We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu Bab Air Kencing Kanak-Kanak December 27, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 4:48 pm

بَاب بَوْلِ الصِّبْيَانِ

Bab Air Kencing Kanak-Kanak

- Ulama bersetuju bahawa kencing kanak-kanak adalah najis tapi mereka berbeza tentang bagaimana membasuhnya. Ada beberapa pendapat dalam hal ini:

Pertama: kencing anak lelaki yang belum berumur dua tahun dan belum makan kecuali susu ibu hanya perlu di renjis. Kalau anak perempuan, kena basuh macam biasa. Ini adalah pendapat Imam Syafie dan Imam Bukhari. Ini adalah pendapat yang masyhur.

Kedua: Sama sahaja samada anak perempuan atau anak lelaki. Boleh sahaja di renjis. Ini adalah pendapat Daud Zahiri dan lain-lain. Ini juga dikatakan pendapat Imam Bukhari. Iaitu ada yang kata ini adalah pendapat Imam Bukhari juga.

Ketiga: kena juga basuh. Tak boleh sekadar renjis sahaja. Ini adalah pendapat Imam Hanifah, Malik dan lain-lain. Hujah mereka mengatakan yang hadis yang dibawa menunjukkan Nabi basuh juga. Cuma tidak bersungguh-sungguh membasuhnya.

Manakah pendapat Imam Bukhari? Tengok tajuk dia. الصِّبْيَانِ adalah kanak-kanak lelaki. Tak termasuk kanak-kanak perempuan. Maknanya, dia hendak bagitahu bahawa hanya anak lelaki sahaja yang boleh sekadar direnjis.

Dalam hadis kedua Nabi tak membasuh pun. Maknanya, bukanlah Nabi membasuh. Dan dalam kedua-dua hadis itu adalah kanak-kanak lelaki. Kalau termasuk dengan kanak-kanak perempuan, dia akan bawa contoh melibatkan kanak-kanak perempuan juga.

Ada juga kata pendapat yang mengatakan Bukhari bawa pendapat kedua. الصِّبْيَانِ itu merangkumi juga makna kanak-kanak perempuan. Dan tidak ada contoh kanak-kanak perempuan yang berbuat begitu, maka itulah sebabnya tidak dibawanya.

Kenapakah anak lelaki dibenarkan untuk hanya direnjis sahaja? Ini adalah satu kaedah hukum yang dipanggil ‘Umum balwa‘. Anak lelaki yang selalunya dibawa ke majlis. Maka, kalau mereka yang selalu dibawa, maka ada kemungkinan mereka akan kencing merata-rata. Maka dimudahkan cara pembersihan untuk mereka. Macam tahi cicak yang jatuh dalam masjid. Tentulah banyak tahi cicak yang jatuh. Kalau nak kena cuci dengan susah, tentulah akan menyusahkan kepada orang masjid. Maka diringankan hukum untuk membersihkan tahi cicak itu. Ataupun contoh burung yang banyak di tanah haram. Burung-burung tidak dibenarkan dibunuh di Tanah Haram. Tentu banyak tahi mereka kerana mereka jadi manja untuk hidup di Tanah Haram. Maka diringankan juga cara pembersihan tahi mereka. Hujah ini juga ada yang kritik. Kerana ada yang berhujah bahawa bukan anak lelaki sahaja dibawa dalam majlis. Anak perempuan pun ada juga. Dan bukan anak lelaki sahaja yang kencing merata-rata. Anak perempuan pun ada juga. Dan bagaimana dengan seorang ibu yang sentiasa menjaga anak mereka yang kecil tidak kira lelaki atau perempuan? Kenapa tidak dimudahkan juga untuk mereka.

Jadi ada yang jawab bahawa anak lelaki beza dengan anak perempuan. Kencing mereka tidak sama. Kencing anak lelaki lagi nipis dan panas. Bila panas, lagi senang kering. Dan bau kencing anak lelaki kurang dari kencing anak perempuan.

Syarat untuk boleh renjis sahaja adalah anak itu adalah anak itu mestilah anak lelaki, belum masuk dua tahun lagi dan hanya makan susu ibu. Kalau dia dah makan benda lain, dah tak boleh buat macam tu. Kena dibasuh dengan molek kalau macam tu.

Untuk selamat, eloklah diambil pendapat ketiga. Basuh dengan molek supaya terlepas dari keraguan. Mesti diingat bahawa kencing itu adalah najis dan boleh menyebabkan gangguan pada ibadah yang lain.

215 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ أَنَّهَا قَالَتْ أُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِصَبِيٍّ فَبَالَ عَلَى ثَوْبِهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَأَتْبَعَهُ إِيَّاهُ

215. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Hisyam bin ‘Urwah dari Bapaknya dari ‘Aisyah Ummul Mukminin, ia berkata, “Pernah seorang kanak-kanak lelaki dibawa ke hadapan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu kanak-kanak lelaki tersebut kencing keatas baju Rasulullah SAW. Beliau lalu minta air dan menuangkan air ke tempat kencingnya.”

216 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ عَنْ أُمِّ قَيْسٍ بِنْتِ مِحْصَنٍ أَنَّهَا أَتَتْ بِابْنٍ لَهَا صَغِيرٍ لَمْ يَأْكُلْ الطَّعَامَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَجْلَسَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَجْرِهِ فَبَالَ عَلَى ثَوْبِهِ فَدَعَا بِمَاءٍ فَنَضَحَهُ وَلَمْ يَغْسِلْهُ

216. Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Ibnu Syihab dari ‘Ubaidullah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah dari Ummu Qais binti Mihshan, bahwa dia datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dengan membawa anak lelakinya yang masih kecil dan belum lagi memakan apa-apa makanan. Rasulullah terus meriba anak itu. Sejurus kemudian anak itu kencing keatas kain beliau. Beliau kemudian minta diambilkan air lalu merenjiskannya. Beliau tidak membasuh.”

- Menunjukkan masyarakat bawa anak-anak mereka jumpa Nabi. Untuk mendapatkan berkat. Tapi bukan semua buat macam tu. Sebab kerja Nabi banyak lagi. Mereka yang buat pun bukan dengan cara rasmi. Mereka berjumpa bila ada kesempatan. Kadang-kadang tu jumpa kat kadang unta sahaja. Nabi akan melayan mereka. Tapi mereka tidak susahkan Nabi. Bukan macam zaman sekarang. Semuanya serahkan kepada tok imam atau orang agama dalam masyarakat. Sampai tugas mereka disibukkan dengan perkara-perkara remeh temeh. Sepatutnya orang berilmu tidak campur perkara sebegini. Mereka kena buat benda lagi penting. Mereka kena sebarkan ilmu. Bukan untuk zaman sekarang sahaja. Mereka nak kena tulis buku atau buat yang berfaedah sikit. Lagi pun, kalau semua mereka buat, ulama itu sendiri akan berasa macam mereka ada hikmat pula. Itu adalah cabaran mereka.

Menunjukkan bahawa Nabi mesra dengan umatnya. Walaupun dia seorang pemimpin, hakim, panglima perang dan banyak lagi tugas yang baginda lakukan, baginda tetap melayan masyarakat. Begitulah payahnya tugas Nabi tapi boleh dijalankan dengan molek.

 

بَاب الْبَوْلِ قَائِمًا وَقَاعِدًا

Bab Kencing Sambil Berdiri Dan Duduk

Harus untuk berdiri atau duduk kepada lelaki. Perempuan tidak boleh kencing berdiri. Memang tidak sesuai kalau perempuan kencing berdiri dalam mana-mana bangsa pun.

Tajuk yang Imam Bukhari letak adalah ‘berdiri dan duduk’. Tapi manakah dalil berkenaan duduk? Hadis yang dibawa adalah pasal berdiri sahaja. Tidak ada dalil. Tapi bab duduk itu dah masyhur dah. Tak perlu hadis. Yang kena bawa dalil adalah pasal berdiri tu. Dalil yang ada tidak menepati syaratnya yang tinggi. Memang kalau duduk itu lebih molek dan lebih sesuai untuk perempuan mahupun untuk lelaki. Tetapi dari segi hukum, tidak salah untuk kencing berdiri. Kerana Nabi pun pernah buat juga.

217 – حَدَّثَنَا آدَمُ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ أَتَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِمًا ثُمَّ دَعَا بِمَاءٍ فَجِئْتُهُ بِمَاءٍ فَتَوَضَّأَ

217. Telah menceritakan kepada kami Adam telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Al A’masy dari Abu Wa’il dari Hudzaifah berkata, “Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mendatangi tempat pembuangan sampah milik suatu kaum, baginda lalu kencing sambil berdiri. Kemudian beliau meminta air, maka aku membawa air untuknya, kemudian beliau berwudu menggunakan air itu.”

- Dikatakan Nabi mengambil wudu. Maknanya, dia menyucikan diri. Termasuk membasuh kencing itu.

Syafie kata makruh kencing berdiri tanpa keuzuran. Kurang molek. Tapi Imam Bukhari berpendapat lain. Padanya ianya harus secara mutlak. Tanpa perlu ada keuzuran. Kerana Nabi ada buat. Ada yang kata dia sakit lutut itu tidak sahih. Ada yang kata sebab sampah itu banyak, jadi kalau dia kencing, akan kena balik pada dia kencing itu. Ada yang kata dia buat macam itu sebab dia nak cepat. Dan kalau duduk akan makan masa pula. Sambil itu dia suruh sahabat jaga. Ada yang kata dia buat begitu sebab nak mengatakan bahawa harus untuk kencing berdiri. Kalau tak buat begitu ditakuti ada yang anggap kencing berdiri haram. Ada yang kata dia sakit pinggang dan rawatan orang arab kalau begitu elok untuk kencing berdiri.

Ada hadis lain yang kata Nabi larang kencing berdiri. Dan Aisyah pernah kata Nabi tidak pernah kencing berdiri dan kalau ada yang kata Nabi buat begitu, jangan benarkan.

Lagi senang kekadang tu pakai urinal ni sahaja

Pada Imam Bukhari, sama sahaja. Ikut kesesuaian. Sama macam pendapat Imam Ahmad, gurunya. Hujah yang macam-macam itu tidak benar padanya. Zaman sekarang, lebih sesuai dengan pendapat Imam Bukhari. Tengoklah kemudahan yang diberikan dalam bangunan sekarang. Kebanyakan tandas akan meletakkan urinal untuk lelaki. Kalau nak tunggu dapat duduk, kena buat dalam tandas dan payah nak tunggu. Sebab tak banyak.
Yang keharusan untuk kencing dalam keadaan duduk tu Imam Bukhari tak beri contoh dah sebab dah maklum dah boleh buat. Dan memang lagi molekpun kalau kencing duduk.

Tidak jadi masalah kalau kencing berdiri. Hatta kalau orang lalu lalang dibelakang kita pun. Sebab dalam hadis lain, memang ada sahabat yang berdiri belakang Nabi.

Tidaklah kalau seseorang itu sentiasa kencing berdiri dia dikatakan fasik pula. Kadang-kadang lebih mudah untuk kencing berdiri.

 

بَاب الْبَوْلِ عِنْدَ صَاحِبِهِ وَالتَّسَتُّرِ بِالْحَائِطِ

Bab Seseorang Kencing Dekat Kawannya Dan Berlindung Dengan Dinding

218 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ قَالَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ رَأَيْتُنِي أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَتَمَاشَى فَأَتَى سُبَاطَةَ قَوْمٍ خَلْفَ حَائِطٍ فَقَامَ كَمَا يَقُومُ أَحَدُكُمْ فَبَالَ فَانْتَبَذْتُ مِنْهُ فَأَشَارَ إِلَيَّ فَجِئْتُهُ فَقُمْتُ عِنْدَ عَقِبِهِ حَتَّى فَرَغَ

218. Telah menceritakan kepada kami ‘Utsman bin Abu Syaibah berkata, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Manshur dari Abu Wa’il dari Hudzaifah berkata, “Aku masih lagi ingat aku berjalan-jalan bersama Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pergi ke tempat pembuangan sampah sekumpulan orang di belakang satu dinding lalu berdiri sebagaimana kamu berdiri lalu kencing. Sebelum itu aku ingin pergi jauh dari beliau, namun beliau memberi isyarat kepadaku agar mendekatinya, maka aku pun pergi dekatnya dan berdiri dekat tumitnya (dengan membelakangi Nabi) hingga beliau selesai.”

- Tidak ada masalah kalau ada orang duduk dekat. Sahabat dalam hadis ini berdiri sampai bertemu tumit dengan Nabi.

Hadis ini juga menceritakan bahawa elok cari dinding untuk buang air supaya orang tidak nampak. Elok juga kalau lindungi dengan orang kalau boleh. Atau lindungi dengan cara lain yang sesuai. Bukanlah nak kena pergi jauh kalau nak buang air. Memang ada hadis yang mengatakan Nabi pergi jauh. Tapi itu adalah kerana hendak berlindung dari orang lain. Bukanlah kena buat macam tu sentiasa. Kalau dalam rumah kita tandas dah selamat dah, tak perlu nak kena pergi jauh. Nabi pun ada tempat buang air dalam rumah dia. Jadi, kita kena faham kenapa Nabi buat sesuatu perkara itu. Bukanlah kita ikut secara literal. Ada perbuatan Nabi yang baginda lakukan bukanlah untuk syariat. Perbuatan ini dinamakan Ghairu tasyriiyyah.

Makruh untuk bercakap-cakap semasa membuang air. Ini adalah supaya berada dalam keadaan tenang. Kecuali ada hajat keperluan. Dibolehkan untuk bercakap dalam keadaan begitu. Contohnya, nak suruh orang bukakan paip air untuk kita.

Hadis ini juga menunjukkan bahawa boleh menggunakan bahasa isyarat. Asalkan orang lain faham dengan apa yang kita maksudkan.

 

بَاب الْبَوْلِ عِنْدَ سُبَاطَةِ قَوْمٍ

Bab Kencing Di Tempat Pembuangan Sampah Milik Sekumpulan Orang

219 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَرْعَرَةَ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ أَبِي وَائِلٍ قَالَ كَانَ أَبُو مُوسَى الْأَشْعَرِيُّ يُشَدِّدُ فِي الْبَوْلِ وَيَقُولُ إِنَّ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَ إِذَا أَصَابَ ثَوْبَ أَحَدِهِمْ قَرَضَهُ فَقَالَ حُذَيْفَةُ لَيْتَهُ أَمْسَكَ أَتَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُبَاطَةَ قَوْمٍ فَبَالَ قَائِمًا

219. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin ‘Ar’arah berkata, telah menceritakan kepada kami Syu’bah dari Manshur dari Abu Wa’il ia berkata, “Abu Musa Al Asy’ari terlalu keras dalam hal kencing. Dia berkata. “Jika Bani Israil kencing lalu mengenai pakaiannya, maka mereka memotong pakaiannya.” Maka Hudzaifah pun berkata, “Alangkah baiknya kalau dia tidak bersikap begitu. Sebab Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah kencing sambil berdiri di tempat pembuangan sampah sekumpulan orang.”

- Background hadis ini adalah berkenaan dengan Abu Musa Al Asy’ari yang keras dalam menegur orang kencing berdiri. Apabila dia nampak sahaja, dia akan marah.

Dan perbuatan dia juga menyusahkan. Iaitu dia pakai botol untuk kencing. Sebab dia tak nak memercikkan air kencing itu takut kena bajunya. Ini adalah perbuatan yang menyusahkan. Padahal Nabi pun ada kencing berdiri. Kalau berdiri tu, memang akan ada kemungkinan memercik. Dan kisah Nabi kencing dalam bekas sebab tak mahu keluar rumah. Baginda akan kencing dalam bekas, dan siangnya nanti akan dibuang.

Abu Musa pakai syariat lama. Bani Israel tak boleh cuci pakaian mereka kalau pakaian itu dah kena kencing/najis. Mereka kena potong. Maka dia nak pakai hukum ini kepada manusia masa itu. Ini tidak perlu.

Nabi telah buang air di kawasan orang. Bolehkah begini? Kalau Nabi dah buat itu, maknanya boleh. Kalau tempat itu dah sesuai untuk buat perkara sebegitu. Tidak perlu minta kebenaran. Sebab memang maklum orang dah tahu yang tempat itu adalah tempat pembuangan sampah.

Ini adalah sebahagian dari hukum adat semasa atau dipanggil Uruf. Ianya adalah perkara yang telah diterima pakai secara umum oleh masyarakat. Contoh uruf: Pernah Abu Bakar memerah susu lembu dan terus minum. Tidak minta kebenaran kepada tuannya. Ini adalah kerana pada zaman itu, perbuatan sebegini adalah maklum. Pengembara tolong menolong sesama sendiri. Hari ini tolong orang, nanti ada masanya orang akan tolong kita pula. Hari ini orang lain memerlukan pertolongan kita, hari lain kita pula memerlukan pertolongan orang lain.

Begitu juga, dalam masyarakat, yang biasanya memasak adalah isteri. Kalau hukum fekah memang kata lelaki yang memasak. Tapi telah maklum dari dulu sampai sekarang, perempuan yang memasak. Maka boleh diikut. Janganlah nak ikut sangat hukum fekah sampai isteri taknak masak.

Begitu juga kalau membuang air di sungai. Kalau zaman dahulu, ini adalah perkara biasa. Semua orang buang air di sungai. Tapi kalau zaman sekarang mungkin tidak sesuai. Berubah ikut zaman.

 

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 25 other followers