Were’re just visitors

At the end of the game, the King and the Pawn goes into the same box

Siapakah yang layak jadi imam? February 29, 2012

Filed under: Ilmu — visitor74 @ 11:46 pm

Mengikut turutan siapakah yang sepatutnya menjadi imam adalah seperti berikut:

1. Orang yang bagus bacaannya. Yerlah, sebab dalam solat kenalah orang yang pandai membaca surah-surah. Pertama sekali surah fatihah. Selalu jugak aku kalau jadi makmun, dapat imam yang tak berapa bagus bacaan fatihahnya. Apatah lagi kalau surah-surah yang lain. Takkan nak betulkan masa dia solat jadi imam tu. Dan kalau nak cerita lepas solat pun, aku tak sampai hati. Mestilah dia susah nak terima. Jadi kalau ada anak-anak muda yang belajar tahfiz ke, merekalah yang layak menjadi imam.

2. Orang yang baik sunnahnya. Kalau ada dua orang yang pandai membaca quran, maka perlulah dilihat siapa antara mereka yang lebih tahu tentang sunnah-sunnah solat. Ini adalah berdasarkan pengetahuan tentang bagaimana nabi dan sahabat mengerjakan solat mereka. Sekarang ni susah nak tengok orang yang macam ni. Mereka akan banyaknya pakai apa yang mereka telah belajar di sekolah-sekolah dari dulu lagi. Merekat tidak tahu pun bagaimana mengerjakan solat yang benar dan tidak pun mahu belajar mengerjakan solat dengan betul. Contohnya, boleh kata semua orang kalau kat masjid itu akan baca doa selepas dibacakan iqamah, padahal tidak boleh. Selepas iqamah, mestilah senyap dan bersedia untuk mengerjakan solat.

3. Siapakah yang paling dahulu berhijrah. Ini kalau dua-dua sama pengetahuan tentang membaca quran dan juga sunnah. Tapi sekarang dah takde la dah. Ini hijrah yang dari Mekah ke Madinah. Kalau hijrah dari Pekan Pahang ke Ipoh, tak kira.

4. Siapakah yang tua antara mereka. Ini macam biasalah. Tapi ingat, yang pertamanya adalah siapa yang lagi pandai membaca quran.

 

Tapi kalau kita pergi ke masjid ataupun rumah orang, yang paling afdhal dan berhak untuk menjadi imam adalah imam yang telah dilantik di masjid itu ataupun tuan rumah. Jangan pandai-pandai nak take over. Lainlah kalau mereka mintak ataupun telah memberi izin.

Yang menentukan siapakah yang menjadi imam adalah bilal. Seperti kisah bagaimana Nabi telah lambat untuk masuk ke masjid apabila baginda perlu menguruskan hal rakyat. Sebab dah lama waktu dah masuk, Bilal bin Rabah telah mengumandangkan azan dan beliau telah meminta Abu Bakr untuk menjadi imam. Bukan Abu Bakr yang pandai-pandai jadi imam.

Apabila telah ada imam yang memang telah dilantik, dia kenalah mengikut arahan imam. Imamlah yang menentukan bilakah akan dibacakan iqamah. Apabila imam telah bersedia, barulah dibacakan iqamah.

 

 

Micro by Michael Crichton February 27, 2012

Filed under: Books — visitor74 @ 8:44 pm

We all remember the author of this book. If not, you might remember his works. This was the guy that brought Jurassic Park to us. And many other books that has been brought into movies and into our lives. 13 of this books has been made into movies. And he was the creator of the famed ER series. This guy is great. He writes science fiction that makes our mind spins, and think that it’s actually possible.

I just knew that he died in 2008. Such a loss to the literary world. It passed me without noticing it.

This book is very interesting. It’s about some scientists in Hawaii who got shrunked and they have to survive in the wild jungle of Hawaii. It is very different when you are half an inch in size. All the living things that were small has become big and you have to fight them off to survive. And it doesn’t help that you have a maniac that is out to kill you. You develop your interest in the characters and it’s not fun when they died one by one. At last, there’s two that survives.

I don’t think that the technology that is put forward in this book would materialize soon. If not at all, but it’s interesting when you can wonder.

This book gives an interesting view of the jungle life when you are small and I love it. Crichton did not managed to finish this book so the publisher has asked someone else to do it. But it is still good. I didn’t see any lag in the reading of the book.

20120227-204511.jpg

 

Tafsir Surah Balad (90) February 22, 2012

Filed under: Ilmu,Tafsir — visitor74 @ 8:52 pm

1. Aku bersumpah dengan negeri Mekah ini. Ayat sebelum ini Allah berkata kepada nafsu yg tenang. Dan bukankah apabila kita berada di Mekah, jiwa kita akan tenang?
Apabila Allah bersumpah Allah menaikkan martabat tentang apa yang disumpahNya itu.

2. Engkau wahai Muhammad akan menjadi halal di negeri ini. Maknanya Allah memberitahu kepada Nabi bahawa ada perancangan untuk membunuh baginda. Walaupun orang Arab memandang haram untuk membunuh kehidupan di tanah Mekah, sampai binatang pun mereka tak buru di situ, tapi mereka akan melupakan pegangan mereka nanti untuk membunuh kamu. Begitulah betapa mereka tidak sukakan Nabi.

3. Demi bapa dan anak yang dilahirkan kepadanya. Pendapat yg kuat adalah merujuk kepada Nabi Ibrahim dan zuriatnya termasuklah Nabi Muhammad sendiri. Mengapakah mereka mahu menentang sampai mahu membunuh Nabi Muhammad, padahal Nabi membaca pembawaan yang sama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim sendiri.

Jadi apakah sumpah ini nak cerita?

4. Sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan. Manusia sentiasa dalam keadaan risaukan sesuatu. Lain orang lain apa yang dia risaukan. Ada yang berat dan ada yang ringan. Ada yang merisaukan orang lain tapi tidak merisaukan kita dan sebaliknya. Orang miskin risaukan pasal makanan. Orang kaya mungkin risaukan pasal kesihatannya.

Tidaklah kalau kita lari dari syariaat Allah akan memudahkan kita. Padahal kalau kita mengikut suruhan Allah, lagi mudah dan akan lagi mendekatkan kita dengan Allah.

Ianya juga nak bagitahu bukan Nabi sahaja yang mengalami masalah, tapi orang lain juga struggle jugak dalam dunia ini. Semua orang ada masalah masing-masing.

5. Adakah manusia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang dapat mengatasi kekuasaannya? Mereka ingat tiada siapa pun boleh overcome dia termasuklah Allah sendiri. Ini apabila mereka berasa mereka adalah kuat sekali.

6. Mereka berkata: aku telah habiskan harta yang banyak. Lubad bermaksud banyak sangat, piling on top of one another. Dia membanggakan diri nak cerita dia dah banyak keluar duit beli itu ini menunjukkan dia kaya sangat.

7. Adakah ia menyangka bahawa tidak ada sesiapapun yang melihatnya? Allah sebenarnya melihat mereka dan apa yang mereka lakukan dengan harta mereka. Ada yang mereka gunakan untuk menentang Islam dan Allah melihat itu.

8. Tidakkah Kami yang telah menjadikan baginya dua mata? Allah yang telah menjadikan bagi kita mata ini, tidakkah dia boleh melihat apa yang kita lakukan?

9. Dan lidah serta dua bibir. Dengan lidah itulah mereka membangga-banggakan diri mereka tentang apa yang mereka lakukan dengan harta benda mereka. Dan bibir itulah yang boleh digunakan untuk menjaga lidah.

10. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. Najd adalah jalan yang menuju kepada tempat yang tinggi. Dua jalan itu adalah jalan yang baik dan satu lagi adalah jalan yang jahat. Dalam diri manusia telah ada keinginan kepada kebaikan. Kita tidak suka kejahatan. Dan kalau orang yang menipu pada kali pertama itu mereka akan rasa tidak sedap hati. Kalau manusia memilih jalan kebaikan, Allah akan membantu dia. Dan kalau dia memilih jalan keburukan, Allah akan biarkan dia untuk berada di jalan itu. Allah tak kacau dia. Biarlah dia dengan pilihannya. Cuma di akhirat nanti, Allah akan menghukum dia disebabkan salah pilihnya itu.

11. Manusia tidak merempuh masuk kepada jalan yang susah. Jalan yang susah itu adalah jalan yang menuju kepada kebaikan. Manusia taknak. Perkataan ‘aqabah’ adalah gunung yang susah untuk didaki. Sebab untuk membuat kebaikan tentulah ada kesusahan dan struggle yang perlu dilalui. Bukan senang-senang sahaja.

12. Dan apakah yang membolehkan kamu mengetahui apakah aqabah itu? Allah, bila Dia tanya macam ni, Dia nak beritahu.

13. Memerdekakan hamba. Islam dari dulu lagi memang telah menyuruh umatnya untuk memerdekan hamba. Ini adalah jawapan kepada mereka yang mengatakan bahawa ada hamba dalam Islam. Ayat ini menunjukkan bahawa Allah menunjukkan kebaikan di dalam memerdekan hamba dari zaman Mekah lagi.

14. Atau memberi makan pada hari kelaparan. Pada masa kemarau contohnya. Allah menyuruh umat Islam untuk berkorban kepada orang lain dalam memberi makan kepada mereka. Di ayat yang lalu, Allah mengatakan mereka yang buruk perangainya tidak memberi makan. Dan di ayat ini Allah menyuruh umat Islam untuk jadi lain dari mereka. Hendaklah kita pula bertentangan dengan mereka. Mereka tidak mengendahkan orang lain tapi kita memberi makan. Lain kan dari mereka.

15. Kepada anak yatim dari kaum kerabat. Yang paling dekat adalah saudara-mara. Tapi ia juga mungkin bermaksud mereka yang dekat dengan kawasan kita. Kita hendaklah kenal dengan mereka untuk kita membantu mereka. Dalam ayat sebelum ini, Allah mengatakan mereka yang buruk perangai itu tidak mengendahkan anak yatim.

16. Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah. ‘turab’ itu bermaksud tanah. Mereka tidak cukup keperluan mereka. Sampai berdebu-debu mereka. Mungkin juga berkeliaran dan tinggal di tanah sahaja. Sama juga, surah sebelum ini orang jahat tidak mengendahkan orang miskin. Allah menyuruh kita supaya memberi pertolongan kepada mereka.

17. Dan mereka menjadi orang-orang beriman dan mereka berpesan-pesan dengan kesabaran dan berpesan-pesan dengan kasih sayang. Selain daripada membantu mereka yang dalam kesusahan, kita juga sepatutnya mempunyai iman yang kuat. Kerana jika tidak, kesusahan dalam dunia ini akan bertambah-tambah. Bertambah ramai lagi orang yang kita kena tolong. Padahal kalau semua mempunyai iman, Allah akan memberkati negeri kita.

Berpesan dan bantu-membantu rakan masing-masing di dalam perjalanan aqabah ini. Kerana perjalanan itu susah. Perlukan kekuatan motivasi dan bantuan dari kawan-kawan.

Dan mempunyai kasih sayang dah juga belas kasihan kepada dunia seluruhnya.

18. Merekalah golongan pihak kanan. Ini lagi dekat lagi daripada golongan ashaabul yameen.

19. Dan orang-orang yang ingkar dengan ayat-ayat Kami, merekalah golongan kiri. Orang arab dari dulu lagi mengambil bahagian kiri dengan perkara tidak baik. Dan ini diteruskan lagi sampai zaman nabi Muhammad kerana ianya adalah dari ajaran Nabi Ibrahim sendiri.

20. Mereka akan ditimpakan dengan azab neraka yang ditutup rapat. Tidak ada peluang untuk keluar daripada neraka lagi. Allah memberi peluang kepada mereka untuk susah di dunia ini supaya nanti mereka akan sedang di akhirat nanti. Tapi kalau mereka tak mahu, jadi mereka akan merasai susah yang amat susah di akhirat kelak.

 

Tafsir Mutaffifeen (83) February 21, 2012

Filed under: Ilmu,Tafsir — visitor74 @ 3:30 pm

1. Celakalah kepada mutaffif. Iaitu mereka yg bila bagi kat orang lain dalam perniagaan, kurang dari yg sepatutnya. Tapi mereka tak ambik banyak. Sikit-sikit sahaja. Sampai orang lain tak perasan. Ianya boleh jadi dalam bentuk timbangan atau dalam bentuk servis yg dia bagi tak cukup.
Wailun adalah kecelakaan yg besar.
Surah ini berkemungkinan besar adalah ayat makkiah sebab perniagaan adalah kehidupan orang mekah padahal Madinah adalah pertanian.
Allah telah memasukkan perasaan inginkan keadilan dalam timbangan. Tapi mereka mutaffif ini melawan perasaan itu.

2. Apabila mereka mengambil sukatan dari orang lain, mereka ambil dgn cukup.
Perkataan ‘ala’ yg digunakan dalam ayat ini menunjukkan mereka membuli orang lain utk beri cukup-cukup kepada mereka.

3. Dan apabila mereka menyukat atau menimbang untuk orang lain, mereka kurangi.
Mereka kurangkan sikit sahaja. Macam 1% pun boleh jugak pada mereka. Tak ada perasaan malu pada mereka untuk buat macam ni.

4. Tidakkah mereka menyangka bahawa mereka akan dibangkitkan?

Allah tak bercakap direct dengan mereka pun dalam ayat ini. Mereka mula-mula mungkin buat sikit-sikit sahaja. Lepas itu mereka berani untuk buat yang lebih lagi, kerana mereka tak teringat pun bahawa mereka akan bertemu dengan Tuhan mereka.

5. Pada hari yang besar. adheem datang dari adhm, iaitu tulang. Tulang adalah benda yang kuat sekali. Susah untuk dipatahkan.

6. Hari berdiri manusia untuk mengadap Tuhan sekelian alam.

7. Tidak sepatutnya mereka melakukan sedemikian. Sesungguhnya kitab suratan amal orang-orang jahat berada dalam ‘Sijjin’.

Fujjar itu adalah macam fajr. Fajr hari adalah dimana matahari mengoyak kepekatan malam. Fujjar adalah mereka yang mengoyak sancitity Tuhan tanpa takutkan consequence dari Allah. Ini memang jenis yang kurang ajar betul.

Sijjeen dari perkataan sijn iaitu penjara. Kitab-kitab mereka diletakkan di dalam penjara yang Allah jadikan. Ianya menulis apakah yang telah dilakukan oleh penjahat-penjahat itu dan apakah hukuman yang mereka akan terima.

8. Dan apakah jalan yang membolehkan kau mengetahui apakah Sijjeen itu?

9. Ianya adalah buku yang ditulis. Marqoom bermaksud tulisan yang kuat yang tidak boleh dipadam lagi. Dia juga macam stitched. Bukan boleh dipadam lagi.

10. Kecelakaan besar pada hari itu kepada orang-orang yang mendustakan.

11. Iaitu mereka yang mendustakan hari pembalasan. Inilah yang menyebabkan mereka tak takut langsung untuk menipu orang lain. Sebab mereka tak percaya bahawa akan ada hari kebangkitan semula.

12. Dan tiada yang mendustakannya kecuali tiap-tiap orang yang melampaui batas dan amat derhaka.

mu’tadin, melampaui hak-hak orang lain.

atheem: mereka yang tak boleh nak buat benda baik. Dia tak rasa selesa nak buat perkara-perkara baik.

13. Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat Kami, dia akan berkata: “ini adalah dongeng orang-orang dahulu kala!”. Mereka kata ayat-ayat itu adalah cerita-cerita dongeng sahaja dan orang tak percaya cerita dongeng. Jadi mereka juga mempermain-mainkan ayat-ayat Allah.

14. Tidaklah ayat-ayat Allah itu mempunyai cacatnya. Bahkan hati mereka telah diselaputi karat dengan sebab perbuatan mereka. Inilah menunjukkan bahawa apabila manusia melakukan dosa, hati mereka akan mempunyai titik hitam. Dan akan bertambah setiap kali membuat dosa. Kalau seorang hamba Allah itu meminta ampun, hatinya akan dicuci bersih, tapi kalau tidak, akan bertambah-tambah lagi titik hitam pada hati itu. Akhirnya apabila hati manusia itu telah menjadi hitam, dia akan melawan arahan Tuhannya.

15. Jangan lagi mereka berbuat demikian! Mereka pada hari itu akan ditutup dari melihat Tuhan mereka. Ada hijab diantara mereka dan Allah. Tapi mereka akan tetap dapat melihat neraka. Ayat ini adalah tanda bahawa orang mukmin akan dapat melihat Allah di hari akhirat nanti.

16. Kemudian mereka akan masuk ke dalam Neraka Jahannam. Mereka sendiri akan memasukkan diri mereka ke dalam neraka.

17. Kemudian akan dikatakan kepada mereka: inilah dia azab yang kamu dustakan dulu.

18. Sesungguhnya kitab amal orang-orang yg berbakti berada di Illiyyin. Illiyyin itu tempat yang tinggi. Dan roh orang yg berbakti berada di tempat yg tinggi.

19. Dan apakah yg membolehkan kamu mengetahui berkenaan dengan Illiyyin itu?

20. Ianya adalah kitab yg tertulis.

21. Yang disaksikan oleh malaikat yg hampir dgn Allah.

22. Sesungguhnya orang-orang berbakti tetap berada di dalam tempat yang penuh nikmat. Allah mula nak menceritakan hal orang-orang yang baik pulak.

23. Mereka berehat di atas pelamin-pelamin sambil melihat keindahan syurga. Walaupun mereka duduk berehat, tapi mereka boleh melihat semua keindahan. Ini boleh semasa di syurga. Mereka duduk berehat di atas tempat yang amat sedap untuk diduduki dan berehat.

24. Engkau dapat melihat di wajah mereka cahaya kegembiraan. Wajah mereka akan berseri-seri. Sebab mereka mendapat nikmat yang banyak sekali.

25. Mereka akan diberi minum wain yang pure yang termeterai bekasnya. Mereka ‘diberi’ minum. Maknanya tak payah bangun pun. Minum sambil duduk-duduk reclining tu. Wain yang diberi adalah tulen sekali. Bila minum, tidak akan mabuk. Air itu akan tertutup menanti penghuni syurga yang akan meminumnya.

26. Meterinya Kasturi. Dan dalam perkara ini hendaklah berlumba-lumba mereka yang berlumba. Mereka berusaha untuk mendapatkan nikmat dari Allah di syurga nanti.

27.

campuran minuman itu adalah tasneem. Tasneem asalnya adalah bermaksud tinggi. Campuran itu sangat sedap sampai sesiapa yang minumnya akan tertanya-tanya.

28. Ianya adalah matair yg diminum oleh mereka yang hampir dgn Allah. Orang abraar dapat minum campuran sahaja. Tapi orang muqarraboon dapat minum dari mata air itu sendiri. Menunjukkan ada tingkatan antara mereka dan betapa tingginya golongan muqarraboon itu.

29. Sesungguhnya orang-orang yg derhaka selalu mengetawakan orang mukmin. Allah cerita dalam bentuk past tense. Seperti menunjukkan bagaimana orang derhaka itu mengenang kembali apa yg mereka perbuat dahulu.

30. Dan apabila org mukmin lalu dekat mereka, mereka akan mengerling mata sesama sendiri.

31. Dan apabila mereka kembali kepada keluarga mereka, mereka pulang dengan gembira. Mereka suka mempersendakan orang mukmin. Sukanya hati mereka sampai mereka balik gembira menceritakan apa yg mereka perbuat kepada orang mukmin.

32. Dan apabila mereka melihat org beriman, mereka berkata, sesungguhnya mereka itu orang yg sesat.

33. Padahal mereka tidak dihantar untuk menjaga orang-orang mukmin itu.

34. Pada hari itu, orang mukmin akan mengetawakan orang kafir itu pula.

35. Mereka duduk-duduk di tempat tinggi sambil melihat-lihat.

36. Bukankah orang orang kafir itu telah dibalas dengan sebab perbuatan mereka dahulu?

 

In Time February 6, 2012

Filed under: Movies — visitor74 @ 5:02 pm


Memang menarik jugak filem nih. Aku suka kalau pengarah datang dengan idea baru yang menyebabkan kita terfikir samada possible atau tidak sesuatu perkara itu. Mind blowing. Jadi dalam cerita ini, katakanlah dunia sekarang sudah cukup maju sampaikan manusia boleh terus kekal sebagai umur 25 tahun sahaja. Teringat aku pasal ahli syurga nanti. Yang perempuan akan kekal di umur 28 tahun dan lelaki umurnya akan kekal 33 tahun.

Tapi yang tak bestnya, lepas umur mereka 25 tahun, mereka hanya boleh hidup setahun sahaja lagi sebab masa yang diberikan kepada mereka hanya sebanyak itu. Maknanya kalau nak hidup lama, kena kerja lagi. Pergggh, bayangkan kalau hidup macam tu. Sentiasa sahaja nak check jam yang dah permanent kat tangan. Lepas tu boleh pulak pas pas masa kat orang lain. Macam prepaid credit la pulak. Hehehe.

Dan mestilah adalah hero. Justin Timberlake. Aku masa dia menyanyi dulu, aku tak kesah sangat. Sebab boy band jer. Tapi bila dia berlakon ni, boleh tahan jugak. First time aku suka dia masa dia berlakon Social Network dulu. Cool dude. So kalau filem-filem dia lepas ni, aku nak tengok jugaklah.

Memang far fetched betullah filem ni. Tapi aku macam biasa, tak terpengaruh sangat dengan polemik samada boleh buat ke tidak. Memanglah mustahil.

Cuma filem ini menunjukkan betapa pentingnya masa. Sekarang kita hidup bukan berlandaskan masa. Jadi kita banyak buang masa. Jadi kalau masa itu penting macam di potray dalam filem ini, barulah semua orang akan concern pasal masa. Teringat surah al-Asr. Demi masa……

 

The Green Hornet February 6, 2012

Filed under: Movies — visitor74 @ 4:50 pm

Lama jugak movie dah keluar. Tapi aku malas nak tengok sebab aku tak berapa suka sangat pelakon-pelakon dia. Seth Rogen pada aku, taklah lawak sangat dan Jay Chou ni menyampah pulak aku tengok selalunya. Sebab muka dia tak pernah nak senyum. Jadi aku rasa cam bagus jer dia.

Tapi bila tengok, bolehlah tahan cerita dia. Jay Chou pandai jugak fighting scene dia. Jalan cerita tidak best sangat. Tapi boleh diterima. Tak tahu pulak samada jalan cerita dia sama atau tidak dengan original story yang dilakonkan oleh Bruce Lee. Cerita itu terkenal sikit sebab sepatutnya Bruce Lee jadi sidekick jer macam Robin kepada Batman. Tapi dalam movie itu dia menyerlah betul sampai dia take over dari pelakon utama. Dari situlah baru Bruce Lee jadi terkenal. Dan dalam pembikinan movie tu, sampai pengarah kena perlahankan camera sebab kalau tak, tak nampak movement Bruce Lee sebab dia laju sangat pergerakan dia. Haibat betul tu….

 

 
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.