Aku ingat dah banyak dah aku tau pasal solat jamak dan qasar ni, tapi dalam kelas baru-baru ni dan lepas berbincang dengan ustaz lain, adalah lagi rupanya yang aku tak tau.
Banyak orang tak tau nak buat solat qasar dan jamak sebenarnya. Itulah sebabnya kekadang aku tengok mereka buat solat tamam (solat penuh macam biasa). Dan ada juga yang tahu pasal solat jamak qasar ni, tapi mereka kata zaman dulu bolehlah buat, tapi zaman sekarang semua dah senang, apa lagi nak buat solat yang ringkas dan lagi mudah itu? Yang lebih baik adalah dengan solat qasar dan jamak. Sebab ianya adalah hadiah dari Allah dan Allah suka orang yang menerima hadiahNya.
Solat qasar dibolehkan selama empat hari empat malam. Ini adalah pendapat yang terakhir sekali. Ada juga yang kata hanya dibolehkan selama tiga hari tiga malam sahaja. Jamak tidak ada limit. Cuma Imam Shafie kata limit 19 hari.
Sebab membolehkan qasar:
1. musafir. Boleh qasar dan jamak. Empat hari, empat malam. Boleh buat dua dua qasar dan jamak. Pendapat imam Ahmad. Tetapi apabila masih dalam musafir, tapi dah lebih dari empat hari dia boleh jamak sahaja.
2. haji. Boleh jamak qasar. Ketika di padang arafah sahaja. Di Mina, boleh buat qasar sahaja.
3. Peperangan. Boleh buat qasar sahaja. Yang tentera sahaja. Walaupun duduk di kampung dia. Kalau kat rumah, tak boleh.
jadi, itulah sahaha perkara-perkara yang membolehkan kita mengqasarkan solat kita.
Semasa zuhur atau maghrib, kena niat jamak dalam waktu seterusnya. Sebelum waktu habis. Kalau buat terawal, pun boleh lagi. Katakanlah kita dah niat nak jamak semasa solat asar, tapi tengok keadaan, boleh pulak nak buat jamak taqdim dalam waktu zuhur. maka itu tidak ada masalah, boleh dibuat.
Afdhalnya adalah untuk mengakhirkan solat. Mengikut sunah Nabi.
Kalau jamak takhir, Kena tunai ikut turutan. Ikut hadith Nabi. Semasa peperangan menentang Nani quraizah. Ada dua pendapat sahabat yang berselisih. Ada yang tidak melakukan solat asar apabila sampai waktu asar kerana arahan Nabi bahawa mereka kena melakukan solat asar apabila sampai di tempat Bani Quraizah. Tapi apabila mereka sampai, waktu asar telah habis, dan jemaah sedang melakukan solat maghrib. Jadi mereka telah berjemaah dengan mereka yang melakukan solat maghrib itu. Tapi, mereka kena solat asar dulu walaupun imam waktu solat maghrib. Boleh kalau nak ikut solat lain walaupun imam niat solat lain. Sebab kaifiat solat itu adalah sama. Lainlah kalau yang sedang jadi imam tengah buat solat jenazah atau solat gerhana matahari, sebab dua dua solat itu lain dari solat biasa. Solat jenazah tidak ada rukuk dan sujud. Sementara Solat Gerhana mempunyai dua rukuk di dalam satu rakaat.
Afdhal adalah meraikan masyarakat. Kalau waktu tu masyarakat tengah solat jemaah, elok kalau ikut.
Kalau dah kelaziman, sekali-sekali jer boleh buat. Contohnya kalau Driver Taxi. Kerana memang kerja dia selalu sahaja bepergian. Tak boleh dia sentiasa melakukan jamak dan qasar.
2 marhalah pendapat paling masyhur. 12 batu pun ada hadith. Paling sikit adalah nabi pernah melakukan qasar apabila baginda bermusafir sejauh 9 baru. Itu pun nabi pernah buat. Ibn Hajar kata kalau dia rasa diri dia dah musafir, dah boleh qasar dan jamak. Jangan dok main jarak jer. Sebab kalau imam hanifah, kena satu hari satu malam. Nabi tak pernah kata pasal jarak. Pendapat yang selalu orang pakai adalah mengikut perbuatan Nabi. Itu yang jadi dua marhalah tu. Maknanya, bukanlah nabi kata kena dua marhalah baru boleh dikira musafir.
Jamak tidak disyaratkan kena musafir. Contoh kalau seorang doktor bedah. Dia boleh buat jamak solat. Qardarawi kata untuk polis trafik pun boleh jugak.
Nabi pernah menjamakkan dua solatnya tapi hujan, uzur atau musafir. Sekali sekala sahaja.
Atau kalau dalam meeting. Atau dalam perjalanan tak boleh nak berhenti. Boleh jamak jugak. Atau anak kahwin.
Kalau tak keluar musafir lagi, boleh jamak dulu siap siap. Cuma tak boleh nak qasar. Sebab tak musafir lagi.
Musafir diharuskan untuk tinggal Jumaat. Boleh teruskan perjalanan. Kalau dia singgah Jumaat, boleh tak dia jamakkan asar sekali. Ada kata tak boleh. Fuqaha kata boleh. Nabi tidak musafir pada hari Jumaat. Jadi tidak ada contoh tak boleh.
Boleh jamak qasar kalau balik kampung pun. Tetapkan satu tempat sahaja nak tinggal. Pendapat yang daif adalah dari uthman di mana kalau dia balik ke mekah dia tak qasar.
Syiah ambik hadith Nabi kata jadikanlah hidup sebagai musafir. Tapi tanya pasal Nabi ada buat tak sokmo jamak.
