We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Bab Wudu’ Bab Sembahyang Tidak Diterima Tanpa Bersuci November 3, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Wudhu' — visitor74 @ 12:52 pm

بَاب لَا تُقْبَلُ صَلَاةٌ بِغَيْرِ طُهُورٍ

Bab Sembahyang Tidak Diterima Tanpa Bersuci

Tajuk ini diambil dari hadis yang ada diriwayatkan oleh kitab hadis yang lain, antaranya Tirmidhi. Tapi Bukhari tidak letak dalam musnadnya kerana tidak menepati syaratnya yang tinggi. Kerana perawinya bukan perawi utama Bukhari. Tapi kemudian dia bawa hadis yang lebih kurang sama dengan hadis itu yang dibawa oleh Abu Hurairah iaitu hadis yang dibawah ini.

Tajuk ini kata ‘Sembahyang Tidak Diterima Tanpa Bersuci’, bukan tanpa berwuduk. Kenapa agaknya Bukhari letak tajuk sebegini? Ini mengisyaratkan bahawa bersuci itu bukan dengan wudu sahaja. Sebab kalau tayyamum pun dikira bersuci juga. Ini menunjukkan pegangan Bukhari dalam fekah. Sebab itu ulama hadis mengatakan yang fekah Bukhari terletak dalam tajuknya. Sebab kalau kita lihat hadis dalam musnadnya menceritakan tentang wudu, bukan bersuci.

Apa sahaja yang dinamakan sembahyang, kena ada wudu. Solat apa sahaja. Sunat ataupun tidak. Kalau bukan solat, seperti sujud tilawah contohnya, tidak diwajibkan wudu.
Cuma, ada pendapat khilaf yang mengatakan kalau solat jenazah, tidak perlu wudu. Kerana dalam solat jenazah, yang banyak ada dalamnya adalah doa. Tapi seeloknya ada wudu.

Dari hadis ini, timbul khilaf apa nak buat kalau air dan tanah dua-dua tiada? Sebab dalam hadis ini dikatakan tidak diterima tanpa bersuci? Contohnya dia dalam kapal selam atau seseorang itu kena penjara contohnya. Ada yang kata tak diterima sembahyang tersebut berdasarkan hadis ini. Kalau solat hormat waktu pun, kena qadha balik. Ada yang kata tak perlu qadha kerana tiada bahan pencuci. Dua-dua pendapat ini kuat dengan hujah yang diberikan. Bukan tujuan kita hendak mengatakan mana yang benar.

Hadis asal dari tajuk ini adalah “Sembahyang Tidak Diterima Tanpa Bersuci dan sedekah dari sumber yang haram.” Apa maksudnya? Adakah tidak diterima langsung sedekah itu atau cuma tidak dapat pahala? Macam solat, kalau pakai kain curi, tidak dapat pahala solat itu, dan berdosa kerana curi, tapi solatnya diterima. Iaitu sah solat itu.
Kalau sedekah itu dari sumber haram, bukan setakat tak dapat pahala tapi berdosa kalau beri dengan niat sedekah. Jadi, kalau interest bank, tak boleh kita pakai untuk kegunaan kita dan tak boleh sedekah. Cuma boleh beri sahaja. Macam buang sampah. Musyrikin Mekah pun faham yang ni. Kerana itu, apabila mereka mengumpulkan wang untuk repair kaabah, mereka memastikan bahawa sumber kewangan yang digunakan adalah dari sumber yang bersih. Kerana itulah, mereka tidak dapat membina kembali kaabah itu seperti keadaan asal yang lebih besar. Oleh itu, mereka telah membinakan kecil sedikit dari yang sepatutnya. Hijr Ismail sepatutnya adalah sebahagian dari kaabah sebenarnya.

132 – حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْحَنْظَلِيُّ قَالَ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ قَالَ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُقْبَلُ صَلَاةُ مَنْ أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ قَالَ رَجُلٌ مِنْ حَضْرَمَوْتَ مَا الْحَدَثُ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ فُسَاءٌ أَوْ ضُرَاطٌ

132. Telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim Al Hanzhali berkata, telah mengabarkan kepada kami Abdurrazaq berkata, telah mengabarkan kepada kami Ma’mar dari Hammam bin Munabbih bahwa ia mendengar Abu Hurairah berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak diterima shalat seseorang yang berhadas hingga dia berwudu’.” Seorang laki-laki dari Hadramaut bertanya, “Apa yang dimaksud dengan hadas wahai Abu Hurairah?” Abu Hurairah menjawab, “Kentut samada yang berbunyi atau tidak.”

Hadas yang dimaksudkan disini adalah hadas kecil. Kalau hadas besar, kena mandi. Bila mandi tu, dah tak perlu angkat wudu dah. Sebab yang besar merangkumi yang kecil.

Masalah yang ditimbulkan oleh ulama adalah isu bina’ ala solah. Iaitu menyambung solat. Kalau seseorang itu berhadas semasa tengah solat dan nak sambung balik apabila dia kentut, bagaimana? Asalnya dia mula solat dalam keadaan suci tapi dalam solat dia kentut. Pendapat Umar, Hanifah dan qaul Qadim Syafie, dia boleh pergi ambil wudu dan sambung sahaja mana yang dia tertinggal. Tidak perlu ulang dari mula. Ini hanya untuk kentut sahaja. Syaratnya, dia tak boleh bercakap semasa dia pergi mengambil wudu’ kembali. Fekah ini elok untuk orang yang ada masalah banyak sangat buang angin ini. Ini akan memudahkan mereka. Tak perlu mereka hendak memulakan kembali solat dari mula. Kita tak kena lagi, kita tak rasa bagaimana susahnya kalau banyak kali mengulang solat yang sama.

Soalan ini terjadi dalam masjid. Sebab itu Abu Hanifah jawap kentut sahaja kerana itu yang biasa terjadi dalam masjid. Abu Hurairah jawab berdasarkan suasana semasa. Dia nak ajar bahawa kita boleh jawap sekadar yang perlu. Jangan kita ingat Abu Hurairah maksud hadas itu itu adalah kentut sahaja. Sebab jawap sikit merangkumi yang besar. Tentulah dalam masjid yang selalu terjadi adalah kentut. Dan cukup dia cakap perkara yang kecil sebagai merangkumi yang besar. Kalau kentut pun dah batal wudu tambahan pula kalau kencing dan berak.

بَاب فَضْلِ الْوُضُوءِ وَالْغُرُّ الْمُحَجَّلُونَ مِنْ آثَارِ الْوُضُوءِ

Bab Kelebihan Wudhu` Dan Orang-Orang Yang Berseri-Seri Wajah Serta Anggota-Anggotanya Kerana Kesan-Kesan Wudhu`

133 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ خَالِدٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلَالٍ عَنْ نُعَيْمٍ الْمُجْمِرِ قَالَ رَقِيتُ مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ عَلَى ظَهْرِ الْمَسْجِدِ فَتَوَضَّأَ فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أُمَّتِي يُدْعَوْنَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ غُرًّا مُحَجَّلِينَ مِنْ آثَارِ الْوُضُوءِ فَمَنْ اسْتَطَاعَ مِنْكُمْ أَنْ يُطِيلَ غُرَّتَهُ فَلْيَفْعَلْ

133. Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Bukair berkata, telah menceritakan kepada kami Al Laits dari Khalid dari Sa’id bin Abu Hilal dari Nu’aim bin Al Mujmir berkata, “Aku naik bumbung masjid bersama Abu Hurairah, lalu dia berwudu’ dan berkata, “Aku mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat nanti dalam keadaan berseri-seri wajah dan anggota-anggotanya karena kesan-kesan wudu. Maka barangsiapa hendak memanjangkan serinya itu, bolehlah dia melakukannya.”

Ini pasal kelebihan wudu.
Orang yang bersembahyang yang akan berseri-seri. Sebab ambil wudu adalah untuk solat. Dan tempat yang berserinya adalah anggota wudu. Dan orang yang bersolat api neraka tak bakar anggota solat. Bila nak bagi syafaat nanti, malaikat akan kenal orang yang solat dari berserinya anggota wudu dia. Dengan sahnya wudu dia, maka sahlah solatnya. Maka berkait rapat antara wudu dan solat. Maka, yang pentingnya, adalah solat itu sebenarnya. Kalau dia ambil wudu sahaja dan tak solat, tak jadi juga.

Umat dulu sebelum Nabi Muhammad pun ada wudu juga. Sarah isteri Nabi Ibrahim apabila dia hendak dikacau oleh raja, dia minta nak ambil wudu dulu untuk solat. Kenapa macam khusus kepada umat Muhammad? Tidakkah mereka dulu juga akan berseri-seri wajah dan anggota mereka juga kerana mereka juga ada mengamalkan wudu juga? Ulama kata berseri yang istimewa ini kepada umat Muhammad sahaja. Umat dulu, berseri juga tapi seri yang lain. Dapat dibezakan nanti. Kerana nanti akan nampak beza antara umat Nabi Muhammad dan umat nabi yang lain.

Memanjangkan seri. غُرًّا maksud asalnya adalah ‘putih didahi kuda’. Kemudian digunakan untuk menandakan sesuatu yang molek.

“Maka barangsiapa hendak memanjangkan serinya itu, bolehlah dia melakukannya.” Maksud yang difahami oleh Abu Hurairah adalah dengan membanyakkan lagi membasuh anggota wudu seperti contohnya, membasuh tangan hingga ke ketiak. Ada yang kata bahawa ini bukanlah kata-kata Nabi tapi ijtihad Abu Hurairah dari kefahaman dia. Ini adalah kerana dari sepuluh perawi yang mengambil hadis ini dari Abu Hurairah, hanya seorang sahaja yang membawa perkataan ini. Hadis jenis ini adalah dinamakan hadis Mudraj. Maka, jikalau ianya adalah kata-kata Abu Hurairah, maka kita tidaklah diberatkan untuk mengikutinya.

Abu Hurairah faham begini kerana kalau setakat kesiku, itu semua orang dah tahu. Maka, kalau nak panjangkan lagi adalah basuh naik keatas lagi. Syafie terima sebagai sunat kalau panjangkan lagi. Kerana dia kata begitu, ini boleh dikatakan, takkan Abu Hurairah buat ijtihad sendiri. Mestilah dia dapat pemahaman ini dari Nabi. Imam lain tak terima kerana mereka kata ianya adalah dari Abu Hurairah dan tidak semestinya itu adalah maksud Nabi juga. Dan dia buat pun menyorok dengan naik ke bumbung bila ambil wudu. Sebab ada cerita mengisahkan yang ada bebudak nampak. Dan dia telah halau mereka, macam dia tak mahu mereka lihat bagaimana dia buat. Maka, ini menguatkan pendapat mengatakan ini adalah ijtihad dia dan dia tak mahu orang lain terikat dengan fahaman dia. Dia takut orang sangka ini adalah sunnah. Takut tak tepat pemahaman dia itu. Kalau benar dari Nabi, tentulah dia akan tunjuk kepada orang lain.Pendapat yang kuat adalah ini adalah kata-kata Nabi sebab Bukhari bawa yang ini. Dan seperti yang kita tahu, Imam Bukhari amat berhati-hati dalam menyampaikan hadis.

Kalau basuh muka macam-mana nak panjangkan? Kepada yang menerima, basuh melebihi dari wajah. Lebih sampai ke rambut, telinga dan sampai ke tekak. Yang lebih moleknya, tidak perlu buat. Kebanyakan pendapat tidak melakukannya.

Hadis ini juga menunjukkan harus untuk naik ke bumbung masjid untuk sesuatu keperluan.

Lompat ke kuliah dan hadis yang seterusnya

Kuliah penuh Maulana Asri boleh didapati disini

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 29 other followers