We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Iman Bab Sabda Nabi SAW : Agama Itu Ialah Ikhlas Kerana Allah…(dan seterusnya) September 16, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 1:08 am

Sahih Bukhari Kitab Iman Bab Sabda Nabi SAW : Agama Itu Ialah Ikhlas Kerana Allah…(dan seterusnya)

بَاب قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الدِّينُ النَّصِيحَةُ لِلَّهِ وَلِرَسُولِهِ وَلِأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ وَقَوْلِهِ تَعَالَى ( إِذَا نَصَحُوا لِلَّهِ وَرَسُولِهِ (

42. Bab Sabda Nabi SAW: Agama Itu ialah Ikhlas Kerana/kepada Allah, Kerana/kepada RasulNya, Dan Kerana/kepada Pemimpin-Pemimpin Orang-Orang Islam Dan Kerana/kepada Orang Awam Islam. Dan Firman Allah: إِذَا نَصَحُوا لِلَّهِ وَرَسُولِهِ (Maksudnya) “Apabila Mereka Ikhlas Kepada Allah Dan RasulNya”

– Salah faham makna ‘nasihah‘ itu. Kebanyakan orang sangka ianya bermakna ‘agama itu nasihat’. Tapi nasihat dalam pemahaman kita itu adalah sebahagian sahaja dari makna ikhlas itu. Tambahan pula, kalau maknanya hanya nasihat, bagaimana nak nasihat kepada Allah dan Nabi, seperti yang disebut dalam ayat Quran di atas?

Hadis sebelum ini pasal niat. Lagi satu, amal kena ada ikhlas. Dalam iman pun kena ikhlas. Banyak peringkat iklas seseorang itu. Kepada Allah dan rasul dah memang mesti dah. Tapi kepada yang lain? Berbeza-beza peringkat itu. Maka berbeza-beza juga iman orang Islam itu.

Ditutup kitab Iman ini dengan hadis yang dikatakan sebagai salah satu dari paksi Islam. Ini seperti yang dikatakan oleh Imam Nawawi. Banyak bab boleh gunakan hadis ini. Atau boleh juga dikatakan sebagai salah satu dari 4 hadis yang paling penting.

Bukhari nak tunjuk bahawa segala kritik yang dia buat itu adalah ikhlas. Kepada Allah dan rasul, kepada pemimpin dan orang awam. Supaya mereka tahu kesilapan golongan murjiah itu. Tujuannya adalah untuk menjaga kesucian agama.

Hadis dalam tajuk tiada sanad sebab ada seorang perawi tidak menepati syaratnya. Walaupun Imam Muslim terima. Itulah sebabnya tinggi kitab Bukhari ni. Sebab ketat betul syarat dia. Hadis ini sahih tapi cuma tidak menepati syarat dia.

Asal makna membersihkan madu. Maksud disini adalah ikhlas. Mahukan kebaikan kepada seseorang supaya dia mendapat apa dia patut dapat. Agama itu banyak benda dalamnya tapi ikhlas ini yang sangat penting. Bukan menafikan makna-makna yang lain.

Apakah yang dimaksudkan Ikhlas kepada Allah: mempercayaiNya sepertimana sepatutnya dan layak denganNya. Iaitu apa yang kita dapat dari ajaran Nabi. Ini adalah dari segi akidah. Hendaklah kita ketahui bahawa Allah itu ada zat dan sifat. Selain dari itu, kita mestilah tidak melakukan syirik kepada Allah. Tidak terlalu sangat bergantung kepada makhluk. Taat dan patuh kepada ajaranNya. Menjauh dari laranganNya. Syukur kepada nikmatNya. Kasih kepada apa Allah kasih. Benci kepada apa yang Allah benci. Ikhlas dengan kitabNya. Mengamalkannya ajaran yang terkandung di dalamnya. Selalulah membacanya. Ketahuilah bahawa tiada kitab yang lebih mulia dari Quran itu. Hendaklah juga kita terima ia adalah Kalam Allah. Kerana fahaman ini telah tersebut dalam Quran tu. Kena jaga Quran dari diselewengkan. Mempelajari sebaik mungkin.

Ikhlas dengan rasul: membenarkan ajarannya. Menerima amalan ibadat yang dia dia sampaikan adalah yang terbaik untuk diamalkan. Tidak perlu ditambah-tambah lagi. Hak dia diutamakan dari orang lain. Tidak kita ubah ajaran dia sampai jadi bidaah.

Ikhlas kepada pemimpin-pemimpin Islam: supaya rakyat tahu peranan seorang pemimpin itu. Dan supaya rakyat tahu apa yang sepatutnya dilakukan oleh pemimpin. Cuma dia tidak duduk ditempat seorang pemimpin buat masa ini. Jadi dia boleh tegur. Tegur tu pula dengan perasayaan sayang. Jangan memberontak. Kekadang kita tidak faham apa yang dilakukan oleh pemimpin itu. Ada kemungkinan pemimpin itu nampak apa yang perlu dilakukan. Kita tak duduk di tempat dia, kita tak tahu. Mungkin apa yang dia sedang lakuka adalah untuk kemaslahatan umum. Kalau jelas dia salah dalam sesuatu perkara, kita tidak ikut dia dalam hal itu. Bukan semua sekali kita nak kena ikut. Kalau perbuatan dia itu adalah membawa kepada maksiat, tidak boleh kita ikut. Tidak puji berlebihan atau bodek. Ada pula yang kata pemimpin itu ulama maka kena belajar dengan dia. Mana yang tak betul kita kena tegur. Tidak boleh kita buat senyap sahaja. Kita tak tahu mana yang betul disisi Allah. Selagi dia ada dalil. Sebarkan ilmu yang dia sampaikan. Sebab itu kena faham betul apa yang kita belajar, takut salah sampaikan pula. Kita sebutkan kebaikan dia, bila dia buat sesuatu yang baik.

Ikhlas kepada orang awam Islam: ikut kepada peringkat masing-masing. Yang tidak tinggi agamanya. Iaitu mereka yang tidak boleh buat rujukan sendiri. Kena ajar benda betul kepada mereka. Jaga kebaikan dunia dan akhirat mereka. Dorong ke arah kebaikan. Suruh kepada kebaikan, larang kepada kemungkaran. Simpati kepada mereka dan bertolak ansur dalam banyak perkara. Kasih kepada muda, hormat yang tua.

Dan Firman Allah: إِذَا نَصَحُوا لِلَّهِ وَرَسُولِهِ (Maksudnya) “Apabila Mereka Ikhlas Kerana Allah Dan Rasulnya”: mereka tidak berdosa kalau mereka lemah. Tidak dapat pergi perang. Tidak berdosa kalau mereka ikhlas. Macam kita tahu haji wajib tapi kita tidak mampu. Tidak berdosa. Islam tidak bebankan diluar kemampuan. Ikhlas dalam setiap perkara, itu yang penting.

۵۵ – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنِي قَيْسُ بْنُ أَبِي حَازِمٍ عَنْ جَرِيرِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ قَالَ {بَايَعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى إِقَامِ الصَّلاةِ وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ}

55. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, telah menceritakan kepada kami Yahya dari Isma’il berkata, telah menceritakan kepadaku Qais bin Abu Hazim dari Jarir bin Abdillah berkata: “Aku telah membai’at kepada Rasulullah untuk mendirikan salat, menunaikan zakat dan ikhlas kepada setiap muslim”.

Mengenali perawi: Qais nak jumpa Nabi tapi dalam perjalanan, Nabi wafat. Masa tu dia dah islam dah. Dia tua dah sebab dia sempat berada dalam zaman jahiliah. Maka dia ada seorang tabien kerana dia tidak dapat jumpa Nabi. Ayah dia pula seorang sahabat. Ulama iktiraf dia sebagai tsiqah. Dia meriwayatkan dari sahabat sepuluh, iaitu mereka yang telah dijanjika Nabi akan masuk syurga. Dia seorang sahaja yang dapat buat begini. Ada dua perkara yang mungkin menjejaskan dia: Ada yang kata dia munkarul Hadith. Ini adalah kerana dia ada meriwayatkan hadis yang orang lain tidak ada. Ini sebenarnya tidak menjejaskan. Maka bukanlah munkarul hadith yang macam pemahaman orang itu. Kedua, ada yang kata dia berpandangan tidak baik dengan Saidina Ali. Tidak juga. Cuma dia kata Saidina Uthman lebih baik dari Ali. Ini tidak menjejaskan status dia juga. Maka ulama sepakat mengatakan boleh menerima riwayat dari dia. Kalau kata tak boleh tu, sebenarnya orang cakap sebegitu, menyusahkan diri sendiri.

Jarir memeluk Islam saat akhir hayat Nabi. Iaitu pada tahun 10H. Dia adalah ketua kaumnya walaupun dia berumur muda. Bila dia jumpa Nabi, Nabi bagi sehelai kain kepadanya dan memberi kepada orang lain untuk memuliakan pemimpin sesuatu kaum. Maka, adalah Sunnah untuk menghormati ketua masyarakat. Dia bila jumpa Nabi dia membersihkan diri dulu. Sebelum dia sampai, Nabi kata akan datang golongan yang paling bertuah dan dimukanya ada satu malaikat. Bila dia masuk Islam, Nabi suruh dia robohkan rumah berhala di tempatnya. Sebelum pergi, dia kata dia susah naik kuda. Nabi pegang dadanya dan dia rasa semacam. Nabi doakan supaya dia ditetapkan dan jadikan dia pemimpin yang terpimpin. Pernah dia berkhidmat dengan Anas walaupun Anas lagi muda darinya. Anas rasa tak selesa tapi dia kata orang Ansar telah banyak melakukan khidmat dan dia kata kalau ada dia dengan Ansar, dia nak khidmat kepada orang Ansar. Umar pernah suruh dia perang ke Iraq dan dijanjikan 1/4 dari harta ghanimah. Bila menang, dia minta sebagaimana yang dijanjikan. Umar kata kepadanya kalau dia berperang kerana upah, dia boleh dapat sepertimana yang dijanjikan. Tapi kalau dia berperang kerana Allah, maka dia kena serupa macam orang lain. Jadi dia tak mahu 1/4 itu. Maka ini jadi dalil, boleh bagi upah kepada tentera. Itu lain dari ghanimah. Dia asal dari Kufah. Orang di Kufah terlajak lebih kepada Ali. Jadi dia tak suka, maka dia telah tinggalkan Kufah. Dia seorang yang segak luar biasa. Umar kata dia Yusuf umat itu. Bila dia masuk Islam, dia berbaiah dengan Nabi seperti yang diceritakan dalam hadis ini. Nabi telah menyuruh dia “ikhlas kepada semua umat Islam”. Itulah yang dia lakukan sepanjang hayatnya. Dia pernah beli kuda tapi orang itu hendak jual murah. 300 dirham. Dia kata kuda ini patutnya mahal lagi. Dia naikkan harga sampai 700 dirham. Pernah dalam majlis Umar, ada yang kentut, maka Umar tanya sapa yang kentut itu, kerana dia kena ambil wudu balik. Jarir bangun dan tolong tutup malu orang yang kentut itu dengan kata biarlah semua orang yang kat situ ambik wudu. Semasa zaman pemerintahan Uthman, dia pernah jadi gabenor dan mata dia jadi buta. Semasa Ali berselisih dengan Muawiyah dia tak mahu terlibat dan dia lari. Dia mengmbil kedudukan berkecuali. Dia riwayatkan 100 Hadith.

Dia telah berbait dengan Nabi mendirikan solat. Iaitu menjaga molek solatnya. Dan membayar zakat. Dan mahukan kebaikan kepada setiap orang Islam.

Bila Nabi baiah dengan sahabat, baginda akan menyesuaikan dengan sahabat itu sendiri. Lain seorang dengan seorang lain.

 

 

۵٦- حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ زِيَادِ بْنِ عِلاقَةَ قَالَ {سَمِعْتُ جَرِيرَ بْنَ عَبْدِاللَّهِ يَقُولُ يَوْمَ مَاتَ الْمُغِيرَةُ بْنُ شُعْبَةَ قَامَ فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَيْكُمْ بِاتِّقَاءِ اللَّهِ وَحْدَهُ لا شَرِيكَ لَهُ وَالْوَقَارِ وَالسَّكِينَةِ حَتَّى يَأْتِيَكُمْ أَمِيرٌ فَإِنَّمَا يَأْتِيكُمُ الآنَ . ثُمَّ قَالَ اسْتَعْفُوا لأَِمِيرِكُمْ فَإِنَّهُ كَانَ يُحِبُّ الْعَفْوَ . ثُمَّ قَالَ أَمَّا بَعْدُ فَإِنِّي أَتَيْتُ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْتُ أُبَايِعُكَ عَلَى الإِسْلامِ فَشَرَطَ عَلَيَّ وَالنُّصْحِ لِكُلِّ مُسْلِمٍ فَبَايَعْتُهُ عَلَى هَذَا وَرَبِّ هَذَا الْمَسْجِدِ إِنِّي لَنَاصِحٌ لَكُمْ ثُمَّ اسْتَغْفَرَ وَنَزَلَ}

56. Telah menceritakan kepada kami Abu An Nu’man berkata, telah menceritakan kepada kami Abu ‘Awanah dari Ziyad bin ‘Alaqah berkata; saya mendengar Jarir bin Abdillah berkata dihari kematian Al Mughirah bin Syu’bah, berdiri berdiri dengan memuji-muji Allah dan mensucikan- Nya, kemudian berkata: “Wajib atas kalian bertakwa kepada Allah satu-satunya dan tidak menyekutukanNya, dan hendaklah kamu berada dalam tenang dan tenteram sampai datang kepadamu seorang pemimpin pengganti, tidak lama lagi dia akan datang, ” kemudian dia berkata: “Mintakanlah ampun kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala buat pemimpin kalian ini (Al Mughirah), kerana dia suka memberi maaf.” Lalu dia berkata: “Amma ba’du, sesungguhnya aku pernah mendatangi Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam aku berkata: “Aku mahu membai’at engkau untuk menepati ajaran Islam”. Lalu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memberi syarat supaya ikhlas kepada setiap muslim, maka aku membai’at Beliau dengan syarat itu, dan demi Tuhan Pemilik Masjid ini, sungguh aku benar-benar ikhlas kepada kalian” Kemudian dia beristighfar lalu turun.

Kenapa Jarir lagi? Kerana Nabi suruh dia betul benar-benar dengan orang Islam.
Mughirah adalah gabenor Kufah dibawah pemerintahan Muawiyah. Kiranya kawasan penentang kerajaan. Dia mati pada tahun 50H. Ada yang kata Jarir adalah naib kepada dia. Ada kata anak Mughirah sendiri. Tapi sebab Jarir yang berucap, maka nampak macam Jarirlah yang naib.

Mughirah dalam sejarah diceritakan sebagai seorang yang tidak molek. Sebab dia sebelah Muawiyah. Jadi orang selalu burukkan dalam sejarah. Padahal dia awal masuk Islam dah. Pernah pula berbaiah dengan Nabi. Dan Allah sudah akui sahabat-sahabat ini adalah orang yang baik-baik. Teruk sangat orang burukkan sampai pelik jadinya. Dalam sejarah yang tersebar, dikatakan bininya sampai 2000! Dikatakan dia berzina. Yaitu cerita yang biasa kita dengar  berkenaan dengan Abi Bakrah. Orang Kufah ni memang perangai pelik sikit. Kalau dia tak molek, takkan Umar lantik dia. Uthman dan Muawiyah pun lantik dia sebagai pemimpin juga. Ada kata dia yang cadangkan Yazid jadi putera mahkota. Bodek muawiyah lah tu mereka kata. Tapi cerita Yazid jadi pemimpin itu lepas dia mati. Kononnya ceritanya, Muawiyah nak lucutkan jawatan gabenor Mughirah, jadi itulah sebabnya dia buat cadangan itu sebagai nak membodek Khalifah. Itu adalah cerita yang tidak benar. Muawiyah lantik Yazid tu merata dia hantar kesemua negeri untuk dapatkan persetujuan. Tiada yang tidak setuju. Cerita sebenarnya adalah Mughirah sendiri minta letak jawatan tapi Muawiyah yang tak benarkan. Banyak tak betul dalam sejarah. Macam nak tunjuk sahabat itu jahat. Sahabat bukan pengecut yang akan benarkan khalifah buat tak menentu. Jadi mereka takkan setuju kalau apa yang dia nak buat itu adalah perkara maksiat. Jadi Bukhari masukkan kerana Bukhari nak cerita yang betul.

Pemimpin yang dikatakan akan datang itu orang lain dari Jarir, iaitu Ziyad Abi Sufyan. Bukan Jarir. Orang kufah tak suka.
Dalam sejarah yang benar, Mughirah itu suka memaafkan orang.

Kena ikhlas mahukan kebaikan kepada orang Islam. Maknanya dia maksudkan rakyat melakukan kebaikan. Jarir suruh merekea duduk tenang jangan kecoh-kecoh.
Mereka berada dalam masjid Kufah atau mana-mana masjid. Lepas cakap dia turun dari mimbar. Bukhari isyarat kepada kesudahan dalam turunnya dari mimbar itu. Dan juga isyaratkan kepada mati. Sebab ini sudah sampai kepada hujung kitab. Bila seseorang tu ingat mati, dia tak buat benda tak molek. Bukhari juga isyarat mati dengan cerita mughirah mati. Dan istighfar tu Nabi selalu ajar adalah perbuatan akhir sekali. Bila selesai satu kerja penting, Nabi suruh istighfar. Lepas solat pun baginda istighfar. Abu Bakr minta Nabi ajar doa lepas solat, Nabi ajar sayyidul istighfar. Keluar jamban pun disuruh istighfar. Lepas wudu, Nabi suruh istighfar. Hujung perbuatan penting selalu istighfar. Surah fath pun ada istighfar, iaitu lepas menang. Ibn Abbas kata istighfar tu tanda Nabi tak lama lagi akan mati. Jarir pun ikut Quran. Tasbih kaffarah. Tanda sudah akhir ucapan. Turun itu pun tanda sudah. Masuk kubur pun kena turun kedalam tanah juga. Dimana ada permulaan akan ada hujungnya.

 

Sahih Bukhari Kitab Iman Bab Amalan Itu Dikira Mengikut Niat Dan Keikhlasan…(dan seterusnya) September 14, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 12:27 pm
Tags: , , , , , , ,

Sahih Bukhari Kitab Iman Bab Amalan Itu Dikira Mengikut Niat Dan Keikhlasan…(dan seterusnya)

بَاب مَا جَاءَ إِنَّ الْأَعْمَالَ بِالنِّيَّةِ وَالْحِسْبَةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَدَخَلَ فِيهِ الْإِيمَانُ وَالْوُضُوءُ وَالصَّلَاةُ وَالزَّكَاةُ وَالْحَجُّ وَالصَّوْمُ وَالْأَحْكَامُ وَقَالَ اللَّهُ تَعَالَى ( قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَى شَاكِلَتِهِ ) عَلَى نِيَّتِهِ نَفَقَةُ الرَّجُلِ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا صَدَقَةٌ وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ

41. Bab Amalan Itu Di Kira Mengikut Niat Dan Keikhlasan, Setiap Orang Mendapat Apa Yang Diniatkannya. Termasuk Di Dalamnya Iman, Wudhu’ Sembahyang, Zakat, Haji, Puasa Dan Segala Hukum Yang Lain. Allah Berfirman: “Setiap Orang Beramal Mengikut Keadaannya” Iaitu Niatnya. Perbelanjaan Seseorang Terhadap Keluarganya Dengan Ikhlas Adalah Sedekah. Nabi SAW Bersabda: Tetapi Yang Tetap Akan Ada Ialah Jihad Dan Niat.

Hadis ini adalah sebagai hadis yang dihujung Kitab Iman. Imam Bukhari nak mengatakan yang amalan-amalan yang dikatakan sebahagian dari iman itu adalah tidak bermakna jikalau tidak dengan niat yang betul dan jikalau tidak ada keikhlasan dalam hati. Itu yang penting. Bukan hanya melakukan sahaja amalan fizikal itu sahaja.

Imam Bukhari juga nak mengisyaratkan kenapa dia mengkritik pendapat-pendapat golongan murjiah dan lain lain yang dikritiknya sebelum ini. Bukanlah niatnya untuk menjatuhkan seseorang, tapi niatnya adalah memberi pengajaran. Orang tanya Imam Ahmad: mana lagi baik, seorang yang banyak beribadat dengan seorang yang kritik orang lain? Imam Ahmad jawap: Kritik lagi baik sebab jika dia beribadat, dapat kepada dia seorang sahaja. Tapi bila dia kritik, manfaatnya kepada ramai orang. Bila buat kerana Allah.

Kedua, Hisbah itu adalah bermakna ikhlas. Bab hisbah itu ada dalam hadis yang lain. Ada orang yang niatnya tidak ikhlas. Maka kita kena selalu membetulkan niat kita. Solat contohnya, untuk siapa? Untuk Allah. Jadi setiap kali kita buat satu amalan itu, kita kena ikhlaskan perbuatan kerana Allah. Contohnya, dia memang bagi nafkah kepada keluarga, dah lepas tanggungjawab dah tu. Tapi kalau dia tidak ikhlas, dia tidak akan dapat pahala dari perbuatannya itu.

Ketiga, Imam Bukhari nak membawa cerita ‘Setiap Orang Mendapat Apa Yang Diniatkannya’. Setiap orang tidak sama yang dia akan dapat dari niatnya. Lain-lain hasilnya. Dia mungkin buat satu perkara, macam bagi duit kepada keluarga contohnya. Bukan sahaja dia nak lepas tanggungjawab sahaja, tapi dia juga niat supaya dengan nafkah yang diberikan kepada mereka itu, mereka akan jadi orang berguna kepada masyarakat, tambah lagi nak jadi macam Bukhari contohnya. Jadi ada niat yang rendah, ada niat yang tinggi. Jadi pahala akan jadi lain-lain bergantung kepada niatnya. Dari satu perbuatan, boleh dapat banyak perkara. Kena pandailah apa yang dia nak niat kan.

Banyak kita boleh amalkan niat ini, dalam wudu contohnya – bukan untuk solat sahaja. Mungkin kita tambah niat supaya kita berada dalam wudu dan untuk membaca Quran juga. Bunuh orang yang nampak besar itu pun hukum dari Allah juga. Jadi kalau kita bunuh orang lain kerana Allah, maka kita pun akan dapat pahala juga. Bergantung atas niat. Kadang-kadang, bila tak buat sesuatu itu yang tidak baik. Niat itu pun tidak perlu sebut. Lintasan hati sahaja. Imam Bukhari berpendapat semua amalan kena ada niat. Untuk apa kita kerja contohnya? Sebab orang kafir pun kerja juga. Sebab itu ada banyak perbuatan, Nabi dah ajar doa-doa untuk mengingat kepada Allah. Yang kita tidak buat pun ada niat juga. Macam tak minum arak tu sebab tuhan larang. Itulah juga zikir kepada Allah dengan ingat sahaja kepada Allah. Bukan hanya dalam perbuatan ibadah sahaja. Faedah bukan di dunia sahaja. Akhirat juga kita akan mendapat balasannya.

Ayat Quran (Isra’ 17:84) itu bermaksud: Allah mengikut niat seseorang itu. Mungkin nampak perbuatan dia tidak molek, tapi kalau niatnya baik, dia akan dapat kebaikan. Macam kalau kita kritik seseorang. Kadang kita kena sebut nama dia supaya orang kenal. Macam Allah pun sebut nama Abu Lahab.

Kedua, setiap orang beramal mengikut keadaan dia. Ada yang terhad. Ada pula yang tinggi fahamnya, maka dia boleh dapat banyak lagi. Ini kalau orang itu belajar. Dia tahu dari satu ibadat, boleh jadi banyak niat yang dia boleh gunakan. Keadaan seseorang tidak serupa.

Ada pula yang kata maknanya ialah, setiap orang atau benda bertindak mengikut tabiat dia. Lembu ikut apa tabiat dia. Mengikut kejadian Tuhan telah jadikan dia. Macam malaikat tidak akan buat maksiat. Manusia, boleh pilih samada nak buat baik atau tidak.
Tuhan lebih tahu apa niat kita. Dan Tuhan lebih tahu mana yang baik. Maka kita tidak boleh ikut suka kita nak buat apa. Kena ikut apa yang Tuhan dah ajar. Jadi kalau pergi Mekah tapi pakai duit haram, tidak boleh.

Pahala bukan dengan beri sedekah kepada orang lain sahaja. Beri kepada isteri pun boleh dapat dah. Isteri pun bila buat baik kepada suami pun dapat pahala. Padahal itu memang dah jadi kewajipan dia dah. Tak payah keluar rumah pun kita boleh dapat pahala sebenarnya. Kalau kepada orang lain yang bukan kewajiban dia, lagilah bagus. Lagi banyak pahala boleh dapat kalau bagi kepada orang lain yang memerlukan.

‘Tetapi Yang Tetap Akan Ada Ialah Jihad Dan Niat’: ada sesetengah amalan sudah dimansuhkan. Tak boleh buat dah. Hijrah hanya sebelum buka Mekah. Tapi yang sentiasa ada adalah jihad dan niat. Walaupun Hijrah itu adalah suatu bentuk jihad, jihad dalam bentuk lain ada lagi. Dalam lingkungan yang dibenarkan. Bukan serang kuil atau curi. Jihad itu dapat menaikkan bangsa. Beri ilmu kepada orang lain juga adalah jihad. Menentang pendapat salah juga adalah jihad. Itu dapat memperbetulkan manusia lain. Dengan menulis dan sebagainya. Jihad ekonomi adalah dengan menaikkan sistem ekonomi Islam. Contohnya, membuat makanan Islam. Luas sekali jihad itu. Jihad belajar agama melawan nafsu yang tak suka kita belajar agama. Bukan perang sahaja. Perang bukan sentiasa ada. Jangan kecewa sebab tidak ada jihad Hijrah dah. Jihad berhenti rokok pun termasuk juga. Lawan perkara yang tidak elok. Itupun hijrah juga. Hijrah sebenarnya adalah meninggalkan apa yang Tuhan tegah. Niat kena ada. Apa-apa sahaja perkara yang boleh digunakan untuk Islam.

Apabila dipanggil jihad, kena pergi. Niat kena ada dah dari sekarang. Maknanya ada yang menyeru. Iaitu jamaah muslim. Itu adalah seruan dari ketua negara. Bukan memandai kita nak jihad sendiri.

٥٢ – حَدَّثَنَا عَبْدُاللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ وَقَّاصٍ عَنْ عُمَرَ {أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ وَلِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ}
52. Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Yahya bin Sa’id dari Muhammad bin Ibrahim dari Alqamah bin Waqash dari Umar, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Semua perbuatan tergantung niatnya, dan (balasan) bagi tiap-tiap orang (tergantung) apa yang diniatkan; barangsiapa niat hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan Rasul-Nya. Barangsiapa niat hijrahnya kerana dunia yang ingin digapainya atau kerana seorang perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya adalah kepada apa dia diniatkan.”.

Perawi: Muhammad bin Ibrahim. Datuknya sepupu kepada Abu Bakr. Seorang yang tsiqah dan banyak pujian baik terhadapnya. Cuma ada juga memasukkan nama dia dalam senarai perawi dhaif. Apa maknanya ni? Padahal ramai yang kuat menerima dia. Hadis yang mungkar yang diriwayatkan olehnya adalah silap faham orang sebenarnya. Maka, hadisnya boleh diterima.

Alqamah: orang yang tsiqah juga. Ada yang kata dia sahabat tapi tak jelas. Mungkin tidak.

Hadis ini kita telah temui sebelum ini maka tidak perlu dibincangkan lagi.

۵۳ – حَدَّثَنَا حَجَّاجُ بْنُ مِنْهَالٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ أَخْبَرَنِي عَدِيُّ بْنُ ثَابِتٍ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَاللَّهِ بْنَ يَزِيدَ عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا أَنْفَقَ الرَّجُلُ عَلَى أَهْلِهِ يَحْتَسِبُهَا فَهُوَ لَهُ صَدَقَةٌ}
53. Telah menceritakan kepada kami Hajjaj bin Minhal berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah berkata, telah mengabarkan kepadaku ‘Adi bin Tsabit berkata: Aku pernah mendengar Abdullah bin Yazid dari Abu Mas’ud dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, beliau bersabda: “Apabila seseorang memberi nafkah untuk keluarganya dengan niat mengharap pahala maka baginya Sedekah”.

– Tidak salah untuk mengharap pahala daripada perbuatan kita yang baik. Kerana pahala, syurga dan neraka adalah apa yang disebutkan oleh Allah dan Nabi. Maka jikalau kita seperti golongan sufi yang kononya tidak mengendahkan pahala itu, maka seperti kita tidak mengendahkan apa yang dijanjikan oleh Allah melalui NabiNya.

Mengenali Perawi: Abu Mas’ud al Ansari. Sahabat besar. Meriwayatkan 102 hadis dari Nabi. Tidak sempat perang Badr. Kebanyakan kata dia tidak sempat. Tapi ulama hadis kata dia sempat. Sebab pada nama dia ada tambahan ‘Badri’. Dia ahli aqabah yang kedua. Jadi kalau dia sempat baiah tu, tentulah dia sempat perang Badr, kerana baiah itu terjadi sebelum perang Badr.

Kalau ahli tu selalunya bermaksud ‘isteri’. Dalam hadis ini, ia termasuk anak pinak. Tapi makna asalnya adalah isteri.
Ada yang kata maksud ihtisab itu ‘dengan ikhlas’.
Atau ada kata ihtisab itu ‘mengharap pahala’.
Nak dapat pahala kena ikhlas dulu.
Bila ikhlas, akan dapat pahala. Jangan sangka hanya beri kepada orang lain baru dapat pahala. Walaupun perbuatan itu adalah sudah tanggungjawab kita untuk melakukannya. Kerana memberi nafkah itu adalah sudah tanggungjawab kita sebenarnya. Ikhlas kerana Allah itu adalah kerana Allah suruh bagi. Ada orang menikah sebab hendakkan harta.

Kalau tidak ada niat, cuma lepas tanggungjawab sahaja, tidak dapat pahala. Tapi dia sudah lepas tanggungjawab dia, Tuhan tak tanya dah lepas tu. Pahala dia tak dapat banyak. Kalau dia niat macam-macam, dia akan dapat banyak. Macam-macam dia boleh dapat.
Ianya bukan sedekah biasa. Ianya adalah nafkah. Yang dia dapat adalah pahala sedekah itu. Sebab kalau dia kahwin dengan anak cucu Nabi, dia tidak boleh makan sedekah.

۵٤ – حَدَّثَنَا الْحَكَمُ بْنُ نَافِعٍ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنِ الزُّهْرِيِّ قَالَ حَدَّثَنِي عَامِرُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ {أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّكَ لَنْ تُنْفِقَ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ عَلَيْهَا حَتَّى مَا تَجْعَلُ فِي فَمِ امْرَأَتِكَ}
Telah menceritakan kepada kami Al Hakam bin Nafi’ berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Az Zuhri berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Amir bin Sa’d dari Sa’d bin Abu Waqash bahwasanya dia mengabarkan, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya, tidaklah kamu menafkahkan suatu nafkah yang dimaksudkan mengharap wajah Allah kecuali kamu akan diberi pahala termasuk sesuatu yang kamu suapkan ke mulut isterimu”.

Ini adalah hadis ringkas. Ini cerita Saad apabila dia ingat dia nak mati dah. Nabi kata belum lagi. Nabi kata ramai akan dapat kebaikan dari dia. Dan ramai dapat mudharat dari. Dialah nanti yang akan membuka Parsi. Ianya berlaku pada zaman Umar. Walaupun dia ingat dia nak mati tu, dia sakit sangat sampai tak boleh jalan. Tapi dia ditakdirkan umur pandang dan dia ditakdirkan mempunyai anak yang ramai.

Waktu dia ingat dia nak mati tu, dia nak beri semua harta dia. Nabi tak bagi. Separuh? Pun Nabi tak bagi. Akhirnya satu pertiga sahaja Nabi benarkan untuk dia infakkan. Kerana Nabi kata, lebih baik dia tinggalkan anak dia dalam kaya lebih baik dari mereka meminta sedekah. Dan Nabi sambung dengan hadis diatas. Nak cerita di sini, kalau beri kepada isteri dan anak pun dapat pahala juga.
Yang lebih dekat kena dulukan daripada yang jauh. Itulah cara Nabi.
Kalau isteri beri kepada suami pun dapat pahala. Ibn Mas’ud dulu isterinya yang kaya. Dia tanya bolehkah beri kepada suaminya? Nabi kata dia akan dapat dua pahala.
Memang sepatutnya lelaki yang memberi rezeki. Tapi kalau keadaan menghalang lelaki mendapat rezeki, maka boleh perempuan memberi nafkah kepada suami. Banyak sahabat asalnya susah dan kahwin dengan wanita yang kaya. Kemudian baru mereka menjadi senang.

Melepaskan syahwat pun menjadi sedekah juga. Sahabat sampai terkejut, takkan kalau memuaskan nafsu akan dapat pahala, kata mereka. Nabi kata, kalau letak pada tempat salah, kan bersalah? Maka kalau letak pada halal, boleh juga dapat pahala.

Dalam hadis ini, Nabi sebut: “Suapkan dalam mulut isteri”. Ini mengajar kemesraan kepada isteri. Walaupun dia menikah diumur tua. Sampai keumur tua baginda, baginda masih mandi bersama dengan isterinya.

Berapa banyak yang perlu diinfakkan? Islam tidak menetapkan berapa banyak. Bergantung kepada mana yang boleh. Dalam Quran, mengatakan ‘berapa yang terlebih’. Maka ianya adalah subjektif. Keperluan seseorang dengan orang yang lain tidak sama.

Video keseluruhan kelas Maulana Asri boleh didapati di sini

 

Sahih Bukhari Kitab Iman Bab Menunaikan Khumus Itu Sebahagian Daripada Iman September 13, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 12:48 am
Tags: , , , , , ,

بَاب أَدَاءُ الْخُمُسِ مِنَ الْإِيمَانِ

38. Bab: Menunaikan Khumus Itu Sebahagian Daripada Iman.

٥۱ – حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ الْجَعْدِ قَالَ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي جَمْرَةَ قَالَ { كُنْتُ أَقْعُدُ مَعَ ابْنِ عَبَّاسٍ يُجْلِسُنِي عَلَى سَرِيرِهِ فَقَالَ أَقِمْ عِنْدِي حَتَّى أَجْعَلَ لَكَ سَهْمًا مِنْ مَالِي. فَأَقَمْتُ مَعَهُ شَهْرَيْنِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ وَفْدَ عَبْدِالْقَيْسِ لَمَّا أَتَوُا النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنِ الْقَوْمُ أَوْ مَنِ الْوَفْدُ؟ قَالُوا رَبِيعَةُ. قَالَ مَرْحَبًا بِالْقَوْمِ أَوْ بِالْوَفْدِ غَيْرَ خَزَايَا وَلا نَدَامَى. فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا لا نَسْتَطِيعُ أَنْ نَأْتِيكَ إِلاَّ فِي الشَّهْرِ الْحَرَامِ وَبَيْنَنَا وَبَيْنَكَ هَذَا الْحَيُّ مِنْ كُفَّارِ مُضَرَ. فَمُرْنَا بِأَمْرٍ فَصْلٍ نُخْبِرْ بِهِ مَنْ وَرَاءَنَا وَنَدْخُلْ بِهِ الْجَنَّةَ . وَسَأَلُوهُ عَنِ الأَشْرِبَةِ فَأَمَرَهُمْ بِأَرْبَعٍ وَنَهَاهُمْ عَنْ أَرْبَعٍ . أَمَرَهُمْ بِالإِيمَانِ بِاللَّهِ وَحْدَهُ . قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الإِيمَانُ بِاللَّهِ وَحْدَهُ ؟ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ . قَالَ شَهَادَةُ أَنْ لا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ وَإِقَامُ الصَّلاةِ وَإِيتَاءُ الزَّكَاةِ وَصِيَامُ رَمَضَانَ وَأَنْ تُعْطُوا مِنَ الْمَغْنَمِ الْخُمُسَ . وَنَهَاهُمْ عَنْ أَرْبَعٍ عَنِ الْحَنْتَمِ وَالدُّبَّاءِ وَالنَّقِيرِ وَالْمُزَفَّتِ , وَرُبَّمَا قَالَ الْمُقَيَّرِ وَقَالَ احْفَظُوهُنَّ وَأَخْبِرُوا بِهِنَّ مَنْ وَرَاءَكُمْ} *

51. Telah menceritakan kepada kami Ali bin Al Ja’di berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu’bah dari Abu Jamrah berkata: aku pernah duduk bersama Ibnu ‘Abbas saat dia mempersilakan aku duduk di permadaninya lalu berkata: “Tinggallah bersamaku hingga aku memberimu bagian dari hartaku”. Maka aku tinggal mendampingi dia selama dua bulan, lalu berkata: Ketika utusan Abu Qais datang menemui Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, Beliau bertanya kepada mereka: “Kaum manakah ini atau utusan siapakah ini? Mereka menjawab: “Rabi’ah!” Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “selamat datang wahai para utusan dengan sukarela dan tanpa menyesal”. para utusan itu berkata: “ya Rasulullah, kami tidak dapat mendatangimu kecuali di bulan suci, karena antara kami dan engkau ada suku Mudhor yang kafir. Oleh karena itu ajarkanlah kami dengan satu pelajaran yang jelas yang dapat kami amalkan dan dapat kami ajarkan kepada orang-orang di kampung kami, yang dengan begitu kami dapat masuk syurga.” kemudian mereka bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam tentang minuman, maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam memerintahkan mereka dengan empat hal dan melarang dari empat hal, memerintahkan mereka untuk beriman kepada Allah satu-satunya, kemudian bertanya: “Tahukah kalian apa arti beriman kepada Allah satu-satunya?” Mereka menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan: Persaksian tidak ada ilah kecuali Allah dan bahwa Muhammad adalah utusan Allah, menegakkan shalat, menunaikan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengeluarkan seperlima dari harta rampasan perang”. Dan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam melarang mereka dari empat perkara, yaitu janganlah kalian meminum sesuatu dari al hantam, ad Dubbaa`, an naqir dan al Muzaffaat. Atau Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam menyebut muqoyyir (bukan naqir). Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “jagalah semuanya dan beritahukanlah kepada orang-orang di kampung kalian”.

– Khumus adalah seperlima dari harta ghanimah yang diberi kepada Allah, Nabi, keluarganya dan anak yatim. Maka, ianya didapati selepas perang, itupun kalau menang.
Ianya adalah sebahagian dari iman. Dan terhasil dari perasaan iman orang Islam. Sebab kalau tidak ada iman, tentulah mereka tidak keluar berperang dan mengeluarkan khumus itu.
– Dalam Syiah ada juga khumus itu tapi lain sangat dari yang sebenarnya. Yang mereka berikan itu, bukan harta yang didapati hasil dari perang. Kerana mereka tidak percaya kepada perang selagi Imam Mahdi mereka tidak keluar. Pertama kali orang Syiah berperang itu adalah masa Khomeni itu. Maka ianya adalah berlawanan dengan pemdapat asal agama Syiah. Khumus bagi mereka adalah dari pendapatan biasa macam perniagaan dan sebagainya. Dan ianya adalah Wajib atas mereka dan sebahagian dari rukun dalam agama mereka. Cara mereka gubal hukum lain dengan kita. Ianya adalah dari imam-imam mereka dan hadis-hadis rekaan mereka. Kata-kata Imam mereka pun mereka panggil hadia juga. Hadis Nabi yang mereka pakai tak sampai pun 10% dari hadis rujukan mereka. Dan mereka ni memang salah pegangan mereka dalam cara dapat harta. Pada mereka halal harta kalau curi dari ahli Sunnah. Dan nak cuci harta curi itu adalah dengan bagi khumus. Khumus itu pula diberi kepada imam-imam mereka dan ketua-ketua mereka. Maka oleh itu bahaya kalau mereka ada pangkat atau memerintah sebab mereka boleh ambik harta kita. Bukan itu sahaja, darah kita pun halal buat mereka. Siap dapat pahala kalau bunuh kita lebih-lebih lagi kalau pada 10 muharam. Jadi, mereka ini sangatlah bahaya pegangan agama mereka.

Jihad dalam Islam ada dituntut bila masanya

Berkenaan khumus ini bukan semua umat Islam terlibat macam solat puasa dan sebagainya yang diceritakan sebelum ini. Sebab itu Bukhari letak kat hujung. Sebab yang berkenaan dengan khumus ini bukan semua orang Islam. Ada orang Islam yang mungkin sepanjang hayatnya tidak berpeluang pun untuk mengeluarkan khumus.
Hadis ini berkait dengan hadis menghantar jenazah sebelum ini kerana untuk dapat khumus, kena ada perang. Dan dalam perang akan ada kematian.
Berkait juga dengan hadis yang mengatakan halal itu jelas dan haram itu jelas  sebelum ini. Harta ghanimah ini adalah jenis harta halal yang jelas. Kerana Nabi dan keluarganya tidak makan harta zakat tapi harta khumus ini boleh. Maka menunjukkan ianya adalah halal yang jelas. Nabi tidak makan harta zakat bukan kerana ianya adalah kotor macam pendapat sesetengah orang. Kalau kata kotor, macam orang miskin kesianlah mereka kena makan harta kotor la pula. Tapi Nabi tak makan sebab taknak dikatakan dalam sejarah yang Nabi menyebarkan Islam ini adalah untuk mendapatkan harta zakat untuk dirinya dan keluarganya. Tapi baginda mendapat harta adalah dengan buat kerja yang paling berat sekali iaitu melalui perang.

Haram kalau tak beri khumus.

Mari mengenali perawi: Abu Jamrah adalah penterjemah bahasa Parsi kepada Ibnu Abas yang menjadi Gabenor Basra pada waktu itu. Itu sebab yang dia rapat dengan Ibn Abbas tu. Sampai dia ajak duduk dengan dia selama dua bulan. Sampai dia nak bagi duit kat Abu Jamrah tu. Satu kemungkinan adalah sebab dia tolong dia. Satu lagi mungkin sebab Abu Jamrah pernah mimpi jumpa Ibn Abbas dan dalam mimpi itu dia bertanyakan kepada Ibn Abbas boleh tak buat Haji Tamatu’. Dalam mimpi itu Ibn Abbas kata boleh. Dan memang pendapatnya pun begitu.

Haji tamattu’ itu adalah haji buat sekali dengan umrah. Ada sahabat lain tidak setuju buat haji tamattu’ sebab kalau dibenarkan buat macam tu, orang cuma buat umrah semasa haji sahaja dan masa lain orang Islam dah tak buat umrah. Maka akan sunyilah Kaabah.

Hadis ini adalah mungkin Ibn Abbas cerita balik kepada Abu Jamrah sebab dia tanya tentang perbuatannya sendiri yang merendam kurma kering dalam air. Ini adalah sebagai rawatan pemulihan air. Sebab kadang-kadang air mereka payau, jadi adat mereka meletak kurma kering dalam air itu untuk memaniskan sedikit air itu dan menghilangkan rasa payau air. Ada dalam hadis ini diceritakan bagaimana Nabi cakap pasal perkara itu

Hadis ini adalah kisah Bani Abd Qais. Ada ketua mereka berkenalan dengan orang kristian yang mengatakan akan timbul Nabi akhir zaman. Maka dia suruh kaumnya berniaga ke Mekah sambil mencari Nabi akhir zaman itu. Mereka bertemu semasa tahun Hijrah. Nabi hampir hendak Hijrah dah. Baginda siap kenal ketua-ketua kaum itu. Menunjukkan kemukjizatan Nabi. Yang berjumpa dengan Nabi itu telah masuk Islam tapi bila balik ke kampungnya, dia mengamalkan Islam dalam sembunyi. Tapi kemudian diketahui ketuanya yang paling tinggi dan dia pun masuk Islam terus. Juga mulanya mereka terus mengamalkan Islam dengan cara bersembunyi. Maka kekadang elok untuk kita bersembunyi juga. Akhirnya dia mengisytiharkan juga kepada ketua yang lain-lain dan dan mereka juga masuk Islam terus. Dan mereka selalu menghantar rombongan bertemu Nabi selepas itu. Maka sebab itulah Nabi menghormati mereka dengan mengatakan mereka tidak malu dan tidak menyesal. Kerana mereka masuk Islam dengan cara terhormat. Tidak kerana mereka diperangi. Mudah sahaja mereka masuk Islam. Itulah yang dimasukkan dengan tidak malu.

Kaum Bani Abd Qais itu cuma boleh melawat Nabi dalam bulan haram sahaja sebab kalau bulan lain, mereka akan diganggu dalam perjalanan oleh kafir Bani Mudhar. Dalam hadis ini disebut pada satu bulan. Padahal bulan haram ada empat. Jadi mungkin dalam mana-mana bulan haram itu atau kalau dalam satu bulan sahaja, mungkin ianya adalah pada bulan Rejab kerana bulan Rejab ini memang dihormati oleh Bani Mudhar itu. Bulan haram lain mungkin mereka langgar juga, sebab teruk sangat mereka itu.

Ini menunjukkan bahawa kedatangan mereka itu adalah diawal Islam kerana masih ada lagi gangguan dari bangsa kafir. Sebab kalau tidak, terdapat gencatan senjata dengan bangsa kafir maka tidak adalah gangguan kepada bani Abd Qais itu untuk datang bertemu Nabi.

Mereka datang untuk mendapat ilmu daripada Nabi yang mereka kalau amalkannya akan masuk syurga. Mereka mahukan keputusan yang dapat membezakan mereka dari orang yang tidak selamat. Dan apa yang mereka dapat dari Nabi itu mereka akan dapat sampaikan kepada mereka yang tidak datang.

Dalam hadith ini Nabi kata dia akan beri 4 perbuatan yang perlu dilakukan. Tapi kemudian baginda bagi lima pula. Kenapa jadi begini? Banyaklah pendapat ulama berkenaan perkara ini.
Ada yang kata syahadah itu tidak termasuk dalam empat perkara itu. Yang baginda nak bagitahu adalah selepas itu. Tapi sebab perkara itu adalah penting, yang mula-mula perlu dilakukan, maka baginda sebut juga. Seperti kalau nak melakukan solat, mestilah melakukan wuduk dulu.
Ada yang kata sebenarnya syahadah itu termasuk juga. Tapi yang tidak tidak dikira adalah khumus itu. Tapi sebab penting, itulah sebabnya Nabi campur sekali.
Pendapat lagi mengatakan yang empat pertama itu adalah untuk semua orang. Itulah yang empat itu. Tapi Nabi tambah pasal khumus itu sebab Bani Abd Qais itu duduk di sekitar orang-orang kafir maka ada kemungkinan mereka akan bertempur dengan orang kafir dan ada kemungkinan akan mendapat ghanimah. Tapi itu tidak semestinya melibatkan orang lain. Tidak semua orang akan merasai perang itu. Macam kita, dah berapa ratus tahun Islam, tapi tidak pernah perang pun.
Ada yang kata yang penting Nabi nak sampaikan adalah mentauhidkan Allah. Dan selepas itu disebutkan empat perkara yang dilakukan oleh orang yang mentauhidkan Allah. Itu diberikan sebagai contoh sahaja. Bukan yang empat itu sahaja.
Begitulah banyak pendapat yang diberikan oleh ulama.

Empat jenis perkara yang dilarang Nabi itu adalah jenis jenis air peram yang boleh menyebabkan mabuk. Empat jenis nama yang disebutkan itu adalah bekas-bekas yang diletakkan air itu.

 

Ini adalah ringkasan syarah hadis diatas. Kelas lengkap boleh didapati di sini

 

Sahih Bukhari: Kitab Iman: Bab ; Bab Kelebihan Orang Yang Menjaga Kesucian Agamanya August 27, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 6:33 am
Tags: , ,

بَاب
38. Bab (tidak ada tajuk)

٤٩ – حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ حَمْزَةَ قَالَ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ صَالِحٍ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِاللَّهِ بْنِ عَبْدِاللَّهِ أَنَّ عَبْدَاللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ أَخْبَرَهُ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو سُفْيَانَ بْنُ حَرْبٍ {أَنَّ هِرَقْلَ قَالَ لَهُ سَأَلْتُكَ هَلْ يَزِيدُونَ أَمْ يَنْقُصُونَ فَزَعَمْتَ أَنَّهُمْ يَزِيدُونَ وَكَذَلِكَ الإِيمَانُ حَتَّى يَتِمَّ . وَسَأَلْتُكَ هَلْ يَرْتَدُّ أَحَدٌ سَخْطَةً لِدِينِهِ بَعْدَ أَنْ يَدْخُلَ فِيهِ فَزَعَمْتَ أَنْ لا. وَكَذَلِكَ الإِيمَانُ حِينَ تُخَالِطُ بَشَاشَتُهُ الْقُلُوبَ لا يَسْخَطُهُ أَحَدٌ}
49: Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Hamzah berkata, telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Sa’d dari Shalih dari Ibnu Syihab dari Ubaidillah bin Abdullah bahwa Abdullah bin ‘Abbas mengabarkan kepadanya, bahawa dia berkata; telah mengabarkan kepadaku Abu Sufyan bin Harb bahwa Heraqlius berkata kepadanya: “Aku sudah bertanya kepadamu, apakah jumlah mereka bertambah atau berkurang? Maka kamu bertutur bahawa mereka bertambah, dan memang begitulah iman akan terus berkembang hingga sempurna. Dan aku bertanya kepadamu, apakah ada orang yang murtad karena dongkol pada agamanya? Kemudian kamu bertutur; tidak ada, maka begitu juga iman bila sudah tumbuh bersemi dalam hati tidak akan ada yang dongkol kepadanya”.

Sahih Bukhari

– Hadis ini yang penuhnya telah kita bertemu sebelum ini. Kali ini Imam Bukhari meringkaskannya kerana ada perkara tertentu sahaja yang ingin dibawanya. Di dalam hadis ini Heraqlius menggunakan perkataan ‘iman’ untuk menunjukkan deen dalam soalan pertamanya. Dalam soalan kedua, dia gunakan perkataan ‘iman’ untuk bermaksud iman juga. Bukhari nak menunjukkan yang dari dahulu juga manusia telah menggunakan perkataan deen dan iman yang bermaksud sama. Bukanlah dia yang memulakannya.
– Kenapa pula Imam Bukhari menggunakan hadis ini yang menggunakan Heraqlius sebagai sumber rujukannya? Padahal Heraqlius itu bukan Islam. Ini sebagai tambahan sahaja untuk menguatkan hujah Imam Bukhari. Bukanlah sumber yang penting. Tapi apabila kata-katanya itu disampaikan kepada nabi oleh sahabat menceritkan kejadian itu, Nabi tidak bantah kata-katanya itu, dan tidak membetulkan penggunaan perkataan yang digunakan oleh Heraqlius  itu. Ada juga yang mengatakan Heraqlius itu islam dan dia menyembunyikan islamnya tapi yang kuatnya adalah dia bukan Islam. Tapi walaupun dia bukan Islam, tapi dia adalah seorang yang berilmu sebagai ahli kitab. Ada nilai juga ahli kitab itu. Maka apa yang dikatakannya itu adalah dari ilmunya dan sepatutnya menjadi dalil kepada penganut Nasrani. Juga menunjukkan pemahaman agama-agama yang sebelum Islam pun begitu juga.
– Imam Bukhari menghujah dengan hadis ini bahawa iman itu boleh berkurang dan bertambah. Sebab Heraqlius kata kalau iman telah kuat, maka tidak akan murtad. Itu adalah orang yang imannya telah kuat. Maka, kalau iman itu boleh bertambah, ia juga boleh berkurang.
– Imam Bukhari juga mengisyaratkan dalam hadis ini untuk mengatakan yang kalau iman telah kuat, maka seseorang itu akan tetap didalam agamanya. Dia boleh isyarat sahaja, sebab ini adalah kata seorang yang bukan Islam. Ini ada sangkutan dengan tajuk sebelum ini tentang sahabat risaukan jikalau mereka jadi munafik. Jadi nampak lain sikit dengan hadis Heraqlius  ini. Ini menunjukkan bahawa kalau iman telah meresapi dalam diri, tidak takut akan murtad. Jadi, untuk selamat untuk tidak jadi munafik, maka kena kuatkan iman.
– Hadis ini disampaikan oleh Abu Sufyan yang walaupun kejadian ini dia belum Islam tapi lepas itu dia telah memeluk Islam dan menjadi seorang muslim yang baik.
– Kenapa tidak ada tajuk dalam bab (Imam Bukhari hanya letak ‘bab’ sahaja) ini banyaklah yang telah dibincangkan ulama. Sebelum ini pun kita sudah sebut dalam hadis yang lepas-lepas. Antaranya adalah kerana Imam Bukhari beri peluang kepada kita untuk meletak tajuk sendiri.
– Hadis ini adalah hadis ringkas. Dikatakan diringkaskan adalah kerana ada perkara yang tertentu yang hendak disampaikan. Macam kita dengan ayat Quran juga. Kekadang kita hanya menyebut sebahagian sahaja dan bukan ayat penuh untuk menyampaikan maksud tertentu sahaja. Asalkan tidak merosakkan maksud.
Siapa yang ringkaskan hadis ini? Ada yang kata perawi yang ringkaskan. Tapi pendapat kuat adalah Bukhari sendiri kerana ada dalam hadis lain dinukilkan penuh dan ianya dari perawi yang sama. Maknanya, Bukhari memang ada dapat hadis yang penuh tapi untuk hadis ini beliau ringkaskan.

 

بَاب فَضْلِ مَنِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ

37. Bab Kelebihan Orang Yang Menjaga Kesucian Agamanya

٥۰ – حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا زَكَرِيَّاءُ عَنْ عَامِرٍ قَالَ سَمِعْتُ النُّعْمَانَ بْنَ بَشِيرٍ يَقُولُ {سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الْحَلالُ بَيِّنٌ وَالْحَرَامُ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا مُشَبَّهَاتٌ لا يَعْلَمُهَا كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ. فَمَنِ اتَّقَى الْمُشَبَّهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ كَرَاعٍ يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يُوَاقِعَهُ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلاَ إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ. أَلا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ}
50: Telah menceritakan kepada kami Abu Nu’aim Telah menceritakan kepada kami Zakaria dari ‘Amir berkata; aku mendengar An Nu’man bin Basyir berkata; aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Yang halal sudah jelas dan yang haram juga sudah jelas. Namun diantara keduanya ada perkara syubhat (samar) yang tidak diketahui oleh banyak orang. Maka barangsiapa yang menjauhi diri dari yang syubhat berarti telah memelihara agamanya dan kehormatannya. Dan barangsiapa yang sampai jatuh (mengerjakan) pada perkara-perkara syubhat, sungguh dia seperti seorang penggembala yang menggembalakan ternaknya di pinggir jurang yang dikhawatirkan akan jatuh ke dalamnya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki batasan, dan ketahuilah bahwa batasan larangan Allah di bumi-Nya adalah apa-apa yang diharamkan-Nya. Dan ketahuilah pada setiap tubuh ada segumpal darah yang apabila baik maka baiklah tubuh tersebut dan apabila rusak maka rusaklah tubuh tersebut. Ketahuilah, ia adalah hati”.

– Hadis ini berkenaan dengan kepentingan menjaga agama. Maknanya agama ini kena dijaga supaya jangan melakukan kesalahan. Bukanlah seperti fahaman murjiah yang kata apa perbuatan maksiat tidak memberi kesan.
– Imam Bukhari nak cerita di sini bahawa bukan amal perbuatan sahaja yang meninggikan iman, tapi meninggalkan perbuatan salah juga dapat meningkatkan iman.
– Sebelum hadis Jibrail adalah hadis menceritakan dimana ada para sahabat yang risau mereka melakukan perkara munafik. Jadi untuk menjaga agama adalah apa yang diceritakan dalam hadis ini. Iaitu menjaga dari melakukan maksiat, termasuk dari melakukan perkara syubhah dan bukan hanya perkara yang jelas terlarang. Seperti dalam Quran dikatakan jangan hampiri zina langsung. Maknanya, kita jangan dekat pun dari melakukannya.

Mari mengenal perawi: Abu Nu’aim adalah seorang ulama yang suka berjenaka. Menunjukkan bahawa bukan semua ulama serius jer memanjang. Ada yang suka buat lawak. Tapi dia kadang tu garang. Ada orang nak datang uji dia dan dia perasan. Sampai dia sepak orang itu sebab marah sangat dia dengan orang itu. Tapi yang kena sepak itu tak marah, tapi suka pula sebab macam mendapat berkat pula katanya sebab disepak oleh orang yang mulia.

An Nu’man bin Basyir pula adalah seorang sahabat kecil (kanak-kanak) yang terkenal dari kaum Ansar. Zaman Nabi ada sahabat yang dewasa dan ada yang kecil. Kecil itu adalah mereka yang sempat bertemu Nabi semasa mereka belum baligh lagi. Tapi dah mumayyiz dah. Ayah dia bawa dia jumpa Nabi bila dia lahir. Nabi doakan supaya mencapai darjah ayahnya dan Nabi kata dia akan sampai ke Syam dan akan dibunuh oleh golongan munafik. Itulah yang akan terjadi nantinya.

Hadis ini sangat penting dalam agama. Sehingga sesetengah ulama menyatakan ini adalah paksi ajaran Islam. Ada kata satu pertiga dari ajaran Islam. Mereka kata Islam berlegar diatas tiga hadis. Salah satunya lagi adalah meninggalkan yang tidak berfaedah. Abu Daud kata dia kumpul 500k hadis dan dia masukkan 4 ribu sahaja. Untuk manusia padan hanya mengetahui 4 hadis itu sahaja. Hadis pertama adalah hadis yang mengatakan segala amal dgn niat. Kedua, hadis suruh kita meninggalkan perkara yang tidak faedah. Ketiga, senang kalau saudara dapat apa yang dia dapat. Keempatnya adalah hadis yang ini. Kerana Nabi menceritakan hal haram dan suruhan untuk meninggalkan syubhat. Lengkap sudah Islam kalau faham yang itu. Dan juga dalam hadis ini, Nabi mengingatkan peranan hati kepada manusia. Begitu besar peranan hati itu.

Untuk tahu hadis yang sahih tu, kita kena biasa dengan hadis-hadis yang sahih. Selepas kita sudah biasa, kita dah faham lenggok bahasa hadis, maka kita boleh tahu mana yang salah dengan hanya mendengar sahaja hadis yang disampaikan.

Syubhat itu perkara yang tidak jelas samada ianya adalah halal atau haram. Yang halal ada nas yang terang yang mengatakan kita boleh buat. Sama juga dengan haram. Ada nas juga yang melarang. Tapi perkara syubhat itu elok ditinggalkan sampaikan kalau tinggalkan, akan dapat pahala juga.

Ianya perkara yang samar. Kadang macam halal. Terkadang macam haram. Ada keserupaan. Tidak jelas. Ianya ada hukum halal atau haram sebenarnya, sebab Allah telah perincikan semua sekali. Tapi tidak jelas kepada ramai orang. Ada yang tahu tapi ramai yang tak tahu. Misalnya benda-benda baru. Sebagai contoh, zaman sekarang sudah boleh pemindahan anggota. Dll lagi. Kepada orang mengaji, mereka boleh keluarkan hukum. Lagi satu adalah berkenaan pilihanraya. Ramai tak tahu hukumnya, sebab mereka tidak belajar. Kalau berhadapan dengan keadaan begini, dia kena bercermat dulu. Kena dapatkan hukum dulu. Mesti tanya dulu. Jangan terus buat tanpa dia mengetahui apakah hukumnya.

Imam Nawawi kata ianya adalah perkara yang tidak ada nas yang jelas halal atau haram. Mujtahid ada yang kata halal dan ada Mujtahid yang kata haram. Sebagai contoh, makanan laut Syafie kata halal tapi Hanifah kata haram. Dua-dua ada mempunyai dalil. Kalau nak cermat, kepada orang biasa kena ambil tidak makan. Kalau Mujtahid tu sendiri tu tidak apa sebab dia ada dalil untuk melakukan sesuatu. Untuk cermat, maka kita jangan buat perkara yang syubhah. Cuma masalahnya, kadang-kadang akan menyusahkan diri kalau kita bercermat sangat. Seperti pendapat Imam Syafie yang mengatakan kena tutup muka perempuan. Atau pendapat Imam Hanifah yang tak boleh makan udang dan ketam. Ia akan menyusahkan dalam perniagaan dan kehidupan. Maka, seorang muslim itu kenalah pandai memilih mana yang perlu diikut atau ditinggalkan. Itu kalau kita mengambil pendapat yang mengatakan ramai orang tidak tahu. Tapi ada yang tahu. Maka kepada mereka yang mengkaji dan bertanya, maka mereka akan mendapat keputusan.

Ada beberapa contoh perkara syubhah yang boleh dilihat. Rokok, walaupun tidak ada dalil sahih mengharamkannya tapi pendapat yang kuat adalah elok ditinggalkan. Ianya merugikan dan tiada manfaat. Lagi satu adalah samada perempuan boleh melawat kubur atau tidak. Ada hadis mengatakan Nabi sampai melaknat perempuan yang ziarah kubur tapi ada riwayat dari sahabiat yang mengatakan larangan Nabi tidaklah sampai haram.
Ada kisah bagaimana dua sahabat berkelahi tentang seseorang samada dia adalah anak si fulan atau si fulan. Nabi mengambil jalan yang nampak pada zahir. Tapi Nabi menasihatkan juga kepada sahabat untuk menjaga auratnya bersama anak itu, kalau-kalau dia bukan adiknya. Maka ada contoh dari Nabi yang menunjukkan dalam perkara syubhah, Nabi mengambil jalan yang selamat.

—————-

Dalam perbuatan Nabi, baginda mengajar untuk menghapuskan syubhat. Macam hadis baginda jumpa Saffiyyah di masjid ada sahabat nampak. Baginda cepat-cepat bagitahu siapa dia bercakap. Takut mereka sangka orang lain dan jadi syubhat.
Hadis itu juga menunjukkan Syaitan boleh sampai ke jantung melalui saluran darah. Bila sampai ke jantung, syaitan akan membisikkan keburukan. kecuali para Nabi, kerana diputuskan oleh Allah laluan ke jantung itu.

Orang awam kena berhati-hati dengan syubhat. Iaitu hukum yang mereka tidak tahu. Selagi mereka tak jelas, Wajib menjauhi dan mereka kena belajar hukum.

Sesetengah hukum tidak ada nas dalam Quran tapi haram. Macam dadah, tidak ada dalam Quran dan hadis. Tapi lagi mudharat dari arak yang diharamkan. Kalau arak pun haram, apatah lagi dadah.
Lagi satu, kalau kata umph pun salah dengan mak ayah, apatah lagi sepak terajang. Ini adalah qiyas yang boleh diambil. Dinamakan Qiyas auliya.

Kalau ada khilaf ulama, kena pandai pilih. Sebab dalam Islam, sebenarnya boleh dapat hukum yang jelas. Kena pandai cari. Dan mungkin bila kita dapat pendapat yang lebih kuat, kita kena tukar pendapat kita.

Harta bercampurbaur antara halal dan haram. Elok ditinggalkan. Dan kena cari yang islamik. Oleh itu, kita orang islam sebenarnya kena bina ekonomi Islam.

Syubhat beza dgn was-was. Ada hadis lain Bukhari cakap pasal was-was pula. Lain apa kita kena buat. Kalau was-was kena langgar dan buat terus. Jangan layan perasaan was-was itu. Macam bab niat dalam solat dan wuduk.

Mazhab Maliki – sembelih kena ucap bismillah. Ini menyusahkan. Kalau Syafie selagi Islam dah boleh makan dah. Ada hadis yang dijadikan sandaran. Cuma Maliki pakai ayat Quran yang boleh memberi pemahaman yang berbeza.

Kalau tak jaga perkara syubhat, macam seperti kita masuk kawasan raja dan kita akan kena denda. Nabi banding dgn Raja. Dan raja segala alam ini adalah Allah. Lagi teruk hukuman daripada hukuman yang raja boleh beri. Bukanlah hadis ini membenarkan raja ada taman larangan dan sebagainya. Ianya sebagai contoh sahaja.

Jgn dekati perkara syubhat itu. Nafsu macam binatang. Kalau tak jauhi dari tempat syubhat, kemungkinan besar akan terjerumus.

Jantung manusia perlu dijaga

Qalbi atau jantung yang dimaksudkan dalam hadis ini sebenarnya adalah Roh. Roh itu yang membuat keputusan.

 

Kelas penuh syarah ini boleh didapati di sini

 

Sahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Soalan Jibril Kepada Nabi SAW Tentang Iman, Islam ,Ihsan… (dan seterusnya) August 24, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 11:43 am
Tags:

بَاب سُؤَالِ جِبْرِيلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْإِيمَانِ وَالْإِسْلَامِ وَالْإِحْسَانِ وَعِلْمِ السَّاعَةِ وَبَيَانِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَهُ ثُمَّ قَالَ جَاءَ جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام يُعَلِّمُكُمْ دِينَكُمْ فَجَعَلَ ذَلِكَ كُلَّهُ دِينًا وَمَا بَيَّنَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِوَفْدِ عَبْدِالْقَيْسِ مِنَ الْإِيمَانِ وَقَوْلِهِ تَعَالَى ( وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ)

37. Bab Soalan Jibril Kepada Nabi SAW Tentang Iman, Islam ,Ihsan Dan Pengetahuan Tentang Qiamat, Dan Penjelasan Nabi SAW Kepadanya. Kemudian Dia Berkata: Jibril Datang Kepada Kamu Untuk Mengajarkan Kepada Kamu Agamamu. Dia Menyebutkan Semua Itu Sebagai Agama, Dan (Bab) Keterangan Nabi SAW Kepada Rombongan Abdul Qais Tentang Keimanan. Dan (Bab) Firman Allah (Maksudnya): [ Dan Sesiapa Yang Mencari Agama Selain Agama Islam, Maka Tidak Akan Diterima Daripadanya ]

– Selama ini Imam Bukhari mengatakan bahawa Islam dan iman itu satu dan sama. Dan penggunaan iman dan Islam dalam penulisan Imam Bukhari boleh bertukar-tukar. Tapi dalam Hadith ini apabila Jibrail bertanya kepada Nabi, jelas nampak bahawa terdapat perbezaan antara iman dan Islam. Maka, apakah ini menidakkan pemahaman yang telah disampaikan oleh Imam Bukhari dalam hadis-hadis sebelum ini?
Imam Bukhari menjelaskan kemudian didalam hadis yang sama juga apabila Baginda memberitahu kepada para sahabat yang bersamanya: Jibril Datang Kepada Kamu Untuk Mengajarkan Kepada Kamu Agamamu. Baginda menggunakan perkataan ‘deen’ untuk mengumpulkan semua maksud iman, Islam dan ihsan.
Dan dalam hadis selepas ini juga akan digunakan perkataan iman dan Islam dalam maksud yang sama.

٤۸ – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا أَبُو حَيَّانَ التَّيْمِيُّ عَنْ أَبِي زُرْعَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ {كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَارِزًا يَوْمًا لِلنَّاسِ فَأَتَاهُ جِبْرِيلُ فَقَالَ مَا الإِيمَانُ ؟ قَالَ الإِيمَانُ أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَبِلِقَائِهِ وَرُسُلِهِ وَتُؤْمِنَ بِالْبَعْثِ . قَالَ مَا الإِسْلامُ ؟ قَالَ الإِسْلامُ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ وَلا تُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمَ الصَّلاةَ وَتُؤَدِّيَ الزَّكَاةَ الْمَفْرُوضَةَ وَتَصُومَ رَمَضَانَ. قَالَ مَا الإِحْسَانُ؟ قَالَ أَنْ تَعْبُدَ اللَّهَ كَأَنَّكَ تَرَاهُ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تَرَاهُ فَإِنَّهُ يَرَاكَ. قَالَ مَتَى السَّاعَةُ؟ قَالَ مَا الْمَسْئُولُ عَنْهَا بِأَعْلَمَ مِنَ السَّائِلِ. وَسَأُخْبِرُكَ عَنْ أَشْرَاطِهَا إِذَا وَلَدَتِ الأَمَةُ رَبَّهَا , وَإِذَا تَطَاوَلَ رُعَاةُ الإِبِلِ الْبُهْمُ فِي الْبُنْيَانِ , فِي خَمْسٍ لا يَعْلَمُهُنَّ إِلاَّ اللَّهُ ثُمَّ تَلا النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ( إِنَّ اللَّهَ عِنْدَهُ عِلْمُ السَّاعَةِ ) الآيَةَ ثُمَّ أَدْبَرَ. فَقَالَ رُدُّوهُ فَلَمْ يَرَوْا شَيْئًا فَقَالَ هَذَا جِبْرِيلُ جَاءَ يُعَلِّمُ النَّاسَ دِينَهُمْ} قَالَ أَبو عَبْد اللَّهِ جَعَلَ ذَلِك كُلَّهُ مِنَ الإِيمَانِ

48. Telah menceritakan kepada kami Musaddad berkata, Telah menceritakan kepada kami Isma’il bin Ibrahim telah mengabarkan kepada kami Abu Hayyan At Taimi dari Abu Zur’ah dari Abu Hurairah berkata; bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu hari muncul kepada para sahabat, lalu datang Malaikat Jibril ‘Alaihis Salam yang kemudian bertanya: “Apakah iman itu?” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Iman adalah kamu beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, pertemuan dengan-Nya, Rasul-Rasul-Nya, dan kamu beriman kepada hari berbangkit”. (Jibril ‘Alaihis salam) berkata: “Apakah Islam itu?” Jawab Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: “Islam adalah kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu apapun, kamu dirikan salat, kamu tunaikan zakat yang diwajibkan, dan berpuasa di bulan Ramadhan”. (Jibril ‘Alaihis salam) berkata: “Apakah ihsan itu?” Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Kamu menyembah Allah seolah-olah melihat-Nya dan bila kamu tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihatmu”. (Jibril ‘Alaihis salam) berkata lagi: “Bilakah terjadinya hari kiamat?” Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Yang ditanya tentang itu tidak lebih tahu dari yang bertanya. Tapi aku akan terangkan tanda-tandanya; (yaitu); jika seorang budak telah melahirkan tuannya, jika para penggembala unta yang berkulit hitam berlumba-lumba membangun gedung-gedung selama lima masa, yang tidak diketahui lamanya kecuali oleh Allah”. Kemudian Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam membaca: “Sesungguhnya hanya pada Allah pengetahuan tentang hari kiamat” (Luqman: 34). Setelah itu Jibril ‘Alaihis salam pergi, kemudian Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam berkata; “hadapkan dia ke sini.” Tetapi para sahabat tidak melihat sesuatupun, maka Nabi bersabda; “Dia adalah Malaikat Jibril datang kepada manusia untuk mengajarkan agama mereka.” Abu Abdullah berkata: “Semua hal yang diterangkan Beliau shallallahu ‘alaihi wasallam dijadikan sebagai iman.

– Hadis ini dinamakan juga sebagai ‘Hadis Jibrail’ dan ianya adalah satu hadis yang terkenal. Hadis ini hadis yang amat penting sekali. Ulama mengatakan intipati ajaran Islam ada dalam hadis ini.
– Diawalnya, Nabi selalu duduk bersama dengan sahabat kerana mesranya baginda dengan mereka. Sampaikan kalau orang dari luar datang dan tidak pernah berjumpa Nabi, mereka tidak kenal mana satu Nabi. Maka sahabat mencadangkan supaya dibuat untuknya tempat duduk dari tanah supaya tinggi sikit dari sahabat-sahabat yang ada bersama baginda. Dan sahabat-sahabat akan mengelilingi baginda untuk mendengar ajaran yang hendak disampaikan. Begitulah keadaannya apabila Jibrail datang. Itulah yang dimaksudkan dengan “bahwa Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam pada suatu hari muncul kepada para sahabat”.
– Dalam hadis ini cuma cerita yang Jibrail datang sahaja. Tapi tidak diberitahu bagaimana keadaannya. Tapi dalam hadis sahih yang lain dalam kitab lain, ada cerita bagaimana keadaan Jibril itu. Dia seorang yang muda. Dia seorang yang molek sekali. Rambut dan janggut hitam sekali. Pakaian bersih macam tiada kesan perjalanan. Baunya amat wangi sekali. Tapi tidak sesiapa kenal dia. Maka sepatutnya dia dari jauh. Sebab kalau dia dari tempat berdekatan, tentu sahabat-sahabat yang sedang berada di situ ada yang kenal dia.
– Kenapa penting kita tahu keadaan dia? Ada pengajaran yang kita boleh ambil sebenarnya. Bukan nak cerita sahaja. Menunjukkan bahawa kalau belajar ilmu agama, elok kalau umur masih muda lagi. Yang seeloknya, bukanlah mesti masa umur muda sahaja. Sebab ada ulama yang umur dah tua baru dia belajar. Tidak ada had umur untuk belajar agama ini. Tapi muda pun, tidaklah muda sangat. Sebab Jibrail merupakan dirinya sebagai seorang lelaki yang ada janggut dah. Maknanya, kalau nak belajar perkara yang memerlukan pemikiran, kena dah dewasa supaya boleh faham. Memanglah elok mula belajar semasa muda. Tapi itu adalah belajar ilmu yang tidak menggunakan banyak pemikiran. Seperti pembelajaran yang menggunakan hafalan contohnya. Kalau yang itu, elok masa muda. Sebab masa kecil, otak masih bersih lagi.
Dan pakaian kena bersih. Dan bau kena wangi masa belajar. Kerana tidak menyusahkan orang lain. Dan malaikat akan suka. Sebab bila belajar, kita perlukan juga pertolongan dari malaikat-malaikat. Baru mudah faham.
– Dia duduk bertemu lutut dengan Nabi dan meletakkan tangannya atas pahanya. Paha siapa? Kemungkinan paha Jibrail sendiri sebab tidak sesuai kalau dia letak tangan atas paha Nabi. Tapi ada juga dalam hadis lain mengatakan bahawa jibrail meletakkan tangannya memang atas peha Nabi. Jadi, untuk menjamakkan hadis-hadis ini, ulama mengatakan Jibrail meletakkan tangannya sekejap sahaja atas peha Nabi sekadar untuk mengambil perhatian Nabi. Lepas itu dia tidak lagi letak tangan atas peha Nabi.
– Tidak diceritakan disini yang Jibrail memberi salam. Jadi nampak macam tidak beradab. Mungkin sebagai menunjukkan bahawa memberi salam itu tidak wajib. Yang wajib adalah menjawab salam, tapi memberi salam adalah sunat. Atau kerana dia tidak mahu mengambil perhatian sahabat-sahabat yang lain ada yang di situ. Dia nak datang senyap-senyap sahaja. Tapi ada dalam hadis lain mengatakan yang Jibrail memang memberi salam bukan hanya kepada Nabi sahabat tapi kepada mereka yang ada. Jadi adalah penting dalam belajar hadis , kita kena tahu juga hadis-hadis di tempat lain. Kerana kalau belajar satu tempat sahaja, kita tidak tahu cerita penuhnya.

“Apakah iman itu?” 
– Dalam hadis ini Jibrail bertanya pasal iman dulu. Menunjukkan kepentingan iman sebelum Islam. Perkara dalam diri dulu, baru perkara luaran.
1 – Yang pertama adalah beriman kepada Allah dan tidak mensyirikNya.
2 – Kedua beriman adanya malaikat. Ada perkara asas yang kita perlu ketahui. Seperti kejadian mereka dari cahaya. Mereka tidak mempunyai nafsu. Ada sepuluh malaikat yang disebut nama. Selain dari itu, ada banyak lagi yang tugasnya menjalankan perintah Allah sahaja. Ada yang tugas mereka adalah sembahyang sahaja. Dan beberapa perkara lagi yang kita biasa dengar berkenaan malaikat itu.
3 – Beriman dengan kitab yang diturunkan Allah. Ada hadis yang mengatakan bahawa sebanyak 104 kitab telah diturunkan sejak kepada Nabi Adam lagi. Itu ada dalam Kitab Sahih Ibn Hibban. Tapi hadis itu tidak sahih kerana ada seorang penipu dalam sanadnya. Jadi apa yang perlu kita imani adalah ada kitab yang diturunkan kepada Nabi-Nabi. Tapi berapa bilangan tidak perlu kita imani atau tahu berapa banyak. Kerana kalau perkara akidah seperti ini memerlukan hadis yang mutawatir baru boleh dipakai sebagai hujjah.
4 – Perjumpaan dengan Allah. Ini adalah dalil yang kuat mengatakan bahawa orang beriman akan menemui Allah di akhirat kelak. Ini ada pandangan ahli sunnah wal jamaah. Kalau puak sesat macam Khawarij, Murjiah dan Syiah mereka kata kita tidak akan dapat bertemu dengan Allah sampai bila-bila.
5 – Percaya kepada rasul. Ini pun kita dah biasa dengar. Bilangan berapa banyak tidak boleh dipastikan. Yang umum kita kena tahu adalah banyaknya para rasul itu. Rasul pun ada dari kalangan malaikat. Macam jibrail itu dikira sebagai rasul. Macam Buddha, Krishna dan sebagainya dalam agama lain itu, memang ada lah kemungkinan mereka itu rasul sebelum ajaran mereka disalahertikan. Sebab mereka sebelum zaman Nabi. Ia hanya sebagai kemungkinan sahaja, tidak dapat dipastikan. Tapi kalau macam Guru Nanak pengasas agama Sikh tu confirm ajaran salah sebab tiada nabi selepas Nabi Muhammad.
6 – Percaya dengan hari bangkit. Kali ini ditambah semula perkataan ‘tu’minu‘ dipangkal jawapan Nabi itu sebab ini adalah perkara yang akan terjadi selepas mati. Kerana perkara sebelum ini ada kesan-kesan yang kita boleh lihat. Tapi tidak ada sesiapa yang mati dan hidup balik yang boleh menceritakan tentang hari bangkit itu. Ianya adalah perkara masa hadapan. Perkara yang memang kita hanya kena imani sahaja. Tidak ada cara lain. Ini kita dah biasa dengar dah. Semua agama ada kepercayaan kepada hari bangkit kecuali Buddha. Sebab itu ada yang mempersoalkan samada ajaran Buddha itu adalah agama atau tidak.

Syiah mempunyai kepercayaan kepada apa yang mereka namakan sebagai ‘Raj’ah‘ iaitu fahaman bahawa akan dibangkitkan keluarga Nabi (ahlul bait) dan mereka yang kononnya menganiaya mereka di dunia seperti Abu Bakr dan Umar untuk diberi pembalasan. Ini ada satu fahaman yang salah. Mereka nak tolak hari berbangkit tu sebenarnya.

7 – Dalam hadis ini tidak dimasukkan kepercayaan kepada taqdir. Tapi dalam riwayat yang lain, ada. Ini adalah hadis ringkas. Dan banyak kemungkinan perawi hadis ini telah ringkaskan. Kenapa dia ringkaskan?
Mungkin dia sendiri lupa.
Atau dia nak cerita perkara lain dan apa yang dia rasa tidak penting, dia tinggalkan. Macam kita kadang-kadang kita beri sebahagian sahaja ayat Quran untuk menyampaikan maksud. Selagi tidak mencacatkan apa yang kita hendak sampaikan, tidak salah kalau kita buat macam itu.
Atau dia nak masukkan perkara yang pasti sahaja. Sebab mungkin perkara lain tu dia tidak pasti sebab perawi ada berbeza-beza. Ada perawi yang cerita macam ini dan ada yang cerita macam itu. Jadi dia nak masukkan yang confirm sahaja.
Atau dia tak berapa pasti sebab mungkin dia tak berapa dengar semasa hadis itu dibacakan kepadanya. Kerana ramai yang berada bersama Nabi semasa itu. Jadi dia cuma masukkan yang jelas sahaja.

Kalau dimasukkan riwayat yang memasukkan taqdir itu, maka terkumpullah rukun iman kita. Iaitu asas kepada rukun iman. Jadi elok kalau kita ambil kira riwayat yang memasukkan taqdir itu. Ada yang tidak terima seperti puak Muktazilah atau Syiah. Mereka tukar dengan lain. Mereka masukkan kepercayaan kepada ‘keadilan’. Berkenaan taqdir itu, ada dalam Quran. Banyak tempat ada dalam Quran. Cuma tidak diletakkan di dalam satu tempat yang senang kita nak rujuk. Tapi itu tidak bermakna ianya tidak ada. Maka kita kena percaya kepada taqdir. Itu adalah fahaman ahli sunnah wal jamaah.

Yang tidak percaya dengan taqdir itu, sebab mereka lihat banyak perkara dalam dunia ini, nampak macam kita sendiri yang buat. Macam kita yang menentukan. Contohnya kalau kita nak minum air, kita boleh sahaja ambil air segelas dan terus minum. Nampak macam kita yang tentukan. Tapi itu bukan fahaman ahli sunnah. Banyak perkara kita tidak dapat tentukan, macam rupa kita, kita tidak boleh tentukan. Kalau boleh tentukan, tentu semua orang mahukan rupa yang cantik dan lawa. Tapi tidak begitu. Dan banyak lagi perkara lain. Contoh lagi: siapa yang nak hidup susah dalam dunia ini? Tidak ada sesiapa pun, tapi berapa banyak orang yang hidupnya susah semasa di dunia. Banyak yang kita ingat kita boleh buat, tapi tidak berjaya kita lakukan. Namrud yang berkuasa di dunia itu, ingin menguasai isteri Nabi Ibrahim tidak berjaya. Bukan dia yang menentukan, tapi Allah.

Keduanya mereka katakan kalau semuanya ditentukan oleh Allah, tidak molek kalau kita meletakkan Allah telah menjadikan perkara yang tak molek. Minum arak dan sebagainya, lepas itu takkan Dia adil kalau lepas tu Dia hukum pula mereka yang minum arak? Atau Allah yang telah menjadikan seseorang itu kafir. Mereka kata yang baik itu dari Allah, tapi yang buruk dari kita. Jadi banyak tuhan pula kalau macam tu sebab kita boleh menentukan taqdir pula. Mereka sebenarnya menggunakan akal. Molek atau tidak itu adalah nisbah fahaman kita sahaja. Tapi bukan pada Allah. Yang tak molek pun ada moleknya. Kita sahaja yang tak nampak. Tak molek itu kalau kita salah guna. Memang sifat dunia, ada yang molek dan tidak. Yang semua molek itu hanya dalam syurga sahaja. Dunia adalah tempat ujian.

Permasalahan taqdir ini adalah satu perbincangan yang besar di kalangan ulama islam. Apakah yang dimaksudkan dengan taqdir itu? Ianya adalah ketentuan Allah sejak azali. Cuma tunggu masa sahaja nak keluar.
Qada’ pula perlaksanaan ketentuan tadi. Berlaku mengikut ketentuan.

Mereka kata ada ayat Quran yang mengatakan bahawa apa apa yang kamu dapat yang baik adalah dari Allah. Yang tak molek itu dari diri kamu sendiri. Macam kita yang menyebabkan tidak baik itu. Kerosakan di bumi kerana manusia. Maka bukan Allah buat, mereka kata.

Ada pula yang kata semua dari Allah belaka. Kita macam kapas, menerima sahaja. Ini fahaman jabbariah.
Ahli sunnah pula kata memang Allah yang buat semua belaka. Tapi Dia menjadikan sabbab musabbab. Bila kita pilih yang salah, Allah benarkan. Bukan nasi mengenyangkan tapi Allah yang mengenyangkan. Nasi itu adalah sebagai sebab. Dia boleh mengenyangkan tanpa makan. Kalau yang buat jahat itu, Allah terlibat juga, sebab Allah benarkan ia terjadi. Sebab, kalau Allah tak benarkan ianya terjadi, takkan terjadi. Ini dari ayat Quran yang mengatakan semuanya dari Allah belaka. Kullum min indillah.

Ahli hadis pula kata tidak ada percanggahan dalam ayat-ayat yang mereka nampak berbeza itu. Qada dan qadar itu terbahagi kepada dua. Satu dipanggil taqwiini. Yang kedua tasyriie.
Taqwiini adalah ketentuan Allah berhubung kejadian alam semesta. Tidak kena mengena dengan syariat. Contoh, arak boleh minum. Tak terus mati kalau kita minum arak itu. Bukan macam kalau kita minum racun. Allah jadikan buah durian dari pokok durian. Ada taqdir taqwiini kita mampu ubah. Anak yang dilahirkan dengan mulut sumbing kita mampu ubah. Kita mampu ubah musim durian. Adakah salah kalau kita ubah? Tidak. Ada yang tak mampu kita sebgai manusia nak ubah. Ubah matahari contohnya.

Kita ini kejadian Allah belaka. Cuma kita berbeza dari makhluk lain. Kita ada akal dan kita ada ikhtiar. Kalau Allah mahu, semua manusia atas bumi ini beriman semua sekali. Dia mampu untuk lakukan sebegitu. Tapi Allah jadikan kita ada pilihan, tak macam malaikat. Allah tahu apa yang kita buat, tapi bukan Dia paksa kita buat kesalahan-kesalahan itu. Kita yang pilih sendiri. Itulah sebab patutlah Allah hukum kita sebab kita yang buat pilihan salah sendiri. Yang tidak ada pilihan, Allah tidak akan hukum.

Taqdir Tasyriie pula adalah taqdir yang berkait dengan syariat. Contohnya, arak tidak boleh minum, berdosa. Nak minum boleh, tapi salah. Berzina boleh, tapi salah. Bukan jadi lumpuh dan sebagainya kalau lepas berzina tu.
Tasyriie semua kena ikut. Sebab manusia mampu untuk buat.

Taqdir itu juga terbahagi kepada dua. Ada taqdir yang boleh diubah, dan ada yang tidak. Macam seperti hadis Nabi, kalau mengeratkan silaturrahim antara keluarga, akan menyebabkan panjang umur.

Jangan kita menjadikan sebab-sebab kematian, atau macam mana cara seseorang itu mati sebagai tanda mengatakan dia selamat atau tidak. Kalau dia mati cara teruk, bukanlah bermakna dia akan susah di akhirat kelak. Dan bukanlah kalau dia mati hari Jumaat dia akan selamat dari soalan kubur. Itu adalah fahaman yang salah. Yang baik untuk mati itu adalah hari Isnin sebab Nabi mati hari isnin. Tapi tidak bermakna dia tidak akan ditanya soalan kubur. Semua orang akan ditanya nanti.

“Apakah Islam itu?” 

1. Apabila ditanya apakah Islam?, Nabi menjawab: “Islam adalah kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu apapun”. Memang manusia dan jin dijadikan oleh Allah untuk menyembahNya, beribadat kepadanya. Tapi bukanlah hanya dalam rangka ibadat yang solat puasa dan sebagainya sahaja. Sebab kita ada juga buat benda-benda lain. Maka kena besarkan kerangka ibadat itu merangkumi seluruh kehidupan manusia. Seluruh perbuatan kita boleh dijadikan ibadat.

Imam Nawawi mengatakan bahawa apa yang dimaksudkan “dan tidak menyekutukanNya dengan suatu apapun” adalah ‘mengenali’ Allah. Untuk kita melakukan ibadat-ibadat yang kita kena buat kepada Allah, perlulah kita kenal siapa itu Allah. Cuma ini nampak jauh sikit, sebab Islam itu adalah berlainan dengan iman. Mengenal Allah itu perkara iman. Islam adalah perkara yang melibatkan perbuatan.

Hafiz ibn Hajar mengatakan apa yang dimaksudkan di situ adalah ‘mentauhidkan’ Allah. Sebab dalam riwayat lain, perkataan yang digunakan adalah ‘mengucap dua kalimah syahadah’ bukan “tidak menyekutukanNya dengan suatu apapun”. Jadi itu juga adalah juga satu bentuk perbuatan. Dari sinilah yang mengatakan bahawa rukun Islam yang pertama adalah mengucap dua kalimah syahadah. Mengucap itu adalah perbuatan juga, maka sesuai maknanya di sini. Tapi mana pula syahadah kepada Nabi? Perkataan ‘tidak menyekutukannya dengan suatu apapun’ itu mengandungi juga syahadah kepada Nabi sebenarnya. Sebab, kalau kita lihat banyak agama lain, Nabi mereka diangkat menjadi tuhan. Ini seperti Nabi Isa, Uzair, Buddha, Krishna dan sebagainya. Maka dalam Islam, jangan kita mengangkat martabat Nabi itu lebih tinggi dari yang sepatutnya.

2. Kamu dirikan shalat: dalam riwayat ini setakat ini sahaja. Tapi dalam riwayat lain menyebut solat fardhu. Maka yang wajib dilakukan adalah solat fardhu sahaja.

3. Kamu tunaikan zakat yang diwajibkan: kerana ada zakat yang tidak diwajibkan seperti sedekah sunat.

4. Berpuasa di bulan Ramadhan: iaitu puasa yang wajib sahaja. Yang sunat, elok sangat untuk dibuat.

5. Kenapa tidak ada haji di dalam hadis ini? Padahal hadis ini terjadi di akhir-akhir hayat Nabi. Sepatutnya haji telah dijalankan. Dalam riwayat lain ada disebutkan haji ini. Banyaklah kemungkinan sebabnya ditinggalkan itu. Mungkin satu kemungkinan perawi nak ringkaskan. Atau mungkin sebab dia sendiri lupa. Sebab dah banyak kali dia menyampaikan hadis ini kepada orang. Sebagai manusia, mungkin dia dah terlupa sebab banyak kali dia cakap. Maka ini adalah satu contoh hadis yang ringkas.

Selain dari riwayat yang sedang disampaikan ini, ada riwayat-riwayat lain yang bagi lebih lagi dari apa yang kita biasa dengar. Jadi kena tengok pada hadis yang lain juga. Hadis sebenarnya menjelaskan hadis yang lain. Jangan anggap ianya bercanggah. Jangan sangka bukan-bukan.

“Apakah ihsan itu?”

Ihsan dari segi bahasa ada dua. Iaitu memperelokkan sesuatu. Makna ini sesuai untuk hadis ini. Iaitu menyempurnakan ibadat seseorang itu.
Satu lagi makna: memberi manfaat kepada seseorang.

Ihsan dalam ibadat ada dua. Ihsan zahiri dan ihsan batini.
Yang zahiri itu ada dua jenis. Pertama, menyempurnakan rukun dan apa yang wajib. Keduanya adalah menambah dengan perkara-perkara sunat.

Batini itu adalah seseorang itu khusyuk dan tawaduk sambil menghinakan diri depan Allah. Mengharapkan rahmat dari Allah. Segala anggota badan dan hati tunduk tumpu kepada Allah.

Melihat Allah itu pula terbahagi kepada dua. Maqam musyahadah dan maqam muraqabah.
Musyahadah itu seolah nampak Allah dengan mata hati. Dalam ibadah dan lain-lain. Ada sahabat pernah sampai dapat cium bau syurga. Itu yang payah nak dapat.

Muraqabah itu adalah apabila seseorang itu sentiasa sedar Allah melihatnya. Apabila sudah begitu, dia tidak akan berani buat dosa. Ini adalah peringkat yang sekurang-kurangnya yang kita kena capai. Ia boleh mendorong untuk mendapat maqam musyahadah. Ada yang dapat maqam ini sekejap sahaja iaitu bila nak mati.

Kamu menyembah Allah seolah-olah melihat-Nya dan bila kamu tidak melihat-Nya sesungguhnya Dia melihatmu: Mana yang penting, Dia lihat kita atau kita lihat Dia? Sebenarnya yang lebih penting, Dia lihat kita. Barulah kita berjaga dalam ibadat kita. Macam dalam majlis yang dihadiri raja, yang kita hendak adalah raja itu melihat kita.

Puak tasawuf cuba menggunakan hadis ini mengatakan bahawa manusia boleh melihat Allah di dunia lagi. Iaitu apabila seseorang itu mencapai ‘fana’, iaitu bila dia merasakan dirinya sudah tiada lagi. Tapi ini tertolak dengan bahasa yang digunakan. Orang yang faham bahasa arab yang tinggi akan faham bahawa bukan seperti apa yang orang tasawuf itu sangkan.

Nabi tidak mengenal Jibrail apabila dia datang. Nak menunjukkan bahawa tiada perancangan antara beliau dan Jibrail.

Kenapa jibrail datang di hampir akhir hayat hidup Nabi? Padahal apa yang diceritakannya ini adalah perkara dasar Islam. Bukankah kalau begitu, sepatutnya dari awal Islam lagi sudah diberitahu? Kerana nak mengatakan bahawa ajaran yang dibawa Nabi itu adalah sama dari dulu sampai sekarang. Tidak berubah.

“Bilakah terjadinya hari kiamat?”

Apabila ditanya bila kiamat, kenapa jawapan Nabi bukan “saya tidak tahu”?, tapi dia kata “tidaklah yang ditanya lebih mengetahui dari yang ditanya”. Ini nak mengatakan bahawa tidak kira siapa yang ditanya, dari dulu sampai sekarang atau akan datang, akan mengetahui bilakah kiamat itu. Kalau dia jawap ‘aku tidak tahu’, mungkin membuka ruang mengatakan ada pula yang tahu. Tidak, tidak ada sesiapa yang tahu bilakah kiamat itu. Soalan yang sama juga pernah ditanya kepada Nabi Isa, Nabi Isa jawap yang sama juga jawapannya. Menunjukkan bahawa jawapan itu adalah wahyu dari Allah, bukan perkataan manusia.

Walaupun Nabi kata baginda tak tahu bila akan terjadinya kiamat, tapi dia akan menerangkan tanda-tandanya. Banyaklah tanda-tanda yang telah diberitahu di tempat lain. Salah satu tanda kiamat itu adalah kedatangan Nabi sendiri. Sebab tidak ada Nabi selepas Muhammad. Kalau hilanglah agama ini, maka hilanglah dunia ini sekali. Sebab kalau Nabi dulu ajaran mereka diselewengkan oleh umatnya, ada lagi Nabi untuk memperbetulkannya balik. Tapi kalau agama Islam ini diselewengkan selepas ini, tidak ada lagi Nabi untuk memperbetulkannya lagi dah. Maknanya, kiamatlah sahaja yang ditunggu kita. Selagi ada muslim yang menyebut Allah, maka dunia ini akan ada lagi. Seperti zikir itu adalah roh alam ini macam roh itu kepada manusia. Kalau Nabi-Nabi dulu ajaran mereka ditinggalkan, ada lagi Nabi yang akan membawa ajaran sebenar. Tapi tiada lagi Nabi selepas Nabi Muhammad. Satu lagi tanda yang disebut ditempat lain adalah apabila orang tidak cukup berpakaian menjadi pemimpin masyarakat. Sini tidak disebut.

Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya. Ada riwayat lain kata, melahirkan suaminya. Tuannya itu perempuan juga kalau ikut bahasa hadis ini. Boleh dipakai belaka. Ulama kata dah ada dah. Iaitu masa sistem hamba ada lagi. Iaitu ada anak mewarisi ibu dia yang menjadi hamba kepada ayahnya apabila ayahnya mati. Dan satu lagi pemahaman adalah apabila keadaan akhir zaman masyarakat rosak. Berpisah dan sampai anak bernikah dengan mak kerana dah tak kenal mana emak mana anak. Zaman sekarang ini apabila anak melayan ibunya teruk seperti hambanya. Sebab digunakan perkataan perempuan itu dalam hadis ini adalah kerana teruk sangat masyarakat itu, kalau anak perempuan tidak mengendahkan emaknya. Kena beringat. Jangan sampai zaman kita yang menjadi tanda kiamat. Tanda-tanda itu akan berlaku. Kiamat takkan berlaku selagi tak berlaku tanda-tanda itu. Jangan kita menjadi saksi kepada kejadian sebegitu. Jangan jadi kiamat semasa zaman kita.

Apabila pengembala unta yang hitam. Samada unta yang hitam atau pengembala yang hitam. Berlumba mendirikan bangunan. Maknanya, bila orang yang dulu hina dina, menjadi kaya. Tidak terikat dengan unta sahaja. Kalau dulu tahu bertani sahaja, boleh juga termasuk makna dalam hadis ini. Ini bukan bermakna perkara yang tidak molek. Hanya menceritakan apa yang akan terjadi. Kita dulu pun duduk atas pokok sahaja tapi dah maju sekarang. Nak menceritakan bagaimana masyarakat berubah. Mulia jadi hina dan sebaliknya. Mungkin juga bermakna orang yang tidak layak membuat perkara ini. Otak yang rendah tapi memandai buat perkara diluar kemampuan mereka yang sebenarnya. Mereka yang tidak bertamadun pula yang menguasai dunia. Apabila orang yang tidak layak menguasai kuasa. Porak peranda masyarakat bila dah macam tu. Iaitu mereka yang tidak tahu agama.

Lima perkara itu apa? Iaitu Kiamat. Hujan. Rahim. Apa akan dapat esok. Di bumi mana dia akan mati. Lima perkara ini Allah sahaja yang tahu. Ada dalam Quran.

Kita tidak tahu bila hujan akan turun

Adakah doktor boleh tahu apa yang ada dalam rahim? Bagaimana dengan ilmu kajicuaca yang boleh tahu bila hujan akan turun? Orang yang alim itu tahu kaedah bagaimana mencapai fiqh masalah. Macam doktor itu bukan dia tahu semua. Ada benda yang terjadi selepas buat ultra scan yang jadi lain dari apa yang disangkakan, tapi dia tak dapat beri penjelasan. Tuhan sahaja yang tahu segala-galanya. Manusia banyak benar dia tidak tahu. Cuaca pun kita tak tahu semua perkara. Bukan kita tahu alimul ghaib. Tahu serpihan sahaja.  Hanya Allah sahaja yang tahu semuanya sekali.

Kita cuma boleh tahu alamat sahaja tentang kiamat ini. Bila terjadinya dengan tepat kita tidak akan tahu.

 

Sahih Bukhari: Kitab Iman: Bab Mengiringi Janazah Adalah Sebahagian Daripada Iman…(dan seterusnya)

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 10:25 am
Tags:

 

بَاب اتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ مِنَ الْإِيمَانِ

Bab Mengiringi Jenazah Sebahagian Dari Iman

٤٥ – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِاللَّهِ بْنِ عَلِيٍّ الْمَنْجُوفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا رَوْحٌ قَالَ حَدَّثَنَا عَوْفٌ عَنِ الْحَسَنِ وَمُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ{ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنِ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا فَإِنَّه يَرْجِعُ مِنَ الأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ. وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ } تَابَعَهُ عُثْمَانُ الْمُؤَذِّنُ قَالَ حَدَّثَنَا عَوْفٌ عَنْ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَهُ

Abu Hurairah رضي الله عنه mengatakan bahwa Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda, “Barangsiapa yang mengiringkan jenazah orang Islam karena iman dan mengharapkan pahala dari Allah, dan ia bersamanya sehingga jenazah itu disalati dan selesai dikuburkan, maka ia kembali mendapat pahala dua qirath yang masing-masing qirath seperti Gunung Uhud. Barangsiapa yang menyalatinya kemudian ia kembali sebelum dikuburkan, maka ia kembali dengan (pahala) satu qirath.”

Salah seorang perawi dalam hadith ini adalah Muhammad Ibn Sirin yang terkenal sebagai seorang yang pandai mentadbir mimpi. Dia adalah seorang tabiin. Tidak ada yang mencurigainya. Perkahwinan ibu dan bapanya telah diuruskan oleh tiga isteri Nabi dan 18 ahli badar yang mendoakan untuk mempelai itu.

Imam Bukhari meletakkan bab ini selepas bab zakat. Zakat itu memberi pertolongan kepada orang yang miskin yang tidak dapat melakukan sesuatu untuk kehidupannya. Mungkin dia miskin sangat sampai susah dia untuk berusaha. Mungkin dia tidak berupaya lagi untuk bekerja disebabkan oleh kecacatan atau kesakitan yang amat. Maknanya, dia tidak dapat untuk menguruskan dirinya sendiri. Maka mengiringi jenazah dan mensalatinya adalah memberi pertolongan kepada yang sudah tidak dapat membantu dirinya sendiri. Ini adalah salah satu hak yang perlu diberikan seorang mukmin kepada para mukmin. Kalau hak antara mukminin semasa hidup adalah membantunya seperti memberi zakat, maka setelah mati, adalah hak untuk kita memberi pertolongan dengan mengiringinya dan menyembahyangkan dia. Dan selepas bab ini adalah bab khumus iaitu memberikan seperlima dari harta ghanimah. Harta nganimah ini hanya boleh didapati bila perang. Maka dalam perang, seseorang itu akan melihat banyak kematian. Samada dia mati atau orang lain mati. Kalau dia tidak mati, dia akan dapat harta ghanimah yang boleh diberikan seperlima itu. Maka, ada pertalian berkenaan kematian di sini. Maka Itulah susunan tajuk bab dalam sahih Bukhari ini adalah seperti itu. Ada sebab di dalam penyusunan tajuk dalam bab.

Pertolongan terakhir yang kita berikan kepada jenazah

Mengiringi itu samada ikut di depan atau di belakang? Banyak pendapat imam-imam berkenaan perkara ini. Ada yang kata di depan dan ada yang kata dibelakang. Imam Shafie kata ikut di depan. Ada yang kata di belakang. Yang penting adalah di mana yang kita boleh memberi pertolongan kepada jenazah. Mungkin kalau di belakang, kita boleh membantu mengangkat jenazah kalau yang sedang angkat itu dah penat. Atau kalau di depan, kita boleh membersihkan jalan untuk memudahkan perjalanan jenazah. Ibn Umar kata Nabi jalan mengikuti dengan berjalan di depan. Mengharapkan restu keampunan dari Allah. Dan kalau orang tak baik, dia tidak ikut dan tidak solatkan orang itu.

Mengikuti itu dengan keimanan dan keikhlasan. Bukan sebab nak ikut-ikut sahaja. Amalan yang lain macam tu juga. Allah kira yang dalam diri kita. Maknanya, bukan kita ikut itu sebab selain dari sebab keimananan, contohnya dia ikut-ikut sahaja orang lain.

Satu qirat sebesar bukit Uhud. Pahala yang kita dapat itu berbeza ikut amalan kita. Kalau solat sahaja dapat satu qirat. Kalau ikut sampai ke kubur dapat dua qirat. Pahala-pahala kita ini akan menjadi kenyataan di akhirat nanti. Macam solat yang kita amalkan akan menjadi teman kita di dalam kubur nanti.

 

 

 

بَاب خَوْفِ الْمُؤْمِنِ مِنْ أَنْ يَحْبَطَ عَمَلُهُ وَهُوَ لَا يَشْعُر

36. Bab: Kebimbangan Orang Mukmin Akan Dihapuskan Amalannya Dalam Keadaan Dia Tidak Sedar.

ُ وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ التَّيْمِيُّ مَا عَرَضْتُ قَوْلِي عَلَى عَمَلِي إِلَّا خَشِيتُ أَنْ أَكُونَ مُكَذِّبًا وَقَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ أَدْرَكْتُ ثَلَاثِينَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّهُمْ يَخَافُ النِّفَاقَ عَلَى نَفْسِهِ مَا مِنْهُمْ أَحَدٌ يَقُولُ إِنَّهُ عَلَى إِيمَانِ جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَيُذْكَرُ عَنِ الْحَسَنِ مَا خَافَهُ إِلَّا مُؤْمِنٌ وَلَا أَمِنَهُ إِلَّا مُنَافِقٌ

Ibrahim Al-Taimi Berkata: Tidak Aku Rentangkan Kata-Kataku Atas Amalanku Melainkan Aku Bimbang Aku Menjadi Pendusta. Ibnu Abi Mulaikah Berkata: Aku Bertemu Dengan Tiga Puluh Sahabat Rasulullah SAW, Semua Mereka Bimbang Berlaku Nifaq Pada Diri Mereka, Tidak Ada Sesiapapun Dari Mereka Yang Mengatakan Bahawa Dia Berada Di Atas Iman Jibril Dan Mikail.
Dan Disebut Dari Hasan Bahawa Dia Berkata: Tidak Takut Kepadanya (Nifaq/Allah) Kecuali Orang Mukmin, Dan Tidak Akan Berasa Aman (Terhadap Nifaq/Allah), Kecuali Orang Munafiq.

– Imam Bukhari nak cakap bahawa dalam kita membuat amalan untuk mendapatkan pahala, kita kena berhati-hati takut amalan kita akan punah semua sekali kalau kita melakukan syirik atau murtad kepada Allah. Berapa banyak orang tidak sedar bahawa segala amalan mereka selama ini menjadi debu sahaja di akhirat nanti.
Masalahnya, kita hanya dapat tahu bahawa amalan kita itu tidak dikira hanya apabila kita sudah mati. Alangkah ruginya waktu itu. Tidak boleh berbuat apa lagi. Sudah terlambat nak buat apa-apa.
Maka hendaklah kita menjaga akidah kita supaya tidak terpesong sama sekali. Kena belajar apa yang membuatkan akidah kita boleh rosak.
Athar ini juga untuk menentang pendapat murjiah yang pada mereka apa sahaja amalan tidak memberi bekas, akan masuk syurga jua akhirnya walaupun seseorang itu tidak beramal dengan kebaikan. Dan kalau buat maksiat pun, akan masuk syurga juga. Kalau begitu, takkan sahabat-sahabat Nabi itu takut sampai begitu sekali kerisauan mereka.

Ada perbuatan kita yang mungkin tak sedar menyebabkan hilang pahala atau kurang. Contohnya kalau cakap deras dengan Nabi, kalau Nabi terasa, termasuk bab menyakiti Nabi. Atau kalau kita cakap hukum hudud tidak sesuai dengan zaman sekarang, boleh jatuh murtad. Maka, untuk tahu apakah yang boleh menyebabkan boleh jatuh syahadah kita. Alangkah ruginya kalau jadi begitu. Semuanya kerana kita tidak belajar.

Ibrahim Al-Taimi, seorang ulama tabein, takut amalan dia dengan apa dia kata tak serupa, dia takut dia berbohong. Mendustai dirinya sendiri. Atau termasuk dalam orang yang mendustakan agama. Macam orang kafir. Sebab kalau dia kata sesuatu itu bagus, tentulah dia akan buat. Maknanya, kena berhati-hati dengan apa yang kita cakap.
Dalam quran surah saff ada kata ayat macam ni. Jangan cakap tak serupa bikin. Macam mana orang nak percaya cakap kita kalau kita macam tu. Cakap lain, buat lain.

Sahabat walaupun hebat dah pegangan mereka, tapi mereka masih lagi takut sesuatu yang menjejaskan iman mereka. Kalau tidak takut, akan menyebabkan seseorang rasa ringan sahaja dosa dan mereka akan senang untuk melakukan dosa sebab rasa dosa itu ringan sahaja. Maka kita kena berhati-hati sangat.
Yang mereka takutkan adalah jikalau mereka berpura-pura. Buat amalan tapi tidak ikhlas. Tapi bukanlah mereka takut betul jadi munafik. Tapi mereka takut mereka ‘munafik amali‘. Munafik dibawah munafik. Orang mukmin akan takut kepada nifak.

Mereka kata iman mereka tidak sampai seperti iman Jibrail dan Mikail. Mereka tak rasa mereka tinggi dah. Tidak mendakwa lebih-lebih. Ada yang kata Imam Bukhari nak kritik Imam Abu Hanifah dengan mengeluarkan kata-kata ini. Sebab pernah dikatakan Abu Hanifah pernah cakap imannya seperti imannya Jibrail. Sedangkan para sahabat pun takut nak cakap macam tu. Tapi ini tidak benar. Ulama yang dulu syarah kitab ini tidak mengatakan demikian pun. Ini adalah kata-kata orang baru (yang kata Bukhari kritik Hanifah). Memang dalam kitab ini ada yang Imam Bukhari menegur Imam Abu Hanifah dibeberapa tempat dalam kitab Sahih Bukhari ini. Tapi bukan dalam Hadith ini. Bila dikaji kata Abu Hanifah, jelas dia tak kata macam tu. Dia kata “aku beriman dengan apa yang diimani oleh Jibrail.” Dia sendiri pun tidak suka kalau ada orang kata iman mereka macam Jibrail. Ini semua sebab penggunaan bahasa yang tidak difahami oleh orang. Iman kita tidak akan sama dengan malaikat. Tidak akan sampai tahap iman mereka. Sebab mereka melihat sendiri seksaan, syurga neraka dan sebagainya. Mereka melihat sendiri perkara-perkara ghaib. Dan mereka tidak mempunyai nafsu. Cuma perkara yang mereka imani itu, itulah juga apa yang kita beriman padanya. Sama sahaja. Iaitu perkara seperti peraya kepada Allah, kepada Rasul, kitab-kitab, dan sebagainya. Cuma level tidak sama. Jangan kata malaikat, iman kita pun tak sama dengan iman Abu Bakr, Umar dan sahabat lainnya.

 

وَمَا يُحْذَرُ مِنَ الْإِصْرَارِ عَلَى النِّفَاقِ وَالْعِصْيَانِ مِنْ غَيْرِ تَوْبَةٍ لِقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى ( وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ )

Dan Bab: Ancaman Daripada Terus Berperang Dan Kederhakaan Tanpa Bertaubat. Kerana Firman Allah: وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ “Dan Mereka Tidak Mengekalkan Apa Yang Mereka Lakukan Dalam Keadaan Mereka Sedar”.

– Peringatan kepada kita supaya tidak berterusan di dalam maksiat. Samada kesalahan besar atau maksiat yang kecil kecil.

 

٤٦ – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَرْعَرَةَ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ زُبَيْدٍ قَالَ سَأَلْتُ أَبَا وَائِلٍ عَنِ الْمُرْجِئَةِ فَقَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُاللَّهِ{أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سِبَابُ الْمُسْلِمِ فُسُوقٌ وَقِتَالُهُ كُفْرٌ}

Ziad berkata, “Aku bertanya kepada Wa-il tentang golongan Murjiah, lalu dia berkata, ‘Aku diberi tahu oleh Abdullah bahwa Nabi صلی الله عليه وسلم bersabda’, “Mencaci maki orang muslim adalah fasik dan memeranginya adalah kafir.”

Puak murjiah tak pakai Hadith. Dalam Hadith ini kata kalau caci maki orang muslim pun dah boleh jadi fasiq dah. Tambahan pula kalau memerangi mereka. Dosa kecil lama-lama jadi besar.
Fasiq itu lebih tinggi lagi dari maksiat. Orang mukmin takut semua sekali. Mereka inilah yang selamat kerana selalu beringat.
Puak Khawarij pula guna hadis sebagai hujjah mengatakan kalau buat macam tu, jadi kafir. Imam Bukhari pun lawan Khawarij juga.
Apakah yang dimaksudkan dengan kufr disini? Ada beberapa pendapat yang kita nukilkan di sini.
1. Kufr di sini adalah bukan kufur terkeluar dari agama. Ianya adalah perbuatan orang kafir, tapi bukan jadi kafir kalau buat macam tu.
2. Serupa dengan kekufuran. Orang kafir sahaja yang membunuh orang kafir ini.
3. Ada kata ianya adalah kufr dari segi bahasa. Kita dikatakan Kufr nikmat kalau bunuh orang muslim lainnya, sebab ramai muslim adalah nikmat tapi kita pula bunuh mereka.
4. Atau ia boleh membawa kepada kekufuran. Lama-lama dia tidak rasa apa pun lagi dah. Perbuatan itu boleh membawa kepada perbuatan lagi teruk lagi.
5. Memang jadi kafir sungguh. Kalau anggap halal darah orang muslim.

 

٤٧ – أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ حُمَيْدٍ حَدَّثَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عُبَادَةُ بْنُ الصَّامِتِ {أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ يُخْبِرُ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ فَتَلاحَى رَجُلانِ مِنَ الْمُسْلِمِين.َ فَقَالَ إِنِّي خَرَجْتُ لأُِِخْبِرَكُمْ بِلَيْلَةِ الْقَدْرِ وَإِنَّهُ تَلاحَى فُلانٌ وَفُلانٌ فَرُفِعَتْ وَعَسَى أَنْ يَكُونَ خَيْرًا لَكُمُ الْتَمِسُوهَا فِي السَّبْعِ وَالتِّسْعِ وَالْخَمْسِ}

Nabi keluar untuk memberitahukan kepada kami mengenai waktu tibanya Lailatul Qadar. Kemudian ada dua orang lelaki dari kaum muslimin yang berdebat. Beliau bersabda, ‘(Sesungguhnya aku) keluar untuk memberitahukan kepadamu tentang waktu datangnya Lailatul Qadar, tiba-tiba si Fulan dan si Fulan berbantah-bantahan. Lalu, diangkatlah pengetahuan tentang waktu Lailatul Qadar itu, namun hal itu lebih baik untukmu. Maka dari itu, carilah dia (Lailatul Qadar) pada malam kesembilan, ketujuh, dan kelima.

Kesalahan orang lain pun boleh menjejaskan kita.
Macam anak kita, kalau kita tak ajar mereka solat, boleh menjejaskan kita nanti. Orang lain pun kita kena betulkan.
Bila kita tak tahu bilakah malam Lailatul Qadr itu, kita akan mencari-cari. Maka ada nikmat juga kita tak tahu. Kerana malam Ramadhan semuanya ada kelebihan. Maka, sebab kita tak tahu, kita akan buat menambah amalan kita pada semua malam.
Malam qadr itu tidak tetap. Bertukar-tukar malamnya.
Orang Syiah pula faham malam qadr itu diangkat terus dari hari Nabi bersabda itu sampai tidak ada dah malam Lailatul Qadr. Salah faham macam tu.

 

Kuliah Maulana Asri boleh didapati disini

Maulana Asri Yusof

 

Sahih Bukhari: Kitabul Iman: Bab Zakat Sebahagian Daripada Islam August 23, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Iman — visitor74 @ 11:39 pm
Tags: , ,

بَاب الزَّكَاةُ مِنَ الْإِسْلَام

Bab Zakat Sebahagian Daripada Islam

وَقَوْلُهُ ( وَمَا أُمِرُوا إِلَّا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلَاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ(

Membayar Zakat adalah Sebagian dari Islam. Firman Allah, “Padahal mereka tidak disuruh kecuali menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan salat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah agama yang lurus.”

٤٤ – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ عَنْ عَمِّهِ أَبِي سُهَيْلِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ طَلْحَةَ بْنَ عُبَيْدِاللَّهِ يَقُولُ {جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ أَهْلِ نَجْدٍ ثَائِرَ الرَّأْسِ يُسْمَعُ دَوِيُّ صَوْتِهِ وَلا يُفْقَهُ مَا يَقُولُ حَتَّى دَنَا فَإِذَا هُوَ يَسْأَلُ عَنِ الإِسْلامِ .فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسُ صَلَوَاتٍ فِي الْيَوْمِ وَاللَّيْلَةِ . فَقَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا؟ قَالَ لا إِلاَّ أَنْ تَطَوَّعَ . قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصِيَامُ رَمَضَانَ. قَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهُ ؟ قَالَ لا إِلاَّ أَنْ تَطَوَّعَ . قَالَ وَذَكَرَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الزَّكَاةَ . قَالَ هَلْ عَلَيَّ غَيْرُهَا؟ قَالَ لا إِلاَّ أَنْ تَطَوَّعَ. قَالَ فَأَدْبَرَ الرَّجُلُ وَهُوَ يَقُولُ وَاللَّهِ لا أَزِيدُ عَلَى هَذَا وَلا أَنْقُصُ . قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَفْلَحَ إِنْ صَدَقَ }

44. Thalhah bin Ubaidillah رضي الله عنه berkata, “Seorang laki-laki penduduk Najd datang kepada Rasulullah صلی الله عليه وسلم dengan tidak terurus (rambut) kepalanya. Kami dapat mendengar dengung suaranya tetapi kami tidak memahami apa yang dikatakannya sehingga dekat. Rupa-rupanya ia bertanya tentang Islam (di dalam suatu riwayat disebutkan bahwa ia berkata, ‘Wahai Rasulullah, beri tahukanlah kepadaku, apa sajakah salat yang diwajibkan Allah atas diriku?). Lalu Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda, “Salat lima kali dalam sehari semalam.” Lalu ia bertanya lagi, “Apakah ada kewajiban atasku selainnya?” Beliau bersabda, “Tidak, kecuali kalau engkau melakukan yang sunnah.” Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda, “Dan puasa di bulan Ramadhan (dan di dalam satu riwayat disebutkan: “Beri tahukanlah kepadaku, apa sajakah puasa yang diwajibkan Allah atasku?” Lalu beliau menjawab, “Puasa pada bulan”) Ramadhan.” Ia bertanya lagi, “Apakah ada kewajiban atasku selainnya?” Beliau bersabda, “Tidak, kecuali sunnah.” [Lalu dia berkata, “Beri tahukanlah kepadaku, apakah zakat yang diwajibkan Allah atasku?”]. Thalhah berkata, “Rasulullah صلی الله عليه وسلم menyebutkan kepadanya zakat” (Dan dalam satu riwayat disebutkan bahwa Rasulullah صلی الله عليه وسلم memberitahukan kepadanya tentang syariat-syariat Islam). Lalu dia bertanya, “Apakah ada kewajiban selainnya atas saya?” Beliau menjawab, “Tidak, kecuali jika engkau mahu melakukan yang sunat.” Kemudian laki-laki itu berpaling seraya berkata, “Demi Allah, saya tidak menambah dan tidak pula mengurangi.” Rasulullah صلی الله عليه وسلم bersabda, “dia akan berjaya, jika (dia) benar melaksanakan apa yang dikatakan tadi.”

Imam Bukhari meletakkan tajuk zakat selepas tajuk salat kerana dia nak tiru susunan Quran. Kalau dalam Quran, selalu disebutkan zakat selepas solat. Solat adalah perkara hablu minallah. Dan zakat adalah perkara hablu minannas.

Pada Iman Bukhari, iman dan Islam itu perkara yang sama. Tidak boleh ada satu tanpa lagi satu. Katakanlah seseorang itu melakukan kebaikan, tapi tidak beriman. Tentulah dia tidak akan mendapat pahala.

Mengenali perawi: Hadith ini diriwayatkan dari Thalhah. Satu sahabat besar yang antara 10 orang dijanjikan syurga. Antara 8 orang yang paling awal masuk Islam. Dan diislamkan oleh Abu Bakr. Walaupun dia awal masuk Islam tapi dia tidak dapat berperang Badar. Sebab dia ditugaskan untuk kerja khas oleh Nabi. Maka dia pun mendapat pahala mereka yang berperang dan dapat juga ghanimah. Akhir hayatnya dia telah mati syahid. Dan 30 lepas dia mati, anaknya bermimpi yang Thalhah kata kuburnya basah. Dan bila diperiksa, memang air dah mula nak masuk dalam kuburnya. Dan jasadnya masih macam hari dia dikebumikan. Maka mereka telah memindahkan jenazahnya ke tempat lain.

Hadith: siapakah lelaki itu yang menanya itu? Sebab dia adalah seorang sahabat, maka ceritanya boleh dipakai. Ada yang mengatakan namanya adalah Zimam Tsa’labah. Dia adalah wakil dari kaumnya yang datang untuk bertanya agama kepada Nabi.

Dalam Hadith ini disebutkan bahawa rambut kepalanya tidak terurus. Bukan nak cerita rambut sebenarnya tetapi nak cerita pasal lelaki itu. Nak menunjukkan bahawa lelaki ini adalah orang hulu. Dan baru masuk Islam. Kerana biasanya kalau dah lama Islam, penampilannya akan terurus sebab ada cerita Nabi suruh seorang lelaki untuk kemaskan diri dulu untuk berjumpa dengan baginda.
Ini juga menunjukkan bahawa tidak semua sahabat memakai tutup kepala di zaman Nabi. Jadi jangan kita kata orang yang tidak pakai kopiah itu seorang fasiq dan sebagainya. Kita kata macam ni sebab ada yang berpandangan sedemikian.

Dikatakan juga yang mula-mula kedengaran suaranya tapi tak jelas butirnya. Mungkin ini adalah kerana dia orang hulu jadi tidak tahu adab bertanya soalan. Sampai suaranya kedengaran dari jauh. Maknanya, dari jauh lagi dia telah laungkan soalannya, Kalau dia beradab dia akan datang dekat baru dia tanya. Tapi pendapat lain mengatakan bukan begitu. Dia berdebar untuk jumpa Nabi, maka mulutnya terkumat kamit membiasakan perkataan yang dia nak tanya kepada Nabi sebelum bertanya sebenar. Macam budak mengaji hafal Quran dia akan membaca kepada dirinya sebelum berjumpa guru untuk tasmiq di depan gurunya. Sebab dia adalah wakil kaumnya, jadi tentulah siapa yang dipilih itu adalah orang yang paling berhemah dalam kaumnya. Maka tentulah dia beradab lebih sedikit sepatutnya.

Nabi tidak cakap kepada orang itu berkenaan syahadah. Padahal itulah yang paling pertama perlu dilakukan. Ini menunjukkan bahawa orang lelaki itu sudah Islam. Dia nak tanya lebih lanjut lagi tentang Islam.

Hadith ini mengatakan yang solat yang wajib hanyalah yang lima itu. Jadi hadith ini dijadikan asas oleh ulama bagi mengatakan yang solat fardhu itu hanya 5 waktu. Yang lain-lain adalah sunat untuk dilakukan. Kalau sunat yang kuat dinamakan sunat muakkad. Juga menolak solat dhuha dan eid sebagai wajib. Cuma Imam Hanifah mengatakan bahawa solat wajib yang lain seperti witr belum lagi diwajibkan pada waktu Hadith ini. Di dalam mazhab Hanafi, ada solat-solat yang wajib selain lima waktu itu. Lima waktu itu adalah fardhu tetapi ada yang selainnya yang wajib. Kerana padanya, wajib dan fardhu itu lain. Kerana istilahnya lain dari orang lain. Imam Hanifah ni kadang-kadang lain sikit. Jadi kalau nak hukum orang lain, kena faham apa istilah yang mereka gunakan. Mereka jatuhkan hukumnya wajib berdasarkan dalil-dalil yang lain. Kalau fardhu itu, kena dalil yang qat’i iaitu Quran. Dan wajib itu didapati dari dalil zhan, iaitu Hadith. Imam Hanifah memang seorang yang hebat feqahnya. Mungkin pertama kali kita dengar macam tak boleh terima, tapi apabila diberikan penerangan, baru akan faham dan boleh terima. Jadi apabila dia mengatakan yang solat witr itu wajib, maka ada sebab-sebab dan dalil yang ada padanya. Imam Syafie walaupun tidak mengatakan ianya wajib, tapi dia tidak membenarkan sesiapa meninggalkannya. Ianya adalah solat sunat paling tinggi tarafnya.

Selain dari bacaan itu, ada satu lagi pendapat yang mengatakan jikalau kita sudah melakukan ibadat sunat, kena habiskan. Sebab dia tanya ada lagi tak yang wajib atasnya? Nabi kata “tidak, melainkan kalau kamu melakukan sunat”. Macam maknanya, kalau dah buat sunat, jadi wajib kena habiskan. Istisna muttasil. Kalau tak mula, memang sunat.
Macam kalau kita solat sunat, kalau kita berhenti kerana sesuatu sebab, tidak boleh. Kalau berhenti, kena qadha. Tapi Imam Shafie dan Ahmad tidak berpendapat begitu. Ini pada mereka akan istisna munqati’.
Pernah isteri Nabi buka puasa sunat dan Nabi suruh ganti. Tapi ada Hadith lain yang menunjukkan kalau batalkan amalan sunat, tidak perlu diganti. Masing-masing ada dalil. Sebab pernah Nabi batalkan puasa sunatnya. Takkan Nabi nak buat benda yang salah dan berdosa. Sebab Nabi tak boleh buat benda yang salah. Cuma jangan main-main bila dah buat amalan sunat itu. Jangan senang-senang nak batalkan tanpa sebab yang baik. Elok kalau ganti. Tapi perlu diingat tidak wajib ganti.

Puasa. Syarah sama macam tadi juga. Nabi sebut Ramadhan saja, tak sebut bulan. Jadi boleh sebut macam tu sahaja.

Zakat. Jadi macam mana nak batal sedekah itu? Hanifah kata takkan zakat fitrah itu sunat? Syafie jawab zakat fitrah itu termasuklah dalam fardhu itu.
Nabi ada kata dalam harta kita ini ada hak untuk orang lain selain dari zakat yang perlu diberikan. Itu macam mengatakan yang ada lagi sedekah yang wajib yang perlu diberikan. Tapi itu adalah dalam keadaan dan keperluan tertentu. Macam nak membebaskan orang, membantu bila terdesak dan sebagainya. Hadith itu juga digunakan oleh orang untuk membenarkan cukai kerajaan. Tapi yang iktikad dalam hati adalah zakat yang wajib sahaja. Sebab selain dari itu adalah bila keperluan sahaja.

Bab zakat ini banyak lagi kita tak buat. Yang dalam Quran itu pun tak buat lagi. Contohnya kita tak buat sesuatu untuk orang bermusafir. Kalau di India, ada perumahan yang disediakan untuk orang Islam yang datang.

Dalam Hadith ini tidak disebutkan haji. Ada yang kata sebab perawi telah meringkaskan Hadith ini. Tapi ini tidak bagus sebab ini macam kata perawi pandai-pandai pula untuk memilih apa yang hendak disampaikan. Pendapat yang kuat adalah semasa itu haji belum difardhukan. Sebab paling awal haji difardhukan adalah pada 6 Hijrah dan Hadith ini terjadi pada 5 Hijrah kalau kita mengambil kira yang bertanya itu adalah sahabt yang bernama Zaim itu.

Dalam Islam, ulama mengambil kira dan mengikuti apa yang terakhir sekali dilakukan oleh Nabi. Contohnya kalau solat jenazah, ada Hadith mengatakan Nabi takbir lebih dari empat. Tapi yang akhir sekali dilakukan oleh Nabi dan diikuti oleh sahabat adalah takbir yang empat kali itu.

Lelaki itu mengatakan bahawa dia tidak akan tambah sedikit pun atau mengurangkan dari apa yang dikatakan oleh Nabi itu. Dan Nabi kata bagus. Jadi macam mengatakan bahawa elok pula kalau tidak melakukan amalan sunat yang lain.
1. Pendapat ulama mengatakan yang Nabi kata bagus itu adalah apa yang dikatakan yang dia tidak akan ‘mengurangkan’ itu. Bukan keduanya sekali. Maknanya dia akan tambah amalan dia, tapi dia tidak akan mengurangkan.
2. Tapi Imam Nawawi pula kata dia maksudkan kedua-duanya. Memang kalau buat yang fardhu sahaja cukup untuk masuk syurga. Tapi syurga tingkat yang rendah sahaja. Kalau buat amalan yang sunat akan meningkatkan darjat seseorang itu di dalam syurga.
3. Bukan dia nak cakap tentang ibadat khusus itu yang dia nak kurang atau tambah. Tapi dia nak cakap dia faham apa yang Nabi cakap itu sampai dia tidak perlu nak tanya lagi dah.
4. Lelaki itu adalah wakil dari kaumnya. Jadi dia nak cakap bahawa apa yang Nabi sampaikan itu dia tidak akan tokok tambah atau kurangkan bila dia cerita dengan kaumnya nanti.
5. Dia tidak akan tambah apa yang diperintah. Kalau lima solat, lima lah. Tidak dia akan tambah atau kurangkan. Tapi nampak macam dia takkan buat sunat. Dalam riwayat yang lain. Tapi mana riwayat yang lebih kuat? Mungkin riwayat yang lagi satu itu adalah riwayat bilmakna. Macam Hadith yang mengatakan perempuan dijadikan dari tulang rusuk. Hadis itu bukan kata perempuan itu dijadikan dari tulang rusuk, tapi seperti tulang rusuk. Tak sama tu. Itu adalah satu contoh riwayat bilmakna. Padahal Hadith yang benarnya adalah perempuan itu seperti tulang rusuk.
6. Perkara sunat akan menyempurnakan yang fardhu. Maknanya dia tidak akan buat sebagai fardhu tapi sebagai penyempurnaan dia akan buat.
7. Dia tidak buat yang sunat tapi apa dia buat fardhu itu akan sempurna. Khas untuk sahabat itu sahaja. Boleh terjadi kepada sahabat yang dijamin Nabi. Ada kes lain yang Nabi beri pelepasan kepada seseorang sahabat sahaja. Macam kifarat yang dikenakan kepada orang yang jimak bulan Ramadhan dan dia miskin, jadi dia boleh pakai tamar yang diberikan orang sebagai sedekah dan sedekah itu pula kepada keluarganya. Hanya untuk dia sahaja.
Jadi dalam kes ini hanya khas untuk dia sahaja.
Suyuti kata Nabi bolehkan mengecualikan seseorang itu bukan hanya sunat sahaja, tapi fardhu pun boleh. Sebab Nabi pernah suruh sorang sahabat untuk solat dua waktu sahaja. Cuma banyak yang tidak setuju dengan pendapat ini.
8. Dia cuma nak kata dia tak nak tanya benda lain yang dia tidak musykil. Maknanya dia dah faham. Sebab dia dah Islam dah.
9. Dari segi akidah. Sebagai contoh, solat lima waktu sahaja. Kepercayaan yang fardhu dia takkan tambah. Contohnya, dia tidak akan cakap yang solat fardhu itu ada enam waktu.
10. Sebagai memperindahkan bahasa sahaja. Nak cakap yang tak kurang sahaja. Macam kata tak boleh lebih kurangkah bila timbang? Yang hendaknya adalah nak kurangkan. Tapi sebagai bahasa sahaja, kita tambahlah juga, perkataan ‘lebih’ itu.

———— soalan
Kenapa ada 3 sahaja itu orang diterima oleh Syiah.
Salman sebab dia farsi. Tempat asal orang Syiah. Itu sebab mereka suka. Mereka suka farsi naik balik.
Miqdad sebab dia seperti khadam kepada Ali. Banyak perkara-perkara Ali minta dia buat. Rapat dengan Ali, maka sebab itu mereka suka dia.
Abu Dzar sebab menentang kerajaan dari dulu lagi. Mereka suka sifat anti pemerintah itu. Mereka nak tonjolkan.
Padahal mereka itu bukan ada apa dengan Syiah. Secara kebetulan sahaja.

Siapakah Muhamad bin Yakub al-Kulaini? Seorang pengarang kitab paling penting Syiah. Macam kitab Bukhari kepada kita. Memang pekat Syiah. Penting kedudukan dia dalam Syiah. Kononnya kitab dia diiktiraf oleh Imam Mahdi mereka.

Takiyah boleh kepada mereka kecuali dalam tiga perkara. Nabid, khuf dan najis. Syiah benci benar dengan Abu Hanifah. Sebab dia sezaman dengan mereka masa mereka kuat dan banyak membuka pekung mereka. Nabid pada Imam Hanifah boleh. Maka, mereka menjadikan ini sebagai isu mengatatakan ada masalah dengan Imam Hanifah itu. Ikut Hanifah lain apa yang istilah dia. Khuf pula Sunnah kata boleh sapu atas khuf itu sahaja. Syiah tidak terima. Syiah tak boleh basuh kaki. Sapu sahaja. Mereka nak bezakan sangat dengan ahli sunnah. Jadi mereka tidak boleh bertakiyah menggunakan khuf. Salah pada mereka. Sebab dalam perkara lain, boleh sahaja mereka buatwalaupun dalam agama mereka tidak boleh. Mereka anggap kita najis. Lebih najis dari anjing dan babi. Darah kita halal kepada mereka. Kita hanya tahu bila kita belajar pasal agama mereka. Maka tidak boleh langsung nak berbaik dengan mereka. Tidak pernah berjaya untuk berdamai. Mereka selalu menang sebab mereka mengamalkan takiyah. Mereka asyik menipu sahaja. Jadi macam mana nak kita nak berdamai dengan mereka? Banyak dah menyesal mana yang cuba mendamaikan. Yusuf Qardawi contohnya, dulu berlembut sangat dengan Syiah tapi kemudian menyesal dan sekarang kritik Syiah.