We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Usul Hadis January 23, 2015

Filed under: Pengenalan Hadis — visitor74 @ 5:01 pm

Sambungan Kuliah Usul Hadis yang disampaikan oleh Ustaz Abu Tolhah Solahuddin

Dalam kita belajar hadis, kita juga perlu mahir dengan istilah-istilah yang digunakan dalam ilmu hadis. Sebagai contoh, pengkelasan hadis kepada Mutawatir, Sahih, Ahad dan sebagainya. Ilmu ini dinamakan Mustolah Hadis.

Seperti kita tahu, hadis adalah ‘kata-kata’. Jikalau kata-kata itu disandarkan kepada sahabat sahaja, tidak sampai kepada Nabi, mengikut istilah Ahli Hadis, ia dinamakan khabar ataupun atsar sahaja. Sebagai contoh, kadang-kadang sahabat ada memberitahu cara solat kepada tabiin tanpa mengatakan yang Rasulullah berkata begitu. Maknanya, tabiin itu menggunakan kata-katanya sendiri.

Jikalau kata-kata itu disandarkan kepada tabiin sahaja, ia juga diberikan istilah ‘khabar’ atau ‘atsar’. Tidak dinamakan sebagai habis atau sunnah. Di dalam kitab Sahih Bukhari ini terdapat tiga-tiga jenis perkataan daripada Nabi, Sahabat dan juga Tabiin.

Hadis mempunyai hukum tertentu. Hadis yang dapat dipastikan telah disebut oleh Nabi, ianya dipanggil Hadis Marfu’ (مَرفُع). Manakala hadis yang kata-katanya hanya boleh disandarkan kepada sahabat, ianya diberi hukum Hadis Mawquf (مَوقُوف). Manakala kata-kata yang sampai kepada tabein sahaja diberi hukum Hadis Maqtu‘ مَقطُوع)

Hadis yang marfu‘ boleh dipakai sebagai hujah. Kerana ia kata-kata daripada Nabi.

Hadis mawquf pula terbahagi kepada dua:
1. Tetap pada hukum mawquf. Apabila kata-kata sahabat itu dasarkan kepada ijtihad mereka ataupun pendapat akal mereka sahaja. Iaitu apabila benda yang diperbincangkan itu boleh dicapai dengan akal. Hukumnya apabila ianya ijtihad tidak wajib ikut.
2. Hadis mawquf tetapi hukumnya marfu‘. Iaitu apabila berita itu dari sahabat, tapi tak mungkin ianya ilmu yang direka dari akalnya sendiri. Ilmu itu adalah jenis pengetahuan yang tidak boleh dicapai dengan akal. Hadis yang sebegini kita wajib ikut. Contohnya, tentang azab kubur, ilmu ghaib. Kerana sahabat tidak mungkin menipu dalam kata-kata mereka tentang perkara itu. Kerana sahabat itu telah diiktiraf semuanya sebagai adil. Merekalah yang paling tsiqah kalau dibandingkan dengan tabein dan ulama zaman sekarang. Mereka yang telah bertemu muka dengan Nabi dan telah diiktiraf oleh Nabi sebagai orang yang jujur.

Khabar yang Maqtu‘ iaitu yang datang daripada tabein tidak boleh dijadikan sebagai hujah dalam hal agama. Sudah jadi seumpama ilmu yang direka-reka. Walaupun begitu, kita masih boleh bincangkan lagi sama ada boleh diterima atau tidak. Ianya perlu diperiksa samada sama dengan dalil yang sahih. Tidak boleh terus diterima. Kerana tidak semestinya semua tabein itu diiktiraf sebagai jujur sebagaimana sahabat telah diiktiraf. Kerana zaman Tabiin itu sudah mula manusia ini menipu atas nama Nabi. Paling teruk penipuan telah berlaku bermula pada zaman Tabi’ tabein. Mereka adalah golongan selepas tabein.

Hadis Nabi ada empat jenis:
1. Perkataan – Nabi sendiri berkata dengan mulutnya
2. Perbuatan – sahabat menceritakan perbuatan Nabi. Sebagai contoh, sahabat menceritakan bagaimana cara Nabi solat.
3. Sifat – sahabat menceritakan sifat Nabi. Sebagai contoh, Nabi suka senyum, cara Nabi berjalan, bentuk tubuh Nabi dan sebagainya.
4. Takrir – satu bentuk pengakuan dari Nabi sendiri. Nabi tidak suruh dan tidak larang walaupun baginda telah nampak sesuatu yang dilakukan oleh sahabat. Sebagai contoh, Nabi pernah nampak sahabat makan dhob, tapi Nabi tak makan. Tapi Nabi tidak larang dan tidak juga suruh. Sahabat dapat faham bahawa makan dhob adalah halal kerana kalau ianya haram sudah tentu Nabi akan menegur dan menghalangnya.

Malam ini konsep Takrir ini telah banyak disalahgunakan di dalam situasi yang lain. Ada yang berhujah dengan mengatakan amalan-amalan bidaah dilakukan oleh orang-orang terdahulu itu tentunya benar. Kerana mereka kata kalau ianya salah, tentu Allah sudah tegur dengan memberikan azab dan sebagainya. Mereka kata bila Allah tidak tegur, maka tentu ianya dibolehkan. Atau mereka kata, ulama-ulama besar pun tidak menegur maka tentulah ianya benar.

Ini adalah penggunaan konsep Takrir yang amat salah. Konsep ini hanya digunakan kepada sahabat semasa Nabi hidup. Kerana hanya Nabi sahaja yang boleh menegur mereka kerana Nabi masih menerima wahyu. Kalau salah di mana-mana, Allah akan berikan wahyu. Tetapi apabila Nabi sudah tiada, maka wahyu untuk menegur kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh manusia sudah tidak ada lagi. Maka hujah mereka yang menggunakan konsep Takrir dengan cara salah ini tertolak.

Allahu a’lam.

 

Pengenalan hadis Mutawatir dan Ahad October 11, 2012

Filed under: Hadith,Pengenalan Hadis — visitor74 @ 5:40 pm

Hadis terbahagi kpd dua: Mutawatir dan Ahad.

Hadis Mutawatir adalah hadis yang diriwayatkan oleh sepuluh orang atau lebih. Hadis ini tidak disoalkan kesahihannya.

Hadis Ahad pula terbahagi kpd tiga jenis:
1. Masyhur – diriwayatkan oleh tiga sampai sembilan orang.
2. Aziz – diriwayatkan oleh dua orang.
2. Gharib – diriwayatkan oleh seorang. Contohnya hadis ‘setiap sesuatu dimulakan dengan niat’ hanya diriwayatkan oleh Umar sahaja.

Manhaj Imam Syafie tidak membezakan antara hadis Ahad dan mutawatir. Jikalau ianya sahih, ia boleh diterima pakai untuk perkara akidah dan syariat.
Tapi orang mutakallimin kata hadis yang boleh diterima untuk perkara akidah hanyalah hadis mutawatir. Ini seperti pendapat abul A’la al Maududi.
Kalau begitu, banyaklah hadis tidak dpt diterima. Seperti hadis innamal a’maalu binniyat itu hanya diriwayatkan oleh saidina Umar sahaja.

Kalau dibandingkan pula dengan Syiah, mereka hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh ahlul bayt sahaja. Selain itu tidak diterima kecuali Salman al Farisi atau Zubair al Awwam sahaja. Itu lagi teruk.

Ada yang mengatakan bahawa boleh dipakai hadis dhaif untuk fadhail ammal. Yang kata begitu adalah Imam Syafie sahaja. Tapi dia beri syarat. Dengan syarat ianya tidak dhaif sangat atau dalam bahasa arabnya, dhaoifun jidda. Seperti doa buka puasa yang masyarakat kita selalu amalkan itu adalah dhaoifun jidda jidda. Maknanya berganda sifat dhaifnya. Begitulah masyarakat kita, sebab tak tahu, maka mereka tidak faham seluruhnya syarat yang diberikan oleh Imam kita itu padahal dia jujur dengan ilmunya. Dan dia juga ada berkata, kalau nak amalkan pun, tidak boleh beriktikad bahawa ia akan mendatangkan pahala. Boleh buat sahaja. Imam Hambali kata, kalau tak dapat pahala, kenapa nak kena buat? Imam Syafie kata betullah. Maknanya, tak payah buat.

Ada kita tidak faham duduk sesuatu hadis itu. Sebagai contoh, pakai serban memang Sunnah sebab Nabi pakai. Tapi tidak ada pahala tambahan kalau solat berserban. Sebab hadis yang mengatakan pakai bila pakai serban dalam solat, dapat 70 kali ganda pahala itu adalah palsu. Begitu juga dengan amalan cukur jambul. Yang ada hanyalah cukur kepala, bukan cukur jambul. Begitu juga dengan hadis mengatakan awal Ramadhan adalah begini, pertengahan ramadhan begitu, itu adalah juga hadis dhaif. Tambahan lagi adalah fadhilat solat terawih malam ini dapat itu dan ini, malam esok lain pula, itu hadis yang tiada asalnya. Cuma kita tahu bahawa ada fadhilat yang kita akan dapat, sebab nabi ada kata begitu. Cuma kita tak tahu apakah fadhilatnya.

Tapi kalau amalan itu telah masyhur diamalkan oleh solafussoleh, maka boleh diikut. Seperti amalan iqamah bayi baru lahir ditemuinya kiri adalah dari hadis dhaif. Tapi para tabien amalkan. Maka kita boleh amalkan.

Nabi kata kalau kita menipu atas nama Nabi, maka dia persiapkan tempatnya di neraka. Kecuali kalau sambil dia kata itu, dia cakap juga yang hadis itu adalah dhaif, maka dia terselamat.

 

Pengajian Al-Hadith Dan Tuntutan Masakini May 21, 2012

Filed under: Hadith,Pengenalan Hadis — visitor74 @ 7:24 am

1.0       Muqaddimah

Di antara ciri Ahlus Sunnah Wal Jamaah ialah menyakini hadith atau sunnah sebagai teras kepada ajaran Islam keseluruhannya dan sumber kedua utama di dalam hukum hakam, gerak kerja dan penilaian terhadap segala yang berlaku di dalam kehidupan manusia di dunia.

Sementara golongan-golongan yang mendakwa Islam selain mereka, ada yang menolak hadith, ada yang hanya menerima sebahagian daripada hadith dan ada pula yang memahaminya dengan pemahaman-pemahaman yang jauh terpesong daripada kehendak syari’e dan roh syariah Islam yang terbukti dalam kehidupan para sahabat Rasullullah (SAW).

Lantaran itu mereka tersasul dan dihukum oleh ulamak-ulamak Ahlul Haq yang datang kemudian daripada generasi sahabat sebagai golongan “Ahlul Baathil Wal Ahwaa”.  Golongan yang mengikut sunnah Rasullullah (SAW) dan para sahabat Baginda (SAW) dinamakan Ahlul Haq atau Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kita adalah golongan ahli sunnah wal jamaah. Sunnah itu bermaksud mengikut sunnah dan jamaah itu adalah mengikut para sahabat. Golongan selain ahli sunnah wal jamaah ini tidaklah ada lain tapi mesti ada elemen tidak mahu menerima hadith. Kalau tak semua pun, tentu ada sedikit sebanyak.

Walaupun dalam praktiknya Ahlus Sunnah Wal Jamaah mengutamakan dan mendahulukan Al-Quran daripada Al-Hadith atau As Sunnah namun sebabnya mereka tidak dinamakan Ahlul Quran atau Ahlul Kitab kerana Al-Quran atau Al-Kitab itu didakwa oleh semua golongan yang mengaku Islam sebagai ikutan dan panduan serta pegangan mereka tetapi sikap mereka tentang As Sunnah adalah tidak sama iaitu mereka mempertikaikannya dan menolaknya sedangkan Ahlus Sunnah Wal Jamaah selain dari berpegang teguh dengan Al-Quran,  mereka juga berpegang dengan As Sunnah dengan memeliharanya dengan sebaik-baiknya dan mempertahankannya.  Kerana ciri inilah Ahlus Sunnah ini dinamakan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Kita pula tidak menamakan diri kita sebagai ahli Quran sebab sudah menerima Quran itu. Yang masalahnya adalah hadith. Ada yang tak terima. Dan tidak kita namanya golongan kita ini sebagai ahli kitab sebab itu sudah masyhur adalah golongan Yahudi dan kristian.

Kedudukan dan keutamaan Ahlul Sunnah atau Ahlul Hadith dapat dilihat dengan jelas sekali di dalam hadith-hadith Rasulullah saw dan di dalam pendapat-pendapat para ulama salaf .  Antara lain Nabi (saw) bersabda; “Orang-orang Yahudi berpecah kepada 71 puak dan orang-orang Kristian   berpecah kepada 72 puak.  Umatku akan berpecah kepada 73 puak. Semuanya akan masuk neraka kecuali satu sahaja iaitu golongan yang mengikut sunnahku dan sunnah sahabat-sahabatku.” (Nasai’I-Tarmizi-Abu Daud-Ahmad-Haakim-Ibn Majah – Baihaqi)

Ibn Mas’ud (r.a) pula berkata bermaksud, “Sesiapa yang mahu mengikut jejak langkah seseorang maka hendaklah ia mengikut jejak langkah sahabat Nabi Muhammad (saw) kerana mereka adalah  golongan yang paling baik hatinya dari kalangan ummat ini, paling dalam ilmunya, paling sedikit cerewetnya, paling teguh karektornya dan paling baik keadaannya.  Mereka adalah satu golongan yang telah dipilih oleh Allah (SWT) untuk menjadi sahabat kepada Nabinya dan menegakkan ugamaNya.  Maka hendaklah kamu sedari keutamaan mereka dan mengikut jejak langkah mereka kerana mereka adalah golongan yang berada di atas jalan yang betul”. (Imam Ahmad-Razin)

Dan Nabi (SAW) bersabda,  “Akan terus ada satu golongan dari ummatku yang tegak di atas kebenaran dan diberi pertolongan.  Mereka tidak tergugat oleh orang-orang yang menentang mereka sehingga datang perintah Allah”. (Bukhari – Muslim)

Imam Ahmad berkata berhubung dengan golongan yang tersebut di dalam hadith ini;

“Bahawa mereka ini adalah golongan Ahlul Hadith”

Untuk mengetahui kepentingan dan keistimewaan Al-Hadith sebagai satu bentuk pengajian  di dalam sistem pendidikan Islam, kiranya perbincangan yang akan disentuh nanti akan dapat menyingkap sebahagian kecil daripadanya.

Golongan Islam dipecahkan kepada 73 golongan. Golongan satu itu adalah jamaah. Golongan yg mengikut landasanku dan sahabat-sahabatku. Menjadikan sahabat sebagai panduan.

Ibnu Mas’ud kata ikutlah orang yg telah mati. Sebab yang hidup belum tentu lagi. Mereka itulah sahabat. Dalam Quran juga dikatakan sahabat adalah sebagai panduan. Dan dalam Hadith juga. Sebagai ahlus Sunnah adalah mengikut Quran Hadith dan sahabat Nabi.

Kenapa perlu jadi ahlul Hadith? Terutama zaman sekarang? Telah timbul fenomena menyebabkan perlu Hadith Gol anti-Hadith. Sesat mereka. Kalau tak belajar, mungkin akan terjebak. Mereka kata banyak Hadith bercanggah dengan akal. Padahal akal adalah terhad. Akal ibarat neraca tukang emas. Boleh timbang yang ringan sahaja.

Ada riwayat dari golongan yang belum Islam. Mereka kata abu hurairah belum lagi Islam masa meriwayatkan Hadith. Mereka kata sahabat dusta. Ini adalah kerana mereka tidak memahami istilah dan cara Hadith. Tidak semestinya sahabat yang meriwayatkan itu ada. Dia riwayatkan dari sahabat. Dan cuma dia tidak sebut sahaja. Merana tidak mempelajari Hadith.

Mereka mata tak mungkin sahabat boleh hafal banyak Hadith. Bangsa Arab memang kuat ingatan mereka. Bangsa Arab dahulu. Imam-imam memang kuat ingatan. Diakui sejarah. Dan sahabat tidak hafal semua. Bukan semua sahabat hafal semua. Sorang sedikit. Ini adalah satu mukjizat sampai ke akhir zaman. Iaitu semu perbuatannya ditulis dikaji diingati. Tiada orang lain macam itu.

Mereka kata banyak Hadith menyamakan tuhan dengan manusia. Cth Hadith kata Allah suka; dalam Quran pun ada menyamakan. Tapi bukan sama dengan apa perbuatan manusia. Lain sekali.

Hadith tidak dikumpulkan bertulis macam Quran; sudah banyak ditulis semasa zaman Nabi lagi. Abu hurairah antaranya tulis. Abdullah bin Amar. Memang Nabi ada larang. Tapi itu untuk seketika. Bila dah faham bahasa Quran dan mereka boleh bezakan.

Hadith menyifatkan Nabi dgn sifat tidak sesuai dengannya. Mandi bersama isterinya. Mereka macam ingat dia bukan manusia. Nabi cium isterinya. Tiada apa aibnya. Dan banyak pengajaran boleh dapat dari perbuatan itu.  Tidak semestinya menjauhi kehidupan dalam mendekatkan diri kepada Allah.

Quran.

3.1.7     Hadith-hadith bukan merupakan wahyu yang dijamin oleh Allah (swt) keterpeliharaannya daripada tersalah.

Kajian telah dilakukan untuk menapis.

3.1.8     Hadith-hadith menyebabkan perpecahan dan timbulnya semangat kepuakan dalam Islam. Kalau tiada Hadith pun manusia akan berpecah jugak. Dan kalau ikut Hadith yang betul, tidak berlaku perpecahan. Dan beza mazhab pun boleh kahwin dan sebagainya. Akidah yang sama.

3.1.9     Hadith-hadith itu banyak yang tidak disepakati tentang kesahihannya atau kedhaifannya.  Jadi tidak diketahui yang manakah yang betul.

Pakai yang betul lah macam tu. Ada yang disepakati. Kalau ada beza, pilihan untuk kita.

3.1.10   Golongan-golongan yang mendakwa Islam masing-masing mempunyai hadithnya yang tersendiri mengikut istilah mereka.  Ahlus Sunnah tidak menerima hadith-hadith Syiah begitu juga Syiah tidak menerima hadith-hadith Ahlus Sunnah.

Syiah kata kata imam dia pun dikatakan Hadith. Itu tak sama dengan kita.

Kita boleh tahu mana ajaran yang salah.

Hadith yang benar lain dengan Hadith yang salah. Siapa biasa Hadith akan tahu dan nampak

3.1.11   Tidak dapat dinafikan terdapat banyak sekali hadith-hadith maudhu’, kerana itu tidaklah dapat untuk mempastikan kebenarannya dari kepalsuannya.

Sebab itu ada ilmu Hadith.

3.1.12   Banyak terdapat percanggahan di antara satu hadith dengan hadith yang lain.

3.1.13   Banyak hadith-hadith yang memberi gambaran lucah yang tidak sesuai dengan Rasullullah (s.a.w)

3.1.14   Sayyidina Umar pernah berkata “Cukuplah untuk kita Al-Quran.” Beliau tidak menyebut langsung tentang Al Hadith.

Hadith pun kitabullah juga. Dan umar sendiri pakai Quran sahaja.

3.1.15   Untuk memahami Al-Quran kata mereka, tidak diperlukan kepada Al Hadith.  Setiap orang boleh memahami Al-Quran dengan kecerdasan fikirannya.

3.1.16   Hukum-hukum yang diberikan oleh Rasullullah (s.a.w) hanya khusus untuk zaman Baginda (s.a.w).  Kemudian hukum-hukum itu boleh berubah dan dpindahkan mengikut keperluan masa dan tempat.

3.1.17   Walaupun kata-kata dan perbuatan Nabi (s.a.w) merupakan hujjah tetapi oleh kerana ia tidak sampai kepada kita melalui saluran-saluran yang boleh diyakini, maka ia hanya berada di peringkat dzanni sahaja yang tidak layak dijadikan sandaran.

3.2        Syiah

Di antara permasalahan golongan Syiah adalah seperti berikut:

3.2.1     Rasullullah (SAW) ada bersabda “Bahawa aku tinggalkan kepada kamu dua perkara.  Kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepadanya iaitulah pertama Kitab Allah dan kedua, Ahli Baitku”.

Hadith ini tidak mahfuz. Siapakah ahlul bait? Adakah semua alim? Jadi mereka takwil sendiri. Yang jadi imam sahaja. Datang dari mana? Ini pun a kesesatan mereka.

3.2.2     Hadith-hadith itu diriwayatkan oleh orang-orang yang tidak ada nilainya menurut mereka walaupun seberat nyamuk seperti Abu Hurairah, Samurah bin Jundub, Marwan bin Al-Hakam, Imran bin Hitthan Al Khariji dan Amar bin Al Ash.

Riwayat mereka ada dalam kitab yang tinggi. Jadi rujukan kita dan mereka akan berlainan.

3.2.3     Hadith-hadith tidak boleh diterima kerana diriwayatkan oleh orang-orang yang murtad sesudah kewafatan Nabi (s.a.w.)

Bagi mereka sahabat sahabat itu semua murtad kecuali tiga orang sahaja. Salman, abu dzar dan

3.2.4     Ramai daripada Sahabat memeluk agama Islam secara terpaksa dan dalam keadaan ragu atau sebenarnya mereka munafiq.  Kerana itu masih ada di antara mereka  yang minum arak , membunuh dan melakukan beberapa kemungkaran dan kefasiqan.

Mereka memburukkan-burukkan sahabat. Sampai abu bakar pun mereka kata pura pura juga. Semua orang sebenarnya melakukan dosa. Tiada insan yang maksum. Allahlah yang bersifat ghafur. Allah menunjukkan cara bagaimana menjalankan hukuman. Secara praktikal. Islam itu praktikal. Sahabat kalau melakukan dosa, mereka mengaku kepada Nabi.

Dan tiada pun kita pakai Hadith orang yang melakukan dosa besar. Jadi tidak menjejaskan Hadith.

3.2.5     Hadith- hadith itu dikumpulkan di zaman Khulafa’ Ar Rasyidin selain Sayyidina Ali yang mana mengikut pandangan orang-orang Syiah, mereka adalah orang-orang yang zalim bahkan kafir.

Jawap: Quran itu juga disampaikan dari mereka juga. Jadi macam mana? Kalau begitu, Quran juga boleh diragukan.

3.2.6     Banyak di antara hadith yang ditulis di zaman Khulafa’ Ar Rashidin selain Sayyidina Ali itu bermotifkan politik dan untuk mengampu Khulafa’ semasa.

3.2.7     Hadith-hadith yang diriwayatkan oleh kebanyakan Sahabat yang diterima oleh Ahlus Sunnah Wal Jamaah pada mereka tentunya tidak sahih kerana mereka itu telah menjadi fasiq atau kafir kerana memerangi Sayyidina Ali.

3.2.8     Hadith-hadith Ahlus Sunnah tidak terpelihara kerana ia diriwayatkan oleh orang-orang yang tidak amanah bermula dari para sahabat sehinggalah kepada generasi-generasi yang datang kemudian.

3.2.9     Banyak daripada perawi-perawi di kalangan Sahabat (r.a) menceritakan suatu peristiwa yang ia tentu sekali tidak turut hadir dalam peristiwa itu.

3.2.10   Hadith bagi mereka bukan terhenti sekadar yang diriwayatkan daripada Rasullullah (saw) sahaja tetapi juga yang diriwayatkan daripada para Imam Duabelas yang “maksum” sesudah Baginda Rasullullah (saw).  Ini bermakna hadith Rasullullah (saw) bukanlah suatu yang muktamad.

3.2.11   Hadith-hadith Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidak dapat diterima kerana banyak yang mutawaatir dan sahih di sisi Syiah tidak dianggap sebagai mutawaatir oleh Ahlus Sunnah kerana itulah berlaku perbezaan fahaman baik dari segi akidah atau dari segi furu’.

3.2.12   Hadith-hadith Ahlus Sunnah tidak dapat diterima kerana ia disebarkan dan dibawa oleh ulamak-ulamak kerajaan (kononnya) dan mereka mementingkan kehidupan duniawi.

3.2.13   Ulamak-ulamak hadith Ahlus Sunnah tidak dapat diterima kerana ganjil sekali mereka menerima dengan sikap yang terbuka hadith-hadith daripada golongan-golongan ahli bid’ah seperti Khawarij, Murji’ah dan lain-lain sedangkan daripada Imam-Imam Ahlul Bait yang maksum tidak diterima oleh mereka (Ahlus Sunnah).

3.2.14   Hadith-hadith yang diriwayatkan oleh ulamak Ahlus Sunnah tidak dapat diterima kerana mereka adalah golongan yang bersyubahat dengan kerajaan yang sentiasa menzalimi Ahlul Bait dengan memegang apa-apa  jawatan di dalam kerajaan tersebut atau dengan menganggapnya sebagai orang-orang yang adil sehingga bersembahyang berimamkan mereka.

3.3        Mengikut Sunnah Dengan Membabi Buta:

Nak ikut Sunnah tapi tidak kena.

Permasalahannya ialah:

3.3.1     Golongan ini sebenarnya tidak memahami apakah erti “Sunnah” sebenarnya. Umpamanya mereka tidak mengetahui pembahagian para ulamak tentang sunnah itu sendiri kepada Sunnah tasyriiyyah – kait dgn syariat, Sunnah Ghairu tasyriiyyah – mungkin harus. Nabi pakai kain. Jadi mereka kata tak pakai seluar. Nabi makan tiga jari. Kena bersugi dgn kayu. Nabi x makan nasi. Adakah dapat pahala kalau ikut. Ramai nak ikut sahaja. Adakah semua perang nak kena gali parit? Kekadang kalau kita pakai, akan jadi salah. Perbuatan Nabi itu ada jugak dibuat oleh orang kafir. Jadi ianya bukan agama. .  Ittiba’ Suuri, Ittiba’ Hakiki, Mu’aradhah Suuriyyah dan Mu’aradhah Hakikiyyah dan lain-lain lagi.

– tak faham maka berlaku kesilapan. Tidak ada pengajian Hadith yg baik.

3.3.2     Menganggap apa yang diucapkan atau diperbuat oleh Rasullullah (s.a.w) sebagai orang yang berkedudukan tertentu seperti sebagai muballigh atau mu’allim sahaja sedangkan ada hadith Rasullullah (s.a.w.) yang diucapkan atau dilakukan atau diperakuinya itu sebagai Baginda (s.a.w.) seorang pendidik, ketua negara, jeneral, hakim, bapa, suami, ahli saikologi dan lain-lain.

– ada yg hanya boleh diikut oleh org berkuasa sahaja.

3.3.3     Sesuatu hadith yang dikemukakan oleh Nabi (s.a.w.) dalam konteks peribadi atau keadaan tertentu mungkin difahami oleh orang yang mempunyai penyakit ini sebagai untuk semua orang dan untuk semua keadaan.  Misalnya hadith Rasullullah SAW menyuruh mandi selepas sembahyang Subuh dan menyelam 7 atau beberapa kali melawan arus bagi orang yang demam atau Nabi (s.a.w) memakai celak – mata bercelaklah sekian ramai orang; memakai kain ke paras tengah betis dan lain-lain lagi.

3.3.4     Mengamalkan segala apa yang dikatakan sebagai hadith tanpa mempastikan terlebih dahulu sama ada ia maudhu’ atau tidak dan menggunakan hadith untuk sesuatu perkara tanpa memandang kepada taraf  hadith itu.  Contohnya hadith dhaif hendak dipakai untuk menentukan sesuatu hukum jenayah dan hadith ahaad walaupun sahih hendak dijadikan sebagai asas aqidah.

3.3.5     Mengikut sesuatu hadith tanpa mengetahui  samada hadith itu sudah dimansuhkan atau tidak, mubham atau mufassar, muhkam atau mutasyaabih, khusus untuk Nabi (s.a.w.) atau untuk generasi sahabat atau sahabat yang tertentu sahaja.

3.3.6     Mahu mengikut apa sahaja yang dilakukan oleh Rasullullah (s.a.w) dengan tidak mengambil kira sama ada apa yang telah dapat dilakukan oleh Rasullullah (s.a.w) itu adalah mukjizat Baginda (s.a.w.) seperti menyembelih unta sambil berdiri.

3.3.7     Mahu mengikut Nabi (s.a.w.) tanpa memikirkan sama ada Nabi (s.a.w.) berbuat begitu kerana sesuatu sebab atau tujuan yang tertentu seperti:

i.        Tawaf Ka’bah dengan mengenderai unta

ii.        Tidur mengiring di atas lambung kanan selepas sembahyang sunat Subuh iaitu sebelum mengerjakan sembahyang Subuh dan lain-lain lagi.

– ada sebab mengapa Nabi buat benda benda di atas. Dia tawaf naik unta itu adalah supaya ramai orang boleh nampak. Dan unta yang dia pakai itu adalah unta yang special. Dan dia tidur sebab dia telah lama melakukan solat malam tadi. Jadi kalau tak solat malam, tidak payah lah nak tidur lepas solat qabliah subuh.

3.3.8     Mengikut sunnah Nabi (saw) kononnya tetapi sebenarnya kerana bersesuaian dengan hawa nafsu tanpa mengambil kira `asbabul wurud’ bagi hadith itu atau latar belakang di mana Nabi (saw) mengungkapkan hadith tersebut seperti beristeri empat dan lain-lain lagi.

3.3.9     Berpegang dan mengamalkan hadith-hadith tertentu sahaja seperti hadith-hadith riqaq atau hadith-hadith zuhud dan lain-lain dengan tidak melihat kepada keseimbangan di dalam amalan dan cara hidup yang ditunjukkan oleh Rasullullah (saw) sendiri.  Contohnya – tidak berasap dapur rumah Nabi (saw) selama beberapa hari, sedangkan di waktu yang lain Nabi (saw) menyimpan makanan untuk setahun.

– Nabi cuma tidak berasa dapurnya kalau tidak ada rezeki. Tapi ada masa-masa lain Nabi ada makan yang sedap-sedap.

3.3.10   Berpegang dengan suatu Hadith Fadhilat dan mengamalkannya tetapi tidak berusaha memahami hikmat dan rahsia di sebalik galakan-galakan Nabi (saw) itu.

3.5        Meninjau Al Hadith dari perspektif yang sempit

Penyakit ini juga menjadikan seseorang tidak sampai kepada maksud hadith yang sebenarnya atau terus akan meninggalkan hadith dengan menjadikan seorang Anti Hadith.  Di antara permasalahannya ialah:

3.5.1     Melihat hadith dari kaca mata ilmu yang tertentu sahaja seperti nampak adanya pertentangan di antara kenyataan yang terdapat dalam Hadith Dajjal – di dalam sebuah hadith dikatakan “dajjal tidak dapat masuk di dalam dua Tanah Haram”, sementara di dalam hadith yang lain dikatakan “dajjal bertawaf mengelilingi Ka’bah.

– kadang-kadang apa yang Nabi nampak adalah dalam alam misal. Bukan realiti. Dalam hadith yang mengatakan yang dajjal tawaf bersama dengan Nabi Isa itu adalah nak menceritakan bahawa orang-orang yang merosakkan agama itu boleh juga melakukan tawaf. Macam guru Nanak pun ada pegi tawaf jugak.

3.5.2     Membataskan hadith-hadith Nabi (saw) yang umum dan bersifat universal kepada orang tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja. Misalnya  apabila melihat contoh-contoh yang diberikan oleh Nabi (saw) itu menggambarkan adanya penggunaan bahan-bahan semasa seperti Nabi (saw) memberikan tali dan kapak kepada seseorang untuk pergi  mencari kayu api dan menjualnya atau apabila Nabi (saw) menganjurkan supaya melicinkan makanan daripada pinggan atau bekas.

3.5.2.1  Cuba menyelesaikan hadith dengan akal atau pengalaman semasa atau berdasarkan gejala-gejala material seperti tidak dapat menerima hadith “syaqqu sadr” (belah dada), hadith “mi’raj” dan hadith “Sungai Nil dan Sungai Furat berpunca dari Syurga”.

– apabila zaman modern ini, banyaklah apa yang diceritakan oleh Nabi itu berlaku. Macam belah dada sekarang hari-hari buat. Dan sekarang orang dah boleh naik ke angkasa. Itu orang biasa. Tambahan pulak kalau Nabi yang dapat mukjizat dari Allah.

3.6        Komprehensifnya hadith-hadith Rasullullah (saw) berkaitan dengan perkara-perkara yang berlaku sesudah kewafatan Baginda (saw) hingga kiamat.

Hadith-hadith yang menyebutkan perkara-perkara yang termasuk di bawah tajuk ini bertebaran di dalam kitab-kitab hadith terutamanya di dalam kitab “Al Fitan” dan “Bab Asyrat As Sa’ah”.  Apa yang disebutkan oleh Rasullullah (saw) di dalam hadith-hadith ini tidak semestinya menunjukkan bahawa Rasullullah (saw) tidak merestui apa yang disebutkan  di dalam hadith-hadith itu bahkan ia bermaksud untuk menunjukkan kenyataan-kenyataan yang akan terjadi sama ada baik atau buruk untuk ugama dan dunia manusia sepeninggalan Baginda (saw).

Bagaimanapun kebanyakannya adalah merupakan perkara yang tidak baik dan perlu dihindari oleh ummatnya, di samping sentiasa berwaspada di dalam menghadapinya.

Banyak pula di antaranya disebutkan oleh Rasullullah (saw) dalam bentuk isyarat yang hanya difahami apabila apa yang diisyaratkan itu menjadi kenyataan yang disaksikan oleh orang yang hidup semasa kenyataan-kenyataan itu berlaku.

Di antara yang dapat disenaraikan di bawah fasal ini ialah:

3.6.1     Pimpinan daripada Al Hadith berhubung dengan soal-soal kemasyarakatan seperti:

3.6.1.1  Anak –anak menderhakai ibu bapa

3.6.1.2  Isteri menderhakai suami

3.6.1.3  Lelaki menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki

3.6.1.4  Di suatu ketika orang-orang Islam ramai tetapi mereka hina dan lemah – sebab-sebabnya.

– umat Islam diterkam seperti orang menerkam makanan. Setiap akan ambil sorang sedikit. Beginilah kita akan jadi. Padahal orang islam adalah ramai waktu itu. Ini adalah kerana orang Islam cintakan dunia dan takut mati.

3.6.1.5  Di suatu ketika yang lain pula orang Islam kuat walaupun mereka hanya sedikit – sebab-sebabnya.

3.6.1.6  Di suatu ketika ramai perempuan berbanding dengan lelaki sehingga 50 orang perempuan berada di bawah jagaan seorang lelaki dan lain-lain lagi.

– ada kemungkinan akan terjadi di masa hadapan nanti. Dimana orang perempuan nisbahnya 50:1 kepada lelaki.

Atau ia juga bermaksud pelacuran bermaharaja lela sampai seorang bapak ayam akan menguasai 50 orang perempuan di bawah jagaannya.

3.6.2     Dari segi kemajuan sains dan teknologi

3.6.2.1  Manusia boleh menjelajah dunia dalam masa yang singkat.

– kita dah boleh lihat sekarang bagaimana kenderaan kita boleh bergerak dengan cepat. Orang orang dulu tidak nampak ini sebab tiada di zaman mereka. Tapi mereka percaya Hadith dan mereka sampaikan Hadith ini kepada kita. Untungnya kita sebab dapat lihat kejadian seperti yang Nabi cerita dahulu.

3.6.2.2  Anak bulan di hari pertama akan kelihatan seperti sudah 2 atau 3 hari.

– sebab kita dah boleh teropong anak bulan.

3.6.2.3  Manusia boleh berhubung dengan  seorang yang berada jauh daripadanya dengan bercakap-cakap dan berbincang dengannya.

– kemajuan telefon bimbit.

3.6.2.4  Manusia akan dapat menundukkan binatang dengan menghimpunkannya disuatu tempat seperti zoo.

3.6.2.5  Manusia akan menerokai bumi sehingga bumi akan kelihatan seperti kulit yang disamak.

– kalau kita tinggi pakai kapal terbang contohnya, kita akan nampak tanah yang dilapangkan nampak seperti kulit binatang disiat.

3.6.3     Kemajuan dari segi ilmu perubatan

3.6.3.1  Kenyataan bahawa ada sesetengah penyakit boleh menjangkiti orang lain dan perlu dikawal.

– ilmu perubatan menunjukkan bahawa ini boleh terjadi.

3.6.3.2  Kenyataan bahawa ada kuman menyerupai singa.

– apabila dilihat di bawah microscope, akan nampak bahawa kuman penyakit kusta macam singa rupanya.

3.6.3.3  Terbukti banyak bahan-bahan yang disebutkan oleh Rasullullah (SAW) sebagai penawar dimajukan sehingga ke peringkat antara bangsa seperti kulat, madu, jintan hitam dan lain-lain lagi.

– orang kafir juga yang dapat kebaikan dari ilmu ini kerana mereka mengkaji. Kita masih tidak tahu macam mana cara yang paling baik nak makan habbatus sauda’.

3.6.3.4  Ternyata bahawa penawar bagi sesuatu racun ada berhampiran dengan racun itu sendiri.

– ini macam bisa ular, cat sotong dan juga dalam ilmu perubatan homopati.

3.6.3.5  Isyarat akan adanya penggunaan ubat yang dimakan, pembuangan sisa daripada tubuh dan penggunaan kejutan sesuatu yang panas terhadap pesakit untuk pemulihan.

3.6.3.6  Penggunaan doa dan jampi untuk menyembuhkan penyakit.

3.6.3.7  Penggunaan penawar dalam bentuk lawan bagi gejala penyakit.

3.6.4     Adanya pimpinan dan peringatan daripada Nabi (saw) berhubung dengan golongan yang sesat dan menyesatkan di akhir zaman.  Antara yang boleh disenaraikan di sini ialah:

3.6.4.1  Fitnah Syiah yang disebutkan oleh Baginda (saw) dengan golongan yang dipanggil “Rafidhah”.

3.6.4.2  Golongan Khawarij.

3.6.4.3  Golongan Qadariyyah sebagai Majusi  umat ini.

3.6.4.4  Faham kebendaan dan cintakan dunia yang berlebih-lebihan.

3.6.4.5  Golongan Anti Hadith sebagai golongan yang hanya mahu mengikut Al-Quran sahaja dan tidak mahu berpandukan Al hadith.

3.6.4.6  Golongan dajjal yang disebutkan sampai 30 orang semuanya yang mendakwa diri mereka sebagai Nabi dan lain-lain lagi.

3.6.5    Pimpinan daripada Nabi (saw) berhubung dengan ekonomi.  Di antara yang boleh disenaraikan di bawah fasal ini ialah kenyataan-kenyataan seperti berikut:

3.6.5.1  Akan meluasnya amalan riba di kalangan ummat ini sehingga jika tidak terlibat secara langsung, debu-debunya pasti akan mengenai mereka.

3.6.5.2  Banyak berlaku penipuan dan penyelewengan serta tidak amanah di dalam soal-soal kewangan.

3.6.5.3  Ada suatu ketika, ummat Islam akan berada dalam kemewahan dari segi harta benda sehingga tidak mahu menerima apa-apa pemberian daripada sesiapapun.  Harta melimpah ruah, boleh dikaut dengan tangan.

3.6.5.4  Akan ramai orang yang buncit perutnya – yang menunjukkan kekayaan dan kemewahan hidup atau kerana tidak mempersoalkan haram atau halalnya suatu yang dimakan itu.

3.6.5.5  Akan adanya kekayaan berupa petrol dan gas dan lain-lain lagi.

3.6.6     Nabi (saw) juga telah menyebutkan tentang bencana alam yang akan menimpa ummat manusia dengan berbagai-bagai bentuknya seperti gempa bumi, kemarau panjang, banjir besar, ribut taufan, wabak penyakit, penyakit-penyakit yang tidak pernah diketahui dan tidak dijumpai oleh orang-orang dahulu, kebakaran besar dan lain-lain lagi.

3.6.7     Nabi (saw) juga telah menyebutkan tentang pelbagai perkara dan fenomena yang akan berlaku kepada ummat akhir zaman sama ada orang Islam atau orang kafir.  Di antara yang boleh disenaraikan di sini ialah:

3.6.7.1  Akan adanya golongan orang-orang kafir yang Allah kuatkan Islam dengan mereka ugamaNya.

3.6.7.2  Masjid akan dilawati oleh orang-orang yang memakai topi, bagaikan bonggol unta tua dan mereka disuruh Nabi (saw) supaya dilaknat.

3.6.7.3  Akan dijadikan ketua orang-orang yang tidak berilmu, yang sesat, sehingga mereka menyesatkan orang lain.

3.6.7.4  Masjid-masjid banyak tetapi sepi, Al-Quran ditinggalkan.

3.7        Mengabaikan ulamak yang ahli dalam usaha memahami al–Hadith

Akibat daripada mengabaikan pendapat-pendapat  dan pandangan-pandangan para ulamak dan ahli yang diakui di dalam bidang hadith maka timbullah beberapa gejala yang tidak sihat.  Antara lain dapat disebutkan seperti di bawah:

3.7.1     Dangkal di dalam memahami maksud hadith Rasullullah saw.

3.7.2     Berlakunya percanggahan dan ketidakseimbangan di dalam mengamalkan sunnah Nabi saw.

3.7.3     Salah faham terhadap banyak hadith-hadith Rasullullah saw.

3.7.4     Mengamalkan apa yang tersebut di dalam kitab-kitab hadith tidak sebagaimana yang dikehendaki oleh Baginda (saw).

3.7.5     Tidak dapat mempraktikkan apa yang difahami sendiri daripada hadith-hadith Rasullullah SAW kerana memang begitu yang dikehendaki oleh Rasullullah saw.

3.7.6     Akan terputus silsilah isnad yang merupakan warisan turun temurun  generasi didalam menerima hadith Rasullullah saw .

3.7.7     Akan timbul prasangka yang bukan-bukan terhadap tokoh-tokoh ulama dan mujtahidin yang begitu besar sumbangan terhadap Islam di zaman lampau.

3.7.8     Tidak ada keberkatan dalam ilmu yang diterima kerana telah memusuhi “auliaillah” yang telah pun diterima baik oleh tokoh-tokoh besar dalam agama Islam

 

Muqaddimah Kuliah Sahih Bukhari May 13, 2012

Filed under: Hadith,Pengenalan Hadis — visitor74 @ 5:46 pm

Ini adalah nota ringkas kelas Hadith sahih Bukhari yang disampaikan oleh Maulana Asri dari Kelantan. Dan ditambah dengan kuliah dari Ustaz Solah dari Madrasah Tafsirsunnah.

Sebelum kita mempelajari Hadis, kita perlu tahu makna hadis. ‘Hadis’ yang paling sahih adalah Quran. Kerana ianya sampai kepada kita dengan cara yang mutawatir. Makna ‘hadis’ adalah berita, dan ayat-ayat Quran juga adalah berita yang disampaikan kepada kita. Kemudian dari itu, Kitab Sahih Bukhari adalah kitab hadis yang paling sahih selepas Quran. Kitab Sahih Bukhari ini berbentuk jami‘ kerana memasukkan keseluruhan perkara agama yang dibincangkan satu persatu. Ia juga membincangkan ilmu hadis (ulumul hadis) di dalamnya.

Dari segi bahasa, Hadis dipanggil juga sebagai ‘Sunnah‘. Juga dipanggil sebagai ‘Khabar‘. Juga dipanggil sebagai ‘Atsar‘ – hasil peninggalan. Semua terma-terma itu membawa maksud yang hampir sama sahaja. Terma-terma itu boleh ditukarganti. Sebab itu, apabila dikatakan seseorang itu ‘mengaji sunnah’, bermaksud dia ‘mengaji Hadis’. Ini adalah dari segi bahasa.

Secara teknikal, ‘Hadis’ itu adalah percakapan, perbuatan, sifat, takrir yang sampai kepada kita dari Nabi. Takrir itu berbentuk pengakuan dari Nabi. iaitu Nabi nampak sesuatu perkara, tahu ianya berlaku dan dilakukan oleh sahabat, tapi Nabi tidak larang dan tidak suruh. Dianggap sebagai sunnah juga. Kerana kalau ianya salah, Nabi tentu dah larang.

‘Sahabat’ pula adalah mereka yang beriman pada zaman Nabi. Satu syarat yang penting adalah mereka mesti telah bertemu dengan Nabi. Kalau tak bertemu dengan Nabi, walaupun dia hidup sezaman dengan Nabi, dia tidak dikira sahabat tapi dipanggil ‘tabein‘. Contoh tabein yang terkenal adalah Uwais al Qarni. Beliau hidup pada zaman Nabi, tapi tidak bertemu dengan Nabi. Berita-berita yang sampai dari sahabat masih lagi dinamakan ‘hadis’. Cuma kena ingat, berita itu hendaklah yang bukan dalam bentuk ijtihad iaitu pendapat sahabat itu sendiri. Kalau ianya adalah ijithad sahabat, ianya bukan hadis.

Siapakah pula ‘Tabein’? Mereka adalah individu yang sempat bertemu dengan sahabat. Kalau berita dari mereka, dinamakan ‘atsar‘ sahaja.

Nama sebenar Imam Bukhari adalah Muhammad bin Ismail. Gelarannya adalah Abu Abdillah. Nama al-Bukhari itu di ambil dari tempat kelahirannya iaitu Bukhara. Satu lagi gelarannya adalah Al-Ju’fi. Al-Ju’fi adalah nama sahabat yang telah memerdekakan tok nenek Imam Bukhari dahulu. Al-Ju’fi itu telah memerdekakan mereka daripada kekufuran kepada Islam, bukan dari hamba kepada orang merdeka. Terma yang digunakan adalah ‘mauwla‘. Seluruh keturunan itu diberi gelajaran Mawla Al Ju’fi. Dalam hadis banyak digunakan perkataan mawla ini. Mawla juga ada bermaksud memerdekakan seseorang dari hamba abdi.

Di dalam Sahih Bukhari, Imam Bukhari tidak menggunakan nama gelarannya Al Bukhari. Sebaliknya dia akan menggunakan namanya sendiri ataupun gelaran Abu Abdillah.

Imam Bukhari telah lahir pada tahun 194H dan mati pada tahun 252H.

Penting dalam kita belajar hadis ini untuk kita mengetahui matan (teks) hadis itu dalam bahasa Arab dan bukan bergantung kepada terjemahan sahaja. Kerana jikalau kita hanya melihat terjemahan sahaja, ada kemungkinan ianya tidak berapa tepat kerana terjemahan itu berdasarkan kepada pemahaman penterjemah sahaja. Kerana mungkin penterjemahan itu hanya menterjemah berdasarkan kepada bahasa Arab sahaja sedangkan terjemahan itu sepatutnya dilakukan oleh mereka yang telah belajar hadis. Di Malaysia ini pula, terjemahan yang sampai hanyalah dari Indonesia sahaja, jadi ada masalah bahasa juga di situ. Jadi, kena tengok juga kepada matan hadis itu.

Rujukan syarahan Sahih Bukhari yang paling terkenal adalah Kitab Fathul Bari yang dikarang oleh Imam al Hafiz Ibnu Hajar Al Asqalani. Satu lagi kitab yang mensyarahkan Sahih Bukhari yang terkenal adalah kitab Umdatul Qari. Ianya adalah karangan al Aini, biras kepada Imam Hafiz juga sebenarnya. Syarahnya banyak melawan pendapat-pendapat yang disampaikan di dalam Fathul Bari. Ini adalah satu kebaikan sebenarnya kerana kita boleh nampak dua pendapat yang menguatkan lagi pemahaman kita. Satu lagi syarah Bukhari yang terkenal adalah Irsyadus Saari karangan Al Qastalani. Kelas pengajian kita banyak menggunakan rujukan kepada Kitab Irsyadus Saari ini. Ada banyak lagi kitab-kitab lain yang mensyarahkan Sahih Bukhari ini kerana memang ramai yang mengkaji Kitab Sahih Bukhari ini.

Kitab Sahih Bukhari dan Sahih Muslim adalah seumpama penapis kepada perawi-perawi hadis. Kalau perawi-perawi hadis itu telah digunakan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim, maka mereka itu telah boleh dipercayai. Kerana dua Imam itu telah mengkaji dengan detail perawi-perawi itu. Tetapi jikalau ada perawi di dalam kitab lain bukan daripada kitab saya Bukhari dan sahaja Muslim, mereka itu perlu dikaji lagi. Kerana ada kemungkinan ada perawi-perawi yang lemah, yang akan melemahkan hadis yang disampaikan juga.

Imam Bukhari dikatakan tidak berpegang kepada mana-mana mazhab yang empat. Ini adalah kerana Imam Bukhari pun seorang mujtahid mutlak. Dia pun boleh mengeluarkan pendapatnya sendiri. Jadi ada pendapat dia yang mungkin lain dari apa yang kita biasa dengar dalam Mazhab Syafie. Jadi kena buka minda kita untuk terima pembelajaran Sahih Bukhari ini.

Terdapat banyak kekeliruan di dalam pemahaman agama jikalau tidak ada pengetahuan tentang hadith. Contohnya, kedudukan perempuan telah dilemahkan di dalam Islam kerana ada hadith-hadith yang tidak betul, ataupun pemahaman kepada hadith dan ayat-ayat Quran yang salah.

Imam Bukhari telah mengambil masa selama 16 tahun untuk menghasilkan Sahih Bukhari ini. Sepanjang masa itu dia hanya makan badam sahaja sehingga di berpenyakit kencing berdarah.

Sahih Bukhari ini adalah satu kitab yang pelik dan amat hebat. Semakin banyak dikaji, semakin banyak perkara baru yang dijumpai. Oleh itu, kena mempunyai semangat yang tinggi kalau nak belajar Sahih Bukhari ni. Kena biasa dengan terma-terma berkenaan hadith. Tidak ada ucapan manusia lain yang dipelajari macam Sahih Bukhari ini. Terdapat entah berapa ramai ulama yang membicarakan dan membuat kajian tentang Kitab Sahih Bukhari ini. Kita kena tahu yang Hadith ini juga adalah mukjizat. Bayangkan bagaimana setiap gerak geri Nabi Muhammad dicatat dan dikenali siapa yang menjadi perawi supaya kita boleh memastikan bahawa cerita yang disampaikan itu boleh dipercayai. Ulama dari dulu sampai sekarang telah meluangkan masa yang banyak untuk mengkajinya, dan tidak ada upah kepada ulama-ulama itu dalam mempekukuhkan ilmu hadith ini.

Jenis jenis kitab hadith:
1. Jami’: merujuk kepada kitab yang mempunyai banyak pembahagian perkara di dalamnya. Seperti akidah, hukum, sejarah, akhlak dan lain-lain. Sekurang-kurangnya kena ada 8 perkara di dalamnya untuk dinamakan sebagai jami’. Sahih Bukhari adalah salah satu dari kitab jami’.
2. Sunan: penekanan tentang hukum dan lain-lain. Banyak penekanan diberikan kepada hukum-hukum dalam agama. Sepatutnya hadis-hadis yang disampaikan tidak mengikut mana-mana mazhab. Tapi ada juga kitab Sunan yang terpengaruh kepada mazhab seperti Kitab Umdatul Ahkam lebih kepada Mazhab Ahmad dan Kitab Bulughul Maram lebih cenderung kepada Mazhab Shafie.
3. Musnad: susunan mengikut sahabat. Ada yang ikut alphabetical order.
4. Mu’jam
5. Mashikhat
6. Ajzat/risalah: Ikut topik.
7. Al-arbaiinat: hadith 40. Sebab ada tersebut dalam hadis tentang kepentingan kalau hafal 40 hadith ni. Yang terkenal kepada kita adalah hadith himpunan Imam Nawawi. Banyak lagi penulis hadis yang mengumpulkanHadith 40 yang lain.
8. Mustadrak: Mengambil hadith dari perawi yang telah diterima pakai oleh Imam Bukhari contohnya, tapi tidak diambil hadithnya. Perawi itu ada banyak lagi hadis lain, tapi tidak dimasukkan oleh Imam Bukhari dalam kitabnya. Ada beberapa kemungkinan itu terjadi. Kerana mungkin sebab dia dah tua, jadi Imam Bukhari tak ambil kerana dikhuatiri ingatannya sudah lemah. Jadi, walaupun individu itu dah lepas dalam senarai Bukhari, tapi mungkin Bukhari tidak menambilnya di masa lain sebab dah tak sesuai. Tapi, kitab jenis mustadrak ini mencari hadis-hadis dari perawi-perawi itu dan dimasukkan dalam kitab mustadrak.
9. Mustakhraj: Hadith yang sama yang telah dimasukkan dalam kitab-kitab terkenal seperti Sahih Bukhari dan Sahih Muslim tapi menggunakan sanad yang lain. Supaya kita tahu bahawa cerita yang sampai kepada kita tu ada juga disampaikan oleh perawi yang lain. Hadis-hadis dalam kitab jenis mustakhraj ini mempunyai sama makna dan sama dari matannya. Ini memberi keyakinan kepada kita bahawa hadis yang disampaikan dalam kitab-kitab terkenal itu adalah benar kerana bukan mereka sahaja yang menceritakan hadis itu tetapi ada lagi perawi lain.
10. Ilal. Menyatakan kecacatan dalam hadith yang tidak sesuai dengan kedudukan Nabi yang muliau. Walaupun sanad cantik, tapi kalau ada ilat atau kecacatan di dalam perkataan Nabi itu, maka tak betullah hadith itu. Contoh, ada hadis yang mengatakan ‘kalau tidak ada Hawa, isteri tidak akan khianat kepada suaminya’. Ini tidak benar, kerana sebenarnya syaitan goda Adam dulu, bukannya Hawa. Kita kena ingat yang kita tinggal di dunia bukan disebabkan oleh Hawa yang menyebabkan kita terkeluar dari Syurga. Ini adalah bahagian yang paling payah dalam ilmu hadith. Sebab susah nak faham.
Termasuk di dalam bahagian hadith jenis ini adalah berkenaan keluarga Saidina Ali yang Nabi letak dalam selimut dan kata mereka itu adalah ahlil bait. Ulama mengkaji kelemahan hadith ini. Sanadnya nampak molek, tapi matannya yang tidak sesuai dan tidak logik. Ulama boleh kesan kecacatan hadith seperti ini. Dan mereka telah menyampaikan hujah-hujah dan dalil-dalil mereka.
11. atraf:
12. Targhib dan tarhib: hadith yang memberi galakan dan memberi takut untuk melakukan sesuatu.
13. Musalsalat: Hadis berkenaan perbuatan Nabi. Macam Nabi ada garu janggut, pegang kayu, menyelati jari jemarinya semasa menyampaikan ajarannya. Walaupun perbuatan Nabi itu nampaknya tidak kena mengena dengan hadith yang disebut. Tapi dimasukkan juga oleh perawi hadis.
14. Tsulasiyat: Hadis-hadis yang mempunyai perawi seramai tiga orang sahaja atau kurang antara perawi dan Nabi. Ini adalah hadis-hadis yang dipandang sebagai kuat. Kerana semakin kurang perawi, semakin kukuh hadis itu kerana tak banyak mulut yang menyampaikannya. Tambahan pula, itu adalah tiga generasi yang terbaik, jadi mereka sangat-sangat dipercayai. Mereka adalah orang yang paling takut kepada Allah. Mereka takut sekali kalau silap. Jadi hadith jenis itu adalah amat istimewa.
15. amali:
16. Zawaik:
17. Mukhtasarat: ringkasan Hadis
18. Takhrij
19. Asbabul hadith: Kitab yang menceritakan latar belakang sesuatu hadith. Apakah yang mendorong Nabi mengatakan sesuatu.
20. Tartib
21. Taalif: mengikut abjad permulaan hadith itu. Macam kamus.
22. Maudu’: Kitab yang mengandungi hadith-hadith palsu. Antaranya cerita pahala solat Terawih bulan puasa.
23. Doa-doa ma’thur. Mengumpulkan doa-doa yang diajar sendiri oleh Nabi. Doa dari Nabi adalah yang paling baik. Termasuk zikir-zikir yang masyhur.
24. Nasikh mansukh: Supaya kita tahu mana hadith yang telah dimansukh, tahu sejarah dan tahu hukum mana tidak dipakai lagi.
25. Mutashabihul hadith: hadith yang menyebut seperti Allah menyerupai makhluk.
26. Musykilul hadith: hadith yang seperti bertentangan antara satu sama lain.

Yang paling hebat dalam Sahih Bukhari adalah tarjamatul bab atau ‘pemilihan bab’ dalam kitabnya. Menjadi satu kajian ulama Hadith untuk menggali apakah yang dimaksudkan oleh beliau didalam pemilihan tajuknya. Semasa menulis tajuk itu, Imam Bukhari duduk antara mimbar Nabi dan pusara Nabi di Raudhah. Ada ulama sampai menukilkan 70 fasal berkenaan pemilihan tajuk ini.

Berbeza cara penulis-penulis Hadith memulakan kitab Hadith mereka. Ada yang memulakan dengan bab ibadat seperti Imam Tirmizi kerana ibadat amat penting kepada manusia. Imam Malik pula contohnya, memulakan kitabnya dengan tajuk ‘Masa’ sebab masa adalah amat penting. Lebih-lebih lagi menjaga masa solat.

Imam Muslim memulakan kitabnya dengan menceritakan tentang sanad sebab pada dia, amat penting sanad itu untuk menunjukkan mana Hadith yang boleh dipakai.

Ibn Majah punya memulakan kitabnya dengan menceritakan berkenaan Sunnah dan apa yang patut diikuti dan apa yang patut ditinggalkan iaitu bidaah. Dan kemudian menceritakan berkenaan sahabat yang paling kuat mengikuti Sunnah.

Imam Bukhari buat cara lain. Imam Bukhari memulakan kitabnya dengan bab ‘Penurunan Wahyu’. Semua perkara yang dikatakan diatas oleh Imam-Imam Hadis itu tadi adalah bermula dengan wahyu. Ilmu ugama dan kehidupan semua kena dapat dari wahyu. Tidak ada cara lain lagi dah. Pengalaman, fikiran, percubaan (trial and error) tidak akan dapat mencapai kepada pemahaman agama. Wahyu dari Allah lah yang paling benar dan paling sesuai untuk semua manusia.

Tidak ada kitab agama lain yang dihafal seperti Quran. Tidak ada kedengaran kepada kita ada orang yang hafal Injil, Taurat atau Veda. Kalau ada pun, agaknya amat sedikit yang buat begitu. Tapi, entah berjuta orang Islam yang hafal keseluruhan Quran itu. Selain dari Quran, umat Islam juga mengkaji Hadith. Segala perbuatan Nabi dulu dihafal dan disampaikan kepada kita dan sekarang ditulis dan dikaji. Sampai ada ilmu ‘Rijalul Hadith’ untuk mengkaji mereka yang meriwayatkan Hadith-hadith itu.

Ada banyak lagi kitab-kitab hadis yang lain. Yang paling terkenal adalah sunan sittah (enam kitab). Kenapa kitab yg enam ini? Padahal ada kitab lain lagi yang mungkin lebih sahih lagi. Macam Kitab Muwatta contohnya. Tapi Muwatta tidak dimasukkan dalam senarai kitab yang enam itu sebab ia banyak syarah Imam Malik dan pendapat orang lain selain dari Hadith.

Kitab yang enam ini adalah syllabus untuk mengenali Ilmu Hadith. Kalau mengikut sususan sylabus, ianya dimulai dengan Jami’ Tarmizi. Mesti belajar Jami’ Tarmizi sebelum kitab Hadith yang lain sebab Jami’ Tarmizi mengajar berkenaan perbezaan Hadith. Ianya membicarakan tentang sanad dan dimasukkan juga Hadith yang lemah dan sebagainya. Jadi pelajar Hadith akan tahu perbezaan antara Hadith-Hadith itu. Banyak Hadith yang berbeza dimasukkan di dalam Jami’ Tarmizi.

Yang kedua dalam susunan adalah Sunan Abu Dawud. Kitab ini menjelaskan dalil-dalil yang digunakan oleh ulama feqah. Keputusan yang dibuat oleh ulama-ulama feqah itu semua adalah berdasarkan dalil dari Hadith sebenarnya. Jadi kita jangan memperlekehkan pendapat mereka.

Ketiga, baru masuk Kitab Sahih Bukhari. Sahih Bukhari pula mengajar bagaimana ulama mengambil hukum dari hadith-hadith itu. Imam Bukhari hendak mengajar bagaimana melakukan ijtihad. Dia hendak mengajar bahawa sebaik-baiknya istinbat hukum menggunakan hadis yang paling sahih.

Keempat, Sahih Muslim. Dalam Kitab Sahih Muslim, banyak lagi dimasukkan Hadith sahih yang dikeluarkan melebihi Bukhari lagi. Tujuannya adalah untuk memberi sokongan kepada hadis-hadis yang disampaikan oleh Imam Bukhari dalam Sahih Bukhari.

Kelima, Sunan Nasaei. Sunan Nasaei pula mengajar bahawa bukan hanya sanad perlu dilihat. Ada Hadith yang sanadnya cantik molek tapi ada cacat di dalam Hadith itu. Mungkin perawi ada yang silap. Mungkin ada illat (cacat) dalam Hadith itu yang tidak sesuai dimasukkan.

Akhir sekali, Sunan Ibn Majah. Sunan Ibn Majah tidak ada klasifikasi di dalam hadithnya. Tidak diberitahu samada hadis itu sahih, lemah atau palsu. Ianya seperti nak beri ujian kepada pelajar Hadith yang telah belajar lima kitab sebelum ini. Setelah mereka belajar lima kitab sebelum itu, mereka sudah sepatutnya tahu mana Hadith yang dhaif dan sebagainya.

Jadi, bila kita belajar Sahih Bukhari ini dahulu, ini bermakna kita sudah melangkah kelas dan oleh kerana itu, kita akan berjumpa benda yang pelik kerana kita tidak melalui syllabus yang telah disusun. Oleh itu, jangan terkejut dan kena buka minda. Contohnya, dalam Sahih Bukhari ada mengatakan bahawa kalau perempuan dalam haid pun boleh pegang dan baca Quran. Walaupun pelik tapi ada gunanya kepada kita. Kerana ianya akan memudahkan orang-orang perempuan sebenarnya.

Imam Bukhari memulakan kitabnya dengan bismillah sahaja. Tidak ada perkataan lain digunakan sebagai pembuka kata. Dia nak cerita, kalau ada hadith yang lain yang mengatakan kena cakap pembuka-pemuka kata yang lain itu, dia dah gunakan dah. Maknanya, dalam masa yang sama, dia hendak memberitahu yang pembuka-pembuka kata yang lain itu tidak tepat pada dia.

Tajuk Kitab Permulaan Wahyu tu pun menjadi tajuk perbincangan. Sebab ulama hairan kenapa diletakkan tajuk macam tu, tapi hadith yang berkemaan permulaan hadith ada satu sahaja. Imam Bukhari hendak memberitahu kita bahawa semua hadith yang Nabi dapat itu adalah ‘baharu’ semuanya, sebab dah lama dah wahyu tak turun sejak dari zaman Nabi Isa lagi.

Dan juga Imam Bukhari hendak menceritakan bahawa wahyu itu banyak jenis. Bukan macam yang Nabi dapat sahaja. Ada yang dapat kepada binatang dan lain-lain.

Allahu a’lam.

Audio kuliah Maulana Asri boleh download di sini

Kuliah Ustaz Solah