We're just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Sahih Bukhari Kitab Ilmu Bab Malu Dalam Menuntut Ilmu October 26, 2012

Filed under: Hadith,Kitab Ilmu — visitor74 @ 10:54 pm

 

بَاب الْحَيَاءِ فِي الْعِلْمِ

Bab Malu Dalam Menuntut `Ilmu

Kita dah belajar sebelum ini, malu itu perkara yang baik dalam agama. Tapi ada ulama yang kata Bukhari kecualikan malu untuk menuntut ilmu kerana menuntut ilmu itu adalah penting dan tidak boleh malu. Tapi Syeikhul Hind kata bukan dia maksudkan begitu. Dalam menuntut ilmu pun kena ada juga perasaan malu, cuma kena bertempat. Sebab ada hadis Nabi kata: malu itu baik semuanya. Jadi malu itu baik dalam semua perkara. Cuma jangan salah guna. Takkan boleh kita tanya guru tanpa batasan. Dan kalau kita malu, mungkin boleh tanya melalui orang lain. Malu itu memang kena ada dalam proses pembelajaran, antaranya, kena ada perasaan malu untuk tidak dengar cakap guru dan malu tidak berilmu.

 

وَقَالَ مُجَاهِدٌ لَا يَتَعَلَّمُ الْعِلْمَ مُسْتَحْيٍ وَلَا مُسْتَكْبِرٌ وَقَالَتْ عَائِشَةُ نِعْمَ النِّسَاءُ نِسَاءُ الْأَنْصَارِ لَمْ يَمْنَعْهُنَّ الْحَيَاءُ أَنْ يَتَفَقَّهْنَ فِي الدِّينِ

Mujahid berkata: tidak akan dapat menuntut ilmu orang yang pemalu dan orang yang sombong. Aisyah berkata: sebaik-baik perempun adalah perempuan Ansar. Perasan malu tidak menghalang mereka untuk mendalami agama.

- Mujahid adalah seorang tabein. Maksud dia adalah jangan malu mengaji. Jangan malu bertanya. Dan selain dari jangan malu, jangan sombong nak sambung belajar sebab kita tak tahu semua. Ada juga yang tak mahu belajar sebab keturunan yang mulia. Iut pun sombong juga. Sebab pernah anak khalifah nak belajar dan ajak Imam Malik datang mengajar ke istana tapi Imam Malik tak layan. Dan ada yang tak mahu belajar kerana kekayaan, tak selesa nak belajar kalau duduk di tempat yang tak selesa, contohnya. Ada yang tak mahu belajar kerana guru bekas hamba. Kerana ada satu masa yang banyak guru yang mereka asalnya adalah hamba dahulu. Ada pula yang manja dan malas nak belajar. Tapi ini semua tidak boleh dijadikan alasan kerana Bukhari pun pernah makan rumput sebab tiada duit. Jadi segala sifat itu tidak molek.

- Aisyah kata perempuan Ansar itu bukanlah tidak ada perasaan malu tapi perasaan malu mereka tidak menghalang mereka untuk mendalami ilmu. ‘Mendalami’ itu bermakna mempelajari ilmu yang lebih dari fardu ain.

 

127 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَامٍ قَالَ أَخْبَرَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ زَيْنَبَ ابْنَةِ أُمِّ سَلَمَةَ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ جَاءَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يَسْتَحْيِي مِنْ الْحَقِّ فَهَلْ عَلَى الْمَرْأَةِ مِنْ غُسْلٍ إِذَا احْتَلَمَتْ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا رَأَتْ الْمَاءَ فَغَطَّتْ أُمُّ سَلَمَةَ تَعْنِي وَجْهَهَا وَقَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَوَتَحْتَلِمُ الْمَرْأَةُ قَالَ نَعَمْ تَرِبَتْ يَمِينُكِ فَبِمَ يُشْبِهُهَا وَلَدُهَا

127. Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Salam berkata, telah mengabarkan kepada kami Abu Mu’awiyah berkata, telah menceritakan kepada kami Hisyam bin ‘Urwah dari Bapaknya dari Zainab puteri Ummu Salamah, dari Ummu Salamah ia berkata, “Ummu Sulaim datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah tidak malu menyatakan perkara benar. Apakah bagi wanita wajib mandi jika ia bermimpi (bermimpi melakukan hubungan seks)?” Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: “Ya, jika dia melihat air (terkeluar air mani dari farajnya).” Ummu Salamah lalu menutupi wajahnya seraya bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah seorang wanita juga bermimpi?” Beliau menjawab: “Ya. Ah! Teruklah engkau, jika tidak, bagaimana anaknya menyerupainya??”

Lihatlah cara tanya sahabiah Ummu Sulaim itu. Maksud beliau itu adalah Allah tetap akan menyatakan kebenaran. Tapi adakah Allah punya sifat malu? Ada kata tidak ada. Ada pula yang kata, ada tapi sifat yang layak bagiNya.

Umm Salamah bertanya sambil tutup muka. Itulah yang menunjukkan yang beliau ada perasaan malu. Tapi malu itu tidak menghalang dia dari bertanya.

Siapakah Zainab itu? Kenapa namanya dibintikan kepada ibunya, Ummu Salamah? Ibunya adalah antara orang pertama yang berhijrah ke Habshah. Kemudian dia dan suaminya berhijrah ke Madinah pula. Suaminya, Abu Salamah telah mati semasa perang Uhud. Selepas Abu Salamah meninggal, Nabi telah melamar Umm Salamah. Kerana Umm Salamah sudah tidak mempunyai suami dan dia ada 4 orang anak . Mula-mulanya dia teragak-agak juga untuk menerima lamaran Nabi dengan memberi alasan dia anak ramai dan dia seorang yang kuat cemburu. Tapi Nabi tetap juga mahu menikahinya. Dan memang Ummu Salamah pernah mimpi bulan jatuh keribanya. Ini adalah tanda yang dia akan menikahi Nabi. Nabi nak juga menikahinya kerana Nabi nak memberi pembelaan kepada mereka. Semua isteri Nabi selain Aisyah adalah janda yang ada anak. Dengan itu Nabi dengan sendirinya mempunyai ramai anak tiri dan baginda boleh mengajar anak tiri baginda dengan terus. Dan memang ramai dari mereka jadi alim dan mengembangkan agama Islam kepada umat. Dengan ini menambah saluran dakwah baginda. Nama asal Zainab adalah Barrah. Tapi Nabi telah tukar namanya kerana maknanya tidak sesuai. Makna barrah adalah ‘bagus’. Nabi selalunya akan tukar nama para sahabat jikalau nama mereka tidak molek atau terlajak kearah terlebih sangat. Maknanya, kalau nama itu maknanya terlampau pun elok ditukar juga. Begitulah yang dilakukan Nabi. Tapi masyarakat kita tidak sensitif dengan nama yang diberikan kepada anak mereka. Sampai kadang-kadang menggunakan makna yang tidak elok. Sepatutnya pihak berkuasa memberikan kemudahan kepada masyarakat untuk menukar nama mereka bila perlu.

Umm Sulaim seorang yang rapat dengan Nabi. Dia dah ada rumah dalam syurga dan Nabi boleh dengar tapak kaki beliau dalam syurga. Dia emak Anas Malik. Malik, ayah Anas itu tidak setuju masuk Islam apabila emak Anas masuk Islam. Nabi jadikan dia macam keluarga. Nabi selesa untuk datang ke rumah dia untuk makan. Sebab ada dalam hadis, baginda bertanya kepada Ummu Sulaim, adakah makanan untuk diberikan kepadanya. Dia juga ahli ilmu di kalangan sahabat.

Berkenaan mandi junub. Perlu mandi junub itu bukan hanya jikalau telah melakukan hubungan kelamin sahaja. Jikalau ada mengeluarkan air mani, maka perlu juga melakukan mandi junub. Dari soalan yang diberikan oleh Umm Sulaim, nampak dia tahu berkenaan perkara ini. Dan memang perkataan احْتَلَمَ ini pun sudah ada dalam bahasa Arab pun. Tapi yang menghairankan adalah, kenapa Ummu Salamah macam hairan kerana dia bertanya Nabi adakah benar orang perempuan juga ber احْتَلَمَ? Ada yang kata kerana dia kahwin dari masa dia muda lagi dan dia tidak pernah mengalami احْتَلَمَ atau mimpi basah. Satu pendapat pula mengatakan yang isteri-isteri Nabi atau bakal isteri Nabi ditakdirkan tidak pernah mengalami احْتَلَمَ. Mereka terpelihara.
Atau dia sebenarnya menafikan yang perempuan mengalami mandi basah itu. Menunjukkan yang secara semulajadi perempuan kurang ihtilam.
Atau dia sendiri tidak pernah. Tapi tidak bermakna isteri Nabi yang lain tidak.
Adakah Nabi juga ihtilam? Ada kata ya dan ada kata tidak. Ini hanya perbahasan sahaja. Tidak penting untuk dibincangkan dengan panjang lebar.
Pendapat lain kata Umm Salamah menafikan yang perempuan keluar air mani. Nabi confirmkan memang ada juga perempuan keluar air mani. Air mani itulah yang membentuk manusia. Itulah sebabnya ada anak-anak yang mempunyai rupa yang sama dengan emaknya. Di sini, Nabi menggunakan logik. Maknanya, guna logik dibolehkan kalau kena. Kalau air mani lelaki lebih kuat, akan ikut rupa ayah. Dan sebaliknya. Kuat ini adalah dari segi baka.

Bila dia nampak air. Bermakna, kalau perempuan itu mengeluarkan air mani, dia kena mandi junub. Bukan kalau keluar air mazi. Kalau keluar air mazi, samada lelaki atau perempuan, tidak perlu mandi junub. Memang perempuan boleh bezakan antara air mani dan mazi.

Makna literal kata nabi تَرِبَتْ يَمِينُكِ adalah ‘Terpalit tanah kepada tangan kananmu’. Nampak macam doa yang tidak baik. Sebenarnya itu menunjukkan ada kemesraan antara baginda dan isterinya itu. Sebab Nabi cakap sebegitu kepada orang yang rapat sahaja. Macam kita juga dalam perkataan seharian, kita akan panggil macam teruk sikit dengan orang yang rapat dengan kita. Macam kalau dalam bahasa kelantan, kita panggil orang ‘menate’ hanya kepada orang yang rapat dengan kita. Kalau orang yang baru kita kenal, atau orang yang tak rapat dengan kita, kita tak cakap macam tu. Dalam syarak, kita kena cari perkataan yang sesuai untuk menterjemah apa yang Nabi kata. Itulah sebabnya kita cuma letak perkataan itu bermakna: ah, teruklah engkau sahaja… Kerana tidak molek kalau kita mengatakan Nabi mengatakan yang tidak elok.

 

128 – حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي مَالِكٌ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مِنْ الشَّجَرِ شَجَرَةً لَا يَسْقُطُ وَرَقُهَا وَهِيَ مَثَلُ الْمُسْلِمِ حَدِّثُونِي مَا هِيَ فَوَقَعَ النَّاسُ فِي شَجَرِ الْبَادِيَةِ وَوَقَعَ فِي نَفْسِي أَنَّهَا النَّخْلَةُ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ فَاسْتَحْيَيْتُ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَخْبِرْنَا بِهَا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هِيَ النَّخْلَةُ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ فَحَدَّثْتُ أَبِي بِمَا وَقَعَ فِي نَفْسِي فَقَالَ لَأَنْ تَكُونَ قُلْتَهَا أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ يَكُونَ لِي كَذَا وَكَذَا

128. Telah menceritakan kepada kami Isma’il berkata, telah menceritakan kepadaku Malik dari ‘Abdullah bin Dinar dari ‘Abdullah bin ‘Umar, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya di antara sekian banyak pohon-pohon, ada satu pohon yang tidak jatuh daunnya, dan itu adalah perumpamaan bagi seorang Muslim. Ceritakan kepadaku pohon apakah itu?”. Fikiran para sahabat melayang tentang pokok-pokok di padang pasir, tapi fikiranku mengatakan bahwa itu pohon itu adalah pohon tamar.” ‘Abdullah berkata, “Tetapi aku malu (untuk mengungkapkannya). Lalu orang-orang berkata, “Wahai Rasulullah, beritahukan kami pohon apakah itu?” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pun menjawab: “Dia adalah pohon tamar.” ‘Abdullah berkata, “Kemudian aku ceritakan hal itu kepada bapakku, Maka bapakku berkata, ” Kalaulah engkau menjawab soalan itu, nescaya ia terlebih baik bagiku daripada aku mendapat sekian, sekian (benda yang berharga).”

Ibn Umar seorang yang beradab dan mempunyai perasaan malu. Dan yang dia tak cakap itu adalah bukan perkara halal haram. Maknanya, tidaklah penting sangat kalau dia tidak tanya cakap kepada Nabi. Tambahan pula, kemudiannya, Nabi cakap juga.  Macam dalam hadis sebelum ini, ianya berkenaan halal dan haram. Kalau yang macam itu, tidak boleh malu. Sebab kalau tak tanya, dia tak dapat maklumat. Iaitu bila Umm Sulaim tanya berkenaan dengan mandi basah. Ibn Umar sangat bijak, sampai tahu mana yang sesuai dan tak sesuai ditanya.

Orang yang mengatakanyang tidak elok untuk mempunyai perasaan malu mengambil kata-kata Umar yang mengharapkan anaknya beritahu kepada Nabi bahawa dia sudah agak yang pokok itu adalah pokok Tamar. Tapi ini bukanlah dalil yang mengatakan tidak boleh malu. Apa yang dilakukan oleh Ibn Umar itu adalah benar. Sebab waktu itu, ada ramai lagi sahabat lain yang besar-besar yang ada disitu. Cuma, sebagai seorang ayah, dia akan rasa berbangga dan bertuah kalau anaknya seorang yang pandai dan cerdik. Mungkin kalau dia jawap betul depan Nabi, Nabi akan berkenan. Dan dia suka kalau Nabi berkenan dengan anaknya.

Ibn Umar itu adalah seorang yang tinggi ilmunya. Dikatakan bahawa dia sudah layak menjadi khalifah selepas ayahnya. Tapi Umar tidak mahu anaknya menjadi pemerintah kerana dia tidak mahu dikatakan dia mewariskan kekhalifahan kepada anak.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 26 other followers