We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Fiqh Praktis kelas 2: Thoharah Bab Air October 8, 2015

Filed under: Fiqh — visitor74 @ 5:22 pm


  
  
  
  
  

Pengenalan:

Lafaz ‘thoharah’ asalnya berkenaan ‘penyucian jiwa’. Iaitu penyucian dari syirik dan dari benci membenci sesama umat Islam. Kerana tidak akan berguna thaharah dari segi fizikal kalau tidak disertakan dengan thaharah hati dan akidah. Rosak akidah adalah sejenis dari kekotoran seperti yang Allah telah firman dalam Taubah:28.

ا أَيُّهَا الَّذينَ آمَنوا إِنَّمَا المُشرِكونَ نَجَسٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya (kepercayaan) orang-orang kafir musyrik itu najis,

Dalam ayat ini, yang dimaksudkan dengan najis itu adalah ‘najis akidah’. Bukanlah kalau kita bersalam dengan mereka, kena basuh tangan pula selepas itu. Ataupun selepas bersalam dengan mereka, batal wuduk kita dan sebagainya.

Lagi satu dalil, Nabi ada bersabda yang orang beriman tidak najis walaupun dalam hadas. Ini kita tahu dari kisah Abu Hurairah bersama Nabi Muhammad:

274 – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا حُمَيْدٌ قَالَ حَدَّثَنَا بَكْرٌ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَقِيَهُ فِي بَعْضِ طَرِيقِ الْمَدِينَةِ وَهُوَ جُنُبٌ فَانْخَنَسْتُ مِنْهُ فَذَهَبَ فَاغْتَسَلَ ثُمَّ جَاءَ فَقَالَ أَيْنَ كُنْتَ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ كُنْتُ جُنُبًا فَكَرِهْتُ أَنْ أُجَالِسَكَ وَأَنَا عَلَى غَيْرِ طَهَارَةٍ فَقَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ إِنَّ الْمُسْلِمَ لَا يَنْجُسُ

274. Telah menceritakan kepada kami ‘Ali bin ‘Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Humaid berkata, telah menceritakan kepada kami Bakar dari Abu Rafi’ dari Abu Hurairah, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah berjumpa dengannya di salah satu jalan di Madinah, sementara ia dalam keadaan junub.” Abu Hurairah berkata, ‘Aku pun menyelinap keluar dan pergi mandi’. Setelah itu datang lagi, baginda lalu bertanya: “Kemana saja kamu tadi wahai Abu Hurairah?” Abu Hurairah menjawab: “Aku tadi dalam keadaan berjunub. Dan aku tidak suka di dalam majlismu sedang aku dalam keadaan tidak suci.” Mendengar jawapan Abu Hurairah itu, Beliau pun bersabda: “Subhaanallah!Sesungguhnya orang Muslim itu tidak itu najis.”

Boleh baca syarah hadis ini di sini.
Islam amat mementingkan kebersihan, sebab itulah ada Bab Thoharah dalam kitab-kitab Feqah kita. Beza orang kafir dan muslim adalah, orang kafir ramai yang mementingkan kebersihan luaran (malah lebih baik lagi dari muslim) tapi mereka tidak bersih dari segi akidah. Orang Islam pun yang tidak mementingkan kebersihan adalah kerana tidak faham agama.

Untuk ibadat jadi sah, kena ‘angkat’ hadas. Apakah hadas itu? Ianya adalah satu sifat dalam bentuk hukum. Kalau dalam hadas, ibadat tidak sah. Ini adalah satu perkara yang amat penting, kerana itulah Bab Thoharah sentiasa ada di awal-awal kitab. Sebagai contoh, Thoharah adalah kunci kepada solat. Dan itulah sebabnya kita akan belajar bagaimana wuduk dan mandi junub. Dan solat pula adalah ibadat yang paling penting.

Dan untuk suci, air adalah bahan terpenting untuk mengangkat hadas itu. Oleh itu, bab thoharah akan dimulai dengan belajar tentang air. Air dibahagikan kepada tiga jenis:

1. Suci lagi menyucikan. Ini dinamakan ‘Air Mutlaq’. Ianya adalah air yang kekal pada bentuk asalnya. Masih lagi dipanggil ‘air’. Kita tidak panggil dia ‘kopi’, teh atau sebagainya. Kalau ada campur benda lain pun, kita kata: air tu air campur gula….

Air yang menyucikan itu termasuk air yang bercampur najis tapi tidak mengubah bau, rasa dan warna. Ini adalah tiga perkara yang perlu dilihat. Kalau tidak berubah tiga perkara itu, air itu masih suci lagi. Kalau kita nak minum air itu pun boleh (cuma sanggup atau tidak sahaja).

Air mutlaq termasuk air yang dinamakan ‘musyammas’ – air yang terjemur dalam panas matahari. Memang ada hadis yang mengatakan kalau pakai air sebegitu, akan menyebabkan penyakit, tapi hadis itu tidak sahih.

Air yang boleh digunakan untuk mengangkat hadas, termasuk juga air yang dinamakan ‘ air mustaqmal’. Masyarakat kita yang berpegang dengan mazhab Syafie memang ada masalah dengan hal ini. Sampaikan susah hidup mereka untuk mandi junub dan angkat wudhuk. Tapi kalau dilihat daripada dalil yang ada, air mustaqmal ini boleh dipakai untuk wuduk dan mandi junub.

2. Suci, tapi tidak menyucikan. Ianya adalah air suci yang bercampur dengan bahan yang suci juga. Boleh pakai tapi tidak digunakan sebagai mengangkat hadas. Sebagai contoh, air kopi. Kita tidak kata ianya ‘air’ sahaja, tapi kita akan kata: ‘air kopi’, bukan?

3. Najis 

 

Sambung ke perbincangan yang seterusnya

Advertisements
 

Sunan Abu Dawud: Kitab Zakat: Bab tentang menganggar buah anggur; yang tidak harus dikeluarkan zakat September 28, 2015

Filed under: Abu Dawud - Zakat — visitor74 @ 11:21 pm

Bab tentang menganggar buah anggur yang akan keluar dari pokok anggur

Ini adalah tentang menganggar berapa banyak boleh dapat hasil dari pokok. Tukang anggar akan datang kepada setiap pokok. Ketika di atas pokok, buah itu mungkin besar tapi bila dah kering akan jadi kecut. Maka kena pandai agak. Kena jaga kepentingan penerima zakat. Kena anggar semasa atas pokok lagi. Oleh itu, hanya orang yang pandai sahaja yang boleh membuat anggaran.

14 – باب فى خرص العنب

رقم الحديث: 1605

حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ السَّرِيِّ النَّاقِطُ، حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ مَنْصُورٍ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ إِسْحَاقَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيَّبِ، عَنْ عَتَّابِ بْنِ أَسِيدٍ، قَالَ أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ يُخْرَصَ الْعِنَبُ كَمَا يُخْرَصُ النَّخْلُ وَتُؤْخَذُ زَكَاتُهُ زَبِيبًا كَمَا تُؤْخَذُ زَكَاةُ النَّخْلِ تَمْرًا ‏.‏

Telah menceritakan kepada Kami [Abdul Aziz bin As Sari An Naqith], telah menceritakan kepada Kami [Bisyr bin Manshur] dari [Abdurrahman bin Ishaq] dari [Az Zuhri] dari [Sa’id bin Al Musayyab] dari [‘Attab bin Usaid], ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan untuk dianggarkan buah anggur sebagaimana dianggarkan buah kurma dan diambil zakatnya dalam bentuk buah zabib sebagaimana pohon kurma diambil zakatnya dalam bentuk tamar.

Syarah:
Zakat itu bukan diambil dalam bentuk buah anggur yang biasa tapi yang dah kering. Jadi kena tunggu apabila sudah kering.

Perawi yang bernama Attab adalah sahabat yang dijadikan wakil Nabi di Mekah. Dia terus berada di Mekah dan Abu Bakr tetap teruskan status beliau sebagai gabenor di Mekah. Beliau mati pada hari sama dengan Abu Bakr mati. Beliau adalah seorang yang baik.

رقم الحديث: 1606

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ الْمُسَيَّبِيُّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نَافِعٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ صَالِحٍ التَّمَّارِ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، بِإِسْنَادِهِ وَمَعْنَاهُ ‏.‏ قَالَ أَبُو دَاوُدَ وَسَعِيدٌ لَمْ يَسْمَعْ مِنْ عَتَّابٍ شَيْئًا ‏.‏

Telah menceritakan kepada Kami [Muhammad bin Ishak Al Musayyabi], telah menceritakan kepada Kami [Abdullah bin Nafi’] dari [Muhammad bin Sholih At Tammar] dari [Ibnu Syihab] dengan sanad dan maknanya. Abu daud berkata Sa’id tidak mendengar dari ‘Atab sedikit pun.

Oleh kerana ada masalah dengan hadis inilah yang mengenakan ada ulama yang tidak menerima amaran dilakukan pada buah anggur. Yang menolak iri adalah Daud Zahiri. Dia hanya menerima anggaran dilakukan kepada buat tamat sahaja.


Bab menganggar buah di pokok

15 – باب فى الخرص

Tentang anggaran secara umum. Sebelum ini, tentang menganggar buah anggur sahaja.

رقم الحديث: 1607

حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ خُبَيْبِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ مَسْعُودٍ، قَالَ جَاءَ سَهْلُ بْنُ أَبِي حَثْمَةَ إِلَى مَجْلِسِنَا قَالَ أَمَرَنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ إِذَا خَرَصْتُمْ فَخُذُوا وَدَعُوا الثُّلُثَ فَإِنْ لَمْ تَدَعُوا أَوْ تَجِدُوا الثُّلُثَ فَدَعُوا الرُّبُعَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو دَاوُدَ الْخَارِصُ يَدَعُ الثُّلُثَ لِلْحِرْفَةِ ‏.‏

Telah menceritakan kepada Kami [Hafsh bin Umar], telah menceritakan kepada Kami [Syu’bah] dari [Khubaib bin Abdurrahman] dari [Abdurrahman bin Mas’ud], ia berkata; [Sahl bin Abu Hatsmah] telah datang ke majlis kami, ia berkata; Rasulullah shallAllahu wa’alaihi wa sallam telah memerintahkan kami, beliau bersabda: “Apabila kalian telah menganggarkan buah yang ada di pohon maka potonglah dan biarkan sepertiganya, jika kalian tidak membiarkan atau tidak memotong sepertiga maka tinggalkan seperempat.” Abu Daud berkata; orang yang memperkirakan meninggalkan sepertiga untuk pekerjaan.

Perawi bernama Abdurrahman bin Mas’ud itu tidak dikenali keadaannya. Majhul fi hal. Maka hadis ini lemah. Hanya tahu nama sahaja.

Bukanlah tukang anggar yang kena potong, tapi tuan buah itu – pemberi zakat.

Biarkan 1/3 untuk tujuan kebun. Supaya dia boleh guna sendiri. Samada dia nak makan atau apa dia nak buat.
Atau 1:4 dalam riwayat yang lain.

Ahlul hadis memang pegang adanya anggaran.
Ahlul ray tak pakai sebab boleh membawa kepada riba. Mereka kata hadis-hadis yang menyebut tentang anggaran itu semuanya sebelum turun ayat pengharaman tiba. Oleh itu ada khilaf dalam perkara ini.

Mula Imam syafie kata boleh ada anggaran kecuali 1/3 sahaja yang boleh disimpan sendiri, tapi lepas itu beliau telah tukar kepada pendapat yang lain. Qaul Jadid beliau kata kena bagi semua sebagai zakat. Cuma 1/3 itu bagi sendiri kepada sesiapa yang dia hendak beri.


16 – باب متى يخرص التمر

Bab bila dianggarkan buah kurma

رقم الحديث: 1608

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مَعِينٍ، حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ، عَنِ ابْنِ جُرَيْجٍ، قَالَ أُخْبِرْتُ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، – رضى الله عنها – أَنَّهَا قَالَتْ وَهِيَ تَذْكُرُ شَأْنَ خَيْبَرَ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَبْعَثُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ رَوَاحَةَ إِلَى يَهُودِ خَيْبَرَ فَيَخْرِصُ النَّخْلَ حِينَ يَطِيبُ قَبْلَ أَنْ يُؤْكَلَ مِنْهُ ‏.‏

Telah menceritakan kepada Kami [Yahya bin Ma’in] telah menceritakan kepada Kami [Hajjaj] dari [Ibnu Juraij], ia berkata; aku diberi kabar dari [Ibnu Syihab] dari [‘Urwah] dari [Aisyah] radliallahu ‘anha bahwa ketika ia menyebutkan perkara Khaibar dan berkata; Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus Abdullah bin Rawahah kepada orang-orang Yahudi, dan ia menganggarkan kurma yang ada dipohon, ketika telah matang sebelum dimakan sebagian darinya.

Hadis ini lemah sebab ada lafaz أُخْبِرْتُ yang tak tak tahu siapa beritahu. Sebab itulah ada ulama yang menolak amalan anggaran ini.

Kepada yang mengatakan boleh menganggar buah di pokok, anggaran itu dibuat setelah buah masak dan sebelum dimakan. Apabila lihat ianya telah elok.

Oleh itu, dari apa yang kita belajar ini, terdapat khilaf ulama samada boleh dibuat anggaran tanaman pada pokok. Imam Syafie kata harus anggar untuk tamar dan anggur. Daud Zahri pula kata hanya untuk tamar sahaja.

Bolehkah untuk tanaman yang lain selain dari tamar dan anggur? Ini pun terdapat khilaf juga. Imam Bukhari kata semua tanaman boleh.

Boleh seorang sahaja yang anggar. Tak perlu ramai-ramai pergi tengok.

Kalau tak puas hati boleh bawa ke mahkamah. Katakanlah tuan punya tanaman itu rasa yang anggaran yang dilakukan itu tidak tepat atau tidak adil, dia boleh membawa halnya itu ke qadhi.

Yang terima kata ada anggaran itu mengatakan tsabit Nabi ada buat.

Ada yang kata ianya telah mansukh.

Ada kata untuk Yahudi sahaja kerana takut mereka khianat. Mereka tidak amanah dan takut mereka kalau dah tuai, mereka akan menipu dengan tidak memberi seperti yang sepatutnya.

Hadis yang mengatakan tentang anggaran ini juga dipertikaikan. Jadi banyak perkara nak kena tengok.


 

Bab yang tidak harus dikeluarkan zakat

17 – باب ما لا يجوز من الثمرة فى الصدقة

رقم الحديث: 1609

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ فَارِسٍ، حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ سُلَيْمَانَ، حَدَّثَنَا عَبَّادٌ، عَنْ سُفْيَانَ بْنِ حُسَيْنٍ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنِ الْجُعْرُورِ وَلَوْنِ الْحُبَيْقِ أَنْ يُؤْخَذَا فِي الصَّدَقَةِ ‏.‏ قَالَ الزُّهْرِيُّ لَوْنَيْنِ مِنْ تَمْرِ الْمَدِينَةِ ‏.‏ قَالَ أَبُو دَاوُدَ وَأَسْنَدَهُ أَيْضًا أَبُو الْوَلِيدِ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ كَثِيرٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ ‏.‏

Telah menceritakan kepada Kami [Muhammad bin Yahya bin Faris], telah menceritakan kepada Kami [Sa’id? bin Sulaiman], telah menceritakan kepada Kami [‘Abbad] dari [Sufyan bin Husain] dari [Az Zuhri] dari [Abu Umamah bin Sahl] dari [ayahnya], ia berkata; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melarang untuk mengambil Ju’rur dan Launu Al Hubaiki (keduanya adalah jenis kurma yang jelek) untuk zakat. Az Zuhri berkata: itu adalah dua jenis kurma di Madinah. Abu Daud berkata: [Abu Al Walid] juga menyebutkan sanad hadits tersebut dari [Sulaiman bin Katsir] dari [Az Zuhri].

Kalau beri zakat, kena beri sederhana – jangan buruk dan jangan yang paling baik. Berilah yang sederhana. Ini adalah urusan ibadat dan berkaitan dengan agama kita. Jadi, kenalah beri yang molek. Kalau beri tak molek, akan dapat tidak molek di akhirat kelak. Dalam Quran pun telah disebut jangan diberi benda yang kita sendiri tak suka dengan benda itu.

رقم الحديث: 1610

حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَاصِمٍ الأَنْطَاكِيُّ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، – يَعْنِي الْقَطَّانَ – عَنْ عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ جَعْفَرٍ، حَدَّثَنِي صَالِحُ بْنُ أَبِي عَرِيبٍ، عَنْ كَثِيرِ بْنِ مُرَّةَ، عَنْ عَوْفِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ دَخَلَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم الْمَسْجِدَ وَبِيَدِهِ عَصًا وَقَدْ عَلَّقَ رَجُلٌ مِنَّا قِنًا حَشَفًا فَطَعَنَ بِالْعَصَا فِي ذَلِكَ الْقِنْوِ وَقَالَ ‏”‏ لَوْ شَاءَ رَبُّ هَذِهِ الصَّدَقَةِ تَصَدَّقَ بِأَطْيَبَ مِنْهَا ‏”‏ ‏.‏ وَقَالَ ‏”‏ إِنَّ رَبَّ هَذِهِ الصَّدَقَةِ يَأْكُلُ الْحَشَفَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ‏”‏ ‏.‏

Telah menceritakan kepada Kami [Nashr bin ‘Ashim Al Anthaki], telah menceritakan kepada Kami [Yahya yaitu Al Qaththan] dari [Abdul Hamid bin Ja’far], telah menceritakan kepadaku [Shalih bin Abu ‘Arib] dari [Katsir bin Murrah] dari [‘Aur bin Malik], ia berkata; pernah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menemui kami di masjid dengan membawa tongkat ditangannya, ketika itu seseorang telah menggantungkan kurma basah yang rosak, kemudian baginda menusuk tandan tersebut dengan tongkat dan berkata: “Kalau pemilik sedekah ini hendak bersedekah maka ia boleh bersedekah dengan kurma yang lebih baik darinya.” Dan baginda bersabda: “Sesungguhnya pemilik sedekah ini akan makan kurma basah dan rosak di Hari Kiamat.”

Selalu kalau perkara tidak molek, tidak disebutkan nama orang yang buat salah. Ini termasuk dalam adab. Mungkin orang itu sudah bertaubat dan tidak elok kalau namanya terus tersebut sebagai seorang yang tidak baik.

Kurma itu selalunya diletakkan di masjid untuk makanan ahli Suffah. Di masjid, boleh letak makanan.

Hadis ini memberitahu yang pemberian kita akan dibalas mengikut apa yang kita berikan.

Allahu a’lam.

 

 

Fiqh Praktis: Sujud Tilawah, Sujud Syukur dan Sujud Sahwi September 26, 2015

Filed under: Fiqh — visitor74 @ 10:11 am

   

    
    
    
    
    
    
   

Berkenaan Sujud

1. Sujud Tilawah atau disebut juga dengan Sujud Sajdah. Iaitu apabila kita sujud semasa membaca Quran dan sampai ke ayat-ayat Sajdah.

Dari riwayat pernah Saidina Umar membaca ayat Quran di mimbar dan apabila tiba pada ayat Sajdah, beliau telah turun dari mimbar dan sujud. Dan pernah juga baginda baca ayat sajdah dan tidak turun. Perbuatan Umar itu tidak disanggah oleh para sahabat yang lain. Ini menunjukkan persetujuan para sahabat – ini dinamakan Ijmak sukooti.

Ada 14 tempat sahaja dalam Quran.

Adakah kena ikut syarat-syarat solat dalam sujud Tilawah? Seperti menutup aurat, tidak berhadas, mengadap kiblat dan sebagainya? Tidak perlu. Kerana ada riwayat ibn Umar sujud Tilawah tanpa wuduk.

Sujud Tilawah ini boleh dilakukan pada semua waktu, tidak tertakluk dengan waktu makruh. Ibn Hazm berhujah, kerana sujud Tilawah bukannya solat. Begitu pun, lebih afdhal kalau memenuhi nya.

Sujud Tilawah juga boleh dilakukan semasa dalam solat? Kalau seseorang itu menjadi imam, perlukah ada takbir sebelum melakukan sujud itu? Hadis Nabi bertakbir untuk sujud Tilawah adalah tidak sahih. Cuma kalau jadi imam, mungkin untuk maslahat makmum, dibacakan takbir dahulu kerana ditakuti makmum akan kehairanan.

Ada doa yang tsabit dari Nabi. Ini boleh dibaca. Kalau tidak ingat, boleh dibacakan tasbih yang umum sahaja.

Makruh untuk sujud Tilawah waktu solat sirriyyah (Solat tidak dibaca kuat – Zuhur dan Asar). Sebab makmum tak tahu apa ayat kita baca. Takut kecoh pula nanti.

Kalau orang lain baca? Nabi pernah baca ayat Sajdah dan sujud dan sahabat yang bersama baginda pun sujud juga.

2. Sujud Syukur

Jika Nabi dapat sesuatu yang gembira, baginda akan sujud.

Tidak ada syarat macam sujud Tilawah juga. Boleh dilakukan di mana-mana, tanpa wuduk, tanpa mengadap kiblat.

Tiada riwayat bacaan tertentu. Baca sendiri apa kita nak baca.

3. Sujud Sahwi

Sujud jikalau terlupa dalam solat.

Ianya wajib dilakukan apabila terlupa atau ada keraguan dalam solat.

Salah satu rahmat Allah, Nabi pun pernah terlupa dalam solat, maka dapatlah kita tahu apa yang perlu kita lakukan.

Sujud sahwi ini dilakukan sebanyak dua kali samada sebelum ATAU selepas salam. Memang ada perbincangan ulama tentang sebelum atau selepas salam ini:

1. Ada yang kata dilakukan sebelum salam
2. Ada yang kata selepas salam
3. Ada yang kata, kalau melibatkan kekurangan, dilakukan sebelum salam dan kalau ianya melibatkan terlebih perbuatan, dilakukan selepas salam.

Syarat-syarat itu tidak ada nas yang sahih. Nabi pernah buat sujud sahwi sebelum salam dan pernah Nabi melakukannya selepas salam.

Hadits Abu Sa’id Al Khudri, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِذَا شَكَّ أَحَدُكُمْ فِى صَلاَتِهِ فَلَمْ يَدْرِ كَمْ صَلَّى ثَلاَثًا أَمْ أَرْبَعًا فَلْيَطْرَحِ الشَّكَّ وَلْيَبْنِ عَلَى مَا اسْتَيْقَنَ ثُمَّ يَسْجُدُ سَجْدَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يُسَلِّمَ فَإِنْ كَانَ صَلَّى خَمْسًا شَفَعْنَ لَهُ صَلاَتَهُ وَإِنْ كَانَ صَلَّى إِتْمَامًا لأَرْبَعٍ كَانَتَا تَرْغِيمًا لِلشَّيْطَانِ
“Apabila salah seorang dari kalian ragu dalam shalatnya, dan tidak mengetahui berapa rakaat dia shalat, tiga ataukah empat rakaat maka buanglah keraguan, dan ambilah yang yakin. Kemudian sujudlah dua kali sebelum salam. Jika ternyata dia shalat lima rakaat, maka sujudnya telah menggenapkan shalatnya. Lalu jika ternyata shalatnya memang empat rakaat, maka sujudnya itu adalah sebagai penghinaan bagi setan.” (HR. Muslim no. 571)

Maksudnya kalau keraguan, ambil yang mana kita yakin. Kalau dua atau tiga, ambil mana yang lebih yakin. Nabi kata ‘tinggalkan keraguan’, maka ambil yang kita paling kuat. Selaku orang kata, kalau dua dan tiga, ambil dua sahaja. Tapi tidak semestinya. Ada orang yang lebih yakin dia dah buat tiga tapi dia sangsi samada dia hanya buat dua rakaat sahaja. Kalau dua-dua sama samar sahaja, maka ambillah yang sedikit.

Kalau sudah salam, baru teringat yang dia ada tertinggal satu rukun, maka dia kena ulang satu rakaat.

Kalau dah lama selesai solat, baru teringat, maka kena solat semula. Tidak ada masa yang ditetapkan, ikut kebiasaan kita. Kita sendiri tahu sudah lama atau tidak.

Tidak ada bacaan semasa sujud sahwi yang sahih. Boleh baca macam dalam sujud yang biasa dalam solat.

Kalau terlupa duduk tashahud awal, boleh sujud sahwi. Kalau dah bangun berdiri, baru teringat yang tak buat tashahud awal, teruskan dengan rakaat ketiga. Kalau belum sempurna berdiri untuk rakaat ketiga, boleh lagi nak duduk semula dan buat tashahud awal.

 

Fiqh Praktis Kuliah 1 September 25, 2015

Filed under: Fiqh — visitor74 @ 3:30 am

Persoalan yang timbul dewasa ini, adakah nak ikut Mazhab, ulama atau sunnah?

Untuk menjawap persoalan ini, kita kena lihat sejarah feqah. Terdapat beberapa peringkat yang telah dilalui: 

– Zaman Nabi. Waktu itu sahabat boleh terus dapat keputusan dari Nabi. Tidak ada masalah di sini.  

– Selepas Nabi wafat, timbul ulama dari kalangan sahabat – yang digelar fuqaha-us sahabah. Ulama feqah. Sebab tidak sama semuanya. Ada yang lebih pandai dan lebih banyak mengambil hadis dari Nabi. Kemudian ramai sahabat yang berhijrah ke tempat lain untuk menyebarkan islam. Agama Islam telah tersebar ke merata dunia. 

– Zaman Tabein – mereka telah belajar dari para sahabat. 

– Zaman Tabi’ tabein. Sudah ada sedikit perubahan dari generasi yang awal. Ini adalah sekitar 100-200 selepas Hijrah. Sudah mula timbul masalah periwatan hadis. Waktu inilah timbulnya hadis yang dhaif dan palsu. Maka timbullah ulama mazhab. 

Paling awal adalah Imam Abu Hanifah (wafat 150 H). Dikatakan yang beliau adalah pengasas mazhab Hanafi. Tapi sebenarnya tidak ada istilah mereka ‘mengasaskan’ mazhab. Cuma selepas itu, ajaran feqah mereka disandarkan kepada mereka. Imam-imam mazhab ini pun tidaklah suruh ikut mereka sahaja.

Kemudian, Malik bin Anas wafat 179 H

Kemudian, Muhammad bin Idris 204 H – Imam Syafie

Kemudian, Ahmad Hanbal 241 H
Sebenarnya, bukan mereka sahaja, tapi ada banyak lagi ulama Islam yang lain. Puluhan atau ratusan. Antaranya mazhab Zahiri – Daud az – Zahiri. Tapi, mazhab yang lain tidak terkenal, itu sahaja. 
Waktu itu, masyarakat sudah mula cenderung mengambil ilmu dari tokoh-tokoh itu. Kerana mereka itu ada anak murid dan pendapat mereka telah berkembang. Bukan itu sahaja, zaman itu umat sudah mula jahil kerana jauh dari Quran dan sunnah. Dan kerana itu sudah ada sifat cenderung kepada tokoh pegangan mereka. Memang kita elok ikut ulama tapi ianya tidak elok apabila taksub kepada tokoh tertentu dan menolak tokoh yang lain. Mereka jadi jumud – hanya pakai pendapat mazhab sahaja. Pendapat mazhab menjadi sumber utama dan Qur’an sunnah menjadi sumber sekunder pula. 
Bukan sahaja ada yang jumud dengan mazhab mereka tetapi ada yang sampai menyerang mazhab lain. Mereka ada yang reka hadis untuk menguatkan mazhab mereka. Sampai reka hadis untuk mengutuk imam mazhab yang lain pun ada. 
Sampaikan ada diwujudkan kaedah dalam mazhab untuk menguatkan mazhab mereka. Contoh, ada kaedah yang kata: “setiap ayat yang menyelisihi kata-kata ulama kita maka ia hendaklah ditawkil atau dianggap mansukh”. Begitu juga dengan hadis Nabi. Mereka sampai seleweng nas supaya sama dengan ulama mereka. Ini adalah kerana mereka memenangkan mazhab mereka. 
Penyakit ini terjadi kepada semua mazhab, jangan kata satu-satu mazhab sahaja. Sampaikan keluar hukum tak boleh solat belakang imam mazhab yang lain. Ini semua terjadi kerana kejahilan kepada Sunnah. Sampai pernah ada masjid buat solat dua kali dengan Imam mazhab yang berlainan. Pernah juga di Mekah ada empat mimbar untuk setiap mazhab yang empat. Ini adalah satu zaman yang buruk dalam Islam. 
Bukan itu sahaja, perkara ini termasuk dalam semua urusan kehidupan sampaikan dalam urusan perkahwinan pun nak kena kahwin dengan orang yang mazhab yang sama. Ini semua ditulis dalam kitab Feqah. Tapi sekarang kenapa tidak timbul? Adakah kerana masyarakat sudah mula faham sunnah? Tidak. Sekarang tidak terjadi lagi kerana masyarakat sudah tidak kisah dengan mazhab mereka. Dengan sunnah pun tak kisah, dengan mazhab pun sudah tidak kisah. 
Ini adalah satu perkara yang menyedihkan. Sedangkan dalam Quran Allah suruh rujuk Quran dan sunnah. Seperti Allah berfirman dalam Quran:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ أمَنُوا أَطِيعُوا اللهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُوْلِى اْلأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَىْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ اْلأَخِرِ ذَلِكَ خَيْرُُ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً
Hai orang-orang yang beriman, ta’atilah Allah dan ta’atilah Rasul(Nya), dan ulil amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (QS An Nisa’:59).

Allah suruh jangan berpecah seperti yang terjadi kepada ahli kitab.

 

وَاعْتَصِمُوْا بِحَبْلِ اللهِ جَمِيْعًا وَلاَ تَتَفَرَّقُوْا [ آل عمران : 103 ]

“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai:, (QS. Al Imran: 103)

Allah suruh kita ambil agama dari Nabi. Iaitu Quran dan sunnah. Allah tak suruh kita ikut mazhab. 
Nabi juga kata, semua umatnya akan masuk syurga kecuali yang tidak mahu. Seperti sabda baginda: 
كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَمَنْ يَأْبَى؟ قَالَ: مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى
“Seluruh umatku akan masuk jannah, kecuali yang enggan.” Maka dikatakan: “Wahai Rasulullah, siapa yang enggan?” Beliau menjawab: “Barangsiapa yang mentaatiku maka dia pasti masuk jannah, sedangkan barangsiapa yang mendurhakaiku maka sungguh dia telah enggan (masuk jannah).” (Hadits Riwayat Al-Bukhari)
Jadi, kita kena muhasabah, sejauh mana kita taat kepada Nabi, sejauh mana kita berpegang dengan sunnah Nabi. Adakah kita hanya dakwa sahaja, tapi tidak mempraktikkan dalam urusan ibadah kita? Atau kita ikut yang lain dari sunnah Nabi? 
Jadi, apakah kaitan antara ulama, mazhab dan sunnah? Mana yang perlu didahulukan? Tentulah Sunnah! Kalau mazhab dan ulama, bergantung. Kalau apa yang disampaikan oleh ulama dan mazhab itu sesuai dan ikut sunnah, maka boleh ikut. Janganlah asyik sebut: “takkan ulama itu salah?”. Kita pun tidak mencaci mana-mana ulama dan pendapat mazhab, tapi kita tolak dengan baik pendapat mazhab dan pendapat ulama itu. Mereka itu ilmuwan dalam agama, dan kita iktiraf mana yang benar. Walaupun begitu, kita kena sedar, kadang-kadang ada yang dipanggil ulama, tapi tidak ulama pun. Jadi, kena tengok juga. Begitu pun mereka berilmu, tapi mereka tidak maksum. Hanya Nabi sahaja yang maksum. 
Kuliah ini diambil dari buku seorang anak murid Syaikh Albani. Beliau sendiri adalah anak seorang yang bermazhab Hanafi dan apabila beliau tidak taksub kepada mazhabnya, ayahnya telah menghalaunya dari rumah. Dan masyarakatnya mahu menghukumnya dengan pukulan kerana itulah hukuman kalau tinggalkan mazhab waktu itu. 

 

Sunan Abu Dawud: Kitab Zakat: Bab Zakat Hamba; Tanaman; Madu September 14, 2015

Filed under: Abu Dawud - Zakat — visitor74 @ 6:37 pm

Zakat Hamba

11 – باب صدقة الرقيق

Kalau digunakan perkataan صدقة, ia boleh membawa maksud ‘zakat’ juga. Jangan kita sangka yang ianya hanya sedekah yang sunat itu sahaja. Kerana dalam Quran pun ada digunakan perkakaan صدقة untuk maksud ‘zakat’.

Persoalan yang hendak dibincangkan di sini, adakah dikenakan zakat juga kepada tuan punya hamba? Sekarang memang tidak ada hamba tapi ianya banyak pada zaman dahulu termasuk selepas zaman Nabi pun. Dan bukan hanya di Tanah Arab sahaja tapi di mana-mana sahaja.

Imam Abu Dawud membawakan dalil yang dipilihnya yang dia rasa benar dan kuat. Kalau orang lain, mungkin ada dalil lain. Tapi dia nak bawa apakah pegangannya. Tidak sama dengan Imam Tirmidzi. Imam Tirmidzi bawakan dalil bagi semua pihak. Tapi Imam Abu Dawud, dia telah buat pilihannya.
رقم الحديث: 1596

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى، وَمُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ فَيَّاضٍ، قَالاَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ، عَنْ رَجُلٍ، عَنْ مَكْحُولٍ، عَنْ عِرَاكِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ لَيْسَ فِي الْخَيْلِ وَالرَّقِيقِ زَكَاةٌ إِلاَّ زَكَاةُ الْفِطْرِ فِي الرَّقِيقِ ‏”‏ ‏.‏
Telah menceritakan kepada Kami [Muhammad bin Al Mutsanna] dan [Muhammad bin Yahya bin Fayyadh], mereka berkata; telah menceritakan kepada Kami [Abdul Wahhab], telah menceritakan kepada Kami [‘Ubaidullah] dari [seorang laki-laki] dari [Makhul] dari [‘Irak bin Malik] dari [Abu Hurairah] dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Tidak ada zakat pada kuda, dan hamba, kecuali zakat fitrah pada hamba.”

Salah seorang perawi dalam sanad hadis ini adalah عَنْ رَجُلٍ ‘seorang lelaki’. Lelaki itu tidak dikenali dan dalam ilmu hadis, ini dikenali sebagai Majhul. Jadi hadis ini adalah hadis yang dhaif.

Ditambah pula, perawi yang bernama Makhul adalah seorang perawi yang dikenali sebagai mudallis.

Jadi, Imam Abu Dawud nak beritahu yang hadis ini dhaif. Boleh dijadikan sebagai sokongan sahaja.

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ عِرَاكِ بْنِ مَالِكٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ لَيْسَ عَلَى الْمُسْلِمِ فِي عَبْدِهِ وَلاَ فِي فَرَسِهِ صَدَقَةٌ ‏”‏ ‏.‏
Telah menceritakan kepada Kami [Abdullah bin Maslamah], telah menceritakan kepada Kami [Malik] dari [Abdullah bin Dinar] dari [Sulaiman bin Yasar] dari [‘Irak bin Malik] dari [Abu Hurairah] bahwa Rasulullah shallAllahu wa’alaihi wa sallam bersabda: “seorang muslim tidak dikenakan zakat pada hamba dan kudanya.”

Dari hadis yang sebegini, Imam Daud Zahiri memegang pendapat yang tak dikenakan zakat untuk hamba dan kuda secara mutlak, maksudnya walau apa cara pun. Kerana dia pegang dengan zahir hadis ini.

Cuma Imam-imam lain seperti Imam Syafie, kata kena juga dikeluarkan zakat kalau dijadikan sebagai perniagaan. Kerana hamba-hamba juga ada diperniagakan. Kalau pakai sendiri tak kena.

Terdapat pendapat-pendapat yang berbeza dalam hal ini kerana hadis ini tidak jelas. Mereka kata hadis ini umum sahaja dan kena ada takhsis – ada pengecualian.


Zakat tanaman

12 – باب صدقة الزرع
رقم الحديث: 1598

حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ الْهَيْثَمِ الأَيْلِيُّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي يُونُسُ بْنُ يَزِيدَ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ‏”‏ فِيمَا سَقَتِ السَّمَاءُ وَالأَنْهَارُ وَالْعُيُونُ أَوْ كَانَ بَعْلاً الْعُشْرُ وَفِيمَا سُقِيَ بِالسَّوَانِي أَوِ النَّضْحِ نِصْفُ الْعُشْرِ ‏”‏ ‏.‏
Telah menceritakan kepada Kami [Harun bin Sa’id bin Al Haitsam Al Aili], telah menceritakan kepada Kami [Abdullah bin Wahb], telah mengabarkan kepadaku [Yunus bin Yazid] dari [Ibnu Syihab] dari [Salim bin Abdullah] dari [ayahnya – ibn Umar], ia berkata; Rasulullah shallla Allahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tanaman yang diairi hujan, sungai dan mata air atau dibiarkan begitu saja (tidak perlu disiram) maka zakatnya adalah sepersepuluh dari hasilnya, dan pertanian yang diairi dengan menggunakan menggunakan sesuatu untuk menyiramnya, maka zakatnya seperdua puluh.”

Ushuur – 1/10 bahagian.

Hadis ini dipegang oleh mazhab Hanafi. Imam Syafie dan ada yang lain, tak pakai. Mereka pakai hadis awal sebelum ini – kalau lebih dari 5 wasa’, baru dikira. Tapi bagi Imam Hanifah, tak kira berapa banyak, terus kena zakat. Dan tidak terhad kepada bijirin sahaja. Kalau benda lain seperti sayur pun kena juga.

Mazhab lain kata hadis ini telah dimansuhkan apabila ada hadis yang menyebut nisab zakat tanaman yang 5 wasa’. Tapi Imam Hanifah kata tidak ada dalil yang hadis ini telah dimansuhkan. Jadi, ada khilaf dalam hadis ini. Tapi hadis yang zakat dikenakan apabila lebih 5 wasa’ itu, Imam Hanifah pakai juga – tapi pada beliau, itu adalah zakat yang kena beri kepada pemerintah. Kalau kurang darinya, penanam kena beri sendiri kepada mereka yang memerlukan.

Kedua, Imam Hanifah memegang hadis ini sebagai umum. Sebut hasil tanaman sahaja, tidak dikhususkan kepada bijirin sahaja. Semua hasil tanaman termasuk sayur, tebu, durian, pisang dan lain-lain lagi. Bukankah ramai ada ladang selain bijirin? Takkan mereka tidak kena zakat? Sedangkan orang yang susah memerlukan juga benda-benda macam itu. Itulah alasan yang diberikan Imam Hanifah.

Jadi, sesuai juga hadis ini kalau dipakai juga. Kuat juga hujah Imam Hanifah. Jadi itu sebab kita kena tengok juga apa alasan yang diberikan oleh Imam-imam. Imam Abu Hanifah juga menguatkan hujah dengan ayat Qur’an yang umum – Baqarah:267

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنفِقُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا كَسَبْتُمْ وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الْأَرْضِ وَلَا تَيَمَّمُوا الْخَبِيثَ مِنْهُ تُنفِقُونَ وَلَسْتُم بِآخِذِيهِ إِلَّا أَن تُغْمِضُوا فِيهِ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ حَمِيدٌ
Wahai orang-orang yang beriman! Belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu yang baik-baik, dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil yang buruk itu (kalau diberikan kepada kamu), kecuali dengan memejamkan mata padanya. Dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.

Katanya perkataan وَمِمَّا أَخْرَجْنَا لَكُم مِّنَ الْأَرْضِ bermaksud hasil tanaman dari tanah lah. Segala tanaman bukankah pakai tanah?

رقم الحديث: 1599

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي عَمْرٌو، عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ، عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ فِيمَا سَقَتِ الأَنْهَارُ وَالْعُيُونُ الْعُشْرُ وَمَا سُقِيَ بِالسَّوَانِي فَفِيهِ نِصْفُ الْعُشْرِ ‏”‏ ‏.‏
Telah menceritakan kepada Kami [Ahmad bin Shalih], telah menceritakan kepada Kami [Abdullah bin Wahb] telah mengabarkan kepadaku [‘Amr], dari [Abu Az Zubair] dari [Jabir bin Abdullah] bahawa Rasulullah shallAllahu wa’alaihi wa sallam bersabda: “Pertanian yang diairi sungai dan mata air, zakatnya adalah sepersepuluh, dan yang diairi menggunakan alat pengairan maka zakatnya adalah seperdua puluh.”

رقم الحديث: 1600

حَدَّثَنَا الْهَيْثَمُ بْنُ خَالِدٍ الْجُهَنِيُّ، وَحُسَيْنُ بْنُ الأَسْوَدِ الْعِجْلِيُّ، قَالاَ قَالَ وَكِيعٌ الْبَعْلُ الْكَبُوسُ الَّذِي يَنْبُتُ مِنْ مَاءِ السَّمَاءِ ‏.‏ قَالَ ابْنُ الأَسْوَدِ وَقَالَ يَحْيَى يَعْنِي ابْنَ آدَمَ سَأَلْتُ أَبَا إِيَاسٍ الأَسَدِيَّ عَنِ الْبَعْلِ فَقَالَ الَّذِي يُسْقَى بِمَاءِ السَّمَاءِ ‏.‏ وَقَالَ النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ الْبَعْلُ مَاءُ الْمَطَرِ ‏.‏
Telah menceritakan kepada Kami [Al Haitsam bin Khalid Al Juahani] serta [Husain bin Al Aswad Al ‘Ajali], ia berkata; [Waki’] berkata; Al Ba’lu dan Al Kabus adalah tanaman yang tumbuh dari air hujan. [Ibnu Al Aswad] berkata; dan [Yahya yaitu Ibnu Adam] berkata; aku bertanya kepada [Abu Iyaz Al Asadi] mengenai Al Ba’lu, kemudian ia berkata; yaitu tanaman yang disirami dengan air hujan. An Nadhr bin Syumail berkata; Al Ba’lu adalah air hujan.

رقم الحديث: 1601

حَدَّثَنَا الرَّبِيعُ بْنُ سُلَيْمَانَ، حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ، عَنْ سُلَيْمَانَ، – يَعْنِي ابْنَ بِلاَلٍ – عَنْ شَرِيكِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي نَمِرٍ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بَعَثَهُ إِلَى الْيَمَنِ فَقَالَ ‏”‏ خُذِ الْحَبَّ مِنَ الْحَبِّ وَالشَّاةَ مِنَ الْغَنَمِ وَالْبَعِيرَ مِنَ الإِبِلِ وَالْبَقَرَةَ مِنَ الْبَقَرِ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَبُو دَاوُدَ شَبَّرْتُ قِثَّاءَةً بِمِصْرَ ثَلاَثَةَ عَشَرَ شِبْرًا وَرَأَيْتُ أُتْرُجَّةً عَلَى بَعِيرٍ بِقِطْعَتَيْنِ قُطِعَتْ وَصُيِّرَتْ عَلَى مِثْلِ عِدْلَيْنِ ‏.‏
Telah menceritakan kepada Kami [Ar Rabi’ bin Sulaiman] telah menceritakan kepada Kami [Ibnu Wahb] dari [Sulaiman yaitu Ibnu Bilal] dari [Syarik bin Abdullah bin Abu Namir] dari [‘Atho` bin Yasar] dari [Muadz bin Jabal] bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutusnya ke Yaman dan bersabda: “Ambillah biji-bijian dari biji-bijian, kambing dari kambing, unta dari unta, dan lembu dari lembu.” Abu Daud berkata: aku pernah mengukur mentimun di Mesir yang mencapai tiga belas jengkal, dan aku pernah melihat sebiji buah limau yang telah dipotong dua dan diletak di atas dua unta.

Hadis ini memberitahu bahawa zakat itu diambil dari bahan yang sama. Kalau orang bertanam gandum, maka dikeluarkan zakat dengan gandum juga. Jangan zakat gandum tapi ambil kambing pula. Tapi Imam Hanifah membenarkan untuk diberi dengan nilai yang sama rata. Mungkin boleh bayar dengan wang. Itu lebih memudahkan untuk digunakan oleh yang diberi zakat.

Apakah maksud yang hendak disampaikan oleh Imam Abu Dawud tentang mentimun dan limau yang besar itu? Dia hendak isyarat kepada keberkatan hasil tanaman kepada mereka yang beri zakat dan sedekah. Allah boleh berkati dengan macam-macam cara. Dalam hal ini, tanaman itu diberikan besar molek. Boleh juga jadi dalam cara yang lain. Mungkin kehidupan orang itu dimudahkan dan sebagainya.

Dan maksud beliau dengan membawakan hadis ini, menandakan yang beliau berpendapat yang kena keluarkan zakat itu bukan sahaja bijirin sahaja tapi semua hasil tanaman.


Zakat Madu

13 – باب زكاة العسل

رقم الحديث: 1602

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ أَبِي شُعَيْبٍ الْحَرَّانِيُّ، حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ أَعْيَنَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ الْمِصْرِيِّ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، قَالَ جَاءَ هِلاَلٌ – أَحَدُ بَنِي مُتْعَانَ – إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم بِعُشُورِ نَحْلٍ لَهُ وَكَانَ سَأَلَهُ أَنْ يَحْمِيَ لَهُ وَادِيًا يُقَالُ لَهُ سَلَبَةُ فَحَمَى لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم ذَلِكَ الْوَادِي فَلَمَّا وُلِّيَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ – رضى الله عنه – كَتَبَ سُفْيَانُ بْنُ وَهْبٍ إِلَى عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ يَسْأَلُهُ عَنْ ذَلِكَ فَكَتَبَ عُمَرُ رضى الله عنه إِنْ أَدَّى إِلَيْكَ مَا كَانَ يُؤَدِّي إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم مِنْ عُشُورِ نَحْلِهِ لَهُ فَاحْمِ لَهُ سَلَبَةَ وَإِلاَّ فَإِنَّمَا هُوَ ذُبَابُ غَيْثٍ يَأْكُلُهُ مَنْ يَشَاءُ ‏.‏
Telah menceritakan kepada Kami [Ahmad bin Abu Syu’aib Al Harrani], telah menceritakan kepada Kami [Musa bin A’yan] dari [‘Amr bin Al Harits Al Mishri] dari [‘Amr bin Syu’aib] dari [ayahnya] dari [datuknya], ia berkata: Hilal iaitu salah seorang dari Bani Mut’an datang kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan membawa sepersepuluh dari hasil madunya, ia pernah meminta Rasulullah shallla Allahu ‘alaihi wa sallam agar memberinya satu lembah yang bernama Salabah, dan Rasulullah shallla Allahu ‘alaihi wa sallam pun memberikannya. Dan ketika Umar dilantik menjadi khalifah, Sufyan bin Wahb bertanya mengenai hal itu, kemudian Umar radliallahu ‘anhu menulis surat kepadanya; jika dia menunaikan zakatnya kepada kalian sebagaimana yang telah dia berikan kepada Rasulullah shallla Allahu ‘alaihi wa sallam (sepersepuluh dari madu lebahnya), maka teruskan bukit Salabah menjadi miliknya, jika tidak, maka sesungguhnya madu itu adalah terambil dari lebah hujan yang dapat dimakan oleh siapapun yang menghendakinya.

Hadis ini menjadi dalil kepada wujudnya Ushuur 1/10 pada madu. Imam Hanifah dan Ahmad memegang sebegini. Begitu juga dengan sebahagian besar ahli ilmu. Imam Syafie juga dalam qaul qadimnya berpendapat demikian. Ada juga hadis yang kata tidak wajib zakat pada madu. Maka ada khilaf tentang perkara ini. Apabila Imam Abu Dawud tak bawa hadis yang kata tak kena zakat, maknanya dia memegang pendapat yang kena beri zakat madu.

Kaedahnya sama – tuan punya beri sendiri. Bukan beri kepada kerajaan.

Hadis ini juga beri dalil yang kerajaan boleh beri tanah kepada rakyat untuk diusahakan. Kerajaan seeloknya berlaku adil dan pilihlah mana yang baik. Mana yang bermanfaat kepada orang ramai.
Zaman Umar, kalau tanah tidak diusahakan selama tiga tahun, dia akan rampas tanah itu.
Zaman Khalifah, tanah diberikan kepada rakyat supaya diperluaskan tanah yang diusahakan oleh rakyat. Tidaklah tertumpu kepada satu tempat sahaja. Apabila diberikan tanah kepada seseorang, tentulah dia akan mengusahakan tanah itu. Maka semakin makmur negara. Bukan sengaja beri kosong sahaja.

رقم الحديث: 1603

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدَةَ الضَّبِّيُّ، حَدَّثَنَا الْمُغِيرَةُ، – وَنَسَبَهُ إِلَى عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْحَارِثِ الْمَخْزُومِيِّ – قَالَ حَدَّثَنِي أَبِي، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، أَنَّ شَبَابَةَ، – بَطْنٌ مِنْ فَهْمٍ – فَذَكَرَ نَحْوَهُ قَالَ مِنْ كُلِّ عَشْرِ قِرَبٍ قِرْبَةٌ وَقَالَ سُفْيَانُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الثَّقَفِيُّ قَالَ وَكَانَ يُحَمِّي لَهُمْ وَادِيَيْنِ زَادَ فَأَدَّوْا إِلَيْهِ مَا كَانُوا يُؤَدُّونَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم وَحَمَّى لَهُمْ وَادِيَيْهِمْ ‏.‏
Telah menceritakan kepada Kami [Ahmad bin Abdah Adh Dhabbi], telah menceritakan kepada Kami [Al Mughirah] dan ia menisbatkannya kepada Abdurrahman bin Al Harits Al Makhzumi, ia berkata; telah menceritakan kepada Kami [ayahku] dari [‘Amr bin Syu’aib] dari [ayahnya] dari [datuknya] bahwa Syababah adalah suku kaum kaum dari Kabilah Fahm ….. kemudian ia menyebutkan seperti sebelumnya. Ia berkata; dari setiap sepuluh geriba madu terdapat zakat satu geriba. Sufyan bin Abdullah Ats Tsaqafi berkata; “Umar melindungi dua bukit mereka. Ia menambahkan; dan mereka memberikan kepadanya apa yang dahulu mereka berikan kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, dan ia terus melindungi dua bukit mereka sebagai kepunyaan mereka.

رقم الحديث: 1604

حَدَّثَنَا الرَّبِيعُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْمُؤَذِّنُ، حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي أُسَامَةُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، أَنَّ بَطْنًا، مِنْ فَهْمٍ بِمَعْنَى الْمُغِيرَةِ قَالَ مِنْ عَشْرِ قِرَبٍ قِرْبَةٌ ‏.‏ وَقَالَ وَادِيَيْنِ لَهُمْ ‏.‏
Telah menceritakan kepada Kami [Ar Rabi’ bin Sulaiman Al Muadzin], telah menceritakan kepada Kami [Ibnu Wahb], telah menceritakan kepada Kami [Usamah bin Zaid] dari [‘Amr bin Syu’aib] dari [ayahnya] dari [datuknya] bahawa ada satu kaum dari Fahm dengan makna yang dikatakan Mughirah yaitu “dari setiap sepuluh geriba madu terdapat zakat satu geriba. Dan ia berkata; mereka memiliki dua bukit.

Geriba adalah bekas dari kulit kambing.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

 

Sunan Abu Dawud: Kitab Zakat: Bab Tempat Bayar Zakat &  Bab Membeli Kembali Sedekah  September 4, 2015

Filed under: Abu Dawud - Zakat — visitor74 @ 8:43 pm

Bab di manakah dikeluarkan zakat?
9 – باب أين تصدق الأموال ؟

رقم الحديث: 1593

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ، عَنِ ابْنِ إِسْحَاقَ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ جَدِّهِ، عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏”‏ لاَ جَلَبَ وَلاَ جَنَبَ وَلاَ تُؤْخَذُ صَدَقَاتُهُمْ إِلاَّ فِي دُورِهِمْ ‏”‏ ‏.‏
Telah menceritakan kepada Kami [Qutaibah bin Sa’id], telah menceritakan kepada Kami [Ibnu Abu ‘Adi] dari [Ibnu Ishaq] dari [‘Amr bin Syu’aib] dari [ayahnya] dari [datuknya] dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda; “Tidak boleh melakukan ‘jalab’ dan tidak boleh melakukan ‘janab’ dan tidak boleh mengambil zakat mereka kecuali di rumah-rumah mereka.”
Jalab – kerahan untuk membawa unta ke sesuatu tempat. Ini arahan kepada pemungut zakat.

Jalab – membawa unta ke tempat yang jauh. Menyusahkan pemungut zakat untuk memungut zakat. Ini arahan kepada yang memberi zakat.
Tidak disusahkan membawa zakat. Tak perlu bawa sampai ke tempat pemungut zakat. Tidak ada bentuk kena bawa zakat itu ke mana-mana. Walaupun kalau dia datang ke kampung dan orang kena datang satu tempat. Tak boleh juga. Pemungut zakat yang kena pergi ke tempat pemberi zakat.

Janab – membawa unta ke tempat yang jauh. Jangan juga menyusahkan pemungut zakat sampai bawa ke tempat yang jauh. Biarkan di tempatnya. Ini adalah arahan kepada pemberi zakat pula.

رقم الحديث: 1594

حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ سَمِعْتُ أَبِي يَقُولُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ، فِي قَوْلِهِ ‏”‏ لاَ جَلَبَ وَلاَ جَنَبَ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ أَنْ تُصَدَّقَ الْمَاشِيَةُ فِي مَوَاضِعِهَا وَلاَ تُجْلَبُ إِلَى الْمُصَدِّقِ وَالْجَنَبُ عَنْ غَيْرِ هَذِهِ الْفَرِيضَةِ أَيْضًا لاَ يُجْنَبُ أَصْحَابُهَا يَقُولُ وَلاَ يَكُونُ الرَّجُلُ بِأَقْصَى مَوَاضِعِ أَصْحَابِ الصَّدَقَةِ فَتُجْنَبُ إِلَيْهِ وَلَكِنْ تُؤْخَذُ فِي مَوْضِعِهِ ‏.‏
Telah menceritakan kepada Kami Al Hasan bin Ali, telah menceritakan kepada Kami Ya’qub bin Ibrahim, ia berkata; saya mendengar ayahku berkata; dari Muhammad bin Ishaq mengenai sabda beliau: “Tidak ada jalab dan tidak ada janab, ” ia berkata; yaitu haiwan ternak zakat hendaklah diambil di tempat-tempatnya, dan tidak dibawa dari jauh kepada petugas zakat, dan janab juga begitu, para pemilik zakat tidak diperlakukan janab kepadanya. Ia mengatakan; seseorang (petugas zakat) tidak berada di tempat terjauh orang yang menunaikan zakat kemudian zakat tersebut dibawa kepadanya, akan tetapi hendaknya zakat tersebut diambil di tempatnya.

Ini pula adalah penjelasan makna jalab dan janab seperti yang disebutkan dalam hadis yang sebelum ini.


Bab seseorang membeli sedekahnya
10 – باب الرجل يبتاع صدقته

رقم الحديث: 1595

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ، عَنْ مَالِكٍ، عَنْ نَافِعٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ، – رضى الله عنه – حَمَلَ عَلَى فَرَسٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَوَجَدَهُ يُبَاعُ فَأَرَادَ أَنْ يَبْتَاعَهُ فَسَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ ‏”‏ لاَ تَبْتَعْهُ وَلاَ تَعُدْ فِي صَدَقَتِكَ ‏”‏ ‏.‏
Telah menceritakan kepada Kami [Abdullah bin Maslamah] dari [Malik] dari [Nafi’] dari [Abdullah bin Umar] bahwa Umar bin Al Khathab radliallahu ‘anhu telah mewakafkan kuda kepada seseorang untuk digunakannya di jalan Allah, kemudian ia melihat kuda tersebut dijual, kemudian ia ingin membelinya. Lalu ia bertanya kepada Rasulullah shallAllahu wa’alaihi wa sallam mengenai hal tersebut, kemudian beliau bersabda: “Jangan engkau beli, dan janganlah engkau mengambil kembali sedekahmu.”

Bolehkah kita membeli sedekah atau harta yang telah kita zakatkan?
Imam Ahmad kata tidak boleh. Sebahagian ulama mazhab Malik juga berkata begitu. Maknanya kepada mereka, haram untuk membeli balik harta atau barang yang telah disedekahkan dan juga yang telah dizakatkan.
Mazhab selainnya membolehkan. Mereka berpendapat yang larangan ini adalah untuk adab sahaja. Cuma tidak molek ianya dilakukan kerana ada kemungkinan, orang yang telah diberi harta itu akan malu alah untuk meletakkan harga kalau yang hendak membelinya adalah orang yang beri kepadanya mula-mulanya. Takut dia terasa kena jual dengan harga murah.
Dan hadis ii mengajar supaya orang yang beri harta itu, dia memberi dengan ikhlas. Jangan ada harapan untuk dia beli semula dengan harga yang murah di kemudian hari.

Maka seeloknya jangan beli balik barang yang telah diberikan. Kalau beli pun tak molek, kalau minta balik lagilah tidak boleh.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

 

Sunan Abu Dawud: Kitab Zakat: Bab Doa Pemungut Zakat  September 3, 2015

Filed under: Abu Dawud - Zakat — visitor74 @ 9:55 pm

Bab Doa Pemungut Zakat

7 – باب دعاء المصدق لأهل الصدقة

رقم الحديث: 1592
حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ النَّمَرِيُّ، وَأَبُو الْوَلِيدِ الطَّيَالِسِيُّ، – الْمَعْنَى – قَالاَ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ، عَنْ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى، قَالَ كَانَ أَبِي مِنْ أَصْحَابِ الشَّجَرَةِ وَكَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا أَتَاهُ قَوْمٌ بِصَدَقَتِهِمْ قَالَ ‏”‏ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ فُلاَنٍ ‏”‏ ‏.‏ قَالَ فَأَتَاهُ أَبِي بِصَدَقَتِهِ فَقَالَ ‏”‏ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى آلِ أَبِي أَوْفَى ‏”‏ ‏.‏

Telah menceritakan kepada Kami [Hafsh bin Umar An Namari] dan [Abu Al Walid Ath Thayalisi] secara makna, mereka berkata; telah menceritakan kepada Kami [Syu’bah] dari [‘Amr bin Murrah] dari [Abdullah bin Abu Aufa], ia berkata; ayahku termasuk antara orang-orang yang melakukan Bai’at Ridhwan di bawah pohon, dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam apabila terdapat beberapa orang yang datang kepada beliau membawa zakat mereka, maka baginda akan mengucapkan; ya Allah, rahmatilah keluarga fulan. Abdullah bin Abu Aufa berkata; kemudian ayahku datang kepada baginda dengan membawa zakatnya. Kemudian baginda berdoa: “Ya Allah, rahmatilah keluarga Abu Aufa.”

Doa yang dimaksud itu adalah untuk pemberi zakat. Dibacakan oleh pemungut zakat.

Abdullah bin Abu Aufa itu adalah sahabat yang terakhir sekali mati, umurnya panjang. Beliau menceritakan kebiasaan doa Nabi kepada mereka yang membawakan zakat kepada baginda. Dalam hadis ini, digunakan perkataan صَلِّ iaitu yang bermaksud ‘selawat’ seperti yang selalu digunakan sekarang. Ini menunjukkan selawat juga digunakan untuk orang lain selain Nabi. Adakah ini boleh? Nabi sendiri gunakan untuk orang lain.

Perkataan صَلِّ bermaksud ‘doa’ dan ‘mengambil berkat’. Ada sesetengah Ulama mengatakan boleh kalau digunakan untuk selain Nabi kerana ianya adalah doa. Dan Allah sendiri menggunakan perkataan صَلِّ dalam suruhan mendoakan kepada pemberi zakat:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ ۖ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَّهُمْ ۗ وَاللَّـهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya selawatmu (doamu) itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.” (Surah At-Taubah 9: Ayat 103)

Yang selawat yang digunakan kepada Nabi adalah bermaksud takzim (pengagungan dan memuliakan), itu khusus untuk Nabi sahaja. Oleh itu, tidak sama kalau digunakan untuk Nabi dan manusia yang lain. Ada beberapa pendapat berkenaan perkara ini:

1. Ada ulama yang mengatakan ianya makruh digunakan kalau digunakan kepada selain Nabi walaupun hanya meminta rahmat kepada orang itu.

2. Ada juga yang mengatakan ianya haram.

3. Ada yang katanya ianya khilaful awla.

4. Sunnah kerana Nabi ada buat.

5. Harus kalau dimaksudkan semata-mata untuk minta rahmat untuk orang yang didoakan itu. Makruh kalau dimaksudkan takzim (memuliakan) kepada orang itu.

Yang tidak membenarkan itu adalah kerana pada mereka, selawat itu hanya khusus untuk Nabi sahaja. Kalau selawat kepada Nabi, kemudian diikuti dengan selawat kepada selain Nabi, itu dibolehkan kerana mengikut sahaja. Seperti sekarang, kita selawat kepada Nabi dan diteruskan kepada keluarga baginda dan sebagainya. Tapi, kalau terus kepada orang lain selain Nabi, itu tidak boleh. Kecuali kalau kepada malaikat.Kalau kita nak selawat kepada Jibrail a.s. contohnya, itu boleh. Ulama tidak membenarkan menggunakan selawat dalam doa adalah kerana selawat itu adalah hak Nabi. Kalau baginda nak selawat kepada orang lain, itu adalah hak baginda dan baginda boleh buat begitu, tapi kita tidaklah boleh.

Ahli Sunnah ikut pendapat di atas. Tidaklah kita gunakan selawat kepada selain Nabi dan kita juga tidak gunakan ‘salam’ untuk selain Nabi atau malaikat. Sebagai contoh, sekarang Syiah menggunakan gelaran alaihissalam kepada Saidina Ali. Walaupun dari bahasa asalnya, ‘salam’ itu tidaklah salah kerana ianya bermaksud ‘sejahtera’. Kita pun selalu beri ‘salam’ kepada orang lain. Tapi yang tidak boleh adalah digunakan perkataan alaihissalam kepada selain Nabi. Tapi orang-orang Syiah itu memang selalu menyalahgunakan gelaran itu kepada keluarga Nabi. Kerana alaihissalam hanya digunakan kepada Nabi dan kalau digunakan kepada orang lain, ianya seperti menyamakan dengan kedudukan Nabi, seperti Syiah yang melebihkan ahlul bait sama, malah melebihi kedudukan Nabi. Jadi, kita kena berhati-hati supaya jangan keliru. Kadang-kadang kita terbeli kitab yang diletakkan gelaran alaihissalam kepada selain Nabi. Mereka ada yang mencetak kitab dengan memasukkan perkataan itu. Sampaikan mereka sanggup cetak kitab yang muktabar seperti Sahih Bukhari, Tirmizi dan lain-lain lagu,tapi mereka masukkan gelaran itu dalam kitab-kitab itu. Kalau kita tak belajar, kita akan terkeliru. Kerana mereka yang masukkan sendiri, tapi kemudian mereka kata, “lihatlah dari dulu lagi dah ada gelaran itu digunakan”. Mungkin sekarang orang boleh nampak kesalahan itu, tapi bayangkan kalau lima puluh tahun lagu, macam mana? Tambahan pula kalau masyarakat dah tak belajar ilmu hadis dengan cara yang betul. Senang sahaja mereka ambil kesempatan diatas kejahilan masyarakat Islam.

Oleh itu, walaupun dari segi bahasa, tidak salah, tapi kerana ianya telah menjadi syiar dalam agama kita, maka gelaran alaihissalam sepatutnya digunakan untuk Nabi dan malaikat sahaja. Kalau tidak, akan mengelirukan. Begitu juga dengan panggilan Allah untuk Tuhan. Memang timbul tidak berapa lama dahulu yang orang Kristian pun nak pakai nama Allah juga. Kalau nak diikutkan, memang orang jahiliyah dulu pun pakai nama Allah juga. Tapi kalau dibenarkan orang kafir pakai nama Allah untuk tuhan mereka, ini akan sampai mengelirukan umat dan kita tidak patut benarkan.

Maka, kalau doa seperti lafaz yang Nabi sebut itu tidak boleh, maka apakah doa yang sepatutnya digunakan? Kita boleh doa dalam bentuk yang umum.

Dan Imam syafie ada membawakan lafaz doa yang lain.

Allahu a’lam. Sambung ke hadis yang seterusnya

Rujukan: