Penyakit taun rupanya adalah peninggalan dari bala yang Allah turunkan kepada kaum bani Israel. Ada lagi tinggal sikit sikit. Kuman yang Allah turunkan itu tidak mati. Ada bala yang sekejap sahaja, tidak menular sampai lama macam kalau yang kena tukar jadi kera tu, seminggu jer. Lepas tu mati. Tapi dalam kes taun ni, sampai sekarang ada lagi peninggalan dia. Maka tidak ada ubat sebenarnya untuk taun ini. Nabi tak bagi pegi ke kawasan yang kena taun dan sesiapa yang memang dah ada kat dalam kawasan itu, tidak dibenarkan keluar supaya tidak merebak ke tempat lain pulak.
Penyakit taun ini kalau kena kat orang muslim dan dia mati sebab penyakit taun ini, dia dikira mati syahid seperti yang telah disabdakan oleh Nabi. Cuma dinamakan syahid akhirat. Dia dapat pahala mati syahid, tapi apabila dia mati, kenalah dia dimandi dan dikafankan.