We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Wudu Bab Termasuk Dosa Besar Tidak Menjaga Diri Daripada Air Kencing Sendiri December 23, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 1:34 pm

بَاب مِنْ الْكَبَائِرِ أَنْ لَا يَسْتَتِرَ مِنْ بَوْلِهِ

Bab Termasuk Dosa Besar Tidak Menjaga Diri Daripada Air Kencing Sendiri

Sebelum ini, diceritakan pasal tidur. Ada persamaan antara tidur dan mati. Itulah sebabnya Imam Bukhari membawa bab ini pula.
Apabila kita tidur, kita akan bermimpi dan dalam mimpi itu ada yang suka dan ada yang duka. Siapakah yang mengalami suka dan duka itu? Roh yang mengalami. Badan diam tidak dapat melakukan apa-apa. Begitulah juga alam kubur nanti, yang akan merasai siksa dan nikmat adalah roh. Badan tidak berfungsi lagi, akan menjadi hancur belaka. Allah beri faham alam kubur kepada kita. Apabila kita mati, dalam kubur nanti akan ada nikmat dan azab. Dalam tajuk ini Imam Bukhari bawa hadis pasal azab.

Hadis ini menunjukkan bahawa dalam hal kebersihan itu ada kaitan dengan alam lain. Bukan alam dunia sahaja kesannya. Kesilapan dalam menjaga kebersihan ini boleh menyebabkan kita disiksa di dalam kubur, malah di akhirat kelak.
Dia juga hendak tolak pendapat yang kata tiada dosa besar selain dari tujuh dosa besar yang kita dah biasa dengar itu. Kerana ada yang berpendapat begitu. Dua dosa yang disebut dalam hadis dibawah ini sebenarnya adalah dosa besar. Kalau sekali baca, kita mungkin akan sangka bahawa ianya adalah dosa kecil sahaja.

209 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ قَالَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحَائِطٍ مِنْ حِيطَانِ الْمَدِينَةِ أَوْ مَكَّةَ فَسَمِعَ صَوْتَ إِنْسَانَيْنِ يُعَذَّبَانِ فِي قُبُورِهِمَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ ثُمَّ قَالَ بَلَى كَانَ أَحَدُهُمَا لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَكَانَ الْآخَرُ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ دَعَا بِجَرِيدَةٍ فَكَسَرَهَا كِسْرَتَيْنِ فَوَضَعَ عَلَى كُلِّ قَبْرٍ مِنْهُمَا كِسْرَةً فَقِيلَ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا قَالَ لَعَلَّهُ أَنْ يُخَفَّفَ عَنْهُمَا مَا لَمْ تَيْبَسَا أَوْ إِلَى أَنْ يَيْبَسَا

209. Telah menceritakan kepada kami ‘Utsman berkata, telah menceritakan kepada kami Jarir dari Manshur dari Mujahid dari Ibnu ‘Abbas berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melewati perkebunan penduduk Madinah atau Makkah, beliau mendengar suara dua orang yang sedang di siksa dalam kubur mereka. Maka Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pun berkata: “Keduanya sedang disiksa, dan tidaklah mereka disiksa disebabkan dosa besar.” Lalu beliau menerangkan: “Bahkan besar, salah seorang disiksa karena tidak menjaga diri dari kencingnya sendiri, sementara yang satunya lagi suka mengacum.” Beliau kemudian minta diambilkan pelepah kurma, beliau lalu membelah menjadi dua, kemudian beliau menancapkan setiap bahagian pada dua kuburan tersebut. Maka beliau pun ditanya, “Kenapa engkau melakukan ini?” Beliau menjawab: “Mudah-mudahan siksanya diringankan selama pelepah itu tidak kering atau sehingga kering pelepah ini.”

- Ada banyak pendapat tentang apakah status dosa yang dimaksudkan Nabi dalam hadis ini. Kalau sekali baca, nampak macam dosa yang mereka lakukan itu tidak besar. Banyak syarahan berkenaan dengan perkara ini.
Pertama, perbuatan mereka itu tak semestinya dosa kecil. Bahkan sebenarnya ianya adalah besar. Ini kita boleh lihat dari kata-kata Nabi. Kecil hanya pada anggapan mereka sahaja. Allah yang menentukan sebenarnya. Sangkaan kita tidak semestinya benar.

Atau boleh juga dikatakan perkara itu kecil sahaja asalnya tapi bila tidak dijaga jadi besar. Maknanya, asalnya, bukanlah susah untuk menjaga diri dari kencing dan dari mengacum, tapi bila tidak dijaga dengan molek, kesannya adalah besar.

Atau ia mungkin bermakna, perkara itu kalau sekali dua sahaja dilakukan, ianya masih lagi perkara kecil sahaja. Tapi bila dah jadi tabiat, lama-lama ia menjadi perkara besar.

Memang dua kesalahan ini tidak disenaraikan dalam tujuh dosa yang besar yang kita selalu dengar itu. Tapi sebenarnya, ia juga adalah dosa besar. Kita sahaja yang tidak tahu.

Pemahaman yang paling baik adalah: perkara ini bukan susah nak dijaga tapi sebab mereka tidak endahkan, menjadi besar. Dan dosa ini bukan kecil. Walaupun tak masuk dari dosa besar yang tujuh.

Jadi, apakah sebenarnya yang boleh dikategorikan sebagai dosa besar? Kalau kena siksa dalam kubur tu maknanya besarlah dosa tu. Apakah yang dikatakan dosa besar itu? Ulama menyatakan apa sahaja yang Allah telah sebut di dalam Quran dan hadis yang mana Allah dan Nabi murka. Begitu juga jikalau telah diberikan hukum kepada kesalahan-kesalahan itu. Ini adalah penting kerana kalau dosa itu termasuk dalam dosa-dosa besar, maka kalau nak hapuskan dosa itu bukan dengan ambil wudu dan dengan solat sunat sahaja akan hilang dosa itu. Memang kena buat perkara yang khas. Kena ikut rukun taubat iaitu ada tiga: berhenti, menyesal dan iktikad tak mahu buat lagi. Ada beratus dosa besar ini seperti disebut dalam kitab. Bukanlah semuanya benar, tapi dah boleh menjadi rujukan untuk kita memahami apakah dosa besar itu.

Ada dosa kita dengan Allah. Ada dosa kita dengan manusia. Kalau dengan Allah, maka hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benar taubat. Kalau dengan manusia tu, kenalah kita minta maaf dengan mereka. Kalau mereka nak balas balik, kena biarkan mereka balas. Contohnya, kita dah tampar dia, kenalah beri dia tampar kita balik. Kalau mereka tak maafkan, maka kenalah kita bayar kepada mereka nanti di akhirat kelak. Iaitu kita kena bagi pahala mana yang kita ada. Bila pahala kita dah habis, kenalah pula kita ambil dosa mereka dan kita tanggung. Maka inilah orangnya yang Nabi kata bankrap nanti di akhirat kelak. Iaitu datang dengan banyak pahala tapi nanti akan muflis. Sebab kena bagi pahala kepada orang lain.

Kalau orang yang kita dah buat salah tu dah mati? Kita kena ganti dengan tolong keluarga dia. Kerana perkara itu mereka akan suka. Kalau kita buat macam tu didunia pun semasa mereka hidup, mereka akan suka. Dan kalau kita lakukan selepas mereka telah mati, mereka akan diberitahu oleh Allah tentang apa yang kita lakukan. Dan mereka akan maafkan kita.
Atau doakan untuk dia. Supaya dosa mereka diampunkan Allah. Dan doa supaya selesai hutang antara kita dan mereka. Supaya tak dibuka lagi di akhirat nanti.

Untuk dua kesalahan yang disebut dalam hadis ini, dalam kubur lagi dah kena azab. Yang pertamanya, hadis ini menunjukkan bahawa kencing itu najis. Bukanlah dua dosa ini sahaja yang akan diazab dalam kubur nanti. Ada macam-macam dosa lagi. Dua jenis kesalahan ini sebagai contoh. Kerana pada masa itu, dua kesalahan ini sahaja yang ditunjukkan kepada Nabi.

Hadis ini juga menunjukkan kepada kita semua bahawa azab kubur itu memang ada. Ini penting, kerana ada yang berpendapat azab dalam kubur tidak ada.

Dosa tidak menjaga hal kencing adalah berat kerana ianya bersangkutan dengan ibadah solat yang penting sangat dalam agama kita. Solat akan ditanya padang Mahsyar. Kalau solat tidak lepas, maka akan sia-sialah ibadat lain yang dilakukan oleh seseorang muslim itu. Dan wudu itu adalah syarat sah kepada solat. Kalau wudu tidak sah, maka solat pun automatik akan jadi tidak sah. Sia-sia sahaja kita solat kerana tidak diterima solat itu. Macam kita tak solatlah jawapnya. Maka kerana ianya adalah perkara yang perlu dilakukan dahulu sebelum melakukan solat, maka azab yang dikenakan adalah awal lagi dari azab yang akan dikenakan padal meninggalkan solat nanti. Dalam kubur dah kena dulu dah. Wudu dan solat itu adalah jenis dosa yang bersangkutan dengan Allah.

Selain dari dosa yang bersangkutan dengan Allah, ada satu lagi jenis iaitu dosa dengan manusia. Pertama yang akan ditanya di Padang Mahsyar nanti adalah kes darah. Iaitu kes pembunuhan atau kita cederakan orang lain. Mukadimahnya sebelum jadi perkara itu adalah perbuatan mengacum. Inilah puncanya sampai manusia boleh berkelahi, tumbuk menumbuk dan berbunuhan sesama sendiri. Ianya dari perkara yang kecil yang boleh melarat sampai menjadi besar. Sampai boleh perang antara negara pun sebab kes ini juga.

Kita lihat kes Israel sebagai contoh. Perselisihan antara muslim dan Israel bukanlah disebabkan mereka bangsa yang lain dari kita. Bukan soal bangsa disini. Yang salah adalah agama mereka. Kalau disebabkan bangsa mereka, berapa banyak dari bangsa mereka yang jadi baik dan memeluk Islam? Banyak. Jadi perselisihan ini kena jelaskan dengan baik. Bila salah faham yang ada itulah yang menyebabkan sampai perang tu. Kenapakah bangsa Yahudi dijadikan contoh di zaman Nabi? Kerana itulah bangsa yang Nabi hadapi di zamannya. Kalau sekarang ni, bukan mereka sahaja. Sesiapa sahaja yang menentang Islam, sama sahaja layanan kita kepada mereka. Walaupun mereka dari bangsa lain.

Kesalahan yang boleh menyebabkan diseksa dalam kubur bukan terhad kepada dua contoh ini sahaja. Dua perkara ini adalah sebagai contoh. Satu mewakili dosa kepada Allah dan satu lagi mewakili dosa kepada manusia. Banyak lagi contoh-contoh lain yang ada dilakukan oleh manusia.

Hadis ini juga menunjukkan bahawa alam ghaib itu ada. Dan telah ditunjukkan kepada Nabi dalam kes ini. Adakah manusia lain boleh nampak juga? Boleh kalau Allah nak tunjukkan. Bukanlah darjatnya jadi tinggi kalau dia dinampakkan. Kerana ada juga orang yang tidak mulia dinampakkan oleh Allah tentang perkara ghaib ini sebagai pengajaran kepada mereka.

Perkara ghaib itu sentiasa terjadi. Makhluk lain nampak sentiasa cuma manusia dan jin sahaja yang tidak nampak. Memang elok kalau kita tak nampak. Kerana kalau nampak akan menyusahkan hidup kita. Dah tak boleh buat hal lain dah. Dalam ketakutan sahaja dan sentiasa melakukan ibadah tak berhenti. Tapi tidak ada masalah dengan Nabi. Walaupun dia nampak, dia boleh lagi menjalani kehidupan macam biasa. Dia boleh bergaul dengan isteri dan orang ramai macam biasa.

Berapa kalikah kejadian ini berlaku? Satu atau dua kali. Ada yang kata sekali di Madinah dan sekali di Mekah. Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas, ramai lagi orang lain selain dia. Dalam hadis itu diberitahu kepada mereka kenapakah dua orang dalam kubur itu diseksa. Nabi telah meminta pelepah kurma dari sahabat. Nabi telah potong menjadi dua bahagian. Dan orang yang didalam kubur itu adalah orang Islam kerana kejadian itu terjadi di Perkuburan Baqi’ dan tempat itu adalah tempat perkuburan orang Islam.

Sementara hadis yang diriwayatkan oleh Jabir itu dikatakan semasa Nabi dalam perjalanan. Dan yang ada bersama Nabi hanya Jabir sahaja. Dan kubur itu mengandungi orang kafir, bukan orang Islam. Dan dalam kejadian itu, Nabi gunakan dua ranting. Dan kejadian itu terjadi di Mekah.

Yang menghairankan kita adalah kenapa syafaat yang diberikan itu sekejap sahaja? Sebenarnya, kalau dilihat dengan molek dari segi bahasa yang digunakan, Nabi berdoa semoga seksa yang dikenakan kepada lelaki yang dalam kubur itu adalah hingga pokok itu kering sahaja. Nabi berdoa semoga seksa yang dikenakan semakin ringan dan selepas pelepah itu kering, terus sahaja tidak dikenakan seksa lagi.

Ada lagi kisah tambahan berkenaan dengan mereka yang dalam kubur itu yang boleh didapati dalam hadis yang lain. Selepas kejadian itu, Nabi telah jumpa isteri kepada lelaki dalam kubur itu. Nabi telah tanya kepada sahabat siapakah yang baru mati itu? Nabi tidak tahu. Ini bermakna lelaki itu adalah sahabat juga tapi bukan besar. Nak menunjukkan bahawa sahabat pun ada yang kena seksa. Tidak terkecuali, kalau mereka melakukan kesalahan atau kesilapan, mereka akan diseksa juga.

Perbuatan bidaah meletak bunga di kubur

Banyaklah yang salah faham dengan hadis ini. Soalannya sekarang adalah: Adakah kelebihan pada pelepah yang Nabi letak atas kubur itu? Ada pendapat yang mengatakan kata ya. Mereka mengatakan bahawa pelepah itu bertasbih yang menyebabkan penghuninya tidak diseksa.
Sebenarnya tidak kena mengena tidak kena seksa dengan pelepah itu. Hanya syafaat Nabi yang menyelematkan mereka. Pelepah yang Nabi letak itu adalah hanya sebagai tanda. Bukan sebab pokok itu. Memang semua benda dah bertasbih kepada Allah dah pun. Seperti yang tersebut di dalam Quran. Maknanya, tanah dan selut kubur itu pun dah bertasbih. Bukan hanya pelepah itu sahaja. Maknanya tiadalah kelebihan Nabi letak pelepah itu. Sebab dah bertasbih dah.

Dan Nabi pun tak buat kat orang lain. Kalau ada kelebihan dalam perbuatan baginda itu, dia dah pesan dah. Sahabat pun tak buat macam itu. Kalau ada kesan pada perbuatan itu, mereka ramai-ramai akan buat dah. Memang ada sahabat nama Buraidah suruh buat kepada dia macam tu. Itu adalah pemahaman dia sahaja. Harapan dia kepada Allah semoga dengan perbuatannya itu akan dapat menyelamatkan dia. Tapi sahabat yang lain-lain tidak melakukan sedemikian. Kebanyakan ulama kata ini khusus kepada Nabi sahaja. Maka, kalau kita buat, ia adalah perbuatan bidaah. Kalau dibenarkan buat, maka akan jadi melarat macam apa yang terjadi sekarang. Meleret macam-macam dah. Ada yang pakai pokok supaya lagi hebat tasbih kepada mayat.

Ada yang pakai bunga sebab kalau pakai logik, bunga lagilah wangi dari pelepah tamar. Nanti, akan ada orang akan jual bunga macam hindu pula nanti. Dah sekarang dah ada orang suruh orang lain baca Quran. Sebab, lagilah bagus kalau manusia yang baca, tambahan pula Quran lagi tinggi dari tasbih. Mereka menggunakan hujah yang mengatakan Ibn Umar pernah baca Quran di perkuburan. Kalau betul dia ada baca Quran di perkuburan, tak tsabit yang mengatakan sebab dia bacak itu adalah nak ringankan azab orang di kubur.

Ada yang menyiram air di kubur. Lama-lama, tambah pula dengan air bunga sebab air bunga lagi wangi. Islam bukan pakai akal. Memang ada hadis Nabi siram tanah kubur. Tapi tak selalu baginda buat macam itu. Baginda buat sebab nak kejapkan tanah. Kalau perbuatan itu boleh tolong mayat, Nabi dah ajar buat macam tu dah dari dulu lagi.

Kalau mudah macam tu, maka akan senanglah orang kaya kerana mereka boleh mengupah orang lain untuk menyelamatkan mereka. Janganlah begitu. Jangan kita berharap kepada orang lain untuk menyelamatkan kita. Kitalah yang kena menyelamatkan diri kita. Untuk tolong orang lain, bukan semasa mereka dah mati. Semasa mereka hidup lagi kita dah tolong mereka. Kena tegur mereka dan ingatkan mereka untuk belajar dan beramal.

 

بَاب مَا جَاءَ فِي غَسْلِ الْبَوْلِ وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِصَاحِب الْقَبْرِ كَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ وَلَمْ يَذْكُرْ سِوَى بَوْلِ النَّاسِ

Bab membasuh air kencing. Nabi SAW bersabda tentang penghuni satu kubur bahawa dia tidak menjaga dirinya daripada air kencingnya sendiri. Baginda tidak menyebut selain dari air kencing manusia.

- Imam Bukhari bawa tajuk ini untuk mengatakan bahawa memang air kencing manusia itu adalah najis. Tapi tidak semestinya air kencing binatang lain pun najis juga. Dari sini, pensyarah sahih Bukhari khilaf pendapat. Ada yang berpendapat seperti Ibn Battal, yang mengatakan Imam Bukhari bermaksud bahawa hanya air kencing manusia sahaja yang najis. Binatang lain tidak. Samada binatang itu boleh dimakan atau tidak. Tapi kebanyakan pensyarah lain kata, Imam Bukhari nak kata bahawa kencing binatang yang boleh dimakan sahaja yang tidak najis. Binatang yang tak boleh dimakan adalah najis. Seperti juga manusia, kita haram makan. Maka binatang yang tak boleh dimakan juga adalah najis.

Bukanlah nak suruh jadi pengotor sampai tak jaga air kencing binatang. Seeloknya kena jaga. Dalam Islam amat mementingkan kebersihan. Tapi ini adalah ilmu fekah. Kena cerita apa hukumnya.

210 – حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنِي رَوْحُ بْنُ الْقَاسِمِ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ أَبِي مَيْمُونَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَبَرَّزَ لِحَاجَتِهِ أَتَيْتُهُ بِمَاءٍ فَيَغْسِلُ بِهِ

210. Telah menceritakan kepada kami Ya’qub bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepada kami Isma’il bin Ibrahim berkata, telah menceritakan kepadaku Rauh bin Al Qasim berkata, telah menceritakan kepadaku ‘Atha bin Abu Maimunah dari Anas bin Malik berkata, “Jika Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam buang hajat aku selalu mendatanginya dengan membawa air, sehingga beliau boleh beristinjak dengannya.”

Dalam hal air kencing, hadis diatas menunjukkan bahawa kita kena basuh air kencing. Sebagaimana Nabi pun basuh juga. Kalau tiada air, maka dengan cara lain. Maknanya, kena ada usaha nak basuh. Samada dengan pakai batu kah, pakai tanah keraskah dan sebagainya.

211 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ خَازِمٍ قَالَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ طَاوُسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ مَرَّ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِقَبْرَيْنِ فَقَالَ إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِي كَبِيرٍ أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لَا يَسْتَتِرُ مِنْ الْبَوْلِ وَأَمَّا الْآخَرُ فَكَانَ يَمْشِي بِالنَّمِيمَةِ ثُمَّ أَخَذَ جَرِيدَةً رَطْبَةً فَشَقَّهَا نِصْفَيْنِ فَغَرَزَ فِي كُلِّ قَبْرٍ وَاحِدَةً قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا قَالَ لَعَلَّهُ يُخَفِّفُ عَنْهُمَا مَا لَمْ يَيْبَسَا
وَقَالَ مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَحَدَّثَنَا وَكِيعٌ قَالَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ قَالَ سَمِعْتُ مُجَاهِدًا مِثْلَهُ يَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ

211. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, Muhammad bin Hazm berkata, telah menceritakan kepada kami Al A’masy dari Mujahid dari Thawus dari Ibnu ‘Abbas berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu dekat dua kuburan, lalu beliau bersabda: “Sesungguhnya keduanya sedang disiksa, dan keduanya disiksa bukan karena perkara besar. Yang satu kerana tidak menjaga dirinya dari air kencing, sementara yang satunya suka mengacum.” Kemudian beliau mengambil pelepah kurma, beliau lalu membelahnya menjadi dua bahagian kemudian menancapkannya pada masing-masing kuburan tersebut. Para sahabat pun bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa engkau melakukan ini?” beliau menjawab: “Semoga siksa keduanya diringankan selama pelepah ini tidak kering.” Muhammad bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Waki’ berkata, telah menceritakan kepada kami Al A’masy ia berkata, “Aku mendengar Mujahid menyebutkan seperti itu, “Tidak menjaga dirinya dari air kencingnya sendiri.”

- Bagaimanakah yang dikatakan menjaga diri dari air kencing sendiri? Iaitu dengan membasuh dengan molek. Bila lepas kencing tu, kena pastikan yang semua air kencing telah keluar. Buatlah apa cara sekalipun. Picitkah, tekan, berdehem dan sebagainya. Kerana ditakuti kalau tak buat macam tu, akan menyebabkan ada lagi air kencing yang akan menitik selepas itu. Dan memastikan air kencing tidak kena kepada baju kita. Maka jangan kencing di tempat berangin yang boleh menyebabkan air kencing terkena balik kepada kita. Jangan kencing di tempat yang boleh memercikkan kencing itu kepada kita. Jangan duduk di tempat-tempat yang ada air kencing. Begitulah antara contoh yang boleh diberi.

Menjaga dari air kencing sendiri (بَوْلِهِ) atau dari air kencing (الْبَوْلِ)? Kalau air kencing, maknanya semua air kencing, termasuk dengan air kencing binatang lain pun. Imam Bukhari nak mengatakan bahawa hadis ini menyebabkan ada yang khilaf. Ada sedikit perbezaan dalam dua hadis yang hampir sama ini. Ini adalah kerana ada beza perkataan yang digunakan itu. Imam Bukhari berpendapat bahawa yang kuat adalah بَوْلِهِ ‘air kencing sendiri ‘ kerana itu lah yang sebenarnya. Ada masalah kalau dikatakan الْبَوْلِ itu kerana itu tidak benar. Sebenarnya yang benar adalah الْ. بَوْلِهِ dalam الْبَوْلِ itu bukanlah mengatakan semua jenis kencing tapi adalah kencing yang telah maklum iaitu kencing manusia.

Imam Bukhari mengambil juga dalil tentang ada hadis yang menyatakan bahawa Nabi pernah menyuruh sekumpulan orang untuk pergi minum susu unta dan air kencing unta. Kalaulah air kencing itu najis, takkan Nabi nak suruh buat macam tu. Ada pula yang kata mereka itu murtad. Kalau yer mereka murtad selepas itu, tapi asalnya semasa Nabi suruh itu, mereka masih Islam lagi. Dan ada juga yang kata ini adalah kerana darurat. Ini tidak boleh diterima kerana kalau nak pakai hujah darurat, mestilah kalau tiada pakai ubat itu, akan mati seseorang itu. Takkanlah tiada ubat lain lagi. Ini adalah wahyu dari Allah boleh berikan kepada Nabi. Tentulah Allah boleh memberikan ubat yang bukan najis. Takkan Allah nak melibatkan Nabi dengan najis pula. Dari hadis itu, menunjukkan juga air kencing unta boleh digunakan sebagai ubat terutama penyakit yang dialami oleh mereka dalam hadis itu iaitu penyakit busung perut. Kalau sakit athma, ubatnya adalah air kencing himar dan duduk dalam kandang himar. Ini adalah cara pengubatan yunani yang selalu juga diamalkan oleh Nabi.

Ada satu lagi hadis dimana pernah Nabi menyuruh sahabat untuk solat di kandang kambing. Kalaulah air kencing kambing adalah najis, takkan Nabi suruh macam tu, sebab solat tidak boleh dilakukan di tempat yang bernajis.

Maka kesimpulannya adalah kencing manusia adalah najis. Kencing binatang yang tidak boleh dimakan adalah najis juga. Tapi kencing binatang yang boleh dimakan bukan najis. Zaman Nabi sahabat bergelumang dengan binatang-binatang itu, kambing unta dan sebagainya. Maka Islam memudahkan. Begitulah Islam. Memudahkan.

Lompat ke hadis yang seterusnya

 

Kuliah Maulana Asri

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 26 other followers