hari ni berbuka di satu tempat dekat dengan office. 15 henggit jer. paling murah setakat ni buffet ramadhan. Kalau kat tempat lain entah berapa la sekarang. paling kurang mahu 40.
sekarang perut dan selera aku bukan macam dedulu. boleh belasah apa saja. sampai orang boleh kata “udah la tu.. hujan ribut pun ta berenti.”
tapi sekarang makan sikit dah Kenyang. eloklah kalau macam tu..
tapi tadi sambil makan bersembang dengan seorang chinese yang pun sedang makan di situ. dia kata dia tengok orang islam makan masa bulan puasa lagi banyak dari bulan biasa. dan bukankah sepatutnya oranges islam patut lagi kurang makan supaya boleh merasai kekurangan orang lain? dia cakap dah betul dah.
tapi dia sambung: Kalau makan macam biasa jer, Baik tak payah puasa Kalau gitu. dia kata Kalau takde enforcement, entah berapa kerat jer orang islam yang posa. pulak dah. aku adalah sikit angin. pandai pulak dia nak bagi suggestion macam tu.







