We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Tayammum Sesi 8 Bab Bertayammum Dengan Satu Tepukan April 8, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Tayammum — visitor74 @ 9:35 pm

بَاب التَّيَمُّمُ ضَرْبَةٌ

Bab Bertayammum Hanya Dengan Satu Tepukan

Ada dua persoalan yang hendak dibincangkan dalam tajuk ini:
1. Berapakah tepukan pada mukabumi itu dan apakah had anggota tayammum
2. Tertib dalam menyapu anggota tayamum

Dalam persoalan pertama, ulama terbahagi kepada tiga:
A. Satu tepukan sahaja dan hanya disapu tangan hingga pergelangan tangan sahaja. Ulama yang berpendapat seperti ini adalah Imam Bukhari, Saidina Ali, Ammar, Ibn Abbas, Hafiz Ibn Hajar, Atha dan Imam Ahmad. Ini adalah pendapat jumhur ulama dan ianya adalah pendapat yang paling kuat.

B. Dua kali tepukan. Dan sapun pada tangan hingga kesiku. Mereka juga menggunakan nas dari hadis. Tapi, hadis yang digunakan adalah lemah. Mereka juga mengatakan bahawa pendapat golongan pertama juga tidak kuat kerana mereka kata Umar pun tak terima pendapat itu. Tapi, dari cara Umar balas kata-kata Ammar itu, tidaklah dia menidakkan pendapat Ammar. Sebab dia kata kepada Ammar untuk meneruskan jikalau dia rasa itu adalah benar. Dan ada pendapat yang kata Umar pun akhirnya terima pegangan golongan pertama itu. Antara ulama yang memegang pendapat ini adalah: Ibn Umar, Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah.

C. Tiga tepukan. Pertama pada muka. Kedua pada belakang tapak tangan hingga ke pergelangan. Tepukan ketiga, disapu pada lengan hingga ke siku atau hingga ke ketiak dan ada yang sampai ke bahu. Antara ulama yang berpendapat begini adalah Ibn Musayyab. Ini adalah ulama besar zaman tabein, sampaikan dia digelar Sayyidul Tabien. Jadi bukan pendapat main-main. Selain dari dia, Ibn Shihab juga berpendapat demikian. Dia adalah ulama yang mula sekali catit hadis setelah diarahkan oleh Khalifah Umar ibn Aziz. Ibn Sirin, ulama yang terkenal dengan tadbir mimpi juga berfikiran macam ini. Mereka guna pendapat ini kerana mereka Qiyas dengan wudu. Kalau wudu, bukankah sampai ke lengan? Tapi Quran tak sebut. Kalau nak qiyas, kenapa tidak sapu kepala dan kaki sekali, kerana itu juga adalah anggota wudu? Kalau pencuri pun dipotong tangan hanya sampai pergelangan tangan. Hadis pun cakap setakat pergelangan tangan sahaja. Dan hanya satu tepukan sahaja.

Berkenaan dengan tertib dalam menyapu muka dan tangan. Imam Bukhari berpendapat hanya sunat sahaja kalau dimulakan muka dulu. Syafie kena tertib. Hanabilah wajib dlm hadas kecil. Pada Bukhari sama sahaja.

334 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَامٍ قَالَ أَخْبَرَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ شَقِيقٍ قَالَ كُنْتُ جَالِسًا مَعَ عَبْدِ اللَّهِ وَأَبِي مُوسَى الْأَشْعَرِيِّ فَقَالَ لَهُ أَبُو مُوسَى لَوْ أَنَّ رَجُلًا أَجْنَبَ فَلَمْ يَجِدْ الْمَاءَ شَهْرًا أَمَا كَانَ يَتَيَمَّمُ وَيُصَلِّي فَكَيْفَ تَصْنَعُونَ بِهَذِهِ الْآيَةِ فِي سُورَةِ الْمَائِدَةِ { فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا }
فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ لَوْ رُخِّصَ لَهُمْ فِي هَذَا لَأَوْشَكُوا إِذَا بَرَدَ عَلَيْهِمْ الْمَاءُ أَنْ يَتَيَمَّمُوا الصَّعِيدَ قُلْتُ وَإِنَّمَا كَرِهْتُمْ هَذَا لِذَا قَالَ نَعَمْ فَقَالَ أَبُو مُوسَى أَلَمْ تَسْمَعْ قَوْلَ عَمَّارٍ لِعُمَرَ بَعَثَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَاجَةٍ فَأَجْنَبْتُ فَلَمْ أَجِد الْمَاءَ فَتَمَرَّغْتُ فِي الصَّعِيدِ كَمَا تَمَرَّغُ الدَّابَّةُ فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكَ أَنْ تَصْنَعَ هَكَذَا فَضَرَبَ بِكَفِّهِ ضَرْبَةً عَلَى الْأَرْضِ ثُمَّ نَفَضَهَا ثُمَّ مَسَحَ بِهِمَا ظَهْرَ كَفِّهِ بِشِمَالِهِ أَوْ ظَهْرَ شِمَالِهِ بِكَفِّهِ ثُمَّ مَسَحَ بِهِمَا وَجْهَهُ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِe أَفَلَمْ تَرَ عُمَرَ لَمْ يَقْنَعْ بِقَوْلِ عَمَّارٍ
وَزَادَ يَعْلَى عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ شَقِيقٍ كُنْتُ مَعَ عَبْدِ اللَّهِ وَأَبِي مُوسَى فَقَالَ أَبُو مُوسَى أَلَمْ تَسْمَعْ قَوْلَ عَمَّارٍ لِعُمَرَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَنِي أَنَا وَأَنْتَ فَأَجْنَبْتُ فَتَمَعَّكْتُ بِالصَّعِيدِ فَأَتَيْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرْنَاهُ فَقَالَ إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكَ هَكَذَا وَمَسَحَ وَجْهَهُ وَكَفَّيْهِ وَاحِدَةً

334. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Salam berkata; telah mengabarkan kepada kami Abu Mu’awiyah dari Al A’masy dari Syaqiq ia berkata; Aku pernah duduk bersama ‘Abdullah bin Mas’ud dan Abu Musa Al Asy’ari. Lalu Abu Musa berkata kepadanya, “Seandainya ada seseorang mengalami junub dan tidak mendapatkan air selama satu bulan, adakah dia tidak boleh bertayamum dan shalat? Abdullah menjawab: Dia tidak boleh bertayammum walaupun tidak mendapat air selama sebulan. Abu Musa tus bertanya: Dan bagaimana dengan ayat di dalam Surah Al Maidah ayat 6: ‘(Lalu kamu tidak memperoleh air, maka bertayammumlah dengan tanah yang baik (bersih) ‘? ‘Abdullah berkata, “Kalau dipermudahkan kepada mereka dalam masalah ini, nanti bila dirasakan sejuk, mereka akan terus bertayamum menggunakan tanah.” Al A’masy bertanya, “Apakah kamu (Syaqiq) tidak suka orang bertayammum kerana ini?” Syaqiq menjawab, “Ya.” Kemudian Abu Musa berkata, “Tidakkah kamu pernah mendengar ucapan ‘Ammar kepada Umar, ‘Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutusku dalam suatu urusan, aku lalu junub dan tidak mendapatkan air. Maka aku pun berguling-guling di atas tanah seperti hewan. Kemudian aku ceritakan hal tersebut kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu beliau bersabda: “Sebenarnya cukup buatmu melakukan begini.” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam kemudian menepuk telapak tangannya sekali ke permukaan tanah dan mengibaskannya, lalu mengusap belakang tangan kanannya dengan telapak tangan kirinya, dan belakang telapak kirinya dengan telapak tangan kanannya, kemudian beliau mengusap wajahnya dengan kedua-kedua belah tangannya.” Abdullah berkata, “Tidakkah engkau melihat ‘Umar tidak tidak berpuas hati dengan kata-kata ‘Ammar itu?” Ya’la menambahkan dari Al A’masy dari Syaqiq, “Aku pernah bersama ‘Abdullah dan Abu Musa. Abu Musa lalu berkata, “Tidakkah kamu mendengar perkataan ‘Ammar kepada ‘Umar ‘Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengutus aku dan kamu, lalu aku mengalami junub dan kerananya aku bergulingan di atas tanah. Kemudian kita temui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menceritakan hal itu kepada beliau. Beliau lalu bersabda: “Sebenarnya buat begini sahaja sudah memadai untukmu.” Beliau lalu menyapu muka dan kedua tangannya satu kali sahaja.

Abu Musa pergi bertanya itu sebab dia dah dengar orang berkata tentang pendapat Ibn Mas’ud. Itulah sebabnya dia pergi kerana hendak memastikan. Ibn Mas’ud berpendapat bahawa jikalau dalam keadaan junub, tidak boleh sembahyang kerana ada ayat Quran yang mengataakan Tuhan tidak terima solat tanpa bersuci.

Akhirnya, kita tahu bahawa anak murid Ibn Mas’ud sendiri yang kata bahawa Ibn Mas’ud berpendapat begitu kerana sadduz zara’ah. Iaitu menutup jalan daripada manusia mengambil jalan mudah untuk tidak mandi junub.

Lagi contoh pengamalan sadduz zara’ah: Pembunuh tidak boleh warisi dari yang dibunuh. Ini untuk menutup jalan anak membunuh ayahnya kerana hendak mendapatkan harta pesaka. Walaupun kalau dia tidak sengaja bunuh, kerana kita tidak tahu samada dia bunuh sengaja atau tidak. Jadi, terus tutup supaya tidak terbuka perasaan orang hendak membunuh seseorang untuk mendapatkan harta pesaka.

Dalam Islam juga, kita didisipkan untuk mengalihkan pandangan antara lelaki dan perempuan. Ini adalah untuk mengelakkan jadi zina akhirnya.

Apabila talak baen, seorang suami hanya boleh kahwin kembali dengan isterinya selepas ditalak tiga jikalau isteri itu telah kahwin lain. Dalam hukumnya, kena sampai isteri itu setubuh. Kalau tidak, tentu akan ada isteri yang sengaja sahaja menikah main-main sampai tidak berjimak. Itulah yang hendak dihapuskan, maka Nabi telah mengatakan bahawa isteri itu mestilah merasa jimak dengan suami barunya. Selepas bercerai dengan suami barunya, barulah dia boleh berkahwin balik dengan suaminya yang pertama.

– Dalam hadis ini, kalau kita teliti, Nabi hanya tepuk sekali sahaja. Dari segi bahasa, perkataan ضَرْبَةً menunjukkan Nabi memukul tanah sekali sahaja. Kalau ditepuk dua kali, tentu bahasa yang digunakan adalah lain. Itupun dikaji oleh Imam Bukhari.
Dalam hadis ini juga menceritakan Nabi menyapu tangan dulu. Imam Bukhari mengambil darinya menunjukkan bahawa tidak ada tertib. Kalau nak mulakan dengan tangan pun boleh. Kalau nak mulakan dengan muka, sunat.
Ada ulama yang kata ini menunjukkan hadis Ammar tak tetap. Sekejap dimulakan dengan muka dan sekejap dengan tangan. Sebab itu ada yang tak pakai. Kerana mereka hadis ini jenis yang tidak tetap. Oleh itu, lemah pada pendapat mereka.

Bukhari ada pendapat yang lain pula. Dia kata sengaja Ammar tukar kadang-kadang muka dan kadang-kadang dimulakan dengan tangan kerana nak tunjukkan bahawa tiada tertib.
Perkataan yang digunakan adalah ‘waw’. Seperti yang kita telah belajar, itu hanya menunjukkan makna ‘dan’ sahaja dan bukan menunjukkan tertib. Dan kerana tayammum itu mengganti wudu. Seperti kita telah belajar dalam bab wudu, Imam Bukhari berpendapat bahawa tiada tertib dalam mengambil wudu. Imam Syafie kata kena ada tertib.

(Bab tanpa tajuk)

335 – بَاب حَدَّثَنَا عَبْدَانُ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ قَالَ أَخْبَرَنَا عَوْفٌ عَنْ أَبِي رَجَاءٍ قَالَ حَدَّثَنَا عِمْرَانُ بْنُ حُصَيْنٍ الْخُزَاعِيُّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَجُلًا مُعْتَزِلًا لَمْ يُصَلِّ فِي الْقَوْمِ فَقَالَ يَا فُلَانُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تُصَلِّيَ فِي الْقَوْمِ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَصَابَتْنِي جَنَابَةٌ وَلَا مَاءَ قَالَ عَلَيْكَ بِالصَّعِيدِ فَإِنَّهُ يَكْفِيكَ

335. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdan berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Abdullah berkata, telah mengabarkan kepada kami ‘Auf dari Abu Raja’ berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Imran bin Hushain Al Khaza’i, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melihat seorang lelaki menyendiri dan tidak ikut shalat bersama orang banyak, baginda lalu bertanya: “Wahai fulan, apa yang menghalangi kamu untuk shalat bersama orang-ramai?” Maka orang itu menjawab: “Wahai Rasulullah, aku mengalami junub dan tidak ada air.” Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Gunakanlah tanah kerana ia memadai untukmu.”

Daripada pembelajaran kita dalam Kitab Tayammum ini, kita dapat belajar bahawa Fiqh Bukhari sesuai untuk zaman moden. Ada kemudahan diberikan didalam Islam. Boleh pakai banyak bahan tayammum, bukan hanya dengan debu tanah sahaja. Tepuk sekali sahaja, tidak perlu banyak kali. Kerana memang Allah hendak memberi kemudahan kepada manusia. Tapi memanglah kita tahu ada yang tak suka yang mudah. Mereka kata, kita pandai-pandai memudahkan agama. Padahal, kalau Nabi, dia akan memilih yang lagi mudah. Takkan kita tidak nak ikut Nabi? Kepada mereka, biarlah mereka hendak melakukan perkara yang susah.

Kita juga boleh lihat bahawa Imam Bukhari membawakan dalil yang kukuh dari Quran dan Sunnah. Dalam dalil yang sahih, yang digunakan untuk tayamum adalah ‘mukabumi’, bukan tanah. Tanah pun termasuk mukabumi juga. Itu adalah dari lafaz hadis yang kuat kalau dibandingkan dengan hadis yang mengatakan ‘tanah’.

Bukhari juga mengambil contoh-contoh hidup para sahabat dan para tabein sebagai menguatkan pendapat beliau. Maknanya, ianya bukan hanya pendapat dia sahaja.

Imam Bukhari menunjukkan ajaran dan panduan hidup yang realistik dan praktis. Yang boleh dibuat. Senang untuk diamalkan.

Kita lihat bahawa Imam Bukhari mempunyai pemerhatian yang mendalam dan kritis terhadap nas syariah. Dia mengkaji sungguh-sungguh dan mendalam nas-nas yang ada. Ijtihad yang juga mantap digunakan.

Kita dapat tahu daripada hadis dan tajuk yang dibawakan, ianya mengandungi kritikan yang halus dan beradab terhadap pandangan ulama lain. Seperti contoh, apabila dia kata tepukan hanya satu tepukan sahaja. Bermakna dia menolak pendapat ulama yang kata kena dua tepukan. Tapi dia tidak mengatakan dengan terang-terang bahawa itu adalah pandangan yang salah. Dia hanya membawakan pendapatnya dan orang yang tahu mengerti bahawa dia dengan secara tidak langsung menolak pendapat yang lain. Bukan dia tidak tahu pendapat-pendapat yang lain itu. 

Dia perhatikan perbuatan Nabi dan sahabat juga. Juga tabein. Bersambung amalan mereka itu. Iaitu tidak lari perbuatan mereka dengan perbuatan Nabi.

Dorongan untuk mempraktikkan amalan Sunnah iaitu yang sumber amalan yang terbaik. Dia menganjurkan untuk menggunakan hadis yang paling kemas. Bukan hanya pakai sahaja mana-mana hadis tanpa diteliti duduknya hadis itu. Kena dihalusi manakah yang lebih kuat. Dia menggalakkan manusia memilih mana yang lebih kuat. Dalam kitab Tayammum, dia bawa 17 hadis marfu‘ – yang sampai kepada Nabi. Yang berulang ada 10. Hanya sekali dipakai, ada 7. Dia juga membawakan 10 athar (perbuatan/kata) sahabat dan tabein.

Seperti biasa, di hujung Kitab, dia ada isyarat kepada selesai. Terletak pada kata Nabi: ‘sesungguhnya ia sudah memadai untukmu’. Itu adalah isyarat kepada akhir. Hujung perdebatan. Macam dia kata: apa yang saya bawa ini sudah cukup.

Dia juga membawa isyarat kepada kematian. Hujung hayat manusia. Mengingatkan manusia kepada kematian. Iaitu kata: ‘Cukup kepadamu mukabumi’. Kerana manusia akan dimasukkan dalam mukabumi diakhir hayatnya. Nabi pernah bersabda: Takkan penuh hajat manusia hingga dia dipenuhi oleh tanah. Akirnya kita akan masuk dalam tanah juga akhirnya.

Lagi satu adalah apabila Nabi nampak seorang yang terpisah dan tidak berjemaah sama sahabat yang lain. Yang tidak berjemaah itu adalah orang mati lah maknanya. Yang tak sembahyang itu adalah orang mati sahaja. Nabi pernah bersabda supaya Jangan jadikan rumah sebagai kubur. Maknanya, kena ada solat di rumah. Dan di kubur tidak boleh sembahyang.

Begitu juga dengan soalan Nabi kepada orang itu: Apakah yang menghalang kamu? Sakit kah? Kalau sakit, dah dekat nak mati lah kira-kiranya tu.

Begitulah berakhirnya Kitab Tayammum. Sehingga bertemu dalam kitab yang lain, Kitab Solat

Advertisements
 

Sahih Bukhari Kitab Tayammum Sesi 7 Bab Jika Orang Yang Berjunub Khuatir (Jika Menggunakan Air) Dia Akan Sakit, Mati Atau Kehausan Maka Dia Boleh Bertayammum April 7, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Tayammum — visitor74 @ 7:50 pm

بَاب إِذَا خَافَ الْجُنُبُ عَلَى نَفْسِهِ الْمَرَضَ أَوْ الْمَوْتَ أَوْ خَافَ الْعَطَشَ تَيَمَّمَ

Bab Jika Orang Yang Berjunub Khuatir (Jika Menggunakan Air) Dia Akan Sakit, Mati Atau Kehausan Maka Dia Boleh Bertayammum

Dalam tajuk ini, Imam Bukhari hendak membincangkan 3 jenis golongan yang menggunakan tayammum.
1. Golongan yang bimbang akan sakit kalau menggunakan atau atau bimbang sakit yang sedia ada akan lebih melarat. Lambat sembuh. Ini bermakna, orang itu belum sakit lagi.
2. Golongan yang bimbang mati kalau menggunakan air. Atau bimbang ada anggota akan hilang manfaatnya kalau dipakai juga air. Ini kalau air itu sejuk sangat atau panas sangat.
3. Bimbang akan ada kehausan pada diri atau orang lain. Atau juga binatang. Ini kerana air yang ada terlalu sedikit yang hanya cukup untuk diminum.

Boleh dikatakan tiada khilaf ulama untuk golongan 2 dan 3. Cuma golongan pertama sahaja ada khilaf. Pada Imam Bukhari, semua golongan itu boleh bertayamum. Alangkan kalau kita risau binatang akan haus pun dibenarkan bertayamum, dia kata. Tambahan pula kalau ditakuti manusia akan jatuh sakit atau melarat sakitnya. Atha dan Hasan, dua orang tabein besar, berpendapat golongan pertama tak boleh tayammum. Walaupun begitu, Imam Bukhari tidak setuju dengan pendapat mereka. Dalam hal ini, Imam Bukhari berpendapat yang hampir sama dengan Daud Zahiri. Cuma beza dengannya adalah, pada Imam Bukhari, kena bimbang akan melarat sakit itu. Tapi kepada Daud Zahiri, asal sahaja sakit sudah boleh bertayamum, tidak kira sakit apa. Kerana dalam ayat Quran, hanya dikatakan sakit, tidak disebut sakit jenis apa.

وَيُذْكَرُ أَنَّ عَمْرَو بْنَ الْعَاصِ أَجْنَبَ فِي لَيْلَةٍ بَارِدَةٍ فَتَيَمَّمَ وَتَلَا { وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا } فَذَكَرَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يُعَنِّفْ

Dan ada disebutkan bahawa Amar bin al-As telah berjunub pada suatu malam yang sejuk. Dia telah bertayammum dan membaca firman Allah: “jangan kamu membunuh dirimu sesungguhnya Allah maha penyayang kepada dirimu“. Perkara itu telah diceritakan kepada Nabi namun baginda tidak menegur Amar.

Ini adalah dalil yang Imam Bukhari bawa untuk tajuk diatas. Nabi tak tegur pun perbuatan Amar itu. Dan ada dalam jalan riwayat yang lain ada mengatakan bahawa Nabi suka dengan perbuatan Amar itu. Maknanya, tidak salah perbuatan Amar al-As itu. Cerita ini adalah sahih tapi Imam Bukhari tidak letak sanad. Banyak kemungkinan kenapa. Ada kemungkinan dia nak pendekkan cerita. Sebab kalau dibawakan sanad hadis ini, akan banyak pula perbincangan pula tentang sanad itu. Yang hendak disampaikan adalah kisahnya, bukan sanadnya.

Kisah dalam tajuk ini terjadi dalam suatu perang. Amar al-as telah mengalami ihtilam. Dia takut dia akan binasa kalau mandi sebab sejuk sangat. Selepas itu dia jadi imam kepada sahabat-sahabat yang lain semasa dalam peperangan itu. Maka sahabat-sahabat yang lain telah mengadukan hal kejadian itu kepada Nabi. Nabi tak marah.

Siapakah Amar al-As ini? Dulu dia adalah musuh ketat Nabi. Keturunan beliau adalah terdiri hakim dari dulu lagi. Maknanya, dia ini bukanlah calang-calang orang. Dialah wakil Quraish yang jumpa Najashi untuk bawa pulang orang Islam yang telah berhijrah kesana. Dia bukan orang biasa, tapi seorang yang layak dihantar untuk menjadi duta puak Quraish. Kita mungkin masih ingat berkenaan anaknya, Abdullah yang kuat sangat beribadat tu. Sampai tidak mahu kahwin dan membaca Quran 30 juz setiap hari. Amar telah masuk Islam bersama Khalid al Walid. Mereka telah bertemu semasa dua-dua dalam perjalanan bertemu Nabi untuk masuk Islam. Mereka telah masuk Islam sebelum pembukaan Mekah lagi. Maksudnya orang bagus. Sebab tidak sama orang yang masuk Islam sebelum Pembukaan Mekah dan selepasnya. Tingkatan iman tidak sama. Amar telah bersoal jawab dulu dengan Nabi sebelum masuk Islam. Dia hendak memastikan bahawa dosa-dosanya yang telah lalu akan diampunkan kalau dia masuk Islam. Kerana dulu dia telah banyak buat salah kepada agama Islam, maka selepas masuk Islam, dia malu sangat dengan Nabi sampai tak boleh sanggup dia bertentangan mata dengan Nabi setiap kali mereka bertemu. Dia ini lain dari masuknya Islam orang lain, kerana Nabi bersabda bahawa orang lain Islam, tapi amar ‘beriman’. Maknanya, tingkatan iman dia lain dari orang lain. Nabi sangat percaya kepada dia hingga diberikan pangkat-pangkat tertentu. Dialah yang bawa Islam ke Mesir. Maka, sampai bila-bila, orang Mesir terhutang budi kepada Amar yang membawakan. Begitu juga, orang Pakistan terhutang dengan Hajjaj yang telah membawa Islam ke Pakistan.

Allah telah beri karamah kepada. Pernah sekali, kudanya terus berlari atas sungai tidak tenggelam.

Adalah juga kisah yang tidak benar yang telah disebarkan tentang Amar. Iaitu dikatakan dia telah perdaya rombongan Ali semasa mereka berbincang dengan rombongan Muawiyah semasa majlis tahkim. Ini adalah kisah yang dusta yang tidak boleh dipercayai. Amar mulanya tidak terlibat dengan pertelingkahan antara Ali dan Muawiyah tapi telah dipanggil untuk mencapai kata putus antara dua sahabat itu.

– Tidaklah kalau air sejuk sangat, terus nak kena tayamum. Kalau air itu boleh dipanaskan, kena panaskan. Maka, kena tengok keadaan.

332 – حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ خَالِدٍ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ هُوَ غُنْدَرٌ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ سُلَيْمَانَ عَنْ أَبِي وَائِلٍ قَالَ قَالَ أَبُو مُوسَى لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ إِذَا لَمْ يَجِدْ الْمَاءَ لَا يُصَلِّي قَالَ عَبْدُ اللَّهِ لَوْ رَخَّصْتُ لَهُمْ فِي هَذَا كَانَ إِذَا وَجَدَ أَحَدُهُمْ الْبَرْدَ قَالَ هَكَذَا يَعْنِي تَيَمَّمَ وَصَلَّى قَالَ قُلْتُ فَأَيْنَ قَوْلُ عَمَّارٍ لِعُمَرَ قَالَ إِنِّي لَمْ أَرَ عُمَرَ قَنِعَ بِقَوْلِ عَمَّارٍ

332. Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Khalid berkata; telah menceritakan kepada kami Muhammad -Yaitu Ghundar- telah mengabarkan kepada kami Syu’bah dari Sulaiman dari Abu Wa’il berkata, Abu Musa berkata kepada ‘Abdullah bin Mas’ud, “Jika seseorang tidak mendapati air, tidak bolehkah dia bersembahyang?.” ‘Abdullah menjawab, “Ya, jika saya tidak dapati air selama sebulan pun, saya tidak akan sembahyang. Jika aku benarkan kepada mereka dalam masalah ini, nescaya jika seseorang dari mereka merasa sejuk, dia akan buat begini sahaja; ‘maksud beliau ialah dia akan Tayamum dan shalat’. Abu Musa berkata, “Kalau begitu dimana kedudukan ucapan ‘Ammar kepada ‘Umar? ‘ ‘Abdullah bin Mas’ud menjawab: “Aku tidak fikir bahwa ‘Umar telah berpuas hati dengan kata-kata Ammar itu.”

Imam Bukhari masih lagi membawa kisah yang berkisar dengan kejadian Ammar dan Umar itu. Dalam hadis diatas, nampak macam Ibn Mas’ud tidak bersetuju jikalau ada orang berjunub, dia boleh guna tayammum terus. Nampak bahawa pendapatnya adalah kena guna air juga. Isu ini akan dibincangkan lagi dengan panjang lebar. Kena rujuk juga hadis dibawah.

333 – حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصٍ قَالَ حَدَّثَنَا أَبِي قَالَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ قَالَ سَمِعْتُ شَقِيقَ بْنَ سَلَمَةَ قَالَ كُنْتُ عِنْدَ عَبْدِ اللَّهِ وَأَبِي مُوسَى فَقَالَ لَهُ أَبُو مُوسَى أَرَأَيْتَ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ إِذَا أَجْنَبَ فَلَمْ يَجِدْ مَاءً كَيْفَ يَصْنَعُ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ لَا يُصَلِّي حَتَّى يَجِدَ الْمَاءَ فَقَالَ أَبُو مُوسَى فَكَيْفَ تَصْنَعُ بِقَوْلِ عَمَّارٍ حِينَ قَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَكْفِيكَ قَالَ أَلَمْ تَرَ عُمَرَ لَمْ يَقْنَعْ بِذَلِكَ فَقَالَ أَبُو مُوسَى فَدَعْنَا مِنْ قَوْلِ عَمَّارٍ كَيْفَ تَصْنَعُ بِهَذِهِ الْآيَةِ فَمَا دَرَى عَبْدُ اللَّهِ مَا يَقُولُ فَقَالَ إِنَّا لَوْ رَخَّصْنَا لَهُمْ فِي هَذَا لَأَوْشَكَ إِذَا بَرَدَ عَلَى أَحَدِهِمْ الْمَاءُ أَنْ يَدَعَهُ وَيَتَيَمَّمَ فَقُلْتُ لِشَقِيقٍ فَإِنَّمَا كَرِهَ عَبْدُ اللَّهِ لِهَذَا قَالَ نَعَمْ

333. Telah menceritakan kepada kami Umar bin Hafsh berkata; telah menceritakan kepada kami Bapakku berkata; telah menceritakan kepada kami Al A’masy berkata, aku mendengar Syaqiq bin Salamah berkata; aku pernah berada di sisi ‘Abdullah bin Mas’ud dan Abu Musa, Abu Musa lalu bertanya kepadanya, “Bagaimana pendapatmu wahai Abu ‘Abdurrahman bila seseorang mengalami junub dan tidak mendapatkan air. Apa yang harus ia lakukan?” ‘Abdullah menjawab, “Ia tidak boleh shalat hingga mendapatkan air.” Abu Musa berkata, “Bagaimana dengan perkataan ‘Ammar ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepadanya ‘Cukup bagimu begini’? ‘Abdullah berkata, “Tidakkah engkau lihat ‘Umar tidak berpuas hati dengannya?” Abu Musa kembali berkata, “Biarlah kata-kata Ammar itu’ Tapi bagaimana dengan ayat ini (ayat tayammum)? ‘ ‘Abdullah tidak tahu apa jawapan yang harus ia beri lagi, lalu ia berkata, “Jika kita benarkan orang bertayammum, nanti jika mereka merasa dingin dengan air, maka mereka akan terus meninggalkan air dan akan melakukan tayamum sahaja.” Al A’masy berkata: aku bertanya kepada Syaqiq, ‘Hanya kerana inikah ‘Abdullah tidak suka (orang bertayammum)?.’ Syaqiq menjawab, “Ya.”

Bukhari bawa hadis ini untuk menunjukkan bahawa kita kena tengok semua hadis. Supaya boleh faham keseluruhan. Didalam hadis ini, ceritanya lebih panjang lagi dan memberikan makna yang lebih jelas kepada kita tentang perdebatan antara dua sahabat besar itu – Abu Musa dan ibn Mas’ud.

Dalam hadis Ammar, apabila Ammar menceritakan kejadian antara mereka berdua, Umar telah berkata kepada Ammar: takutlah Allah wahai Ammar. Itu macam bunyi Umar tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh Ammar itu. Dikatakan bahawa sebenarnya Umar tak mahu namanya dilibatkan dalam hal itu. Kerana dia tak ingat tentang kejadian itu. Bukan dia tak percaya Ammar, tapi dia tidak percaya. Tapi hairan juga kalau kita nak kata bahawa Umar tak ingat. Selepas Umar cakap macam itu, Ammar telah cakap bahawa dia hanya menceritakan apa yang telah terjadi. Dan kalau Umar tak mahu dia cakap lagi, dia akan berhenti cakap. Tapi Umar telah berkata: “ikutlah apa yang kau yakini”. Ada juga riwayat yang mengatakan bahawa Umar dan juga Ibn Mas’ud sendiri akhirnya telah meninggalkan pendapat mereka itu dan mengikut kepada pendapat Ammar.

Sebenarnya apa yang diputuskan oleh Ibn Mas’ud itu adalah perbuatan yang dikenali sebagai Sadduz Zaari’ah. Iiatu tutup lubang dari melakukan dosa. Bukan dia tak terima hukum bahawa boleh pakai tayammum jika tiada air itu, tapi dia tidak mahu membenarkan sebagai langkah untuk berhati-hati. Ibn Mas’ud takut nanti manusia akan ambil mudah sahaja. Bila sejuk sikit sahaja dah taknak pakai air. Banyak digunakan konsep Sadduz Zaari’ah ini dalam Islam.Contoh: Allah tak beri Adam dan Hawa dekati pokok larangan. Yang sebenarnya tidak dibenarkan adalah Jangan dekati zina. Padahal yang tidak mahu nya adalah berzina tu. Konsep ini digunapakai oleh semua ulama.

Bila Abu Musa tanya Ibn Mas’ud pasal ayat Quran, dia tidak dapat menjawab. Ini menunjukkan Ibn Mas’ud pun faham bahawa ayat dalam Maidah:6 berkenaan bersentuhan itu adalah sebenarnya bermaksud ‘bersetubuh’, bukan hanya sentuh biasa sahaja. Kalau tidak, tentulah dia dah jawap dah. Begitu juga ada ulama yang berpendapat bahawa Ibn Mas’ud akhirnya menerima kata-kata Abu Musa itu. Dan dari kata-kata Ibn Mas’ud itu, kita tahu bahawa yang dia tidak mahunya adalah manusia mengambil mudah sahaja penggunaan tayammum itu, bukanlah dia tidak bersetuju.

Hadis ini menunjukkan boleh berhujah. Dan boleh bawa dalil yang tidak diterima lawan.

Orang yang berjunub boleh mengangkat hadasnya dengan tayammum.

Quran adalah hujjah yang paling kuat.

Jangan taksub kepada individu walauoun dalam kes ini, Umar. Kita boleh lihat bahawa walaupun pendapat itu adalah dari Umar, tapi tiada ulama yang pakai pendapat itu. Itu menunjukkan mereka melihat kepada nas yang ada, bukan kalau pendapat itu datang dari orang yang besar sahaja, terus terima. Tidak boleh macam tu.

 

Sahih Bukhari Kitab Tayammum Sesi 6 Bab Muka Bumi Yang Suci Adalah Air Sembahyang Yakni Bahan Penyuci Orang Islam

Filed under: Hadith,Kitab Tayammum — visitor74 @ 6:18 pm

بَاب الصَّعِيدُ الطَّيِّبُ وَضُوءُ الْمُسْلِمِ يَكْفِيهِ مِنْ الْمَاءِ

Bab Muka Bumi Yang Suci Adalah Air Sembahyang Yakni Bahan Penyuci Orang Islam memadai untuknya sebagai pengganti air.

Tajuk ini diambil dari ayat hadis sebelum ini, iaitu kata-kata Ammar. Walaupun ianya adalah kata-kata sahabat dan bukan Nabi, kita terima kerana kita tahu bahawa sabahat tidak bercakap melainkan apa yang diberitahu oleh Nabi.

Ada 5 perkara yang hendak dibincangkan dalam hadis ini. Semuanya ada dalam tajuk yang Imam Bukhari susunkan kalau kita perhatikan. Semuanya ada khilaf antara ulama.
1. وَضُوءُ. Iaitu Tayammum adalah sebagai air sembahyang.
2. يَكْفِيهِ Memadai tayammum untuk mengangkat hadas.
3. Tayammum boleh dipakai selagi tidak berhadas
4. Ibn Abbas bertayammum dan menjadi imam
5. Yahya bin Said berkata bahawa tidak salah guna tanah yang tandus yang masin.

وَقَالَ الْحَسَنُ يُجْزِئُهُ التَّيَمُّمُ مَا لَمْ يُحْدِثْ وَأَمَّ ابْنُ عَبَّاسٍ وَهُوَ مُتَيَمِّمٌ وَقَالَ يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ لَا بَأْسَ بِالصَّلَاةِ عَلَى السَّبَخَةِ وَالتَّيَمُّمِ بِهَا

AlHasan berpendapat tayammum memadai untuknya selagi dia tidak berhadas Ibn Abbas menjadi imam dengan bertayamum. Yahya bin said berpendapat tidak salah solat di atas tanah yang tandus yang masin dan bertayamum dengannya.

Persoalan yang timbul dikalangan ulama, adakah mukabumi sebagai pengganti mutlak (badal mutlak)? Atau sebagai pengganti darurah (badal darurah) sahaja? Ini adalah kerana ada yang kata tayammum itu hanya untuk melepaskan kehendak darurat sahaja. Hanya dipakai untuk sementara sahaja. Ianya tidak cukup kuat untuk mengangkat hadas, tetapi hanya boleh digunakan untuk membolehkan ibadat waktu itu sahaja. Maka pendapat ini mengatakan bahawa satu tayamum hanya boleh digunakan untuk satu solat sahaja. Maknanya tidak terangkat hadas itu. Salah seorang ulama yang berpendapat begitu adalah Imam Syafie. Ini adalah kerana pada mereka yang berpendapat seperti itu, tayammum itu tidak kuat. Tidak sama kalau dibandingkan dengan air yang digunakan untuk wudu dan mandi janabah. Imam Bukhari hendak menolak pendapat yang sebegitu.

Imam Bukhari berpendapat tayammum adalah sebagai badal mutlak. Ianya boleh mengambil alih kedudukan air dalam wudu atau mandi janabah secara mutlak. Boleh dipakai untuk banyak ibadah. Tidak perlu banyak kali tayammum. Kerana pendapat yang mengatakan ianya bukan badal mutlak, kena ambil untuk setiap kali nak solat. Iaitu, kalau dah pakai tayammum untuk solat zohor, bila nak solat asar, kena ambil tayammum lagi. Jadi, ini bukanlah untuk memudahkan. Imam Bukhari nak tolak pendapat itu dan padanya, tayammum adalah sama sahaja dengan air. Kalau air boleh mengangkat janabah, maka tayammum juga boleh mengangkat janabah. Dan boleh dipakai untuk melakukan ibadah sebanyak manapun, selagi belum ada perkara yang membatalkan. Iaitu kalau dah pakai untuk solat zohor, kalau selagi tidak kencing contohnya, boleh lagi pakai untuk solat Asar. Hanya tidak boleh digunakan bila jumpa air. Ini adalah kerana dalam hadis, Nabi telah menyamakan tayammum dengan air sembahyang. Dan dalam ayat Quran berkenaan tayammum, Allah mengatakan bahawa Dia tidak mahu langsung menyusahkan sedikit pun. Kalau setiap kali nak solat, kena ambil tayammum, itu tidaklah menyenangkan. Padahal, tujuan tayammum itu adalah untuk menyenangkan. Dan dalam ayat Quran juga, Allah hendakkan kita bersyukur dengan nikmat kemudahan yang telah diberikanNya. Kita selalunya bersyukur kalau nikmat kemudahan diberikan. Kalau menyusahkan kita, tentu Allah akan suruh kita bersabar. Itulah pemahaman Imam Bukhari. Maknanya, pendapat Imam Bukhari sesuai dengan ayat Quran.

Hasan al Basri dikatakan dalam tajuk hadis ini, dia berpendapat tidak batal tayammum selagi tidak berhadas. Imam Bukhari membawakan pendapat Hasan untuk menguatkan pendapatnya. Takut ada yang kata, dia seorang sahaja yang berpendapat demikian. Jadi dia bawa pendapat orang yang besar juga, iaitu seorang tabein. Pendapat ini mengatakan tayammum itu sama macam air wudu. Nabi lagi tepat cara dia cakap: tayammum itu adalah ‘pengganti’ wudu. Bukan dia hanya kata ‘sama’. Dari segi bahasa, itu makna sama betul. Iaitu, ada beza kalau kita kata: zaid ‘macam’ ular. Itu bermakna kita kata perangai dia macam ular. Tapi kalau kita kata: zaid ular, itu kita kata zaid dah tukar jadi ular. Jadi, pendapat ini mengatakan bahawa kalau tayammum itu tidak batal selagi tidak berhadas, bolehlah pakai banyak kali. Ini hendak menolak pendapat yang mengatakan kalau dah habis waktu solat zuhur contohnya, tayammum itu secara otomatik akan terbatal.

Imam Bukhari juga membawakan pendapat sahabat besar iaitu Ibn Abbas. Pernah dia menjadi imam dalam solat dan waktu itu dia bertayammum. Dan waktu itu, ada makmum yang wudu menggunakan air. Kalau tayammum itu tak sempurna seperti pendapat sesetengah ulama, tentu dia akan suruh orang lain jadi imam. Kalau ada yang kata sebab tidak ada orang lain lagi yang layak, sewaktu itu, seorang lagi sahabat besar iaitu Ammar pun menjadi makmum juga. Ammar adalah seorang yang Alim juga. Imam Syafie pun terima pendapat yang mengatakan seseorang yang bertayamum boleh menjadi imam kepada makmum yang mengangkat hadas menggunakan air. Ianya juga adalah pendapat Jumhur ulama. Tapi Imam Bukhari bawa tajuk ini kerana dia hendak menolak sesetengah pendapat yang kata tak boleh. Pendapat yang selain Bukhari bukan itu sahaja – nak ambil tayammum itu kena pastikan dah masuk waktu zohor, baru boleh pakai untuk solat zohor. Tapi Imam Bukhari tidak setuju. Macam air juga, tidak perlu masuk waktu, baru dikira sah wudu itu. Kalau ambil awal pun boleh juga.

Imam Bukhari kemudian membawakan kata-kata Yahya bin Said yang mengatakan boleh guna tanah yang tak menumbuhkan tanaman. Ini dibawa kerana ada pendapat seperti Imam Syafie berpendapat kena pakai tanah yang boleh menumbuhkan tanaman. Imam Syafie walaupun kata kena tanah yang menumbuhkan tanaman, dia terima juga tanah tandus. Kerana tanah Madinah adalah tanah tandus yang masin. Itulah penerangan tentang Madinah yang digunakan oleh Nabi semasa baginda ditunjukkan tempat Hijrah.

331 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنِي يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَوْفٌ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو رَجَاءٍ عَنْ عِمْرَانَ قَالَ كُنَّا فِي سَفَرٍ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَإِنَّا أَسْرَيْنَا حَتَّى كُنَّا فِي آخِرِ اللَّيْلِ وَقَعْنَا وَقْعَةً وَلَا وَقْعَةَ أَحْلَى عِنْدَ الْمُسَافِرِ مِنْهَا فَمَا أَيْقَظَنَا إِلَّا حَرُّ الشَّمْسِ وَكَانَ أَوَّلَ مَنْ اسْتَيْقَظَ فُلَانٌ ثُمَّ فُلَانٌ ثُمَّ فُلَانٌ يُسَمِّيهِمْ أَبُو رَجَاءٍ فَنَسِيَ عَوْفٌ ثُمَّ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ الرَّابِعُ وَكَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا نَامَ لَمْ يُوقَظْ حَتَّى يَكُونَ هُوَ يَسْتَيْقِظُ لِأَنَّا لَا نَدْرِي مَا يَحْدُثُ لَهُ فِي نَوْمِهِ فَلَمَّا اسْتَيْقَظَ عُمَرُ وَرَأَى مَا أَصَابَ النَّاسَ وَكَانَ رَجُلًا جَلِيدًا فَكَبَّرَ وَرَفَعَ صَوْتَهُ بِالتَّكْبِيرِ فَمَا زَالَ يُكَبِّرُ وَيَرْفَعُ صَوْتَهُ بِالتَّكْبِيرِ حَتَّى اسْتَيْقَظَ بِصَوْتِهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا اسْتَيْقَظَ شَكَوْا إِلَيْهِ الَّذِي أَصَابَهُمْ قَالَ لَا ضَيْرَ أَوْ لَا يَضِيرُ ارْتَحِلُوا فَارْتَحَلَ فَسَارَ غَيْرَ بَعِيدٍ ثُمَّ نَزَلَ فَدَعَا بِالْوَضُوءِ فَتَوَضَّأَ وَنُودِيَ بِالصَّلَاةِ فَصَلَّى بِالنَّاس فَلَمَّا انْفَتَلَ مِنْ صَلَاتِهِ إِذَا هُوَ بِرَجُلٍ مُعْتَزِلٍ لَمْ يُصَلِّ مَعَ الْقَوْمِ قَالَ مَا مَنَعَكَ يَا فُلَانُ أَنْ تُصَلِّيَ مَعَ الْقَوْمِ قَالَ أَصَابَتْنِي جَنَابَةٌ وَلَا مَاءَ قَالَ عَلَيْكَ بِالصَّعِيدِ فَإِنَّهُ يَكْفِيكَ ثُمَّ سَارَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَاشْتَكَى إِلَيْهِ النَّاسُ مِنْ الْعَطَشِ فَنَزَلَ فَدَعَا فُلَانًا كَانَ يُسَمِّيهِ أَبُو رَجَاءٍ نَسِيَهُ عَوْفٌ وَدَعَا عَلِيًّا فَقَالَ اذْهَبَا فَابْتَغِيَا الْمَاءَ فَانْطَلَقَا فَتَلَقَّيَا امْرَأَةً بَيْنَ مَزَادَتَيْنِ أَوْ سَطِيحَتَيْنِ مِنْ مَاءٍ عَلَى بَعِيرٍ لَهَا فَقَالَا لَهَا أَيْنَ الْمَاءُ قَالَتْ عَهْدِي بِالْمَاءِ أَمْسِ هَذِهِ السَّاعَةَ وَنَفَرُنَا خُلُوفًا قَالَا لَهَا انْطَلِقِي إِذًا قَالَتْ إِلَى أَيْنَ قَالَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ الَّذِي يُقَالُ لَهُ الصَّابِئُ قَالَا هُوَ الَّذِي تَعْنِينَ فَانْطَلِقِي فَجَاءَا بِهَا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَحَدَّثَاهُ الْحَدِيثَ قَالَ فَاسْتَنْزَلُوهَا عَنْ بَعِيرِهَا وَدَعَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِإِنَاءٍ فَفَرَّغَ فِيهِ مِنْ أَفْوَاهِ الْمَزَادَتَيْنِ أَوْ سَطِيحَتَيْنِ وَأَوْكَأَ أَفْوَاهَهُمَا وَأَطْلَقَ الْعَزَالِيَ وَنُودِيَ فِي النَّاسِ اسْقُوا وَاسْتَقُوا فَسَقَى مَنْ شَاءَ وَاسْتَقَى مَنْ شَاءَ وَكَانَ آخِرُ ذَاكَ أَنْ أَعْطَى الَّذِي أَصَابَتْهُ الْجَنَابَةُ إِنَاءً مِنْ مَاءٍ قَالَ اذْهَبْ فَأَفْرِغْهُ عَلَيْكَ وَهِيَ قَائِمَةٌ تَنْظُرُ إِلَى مَا يُفْعَلُ بِمَائِهَا وَايْمُ اللَّهِ لَقَدْ أُقْلِعَ عَنْهَا وَإِنَّهُ لَيُخَيَّلُ إِلَيْنَا أَنَّهَا أَشَدُّ مِلْأَةً مِنْهَا حِينَ ابْتَدَأَ فِيهَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اجْمَعُوا لَهَا فَجَمَعُوا لَهَا مِنْ بَيْنِ عَجْوَةٍ وَدَقِيقَةٍ وَسَوِيقَةٍ حَتَّى جَمَعُوا لَهَا طَعَامًا فَجَعَلُوهَا فِي ثَوْبٍ وَحَمَلُوهَا عَلَى بَعِيرِهَا وَوَضَعُوا الثَّوْبَ بَيْنَ يَدَيْهَا قَالَ لَهَا تَعْلَمِينَ مَا رَزِئْنَا مِنْ مَائِكِ شَيْئًا وَلَكِنَّ اللَّهَ هُوَ الَّذِي أَسْقَانَا فَأَتَتْ أَهْلَهَا وَقَدْ احْتَبَسَتْ عَنْهُمْ قَالُوا مَا حَبَسَكِ يَا فُلَانَةُ قَالَتْ الْعَجَبُ لَقِيَنِي رَجُلَانِ فَذَهَبَا بِي إِلَى هَذَا الَّذِي يُقَالُ لَهُ الصَّابِئُ فَفَعَلَ كَذَا وَكَذَا فَوَاللَّهِ إِنَّهُ لَأَسْحَرُ النَّاسِ مِنْ بَيْنِ هَذِهِ وَهَذِهِ وَقَالَتْ بِإِصْبَعَيْهَا الْوُسْطَى وَالسَّبَّابَةِ فَرَفَعَتْهُمَا إِلَى السَّمَاءِ تَعْنِي السَّمَاءَ وَالْأَرْضَ أَوْ إِنَّهُ لَرَسُولُ اللَّهِ حَقًّا فَكَانَ الْمُسْلِمُونَ بَعْدَ ذَلِكَ يُغِيرُونَ عَلَى مَنْ حَوْلَهَا مِنْ الْمُشْرِكِينَ وَلَا يُصِيبُونَ الصِّرْمَ الَّذِي هِيَ مِنْهُ فَقَالَتْ يَوْمًا لِقَوْمِهَا مَا أُرَى أَنَّ هَؤُلَاءِ الْقَوْمَ يَدْعُونَكُمْ عَمْدًا فَهَلْ لَكُمْ فِي الْإِسْلَامِ فَأَطَاعُوهَا فَدَخَلُوا فِي الْإِسْلَامِ
قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ صَبَأَ خَرَجَ مِنْ دِينٍ إِلَى غَيْرِهِ وَقَالَ أَبُو الْعَالِيَةِ { الصَّابِئِينَ } فِرْقَةٌ مِنْ أَهْلِ الكِتَابِ يَقْرَءُونَ الزَّبُورَ

331. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepadaku Yahya bin Sa’id berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Auf berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Raja’ dari ‘Imran berkata, “Kami pernah dalam suatu perjalanan bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, kami berjalan di waktu malam hingga ketika sampai di akhir malam kami tidur, dan bagi orang yang bermusafir, tidak ada tidur yang paling enak (nyenyak) bagi musafir melebihi yang kami alami. Hingga tidak ada yang membangunkan kami kecuali panas sinar matahari. Dan orang yang pertama kali bangun adalah si fulan, lalu si fulan, lalu si fulan, Abu Raja’ memberitahu nama mereka tapi Abu ‘Auf lupa. Dan ‘Umar bin Al Khaththab adalah orang keempat bangun, sedangkan apabila Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bila tidur tidak ada yang membangunkannya hingga beliau bangun sendiri, kerana kami tidak tahu apa yang terjadi pada beliau dalam tidurnya. Ketika ‘Umar bangun dan melihat apa yang terjadi kepada orangramai -dan ‘Umar adalah seorang yang berani -, maka ia bertakbir dengan mengeraskan suaranya dan terus saja bertakbir dengan keras hingga Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam terbangun akibat kerasnya suara takbir ‘Umar. Tatkala beliau bangun, orang-orang mengadukan peristiwa yang mereka alami. Maka beliau bersabda: “Tidak mengapa, atau tidak ada apa-apa dan lanjutkanlah perjalanan.” Maka beliau meneruskan perjalanan dan setelah beberapa jarak yang tidak jauh beliau berhenti lalu meminta air untuk wudu, beliau lalu berwudu kemudian menyeru untuk shalat. Maka beliau salat mengimami orang banyak. Setelah beliau selesai melaksanakan shalatnya, didapatinya ada seorang yang memisahkan diri tidak ikut salat bersama orang banyak. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Fulan, apa yang menghalangimu untuk salat bersama orang banyak?” Orang itu menjawab, “Aku mengalami junub, sementara air tidak ada.” Baginda lantas menjelaskan: “Gunakanlah mukabumi (untuk bertayamum) kerana ia sudah memadai.” Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melanjutkan perjalanan hingga akhirnya orang-orang mengadu kepada beliau bahwa mereka kehausan. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berhenti lalu meminta seseorang yang Abu Raja’ sebut namanya -namun ‘Auf lupa- dan ‘Ali seraya memerintahkan keduanya: “Pergilah kalian berdua mencari air.” Maka keduanya berangkat hingga berjumpa dengan seorang wanita yang berada diantara dua gereba besar berisi air diatas untanya. Maka keduanya bertanya kepadanya, “Dimana ada air?” Wanita itu menjawab, “pada waktu inilah saya tinggalkan tempat air kelmarin. Dan sekarang kalangan kaum lelaki kami tiada di rumah.” Lalu keduanya berkata, “Kalau begitu marilah berangkat bersama kami”. Wanita itu bertanya, “mau kemana?” Keduanya menjawab, “Kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.” Wanita itu bertanya, “oh, kepada orang yang dipanggil (Shabi’i) itukah?” Keduanya menjawab, “Dialah yang kamu maksudkan itu. Berangkatlah.” Kemudian kedua sahabat Nabi itu pergi bersama wanita tersebut menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam. Keduanya kemudian menceritakan peristiwa itu kepada baginda. Kata perawi- lalu mereka meminta perempuan itu turun dari untanya. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam meminta satu bekas air, lalu menuangkan sedikit air dari bahagian atas mulut kantung-kantung air (milik wanita itu) kedalam bekas itu, lepas mengikat kantung-kantung air tersebut sebelah atas, beliau membuka pula bahagian yang sebelah bawah seraya berseru kepada orang banyak: “minumlah kalian dan beri minumlah!” Maka orang-orang memberi minum sesiapa sahaja yang mereka mahu dan orang-orang meminum sesuka mereka. Dan akhirnya, beliau memberi sebekas air kepada orang yang tadi dalam janabah. Beliau lalu berkata kepadanya: “Pergi dan mandilah.” Dan wanita tersebut berdiri memerhatikan apa yang diperbuat terhadap airnya. Demi Allah, setelah semua orang selesai minum dan mengambil air daripada gereba, kami tetap merasakan ia lebih penuh dari sebelumnya. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam lalu bersabda: “Kumpulkanlah (makanan) untuknya.” Maka orang-orang pun mengumpulkan untuk perempuan itu tamar Ajwah, tepung gandum, sawiq sehingga terkumpul sebanyak makanan dalam selembar kain, mereka lalu menaikkan wanita tersebut di atas unta dan meletakkan bungkusan makanan tersebut di depannya. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berkata kepada wanita tersebut: “Kamu mengetahui bahwa kami tidak mengurangi sedikitpun air milikmu, tetapi Allah jua yang telah memberi minum kepada kami.” Wanita tersebut terlambat sedikit sampai ke rumahnya, mereka lalu bertanya, “Wahai fulanah, apa yang membuat kamu terlambat?” Wanita tersebut menjawab, “Ada perkara ajaib telah berlaku! Aku bertemu dengan dua orang laki-laki yang kemudian mereka membawaku bertemu dengan seorang yang disebut Shabi’I itu, lalu laki-laki itu berbuat begini, begini. Demi Allah, sesungguhnya dia adalah tukang sihir yang paling pandai diantara ini dan ini.” Wanita tersebut berkata sambil memberi isyarat dengan mengangkat jari tengah dan telunjuknya ke arah langit, apa yang dimaksudkannya adalah antara langit dan bumi. Atau sememangnya dia adalah Utusan Allah. Selepas peristiwa tersebut, kaum Muslimin menyerang kawasan orang-orang musyrikin di sekitar kelompok perempuan tadi tetapi musyrikin dari kelompok wanita itu tidak diganggu. Pada suatu hari wanita itu berkata kepada kaumnya, “Aku fikir orang-orang Islam ini memang sengaja membiarkan kalian. Oleh itu mahukah kalian masuk Islam?” Maka kaumnya mendengar cakapnya dan mereka masuk ke dalam Islam.” Abu ‘Abdullah berkata, “Yang dimaksud dengan Shabi’i adalah keluar dari suatu agama kepada agama lain.” Sedangkan Abu’ ‘Aliyah berkata, “Ash-Shabi’un adalah kelompok dari Ahlul Kitab yang membaca Kitab Zabur.” Perkataan asbuq dalam surah Yusuf itu bererti: aku akan cenderung.

– Bilakah perjalanan itu berlaku? Pendapat yang kuat mengatakan yang ianya terjadi semasa perjalanan pulang dari Perang Khaibar. Sebab Imran, perawi hadis ini, hanya masuk Islam semasa Peristiwa Khaibar.

Ini bukanlah kejadian pertama Nabi dan sahabat tertinggal solat subuh. Bukan sekali sahaja. Satu pendapat mengatakan tidak kurang dari tiga kali. Mungkin lebih lagi. Ini kerana mereka selalu berada dalam perjalanan malam dan kerana keletihan, mereka telah terlajak tidur dan tertinggal waktu subuh.

Kenapakah sahabat yang tidak solat berjemaah dalam hadis ini tidak pakai tayammum sahaja? Boleh jadi hukum tayamum tidak ada lagi waktu itu atau dia sahaja yang tidak tahu. Kemungkinan besar dah ada dah hukum. Cuma dia yang tak tahu. Nama beliau tidak diberitahu dalam hadis ini. Kerana nama tak penting. Selalunya dalam hadis begitu, kerana tidak mahu namanya sampai ke kiamat disebut-sebut dalam nada negatif. Yang penting adalah pengajaran yang hendak diambil. Dalam Quran pun begitu juga. Macam nama Ashabul Kahfi, langsung tidak disebut. Tapi, nama sahabat itu ada juga disebut didalam hadis yang diriwayatkan ditempat lain. Tapi, tidak penting nama beliau.

Apakah yang dimaksudkan dengan perkataan wanita itu sebegini: “pada waktu inilah saya tinggalkan tempat air kelmarin. Dan sekarang kalangan kaum lelaki kami tiada di rumah.”. Adakah dia takut dengan dua sahabat itu? Takut mereka buat sesuatu dengan dia kah? Sebenarnya, yang dia maksudkan adalah tempat air itu adalah jauh. Dia pergi kelmarin lagi, baru ini sampai. Jadi sahabat tahu bahawa kalau mereka hendak pergi sendiri, terlalu jauh. Itu yang mereka minta perempuan itu ikut bersama mereka. Dan apabila dia kata golongan lelaki tidak ada di rumah itu bermakna, yang ada hanya budak-budak dan wanita sahaja di rumah. Oleh itu, dia tidak boleh lambat.

Apabila wanita itu sebut: “oh, kepada orang yang dipanggil (Shabi’i) itukah?”, dua sahabat itu tidak dengan ya atau tidak. Sebab makna shabi’i itu adalah orang yang meninggalkan agama nenek moyang dan masuk ke agama baru. Maka, ada nada negatif di situ. Begitu pandai sahabat menjawap. Mereka hanya mengatakan bahawa mereka faham maksud wanita itu dan membenarkan bahawa wanita itu memperkatakan tentang Nabi.

Gereba itu adalah bekas air yang diperbuat dari perut kambing. Ada dua lubang – atas dan bawah. Nabi telah mengambil air dai bahagian atas dan kemudian dari lubang yang bawah kerana lubang bawah lagi kecil, jadi air tidak menggeloncor keluar dengan banyak. Dalam hadis riwayat lain, ada disebut bahawa Nabi telah memasukkan balik air yang telah diambil. Ini adalah mukjizat Nabi. Dari air yang sedikit itu telah digunakan oleh banyak orang. Ada yang kata mereka seramai 40 orang, tidak termasuk dengan binatang yang bersama mereka. Allah boleh sahaja nak keluarkan air dari jari baginda atau datangkan air dengan cara lain. Tapi ini nak ajar supaya ada usaha dari Nabi. Macam juga Allah tolong Maryam semasa beliau telah melahirkan anak. Siti Maryam telah disuruh untuk menggoncang pokok kurma. Itu adalah usaha dari beliau. Padahal, apalah sangat goncangnya itu. Kalau bukan orang baru bersalin dan lelaki pun, kalau goncang pokok tidak jadi apa-apa. Tapi Allah nak lihat ada usaha dari manusia.

Sahabat memang kalau Nabi sedang tidur, mereka tak gerak, kerana takut Nabi sedang dapat wahyu. Tapi Umar gerak juga dengan melaungkan azan dengan kuat. Itulah adab Umar dalam menggerak Nabi. Para sahabat memang beradab. Iaitu setelah dididik oleh Nabi sekian lama.

Kekesalan jelas pada sahabat kerana tertinggal solat. Nabi bangun sahaja, mereka telah mengadu tentang hal mereka tertinggal solat subuh itu kepada Nabi. Kecoh jadinya waktu itu. Itulah tanda orang beriman. Kalau mereka buat salah, mereka akan rasa menyesal sangat. Mereka terkesan. Tapi, kalau orang yang tidak beriman, kalau buat salah, mereka selamba sahaja. Jadi, kena periksa balik diri kita macam mana.

Apabila Nabi mengatakan tidak mengapa, teruskan perjalanan, bermakna tidak berdosa kalau tertinggal solat kerana tertidur. Ulama telah sepakat bahawa tiga perkara tidak berdosa: budak yang belum baligh, tertidur atau terlupa. Kalau tertidur atau terlupa itu, hanya qadha sahaja. Wajib qadha solat itu. Tapi, kalau memang dulu sengaja tinggal solat, banyak khilaf. Ada yang kata kena qadha juga, tapi ada juga yang kata tidak perlu. Kerana tidak termasuk dalam jenis yang tiga diatas. Hanya minta ampun sahaja, kerana memang dah berdosa dah tinggalkan. Semoga Allah ampunkan.

Boleh bertayamum untuk mengangkat janabah jikalau tiada air.

Seorang guru kena menegur jikalau dia nampak ada kesalahan yang dibuat oleh anak murid. Atau bawah kita. Tapi ikutlah cara Nabi – berlembut dalam menegur.

Kelebihan solat berjemaah. Dan kena tegur mana yang tidak solat sekali.

Boleh lewatkan solat qadha. Dalam hadis ini, Nabi tidak terus solat. Baginda suruh teruskan perjalanan. Bila dah jauh sikit, baru buat solat. Maknanya, kalau kita qadha tu, tidaklah kena terus qadha kalau terbangun atau teringat itu. Boleh dilewatkan. Kalau ada sebab.

Molek untuk tinggalkan tempat yang tidak elok. Iaitu tempat yang menggugat agama. Samalah juga macam hijrah yang difardhukan. Kerana Mekkah adalah tempat yang menggugat agama.

Molek azan dan qamat walau solat qadha pun.

Boleh berjemaah dalam solat qadha. Tidaklah wajib.

Harus cari air kalau tiada air. Bukanlah mencari air itu menunjukkan kita tidak redha dengan takdir Allah atau tidak tawakal.

Boleh ambil air orang kalau perlu dengan niat nak bayar.

Orang yang dahaga didahulukan dari keperluan mengangkat junub. Nabi bagi minum dulu. Hidup didahulukan sebelum ibadat.

Lafaz akad tidak perlu. Dah maklum setuju. Nabi tak cakap apa-apa semasa ambil air itu. Yang kita buat akad semasa membeli dan menjual itu tidak perlu. Macam mana nak akad kalau kita beli air dari vending machine?

Kepentingan maslahah minum lebih penting dari bersuci. Kepentingan binatang pun djaga.

Harus berurusan dengan wanita. Dalam keadaan aman dari fitnah. Tapi kalau boleh menyebabkan fitnah, tidak boleh. Dalam hadis ini,sahabat berurusan dengan perempuan. Siap tolong perempuan itu naik unta. Maknanya boleh bercakap dengan orang perempuan, walaupun mereka orang kafir. Tidaklah benar kalau ada yang mengatakan sampai tidak boleh bercakap. Sampaikan ada yang kalau orang perempuan angkat, letak balik telefon. Itu akan menyebabkan orang luar rasa sangsi dengan Islam.

Harus guna bekas musyrikin. Asalkan tidak diyakini ada najis. Kalau yakin ada najis, tidak boleh. Jangan sangka buruk dengan orang kafir. Kita boleh makan makanan masakan mereka. Jangan kita sangka buruk dengan mereka. Atau kita layan mereka teruk. Atau ambil harta mereka. Nabi sendiri mengatakan bahawa baginda akan menjaga hak kafir dzimmi.

Harus tak serang. Dalam kes ini, kaum Muslimin mengenang budi perempuan itu. Molek juga hormat keluarga orang berjasa. Kaum Muslimin tak kacau kelompok wanita itu walaupun yang tolong mereka adalah wanita itu sahaja. Walaupun mereka kafir.

Nabi menggunakan diplomasi dalam tidak menyerang itu. Akhirnya, kita lihat bagaimana kaum wanita itu memeluk Islam. Begitu juga apa yang Nabi lakukan dalam perkahwinan baginda. Ramai yang masuk Islam dengan cara begitu. Atau baginda pernah bebaskan seluruh kaum yang telah ditawan selepas baginda mengahwini wanita mereka. Seluruh kaum masuk Islam.

Boleh mengadu kepada pemimpin tentang masalah. Sahabat mengadu tentang mereka tertinggal solat dan apabila mereka kehausan.

Elok tidur dalam musafir. Untuk menyegarkan badan.

Boleh ambil dalam terdesak barang orang lain dalam mereka rela atau tidak.

Nabi pun boleh tidur nyenyak. Sebab baginda juga manusia. Tidak mencacatkan sifat kenabian dan kerasulan baginda.

 

Sahih Bukhari Kitab Tayammum Sesi 4 & 5 Bab Bolehkah Seseorang Yang Bertayammum Meniup Debu Yang Terlekat Pada Kedua Tangannya April 6, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Tayammum — visitor74 @ 11:29 am

بَاب الْمُتَيَمِّمُ هَلْ يَنْفُخُ فِيهِمَا

Bab Bolehkah Seseorang Yang Bertayammum Meniup Debu Yang Terlekat Pada Kedua Tangannya

Kenapakah persoalan ini ditimbulkan oleh Imam Bukhari? Padahal kalau dilihat pada hadis, memang Nabi tiup pada tangannya. Maknanya bolehlah. Tidak ada persoalan lagi yang sebenarnya. Tapi ianya timbul kerana boleh jadi, akan ada persoalan, kenapa Nabi tiup tu? Mungkin baginda tiup kerana ada benda lain yang melekat pada tangan seperti jerami atau sebagainya yang tidak diperlukan. Atau kerana terlalu banyak tanah yang melekat pada tangan dan kerana itu Nabi tiup untuk menipiskan. Atau memang debu tanah tidak diperlukan dalam tayamum. Kerana itulah pendapat Imam Bukhari – tidak perlu pakai tanah yang berdebu. Tambahan pula dia memegang pendapat bahawa muka tidak boleh dirosakkan. Seperti juga dalam Islam tidak boleh memakai tatoo. Itu termasuk merosakkan muka. Dan kalaulah kita kena mencomotkan muka dengan tanah, maka itu tidaklah elok pada pendapat dia. Kerana kita tidak tahu apa yang ada pada tanah itu. Memang nampak bersih pada pandangan kita tapi mungkin ada kuman dan sebagainya. Maka pada pendapat Imam Bukhari, lebih elok menggunakan bahan yang tidak melibatkan tanah. Pada beliau, cukup menggunakan ‘mukabumi’. Ianya apa sahaja yang boleh dipanggil mukabumi, asalkan bersih. Iaitu tidak ada najis padanya.

Pahala beribadat itu bukanlah dengan meninggalkan kesan pada tubuh kita. Apabila kita telah melakukan ibadat itu, pahala telah ditulis kerana kita telah mengikut arahan Allah. Maka, tidaklah perlu nak kenakan sesuatu bahan pada tubuh kita. Ini perlu disebut, kerana ada yang kata, kalau tampar pada batu sahaja, tiada kesan apa-apa. Jadi, itu yang mereka kata kena guna tanah juga. Dan tanah pula, tanah yang berdebu.

Ada yang mengatakan bahawa kena ada debu tanah kerana tanah itu adalah sebagai ganti air. Dan kalau kita guna air, bukankah perlu diratakan di anggota wudu? Tapi dengan perbuatan Nabi meniup tangan baginda, menunjukkan bahawa itu tidak perlu. Kerana kalau Nabi menipiskan kesan debu ditangan baginda, bermakna debu itu adalah hanya tinggal sedikit dan tidak cukup untuk diratakan ke seluruh wajah dan tangan. Hanya sapu sekali lalu sahaja. Bermakna, kalau Nabi nak ratakan debu itu keseluruh muka dan tangannya, tentu baginda tidak tiup pada tapak tangan tadi. Tentulah baginda akan pakai debu tanah yang banyak kalau memang nak kena ratakan pada seluruh badan.

326 – حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنَا الْحَكَمُ عَنْ ذَرٍّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبْزَى عَنْ أَبِيهِ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَقَالَ إِنِّي أَجْنَبْتُ فَلَمْ أُصِبْ الْمَاءَ فَقَالَ عَمَّارُ بْنُ يَاسِرٍ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ أَمَا تَذْكُرُ أَنَّا كُنَّا فِي سَفَرٍ أَنَا وَأَنْتَ فَأَمَّا أَنْتَ فَلَمْ تُصَلِّ وَأَمَّا أَنَا فَتَمَعَّكْتُ فَصَلَّيْتُ فَذَكَرْتُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا كَانَ يَكْفِيكَ هَكَذَا فَضَرَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَفَّيْهِ الْأَرْضَ وَنَفَخَ فِيهِمَا ثُمَّ مَسَحَ بِهِمَا وَجْهَهُ وَكَفَّيْهِ

326. Telah menceritakan kepada kami Adam ia berkata; telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah menceritakan kepada kami Al Hakam dari Dzar dari Sa’id bin ‘Abdurrahman bin Abza dari Bapaknya berkata, “Seorang laki-laki datang kepada Umar Ibnul Khaththab dan berkata, “bagaimana kalau aku mengalami junub tapi tidak mendapatkan air?” Maka berkatalah ‘Ammar bin Yasir kepada ‘Umar bin Al Khaththab, “Masih ingatkah engkau ketika kita dalam suatu perjalanan? Ketika itu aku dan engkau sedang berjunub. Adapun engkau tidak bersolat. Sedangkan aku bergulingan di atas tanah lalu shalat? Kemudian hal itu aku sampaikan kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sebenarnya cukup kamu melakukan begini.” Beliau lalu menepuk telapak tangannya ke tanah dan meniupnya, lalu mengusapkannya ke muka dan kedua telapak tangannya di bahagian belakangnya hingga ke pergelangan.”

Ammar menggunakan konsepqiyas bagaimana hendak bertayammum dalam janabah sebab masa itu tak jelas bagaimana menggunakan tayammum kalau dalam keadaan junub. Dia sudah tahu bagaimana menggunakan tayammum menggantikan wudu kerana ayat tayammum sudah turun masa itu. Tapi bagaimana menggunakannya kalau dalam janabah, dia tidak pasti. Maka dia telah berguling di tanah. Kerana dia qiyas bahawa kalau mandi janabah, air diratakan seluruh badan. Maka, dia ingat kenalah ratakan tanah pada seluruh tubuhnya. Itulah sebabnya dia bergulingan.

Tapi Umar tidak bertayammum dan dia tidak juga solat. Kerana dia berpendapat, janabah hanya boleh diangkat dengan air, dan jikalau tiada air, maka tidak perlu mengerjakan solat kerana syarat tidak mencukupi untuk menyucikan diri. Dan untuk solat, kena dalam keadaan suci. Jadi, dia tidak solat. Apabila mereka bertemu dengan Nabi, Nabi tak suruh pun Umar qadha solat. Inilah pendapat yang dipegang oleh Imam Malik. Iaitu dalam keadaan tidak ada air atau bahan tayammum, tidak perlu solat. Umar pegang pendapatnya itu berterusan. Iaitu tayammum tak boleh untuk digunakan untuk mengangkat junub. Orang lain tak pakai pendapatnya yang ini. Kerana semua sudah terima bahawa tayammum boleh mengangkat janabah. Tapi pendapat beliau yang tak perlu solat dan qadha solat kalau air atau bahan tayammum tiada, itu ada yang pakai seperti Imam Malik dan mereka yang sependapat dengannya.

Hadis ini mengajar kita bahawa sah untuk pakai qiyas dalam agama. Walaupun banyak yang pegang boleh pakai Qiyas tapi memang ada yang tak pakai. Tapi dari hadis ini, menunjukkan boleh pakai. Sebab Ammar pakai Qiyas didalam menggunakan tayammum. Dia tidak tahu bagaimana menggunakan tayammum untuk mengangkat hadas besar. Jadi dia menggunakan qiyas, iaitu kalau mandi, kena ratakan air ke seluruh badan. Maka dia telah bergulingan di tanah. Apabila dia bertemu dengan Nabi kemudiannya, Nabi tak suruh dia qadha solatnya. Dan Nabi tidak kata bahawa penggunaan qiyas itu salah. Maknanya qiyas dia dipakai. Walaupun hakikatnya salah. Ini menunjukkan bahawa ijtihad Ammar diterima. Nabi telah bersabda bahawa kalau ijitihad itu benar, seseorang itu akan mendapat dua pahala. Tapi kalau salah, dapat hanya satu pahala sahaja. Dia telah menggunakan akal fikirannya berdasarkan ilmu yang ada padanya. Dan dia yakin dia benar pada masa itu. Ini kita boleh gunakan. Katakanlah kalau kita salah kiblat dalam solat kita. Kalau selepas itu, didapati bahawa kiblat tadi dalam solat tidak benar, seseorang itu tidak perlu untuk ulang solat dia kerana waktu itu dia ingat dia betul. Ini menunjukkan bahawa Islam membenarkan guna fikiran. Asalkan dalam kaedah yang dibenarkan. Contohnya, kenalah mengambil qiyas dari amalan ibadat yang telah sah.

Hadis ini juga menunjukkan bahawa semasa memulakan tayammum, hanya dengan satu tepukan sahaja. Ini adalah hadis yang paling sahih dari Ammar. Hadis lain tidak. Maka, kena pakailah hadis ini. Tidak perlu nak kena tepuk sekali untuk usap muka, dan kali kedua untuk usap tangan pula.

Hadis ini juga menunjukkan bahawa harus untuk tiup pada tangan untuk buang debu yang ada pada tangan. Sebab Nabi pun buat.

————————————————————————————————————————

بَاب التَّيَمُّمُ لِلْوَجْهِ وَالْكَفَّيْنِ

Bab Tayammum Untuk Muka Dan Kedua (Belakang) Tapak Tangan (Sahaja)

Setakat manakah anggota tayamum? Inilah yang hendak dijawab oleh Imam Bukhari. Dia membawakan hadis yang diriwayatkan oleh Ammar. Ini adalah hadis yang paling sahih yang diterima Bukhari. Sebab itu dia ulang-ulang hadis ini walaupun dalam banyak bab. Hafiz Ibn Hajar pun pakai hadis ini walaupun dia seorang Syafie dan hadis ini berlawanan dengan pendapat Imam Syafie.

Imam Bukhari nak kritik pendapat yang mengatakan kena sapu sampai lengan dan ada yang kata sampai ketiak. Yang mengatakan demikian, mereka menggunakan qiyas. Memang Ammar telah menggunakan qiyas dan menepati kehendak qiyas. Iaitu kalau air diratakan, maka tanah juga diratakan. Dan kalau dalam mandi janabah, air kena diratakan seluruh badan, maka dia telah berguling di tanah. Tapi jawapan Nabi menunjukkan dalam hal ini qiyas tidak dipakai kerana sudah ada nas yang menjelaskan dengan terang anggota tayammum.

Ada yang kata hadis ini Nabi nak banding sahaja. Iaitu tidaklah perlu Ammar sampai berguling-guling atas tanah, tapi cukup sahaja dengan menyapu tangan. Tapi tidaklah bermakna menyapu setakat itu sahaja. Pendapat ini tidak dipegang oleh Imam Bukhari.

Ayat Quran berkenaan dengan tayammum menggunakan perkataan ‘tangan’. Tapi tidak disebutkan had untuk menyampu dalam tayammum. Maka ada yang memegang perlu disapu samapi lengan mengikut perbuatan dalam wudu dan ada juga yang pegang bahawa perlu disapu keseluruhan tangan sampai ketiak. Tidak pula mereka kata sapu sampai bahu kalaulah betul nak pakai makna keseluruhan tangan. Sebenarnya kita kena pakai yang selalu dipegang sebagai tangan. Iaitu sampai pergelangan tangan sahaja. Contohnya, dalam mengamalkan hudud, apabila pencuri ditangkap, mereka akan dipotong tangan pun sampai pergelangan juga walaupun tidak disebut had tangan untuk dipotong didalam Quran.

Tajuk ini Bukhari letak dengan nada yang jazam. Iaitu dalam bahasa yang yakin benar. Ini bermakna, kepadanya, pendapat yang lain tidak dipakai. Memang banyak terdapat banyak lagi hadis-hadis yang lain yang membincangkan tentang tayammum, tapi kedudukan hadis lain banyak dipertikaikan. Kerana itu tidak banyak hadis yang diletakkan oleh Imam Bukhari melainkan dua hadis iaitu hadis yang diriwayatkan Abu Juhaim dan hadis ini yang diriwayatkan oleh Ammar ini kerana inilah hadis yang sahih sekali. Ini juga dipegang oleh Hafiz Ibn Hajar walaupun dia sendiri bermazhab Syafie.

Tambahan pula, dari sejarah, kita tahu bahawa Ammar mengamalkan cara tayamum seperti yang berada dalam hadis yang diriwayatnya ini. Bermakna, itulah pegangan dia. Dia tentulah faham apakah yang dimaksudkan oleh Nabi kerana dia ada disitu. Bermakna, tidaklah dia berpendapat bahawa apa yang Nabi buatkan itu adalah hanya sebagai bandingan sahaja.

327 – حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنِي الْحَكَمُ عَنْ ذَرٍّ عَنْ سَعِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبْزَى عَنْ أَبِيهِ قَالَ عَمَّارٌ بِهَذَا وَضَرَبَ شُعْبَةُ بِيَدَيْهِ الْأَرْضَ ثُمَّ أَدْنَاهُمَا مِنْ فِيهِ ثُمَّ مَسَحَ بِهِمَا وَجْهَهُ وَكَفَّيْهِ
وَقَالَ النَّضْرُ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ قَالَ سَمِعْتُ ذَرًّا يَقُولُ عَنْ ابْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبْزَى قَالَ الْحَكَمُ وَقَدْ سَمِعْتُهُ مِنْ ابْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ عَمَّارٌ

327. Telah menceritakan kepada kami Hajjaj dia berkata; telah mengabarkan kepada kami Syu’bah telah mengabarkan kepada kami Al Hakam dari Dzarri dari Sa’id bin ‘Abdurrahman bin Abza dari bapaknya, telah berkata ‘Ammar: buat begini. Sambil Syu’bah menepuk kedua telapak tangannya ke tanah lalu mendekatkannya kepada mulutnya (lalu meniupnya) kemudian mengusapkannya ke mukanya dan bahagian belakang kedua tangannya. Dan telah berkata An Nadlar telah mengabarkan kepada kami Syu’bah dari Al Hakam dia berkata; saya mendengar Dzarr berkata; dari Ibnu Abdurrahman bin Abzaa, berkata Al Hakam; dan aku telah mendengarnya dari Ibnu Abdurrahman dari ayahnya berkata; Ammar berkata: muka bumi yang suci adalah air sembahyang (bahan penyuci) orang Islam. Ia memadai untuknya sebagai pengganti air.

328 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ ذَرٍّ عَنْ ابْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبْزَى عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ شَهِدَ عُمَرَ وَقَالَ لَهُ عَمَّارٌ كُنَّا فِي سَرِيَّةٍ فَأَجْنَبْنَا وَقَالَ تَفَلَ فِيهِمَا

328. Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Al Hakam dari Dzar dari Ibnu ‘Abdurrahman bin Abza dari Bapaknya bahwa ia pernah bersama ‘Umar saat ‘Ammar berkata kepadanya, “Kita ketika itu berada dalam satu pasukan tentera, lalu kita berjunub”. Kata perawi (Ammar): baginda meniup dengan agak kuat debu yang melekat pada kedua belah tangannya.

Ada perbezaan antara hadis-hadis ini kerana hadis diriwayatkan dengan lafaz bilmakna. Dalam hadis sebelum ini, dikatakan hanya tiup sahaja. Tapi kali ini dikatakan tiupan itu adalah tiupan yang kuat. Iaitu mengikut pemahaman perawi. Perawi menyampaikan hadis menggunakan perkataan yang dia faham dari maksud hadis yang telah disampaikan kepada mereka. Dalam bahasa kita pun selalu ada macam ni. Contohnya, antara perkataan mari dan datang. Sikit sahaja bezanya. تَفَلَ dalam hadis ini bermakan ‘tiup sampai keluar sedikit air liur’. Nak memberitahu bahawa tiup itu sampai hilang debu. Maknanya, kalau debu itu tiada pun tidak mengapa. Sebab bukan debu itu yang diperlukan.

329 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ ذَرٍّ عَنْ ابْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبْزَى عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبْزَى قَالَ قَالَ عَمَّارٌ لِعُمَرَ تَمَعَّكْتُ فَأَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَكْفِيكَ الْوَجْهَ وَالْكَفَّيْنِ
حَدَّثَنَا مُسْلِمٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ ذَرٍّ عَنْ ابْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبْزَى قَالَ شَهِدْتُ عُمَرَ فَقَالَ لَهُ عَمَّارٌ وَسَاقَ الْحَدِيثَ

329. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Katsir telah mengabarkan kepada kami Syu’bah dari Al Hakam dari Dzar dari Ibnu ‘Abdurrahman bin Abza dari ‘Abdurrahman bin Abza ia berkata; Ammar berkata kepada Umar, “Aku bergulingan (di atas pasir) lalu menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam (dan menceritakan apa yang telah berlaku). Maka beliau pun bersabda: “Menyapu muka dan kedua telapak tangan sudah cukup.” Telah menceritakan kepada kami Muslim telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Al Hakam dari Dzar dari Ibnu ‘Abdurrahman dari ‘Abdurrahman bin Abza ia berkata, “Aku bersama Umar ketika Ammar berkata kepadanya….lalu ia mengemukakan hadis yang sama.”

Dalam hadis ini, ada perkataan dari Nabi pula. Lain dari hadis-hadis yang lain. Sebab hadis-hadis yang lain hanya menunjukkan perbuatan Nabi sahaja. Kalau ada perkataan Nabi, tentunya nilai hadis itu akan jadi lagi tinggi. Tidak sama antara kata Nabi dan perbuatan Nabi. Ada yang mengatakan Nabi tak cakap pun, tapi itu adalah tasarruf perawi. Iaitu, pendapat perawi sahaja. Sebab itu ada tak terima hadis ini.

Ada juga yang kata hadis itu tidak mahfuz. Iaitu tidak benar. Tapi, takkan Ammar berani nak kata benda yang Nabi sendiri tak kata. Mereka kata Nabi buat sahaja, tidak cakap. Tapi, mungkin hadis yang Nabi cakap sendiri adalah hadis yang lengkap dan hadis-hadis yang lain itulah yang ringkas.
Antara hadis yang tidak mahfuz adalah hadis yang digunakan orang untuk membenarkan makan di rumah kenduri. Iaitu, dalam hadis itu dikatakan isteri simati telah menghantar utusan kepada Nabi untuk mengajaknya makan di rumahnya. Dan Nabi telah datang ke rumah itu dan makan. Jadi, mereka kata, bolehlah makan kenduri rumat simati. Tapi, sebenarnya yang ajak makan adalah seorang perempuan lain semasa Nabi dalam perjalanan pulang. Bukan perempuan isteri simati. Itulah bahaya kalau pakai hadis tidak mahfuz. Jangan kita terus terima sahaja. Untuk tahu mana yang benar, kena tengok macam mana Nabi ajar apa yang sepatutnya kita lakukan. Iaitu, Nabi ajar supaya orang luar yang beri makan kepada keluarga simati, bukan simati yang beri makan pula. Dan ada lagi hadis lain yang mengataan Nabi larang buat kenduri di rumat mayat. Dan Jabir telah kata perbuatan itu dianggap sebagai meratap.

Imam Bukhari kata hadis Ammar ini adalah mahfuz. Paling sahih. Jangan diragui nanti. Nabi cakap sendiri.

330 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ قَالَ حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ ذَرٍّ عَنْ ابْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبْزَى عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَالَ عَمَّارٌ فَضَرَبَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدِهِ الْأَرْضَ فَمَسَحَ وَجْهَهُ وَكَفَّيْهِ

330. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar ia berkata; telah menceritakan kepada kami Ghundar telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Al Hakam dari Dzarr dari Ibnu ‘Abdurrahman bin Abza dari Bapaknya ia berkata, ” Ammar berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menepuk telapak tangannya ke tanah lalu mengusapkan pada muka dan kedua belakang telapak tangannya.”

Sapu belakang tapak tangan sahaja. Sampai ke pergelangan. Tidak perlu nak tepat-tepat sangat pun.

Murid Imam Bukhari adalah lebih dari 90 ribu.

 

Sahih Bukhari Kitab Tayammum Sesi 3 Bab Bertayammum Ketika Hadhar Yakni Tidak Bermusafir April 3, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Tayammum — visitor74 @ 12:09 am

بَاب التَّيَمُّمِ فِي الْحَضَرِ إِذَا لَمْ يَجِدْ الْمَاءَ وَخَافَ فَوْتَ الصَّلَاةِ

Bab Bertayammum Ketika Hadhar Yakni Tidak Bermusafir. Apabila Seseorang Tidak Mendapati Air Dan Bimbang Akan Terlepas Waktu Solat

Dalam Islam, ada tiga jenis penempatan:
Mastautin: jikalau seseorang itu memang menetap di sesuatu tempat dan tidak ada niat untuk berpindah sampai bila-bila.
Mukim: Duduk dalam kadar agak lama. Tapi, tidak berniat nak tinggal terus disitu, ada maksud nak pergi tempat lain. Sebagai contoh, pelajar yang tinggal di Pondok Pengajian untuk belajar.
Musafir: untuk tinggal sekejap sahaja. Selalunya dalam masa beberapa hari sahaja.
Hadhar dalam tajuk yang Imam Bukhari letak itu bermaksud mereka yang mastautin atau mukim. Bolehkah mereka bertayamum dalam keadaan sebegitu? Soalan ini timbul kerana dalam dua-dua ayat tayammum, Allah letakkan kebolehan berayamum itu jikalau dalam perjalanan. Maknanya, tayamum dikaitkan dengan safar dan juga dalam sakit. Imam Bukhari buat tajuk ini, kerana dia takut orang faham hanya dalam dua keadaan itu sahaja tayamum dibenarkan. Sebab kena tengok Sunnah. Dalam ayat Quran itu, diletakkan perkataan: “jika kau tidak mendapati air”. Banyak makna boleh difahami dengan maksud ‘tidak mendapati air’ itu. Bukan hanya dalam musafir sahaja.

وَبِهِ قَالَ عَطَاءٌ وَقَالَ الْحَسَنُ فِي الْمَرِيضِ عِنْدَهُ الْمَاءُ وَلَا يَجِدُ مَنْ يُنَاوِلُهُ يَتَيَمَّمُ وَأَقْبَلَ ابْنُ عُمَرَ مِنْ أَرْضِهِ بِالْجُرُفِ فَحَضَرَتْ الْعَصْرُ بِمَرْبَدِ النَّعَمِ فَصَلَّى ثُمَّ دَخَلَ الْمَدِينَةَ وَالشَّمْسُ مُرْتَفِعَةٌ فَلَمْ يُعِدْ

Pada pendapat Atha bertayammum dalam keadaan itu dibolehkan. Pendapat Hasan berhubung dengan orang sakit dan mempunyai air tetapi dia tidak mendapati orang yang boleh memberikan air kepadanya, dia boleh bertayammum. Ibn Umar datang daripada tanahnya di Juruf, waktu asar masuk ketika beliau berada di Marbadil Naam dan beliau terus bersolat (yakni dengan bertayammum) kemudian baru masuk ke Madinah. Matahari masa itu masih lagi tinggi. (Yakni waktu asar masih lagi luas) tapi beliau tidak mengulangi solatnya.

Atha adalah seorang tabein. Sangat alim orangnya. Tapi amat merendah diri. Dia tak cakap banyak dengan orang. Dan dia jarang mahu jumpa orang. Kalau ada yang minta kebenaran nak ziarah dia pun dia akan tanya kenapa nak pula nak jumpa dia dan dia kata dia tidak layak diziarahi. Dia kata, teruk sangat dunia ini kalau orang macam dia pun orang nak datang jumpa. Orang suka nak jumpa dia kerana apabila dia bercakap, seperti dia mendapat ilham dan kerana tinggi sungguh ilmunya. Kerana dia tinggal di Mekah, dia telah buat 70 kali haji. Dia menjadi rujukan semua mujtahid. Bukhari pakai pendapat Atha ini sebagai isyarat bahawa itulah pendapat dia juga. Memang ada lagi pendapat ulama lain termasuk ada pendapat yang tak sama dengan pendapat dia, tapi Imam Bukhari nak isyarat bahawa dia bersetuju dengan pendapat Atha dalam hal ini. Bukan semua pendapat Atha dia pakai. Sebab Bukhari bukanlah seorang muqallid. Dia boleh datang dengan pendapat dia sendiri kerana dia juga seorang mujtahid.

Tapi daripada tajuk Imam Bukhari letak, kita dapati bahawa bukan boleh terus tayamum kalau bermukim/mastautin dan kita dapati tiada air. Kena ada kebimbangan akan terlepas waktu solat kalau tak tayamum juga. Jadi, kena tunggu sampai hujung waktu. Sebab, kalau kita solat awal, tiba-tiba jumpa air pula, maka itu tidak boleh. Dan lepas itu tidak perlu qadha atau mengganti solat itu kalau ada lagi waktu. Ini adalah kerana solat itu telah dikira sah.

Ada keadaan dimana air ada, tapi tak boleh guna. Contohnya jikalau tiada orang yang boleh hulur air. Katakanlah seseorang itu dah lembik tak boleh nak gerak ke tempat air, dan tiada orang lain pula. Maka, dalam keadaan itu, dia boleh tayammum. Itu juga termasuk dalam keadaan ‘tidak dapati air’ sepertimana dalam ayat Quran. Ini adalah pendapat Hasan Basri yang seorang tabein juga. Dia menjadi rujukan ramai orang, termasuklah ulama hadis dan juga ulama sufi. Hasan juga berpendapat kena tunggu hingga hujung waktu baru boleh guna tayamum, sama macam Imam Bukhari.

Ini pendapat Ibn Umar juga. Tidak ada dalam kata-kata diatas itu yang kata dia tayamum. Yang dalam kurungan itu adalah tambahan sahaja. Dan dia solat diawal waktu pula. Jadi, bagaimana pula Imam Bukhari menggunakan kisah Ibn Umar itu sebagai penguat kepada hujah dia? Itulah yang kena belajar, baru tahu. Kalau baca sendiri, boleh pening. Confirm dia tayamum sebab ada disebutkan dia tayamum dalam kitab-kitab lain. Mungkin penyalin tercicir atau Bukhari nak mengajar kita supaya periksa juga dengan kitab lain. Sebab dalam kitab lain seperti Muwatta’ dan musnad Imam Syafie ada mengatakan dia tayamum. Kita boleh terima bahawa ada juga yang tercicir dalam Kitab Sahih Bukhari ini sebab bukan ianya bukan Quran. Hanya Quran sahaja yang terselamat dari salah dan silap, walaupun satu huruf. Rosak akidah kita kalau kita kata ada satu huruf pun yang tertinggal dalam Quran. 

Jarak antara tempat Ibn Umar solat itu dan Madinah adalah dekat sahaja. Maknanya, dia bukan musafir, dia bermukim. Kedudukan tempat itu hanya sebatu sahaja dari Madinah. Ini kerana dalam pendapat Imam Bukhari, jarak itu tidaklah dikira sebagai bermusafir lagi. Sebab dekat sangat.
Mana syarat kedua (kena ada kebimbangan akan habis waktu solat)? Imam Bukhari berpendapat bahawa Ibn Umar ingat dia akan berhenti lama. Dan kalau dia tidak solat juga, dia memang tidak akan sempat sampai ke Madinah. Itulah sebabnya dia solat, walaupun luas lagi waktu Asar. Maknanya, telah ada kebimbangan dalam dirinya bahawa dia tidak sempat bersolat di Madinah dalam waktu Asar. Tapi lepas itu dia pergi ke Madinah, ada lagi masa? Itu adalah kerana dia sempat menyelesaikan urusannya awal diluar jangkaannya. Ataupun dia tidak jadi duduk lama di tempat itu. Itu boleh. Tidak perlu ulangi solat walaupun masa dia sampai ke Madinah, ada waktu lagi. Maknanya, perkiraan samada sempat atau tidak itu adalah perkiraan dalam diri sendiri. Kalau sendiri rasa tak sempat, dah cukup dah, boleh diterima. Kerana masa Ibn Umar bersolat itu, dia memang sangka dia tidak akan sempat nak sampai.

Batu itu asal dari bumi, tapi telah dijadikan dinding rumah. Masih lagi boleh dipakai. Ini adalah dalil mengatakan boleh guna bahan yang telah diubah. Macam kalau kita ambil tanah dan kita letak dalam bekas.

325 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ جَعْفَرِ بْنِ رَبِيعَةَ عَنْ الْأَعْرَجِ قَالَ سَمِعْتُ عُمَيْرًا مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ أَقْبَلْتُ أَنَا وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَسَارٍ مَوْلَى مَيْمُونَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى دَخَلْنَا عَلَى أَبِي جُهَيْمِ بْنِ الْحَارِثِ بْنِ الصِّمَّةِ الْأَنْصَارِيِّ فَقَالَ أَبُو الْجُهَيْمِ الْأَنْصَارِيُّ أَقْبَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ نَحْوِ بِئْرِ جَمَلٍ فَلَقِيَهُ رَجُلٌ فَسَلَّمَ عَلَيْهِ فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى أَقْبَلَ عَلَى الْجِدَارِ فَمَسَحَ بِوَجْهِهِ وَيَدَيْهِ ثُمَّ رَدَّ عَلَيْهِ السَّلَامَ

325. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Ja’far bin Rabi’ah dari Al A’raj ia berkata, “Aku mendengar Umair mantan budak Ibnu Abbas, ia berkata, “Aku dan Abdullah bin Yasar, mantan budak Maimunah, isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengunjungi Abu Juhaim Ibnul Harits bin Ash Shimmah Al Anshari, ia berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam kembali dari Bi`ar Jamal (nama tempat), lalu ada seorang laki-laki menemui beliau seraya memberi salam, namun beliau tidak membalasnya. Beliau kemudian pergi ke dinding dan menepuk tangan ke dinding, lalu mengusap muka dan kedua belah tangannya. Baru kemudian membalas salam kepada orang itu.”

Sekarang, Imam Bukhari bawa dalil dari Nabi pula. Dalam hadis ini juga ada dua syarat seperti yang telah ditetapkan oleh Imam Bukhari dalam tajuknya. Tapi tak disebut dengan jelas dalam hadis. Kena belajar. Imam Bukhari menggunakan ijtihad. Itulah dia tugas ulama-ulama, iaitu capai kepada sesuatu hukum yang boleh diambil dari hadis berdasarkan kepada pemikiran mereka yang tinggi. Dalam hadis ini, Nabi telah menepuk dinding untuk melakukan tayamum, baru dia jawap. Dimanakah syarat bimbang tidak sempat itu? Kerana baginda bimbang kalau dia tidak jawap dengan segera, dia tidak sempat jawap kerana kalau dia lambat, orang yang memberi salam itu akan pergi ke lorong lain dah, dan baginda tidak sempat nak panggil dia. Dimana pula solatnya? Disini, Imam Bukhari menggunakan konsep Qiyas. Menjawap salam tidak perlu untuk berada dalam keadaan suci. Dalam perkara sunat macam itu pun Nabi tayamum, apatah lagi kalau dalam perkara yang lebih besar seperti solat yang memang memerlukan berada dalam keadaan suci?

Dan Nabi ketika itu berada di Bi`ar Jamal, iaitu tempat itu dalam Madinah juga. Maknanya Nabi dalam keadaan bermastautin. Bukan dalam keadaan musafir. Jadi, hadis ini mencapai semua perkara: tidak dalam musafir, tiada air dan bimbang akan terlepas waktu.

Nabi tepuk dinding, bukan tanah. Memang ada hadis ini dalam riwayat lain kata Nabi cucuk cucuk dinding sebab nakkan debu, tapi itu tidak kuat. Dalam hadis yang dhaif ini juga dikatakan bahawa Nabi bertayamum dengan menyapu sampai ke lengan. Ini tidak ada dalam riwayat perawi lain dalam hadis yang sama. Yang memegang mengatakan kena sapu tangan sampai ke lengan pegang hadis inilah. Rumah di Madinah selalunya menggunakan batu hitam. Nabi berkemungkinan besar menepuk dinding rumah yang diperbuat dari batu. Kalau bukan batu, kenalah disebut dalam mana-mana tempat, kerana dalam keadaan normal, rumah-rumah di Madinah diperbuat dari batu. Ini menunjukkan bahawa boleh pakai bahan yang tidak ada debu. Sebab batu tentu tidak melekat debu padanya. 

Hadis yang Imam Bukhari bawa ini adalah mukhtasar (ringkas). Ini boleh dilakukan sebab kalau Quran pun ada yang kita pendekkan sahaja ayat-ayat sebab hanya nak pakai yang berkenaan sahaja. Begitu juga dalam kes ini, ada maksud yang Imam Bukhari nak sampaikan. Jadi dia ambil bahagian penting sahaja. Dalam hadis yang lengkap, ada menyebut bahawa Nabi baru lepas kencing. Dan Nabi tayamum kerana orang yang memberi salam itu hampir untuk pergi ke lorong lain dah. Kalau Nabi tak jawap, orang itu akan hilang.

Dan dalam hadis yang lengkap, Nabi ada berkata bahawa baginda tidak suka menyebut nama Allah dalam keadaan tidak suci. Kerana dalam salam itu ada perkataan as-Salam, iaitu salah satu nama Allah. Tapi Imam Tohawi mengatakan bahawa hadis-hadis yang mengatakan Nabi tidak suka menyebut nama Allah dalam keadaan tidak suci semuanya telah mansukh jadi kita tidak perlu ikut. Kerana ada hadis lain yang diriwayatkan oleh Aisyah bahawa baginda sentiasa menyebut nama Allah dalam semua keadaan – bermakna termasuk jikalau baginda dalam hadas juga. Dan ada hadis riwayat Ibn Abbas yang mengatakan apabila Nabi bangun selepas tidur untuk solat malam, dan sebelum baginda mengambil wudu, baginda membaca dahulu beberapa potong ayat Quran. Dan kejadian itu adalah semasa baginda bersama dengan Maimunah, dan kita tahu bahawa baginda berkahwin dengan Maimunah hampir hujung hayat baginda. Maka dari situ kita boleh tahu bahawa akhir sekali baginda ada juga menyebut nama Allah walaupun dalam keadaan baginda tidak suci. Kerana waktu tu baginda baru sahaja bangun dari tidur, maka kita boleh terima bahawa baginda tidak suci waktu itu.

 

Sahih Bukhari Kitab Tayammum Sesi 2 Bab Jika Seseorang Tidak Mendapati Air Dan Tidak Juga Mendapati Tanah April 2, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Tayammum — visitor74 @ 3:26 pm

بَاب إِذَا لَمْ يَجِدْ مَاءً وَلَا تُرَابًا

Bab Jika Seseorang Tidak Mendapati Air Dan Tidak Juga Mendapati Tanah

324 – حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ بْنُ يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا اسْتَعَارَتْ مِنْ أَسْمَاءَ قِلَادَةً فَهَلَكَتْ فَبَعَثَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا فَوَجَدَهَا فَأَدْرَكَتْهُمْ الصَّلَاةُ وَلَيْسَ مَعَهُمْ مَاءٌ فَصَلَّوْا فَشَكَوْا ذَلِكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَنْزَلَ اللَّهُ آيَةَ التَّيَمُّمِ فَقَالَ أُسَيْدُ بْنُ حُضَيْرٍ لِعَائِشَةَ جَزَاكِ اللَّهُ خَيْرًا فَوَاللَّهِ مَا نَزَلَ بِكِ أَمْرٌ تَكْرَهِينَهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ ذَلِكِ لَكِ وَلِلْمُسْلِمِينَ فِيهِ خَيْرًا

324. Telah menceritakan kepada kami Zakaria bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Numair berkata, telah menceritakan kepada kami Hisyam bin ‘Urwah dari Bapaknya dari ‘Aisyah bahwa ia meminjam kalung kepada Asma’ lalu hilang. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus seseorang untuk mencarinya hingga kalung itu pun ditemukan. Lalu datanglah waktu salat sementara mereka tidak memiliki air, namun mereka tetap bersembahyang. Setelah itu mereka mengadukan peristiwa itu kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, hingga turunlah ayat tayamum. Usaid bin Al Hudlair lalu berkata kepada ‘Aisyah, “Semoga Allah membalasmu dengan segala kebaikan. Sungguh demi Allah, tidaklah terjadi suatu peristiwa menimpa anda yang anda tidak sukai kecuali Allah menjadikannya untuk anda dan Kaum Muslimin sebagai kebaikan.”

Ada kemungkinan kita boleh dapati diri kita dalam keadaan dimana tidak bahan untuk bersuci, contohnya dikurung atau terperangkap di tempat yang tidak ada dua-dua tanah atau air. Ataupun kalau ada air, tapi tak boleh pakai. Mungkin sebab air hanya cukup untuk minuman kita atau binatang yang bersama dengan kita. Atau mungkin kita sakit tidak boleh guna air.

Jadi macam mana kalau dua-dua bahan bersuci tidak ada? Atau tidak boleh digunakan? Imam Bukhari dan Imam Ahmad berpendapat orang sebegini wajib sembahyang juga kerana sembahyang itu berkait dengan waktu. Kalau dah masuk waktu, kena solat. Seperti yang disebut dalam Quran. Tak disebut dalam ayat itu kalau tiada bahan pencuci tidak boleh sembahyang. Ini adalah kerana mereka kata kita kena jaga waktu sembahyang. Sembahyang lebih besar dari lain-lain. Kalau tiada bahan-bahan itu, tidak bermaksud kita tidak boleh berhubung dengan Allah. Itulah tempat yang terbaik untuk berdoa. Katakanlah waktu itu kita diperangkap atau dipenjara, bagaimanakah cara terbaik untuk kita berhubung dengan Allah? Bukankah solat adalah waktu yang terbaik?

Dan pada pendapat Imam Bukhari, tidak perlu diqadha solat itu nanti apabila dah ada air atau tanah. Pendapat sama dipegang juga Muzani, anak murid Imam Syafie. Dan Imam Syafie memberikan pendapat yang sama dalam salah satu qaul qadimnya. Imam Nawawi kata inilah pendapat yang paling kuat.

Dalil hadis diatas menunjukkan sahabat-sahabat bersolat juga walaupun tiada air. Mereka tidak tayamum kerana waktu itu tidak jelas hukum tayamum lagi. Iaitu mereka tidak pasti samada mereka boleh menggunakan tayamum dalam keadaan bukan musafir dan dalam junub. Maka, mereka kena buat setakat mana yang boleh buat. Nabi tak pesan pula jangan buat macam itu. Menunjukkan boleh solat tanpa wudu. Sama juga bila tanah pun tiada nanti. Katakanlah kita dipenjara langsung tidak boleh guna tanah atau air.

Hadis ini adalah dikira sebagai taqrir Nabi. Iaitu sunnah itu samada dari kata-kata Nabi, perbuatan Nabi, atau Nabi tak buat tapi Nabi tidak halang. Maka ini adalah Sunnah juga.

Pendapat Abu Hanifah lain pula. Padanya, tidak perlu menunaikan solat dalam keadaan demikian. Hanya perlu qadha kemudian hari apabila ada air atau tanah. Sama pendapat dengan Syafie dalam qaul Qadim Imam Syafie. Kerana mereka kata syarat solat adalah bersuci. Jadi kalau syarat tidak cukup, tidak bolehlah melakukan solat. Mereka berdasarkan hadis Nabi yang kata Allah tak terima solat tanpa bersuci. Dan untuk bersuci itu hanya dengan dua cara sahaja. Pada mereka, tidaklah berdosa kalau tidak melakukan solat waktu itu kerana syarat tidak cukup.
Tapi hubungan dengan Allah tidak patut diputuskan. Jadi mereka kata boleh guna cara lain untuk beribadat kepada Allah. Macam baca Quran pun boleh.

Satu lagi pendapat Imam Syafie adalah kena buat kedua-dua. Iaitu kena solat dalam tiada air dan tanah itu, dan kemudian bila dah ada, kena qadha balik. Pendapat Imam Malik pula dua-dua tak perlu buat. Macam orang haid, tidak perlu solat dan tidak perlu diqadha.

Kita tidak boleh nak kritik pendapat yang lain dengan Bukhari kerana itu adalah pendapat orang besar-besar. Mereka juga ada dalil.

Ayat yang dikatakan diturunkan dalam hadis ini adalah ayat Maidah:6. Ini sama dengan hadis awal. Sebelum itu ayat Nisa:43 tidak jelas. 

Apa yang dikatakan tak disukai itu adalah sebelum itu Aisyah pernah dikatakan berzina. Ini menunjukkan bahawa kejadian itu adalah dalam peristiwa lain.

 

Sahih Bukhari Kitab Tayammum Sesi 1 Kitab Tayammum April 1, 2013

Filed under: Hadith,Kitab Tayammum — visitor74 @ 3:46 pm

Kitab Tayamum ini adalah sambungan dari tajuk-tajuk yang lepas. Sebelum ini Imam Bukhari telah membawakan tajuk mandi janabah dan haidh. Asal hukum adalah menggunakan air untuk mengangkat kedua-dua hadas itu. Tetapi dalam keadaan yang tiada air, maka Tayamum boleh mengangkat kedua-dua hadas itu. Kerana itulah Imam Bukhari membawa tajuk tayamum selepas kedua tajuk itu.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ كِتَاب التَّيَمُّمِ

Kitab Tayammum

وَقَوْلُ اللَّهِ تَعَالَى { فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ }

Dan firman Allah taala: Maka jika kamu tidak memperolehi air, maka bertayamumlah dengan mukabumi tanah dan lain-lain yang bersih. Sapulah muka dan tanganmu dengannya.

Seperti selalu di awal Kitab, Imam Bukhari membawakan isyarat ‘permulaan’. Disini Imam Bukhari membawakan ayat Quran surah al-Maidah ayat 6. Ini adalah salah satu dari dua ayat berkenaan tayammum yang ada dalam Quran.
Imam Bukhari hendak memberitahu punca asal hukum tayamum adalah dari Quran. Itulah isyarat permulaan.
Dalam hadis dibawah, Aisyah mengatakan bahawa ayat Tayammum telah diturunkan. Dengan membawa ayat Quran ini, Imam Bukhari mengisyaratkan bahawa Hadis dibawah merujuk kepada ayat ini. Sebab ada dua ayat tayamum. Satu lagi ayat didapati dalam surah Nisa.
Kemudian Imam Bukhari membawakan banyak Hadis kerana dia hendak memberitahu kepada kita semua bahawa hadis menafsirkan ayat Quran.

Terjemah Quran yang diberi diatas itu lain dari yang biasa kita lihat dalam terjemah Quran yang lain. Disini, dipakai perkataan ‘mukabumi’ untuk merujuk kepada makna صَعِيدًا supaya sesuai dengan kehendak dan faham Imam Bukhari dan apa yang dia hendak sampaikan. Akan dibahaskan nanti dengan panjang lebar.

322 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْقَاسِمِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَعْضِ أَسْفَارِهِ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِالْبَيْدَاءِ أَوْ بِذَاتِ الْجَيْشِ انْقَطَعَ عِقْدٌ لِي فَأَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى الْتِمَاسِهِ وَأَقَامَ النَّاسُ مَعَهُ وَلَيْسُوا عَلَى مَاءٍ فَأَتَى النَّاسُ إِلَى أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ فَقَالُوا أَلَا تَرَى مَا صَنَعَتْ عَائِشَةُ أَقَامَتْ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّاسِ وَلَيْسُوا عَلَى مَاءٍ وَلَيْسَ مَعَهُمْ مَاءٌ فَجَاءَ أَبُو بَكْرٍ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَاضِعٌ رَأْسَهُ عَلَى فَخِذِي قَدْ نَامَ فَقَالَ حَبَسْتِ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالنَّاسَ وَلَيْسُوا عَلَى مَاءٍ وَلَيْسَ مَعَهُمْ مَاءٌ فَقَالَتْ عَائِشَةُ فَعَاتَبَنِي أَبُو بَكْرٍ وَقَالَ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَقُولَ وَجَعَلَ يَطْعُنُنِي بِيَدِهِ فِي خَاصِرَتِي فَلَا يَمْنَعُنِي مِنْ التَّحَرُّكِ إِلَّا مَكَانُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى فَخِذِي فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ أَصْبَحَ عَلَى غَيْرِ مَاءٍ فَأَنْزَلَ اللَّهُ آيَةَ التَّيَمُّمِ فَتَيَمَّمُوا فَقَالَ أُسَيْدُ بْنُ الْحُضَيْرِ مَا هِيَ بِأَوَّلِ بَرَكَتِكُمْ يَا آلَ أَبِي بَكْرٍ قَالَتْ فَبَعَثْنَا الْبَعِيرَ الَّذِي كُنْتُ عَلَيْهِ فَأَصَبْنَا الْعِقْدَ تَحْتَهُ

322. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari ‘Abdurrahman bin Al Qasim dari bapaknya dari ‘Aisyah isteri Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, ia berkata, “Kami keluar bersama Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dalam salah satu perjalanan yang dilakukannya. Hingga ketika kami sampai di Baida’, atau tempat peristirahatan pasukan, aku kehilangan kalungku. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam berhenti untuk mencarinya. Orang-orang lain juga berhenti untuk mencarinya. Mereka berhenti di tempat yang tiada air. Sahabat-sahabat lalu bertemu dengan Abu Bakar Ash Shidiq seraya berkata, ‘Nah lihat apa yang telah diperbuat oleh ‘Aisyah? Dia telah membuatkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan orang-orang berhenti di tempat yang tiada air dan mereka juga tidak memiliki bekalan air! ‘ Lalu Abu Bakar datang kepadaku sedangkan saat itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang tidur dengan meletakkan kepalanya di pahaku. Kata Abu Bakar: “Engkau telah membuatkan Rasulullah tertahan di sini dengan orang-orang lain. Mereka berhenti di tempat yang tiada air. Mereka juga tidak mempunyai air. Kata Aisyah: Abu Bakar mengataiku macam-macam sungutan terhadapku. Dia juga telah menusuk pinggangku dengan tangannya, dan tidak ada yang menghalangiku untuk bergerak (karena rasa sakit) kecuali kerana keberadaan kepala Rasulullah yang di pahaku.” Kemudian Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bangun di waktu subuh dalam keadaan tidak ada air. Allah Ta’ala menurunkan ayat tayamum, maka orang-orang pun bertayamum.” Usaid bin Al Hudlair lalu berkata, “Ini bukan keberkatanmu yang pertama wahai keluarga Abu Bakar!” ‘Aisyah berkata, “Kemudian unta yang aku tunggangi berdiri yang ternyata kami temukan kalungku berada dibawahnya.”

– Perjalanan itu adalah untuk memerangi bani Mustaliq. Tahun 6H. Ada kata 4H. Masa ini juga dikatakan terjadinya fitnah kepada Aisyah. Kejadian itu kemungkinan terjadi di Dzul Hulaifah.

Di dalam ayat Quran, digunakan perkataan Sayyidan tayyiban: Muka bumi yang bersih. Tengok hadis kedua. Iaitu mukabumi dijadikan tempat solat. Maknanya, ia boleh jadi macam-macam. Asalkan ianya bersih suci. Tidak ada penggunaan perkataan ‘debu’. Tidak ada juga perkataan ‘tanah yang boleh menumbuhkan tanaman’. Itu adalah pendapat sesetengah mazhad yang mengatakan ianya mestilah debu atau ada mazhab yang kata ianya adalah dari tanah yang boleh menumbuhkan tanaman.

Jadi, jikalau ia boleh jadi apa sahaja, asalkan mukabumi, maka disini kita boleh kata salji pun boleh juga. Atau jikalau ianya adalah batu licin, langsung tiada tanah diatas batu itu. Kerana batu itu pun boleh juga dikatakan sebagai mukabumi juga. Itu termasuklah pokok dan rumput. Tapi kenalah pokok yang belum terputus dari bumi. Allah bukan nak menyusahkan. Ayat Quran pasal tayamum pun Allah dah kata bukan untuk menyusahkan.

Ada pendapat mazhab yang mengatakan bahawa tanah yang digunakan itu mestilah tanah yang sesuai. Kerana mereka melihat dalam Quran, apabila disebutkan tanah, ianya bermakna: Tanah yang baik. Dan dalam ayat lain, dikatakan tanah yang baik adalah yang boleh menumbuhkan tanaman. 

Dan ada yang mengatakan ianya mestilah ada debu, kerana dalam ayat Quran itu, ada perkataan ‘Minhu’: darinya. Maka, kata mereka, dalam menggunakan tayamum itu, mestilah ada kesan sedikit yang melekat pada tangan kita dan kena pada muka kita.

Jadi, itu adalah sedikit menyusahkan, tapi begitulah kata mereka. Kerana dari segi makna tayamum, ia adalah makna dicari.

Tapi Imam Bukhari nak luaskan makna saaid itu. Bukan hanya bermaksud tanah tertentu sahaja.

Minhu bukan hanya satu makna sahaja, ianya boleh juga bermakna ‘mula’ iaitu mula dari perbuatan tepuk itu. Bukan bihi, kalau hendak dikatakan sebahagian dari tanah itu. Dan ada banyak lagi kemungkinan makna. Jadi kalau begitu tidak boleh dijadikan sebagai dalil nak kata kena melekat tanah pada tangan. Ayat kedua tiada minhu. Jadi ayat surah Maidah lebih lengkap.

Jumhur ulama mengatakan bahawa ayat tayamum surah Nisa turun dahulu sebelum ayat dari surah Maidah. Jadi para sahabat dah tahu pasal tayamum semasa kejadian dalam hadis ini. Jadi mengapa mereka kecoh apabila tiada air? Kalau dah tahu pasal tayamum, pakai sahajalah tayamum. Tapi bukan itu yang terjadi. Ini adalah kerana dalam ayat Nisa, tayamum itu hanya untuk mereka yang musafir. Tapi dalam hadis ini, mereka dilambatkan kerana mencari kalung, iaitu hal dunia. Maka mereka tak pasti samada mereka boleh tayamum ataupun tidak. Maka apabila turun ayat tayamum dalam surah Maidah, barulah jelas bahawa kebolehan itu adalah umum. Dan dalam surah Nisa, hanya isyarat bahawa ianya boleh untuk hadas kecil sahaja, jadi mereka tidak pasti kalau ianya boleh digunakan untuk mengangkat hadas besar juga. Kerana dalam kejadian dalam hadis itu, ada yang berjunub juga. Tapi kerana ayat Surah Maidah itu lengkap, maka mereka suka kerana mereka tahu bahawa kalau berjunub pun, boleh pakai tayamum juga.

Dalam surah an-Nisa, Imam Syafie pakai makna ayat itu sebagai membenarkan seseorang yang berjunub untuk melintas sahaja dalam masjid. Tapi Imam Bukhari pakai sebagai ‘musafir’. Pada dia, kalau berjunub, boleh tidur dan berada dalam masjid pun. Ini telah dibincangkan dahulu. Iaitu, ada sahabat dari golongan ahlus suffah yang tinggal di serambi masjid.

Beberapa pengajaran lain yang boleh kita ambil dari hadis ini:

  1. Boleh mengadu kepada bapa walaupun seseorang anak itu sudah kahwin. Sebab ada sahabat-sahabat yang mengadu tentang Aisyah kepada Abu Bakr. 
  2. Kalau seseorang itu penyebab kepada sesuatu perkara, dia boleh dikatakan bahawa dia yang membuatnya. Dalam kes ini, Aisyah dikatakan sebagai penyebab kepada mereka tertahan di tempat yang tiada air.
  3. Boleh masuk menemui anak walau anak bersama dengan suaminya. Asal sesuai dengan keadaan. Janganlah pula semasa mereka sedang bersetubuh pula.
  4. Ibubapa boleh lagi mendisiplinkan anaknya walaupun sudah kahwin.
  5. Boleh menahan diri dari menganggu orang yang sedang beribadat atau berehat. Walaupun dicucuk oleh ayahnya, Aisyah tidak menggerakkan badannya, kerana tidak mahu mengganggu kepaada Nabi yang berada diatas pahanya. 
  6. Adanya rukhsah untuk tidak solat tahajjud kepada Nabi. Selama ini kita tahu bahawa solat tahajjud adalah wajib kepada Nabi. Tapi dalam hadis ini, kita nampak bahawa Nabi tidak solat tahajud, kerana pagi bagi hendak mencari air.
  7. Mencari air tidak wajib sebelum masuk waktu solat. Mereka hanya mencari air sewaktu subuh datang. Tak cari awal-awal. 
  8. Sahabat telah tahu tentang wudu dengan air. Walaupun ayat surah Maidah ini baru turun. Sebab mereka sibuk mencari air, maka mereka dah tahu kena wudu dengan air. Jadi, mereka tahu tentang wudu dengan air itu berdasarkan Sunnah. Kadangkala turun ayat kerana sebagai pengesahan sahaja.
  9. Kewajipan niat dalam tayamum. Sebab maknanya sendiri adalah mencari. Semasa tepuk itu adalah dengan niat untuk mengangkat hadas.
  10. Sama sahaja kalau pakai tayamum untuk orang berjunub. Kecuali pendapat Umar dan Ibn Abbas. Itu akan diceritakan kemudian dalam bahagian yang lain. 
  11. Boleh pakai tayamum untuk sakit dan musafir. Kalau tiada air.
  12. Keharusan membawa wanita untuk perang atau apa-apa sahaja sebab.
  13. Dunia pun penting juga. Jangan abai dan sia-siakan harta. Kita boleh lihat Nabi sampai berhenti mencari kalung Aisyah yang hilang itu.
  14. Wanita boleh pakai hiasan. Aisyah pun pakai kalung. 
  15. Suami boleh letak kepala atas paha isteri.
  16. Boleh menahan susah untuk kepentingan orang lain. Macam Aisyah buat untuk Nabi semasa ayahnya cucuk dia.
  17. Hadis ini juga menunjukkan kelebihan dan keutamaan Aisyah. Banyak keberkatan beliau untuk Islam.

Ini bukan kisah yang sama dengan kisah Aisyah difitnah. Ini panjang untuk diceritakan. Kerana kisah antara dua kejadian itu tidak sama.

323 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ هُوَ الْعَوَقِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ قَالَ ح و حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ النَّضْرِ قَالَ أَخْبَرَنَا هُشَيْمٌ قَالَ أَخْبَرَنَا سَيَّارٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ هُوَ ابْنُ صُهَيْبٍ الْفَقِيرُ قَالَ أَخْبَرَنَا جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُعْطِيتُ خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ أَحَدٌ قَبْلِي نُصِرْتُ بِالرُّعْبِ مَسِيرَةَ شَهْرٍ وَجُعِلَتْ لِي الْأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا فَأَيُّمَا رَجُلٍ مِنْ أُمَّتِي أَدْرَكَتْهُ الصَّلَاةُ فَلْيُصَلِّ وَأُحِلَّتْ لِي الْمَغَانِمُ وَلَمْ تَحِلَّ لِأَحَدٍ قَبْلِي وَأُعْطِيتُ الشَّفَاعَةَ وَكَانَ النَّبِيُّ يُبْعَثُ إِلَى قَوْمِهِ خَاصَّةً وَبُعِثْتُ إِلَى النَّاسِ عَامَّةً

323. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sinan -yaitu Al ‘Awaqi- telah menceritakan kepada kami Husyaim berkata. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepadaku Sa’id bin An Nadlr berkata, telah mengabarkan kepada kami Husyaim berkata, telah mengabarkan kepada kami Sayyar berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid -yaitu Ibnu Shuhaib Al Faqir- berkata, telah mengabarkan kepada kami Jabir bin ‘Abdullah bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Pertama, aku diberikan lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada sesiapapun sebelumku; aku diberi pertolongan dengan kegerunan musuh terhadapku pada jarak sejauh satu bulan perjalanan, Kedua, dijadikan bumi untukku sebagai tempat sembahyang dan sebagai bahan untuk bersuci. Maka dimana saja salah seorang dari umatku mendapati waktu shalat hendaklah ia shalat, dimana sahaja dia berada; ketiga, dihalalkan untukku dan umatku harta rampasan perang yang tidak pernah dihalalkan untuk sesiapapun sebelumku, keempat, aku diberikan syafa’at (kuasa menolong orang lain pada hari kiamat nanti), dan kelima, para Nabi sebelumku diutus khusus untuk kaumnya sahaja, sedangkan aku diutus untuk seluruh manusia.”

Jadi, Imam Bukhari nak menunjukkan bahawa perkataan yang digunakan oleh Nabi dalam hadis ini adalah ‘bumi’. Maknanya, bumi itu untuk dua kegunaan, untuk

Apakah tidak langsung diberikan kelebihan kepada Nabi ini kepada Nabi lain? Tidak dikurniakan kepada sesiapa sahaja secara terkumpul. Ada yang ada dapat sikit-sikit. Disini, disebutkan lima kelebihan sahaja. Ada kala dikatakan sampai enam. Ikut latar belakang tertentu. Ada banyak lagi kelebihan yang Nabi dapat. Ada yang kira sampai 60. Imam Suyuti kira sampai 300. Yang lima ini terkumpul dalam hadis yang sahih. Antara yang lain Nabi dapat adalah Saf dalam solat kerana tidak ada nabi lain yang dapat macam itu.
Semua orang dalam kubur nanti akan ditanyakan tentang Nabi Muhammad. Nabi-nabi yang lain tidak ada sebegitu.
Umat Nabi Muhammad juga akan diberi kelebihan kelihatan kesan wudu mereka di akhirat nanti. Dan juga bahagian solat yang menyentuh tanah tidak dimakan api neraka.
Azan solat hanya kepada Nabi Muhammad sahaja.
Solat lima waktu diberikan kepada Nabi Muhammad sahaja.

Yang duduk jauh sebulan perjalanan dari Madinah merasa gerun dengan Nabi. Beza dengan zaman sekarang. Sudah jadi terbalik sebab musuh Islam tak takut Islam langusng. Musuh Islam bukan hanya takut kepada Nabi sahaja. Mereka juga takut kepada sahabat yang meneruskan kerja-kerja Nabi. Ini semua terjadi kepada kita kerana kita tak amalkan Sunnah. Alhamdulilllah, sekarang dah nampak Islam mula nak naik balik. Sistem kita seperti sistem ekonomi kita mula dipakai oleh orang bukan Islam pun.

Nabi mengatakan bahawa bumi dijadikan sebagai tempat sembahyang. Ini bukanlah bermaksud bahawa keseluruhan  dunia ini dalah masjid, tapi ia bermakna ianya adalah tempat ibadah, kecuali tempat-tempat yang telah diberikan larangan oleh Allah. Penggunaan perkataan Masjid itu adalah sebagai penggunaan kata yang umum. Islam selalu ada konsep begitu. Ibadat pun ada ibadah yang khusus dan ibadah yang umum. Disini juga kita boleh ambil falsafah masjid dalam dunia luar masjid. Iaitu hati kita selalu bertaut dengan masjid. Kalau dalam masjid, kita tidak buat perkara yang merapu, maka dalam dunia luar pun kita tidak buat merapu. Kalau dalam masjid, kita sentiasa ingat Allah, maka diluar pun begitu juga. Demikianlah seterusnya.

Bahan bersuci adalah dengan bumi. Kita sudah tahu bahawa apabila nak solat, kita kena suci. Menunjukkan kepentingan dan kehebatan solat. Allah tahu samada kita suci atau tidak.
Benda yang boleh digunakan untuk tayamum adalah samada bumi atau yang naik dari mukabumi. Termasuk salji. Itulah yang senang. Asalkan suci. Tidak menghadkan tanah yang menumbuhkan tanaman. Sudahlah kena cari air tadi, ini kena cari tanah yang jenis tertentu. Tentulah itu sudah menyusahkan. Pendapatnya sama dengan Imam Malik dan Hanafi. Ini kerana dalam hadis, digunakan perkataan al-ard, iaitu mukabumi. Tetapi kepada imam Syafie dan Daud zahiri, kena tanah yang boleh menumbuhkan tanaman. Itu adalah pendapat masing-masing. Mereka pun orang yang berilmu tinggi juga.

Tayamum untuk memudahkan. Sapu sekali sahaja dan sapu di muka dan tangan sahaja. Tidak perlu ikut tertib. Tidak perlu ada debu sebab Nabi pun tiup debu pada tangannya. Menunjukkan yang bukanlah debu yang dikehendaki.

Harta ghanimah. Untuk dapat harta ini, kena perang dulu. Kalau lari sebelum perang dipanggil al-Fai. Perang itu pula, mestilah atas nama agama. Dianggap sebagai harta yang paling suci kerana Nabi pun makan harta ghanimah. Sebanyak 4/5 diberikan kepada yang ikut serta dalam perang. 1/5 untuk Allah dan rasulNya. Itu adalah secara umum. Zaman Umar tidak beri semua bahagian yang ikut serta kerana ramai yang sudah kaya. Dia simpan untuk generasi akan datang.
Harta ghanimah ini tidak diberikan kepada umat dan nabi-nabi terdahulu. Kalau generasi dulu, mereka akan kumpul harta selepas perang itu di padang dan Allah akan turunkan api dari langit. Kalau diambil api, bermakna Allah suka dan redha. Kalau tidak, tentu ada sebabnya. Mungkin ada yang ambil harta untuk diri mereka sendiri.

Nabi Muhammad diutuskan untuk semua manusia sekalian. Tidak ada dah nabi dan rasul selepas Nabi kita. Kerana telah sempurna ajaran Islam yang disampaikan Nabi. Kalau nak dikatakan ada Nabi sebelum Nabi Muhammad, itu boleh lagi. Macam kalau ada yang kata Krishna yang dipuja oleh penganut Hindu itu adalah Nabi dulu. Adalah kemungkinannya. Kerana mungkin selepas itu mereka telah menganggapnya sebagai tuhan pula. Tapi yang pasti, kalau lepas Nabi Muhammad, tidak ada Nabi lagi. Macam Guru Nanak yang mereka agama Sikh itu. Dia tidak langsung boleh dianggap sebagai Nabi.