagai sandaran ulama-ulama itu.

 

254 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ هِشَامٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ غَسَلَ يَدَهُ

254. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad dari Hisyam dari Bapaknya dari ‘Aisyah berkata, “Jika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mandi janabat beliau membasuh tangannya terlebih dahulu.”

 

255 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي بَكْرِ بْنِ حَفْصٍ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ مِنْ جَنَابَةٍ
وَعَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْقَاسِمِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ مِثْلَهُ

255. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Abu Bakar bin Hafsh dari ‘Urwah dari ‘Aisyah berkata, “Aku pernah mandi junub bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dari bekas yang sama.” Dan dari ‘Abdurrahman bin Al Qasim dari Bapaknya dari ‘Aisyah seperti itu.”

 

256 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جَبْرٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْمَرْأَةُ مِنْ نِسَائِهِ يَغْتَسِلَانِ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ
زَادَ مُسْلِمٌ وَوَهْبُ بْنُ جَرِيرٍ عَنْ شُعْبَةَ مِنْ الْجَنَابَةِ

256. Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari ‘Abdullah bin ‘Abdullah bin Jabr berkata, aku mendengar Anas bin Malik berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan salah seorang dari isterinya mandi menggunakan air dari bekas yang sama.” Muslim dan Wahb bin Jarir dari Syu’bah menambahkan, “janabah (selepas perkataan mandi).”

– Dalam hadis ini tidak disebut siapakah isteri Nabi yang mandi bersama itu. Ini supaya jangan dikatakan bahawa mandi bersama itu hanya khas kepada Nabi dan Aisyah sahaja. Kerana memang ada hukum-hukum yang kadang-kadang hanya untuk Nabi dan kadang-kadang hanya untuk sesuatu sahabat sahaja. Tapi tidak dalam kes ini. Boleh diamalkan oleh semua orang.

——————————————————————————————————————————-

بَاب تَفْرِيقِ الْغُسْلِ وَالْوُضُوءِ وَيُذْكَرُ عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ غَسَلَ قَدَمَيْهِ بَعْدَ مَا جَفَّ وَضُوءُهُ

Bab Orang Yang Mencurahkan Air Dengan Tangan Kanannya Ke Atas Tangan Kirinya Pada Ketika Mandi

Dicurahkan air ke tangan kiri untuk memulakan mandi. Kerana nak guna tangan kiri untuk membasuh kemaluan. Sekarang kita pakai air pili tidak ada masalah ini. Tahan sahaja air pancut itu. Tidak perlu menggunakan tangan kanan lagi untuk memasukkan air ke tangan kiri.

Kita selalu diajar supaya menggunakan tangan kanan dalam banyak hal. Tapi kadang-kadang kita perlu menggunakan tangan kiri juga. Selalunya untuk perkara-perkara yang ‘tidak molek’, seperti untuk membasuh kemaluan atau untuk beristinjak.

Gunakan akal yang terbuka. Jangan taksub. Jangan dalam kita amalkan Sunnah, kita memandang lekeh orang yg tidak amalkan Sunnah. Macam ada yang tidak menyimpan janggut contohnya. Mungkin dia ada banyak sumbangan dia dari kita.

 

257 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مَحْبُوبٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ قَالَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ كُرَيْبٍ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَتْ مَيْمُونَةُ وَضَعْتُ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَاءً يَغْتَسِلُ بِهِ فَأَفْرَغَ عَلَى يَدَيْهِ فَغَسَلَهُمَا مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا ثُمَّ أَفْرَغَ بِيَمِينِهِ عَلَى شِمَالِهِ فَغَسَلَ مَذَاكِيرَهُ ثُمَّ دَلَكَ يَدَهُ بِالْأَرْضِ ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَغَسَلَ رَأْسَهُ ثَلَاثًا ثُمَّ أَفْرَغَ عَلَى جَسَدِهِ ثُمَّ تَنَحَّى مِنْ مَقَامِهِ فَغَسَلَ قَدَمَيْهِ

257. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Mahbub berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdul Wahid berkata, telah menceritakan kepada kami Al A’masy dari Salim bin Abu Al Ja’d dari Kuraib mantan budak Ibnu ‘Abbas, dari Ibnu ‘Abbas berkata, Maimunah berkata, “Aku menyediakan air mandi dan memasang tabir untuk Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau lalu menuangkan air pada kedua tangannya dan mencuci keduanya sekali atau dua kali. – Aku tidak pasti samada dia mengatakan tiga kali atau tidak – Lalu dengan tangan kanannya beliau menuangkan air pada telapak tangan kirinya lalu mencuci kemaluannya, setelah itu menggosokkan tangannya ke tanah atau ke dinding. Kemudian berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung. Kemudian membasuh muka dan kedua tangannya, lalu membasuh kepalanya dan mencurahkan keseluruh badannya. Setelah itu beliau berganjak dari tempat mandi lalu mencuci kedua kakinya. Saya pun mengulurkan satu cebisan kain tapi beliau mengisyaratkan dengan tangannya begini, bermaksud beliau tidak mahukannya”

 

Sahih Bukhari Kitab Mandi Janabah Sesi 3 – Bab Mandi Dengan Mengunakan Air Kira-Kira Satu Gantang March 17, 2013

بَاب الْغُسْلِ بِالصَّاعِ وَنَحْوِهِ

Bab Mandi Dengan Mengunakan Air Kira-Kira Satu Gantang

243 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ الصَّمَدِ قَالَ حَدَّثَنِي شُعْبَةُ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرِ بْنُ حَفْصٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا سَلَمَةَ يَقُولُ دَخَلْتُ أَنَا وَأَخُو عَائِشَةَ عَلَى عَائِشَةَ فَسَأَلَهَا أَخُوهَا عَنْ غُسْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَدَعَتْ بِإِنَاءٍ نَحْوًا مِنْ صَاعٍ فَاغْتَسَلَتْ وَأَفَاضَتْ عَلَى رَأْسِهَا وَبَيْنَنَا وَبَيْنَهَا حِجَابٌ

قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ قَالَ يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ وَبَهْزٌ وَالْجُدِّيُّ عَنْ شُعْبَةَ قَدْرِ صَاعٍ

243. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Muhammad berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Abdush Shamad berkata, telah menceritakan kepadaku Syu’bah berkata, telah menceritakan kepadaku Abu Bakar bin Hafsh berkata, aku mendengar Abu Salamah menceritakan, “Aku dan saudara ‘Aisyah masuk menemui ‘Aisyah, lalu saudaranya bertanya kepadanya tentang cara Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mandi janabah. ‘Aisyah lalu minta diambilkan lebih kurang satu gantang air. Kemudian beliau mandi dengan melimpahkan air ke atas kepalanya, antara kami dengannya terhalang oleh hijab.”

Abu ‘Abdullah berkata, Yazid bin Harun dan Bahz dan Al Juddi menyebutkan dari Syu’bah, “Kira-kira satu sha’.”

– Apabila digunakan kata ‘kira-kira’itu, menunjukkan bukan nak kena air yang tepat sebanyak itu. Agak-agak sahaja. Tapi memang ada ulama yang mementingkan perkara ini. Mereka hanya guna sebanyak segantang tepat-tepat. Tapi tidaklah kita disuruh berbuat begitu. Sebab itulah Imam Bukhari meletakkan di dalam tajuk bab ini perkataan ‘kira-kira’ itu. Dia ambil pemahaman itu, dari hadis inilah. Kalau kita pakai air pancut itu pun, mungkit tidak banyak bezanya dengan segantang air itu. Mungkin lebih sedikit sahaja. Perlu diingat adalah yang penting air itu perlu diratakan ke seluruh badan.

Syiah adalah satu agama yang jahat. Dari hadis ini, boleh pula mereka menggunakannya sebagai hujah nak memburukkan Aisyah, isteri Nabi. Mereka kata, teruk betul Aisyah ni, sampai tunjuk badan dia depan orang saja-saja. Tidak menjaga status sebagai seorang isteri Nabi. Kalau bukan isteri Nabi pun dah teruk dah, tapi Aisyah ni isteri Nabi. Tidakkah boleh hanya dengan bercerita sahaja? Itulah kata-kata mereka. Musuh Islam yang lain pun tidak guna hadis ini untuk memburukkan Aisyah tapi mereka mencari peluang sahaja untuk memburukkan para sahabat. Padahal, orang yang Aisyah tunjuk itu bukanlah orang lain. Tapi adalah saudara susuan dia, dan juga perawi hadis ini adalah anak saudara susuan kepada Aisyah. Jadi, boleh untuk Aisyah melakukan apa yang dia telah lakukan. Dan bukan dia tunjuk semua badan dia pun. Hanya kepala sahaja. Dan ada lagi hijab antara mereka. Dan tentulah dia pakai kain menutup badan dia lagi.

Hadis ini juga penting untuk menunjukkan apakah aurat antara saudara susuan. Iaitu bahagian kepala boleh ditunjuk. Dia dah buat cara terbaik dah. Tentulah Aisyah tidak bogel dalam dia menunjukkan cara mandi janabat itu. Ditambah pula dengan ada lagi pendinding memisahkan mereka.

Hadis ini juga menunjukkan bahawa cara terbaik untuk mengajar adalah dengan menggunakan cara praktikal. Itu lebih memberikan pengetahuan kepada orang yang hendak diajar. Yang penting adalah nak tunjuk bahagian kepala. Bahagian lain tak perlu ditunjuk dah sebab semua orang semua dah tahu kena diratakan air ke seluruh badan. Cuma bahagian kepada yang menjadi masalah. Kerana ada yang keliru macam mana cara mandi dibahagian kepala.

Hadis ini juga menunjukkan isteri Nabi pun mengajar juga. Bukan Nabi sahaja. Perempuan pun boleh mengajar lelaki. Iaitu mereka mengajar agam kepada orang yang boleh ditunjuk. Dalam batas-batasnya. Maka, ini menunjukkan baik sekali kalau ada orang perempuan yang tinggi ilmu mereka supaya mereka boleh mengajar kepada kaum wanita. Supaya mereka boleh mengkhususkan bahagian perempuan. Dan memudahkan perempuan untuk belajar dengan mereka.

Hadis ini lebih lengkap di dalam Sahih Muslim. Dalam Sahih Muslim, ia menceritakan bahawa rambut Aisyah pendek. Isteri-isteri Nabi memotong rambut mereka pendek. Samada pangkal leher atau sampai ke bahu. Maka salahlah pendapat yang mengatakan perempuan tidak boleh memotong rambut mereka.

 

244 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ قَالَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو جَعْفَرٍ أَنَّهُ كَانَ عِنْدَ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ هُوَ وَأَبُوهُ وَعِنْدَهُ قَوْمٌ فَسَأَلُوهُ عَنْ الْغُسْلِ فَقَالَ يَكْفِيكَ صَاعٌ فَقَالَ رَجُلٌ مَا يَكْفِينِي فَقَالَ جَابِرٌ كَانَ يَكْفِي مَنْ هُوَ أَوْفَى مِنْكَ شَعَرًا وَخَيْرٌ مِنْكَ ثُمَّ أَمَّنَا فِي ثَوْبٍ

244. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Muhammad berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya bin Adam berkata, telah menceritakan kepada kami Zuhair dari Abu Ishaq berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Ja’far bahwasanya pernah dia berada di sisi Jabir bin ‘Abdullah – dia dan ayahnya (Ali bin Al Hasan) -, dan di dekat Jabir juga ada sekelompok orang yang bertanya kepadanya tentang cara mandi janabah. Jabir bin Abdullah lalu menjawab, “Cukup bagimu dengan satu gantang air.” Tiba-tiba ada seorang lelaki berkata, “Itu tidak cukup untuk saya!” Maka Jabir pun berkata, “Satu gantang itu sudah mencukupi buat orang yang lebih lebat rambutnya dan bulunya darimu, dan yang lebih baik darimu.” Kemudian beliau mengimami kami dengan memakai sehelai kain sahaja.

– Antara lain, hadis ini menunjukkan hubungan baik ahlul bait dan para sahabat. Kerana kita boleh lihat sampai ada 2 imam syiah belajar dengan Jabir. Iaitu mereka itu diangkat sebagai imam syiah oleh pengikut Syiah yang jahat itu. Tapi bukanlah dua orang itu pernah mengaku sebagai imam syiah pula. Mereka sahaja yang pandai-pandai mengangkat orang-orang yang mulia dan baik itu sebagai imam mereka. Jadi, tidak benarlah pendapat Syiah yang mengatakan bahawa para imam mereka itu tidak suka kepada para sahabat sampai menganggap para sahabat sebagai kafir.  Dalam hadis itu, dikatakan bahawa Jabir jadi imam kepada mereka pula. Syiah tak terima kalau begitu. Mereka kata, kalau para imam itu bermakmumkan para sahabat pun, ianya adalah sebagai taqiyah sahaja. Hujah taqiyah itu akan diguna oleh mereka apabila mereka diberikan hujah yang mereka tidak dapat jawab. 

Hadis ini juga menunjukkan tidak semestinya ahlul bayt lebih tahu dari orang lain. Kerana kita boleh lihat bahawa mereka mendengar dan belajar dengan orang lain juga. Iaitu dalam hadis ini, dengan Jabir. Dan imam itu sendiri bertanya kepada Jabir itu. Tapi dalam Syiah mereka mengatakan bahawa imam-imam Syiah itu tahu semua perkara. Sampai ke tatahp tahu perkara ghaib yang kita katakan hanya diketahui oleh Allah sahaja. 

Hadis ini juga menunjukkan bahawa Nabi itu seorang yang sihat. Rambut Nabi lebat sampai mati. Dada baginda penuh dengan bulu. Belakang badan pula tidak ada bulu, tapi licin molek. Tubuh badan Nabi adalah sempurna seperti mana seorang lelaki patut ada.

Selepas itu Jabir telah mengimami mereka dengan hanya pakai satu helai kain sahaja. Ini adalah kerana dia nak tunjuk bahawa boleh pakai satu kain sahaja waktu solat. Cara beliau pakai itu adalah dengan cara pakai yang macam pakai ihram. Tapi pakai ihram itu, menggunakan dua helai kain. Tapi kali ni, macam ihram itu, tapi dengan sehelai kain sahaja. Yang terbaik adalah pakai baju dengan lengkap. Tapi nak tunjuk bahawa kalau pakai satu kain sahaja pun dah sah solat itu. Tapi kena tutup bahu molek kerana pendapat Imam Ahmad kata bahawa kalau tak tutup bahu, tak sah solat itu. Tapi ulama lain kata, sah solat dengan hanya tutup aurat sahaja. Kita memanglah tidak rasa apa kalau pakai baju. Tapi bayangkan kalau cuaca panas sangat sampaikan nak pakai baju pun tidak selesa. Dalam keadaan begitu, ada kemungkinan kita tak mahu nak pakai baju. Ataupun dalam keadaan tiada kain untuk dipakai. Takkan sebab tak tutup bahu sahaja, kita tak solat?

Hadis ini juga menunjukkan kena utamakan orang yang alim sebagai imam.

 

245 – حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ عَنْ عَمْرٍو عَنْ جَابِرِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَيْمُونَةَ كَانَا يَغْتَسِلَانِ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ

قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ كَانَ ابْنُ عُيَيْنَةَ يَقُولُ أَخِيرًا عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ مَيْمُونَةَ وَالصَّحِيحُ مَا رَوَى أَبُو نُعَيْمٍ

245. Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim berkata, telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Uyainah dari ‘Amru dari Jabir bin Zaid dari Ibnu ‘Abbas, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dan Maimunah mandi dari satu bekas yang sama.”

Abu ‘Abdullah berkata, “Ibnu ‘Uyainah meriwayatkan diakhir hayatnya dari Ibnu Abbas dari Maimunah, padahal yang benar adalah apa yang diriwayatkan oleh Abu Nu’aim.”

– Hadis ini menunjukkan bahawa Nabi itu mesra dengan isteri-isterinya. Sebelum ini kita telah mendengar bahawa Nabi mandi sekali dengan Aisyah. Kali ini dengan Maimunah pula. Maimunah ini adalah isterinya yang paling akhir dikahwininya. Tidak lama dia bersama dengan Nabi. Dalam tiga tahun sahaja.

Dan ia juga menunjukkan tidak kotor perempuan itu. Walaupun mereka dalam hadas, tapi itu adalah kekotoran maknawi sahaja. Bukanlah sampai tidak boleh sentuh langsung seperti yang dikatakan dalam agama-agama yang lain. Seperti agama Yahudi yang kata apabila wanita itu dalam kotor, sampai tidak boleh sentuh lansung. Bayang pun tak boleh bersentuh. Islam sebenarnya mengangkat martabat kaum wanita. Kita boleh lihat bagaimana Nabi melayan wanita dengan baik sekali. Kalau mandi dengan isteri, Nabi akan mandi bersama. Dan anak Nabi juga adalah perempuan. Maka, tinggi sungguh martabat yang diberikan kepada kaum wanita. Tidaklah macam agama lain yang menindas kaum wanita dengan teruk sekali.

 

Sahih Bukhari Sesi 1 – Kitab Mandi Janabah March 14, 2013

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ كِتَاب الْغُسْلِ

Kitab Mandi Janabah

Mandi janabah ini melibatkan kepada lelaki dan perempuan. Kalau mandi wajib, itu kurang tepat sebab mandi wajib termasuk sekali dengan mandi selepas suci dari haid dan nifas dan itu hanya kepada perempuan sahaja. Maka, tajuk Imam Bukhari bawa ini adalah untuk mandi janabah sahaja. Tentang Mandi Wajib akan diceritakan kemudian.

وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى{ وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنْ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمْ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ }

Dan Allah berfirman: dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan sebaik-baiknya; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam musafir, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyetubuhi perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk bersuci), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah – debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. Al-Maidah:6

وَقَوْلِهِ جَلَّ ذِكْرُهُ { يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلَا جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنْ الْغَائِطِ أَوْ لَامَسْتُمْ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا }

Dan firmanNya lagi: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu terus mengerjakan sembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu memahami akan apa yang kamu katakan. Dan tidak boleh juga orang yang berjunub kecuali kamu hendak melintas sahaja ke dalam masjid- hingga dia bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu menyetubuhi perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk bersuci), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah – debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun. An-Nisa:43

– Islam mementingkan kebersihan. Bangsa lain pun ada mengamalkan kebersihan tapi dalam Islam lebih lagi. Ia ada dalam ajaran agama. Agama mereka sebenarnya tidak pun mengajar tentang kebersihan tapi selepas mereka mencapai kemajuan, baru mereka belajar tentang kebersihan. Dan kebersihan yang kita disuruh jaga adalah kebersihan yang mendalam. Iaitu kebersihan luaran dan dalaman. Bangsa lain, hanya kebersihan luaran sahaja.

Ianya adalah perbuatan semulajadi makhluk. Allah sudah tentukan sebegitu. Kita boleh tengok pada perlakuan binatang. Mereka juga mandi janabah. Kita boleh lihat bahawa selepas binatang mengawan, binatang yang main air akan selamkan diri mereka dalam air. Yang tak main air, akan berguling di tanah untuk tayamum.

Dan kajian kesihatan mendapati untuk jangka panjang, elok mandi selepas melakukan hubungan kelamin. Semasa bersetubuh, badan akan mengeluarkan peluh. Peluh itu jenis yang kalau tidak dibasuh, akan masuk kedalam badan semula dan akan mengganggu kesihatan.

Ianya juga adalah sebagai tanda Syukur kepada Allah kerana gembira kerana dapat nikmat mendapat kebolehan mendapat anak. Kerana sifat manusia itu mahu mengekalkan kelangsungan hidup mereka dengan mempunyai anak. Semua manusia normal diberi naluri keibuan dan kebapaan oleh Allah. Besar ertinya ada air mani. Budak tiada kelebihan ini. Bukankah kalau kita kalau suka, kita akan mandi. Macam kalau nak keluar berjalan. Atau menghadapi hari perayaan, iaitu hari kesukaan. Atau berjumpa dengan orang besar. Kita akan mandi dan pakai baju elok-elok. Maka, kita meraikan kurnia Allah itu dengan mandi juga. Sama juga kalau yang datang haid. Apabila perempuan datang haid, maknanya dia sudah kebolehan beranak. Dapat anak adalah satu nikmat yang besar. Kalau nak tahu besar atau tidak nikmat itu, cubalah tanya mereka yang tiada anak. Jadi kita mandi itu adalah sebagai tanda syukur. Itulah yang Allah telah sebutkan dalam ayat Maidah:6 itu: لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ “supaya kamu bersyukur”.

Kenapa kena basuh seluruh tubuh kita? Seluruh tubuh kena mandi kerana nikmat bersetubuh itu satu tubuh rasa.

Imam Bukhari memulakan kitab Janabah ini dengan ayat Quran. Dia nak tunjuk bahawa mula hukum itu dari Quran. Dan praktikal bagaimana mandi itu ditunjukkan dari Nabi.
Dia juga nak menunjukkan bahawa permulaan kewajipan mandi itu datangnya adalah dari Quran. Bukan Nabi yang mula-mula suruh. Maknanya tinggilah kewajipan janabah ini. Ini semua adalah isyarat mula. Seperti kita telah tahu, diawal kitab, Imam Bukhari akan menunjukkan tanda mula dan akhir kitab dia akan tunjuk tanda tamat iaitu mati. Cara Imam Bukhari memang halus.

Imam Bukhari ajar hadis tapi nak beritahu Quran lagi penting. Itulah sumber hukum yang terpenting dan paling tinggi sekali.

Kenapa dia letak ayat Maidah dulu? Padahal kalau ikut susunan dalam Quran, surah Nisa dulu sebelum Maidah. Ulama sampai bahas kenapa begitu. Sebab mereka tahu bahawa Imam Bukhari ni halus sangat dia buat. Tentu ada sebab kenapa dia susun ayat quran itu sebegitu. Dia tidak buat saja-saja. Kena belajar baru tahu. Kalau tak belajar, mungkin akan sangka bahawa susunan itu adalah satu kebetulan sahaja. Jadi, tentu ada sebab dia buat begitu. Kerana tujuan Imam Bukhari buat kitab Sahih Bukhari bukan hanya nak mengajar hadis sahaja. Itu adalah niat kedua. Niat utamanya adalah mengajar tentang Islam. Tentang keseluruhan Islam. Sebab itu banyak bab dalam Sahih Bukhari ni. Semuanya adalah bahagian-bahagian dalam agama Islam yang manusia kena tahu.

Ayat pertama menggunakan perkataan فَاطَّهَّرُوا yang bermaksud ‘bersuci dengan sebaik-baiknya’. Apakah maksudnya. Ini adalah arahan secara umum. Sebab bagaimanakah cara untuk bersuci dengan sebaiknya? Sebab itu Imam Bukhari letak diawal. Kemudian dijelaskan pula oleh ayat kedua itu. Iaitu bersuci dengan sebaiknya adalah kena mandi. Kerana dalam ayat Nisa:43 itu menjelaskan bahawa kena mandi. Kerana perkataan itu تَعْلَمُوا mengatakan kena mandi. Cuma kalau dalam banyak terjemah hanya dengan menggunakan perkataan ‘bersuci’.

Ayat kedua menggunakan perkataan yang kedua selalu diterjemahkan ‘hingga kamu bersuci’. Kalau setakat itu sahaja, tidak ada bezanya dengan ayat bersuci dalam surah maidah:6 itu. Sepatutnya makna تَغْتَسِلُوا adalah ‘sehinggalah kamu mandi’. Kerana dari segi bahasa, ianya adalah jelas menunjukkan bahawa maksudnya adalah ‘mandi’.

Ada juga pensyarah Bukhari mengatakan bahawa makna ayat dalam Maidah itu: فَاطَّهَّرُوا itu sudah jelas dah. Maknanya kena mandi dengan ‘sebaik-baiknya’ iaitu mandi yang sampai kena basuh segenap tubuh badan kerana Nabi pernah mengatakan bahawa setiap bulu kena dibasuh. Maka bulu itu termasuk juga bulu dalam hidung. Dan kena berkumur. Sebab itu kepada mazhab Hanafi, tidak sah kalau tidak memasukkan air ke dalam hidung dan berkumur. Maliki pula kata kena gosok seluruh badan itu. Bukan hanya dengan melalukan air sahaja.

Makna لَامَسْتُمْ النِّسَاءَ bukan sentuh perempuan sahaja. Terjemah kurang tepat. Kerana dari segi bahasa, لَامَسْتُمْ النِّسَاءَ itu bermaksud ‘sentuh menyentuh’ iaitu bermaksud bersetubuh. Allah menggunakan bahasa yang halus. Kerana kalau makna sentuh sahaja, ayatnya adalah lain. Sama juga kalau perempuan datang haid, kita dilarang dari ‘mendekati’ isteri kita. Adalah itu bermaksud jangan ‘dekati’? Tidak. Ianya bermaksud jangan bersetubuh juga. Memang bahasa Quran macam tu.
Kalau kita hanya mengatakan bahawa ayat itu hanya sentuh sahaja, maka ayat Maidah:6 itu hanya boleh digunakan untuk menyelesaikan hadas kecil sahaja. Jadi manakah penyelesai untuk kita jikalau kita hadas besar tapi tiada air? Tidak ada ayat lain yang menyelesaikan. Sebenarnya Allah itu amat bijaksana, Dia boleh menggunakan ayat yang pendek untuk memberikan makna yang lebih.

——————————————————

بَاب الْوُضُوءِ قَبْلَ الْغُسْلِ

Bab Wudhu Sebelum Mandi

الْغُسْلِ Adalah mandi junub sbb ada alif Lam disitu. Bukan mandi biasa. Wudhu itu juga adalah wudhu yang maklum dalam Islam. Iaitu wudu yang macam nak sembahyang. Kalau yang umum itu adalah membersihkan diri yang biasa sahaja. Ini adalah kerana wudu boleh jadi membersihkan diri yang biasa atau yang dilakukan sebelum solat.

Tujuan bab ini:
1. Kerana Imam Bukhari hendak menjelaskan terdapat khilaf ulama dalam hal ini. Banyak ulama yang kata mengambil wudu sebelum mandi janabah hanya sunat sahaja. Ada pula yang kata wajib. Imam Bukhari nak kata sekurang-kurangnya sunat. Sebab selalu baginda buat.
2. Adakah wudu itu sebahagian dari mandi janabah atau asing?
3. Lepas ambil wudhu, lepas itu sentuh kemaluan tidak batal wudhu itu. Sebab lepas Nabi mandi, baginda tidak ambil wudu semula.
4. Wudhu itu sama macam ambil wudu untuk solat.
5. Cara wudu adalah sama macam dalam hadis disebutkan dalam hadis-hadis dibawah. Hadis Aisyah menceritakan cara mandi janabah dan wudu itu secara umum. Hadis Maimunah lebih detail. Iaitu kaki tidak dibasuh terus. Alih kaki dulu baru basuh. Dan tidak perlu berturut-turut dalam ambil wudu. Maka basuh kaki itu lambat pun tidak mengapa. Tidak perlu muwalat. Makna muwalat adalah berterusan.

Tidak perlu malu dalam menceritakan hukum. Nabi suruh isteri-isterinya cerita kisah dalam hal mandi pun. Itu adalah kelebihan Nabi ada isteri banyak. Supaya lebih dari seorang yang cerita kepada manusia. Maka kita tahu bahawa ini adalah perbuatan Nabi yang sentiasa Nabi buat.

Nabi ceduk guna tangan. Maka tangan orang berjunub tidak najis. Kalau memang nampak kotor seperti ada air mani, maka memang kena basuh. Tapi kalau tidak nampak najis pada tangan, maka ianya boleh digunakan untuk memasukkan tangan ke dalam air untuk mencedok air itu. Dari segi maknawi, memang seseorang itu dalam keadaan tidak suci. Tapi tidaklah sampai nak jaga sampai takut menitik air balik. Itulah yang menjadikan manusia was-was. Macam itulah yang dialami oleh pengikut mazhab Syafie. Paling banyak was-was dalam dunia adalah yang bermazhab Syafie. Itu menyusahkan diri sendiri sebenarnya. Pakailah yang mana mudah. Was-was itu dari syaitan. Jangan beri peluang kepada syaitan menjadikan kita was-was.

240 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنْ الْجَنَابَةِ بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثُمَّ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلَاةِ ثُمَّ يُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِي الْمَاءِ فَيُخَلِّلُ بِهَا أُصُولَ شَعَرِهِ ثُمَّ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ ثَلَاثَ غُرَفٍ بِيَدَيْهِ ثُمَّ يُفِيضُ الْمَاءَ عَلَى جِلْدِهِ كُلِّهِ

240. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari Bapaknya dari ‘Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, bahwa jika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mandi janabat, beliau akan memulainya dengan mencuci kedua belah tangannya, kemudian berwudu sebagaimana wudhu untuk sembahyang, kemudian memasukkan tangan ke dalam air lalu menyelati pangkal-pangkal rambut dan bulu ditubuhnya dengan tangannya, kemudian menyiramkan air ke atas kepalanya dengan cedukan kedua belah tangannya sebanyak tiga kali, kemudian beliau meratakan air ke seluruh tubuhnya.”

– Ini menunjukkan bahawa Nabi mandi janabah dengan memulakan dengan mengambil wudu. Dan wudu yang Nabi angkat itu adalah seperti wudu untuk solat.

241 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ كُرَيْبٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ مَيْمُونَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ تَوَضَّأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ غَيْرَ رِجْلَيْهِ وَغَسَلَ فَرْجَهُ وَمَا أَصَابَهُ مِنْ الْأَذَى ثُمَّ أَفَاضَ عَلَيْهِ الْمَاءَ ثُمَّ نَحَّى رِجْلَيْهِ فَغَسَلَهُمَا هَذِهِ غُسْلُهُ مِنْ الْجَنَابَةِ

241. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Yusuf berkata, telah menceritakan kepada kami Sufyan dari Al A’masy dari Salim bin Abu Al Ja’d dari Kuraib dari Ibnu ‘Abbas dari Maimunah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, ia berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berwudu sebagaimana wudunya untuk shalat, kecuali kedua kakinya. Beliau lalu mencuci kemaluan dan apa yang terkena kotoran, kemudian meratakan air ke seluruh tubuhnya, setelah mengalihkan kedua-dua belah kaki dari tempat mandi, baginda membasuh kedua-duanya. Itulah cara beliau mandi dari janabat.”

– Ini menunjukkan tatacara bagaimana Nabi mandi janabah. Nampak dalam hadis ini, Nabi ambil wudu, kecuali basuh kaki sahaja Nabi tinggalkan. Basuh kaki itu Nabi buat akhir sekali. Maka, dipertengahan mandi itu, tentulah Nabi menggosok tubuh baginda, termasuklah kemaluan baginda. Ini menunjukkan tidak batal wudu itu. Oleh itulah, Imam Bukhari menggunakan hadis ini sebagai hadis sokongan untuk mengatakan bahawa memegang kemaluan tidak membatalkan wudu. Bukan Imam Bukhari sahaja pegang sebegini. Imam Abu Hanifah pun mengatakan demikian. Saidina Ali juga begitu. Saidina Ali pernah berkata bahawa kepadanya, tidak ada bezanya kemaluan dan tubuh badan yang lain. Begitu juga Ibn Abbas juga berpegangan begitu.

Tapi, nanti kita akan berjumpa hadis lain yang menunjukkan bahawa tatacara Nabi mandi janabah bukan seperti dalam hadis ini. Oleh itu, ada yang mengatakan bahawa hadis diatas adalah telah diubah tatacaranya. Tatacara yang sebenarnya bukan begini. Tapi, Imam Bukhari masih juga berpendapat bahawa memegang kemaluan tidak membatalkan wudu.

Ada yang mengatakan bahawa Nabi basuh kaki akhir itu kerana tanah lecak. Jadi, Nabi membasuh kaki akhir itu kerana Nabi berpindah ke tempat yang bersih dulu, baru baginda basuh kaki. Tapi Imam Bukhari memegang bahawa beginilah cara baginda mandi janabah. Bukanlah Nabi basuh kaki akhir itu kerana kebetulan tanah itu sedang lecak. Kerana banyak lagi hadis-hadis yang lain menunjukkan setiap kali Nabi mandi janabah, begitulah cara baginda basuh kaki – iaitu diakhir sekali.

Apabila telah selesai membasuh kaki itu, tidak perlu mengambil wudu lagi. Ini menentang pendapat yang mengatakan kena pula ambil wudu lagi jikalau hendak solat. Tidak perlu. Kerana wudu telah diambil dalam mandi janabah itu.

Kecualilah jikalau kecing dalam masa mandi itu. Ada orang akan kencing. Tapi Nabi tidak kencing kerana Nabi tidak mengambil wudu pula selepas itu. Ini menunjukkan bahawa Nabi adalah orang yang sihat. Kerana, ada yang kencing tidak dedah, dia akan kencing dalam masa dia mandi itu.

 

Kuliah Maulana Asri